Anda di halaman 1dari 2

SPSK PK 07/3

SEKOLAH KEBANGSAAN METHODIST (ACS),


JALAN MELAWIS, 41000 KLANG
SELANGOR DARUL EHSAN.

MINIT MESYUARAT PANITIA TMK BILANGAN 2/TAHUN 2017

Tarikh : 25.5.2017
Masa : 1.00 Petang
Tempat : Pusat Sumber Sekolah
Pengerusi : En Bakri b Darus
Kehadiran (Bilangan) : 4 orang
Kehadiran :
1. En Bakri b Darus PK 1
2. En Mohd Zafli b Mohd Zainon KP TMK
3. En Ahmad Farid b Hashim
4. En Mohd Ismail b Mahat

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI


1.1 Pengerusi majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang dapat
menghadirkan diri ke mesyuarat Panitia TMK kali ke 2. Mesyuarat di mulai dengan
bacaan al-fatihah.
1.2 Beliau menyerahkan mesyuarat kepada Ketua panitia untuk tindakan seterusnya.
2.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG
LEPAS
2.1 Minit mesyuarat Bil. 1/2017 diterima setelah semakan dibuat.
2.2 Dicadang untuk disahkan oleh En Mohd Ismail b Mahat.
2.3 Disokong oleh En Ahmad Farid b Hashim

3.0 PERKARA BERBANGKIT


TIADA
4.0 LAPORAN UNIT/PERKARA BARU
4.1 Minggu PanitiaTMK
En Mohd Zafli memaklumkan bahawa untuk tahun ini, panitia akan
mengadakan aktiviti minggu panitia pada bulan Oktober selepas peperiksaan
UPSR. Cadangan akitviti adalah seperti berikut:
a) Tahun 4 Kuiz TMK
b) Tahun 5 Pertandiangan Membina pangkalan Data
c) Tahun 6 pertandingan Scratch
Guru-guru yang terlibat harap boleh melaksanakan aktiviti yang dicadangkan.
Jika terdapat perubahan harap boleh maklumkan kepada beliau untuk
pembelian hadiah kepada pemenang.

4.2 Peperiksaan Pertengahan Tahun


En Mohd Zafli membentangkan analisis peperiksaan pertengahan tahun seperti
di bawah.

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan


01 20 Feb 2017 00
SPSK PK 07/3

Beliau berharap agar pencapaian murid dapat dipertingkatkan terutama


pencapaian bilangan A.

4.3 Pelaporan PBS


En Mohd Zafli berharap semua guru telah menyediakan pelaporan PBS
mengikut unit yang telah diajar. Berdasarkan pengukuran ini kita sepatutnya dapat
mengenalpasti murid yang lemah untuk diberi pemulihan dan seterusnya
meningkatkan pemahaman murid dalam subjek TMK ini.

4.4 Frog VLE


Semua ahli diingatkan agar sentiasa menggunakan Frog VLE sebagai satu
kaedah untuk mengajar subjek TMK kepada murid. Guru boleh membina
bahan sendiri atau mengambil bahan daripada guru-guru lain untuk diajar
kepada murid. Galakkan murid menggunakan frogplay sebagai cara menarik
minat murid untuk belajar subjek TMK.

5.0 HAL-HAL LAIN


TIADA

6.0 PENUTUP
6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.45 petang.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

_________________________ ______________________
(Ahmad Farid b Hashim) (Mohd Zafli b Mohd Zainon)
Setiausaha Panitia TMK Ketua Panitia TMK
SK Methodist ACS SK Methodist ACS

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan


01 20 Feb 2017 00

Anda mungkin juga menyukai