Anda di halaman 1dari 1

TAJUK : MENGENAL PASTI CAMPURAN PEMASARAN SYARIKAT CASIO

MALAYSIA SDN BHD

ABSTRAK
Kajian ini adalah berkaitan sebuah syarikat multinasional ( MNC ) iaitu perniagaan Syarikat
Casio yang berpusat di Shibuya, Tokyo, Jepun. Namun, bagi memudahkan pencarian
maklumat, pengkaji memilih Syarikat Casio Malaysia yang merupakan salah satu cawangan
bagi perusahaan Casio di Malaysia. Pengkaji menjalankan kajian ini berdasarkan objektif
kajian iaitu, mengenalpasti campuran pemasaran produk Syarikat Casio Malaysia berdasarkan
kedalaman, kelebaran, klasifikasi dan atribut produk. Juga, kajian ini bertujuan untuk
menganalisis pengedaran dan pemasaran. Selain itu, untuk menganalisis kaedah campuran
promosi yang digunakan dan strategi penetapan harga umum dan harga produk baharu Syarikat
Casio Malaysia. Dalam kajian ini, pengkaji hanya mengunakan data sekunder untuk
mendapatkan maklumat iaitu daripada internet, majalah dan buku-buku ilmiah. Pengkaji
menjalankan kajian ini setelah melalui penelitian laman sesawang dan majalah serta buku-buku
ilmiah yang mudah untuk didapati di perpustakaan. Dengan adanya kaedah campuran
pemasaran, Syarikat Casio Malaysia dapat meningkatkan keuntungan mereka dan dapat
mengekalkan syarikat mereka sebagai pengeluar barang elektronik yang terunggul di Malaysia.
Dengan adanya produk-produk baharu yang sentiasa memenuhi pasaran, syarikat Casio
Malaysia yakin bahawa syarikat Casio akan terkenal dan mendapat sambutan ramai. Mereka
percaya bahawa dengan adanya campuran pemasaran, syarikat Casio Malaysia yang
ditubuhkan mereka akan sentiasa berkembang maju.

Anda mungkin juga menyukai