Anda di halaman 1dari 6

Pengenalan

Untuk memahami perkembangan manusia, sarjana barat telah melakukan


pelbagai kajian. Dengan kajian yang dilakukan, mereka dapat memahami
bagaimana perkembangan manusia berlaku bermula dari peringkat kanak-
kanak sehinggalah dewasa. Antara yang mengkaji berkaitan perkembangan
manusia ialah Lawrence Kohlberg. Beliau telah membahagikan
perkembangan manusia kepada tiga tahap di mana setiap tahap terbahagi
kepada dua peringkat.
Menurut Hook (1999) Moral pada umumnya didefinisikan oleh para
ahli psikologi sebagai sikap dan keyakinan yang dimiliki oleh individu di
mana akan membantu individu tersebut untuk membuat keputusan apa
yang benar dan salah. Berdasarkan dilema moral yang dikemukakan oleh
Kohlberg melalui sebuah cerita, saya dapat simpulkan bahawa teori yang
dikemukakan oleh Kohlberg ternyata benar. Ini dapat dibuktikan melalui
temu bual saya dengan beberapa murid yang dipilih. Pemilihan ini
dilakukan berdasarkan ranking murid tersebut di sekolah . Saya hanya
memilih pelajar yang berkobolehan dari segi akademik dan kokurikulum.
Dalam erti kata yang lain, hanya pelajar yang cemerlang sahaja yang
ditemu bual. Temubual tersebut di lakukan pada waktu selepas kelas pada
hari khamis jam 2:15 pm bertempat di surau sekolah dan berakhir sekitar
3.00 pm. Pemilihan tempat, dan waktu tersebut adalah disebabkan
kemudahan untuk berjumpa dengan murid yang ingin ditemu bual. Temu
bual dilakukan secara berasingan dengan diminta untuk hadir dihadapan
saya secara berasingan. Soalan yang dikemukakan pada ketiga-tiga murid
tersebut adalah 2 soalan yang sama. Cara soalan dikemukakan adalah
saya meminta murid tersebut membaca serta memahami terlebih dahulu
jalan cerita yang di kemukakan, kemudian saya kemukakan soalan
berbentuk lisan dan bertulis. Soalan dikemukakan dalam 2 bentuk bagi
memudahkan urusan perekodan.

Soalan yang dikemukakan adalah seperti berikut

1) Patutkah James menembak jirannya sekiranya mereka menceroboh


pintu pagar tempat perlindungan bom yang dibina oleh james ?
2) Sekiranya James bertindak menembak, Adakah perbuatan James
membunuh itu merupakan satu kesalahan ?
Murid yang pertama ditemubual adalah Khairunnissa Adani binti Mohd
Hairis. Seorang murid di tingkatan 1. Beliau berumur 13 tahun. Beliau
antara pelajar cemerlang dalam subjek hafazan. Bagi soalan pertama ,
beliau menyatakan James wajar menembak jiran-jiranya. Pada pandangan
beliau keluarga perlu diutamakan dan james perlu menjadi wira dalam
keluarganya dan perbuatan menembak itu tidak menjadi kesalahan kerana
James dalam keadaan terpaksa dan tidak dianggap menjadi kesalahan.
Hal ini bertepatan dengan teori moral Kohlberg, peringkat ketiga tahap
kedua menyatakan pada peringkat ini kanak-kanak mempunyai moral
harmoni antara peribadi ( kelakuan budak baik ) (supiah Nachiappan,
Ramlah jantan, Abdul Aziz shukor 2008 )

Murid yang kedua yang ditemubual adalah seorang murid di tingkatan


4 yang berumur 16 tahun. Bagi soalan pertama beliau menyatakan James
wajar menembak jiran-jiranya. Pada pandangan beliau,James perlu
bertanggungjawab terhadap keluarganya kerana dia merupakan ketua
keluarga dan perbuatan menembak jirannya bukan satu kesalahan kerana
dia melakukan pebuatan tersebuat dalam keadaan darurat untuk
menyelamatkan keluarganya. Hal ini bertepatan dengan teori moral
Kohlberg peringkat keempat tahap kedua

Murid ketiga yang ditemubual adalah seorang murid di tingkatan 5 yang


berumur 17 tahun. Beliau memegang jawatan sebagai ketua pelajar, Beliau
menyatakan james tidak wajar menembak jiran-jiranya yang menceroboh
.Bagi beliau, Berkemungkinan Jirannya itu seorang yang sangat penting
dalam sturktur masyarakat, jadi james perlu membenarkan jirannya
memasuki rumah kebalnya. Soal hidup atau mati diserahkan kepada kuasa
yang lebih tinggi, beliau mengharapkan keajaiban. Bagi beliau kepentingan
untuk menyelamatkan jiran James dengan tidak menembak adalah lebih
utama. Beliau juga menyatakan sekiranya James bertindak menembak ,
tidak menjadi kesalahan bagi james kerana james melakukan dalam
keadaan darurat dimana perbuatan di dalam keadaan darurat tidak dikira
menjadi satu kesalahan. Hal Ini bertepatan dengan teori moral Kohlberg
peringkat ketiga tahap kelima yang menyatakan pemikiran moral pada
tahap ini adalah usaha-usaha mempertahankan hak-hak asasi, nilai-nilai
dan sebarang kontrak sosial yang telah dipersetujui bersama dalam
masyarakat lain ( Supiah Nchiapan et al 2008).
Rumusan

Sebagai konklusinya, walaupun teori moral kolhberg bukanlah sesuatu yang


pasti dalam menilai perkembangan moral pelajar-pelajar sekolah, tetapi
teori ini boleh diaplikasikan dalam bidang pengajaran dan pembelajaran
sama ada di peringkat menengah dan rendah. Dalam merealisasikan hasrat
untuk melahirkan generasi yang berakhlak dengan akhlak yang terbaik
dalam membina sebuah ketamadunan yang unggul.
Bibliografi

Supiah Nchiapan,Ramlah Jantan,dan Abdul Aziz Abdul Shukor(2008)Psikologi


pendidikan,Shah Alam :Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Hook, Roger R. 1999. Forty Studies That Changed Psychology. New Jersey:
Prentice Hall

Anda mungkin juga menyukai