Anda di halaman 1dari 11

PUSAT PENATARAN ILMU DAN BAHASA

Tajuk : Kajian Bahasa dan Komunikasi Masyarakat Brunei Melalui Peribahasa

Kod Program : UC00502

Nama Program : Bahasa dan Komunikasi

Nama Pensyarah : Dr. Saidatul Nornis Haji. Mahali

Seksyen : (2)

Nama Pelajar No. Matrik No. Telepon

a) Mohd Faizan Bin Daud BT10110109 0138846533

b) Bryan Junior Anthony BT10110027 0145643880


Pengenalan Sejarah Awal Masyarakat Brunei

Kesultanan Melayu Brunei

1
Pada waktu sebelum abad ke-6, kawasan yang kini dikenali sebagai Sabah, Brunei dan

Sarawak adalah berpusat pada kerajaan Brunei dan kerajaan Brunei juga merupakan pusat

perdagangan dengan China. Wilayah ini sebaliknya dipengaruhi oleh dua kuasa besar pada

waktu itu, iaitu Sri Vijaya di Sumatra dan kemudian Majapahit di Jawa. Bagaimanapun, pada

awal abad ke-15, Empayar Melaka di bawah pemerintahan Parameswara telah menyebarkan

pengaruhnya dan seterusnya mengambil alih perdagangan Brunei. Perubahan ini

menyebabkan agama Islam tersebar di wilayah Brunei oleh pedagangnya pada akhir abad

ke-15. Kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511 telah menyebabkan Sultan

Brunei mengambil alih kepimpinan Islam dari Melaka. Semasa pemerintahan Sultan Bolkiah,

kerajaan Brunei telah memperluaskan pengaruhnya ke utara sehingga ke Luzon dan Sulu

serta di sebelah selatan dan barat Borneo. Kecuali dari Eropah, pendatang asing yang

berurusan dengan Sabah (Borneo Utara) tidak meninggalkan sebarang rekod bertulis

tentang kegiatan mereka di kawasan ini. Penduduk tempatan juga tidak memiliki sebarang

rekod bertulis kecuali sejarah dan tradisi lisan mereka.

Pada 600 tahun masihi, orang-orang Cina telah datang untuk membuat perdagangan

dan hubungan diplomatik dengan Borneo Utara. Rekod Sejarah Brunei ( Brunei Annals) telah

merakamkan tentang penempatan mereka di kawasan Kinabatangan. Bukti-bukti Arkeologi

iaitu seramik yang ditemui di Borneo Utara menunjukkan bahawa orang-orang Cina ada

menjalankan perdagangan secara bertukar barang, antara seramik orang-orang Cina

dengan rempah ratus dari penduduk tempatan.

1
http://www.sabah.org.my/bm/kenali_sabah/sejarah_sabah.asp dirujuk : 24/08/2010

1
Pengenalan Masyarakat Brunei Sabah

Suku kaum Brunei yang lebih dikenali sebagai urang Barunai, memang terkenal

dengan peribahsa. Sebahagian besar mereka mendiami kawasan pantai barat Sabah

meliputi kawasan Sindumin, Sipitang, Menumbok, Binsulok, Membakut, Bongawan, Papar

dan Kota Kinabalu. Sebahagian masyarakat Brunei masih lagi mengekalkan budaya

peribahasa dalam kehidupan seharian. 2Peribahasa boleh ditafsirkan sebagai ayat atau

kelompok kata yang mempunyai susunan tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu,

bidalan, pepatah. Peribahasa adalah salah satu daripada kebudayaan warisan yang masih

subur dan sangat digemari oleh masyarakat Melayu Brunei. Pada masa kini penggunaan

peribahasa masih boleh ditemui dalam masyarakat kampung apabila suatu upacara sosial

atau dalam aktiviti seharian. Sudah menjadi kelaziman kepada orang-orang Melayu Brunei

zaman dahulu suka bercakap atau bertutur tidak secara terus-terang, mereka lebih suka

menggunakan peribahasa sebagai kiasan dan umpama apabila menegur dan bercakap

dengan seseorang dengan mesej secara langsung dan tidak langsung.

2
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=peribahasa dirujuk : 24/08/2010

2
Peribahsa Masyarakat Brunei

Peribahsa secara kasarnya boleh dibahagikan kepada peribahasa, simpulan bahasa,

bidalan dan perumpamaan dan kami berfokuskan kepada peribahasa dan komponen-

komponen kecil seperti simpulan bahasa dan bidalan. Bahasa Melayu Brunei tidak

mempunyai perbezaan yang jauh dengan dengan Bahasa Melayu yang dituturkan oleh

masyarakat Malaysia. Perbezaan bahasa cuma dari segi sebutan vokal seperti contoh Bahasa

Melayu Brunei mempunyai pertukaran bunyi vokal daripada Bahasa Melayu Baku.

Contohnya ;

Besar=basar

Tolong=tulung

Secara amnya, sudah tentu peribahasa masyarakat Brunei mempunyai persamaan

dengan peribahasa melayu cuma perbezaan bahasa seperti mana diterangkan diatas serta

maksud dan abstrak yang berbeza. Terdapat beberapa contoh peribahasa yang lazimnya

digunakan oleh masyarakat melayu Brunei dalam kehidupan seharian yang melibatkan

aspek-aspek sosial antaranya ;

1. Bagai dakwat dengan kertas yang bermaksud tidak pernah bercerai, sangat cocok.

2. Bagai dihiris dengan sembilu bermaksud hati yang terlalu sakit, pedih dan sedih.

3. Bagai enau dalam belukar, melepaskan pusuk masing-masing bermaksud tidak

menghiraukan masalah orang lain, hanya mementingkan urusan diri sendiri sahaja

4. Bagai gembala diberi keris bermaksud mendapat sesuatu yang tidak berguna

kepadanya.

3
5. Bagai haruan di dalam lukah bermaksud keadaan yang tidak tetap kerana sakit

atau susah.

6. Bagai kambing dimandikan pagi bermaksud menyuruh seseorang melakukan

sesuatu yang mustahil akan dilakukannya

7. Bagai kelip-kelip terbang malam bermaksud rahsia yang tidak dapat

disembunyikan.

8. Bagai kerakap tumbuh di atas batu bermaksud hidup dalam kemiskinan dan

memelaratan.

9. Bagai kerbau runcing tanduk bererti seseorang yang memang terkenal dengan

kejahatannya, jika orang lain membuat jahat, dia juga disangka melakukannya.

10. Bagi kucing dibawakan lidi bererti seseorang yang sangat takut kepada tuannya

atau penjaganya

Selain itu, terdapat juga peribahasa yang diguna pakai oleh golongan-golongan

remaja sama ada diaplikasikan oleh ibubapa atau orang terdekat dengan tujuan tertentu

seperti memberi kasih sayang, semangat, pengajaran dan lain-lain. Contohnya ;

1. Bagai menatang minyak yang penuh bererti dijaga dengan hati-hati; memelihara

anak dengan penuh kasih sayang.

2. Bagai si rabun memimpin si buta bermaksud orang yang mempunyai ilmu yang

sedikit mengajar orang yang tidak berilmu.

3. Bagai ular menyusur akar, takkan hilang bisanya bererti seorang yang berilmu itu

tidak akan hilang ilmunya atau mertabatnya jika bercampur gaul dengan orang biasa

4
4. Bagai air titik ke batu bererti memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia

5. Bagai aur dengan tebing bermaksud suka mengamalkan sikap tolong-menolong

antara satu sama lain.

Bukan itu sahaja, masyarakat Brunei turut mempunyai simpulan bahasa. Simpulan

bahasa boleh didefinisikan sebagai 3bentuk peribahasa yang paling mudah dan biasanya

terdiri daripada dua patah kata yang membawa maksud yang tepat dan padat. Biasanya,

simpulan bahasa ataupun peribahasa ringkas ini digunakan oleh masyarakat Brunei untuk

menyindir perlakuan seseorang yang tidak menepati norma-norma dan tindakan dalam

budaya masyarakat seperti mencuri, mengumpat, sombong, dan macam-macam lagi.

Contohnya ;

1. Banyak Lemak bererti cerewet atau banyak dalih.

2. Bapa Ayam bermaksud Suami yang tidak mempedulikan anak-anak dan isteri.

3. Banyak mulut bererti seseorang yang banyak bercakap tetapi tidak ada tindakan

atau hasil.

4. Bangkai Nyawa yang bermaksud orang yang tidak berguna

5. Batu Api membawa dua definisi pertama penghasut dan kedua fitnah atau hasutan

yang boleh mencetuskan kemarahan dan punca pergaduhan.

6. Berat Tulang bermaksud orang yang pemalas.

7. Berhakim kepada beruk bermaksud mendapat pengadilan atau pandangan

daripada orang yang tamak atau tidak adil.

3
http://tatabahasabm.tripod.com/tata/simpul.htm dirujuk : 24/08/2010

5
Selain itu perlakuan yang baik seperti rajin, kemas ataupun sesuatu yang

memperlihatkan ketuhanan contohnya bahasa turut diaplikasikan oleh masyarakat Brunei

dalam penggunaan simpulan bahasa contohnya ;

1. Bapa Pergerakan yang membawa erti orang yang menjadi tunggak utama sesuatu

acara

2. Batu Loncatan bererti orang atau tempat yang dijadikan pemangkin untuk berjaya

3. Bawa Diri mempunyai dua maksud yang positif dan negatif. Maksud positif ialah

pandai membawa diri manakala maksud yang negatif lebih kepada sikap merajuk

dan melarikan diri.

4. Bekal Hidup bermaksud harta yang dikumpulkan untuk kegunaan sepanjang hayat.

5. Berbulan Madu bermaksud suasana bahagia selepas kahwin.

6. Beri Jalan bermaksud memberi nasihat atau idea.

7. Bahasa Ragam mengambarkan bahasa istana

6
Bidalan juga termasuk dalam satu komponen peribahasa. Bidalan ditafsirkan sebagai

4
susunan kata-kata yang tertentu dan mempunyai erti yang khusus (biasanya berisi

pengajaran, peringatan dan sebagainya). Kadang-kala bidalan sukar untuk dikenal pasti

aplikasinya kerana mempunya bentuk yang hampir sama dengan pepatah. Namun bidalan

biasanya lebih berfokuskan kepada pengajaran dan ini sering diguna pakai oleh masyarakat

Brunei sebagai satu landasan atau cara berkomunikasi secara sopan dalam menasihati

seseorang. Antara contoh-contoh bidalan adalah ;

1. Biar mati anak, jangan mati adat yang sinonim dengan adat resam dan budaya

yang tidak boleh dilanggar.

2. Biar lambat asalkan selamat bermaksud melakukan sesuatu pekerjaan dengan

berhati-hati biarpun memakan masa yang panjang.

3. Biar berkelahi dahulu, jangan berkelahi kemudian bermaksud suatu perkara itu

perlu difikirkan dan dibincangkan terlebih dahulu supaya tidak menyesal kelak.

4. Berjagung-jagung dahulu sementara menanti padi masak yang bererti melakukan

perkara-perkara yang berfaedah sementara menunggu sesuatu yang lebih baik.

5. Berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat bermaksud fikir dulu sebaik-

baik sebelum membuat keputusan.

4
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=bidalan dirujuk : 25/08/2010

7
Kesimpulan

Tuntasnya, penggunaan peribahasa, simpulan bahasa dan bidalan yang merupakan

satu komponen bahasa dan komunikasi telah sebati dalam kehidupan seharian masyarakat

Brunei walaupun di era globalisasi yang kian mencabar ini. Dapat kita lihat secara terperinci,

terdapat komponen peribahasa yang sama dengan peribahasa melayu namun berbeza

maksud dan abstrak dan ini menjadi keunikan peribahsa masyarakat Brunei. Peribahasa

telah menjadi salah satu budaya masyarakat Brunei yang turun-temurun dari generasi ke

generasi yang lain kerana bagi mereka adat dan budaya mencerminkan identiti bangsa

mereka.

8
Rujukan

1. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Online. http://prpm.dbp.gov.my/Search. Dirujuk

pada 24 dan 25 Ogos 2010

2. Kamus Tatabahasa Online. http://tatabahasabm.tripod.com/tata. Dirujuk pada

24/08/2010

3. Sejarah Sabah. http://www.sabah.org.my/bm/kenali_sabah/sejarah_sabah.asp.

Dirujuk pada 24/08/2010

9
Lampiran

Responden 1

Nama : Encik Sulaiman Haji Taba

No. Kad Pengenalan : 750924-12-5341

Pekerjaan : Guru

Bangsa : Melayu Brunei

Responden 2

Nama : Cik Syarinah Haji Ismail

No.Kad Pengenalan : 750626-12-5220

Pekerjaan : Guru

Bangsa : Melayu Brunei

Responden 3

Nama : Mohammad Aqmal Hafidz Bin Musa

No.Kad Pengenalan : 900317-12-6685

Pekerjaan : Pelajar

Bangsa : Melayu Brunei

10

Anda mungkin juga menyukai