Anda di halaman 1dari 1

TEKNIK PEMILIHAN PEMAIN

Pemain-pemain bola tampar dipilih sejak dari darjah dua lagi untuk memberi pendedahan dan
pengalaman kepada mereka dari awal. Murid-murid tahap satu dipilih melalui sesi ujibakat dan
pemerhatian daripada jurulatih semasa waktu Pendidikan Jasmani. Jurulatih akan menggunakan masa
senggangnya untuk memerhati dan mencari bakat-bakat baharu dan melakukan beberapa ujian bagi
mengesahkan bakat yang terpendam pada murid tersebut. Murid-murid tahap satu yang telah terpilih
akan dibawa semasa kejohanan berlangsung untuk member peluang kepada mereka melihat sendiri dan
menghilangkan rasa gugup mereka. Pada awalnya, murid-murid ini hanya akan jadi pemain simpanan.
Namun begitu, selepas dua atau tiga kejohanan, mereka akan menjadi pemain yang mempunyai
kemahiran yang tinggi dan mempunyai ketahanan mental yang kental untuk menghadapi tekanan yang
tinggi semasa kejohanan berlangsung.

BUDAYA SEKOLAH

Melalui amalan terbaik ini, permainan bola tampar telah menjadi satu budaya dan sebutan oleh murid-
murid SK Sungai Merab Luar. Murid-murid akan berlumba-lumba untuk menyertai pertandingan bola
tampar peringkat sekolah yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Jasmani setiap tahun untuk
menonjolkan bakat-bakat mereka. Selain itu, kebanyakan murid akan memilih bola tampar sebagai
permainan mereka pada waktu riadah sebbelah petang di rumah mereka. Murid-murid akan didedahkan
tentang permainan bola tampar oleh guru-guru Pendidikan Jasmani sejak dari tahun satu untuk
menimbulkan minat mereka. Budaya positif ini mampu membantu sekolah melahirkan murid yang
cergas dan cerdas.

MELAHIRKAN PEMAIN KEBANGSAAN

Program amalan terbaik Semerbak Spikers telah berjaya mencapai kemuncaknya apabila berjaya
melahirkan seorang pemain kebangsaan yang mewakili negeri Perak pada kejohanan bola tampar MSSM
peringkat kebangsaan 2017. Adik Muhammad Ilhan adalah merupakan bekas murid SK Sungai Merab
Luar yang berpindah ke Perak pada tahun ini iaiatu semasa darjah enam. Ilhan adalah salah seorang
pemain yang telah dipilih melalui beberapa pemerhatian dan ujibakat semasa dia berusia lapan tahun
(darjah dua). Ilhan juga telah berjaya mewakili Sepang dalam kejohanan bola tampar MSS Selangor
bawah 10 tahun ketika beliau masih berada di darjah dua lagi. Bakat istimewa ini telah diasuh dan dilatih
dengan baik sehingga dia berpindah ke Perak pada tahun ini. Kejayaan Ilhan mewakili negeri Perak juga
adalah merupakan kejayaan program amalan terbaik ini.

Anda mungkin juga menyukai