Anda di halaman 1dari 12

Kesan Permodenan keatas alam sekitar

PENGENALAN

Sejak akhir-akhir ini, arus pemodenan yang semakin pesat telah mendatangkan

musibah kepada penduduk yang tinggal di kawasan Bandar mahupun kawasan luar Bandar.

Hal ini adalah disebabkan oleh berlakunya peningkatan pemodenan dan pembangunan.

Dalam usaha untuk mengecapi kemajuan dan pemodenan yang semakin pesat kini telah

menyebabkan pencemaran alam sekitar yang kritikal dan sangat berbahaya. Walaupun

pembangunan dan pemodenan yang dilakukan adalah bertujuan untuk meningkatkan taraf

hidup penduduk dari segi ekonomi dan sosial, namun bagi sesebuah Negara yang sedang

membangun misalnya tidak mampu mengelak dari masalah-masalah pencemaran alam yang
berpunca daripada pelaksanaan pemodenan itu sendiri. Pencemaran merupakan satu topik

yang selalu hangat diperkatakan, tetapi masalah ini tidak diambil serius oleh mereka yang

bertanggungjawab. Sewajarnya tindakan perlu diambil demi mengatasi masalah pencemaran

ini daripada terus menular dengan lebih bahaya kepada penduduk. Sebagai contoh, wujudnya

kesan negatif yang melanda alam sekitar kita yang dahulunya bersih dari bahan toksik dan

bahan tercemar. Hal ini demikian kerana sungai pada masa dahulu amat sesuai untuk

kegunaan harian tetapi kini sungai terlalu kotor dan jijik untuk dijadikan sebagai punca untuk

kegunaan harian. misalnya keadaan sungai di Klang dan di sungai Kelantan.

Pencemaran alam bermaksud sebagai pembuangan benda-benda atau bahan yang

terhasil dari perlaksanaan aktiviti pembangunan dan pemodenan ke alam sekitar yang

menyebabkan tergangunya ekosistem dan kemandirian hidupan khususnya manusia.

Pencemaran juga sesuatu perubahan secara langsung atau tidak langsung terhadap sifat-sifat

fizikal, haba , kimia dan biologi dengan mengeluarkan dan melepaskan bahan-bahan yang

berbahaya kepada manusia dan hidupan-hidupan liar yang lain. Pencemaran alam sering

menghantui pemikiran manusia tetapi segelintirnya hanya memejam sebelah mata mengenai

masalah ini yang semakin parah mendekati manusia. Oleh itu, kesan-kesan negatif

pencemaran alam harus ditangani dengan secepat mungkin dengan langkah-langkah yang
terbaik. Pencemaran alam yang boleh diklasifikasikan kepada empat iaitu udara, air, tanah

dan bunyi.

PUNCA-PUNCA PENCEMARAN ALAM

Pencemaran udara adalah satu keadaan yang melibatkan kehadiran sebarang gas atau

zarah-zarah yang bertoksik dalam kandungan atmosfera. Pencemaran udara juga berlaku

apabila sesuatu kandungan udara telah tercemar dengan kehadiran benda asing seperti habuk,

debu, asap dan pasir. Secara tidak langsung, pencemaran itu menggangu dan membahayakan

manusia, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan harta benda. Pencemaran udara berlaku kerana

berpunca dari pemodenan yang pesat yang berlaku sejak dulu lagi iaitu zaman revolusi

perindustrian di Eropah yang diketuai oleh pihak Inggeris dan Amerika Syarikat pada abad

ke-18. Sejak revolusi itu berlaku sehingga sekarang banyak kilang-kilang industri dibina bagi

memenuhi keperluan revolusi perindusrian itu. Walau bagaimanapun, kemajuan pemodenan

itu dari segi pembangunan industri kilang telah menjadi punca berlakunya pencemaran udara

pada masa kini.

Hal ini demikian adalah disebabkan oleh kilang-kilang yang mengeluarkan asap-asap

yang berbahaya dan mengandungi bahan kimia seperi karbon monoksida, hidrokarbon, ozon

dan sulfur oksida. Apabila kandungan udara telah bercampur dengan asap-asap berbahaya

dari kilang perindustrian ini akan menyebabkan kandungan udara bersih telah tercemar. Di

samping iu, pencemaran udara juga berpunca dari kemajuan teknologi kenderaan seperti

kereta, motosikal dan lori. Hal ini demikian kerana kenderaan tersebut mengeluarkan asap

yang berbahaya seperti bahan kimia monoksida dan oksida nitrogen. Walaupun kemajuan
teknologi kenderaan semakin meningkat, teknologi juga tidak mampu mengelakkan dari

menjadi punca pencemaran udara yang semakin menular. Asap-asap kilang dan kenderaan

akan terkumpul di ruang udara dan menjejaskan tahap kualiti udara tersebut dan akan

memberi impak negatif terhadap penduduk di kawasan iu. Di samping iu,pembinaan

bangunan yang menyebabkan habuk-habuk dari tapak pembinaan terkumpulnya udara dan
mengancam kualiti udara.

Secara tidak langsung, kesan dari pembinaan kilang-kilang perindustrian dan


pengeluaran asap kenderaan turut menyebabkan kejadian jerebu yang telah menjejaskan
urusan harian penduduk seperti masalah untuk pergi ke tempat kerja dan membantutkan

urusan perniagaan penduduk. Di samping itu, masalah jerebu juga mendatangkan masalah

kesihatan kepada penduduk seperti sakit mata, batuk dan sesak nafas. Pencemaran udara juga

menyebabkan berlakunya kejadian hujan asid yang terhasil dari kandungan bahan kimia asap

kenderaan dan pembakaran hutan. Kejadian hujan asid juga menyebabkan kemusnahan harta

benda kerana bahan kimia yang terkandung dalam air hujan asid mampu menghakiskan cat-

cat kereta dan bangunan. Bangunan baru akan menjadi cepat rosak dan buruk yang

merugikan pihak pemilik atau masyarakat pada masa kini.

Selain itu, arus permodenan dan pembangunan yang terus dibangunkan juga

menyebabkan pencemaran air turut berlaku kerana kemajuan perindustrian itu sendiri.

Pencemaran air ialah sumber air yang tercemar dan bercampur dengan bahan kimia yang

berbahaya seperti bahan radioakif. Hal ini demikian kerana, kandungan air mengalami

perubahan dari segi warna dan bau. Ini menyebabkan sumber air iu tidak dapat digunakan

untuk keperluan harian kerana tidak sesuai kegunaan manusia dan mempunyai nilai pH atau

kandungan asid yang tinggi. Pencemaran air berpunca dari kemajuan teknologi kilang kerana

kebanyakkan pihak kilang akan membuang sisa toksik ke dalam sungai sesuka hati demi

kepentingan diri mereka. Mereka melakukan demikian kerana ingin mengurangkan kos

penyelenggaraan sisa toksik dan mengaut keuntungan tetapi risiko pencemaran akan tetap

berlaku. Apabila pengaliran sisa toksik ke dalam sungai,ini akan mendatangkan perubahan

keadaan kualiti sungai dan sumber air. Secara tidak langsung menyebabkan kandungan kimia

yang tinggi dalam air sungai menyebabkan hidupan akuatik seperti ikan akan mengalami
kepupusan.

Kemajuan pemodenan juga sering menyebabkan pencemaran air berlaku. Sebagai

contoh, kekurangan pengeahuan menyebabkan pemilik kilang tidak bertanggungjawab

kepada kualiti air. Di samping iu kemajuan teknologi pertanian juga punca berlakunya

pencemaran air. Hal ini demikian kerana pergunaan teknologi pertaniaan seperti penggunaan
racun serangga dan baja kimia untuk meningkatkan hasil pertanian akan mendatangkan

pencemaran air. Apabila hujan berlaku di kawasan tanaman ini akan mengakibatkan aliran air
hujan akan memasuki aliran tanah dan membawa bersama bahan kimia ke sungai. Secara
tidak langsung, sumber air akan tercemar dan kotor. Pemodenan terhadap teknologi pertanian

akan menjadi punca utama berlakunya pencemaran air. Selain itu, akiviti di laut yang

melibatkan teknologi perkapalan juga menjadi punca kepada pencemaran air. Hal ini

demikian kerana akiviti perindusrian petroleum akan menyebabkan berlakunya tumpahan

minyak di laut dan sisa dari kapal-kapal besar.

Selain itu, pemodenan di kalangan penduduk juga menyebabkan pencemaran air

berlaku. Permodenan dan pembangunan di Bandar menyebabkan penduduk melakukan

transformasi cara hidup yang berbeza berbanding penduduk luar Bandar. Apabila

pembangunan semakin meningkat, penduduk terdedah dengan kesibukan kota dan

mendorong penduduk melakukan kesilapan dalam menjaga alam sekitar. Sebagai contoh,

ramai penduduk kota membuang sampah ke dalam longkang dan sungai. Secara tidak

langsung, sumber air menjadi kotor dan pembangunan yang pesat akan mendorong migrasi

penduduk. Ini akan menimbulkan masalah kepadatan penduduk dan mendorong masalah

sistem air kumbahan. Masalah air kumbahan yang tidak teratur menyebabkan air akan

tercemar kerana terkandung bahan kimia dan bakeria-bakeria berbahaya yang mengancam

kesihatan penduduk. Sebagai contoh, apabila sungai yang terlalu kotor dengan sampah sarap,

bahan kimia dan bakteria akan menyebabkan masalah penyakit taun dan malaria akan

menular dan mengancam kesihatan penduduk.

Pencemaran alam ini amat berkait rapat dengan pemodenan dan pembangunan yang

pesat dalam masa yang terdekat dan jangka masa panjang. Selain pencemaran air dan udara

yang berlaku pada masa kini terdapat juga pencemaran lain yang berpunca dari pemodenan
dan peningkatan kemajuan teknologi. Pencemaran bunyi dan tanah juga berkait rapat dengan

satu sama lain. Pencemaran tanah bermaksud tindakan manusia terhadap kawasan sehingga

berlakunya perubahan tahap kesuburan tanah, struktur tanah dan warna tanah. Hal

ini demikian kerana berpunca dari pembuangan bahan pepejal dan cecair yang berbahaya

seperti bahan kimia dari kilang. Selain itu, apabila tanah terdedah kepada bahan kimia dan
pembuangan sampah ini akan mengurangkan kesuburan tanah secara perlahan-lahan dan

menjejaskan kesesuaian untuk tumbuhan hidup dan aktiviti pertanian.


Penerokaan tanah melalui pembalakan dan pembukaan tanah untuk pembinaan

kilang-kilang perindustrian juga menjadi faktor berlakunya pencemaran tanah. Hal ini kerana

apabila tanah terdedah tanpa di halang oleh pokok-pokok, struktur tanah menjadi tidak kuat

kerana ketiadaan akar untuk memegang stuktur tanah semasa hujan lebat dan menggalakkan

berlakunya hakisan tanah. Di samping itu, kesan dari pencemaran tanah juga menyebabkan

pemanasan global dan peningkatan suhu setempat. Hal ini demikian kerana pokok-pokok

berperanan penyejuk bumi hilang apabila pembalakan haram dan penebangan pokok tanpa

had oleh pihak tidak bertanggungjawab. Selain itu, arus pemodenan dan kemajuan

pembangunan yang pesat telah menyebabkan pemcemaran bunyi berlaku. Selain itu, terdapat

juga golongan masyarakat yang menanam bahan plastik di dalam tanah dan ini akan

menyebabkan kandungan bahan asing dalam tanah akan bertambah. Kesuburan tanah akan

terjejas dan saluran pori-pori tanah akan tergangu yang mendorong aktiviti pertanian dan

habitat tumbuh-tumbuhan musnah.

Walau bagaimanapun, arus pemodenan yang semakin maju juga mnyebabkan

pencemaran bunyi dan pencemaran ini terjadi apabila berlakunya bunyi bising yang

melampau di tempat dan kawasan tertentu seperti di tapak pembinaan bangunan baru dan

kilang-kilang kayu. Pencemaran bunyi akan terjadi apabila bunyi melebihi 80dB (A) dan

berpunca dari kemajuan teknologi pengangkutan itu sendiri. Sebagai contoh, bunyi kereta api

yang begitu kuat menyebabkan pencemaran bunyi berlaku khususnya di kawasan perumahan

di tepi jalan keretapi Gemas, Negeri Sembilan. Selain itu, pertambahan kenderaan berat di
jalan raya menyebabkan pencemaran bunyi berlaku. Kenderaan berat seperti lori dan bas

menghasilkan bunyi enjin yang kuat dan menganggu pengguna jalan raya yang lain seperti

penungggang motosikal. Secara tidak langsung, berlakunya kes-kes kemalangan yang serius

melibatkan kenderaan berat di lebuhraya.

Selain itu, peningkatan pembangunan kilang perindustrian juga menghasilkan


pencemaran bunyi. Hal ini demikian kerana bunyi yang kuat dihasilkan dari mesin jentera

dan kenderaan berat menghasilkan bunyi yang melebihi tahap biasa. Oleh itu, bunyi dari
kilang-kilang perindustrian telah menganggu ketenteraman penduduk dan gangguan psikologi
kepada penduduk sekitarnya. Kawasan pembinaan bangunan baru juga menghasilkan

pencemaran bunyi kerana terhasil dari penanaman cerucuk-cerucuk besi dalam tanah.

Penanaman cerucuk besi itu akan menyebabkan gangguan terhadap kesihatan penduduk

khususnya kepada ibu yang mengandung dan kanak-kanak. Sebagai contoh, telinga kanak-

kanak sangat sensitif terhadap bunyi kuat, ini akan menyebabkan kanak-kanak menjadi pekak

di awal usia mereka. Walau bagaimanapun, kemajuan teknologi alatan muzik juga

mendorong golongan masyarakat gemar mendengar lagu dengan kuat dan akan menganggu

orang ramai khususnya jiran-jiran mereka. Sebagai contoh, alatan muzik seperti radio yang

jumlah frenkuensi tinggi berjenama Sony dan Samsung mudah di dapati di kedai alatan

muzik.

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN ALAM

Di arus pemodenan dan pembangunan yang pesat di kawasan Bandar dan di luar

Bandar telah memberi impak pencemaran alam yang semakin mengancam keselesaan

kehidupan penduduk. Oleh itu, dalam menangani msalah ini haruslah mempunyai jalan

alternatif yang terbaik agar arus pemodenan dapat diteruskan tanpa menjejaskan ekosistem

dan kemandirian hidupan khususnya manusia. Antara langkah yang dapat membantu

mengatasi masalah pencemaran alam ialah melalui teknologi media cetak dan media

elektronik. Peranan media massa amat penting kerana kemajuan teknologi tersebut

menyampaikan maklumat mengenai kepentingan alam sekitar. Hal ini demikian kerana media

cetak dapat menyalurkan maklumat-maklumat yang dapat menyedarkan kepada penduduk

agar menjaga alam sekitar dengan penuh tanggungjawab dan rasional. Sebagai contoh,
pencetakan surat khabar perlu mengandungi kesedaran yang tinggi mengenai sikap cintakan

alam sekitar. Di samping itu, teknologi media cetak juga dapat menerbitkan buku-buku dan

risalah yang berkualiti mengenai alam sekitar dan kepentingan air, udara dan tanih. Hal ini

dapat membantu golongan mayarakat mendapat ilmu pengetahuan yang baru dan dapat

mengatasi masalah pencemaran alam.


Selain itu, media elektronik juga memainkan peranan penting dalam mengatasi

masalah pencemaran alam dengan lebih kreatif. Secara tidak langsung dapat menyampaikan
kesedaran untuk memeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar melalui iklan-iklan, rancangan
televisyen dan berita. Hal ini demikian kerana, apabila kaedah media elektronik dilakukan ini

dapat menarik lebih ramai golongan lapisan masyarakat untuk melihat dan mendengar

pencemaran alam yabg berlaku. Sebagai contoh, iklan kartun yang menceritakan keburukan

membuang sampah dan rancangan televisyen seperti Majalah Tiga (M3) sering memaparkan

pemasalahan pencemaran alam dan langkah mengatasi masalah tersebut.

Selain itu, penggunaan teknologi moden juga merupakan satu langkah untuk

mengatasi pencemaran alam. Sebagai contoh, tanpa kemajuan teknologi moden adalah tidak

mampu membersihkan tumpahan minyak di laut dan membersihkan sungai. Kemajuan

teknologi moden dapat mengubah cara mengekspolotasikan alam sekitar dengan terbaik dan

tanpa menjejaskan alam sekitar. Peningkatan kemajuan teknologi dapat mengurangkan

pencemaran udara dengan penciptaan alatan canggih seperti penapis asap ekzos kenderaan

dan di kilang-kilang perindustrian. Hal ini dapat mengurangkan kandungan karbon

monoksida dan sulfur oksida di ruang atmosfera dengan lebih sistematik. Selain itu, dengan

adanya teknologi rawatan air yang moden ini dapat merawat dan menapis air kumbahan atau

sisa-sisa buangan kilang sebelum di lepaskan ke dalam sungai atau laut dengan selamat dan

bersih. Peningkatan teknologi Pembangunan dan Penyelidikan (R&D) semakin maju telah

mencetuskan penyelidikan ke atas minyak kelapa sawit sebagai pengganti bahan api dalam

usaha mengurangkan pemcemaran alam sekitar. Hal ini dapat mengurangkan pengeluaran

asap plumbum yang menjejaskan kualiti udara yang bersih di atmosfera.

Teknologi moden dapat mengatasi masalah pencemaran alam dengan menguruskan

sisa pepejal seperti kaca, kertas, bahan plastik dan getah melalui teknologi kitar semula.
Teknologi kitar semula merupakan langkah untuk mengurangkan tempat pelupusan sampah

dan pembaziran bahan mentah kerana sisa pepejal itu dapat dijadikan bahan terpakai. Secara

tidak langsung, dapat mengelakkan pembuangan sampah dan sisa toksik ke dalam sungai

yang menyebabkan pemcemaran air berlaku. Selain itu, teknologi kitar semula juga dapat

dapat mengurangkan penggunaan sumber mentah seperti pokok kerana kertas yang dihasilkan
dari pokok telah dikitar semula. Hal ini dapat mengelakkan berlakunya pemcemaran tanah

seperti hakisan tanah, pembalakan haram dan pembakaran terbuka yang menyebabkan
pencemaran udara.
KESIMPULAN

Tuntasnya, arus pemodenan semakin maju telah membawa satu perubahan luar biasa

kepada kawasan dan cara kehidupan masyarakat pada masa kini. Pemodenan yang berlaku

terhadap teknologi dan pembangunan secara meluas sememangnya memberi kesan positif

kepada negara dari segi ekonomi dan sosial. Walau bagaimanapun, setiap perubahan positif

melalui pemodenan yang pesat sering kesan negatif terhadap kawasan dan kehidupan

masyarakat itu. Oleh itu, kesan perubahan pemodenan yang berterusan telah menyebabkan

pencemaran alam sekitar berlaku dan permasalahan itu tidak dibendung dengan rasional dan

terbaik. Rancangan pemodenan dan pembangunan teknologi sesuatu yang baik bagi

meningkatkan kemajuan sesebuah negara namun disebabkan kecuaian manusia itu sendiri

telah menyebabkan pencemaran alam sekitar sperti pencemaran udara, pencemaran air,

pencemaran tanah dan pencemaran bunyi. Kecuaian manusia menggunakan teknologi yang

moden juga menjadi faktor utama berlakunya pencemaran alam sekitar dengan meluas

melepasi sempadan atau pencemaran global.

Oleh itu, kita perlulah memikirkan langkah-langkah yang efektif agar dapat

membendung pencemaran alam sekitar dengan sistematik dan menjadi teras pemeliharaan

dan pemuliharaan alam sekitar. Tuntasnya, semua pihak yang terlibat haruslah berkerjasama

agar alam sekitar dapat dikekalkan kebersihanya dan keindahan alam ciptaan Tuhan yang Esa

ini. Di samping itu, kita tidak perlu menjadikan pemodenan dan kemajuan teknologi sebagai

alasan tegar supaya bertindak tanpa memikirkan kepentingan alam sekitar. Kita hendaklah

sedar bahawa jika alam sekitar terus tercemar, generasi akan datang kehausan signifikan alam
sekitar kepada masyarakat. Oleh itu, setiap insan yang hidup di dunia ini berperanan menjaga

alam sekitar terus bersih dan selamat untuk didiami oleh semua makhluk yang bernyawa.

"sharing is caring,, caring is helping,, helping is loving"


Posted by SyiJu SaLjU at 8:42 AM
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

No comments:
Post a Comment
Newer PostOlder PostHome
Subscribe to: Post Comments (Atom)

INDAHNYA CIPTAAN ALLAH


Loading...

SYIJU SALJU
S Suci
Y Yakin
I Ikhlas
J Jujur
U Untung
S Setia
A Amanah
L Lemah-lembut
J Jelita
U Ulung
Apa ada pada
nama?

BLOG ARCHIVE
)
5)
6)
er(18)
ber(15)
(14)
earty
ndsome Korean Actor
lelaki tahu
love..
odenan keatas alam sekitar
didikan di Malaysia
sia
AM SYAFIE
Me Up
alaikat Rahmat tidak akan memasuki rumah...
at yg harus dbiasakan.
a Kematian Untuk Orang Islam
a Allah Zulaikha kepada Nabi Allah Yusuf...
at malas
ber(9)

TOTAL PAGEVIEWS

34,636
SIAPA INTAI KITA ...

SEARCH THIS BLOG


Loading...

ABOUT ME

SyiJu SaLjU
lihatlah di sekeliling kamu dan teguhlah pndirianmu; sepanjang hdup dan usiamu jgnlah
brputus harapan; snyuman yg kau brikan dan air mata yg kau titiskn simpan... jadikn tauladan;
sgala yg kau pndg dan dgr... simpan; jdikan pedoman...
View my complete profile

DENGARKAN

Gratisan Musik

JOM SEMBANG-SEMBANG
JOM IKUT SAYA

JENGUK2

Billy Info

shameel iskandar

Budak Nakal Blogspot

Asap Dari Dapur Seri...

! sHaye DaN iMpiaN !

Love Love Islam

myCeriteraSt0ry

Deco Choco

~~seKetiKa cuMa~~

i lUrVe My LiFe


! Sharing Is Caring !

~IMPIAN DAN HARAPAN~

Sketch Book

Cerita...

Kalam Latihan Pembangunan Sahsiah MPP UPSI

TINTA BERTEMU KERTAS, MAKA TERCIPTA CERITA ANTARA KITA

Pengajian Malaysia
Picture Window template. Template images by borchee. Powered by Blogger.