Anda di halaman 1dari 2

CERITA PAK KADUK

Kisah ini bermula di dalam sebuah negeri yang diberi nama Cempaka Seri.
Rajanya bernama Indera Seri. Raja Indera Seri ini terkenal dengan sikap sombong dan
suka berjudi. Disebabkan keasyikannya menjadikan judi sebagai amalan seharian telah
mendorong kebanyakan rakyat di negerinya leka dengan berjudi. Mereka terlalu asyik
hingga melupakan syariat yang sepatutnya diikuti oleh mereka kerana pada ketika itu
raja-raja dan orang-orang besarnya memang amat suka melakukan pemaksiatan
tersebut.

Di tepi hulu sungai negeri tersebut tinggal seorang tua dalam umur pertengahan
bernama Pak Kaduk. Pak Kaduk seorang yang lurus bendul dan kurang daya
pemikirannya. Pada suatu hari Pak Kaduk berkata pada isterinya Siti, "Aku ingin pergi
menyabung di gelanggang baginda Raja kerana aku amat suka melihat keadaan orang
yang ramai menyabung di situ. Kita bawa si Kunani ayam kita sebab ayam ni amat
bertuah, kita pertaruhkan kampung kita kepada Raja, kalau kita menang tentulah kita
akan mendapat duit daripada Raja," sambung Pak Kaduk lagi.

Isteri Pak Kaduk berkata,"Jika begitu baiklah, pergilah awak menyabung bawa
ayam kita. Sahut Pak Kaduk pula," Jahitkan baju dan seluar aku dahulu dari kertas
yang baru kubeli ini. Lekaslah menjahitnya. Kata isteri Pak Kaduk, "Bagaimana
hendak membuat baju dan seluar ini, kalau dipakai tentu akan koyak. Tak mengapa
buatkan juga, aku nak pergi," rungut Pak Kaduk.

Isteri Pak Kaduk tidak berdaya lagi melayan percakapan Pak Kaduk, lalu ia
mengambil gunting dan mula mengunting kertas tersebut untuk dibuat seluar dan baju.
Pak Kaduk menyuruh isterinya supaya tidak menjahit seluar dan baju tersebut hanya
perlu guna pelekat sahaja supaya cepat siap.

Apabila siap, Pak Kaduk dengan berasa bangga memakainya dan pergilah dia
ke gelanggang tersebut. Selang tiada berapa lamanya Pak Kaduk sampai di
gelanggang tersebut. Baginda Raja kenal dengan Pak Kaduk, apabila baginda terlihat
Pak Kaduk lalu disapanya, "Hai Pak Kaduk apa khabar? Menyabung kita?"
Maka Pak Kaduk pun segeralah menyembahkan ayam sabungannya kepada
baginda. Setelah diamati baginda berasakan ayam sabungan Pak Kaduk amat
berpontensi untuk menang. Lalu baginda mencadangkan agar ayam sabung Pak Kaduk
ditukar dengan ayam sabungannya. Baginda berkata, "Pak Kaduk ambillah ayam
sabung beta yang amat bertuah ni berbanding dengan ayam Pak Kaduk yang kurang
tuahnya." Setelah mendengar titah Raja tersebut, Pak Kaduk dengan suka citanya
bersetuju untuk menukar ayam sabungannya dengan Raja. Setelah pertukaran dibuat,
baginda Raja bertanya pada Pak Kaduk, "Apakah pertaruhannya kita kali ini?" Maka
sembah Pak Kaduk, "Ampun tuanku, patik ini tiada harta hanya kampung tempat tinggal
patik yang ada, jadi kampung tersebut patik pertaruhkan." Baginda Raja bersetuju
dengan apa yang Pak Kaduk persembahkan.

Pak Kaduk menggadaikan kampung halamannya sebanyak 100 rial atas


persetujuan bersama baginda Raja. Tetapi baginda Raja telah menyorok sebahagian
wang gadaian tersebut. Setelah persetujuan pertaruhan selesai penyabungan pun
bermula.

Dalam pertempuran tersebut ayam sabungan Pak Kaduk Si Kunani telah berjaya
mengalahkan ayam sabungan Baginda Raja Si Jalak. Setelah melihat Si Jalak sudah
mati, Pak Kaduk melompat kegembiraan sehingga terlupa bahawa Si Kunani telah
menjadi milik Raja. Oleh kerana terlalu asyik melompat kegembiraan seluar dan baju
kertasnya tadi habis terkoyak dan bertaburan, bertelanjang bulatlah Pak Kaduk di
khalayak ramai.

Semua orang termasuk baginda Raja tertawa terbahak-bahak melihat telatah


Pak Kaduk. Baru Pak Kaduk perasan bahawa pakaiannya sudah koyak semuanya. Pak
Kaduk berasa amat malu lalu terus melarikan dirinya tanpa menoleh kiri dan kanan.

Baginda Raja berkata, "Malang sungguh Pak Kaduk, ayam sabungnya menang tapi
kampung tergadai.

Anda mungkin juga menyukai