Anda di halaman 1dari 6

BAHAGIAN A

( 30 Markah)

[ Masa yang dicadangkan: 45 minit]

Lihat rajah di bawah ini dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang faktor-faktor yang
menjadi daya tarikan pelancong melancong ke Malaysia. Panjangnya huraian hendaklah antara
200 hingga 250 patah perkataan.

SEKTOR PELANCONGAN DI MALAYSIA

Kemudahan asas

Kepelbagaian budaya Tempat pelancongan yang murah dan


masyarakat menarik
Bahagian B
[100 markah]
[ Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit]

Pilih satu daripada soalan di bawah ini dan tulis karangan yang panjangnya lebih daripada
350 patah perkataan.

1. Anda berjaya mendapat kerja secara sambilan semasa menunggu keputusan peperiksaan
SPM. Pekerjaan tersebut sesuai dengan diri anda dan mendatangkan pelbagai kebaikan.

Jelaskan kebaikan-kebaikan yang anda peroleh dengan bekerja secara sambilan.

2. Kenaikan harga barangan pada masa ini mendorong ahli keluarga anda mengawal
perbelanjaan.

Bincangkan usaha-usaha yang dapat dilakukan olehahli keluarga anda untuk mengawal
perbelanjaan yang semakin meningkat.

3. Keamanan dan keharmonian yang dikecapi pada hari ini adalah sumbangan dan
pengorbanan tokoh-tokoh kemerdekaan negara.

Sumbangan dan pengorbanan mereka wajar dihargai.

Tulis sepucuk surat kepada pihak akhbar tempatan tentang cara-cara menghargai
sumbangan dan pengorbanan tokoh-tokoh tersebut.

Tulis surat tersebut selengkapnya.

4. Keprihatinan pemimpin dan rakyat negara ini terhadap mangsa bencana alam di beberapa
buah negara mendapat pujian masyarakat antarabangsa.

Huraikan sumbangan-sumbangan yang diberikan oleh pemimpin dan rakyat negara ini
untuk membantu mangsa bencana alam tersebut.

5. Para pelajar pada masa ini kurang berminat untuk membaca karya-karya sastera.

Huraikan langkah-langkah yang perlu diambil oleh pelbagai pihak untuk menarik minat
para pelajar terhadap karya sastera.

KERTAS SOALAN TAMAT


GARIS PANDUAN GURU DAN PELAJAR
BAHAGIAN A

1. Tugasan Soalan :

Pelajar dapat menghuraikan faktor-faktor yang menjadi daya tarikan pelancong melancong ke
Malaysia.

2. Cadangan Isi:

2.1. Kemudahan asas.


2.1.1. Prasarana yang lengkap kemudahan jalan raya
2.1.2. Penginapan yang selesa hotel, motel, rumah rehat, chalet dan sebagainya.
2.1.3. Pengangkutan yang moden kapal terbang, keretapi, MRT, LRT, ETS dan lain-lain.
l
2.2. Tempat pelancongan yang murah dan menarik.
2.2.1. Pakej tambang murah MAS, AIR ASIA, MALINDO dan lain-lain.
2.2.2. Tempat melawat yang menarik.
2.2.3. Pakej untuk keluarga atau rombongan.
2.2.4. Kemudahan penginapan dan rekreasi yang murah

2.3. Kepelbagaian budaya masyarakat.


2.3.1. Kepelbagaian budaya masyarakat.
2.3.2. Identiti budaya pelbagai kaum seperti tarian, perayaan dan pakaian

3. Ungkapan menarik
3.1. Jauh perjalanan luas pemandangan
3.3. Budi bahasa budaya kita
3.4. Indah rupa dari khabar.
GARIS PANDUAN BAHAGIAN B

SOALAN 1:

Anda berjaya mendapat kerja secara sambilan semasa menunggu keputusan peperiksaan SPM.
Pekerjaan tersebut sesuai dengan diri anda dan mendatangkan pelbagai kebaikan.

Jelaskan kebaikan-kebaikan yang anda peroleh dengan bekerja secara sambilan

a) Tugasan soalan
Pelajar dapat menjelaskan kebaikan-kebaikan yang diperoleh dengan bekerja secara sambilan.

b) Cadangan isi
i. Dapat menyimpan wang untuk keperluan masa depan
ii. Mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah
iii. Mendapat kemahiran dalam bidang pekerjaan yang diceburi
iv. Memperoleh pengalaman dalam berkomunikasi
v. Dapat membantu ibu bapa/ahli keluarga/kawan yang menghadapi masalah kewangan

SOALAN 2:

Kenaikan harga barangan pada masa ini mendorong ahli keluarga anda mengawal perbelanjaan.

Bincangkan usaha-usaha yang dapat dilakukan oleh ahli keluarga anda untuk mengawal
perbelanjaan yang semakin meningkat.
.

a) Tugasan soalan
Pelajar dapat membincangkan usaha-usaha yang dapat dilakukan oleh ahli keluarga untuk
mengawal perbelanjaan yang semakin meningkat.

b) Cadangan isi
i. Ahli keluarga membeli barangan keperluan yang secukupnya.
ii. Ahli keluarga hendaklah mengelakkan membeli barangan mewah.
iii. Ahli keluarga membeli barangan keperluan di kedai yang menawarkan harga berpatutan, pasar
raya murah dan seumpamanya.
iv. Anak-anak digalakkan menyimpan wang atau menabung untuk masa depan.
v. Ahli keluarga boleh bercucuk tanam
SOALAN 3:

Keamanan dan keharmonian yang di kecapi pada hari ini adalah sumbangan dan pengorbanan
tokoh-tokoh kemerdekaan negara. Sumbangan dan pengorbanan mereka wajar dihargai.

Tulis sepucuk surat kepada pihak akhbar tempatan tentang cara-cara menghargai sumbangan dan
pengorbanan tokoh-tokoh tersebut.

Tulis surat tersebut selengkapnya.


.

a) Tugasan soalan

Pelajar dapat menulis sepucuk surat kiriman rasmi kepada mana-mana akhbar tempatantentang cara-cara
menghargai sumbangan dan pengorbanan tokoh-tokoh kemerdekaan negara..

b) Format : Surat kiriman rasmi Tolak markah jika tiada :


i. Nama pengirim dan alamat (Tolak 1 markah)
ii. Tarikh (Tolak markah)
iii. Nama Penerima (Tolak 1 markah)
iv. Menghadap surat (Tolak markah)
v. Tajuk / perkara (Tolak 1 markah)
vi. Tandatangan (Tolak 1 markah)

- Maksimum tolak 2 markah sahaja

c)Cadangan isi

i. Memberi pingat penghargaan dan kebesaran


ii. Meletakkan nama-nama tokoh kemerdekaan di jalan-jalan utama dan bangunan atau premis
kerajaan.
iii. Sumbangan kewangan kepada keluarga tokoh kemerdekaan.
iv. Mencatat nama tokoh kemerdekaan dalam buku sejarah negara.
v. Mengenang kembali jasa-jasa tokoh kemerdekaan sempena hari kemerdekaan negara.

SOALAN 4:

Keprihatinan pemimpin dan rakyat negara ini terhadap mangsa bencana alam di beberapa buah negara
mendapat pujian masyarakat antarabangsa.

Tulis sumbangan-sumbangan yang dilakukan oleh pemimpin dan rakyat negara ini terhadap mangsa-
mangsa bencana alam.

a) Tugasan soalan

Pelajar dapat menulis sumbangan-sumbangan yang dilakukan oleh pemimpin dan rakyat negara
ini kepada mangsa bencana alam di beberapa buah negara.
b) Cadangan isi
i. Menghantar pasukan penyelamat.
ii. Bantuan perubatan, makanan, pakaian dan khemah.
iii. Menyalurkan bantuan kewangan.
iv. Bantuan tenaga dan prasarana
v. Khidmat kaunseling.

SOALAN 5:

Para pelajar pada masa ini kurang berminat membaca karya-karya sastera.

Huraikan langkah-langkah yang perlu diambil oleh pelbagai pihak untuk menarik minat para pelajar
terhadap karya sastera.

a) Tugasan soalan
Pelajar dapat menghuraikan langkah-langkah yang perlu diambil oleh pelbagai pihak untuk
menarik minat para pelajar terhadap karya sastera.

b) Cadangan isi
i. Penerbit menerbitkan pelbagai jenis buku karya sastera yang sesuai untuk para pelajar
ii. Buku karya sastera dijual dengan harga yang murah dan berpatutan.
iii. Ibu bapa membelikan anak-anak buku karya sastera
iv. Pihak sekolah mengadakan pertandingan menulis karya sastera
v. Pihak perpustakaan menyediakan pelbagai jenis buku karya sastera.

Anda mungkin juga menyukai