Anda di halaman 1dari 3

TEKS MC MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS

2008

Mengumumkan ketibaan CIF Inspektor Abdullah Sani bin Ramli,


Pegawai Perhubungan Polis Sekolah, ke Dewan Seri Tun Habab.

Bismillahirrahmanirrahim
Yang Berusaha En. Mustafa bin Sani, Pengetua SMK Tun Habab,
Yang Dihormati CIF Inspektor Abdullah Sani bin Ramli, Pegawai
Perhubungan Polis Sekolah,
Pn. Sharifah Zainon bte Syed Lani, Guru Penolong Kanan Pentadbiran,
Pn. Rafidah bte Abdul Hamid, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Tn. Hj. Zulkifli bin Hj. Mohamed, Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
Pn. Sarbiah bte Abu Bakar, Guru Penolong Kanan Petang,
Rakan-rakan guru, Barisan Pengawas Sekolah serta para pelajar yang
dikasihi sekalian.

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, di jemput Ust. Tuan Za bin
Tuan Man untuk membacakan doa. Dipersilakan

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas bacaan doa itu tadi.

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Illahi kerana dengan limpah


kurniaNya dapat kita berkumpul di Dewan Seri Tun Habab yang indah
ini bagi menyaksikan penyempurnaan watikah perlantikan pengawas
SMK Tun Habab pada tahun 2008 ini.
Bagi pihak sekolah, saya mengalu-alukan dan merakamkan setinggi-
tinggi penghargaan di atas kehadiran dan kesudian CIF Inspektor
Abdullah Sani bin Ramli, Pegawai Perhubungan Polis Sekolah ke majlis
ini dan seterusnya menyempurnakan penyampaian watikah
perlantikan pengawas ini nanti.

Untuk pengetahuan hadirin sekalian, pada tahun ini, pihak sekolah


dibawah pengurusan Lembaga Disiplin telah memilih seramai 112
orang pelajar sebagai pengawas sekolah yang terdiri daripada 68
orang pelajar sidang pagi dan 44 orang pelajar sidang petang.
Semoga dengan adanya Majlis Watikah Perlantikan Pengawas ini akan
terus menaikkan martabat dan kredibiliti pengawas sebagai pembantu
guru dalam mengawal disiplin pelajar di sekolah.

Bagi meneruskan majlis, dipersilakan En. Mustafa bin Sani, Pengetua


SMK Tun Habab untuk menyampaikan ucapan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas ucapan itu tadi.

Seterusnya, majlis mempersilakan CIF Inspektor Abdullah Sani bin


Ramli, Pegawai Perhubungan Polis Sekolah untuk menyampaikan
ucapan dan melancarkan Kempen Anti Salahlaku Peringkat Sekolah.
Dengan segala hormatnya dipersilakan
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas ucapan itu tadi.

Sekali lagi, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan CIF


Inspektor Abdullah Sani bin Ramli ke hadapan pentas dengan diiringi
oleh Tuan Pengetua En. Mustafa bin Sani bagi menyempurnakan
penyampaian watikah perlantikan kepada pengawas-pengawas
sekolah. Dipersilakan.

Dipersilakan Muhammad Aszat bin Asmadi, Siti Mariam bte Samsuri, .


Ikut senarai nama pengawas.

Seterusnya majlis penyerahan Blazer kepada Ketua Pengawas dan


Penolong Ketua Pengawas.
Dipersilakan Muhammad Aszat bin Asmadi selaku Ketua Pengawas SMK
Tun Habab dan Siti Mariam bte Samsuri selaku Penolong Ketua
Pengawas naik ke pentas untuk menerima Blazer daripada CIF
Inspektor Abdullah Sani bin Ramli. Dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada CIF Inspektor Abdullah


Sani bin Ramli dan Tuan Pengetua kerana sudi menyempurnakan
Watikah Perlantikan Pengawas dan Penyerahan Blazer sebentar tadi.

Seterusnya majlis pembacaan ikrar oleh barisan pengawas sesi 2008


diketuai oleh Muhammad Aszat bin Asmadi, Ketua Pengawas SMK Tun
Habab. Dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Sebagai tanda terima kasih dan kenang-kenangan di atas kehadiran


dan kesudian menyempurnakan watikah perlantikan pengawas SMK
Tun Habab pada kali ini, dijemput Tuan Pengetua En. Mustafa bin Sani
menyampaikan cenderahati daripada pihak sekolah kepada CIF
Inspektor Abdullah Sani bin Ramli, Pegawai Perhubungan Polis Sekolah.
Dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Dengan penyampaian cenderahati tersebut, maka berakhirlah majlis


kita pada hari ini. Segala kekurangan yang berlaku dalam majlis ini
kami memohon jutaan kemaafan. Yang baik datangnya dari Allah dan
yang buruk datang dari kesilapan dan kelemahan kami.

Semua hadirin diminta berdiri bagi menghormati dan menyanyikan


lagu Negaraku.

Sekian, terima kasih. Assalamualaikum Majlis Bersurai.

Dijemput Tn. Pengetua, CIF Inspektor dan barisan Guru ke kantin untuk
menikmati jamuan. Dipersilakan.

Anda mungkin juga menyukai