Anda di halaman 1dari 9

BINATANG DALAM PERIBAHASA MELAYU

Pendahuluan

Peribahasa ialah sejenis ungkapan atau kata-kata yang padat, yang biasanya mengandungi
perkara-perkara yang berkait rapat dengan pengalaman manusia dalam pelbagai aspek
kehidupan dan rempah ratusnya. Ia merupakan kata-kata yang penuh dengan kebijaksanaan.
Biasanya ia dibentuk daripada gaya kiasan, menggunakan imaginasi dan mudah dihafal. Ia
merupakan ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi
pengertian yang tertentu. Peribahasa dalam bahsa Melayu boleh dibahagikan kepada empat
bahagian, iaitu perumpamaan, simpulan bahasa, bidalan dan pepatah (Kamus Sastera Melayu
terkini 2000: 69).

Perumpamaan ialah perbandingan makna yang sangat jelas dan terang. Biasanya ia didahului
oleh kata pembanding seperti bagai, laksana, umpama, bak, ibarat, macam, seperti, seolah-
olah, dan seakan-akan. Dalam ayat Budak itu seperti lembu, lembu dan budak itu dianggap
menyerupai antara satu sama lain. Perumpamaan menjelaskan penilaian yang dibuat terhadap
sesuatu benda itu dan biasanya penilaian itu melibatkan emosi dan perasaan yang kuat (Ainon
Mohd & Abdullah Hassan 2003: 3). Contoh perumpamaan adalah seperti yang berikut:
a. Bagai: Bagai ubur-ubur airnya hitam (Daripada tingkahlaku dan bahasanya, kita tahu orang
itu jahat).
b. Laksana: Laksana golok kayu (ditetak tak makan, dijual tak laku). Perbandingan ini dibuat
untuk menerangkan sesuatu yang tidak mendatangkan faedah.
c. Umpama: Umpama enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing (tidak
semuafakat; mementingkan diri sendiri)
d. Bak: Bak birah dengan keladi (Hampir serupa sahaja)
e. Ibarat: Ibarat mencangkul angin (angan-angan yang tidak diserta usaha)
f. Macam: Macam kapal tiga tiang (Rupawan dan anggun).
g. Seperti: Seperti ikan dalam belanga (Keuntungan yang tidak akan terlepas lagi).

Simpulan bahasa pula ialah ungkapan yang biasanya terdiri daripada dua atau tiga perkataan
dan mempunyai makna yang berlainan sama sekali daripada makna asal yang dibawa oleh
perkataan-perkataan tersebut. Contoh simpulan bahasa ialah seperti makan gaji, bulan madu,
simpul biawak, senyum kambing dan sebagainya.

Peribahasa yang dicipta untuk memberi nasihat dan tunjuk ajar pula dipanggil bidalan. Antara
contohnya adalah seperti jika pandai menggunting, hendaklah pandai menjahitnya (kerja
yang sudah dimulakan hendaklah diselesaikan), dan jangan bijak terpijak, biar bodoh
bersuluh (jangan berasa diri bijak tetapi dihina orang, biar bodoh asal suka bertanya, pasti
akan berjaya) (Ainon Mohd & Abdullah Hassan 2003: 5).

Pepatah atau perbilangan ialah ungkapan yang berasal daripada pusaka adat resam. Makna
ungkapan itu tidak berubah-ubah. Pepatah berfungsi sebagai pedoman hidup anggota
masyarakat yang mengamalkan sesuatu adat resam. Pepatah memliki ciri-ciri puisi tradisional
Melayu. Contohnya:
a. Nak kaya berdikit-dikit, nak ramai berkabur urai (jimat cermat ialah tangga kejayaan,
murah hati ialah tangga tuah).
b. Pada sangka pohon beringin, kiranya tersandar di punggur lapuk (menyangka dapat
berkahwin dengan orang kaya, rupa-rupanya miskin).
c. Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul, ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
(bekerjasama dan tolong-menolong dalam semua pekerjaan, baik senang mahupun susah)
(Ainon Mohd & Abdullah Hassan 2003: 4).

Peribahasa Melayu dicipta berdasarkan dua cara, iaitu melalui perbandingan makna dan
perluasan makna. Proses perbandingan makna boleh dilakukan menerusi dua cara, iaitu
melalui perbandingan rupa bentuk dan melalui perbandingan sifat. Mengikut cara
perbandingan rupa bentuk, sesuatu benda akan dibandingkan dengan benda lain yang
mempunayai ciri-ciri rupa bentuk yang serupa. Mengikut cara perbandingan sifat pula,
sesuatu benda itu akan dibandingkan dengan benda lain yang serupa sifatnya walaupun rupak
bentuknya berlainan (Ainon Mohd. & Abdullah Hassan 2003: 7).

Mengikut kaedah perluasan makna pula, makna sesuatu perkataan diperluaskan supaya
meliputi makna-makna baru. Sebagai contoh, daripada perkataan tua, diterbitkan makna-
makna lain, yang tidak lagi membawa makna tua. Contoh: ketua,pengetua, yang dipertuan,
mertua, pertua dan sebagainya (Ibid: 8).

Binatang dalam peribahasa Melayu

Bangsa Melayu hidup dalam persekitaran yang dipenuhi dengan binatang, sama ada binatang
itu binatang buas/liar ataupun binatang ternakan. Kehidupan mereka yang terdedah pada
persekitaran yang dikelilingi oleh hutan rimba, kebun dan ladang, sungai dan laut
menyebabkan mereka serong bertemu dengan banyak binatang. Kalau ke hutan mereka akan
bertemu harimau, gajah, ular dan sebagainya. Kalau ke kebun/ladang, mereka akan bertemu
lembu, kambing dan sebagainya yang biasanya dipelihara sebagai punca pendapatan.Dengan
itu, mereka dengan sendirinya mengenali binatang-binatang tersebut. Perkongsian hidup
mereka dengan bintang-bintang ini membuatkan tempias binatang-binatang itu terpantul
dalam peribahasa mereka. Antara binatang yang sering menjadi tumpuan mereka sehingga ia
disebut dalam peribahasa mereka ialah harimau, gajah, kera, anjing, serigala, kambing,
kerbau, babi, ayam, rusa, kancil, singa, cacing, rama-rama, kura-kura, monyet, belalang,
siput, arnab, merak, pipit, enggang, ular, kucing, katak, lembu, kutu, badak, kuda, dan
sebagainya.

Beberapa contoh

Harimau - sebagai simbol untuk raja dan menunjukkan pangkat dan kekuasaan. Antara
contoh peribahasa Melayu yang menggunakan perkataan harimau ialah:
1. Anak harimau (anak orang ada kuasa).
2. Harimau ditakuti sebab giginya (pembesar itu ditakuti kerana kuasanya).
3. Harimau memperlihatkan kukunya (pembesar memperlihatkan kuasanya.
4. Harimau menunjukkan belangnya (pembesar memperlihatkan kuasanya).

Harimau sebagai seorang yang bersifat bengis dan kejam, mengancam orang lain.Contoh:
1. Anak harimau diajar makan daging (orang yang zalim diberi galakan untuk membuat
aniaya ).
2. Seperti harimau beranak kecil (sifat orang yang sangat bengis dan garang).

Gajah - Gajah: menunjukkan kuasa dan kekuatan. Contoh:


1. Gajah lalu rumpai layu (perbuatan orang yang berkuasa membawa kesusahan kepada orang
yang lemah).
2. Gajah masuk kampung, kalau pohon tak tumbang, rumput layu juga). (orang yang
berkuasa dapat berbuat sesuka hati kepada orang yang lemah).
3. Gajah mati tulang setimbun (orang kaya meninggal dunia banyak meninggalkan hartanya).
4. Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati ditengah-tengah. (kalau para pemimpin
berselisih faham rakyat mendapat susah).

Orang yang berpangkat dan berkuasa hilang pengaruh atau kuasa boleh disamakan dengan
gajah yang dibinasakan.
Contoh:
1. Gajah dialahkan oleh pelanduk (orang berkuasa dapat dialahkan oleh orang yang lemah).
2. Gajah ditelan ular lidi (Orang berkuasa dapat dialahkan orang lemah).
3. Gajah empat kaki lagi tersaruk (pembesar sekalipun, ada waktunya akan kehilangan
kebesarannya).

Naga: dianggap simbol orang besar dan berkuasa.


Contoh:
1. Cacing hendak menjadi naga (orang kecil hendak menyamai orang besar).
2. Cacing menelan naga (orang yang berkusa dapat dialahkan oleh orang yang lemah).
3. Naga ditelan ular lidi (orang bangsawan berkahwin dengan orang biasa).

Anjing dan babi sebagai simbol kejahatan dan kehinaan. Contoh:


1. Anjing kurap (hina kerana kemiskinan).
2. Anjing biasa makan tahi, jika tidak dimakan, mencium ada juga ( orang yang biasa berbuat
jahat, sekali-sekala teringat juga akan mengulangi lagi perbuatan itu)
3. Seperti anjing dengan kucing (selalu bertengkar).
4. Kepala tersangkut dengan kulit babi (mendapat malu besar).
5. Mutiara terkalung di leher babi ( tidak tahu menilai barang berharga, yang mulia jadi hina).

Melalui peribahasa Melayu, dapat dikenalpasti binatang-binatang yang melambangkan


kejahatan seperti buaya, lintah, tupai, musang dan ular. Contoh:
1. Buaya darat (penjahat; penggemar perempuan).
2. Adakah buaya menolak bangkai (orang jahat tentu akan berbuat jahat, kalau ada
kesempatan).
3. Seperti lintah menghisap darah (membungakan wang dengan bunga yang terlalu mahal,
menipu dengan cara yang lemah lembut).
4. Jika kepalanya ular, takkan ekornya belut (yang jahat itu tetap jahat).
5. Sudah tampak kaki ular (telah diketahui tingkah laku seseorang yang buruk (yang
dahulunya tidak diketahui).
6. Seperti nyiur ditebuk tupai (anak dara yang diperkosa).
7. Musang berbulu ayam (orang jahat menyamar sebagai orang baik-baik).
8. Musang terjun lantai terjungkat (tempat yang dimasuki pencuri ada juga sesuatu
alamatnya).

Lembu dalam masyarakat Melayu, adalah simbol atau lambang kebodohan. Contoh:
1.Lembu dogol jangan dibalun (orang yang tidak melawan jangan diusik-usik, jika melawan
dia bersungguh-sunguh.
Lembu juga dijadikan simbol orang yang tidak seberapa kuasanya.
1. Laksana lembu dogol, tak boleh ditanduk hanya disondol (orang yang hanya suka
menggertak tetapi tidak merbahaya; melawan dengan seberapa kuasanya dalam perkelahian.

Kucing: simbol orang yang ditakuti. Contoh:


1. Kucing lalu, tikus tiada berdecit lagi (apabila orang yang ditakuti datang, maka diamlah
mereka yang bising.
2. Kalau kucing tidak bermisai, takkan ditakuti tikus lagi (orang besar yang hilang
martabatnya (pangkatnya) tiak disegani orang lagi.

Kuda: simbol orang miskin yang berlagak seperti orang kaya. Contoh:
1. Bak rasa kuda pula kukuran (perihal orang miskin yang berlagak seperti orang kaya).
2. Seperti kuda lepas dari pingitan (terlalu gembira sebab lepas dari kurungan atau
pembelengguan).

Kambing: simbol orang yang ditakuti. Kambing juga dijadikan simbol kepada orang yang
pengecut, orang yang berada dalam ketakutan, orang yang berperangai tidak senonok,
keanak-anakan, orang yang malas, orang yang tidak mempunyai kuasa/lemah. Contoh:
a. Kambing keramat (orang yang ditakuti dan bebas membuat sekehendak hatinya).
b. Anak kambing tak akan jadi anak harimau (orang yang pengecut (bodoh) tidak akan jadi
orang yang berani (pandai).
c. Bagai kambing dalam biduk (orang yang ketakutan (tidak dapat berbuat apa-apa).
d. Bagai kambing harga dua kupang = menggelinjang bagai kambing berulat (tidak senonoh
perangainya, keanak-anakan).
e. Bagai kambing diseret ke air = bagai kambing dimandikan pagi (perihal orang yang malas
dan enggan kalau disuruh melakukan sesuatu).
f. Seperti kambing dengan harimau (orang yang lemah bertanding dengan orang yang kuat.
g. Umpama kambing kecil, merentak tidak memutus tali, berantuk tidak melambung bumi
(orang yang dianggap ringan kerana tidak berkuasa apa-apa).

Kerbau: simbol kepada orang yang jahat, orang yang bodoh, hina,
1. Bagai kerbau runcing tanduk (orang yang terkenal kerana jahatnya).
2. bagai jelongak kerbau rampung (orang bodoh yang sombong dan tidak sedarkan dirinya
diperbodohkan orang).
3. Bermain-main dengan kerbau, dilontarnya muka dengan ekor (berkawan dengan orang
bodoh (hina) tentu mendatangkan kerugian).
4. Seperti kerbau dicucuk hidung (orang yang bodoh yang menurut sahaja kemahuan orang
lain).

Kancil: simbol kepada kecerdikan/tipu muslihat, lalu dikatakan "akal kancil" (tipu muslihat
yang licin, cerdik dengan tipu muslihatnya).

Kijang: simbol kepada negara/tempat asal. Contoh:


1. Kijang dirantai dengan emas, jikalau ia lepas, lari juga ia ke hutan (seseorang itu akan
ingat juga negeri asalanya sekalipun senang hidupnya dinegeri orang.
2. Seperti kijang lepas ke rimba (orang yang telah kembali ke tempat asalnya dan sukar
dijumpai lagi.

Kera: Simbol kepada orang yang tidak tahu menghargai sesuatu, resah gelisah, orang yang
takut bergaul.
1. Kera dapat (diberi) bunga = bagai kera diberi kaca (mendapat (diberi) sessuatu yang tidak
tahu (tidak dapat) dipergunakannya).
2. Seperti kera kena belacan (sangat gelisah (resah), tidak senang diam).
3. Seperti kera sumbang (orang yang takut (tidak gemar) mencampuri orang ramai).

Keldai: simbol kebodohan. Contoh:


1. Keldai hendak dijadikan kuda (orang yang bodoh hendak dianggap (dijadikan) orang
pandai.

Ayam:
Ayam tak patuk, itik tak sudu (dikatakan kepada seseorang yang hina atau tidak berharga)

Beruk:
Berhakim kepada beruk (meminta hukum kepada orang yang tamak).

Badak:
1. Sayang anak badak tampung, cucu konon badak raya (seseorang yang bukan bangsawan
tetapi mengaku dirinya kerabat diraja).

Belalang: belalang telah menjadi helang (orang yang bodoh dan hna telah menjadi cerdik dan
panai).

Biawak: mendukung biawak hidup (melakukan sesuatu yang menyusahkan diri sendiri),

Cacing: cacing naik ke muka (kelakuan yang melampau).

Cicak:
Seperti cicak makan kapur (beroleh malu kerana kesalahannya sendiri; bersenang hati
(gembira) KD: 239

Merak: tidak ada dalam kamus dewan.

Helang: SIMBOL KEBESARAN, kegagahan,


1. Helang terbang mengawan, agas hendak mengawan juga (orang miskin mahu meniri
kelakuan orang kaya).
2. seperti helang menyongsong angin (gagah dan berani apabila menentang musuh).
3. cerdik helang bingung si kikih, lamun murai terkecoh jua (biarpun cerdik atau bodohnya
orang besar-besar, orang yang rendah jua yang terpedaya (menanggung rugi).KD: 449

Burung gagak:
1. Burung gagak itu jikalau dimandikan dengan air mawar sekalipun, tiada akan menjadi
putih warnanya (orang yang sudah bertabiat jahat tidak dapat diperbaiki lagi ) KD: 194.

Enggang: simbol kebesaran,


1. pipit meminang anak enggang (orang yang miskin (kecil-kecil dll) meminang anak orang
kaya (besar0besar dll) tentu tidak munasabah) KD: 339-340.

Serigala: simbol kejahatan, kecurangan. Contoh:


1. serigala berbulu domba (orang yang kelihatan bodoh dan penurut tetapi sebenarnya culas,
jahat lagi curang).
2. serigala dengan buah anggur (orang yang mencela sesuatu yang diingininya kerana ia tidak
berupaya untuk mendapatkan benda itu).
Unta: simbol kebodohan, lurus, patuh. Contoh:
1. Bagai unta menyerahkan diri (orang yang sangat patuh menurut perintah; mengaku salah
serta bertaubat daripada kesalahan itu; orang yang bodoh dan lurus itu selalu menjadi
keuntungan dan kesukaan orang yang cerdik). KD: 1524)

Simpulan Bahasa adalah salah satu daripada jenis peribahasa. Simpulan Bahasa merupakan jenis
peribahasa yang paling mudah dan ringkas. Biasanya simpulan bahasa terdiri daripada dua patah
kata seperti ada hati, batu api, cepat tangan, dan sebagainya.

SIMPULAN BAHASA, MAKSUD DAN CONTOH AYAT.


1. ada hati
Maksud : ada keinginan yang melebihi kesanggupan.
Ayat : Jamal ada hati hendak meminang anak hartawan itu.

2. akal kancil
Maksud : tipu daya yang licin
Ayat : Peniaga itu mempunyai akal kancil untuk mendapat keuntungan yang banyak.

3. alas perut
Maksud : makan sedikit untuk sementara waktu
Ayat : Amran makan sekeping roti sebagai alas perut.

4. alim-alim kucing
Maksud : seorang yang berpura-pura baik dari segi tingkah laku dan peraturan.
Ayat : Jamal bersikap alim-alim kucing di depan ibu bapanya.

5. anak angkat
Maksud : anak orang lain yang dipelihara seperti anak sendiri
Ayat : Amin adalah anak angkat Pak Cik Rahman.

6. anak bongsu
Maksud : anak yang paling muda dalam keluarga
Ayat : Lai Meng anak bongsu Encik Wong.

7. anak emas
Maksud : orang yang dikasihi oleh ibu bapanya atau majikannya.
Ayat : Sofea pekerja yang rajin. Tidak hairanlah saya jika ia menjadi anak emas Tuan Adnan.

8. anak kandung
Maksud : anak sendiri
Ayat : Harlina anak kandung Encik Osman dan Puan Faridah.

9. angkat bakul
Maksud : orang yang suka memuji atau meninggikan diri.
Ayat : Puan Aisyah sering angkat bakul apabila bercerita tentang dirinya.
10. atas angin
Maksud : Negara-negara barat
Ayat : Negara kita pernah dijajah oleh negara-negara atas angin.

11. banyak mulut


Maksud : orang yang suka bercakap
Ayat : Sikap Mona yang banyak mulut itu tidak disenangi oleh rakan sekelasnya.

12. batu api


Maksud : penghasut
Ayat : Mereka sudah berbaik-baik. Janganlah kamu menjadi batu api pula.

13. batu loncatan


Maksud : sesuatu yang digunakan untuk mencapai sesuatu tujuan
Ayat : Diterimanya tawaran kerja sementara itu sebagai batu loncatan untuk memperoleh
pekerjaan yang lebih baik kelak.

14. bekas tangan


Maksud : hasil kerja tangan seseorang
Ayat : Pasu bunga ini adalah bekas tangan Clementina.

15. bergadai nyawa


Maksud : sanggup membahayakan diri sendiri demi mencapai sesuatu
Ayat : Ahli bomba itu sanggup bergadai nyawa untuk menyelamatkan mangsa kebakaran.

16. buah mulut


Maksud : perkara yang menjadi sebut-sebutan
Ayat : Berita tentang Murad membawa gadis Inggeris pulang telah membawa buah mulut
seluruh kampung.

17. buah tangan


Maksud : pemberian
Ayat : Setiap kali ke luar negeri, ayah pasti membawa buah tangan untuk kami.

18. bulat kata


Maksud : sepakat, sehati
Ayat : Penduduk kampung ini sudah bulat kata untuk bergotong royong membersihkan kawasan
kampung pada minggu depan.

19. durian runtuh


Maksud : mendapat keuntungan dengan tidak disangka-sangka atau tanpa bersusah payah.
Ayat : Wanita itu mendapat durian runtuh apabila membeli-belah di pasar raya itu.

20. gaji buta


Maksud : gaji yang diterima dengan tidak bekerja sungguh-sungguh
Ayat : Buruh itu lebih banyak berehat daripada bekerja. Dia makan gaji buta.

21. ikat perut


Maksud : mengurangkan makan kerana susah
Ayat : Manisah terpaksa ikat perut di sekolah kerana ayahnya tidak mampu memberikan wang
saku kepadanya.

22. iri hati


Maksud : perasaan cemburu
Ayat : Perempuan itu iri hati melihat jirannya membeli perabot baru.

23. jalan buntu


Maksud : tidak mendapat kata sepakat
Ayat : Mesyuarat itu terpaksa diberhentikan kerana menemui jalan buntu.

24. keras kepala


Maksud : tidak mahu mengalah
Ayat : Lebih baik kamu beralah daripada terus bertengkar dengannya. Dia itu keras kepala.

25. khabar angin


Maksud : khabar yang belum sah kebenarannya.
Ayat : Sejak dia menghilangkan diri dari kampung, berbagai-bagai khabar angin tersebar
tentang dirinya.

26. langkah kanan


Maksud : mujur atau bernasib baik
Ayat : Hari ini langkah saya langkah kanan kerana dapat bertemu dengan pengarang terkenal di
pesta buku itu.

27. langkah seribu


Maksud : melarikan diri secepat-cepatnya kerana takut
Ayat : Budak yang menghendap di dusun itu membuka langkah seribu apabila disergah oleh
ayah saya.

28. mandi peluh


Maksud : basah dengan peluh
Ayat : Setiap hari Pak Cik Salim bermandi peluh mengusahakan kebun sayurnya.

29. mata duitan


Maksud : orang yang mementingkan wang saja
Ayat : Jangan jadi mata duitan kerana kekayaan saja tidak dapat menjamin kebahagiaan.

30. pilih kasih


Maksud : melebihkan pertimbangan kepada orang yang dikasihi
Ayat : Majikan itu pilih kasih dalam memberikan pangkat kepada pekerja-pekerjanya.

31. rambang mata


Maksud : sukar untuk membuat pilihan
Ayat : Ibu rambang mata apabila masuk ke kedai pakaian itu.

32. ringan tangan


Maksud : suka menolong orang
Ayat : Kalau kita ringan tangan, semua orang akan menyayangi kita.

33. ringan tulang


Maksud : rajin bekerja
Ayat : Kawasan rumah Encik Simon selalu bersih kerana tukang kebunnya ringan tulang.

34. sampai hajat


Maksud : berjaya mencapai apa yang dihajati
Ayat : Akhirnya sampai hajat nenek hendak ke Makkah.

35. saudara baru


Maksud : orang yang baru memeluk agama Islam
Ayat : Vincent telah menjadi saudara baru sejak bulan lepas lagi.

36. senyum kambing


Maksud : senyum mengejek
Ayat : Pemuda itu tersenyum kambing melihat cara gadis itu berpakaian.

37. tanda mata


Maksud : hadiah kenang-kenangan
Ayat : Dania memberikan sehelai selendang kepada Lina sebagai tanda mata.

38. tangan terbuka


Maksud : suka menolong orang yang dalam kesusahan
Ayat : Keluarga Hasnan menerima kedatangan anak yatim itu dengan tangan terbuka.

39. tangkai jering


Maksud : orang yang kedekut
Ayat : Sia-sia saja kamu meminta derma daripada dia kerana dia tangkai jering.

40. ulat buku


Maksud : orang yang tekun membaca
Ayat : Maniam gemar membaca buku sehingga rakan-rakannya menggelarkan dirinya ulat buku.

Anda mungkin juga menyukai