Anda di halaman 1dari 4

c ccc



  
m m  
 m m     

  
mm
   m

m

 m
Menurut Sek.15 Akta Kontrak 1950, PAKSAAN ialah perbuatan menahan harta secara
tidak sah atau memudaratkan orang lain dengan niat menyebabkan orang tersebut
membuat perjanjian kontrak.
Cth: Kes Kesarmal Letchumaran vs. Valiappa Chettiar
Fakta: Semasa Negara di bawah pemerintahan Jepun, satu pindah milik harta telah dibuat
atas perintah Sultan, dimana perintah itu sendiri dibuat atas paksaan 2 orang pegawai
tentera Jepun.
KM: Mahkamah memutuskan bahawa perintah yang diberikan oleh Sultan adalah tidak
secara sukarela. Oleh itu, pindah milik harta yang dibuat adalah tidak sah dan batal.

Cth: Kes Kaufman vs. Gerson


Fakta: Gerson telah menyalahgunakan wang yang telah diamanahkan kepadanya oleh
Kaufman. Kaufman mengancam untuk mengambil tindakan undang2 terhadap Gerson
melainkan isteri Gerson bersedia untuk menggantikan wang yang telah hilang. Demi
menjaga nama baik suaminya, Isteri Gerson berjanji untuk membayar wang itu.
KM: Perjanjian antara Kaufman dan isteri Gerson tidak boleh dikuatkuasakan atau tidak
mengikat isteri Gerson kerana terdapat unsur paksaan dalam perjanjian.
2. PENGARUH TIDAK BERPATUTAN
Mengikut Seksyen 16 Akta Kontrak 1950, Pengaruh tidak berpatutan berlaku apabila
seseorang memasuki perjanjian setelah dipengaruhi secara tidak wajar oleh pihak lain. Ini
berlaku apabila pihak tersebut boleh menguasai kemahuan orang lain atau mempunyai
autoriti yang membolehkan dia mengambil keuntungan daripada orang lain.

Contoh: Kes Tate vs. Williamson


Fakta: Tate, seorang pelajar tidak lagi mampu untuk membiayai pelajarannya lalu
bercadang untuk menjual tanahnya. Tate berjumpa dengan defendan, seorang peguam
untuk meminta nasihat mengenai niatnya. Defendan sendiri berminat untuk membeli
tanah tersebut dan telah membelinya dengan harga 7000 paun, sedangkan harga sebenar
tanah itu ialah 20 000 paun. Setelah mengetahui perkara yang sebenar, Tate sangat marah
dan memohon untuk mengetepikan perjanjian.
KM: Sebagai seorang peguam, defendan mempunyai kaitan amanah dengan anak
guamnya dan tidak boleh membeli tanah tersebut tanpa memberitahu nilai sebenar tanah
itu. Oleh itu, permohonan plaintif untuk mengetepikan kontrak adalah diluluskan oleh
mahkamah.

Contoh: Kes Letchemy Arumugam vs. Annamalay


Fakta: Seorang pemaju perumahan telah menipu dan mempengaruhi seorang perempuan
tua yang buta huruf untuk menandatangani suatu perjanjian jual beli. Perempuan itu telah
menandatangani beberapa dokumen selepas pemaju mengatakan bahawa dokumen itu
adalah untuk melepaskan tanahnya daripada gadaian. Sebenarnya dokumen itu adalah
termasuk persetujuan untuk jualan dan pindah milik tanah tersebut.
KM: Mahkamah memutuskan bahawa bukan sahaja wujud penipuan tetapi juga pengaruh
secara tidak wajar dalam perjanjian tersebut. Oleh itu, perjanjian boleh dibatalkan atas
pilihan perempuan tersebut.

3. TIPUAN
Mengikut Seksyen 17 Akta Kontrak 1950, tipuan berlaku apabila seseorang berbuat
sesuatu dengan niat memperdaya dan mendorong pihak lain untuk memasuki kontrak.
Empat keadaan yang membolehkan tipuan berlaku:
i. Memberikan fakta palsu
ii. Menyembunyikan fakta
iii. Membuat janji dengan niat tidak mahu menepatinya
iv. Memperdaya

Contoh: Kes Senananyake vs. Annie Yeo


Fakta: Defendan telah menyalahnyatakan kedudukan kewangan dan masa depan firma
miliknya dalam urusniaga saham sehingga menyebabkan plaintif membayar $20 000
untuk membeli saham milik defendan. Kedudukan kewangan dan masa depan firma
tenyata tidak seperti yang dikatakan oleh defendan. Plaintif mengambil tindakan undang-
undang untuk menuntut kembali wangnya.

KM: Plaintif berhak mendapatkan kembali wangnya kerana kontrak yang dimasuki
bersama defendan adalah atas tipuan yang dilakukan oleh defendan terhadap plaintif.

4. SALAH NYATA
Seksyen 18 Akta Kontrak 1950 menyatakan salahnyata berlaku apabila orang yang
membuat suatu kenyataan tidak berniat untuk menipu berkenaan suatu fakta. Jika
kenyataan yang dibuat dalam bentuk pendapat, maka ia dianggap tidak melakukan
salahnyata.
Contoh: Kes Bisset vs. Wikinson
Fakta: Kedua-dua pihak telah bersetuju untuk memasuki kontrak jual beli sebuah ladang
ternakan biri-biri di New Zealand. Penjual mengatakan bahawa ladang tersebut cukup
besar untuk menampung ternakan sebanyak 2000 ekor. Sebenarnya belum ada seorang
pun termasuk penjual, yang pernah menternak biri-biri di ladang itu.
KM: Mahkamah memutuskan kenyataan penjual hanyalah sebagai suatu pendapat. Ia
bukanlah kenyataan fakta, oleh itu ia tidak tergolong dalam salahnyataan.

5. KHILAF
Seksyen 21, 22, 23 Akta Kontrak 1950-Kesilapan boleh dilakukan oleh kedua-dua pihak
yang berkontrak atau salah seorang daripadanya.

- Seksyen 21 Akta Kontrak 1950 mengatakan kesilapan oleh kedua-dua pihak yang
berkontrak menyebabkan kontrak itu batal.
Contoh: Kes Raffles vs. Wichelnaus
Fakta: Kedua-dua pihak bersetuju untuk menjual dan membeli muatan kapas yang
akan tiba dari London dalam sebuah kapal yang bernama The Peerless yang berlayar
dari Bombay. Tanpa pengetahuan kedua-dua pihak, sebenarnya terdapat 2 pelayaran
kapal itu dari Bombay, iaitu pada bulan Oktober dan Disember. Plaintif maksudkan
kapas pada bulan Disember, tetapi defendan menyangkakan kapas pada bulan
Oktober.
KM: Mahkamah memutuskan tidak wujud kontrak yang sah kerana kedua-dua belah
pihak telah khilaf tentang kapal tersebut.
- Sekyen 23 Akta Kontrak pula menyatakan bahawa kesilapan yang dilakukan oleh
salah seorang pihak yang berkontrak tidak membolehkan kontrak tersebut dibatalkan.
Contoh: Kes Tamplin vs. James
Fakta: Plaintif telah berjaya dalam satu lelongan sebuah rumah dengan menawarkan
harga yang paling tinggi. Plaintif menyangkakan bahawa rumah tersebut termasuklah
sebuah padang yang luas di belakangnya tetapi sebenarnya tidak. Setelah menyedari
kesilapannya, plaintif ingin membatalkan kontrak.
KM: Mahkamah memutuskan bahawa kesilapan hanya dibuat oleh plaintif seorang.
Oleh itu, kontrak adalah sah dan tidak boleh dibatalkan.