Anda di halaman 1dari 17

SULIT 2 011

BAHAGIAN A
(20 markah)

Soalan 1 hingga 16
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. _________ tidak berdaya untuk mengangkat beg yang berat itu, kata Roslan apabila
Encik Kamal memintanya mengangkat beg itu bersama Fazli.

A. Kami
B. Saya
C. Kita
D. Mereka

2. Wahai Laksamana! Bersiap sedialah kerana _____________ akan berangkat ke


Majapahit sebelum matahari terbit esok, titah Sultan Mansur Shah.

A. beta
B. hamba
C. tuanku
D. baginda

3. Puan Hamidah berasa sedih apabila ____________ nasib anaknya yang bekerja di ibu
kota.

A. dikenang
B. kenangan
C. mengenangkan
D. dikenangkan

4. Jangan iri hati dengan kejayaan orang lain, nasihat Mak Jah kepada cucunya.

A. marah
B. risau
C. iri hati
D. duka cita

011 SULIT
SULIT 3 011

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

5. Pak Abu menggunakan _____________ gergaji untuk memotong dahan-dahan pokok


besar yang tumbang itu.

A. sebuah
B. sebilah
C. selaras
D. sebatang

6. Rumah teres itu kelihatan _________ kerana sudah lama tidak didiami orang.

A. baharu
B. layu
C. suram
D. usang

7. Hamdan ____________ kerana dia tidak dapat menyertai program khidmat


masyarakat di kampungnya.

A. gusar
B. celaru
C. keliru
D. kecewa

011 SULIT
SULIT 4 011

8. Air sungai itu menjadi _____________ akibat penerokaan hutan yang tidak terkawal.

A. kelat
B. ketat
C. keruh
D. kasar

Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah ini.

9. Pak Cik Rosman menarik kambing jantannya ke __________ kandang.

A. bawah
B. antara
C. dalam
D. belakang

10. Orang ramai berkerumun di tepi jalan itu ___________ melihat mangsa kemalangan
jalan raya.

A. tetapi
B. kerana
C. walaupun
D. sementara

011 SULIT
SULIT 5 011

11. Mulut Hafiz kelihatan ____________ kerana dia sedang menghafal sifir.

A. kumat-kamit
B. kusut-masai
C. mundar-mandir
D. bongkar-bangkir

12. Taman kediaman saya menjadi _____________ semalam kerana bekalan elektrik
terputus.

A. kelam-kabut
B. gelap-gelita
C. samar-samar
D. hitam-legam

Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah.

13. Encik Sabri _____________ surat khabar yang berlonggok di situ sebelum
menghantarnya ke pusat kitar semula.

A. ikatan
B. terikat
C. pengikat
D. mengikat

011 SULIT
SULIT 6 011

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.

14. Pesara guru itu menanam pelbagai jenis pokok buah-buahan untuk menambah sumber
pendapatan keluarganya.

A. Dengan menanam pelbagai pokok buah-buahan, sumber pendapatan keluarga pesara


guru itu makin bertambah.

B. Untuk menambah sumber pendapatan keluarganya, pesara guru itu menanam pelbagai
jenis pokok buah-buahan.

C. Penanaman pelbagai jenis pokok buah-buahan dapat membantu pesara guru itu
menambah pendapatan keluarganya.

D. Pendapatan keluarga pesara guru itu bertambah semenjak menanam pelbagai jenis
pokok buah-buahan.

15. Hari Kantin sekolah kita akan diadakan pada hari Sabtu, kata Salim kepada Azam.

A. Salim diberitahu bahawa Hari Kantin sekolah Azam akan diadakan pada hari Sabtu.

B. Salim memberitahu Azam bahawa Hari Kantin sekolah mereka akan diadakan pada
hari Sabtu.

C. Salim memaklumkan kepada Azam bahawa Hari Kantin di sekolahnya akan diadakan
pada hari Sabtu.

D. Salim dan Azam diberitahu tentang tarikh Hari Kantin diadakan.

011 SULIT
SULIT 7 011

Pilih ayat yang betul.

16. A. Baju kebaya ini dibuat dari kain sutera.


B. Tolong jangan bising kerana semua guru sedang bermesyuarat.
C. Petak letak kereta tersebut ialah untuk orang kelainan upaya.
D. Ibu mengambil selimut lalu menyelimutkan adik yang demam.

Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Tun Teja merupakan serikandi yang terkenal pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Namanya sebaris dengan Tun Fatimah dan Tun Kudu. Tun Teja digelar Ratna Benggala
yang bermaksud intan permata dari Benggala. Kecantikan yang dimiliki oleh Tun Teja
menjadi sebutan penduduk tempatan dan pedagang.

Khabar tentang keelokan rupa paras Tun Teja akhirnya sampai ke Melaka. Sultan
Mahmud Syah pun menghantar rombongan peminangan ke Pahang. Namun begitu, Bendahara
Seri Amar Diraja terpaksa menolak pinangan baginda. Hal ini demikian kerana anaknya, Tun
Teja telah pun menjadi tunangan Megat Panji Alam.

Sementara itu, Hang Tuah dihukum bunuh oleh Sultan Melaka akibat termakan
hasutan dan fitnah para pembesar istana. Sebaliknya, Bendahara Paduka Raja telah
menyelamatkan Hang Tuah. Hang Tuah membawa diri ke Pahang dengan tujuan untuk
mendapatkan Tun Teja. Untuk mendekati Tun Teja, Hang Tuah menjalinkan hubungan baik
dengan abang Tun Teja, iaitu Tun Jenal.

Hasil pujuk rayu Hang Tuah, Tun Teja berjaya dibawa ke Melaka. Tun Teja
terperanjat kerana dipersembahkan kepada Sultan Mahmud Syah, walhal kedatangannya ke
Melaka adalah untuk mengahwini Hang Tuah. Setelah diberi sirih jampi oleh Hang Tuah,
Tun Teja dapat melupakan Hang Tuah.

Akhirnya, Tun Teja telah berkahwin dengan Sultan Mahmud Syah. Hang Tuah pula
diampuni oleh Sultan Melaka dan dilantik sebagai Laksamana.

Dipetik dan diubah suai daripada Wikepedia

011 SULIT
SULIT 8 011

17. Siapa yang diberi gelaran Ratna Benggala ?

A. Tun Jenal
B. Tun Kudu
C. Tun Teja
D. Tun Fatimah

18. Mengapakah Bendahara Seri Amar Diraja menolak pinangan Sultan Melaka?

A. Tun Teja enggan berpindah ke Melaka.


B. Tun Teja telah bertunang dengan Megat Panji Alam.
C. Tun Teja jatuh cinta dengan Hang Tuah.
D. Tun Teja tidak mahu berpisah dengan ayahnya.

19. Bagaimanakah caranya Hang Tuah mendekati Tun Teja?

A. Menjalinkan hubungan baik dengan Tun Jenal.


B. Memberikannya sirih jampi.
C. Menghilangkan ingatan Tun Teja.
D. Memujuk Tun Teja supaya mengahwininya.

20. Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.

A. Tun Teja dan Tun Jenal ialah adik-beradik tiri.


B. Hang Tuah telah diselamatkan oleh pembesar istana.
C. Hang Tuah pergi ke Pahang atas perintah Bendahara Paduka Raja.
D. Hang Tuah menjadi Laksamana selepas diampunkan oleh Sultan Mahmud Syah.

KERTAS SOALAN TAMAT

011 SULIT
SULIT 2 011

BAHAGIAN B
(30 markah)

Soalan 21

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang
diberikan.

sehelai sepotong sekeping sebuah

butir sebidang biji secubit

Pada hujung minggu yang lepas, ibu bapa Nora mengadakan Hari Keluarga. Ibu Nora

menyusun beberapa __________ gelas di dalam _____________ dulang lalu diletakkan

di atas meja. Kakak Nora, Rafidah pula mengelap pinggan-pinggan yang telah dicuci dengan

____________ tuala bersih. Setelah selesai menghidangkan makanan, mereka pun

menjemput sanak saudara menikmati juadah. Nora mengambil _____________ betik lalu

menghulurkannya kepada mak long. Mereka menjamu selera dengan gembira.

(4 markah)
SULIT 3 011

Soalan 22

a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan.

Ayat tanya :

______________________________________________________________

______________________________________________________________

Jawapan : Usahawan muda itu mempromosikan ternakan ikan hiasannya melalui

Internet.

b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah ini.

______________________________________________________________

______________________________________________________________

(2 markah)

011 SULIT
SULIT 4 011

c. Soalan berikutnya berdasarkan gambar di bawah ini.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.

______________________________________________________________

______________________________________________________________

(2 markah)

Soalan 23

Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya .

Adakah kamu mengenali siapakah jiran kamu? Jiran ialah orang yang tinggal
di sekeliling rumah kita. Hidup berjiran memerlukan semangat kejiranan. Semangat
kejiranan dalam kalangan masyarakat kini semakin terpinggir dek kesibukan kerja
dan mengejar kekayaan. Oleh hal yang demikian, semangat kejiranan ini perlu
disuburkan semula kerana banyak mendatangkan kebaikan.

Antara kebaikan semangat kejiranan termasuklah kita akan mudah mendapat


bantuan apabila berlaku sesuatu musibah. Contohnya, kebakaran, kemalangan, atau
kematian. Sudah tentunya jiran ialah orang yang paling cepat memberikan
pertolongan kepada kita. Begitu juga jika kita sakit. Jiranlah yang kita harapkan
untuk menghantar kita ke klinik atau ke hospital.

Selain itu, semangat kejiranan dapat memupuk kerjasama dalam kalangan


masyarakat. Kerjasama ini dipupuk melalui penglibatan anggota masyarakat dalam
pelbagai aktiviti. Misalnya, aktiviti gotong-royong, majlis sambutan perayaan, atau
SULIT 5 011
perjumpaan bulanan komuniti. Aktiviti kemasyarakatan ini akan memberi peluang
kepada mereka untuk lebih mengenali dan menghormati jiran tetangga. Hubungan
antara jiran juga akan menjadi lebih erat. Nyatalah semangat kejiranan banyak
memberi manfaat kepada diri, keluarga, masyarakat, dan negara. Kepentingan
semangat kejiranan ini seiring dengan cogan kata Jiran muafakat membawa berkat.

a. Maksud jiran ialah _____________________________________________


(1 markah)
b. Bagaimanakah cara untuk memupuk kerjasama dalam kalangan masyarakat?

____________________________________________________________

____________________________________________________________

(2 markah)

c. Padankan pernyataan di bawah ini berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah


ditunjukkan sebagai contoh.

Masyarakat yang tidak mementingkan


semangat kejiranan lebih fokus kepada kerja
dan Wang.

Apabila kita ditimpa sesuatu musibah, jiranlah


orang yang pertama menghulurkan bantuan. Betul

Sikap bekerjasama dan hormat-menghormati


dapat mengukuhkan hubungan kejiranan. Salah

Semangat kejiranan hanya merugikan diri,


keluarga, masyarakat, dan negara.

011 SULIT

SULIT 6 011
Soalan 24

Baca petikan e-mel di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Daripada : Siti Nurdiana binti Abdullah Kepada : Lee Swee Ling


Perkara : Sebab Wujudnya Pantang Larang Tarikh : 1 Mac 2016

Kepada sahabatku yang berada di Teluk Intan, Perak. Apa khabar? Semoga saudari
sihat sejahtera. Bersama-sama ini saya sertakan maklumat tentang pantang-larang
masyarakat Melayu yang berkaitan dengan amalan kesihatan dan kebersihan.

Saudari,
Untuk pengetahuan saudari, masyarakat Melayu tradicional kaya dengan pantang
larang. Antara pantang larang itu termasuklah memotong kuku pada waktu malam. Hal ini
demikian kerana dipercayai umur kita akan menjadi pendek. Secara logiknya, masyarakat
dahulu memotong kuku dengan menggunakan pisau. Disebabkan bimbang akan terpotong jari
tangan atau kaki, anak-anak dilarang memotong kuku pada waktu malam. Selain itu,
melakukan sesuatu dalam suasana yang kurang tenang akan menjejaskan kesihatan mata
juga.

Ibu turut melarang anak-anak berubah-ubah tempat semasa makan. Alasannya,


mereka akan berkahwin banyak kali. Pengajaran di sebalik pantang larang ini adalah
mengelakkan sisa makanan bersepah di merata-rata tempat. Pada masa yang sama dapat
mendidik sikap tertib ketika makan.

Tindakan menegur anak-anak muda dengan menggunakan kaedah pantang larang ini
telah diamalkan sejak zaman-berzaman. Cara begini secara tidak langsung akan
mempercepat tindakan untuk menghentikan mereka daripada melakukan perkara-perkara
yang tidak elok. Sememangnya, mereka mudah percaya bahawa sesuatu yang buruk akan
berlaku akan berlaku jika melanggar pantang larang tersebut.

Setakat ini sahaja e-mel saya pada kali ini. Semoga kita berjumpa lagi.

SULIT 7 011
a. Perkataan terang dalam petikan boleh juga digantikan dengan perkataan

__________________ . (1 markah)

b. Mengapakah masyarakat dahulu lebih gemar menegur anak-anak dengan menggunakan


kaedah pantang larang?
______________________________________________________________

______________________________________________________________

______________________________________________________________

(2 markah)

c. Apakah pengajaran daripada larangan berubah-rubah tempat semasa makan?

______________________________________________________________

______________________________________________________________

______________________________________________________________

(2 markah)

d. Adakah kamu percaya sesuatu yang buruk akan menimpa diri kamu jika melanggar

pantang larang tersebut? Mengapa?

______________________________________________________________

______________________________________________________________

______________________________________________________________

______________________________________________________________

______________________________________________________________

(3 markah)
SULIT 8 011
Soalan 25
Baca pantun di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Keris Melayu warisan pusaka,


Sirih junjung lambang sejahtera;
Negara kita aman merdeka,
Rakyat jelata bergaul mesra.

Pergi ke pekan mencari pelita,


Pelita dipasang di tepi tangga;
Demi maruah negara tercinta,
Rela berkorban jiwa dan raga.

Singgah sebentar di Inderagiri,


Bawa pulang semangkuk laksa;
Saling membantu sesama sendiri,
Barulah negara maju sentiasa.

Emak menyidai kain basahan,


Selepas mandi di tepi sumur;
Hindarkan sikap suka bermusuhan,
Kelak Negara hancur lebur

Puan Salmi memotong nangka,


Isinya disimpan di dalam baldi;
Bersatu padu aman merdeka,
Supaya selamanya kekal abadi.

a. Apakah maksud rangkap pertama pantun di atas?


____________________________________________________________

____________________________________________________________

____________________________________________________________

(2 markah)
b. Apakah yang harus kita lakukan untuk mempertahankan maruah negara?
____________________________________________________________

____________________________________________________________

(1 markah)
SULIT 9 011

c. Tandakan ( / ) bagi pernyataan yang betul dan (X) bagi pernyataan yang salah
berdasarkan pantun tersebut.

Mementingkan diri tanpa membantu orang lain.

Mengelakkan diri daripada sikap suka bergaduh.

(1 markah)

Bersatu padu aman merdeka,


Supaya selamanya kekal abadi.

d. Terangkan maksud baris-baris pantun di atas.

____________________________________________________________

____________________________________________________________

____________________________________________________________

____________________________________________________________

(3 markah)

KERTAS SOALAN TAMAT


SKIMA JAWAPAN UJIAN MAC BAHASA MALAYSIA TAHUN 4 2016

1. A 11. A

2. A 12. B

3. C 13. D

4. C 14. B

5. B 15. B

6. D 16. D

7. D 17. C

8. C 18. B

9. C 19. A

10. B 20. D

BAHAGIAN B

Soalan 21

Biji

Sebuah

Sehelai

Sepotong

Soalan 22

a) Bagaimanakah usahawan muda itu mempromosikan ternakan ikan hiasannya?

b) Baiklah, tuanku. Titah tuanku akan patik laksanakan dengan segera.

c) Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

Soalan 23

a) Maksud jiran ialah orang yang tinggal di sekeliling rumah kita.


b) Cara untuk memupuk kerjasama dalam kalangan masyarakat adalah dengan melibatkan diri
dalam pelbagai aktiviti seperti aktiviti gotong-royong, majlis sambutan perayaan, atau
perjumpaan bulanan komuniti.

c) F

Soalan 24

a) Cerah

b) Masyarakat dahulu gemar menegur anak-anak dengan menggunakan kaedah pantang larang
kerana mereka mudah percaya bahawa sesuatu yang buruk akan menimpa jika melanggar
pantang larang itu.

c) Pengajaran daripada larangan berubah-rubah tempat semasa makan ialah sisa makanan tidak
akan bersepah di merata-rata tempat sekaligus mendidik sikap tertib ketika makan.

d) Tidak, saya tidak percaya sesuatu yang buruk akan menimpa diri saya jika melanggar pantang
larang ini. Pantang larang ini bertujuan untuk mendidik anak-anak dengan menggunakan bahasa
kiasan.

Soalan 25

a) Maksud rangkap pertama pantun tersebut ialah Negara kita aman damai selepas merdeka,
manakala rakyat bergaul mesra sesama sendiri.

b) Untuk mempertahankan maruah Negara, kita haruslah sedia berkorban jiwa dan raga.

c)

d) Maksud baris-baris pantun tersebut ialah keteguhan perpaduan antara rakyat akan menjamin
kemerdekaan negara yang berpanjangan.

Anda mungkin juga menyukai