Anda di halaman 1dari 1

Pejabat Pendidikan Daerah Kuching,

Jalan Diplomatik, Demak Baru,


93050 Kuching,
Sarawak.
_______________________________________________________________________________________
Pengarah,
Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang,
Jalan College,
93200 Kuching,
Sarawak. 24 JULAI 2017

Tuan / Puan,

MEMOHON KEBENARAN MENGGUNAKAN DEWAN BADMINTON INSTITUT PERGURUAN GURU


KAMPUS BATU LINTANG

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Tujuan kami menulis surat ini adalah untuk memohon jasa baik pihak tuan untuk
kebenaran menggunakan dewan tersebut bagi tujuan latihan pasukan PSKPP bahagian Kuching.

3. Besarlah harapan pihak kami jika pihak tuan dapat meluluskan pemohonan kami ini bagi
melancarkan lagi latihan badminton untuk pasukan Kuching bagi pertandingan PSKPP untuk
peringkat bahagian, peringkat negeri dan peringkat kebangsaan. Pihak kami akan memastikan
keadaan dewan akan dikemaskan seperti sediakala dan menjaga kebersihan dewan semasa
menggunakannya.

4. Berikut adalah masa dan hari pihak kami memohon menggunakan dewan tersebut:

Masa : 8.00 p.m. 11.00 p.m.


Hari : Isnin , Rabu dan Jumaat

5. Semoga mendapat tindakan serta pertimbangan dari pihak tuan agar latihan kami dapat
dilaksanakan dengan jayanya. Atas keperihatinan, sokongan dan kerjasama pihak tuan, kami
dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, harap maklum dan terima kasih.

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA

Saya yang benar,

( MOHD RASHID BIN IBRAHIM )


Penolong Penyelia Sukan
Pejabat Pendidikan Daerah Kuching