Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PEDAS

71400 PEDAS, NEGERI SEMBILAN

KERTAS KERJA

TIPS DAN TEKNIK BIJAK MENJAWAB


FIZIK

ANJURAN :
PANITIA FIZIK
TAHUN 2017
1.0 Pendahuluan

Dalam menuju kecemerlangan, pelajar-pelajar perlu diberi perhatian sewajarnya sama ada dari
segi akhlak, akademik, ko-kurikulum dan sebagainya. Kejayaan pelajar-pelajar dalam bidang
akademik diukur daripada pencapaian mereka dalam peperiksaan awam khususnya SPM 2017.
Bagi mencapai matlamat tersebut, bimbingan ke arah peperiksaan perlu diberi perhatian serius
khususnya dari segi teknik-teknik menjawab, pembahagian masa dan soalan-soalan peruncingan
yang kerap disoal di dalam peperiksaan.

Menyedari hakikat inilah maka pihak Panitia Fizik telah mengambil inisiatif untuk mengadakan
Teknik Bijak Menjawab Fizik bagi membantu pelajar-pelajar menghadapi peperiksaan SPM
2017.

2.0 Rasional

Pelajar-pelajar kurang berkemahiran dalam teknik teknik menjawab soalan Fizik terutamanya
dalam memahami kata kunci soalan seperti huraikan, terangkan, jelaskan,mengapa dan lain-lain.

3.0 Objektif

3.1 Supaya pelajar-pelajar dapat mengaplikasikan segala teknik dan tips yang diperoleh dari
bengkel ini bagi menghasilkan pelajar A+ dan A dalam SPM 2017.

3.2. Supaya pelajar-pelajar dapat memberi jawapan soalan dengan tepat selaras dengan peraturan
permarkahan berdasarkan kata kunci yang diberi.

3.3 Supaya para pelajar dapat membuat pembahagian masa yang betul dalam menjawab soalan
sebagaimana masa yang ditetapkan.

4.0 Sasaran

20 orang pelajar tingkatann 5 Ibnu Sina ( Aliran Sains Tulen )

5.0 Maklumat Pelaksanaan

Tarikh : 19 JULAI 2017

Hari : Rabu
Masa : 2.30 petang hingga 4.30 petang.

Tempat : Makmal Fizik, SMK Pedas

6.0 Jadual program

1.50 petang - Perediaan pelajar ( rehat, makan tengahari dan solat)

2.20 petang - Pelajar berkumpul di Makmal Fizik dan bersedia untuk

program

2.30 - 4.30 petang - Teknik Menjawab Kertas 2 Bahagian A , B dan C

Oleh : En. Mozaidi bin Mokhtar

SM Sains Rembau

7.0 Jawatan kuasa Kerja

Pengerusi : Pn. Zuraidah binti Md Nor

Timbalan Pengerusi 1 : Pn Nomi Binti Anoh

Timbalan Pengerusi 2 : En. Zainul Rahid bin Md Zain

Penyelaras : En Mohd Fadzli bin Hamid

Setiausaha : Pn Nurfaiza binti Mustafar

AHLI JAWATAN KUASA TUGASAN


1. En. Mohd Fadzli bin Hamid -menyusun jadual dan tarikh program.
-memperuntukkan perbelanjaan bagi
penceramah jemputan.
2. Pn.Nurfaiza binti Mustafar -menyediakan urat jemputan.
-memperbanyakkan bahan program.
- menjadi penghubung antara penceramah yang
dijemput.
- menyediakan biodata penceramah
-menyediakan LDC untuk kegunaan
penceramah.
- menyediakan sijil penghargaan kepada
penceramah
3. En.Mozaidi bin Mokhtar -menyediakan bahan edaran.
-penceramah Teknik Bijak Menjawab.
8.0 Anggaran Perbelanjaan.

Bil Perkara Kuantiti Jumlah


1 Cenderahati Penceramah 1 x RM 100.00 RM 100.00
Jumlah RM 100.00

9.0 Penutup

Pendedahan berkaitan teknik menjawab yang betul dan tepat pastinya dapat membantu
pelajar menjawab soalan dengan tepat dan efisien.Ketepatan dalam menjawab soalan
akan dapat membantu para pelajar mendapat markah yang terbaik dan akan memperoleh
kejayaan yang cemerlang dalam mata pelajaran Fizik dalam setiap kali penilaian
khususnya dalam SPM 2017.

Disediakan oleh, Disahkan Oleh,

....................................................... .................................................
PN NURFAIZA BINTI MUSTAFAR PN ZURAIDAH BINTI MD NOR
Ketua Panitia Fizik 2017 Pengetua,
SMK Pedas SMK Pedas
71400 Pedas, Negeri Sembilan. 71400 Pedas, Negeri Sembilan