Anda di halaman 1dari 7

DEFINISI

Penyakit gangguan otak yang wujud dalam pelbagai bentuk dan melibatkan pemikiran,
emosi, persepsi, kelakuan dan pergerakan.
Golongan ini menderita psikosis, iaitu hilang perhubungan dengan realiti yang memberi
kesan kepada kehidupan.
Terbahagi kepada 2 bahagian :
1) Skizofrenia Tenat
Masih terbentuk secara mengejut tanpa ada sejarah kecelaruan mental.

2) Skizofrenia Kronik
Ada sejarah skizofrenia yang panjang dan peluang untuk sembuh yang tipis

Skizo Retak
Frenia Retak
Mempengaruhi pelbagai fungsi individu seperti berfikir dan berkomunikasi, menerima dan
menginterprestasikan realiti, merasakan dan menunjukkan emosi dan berperilaku dengan
sikap yang dapat diterima secara sosial.

SIMPTOM
Sesetengah gejala mungkin akan datang/pergi atau juga kekal. Gejala-gejala tersebut akan
berubah tahap keseriusannya. Gejala ini biasanya terbahagi kepada kumpulan berikut :
Gejala Positif : Delusi, Halusinasi, Pertuturan yang tidak teratur, Berkelakuan ganjil,
Kegelisahan serta Gangguan Pemikiran.
Gejala Negatif : Kurang beremosi, Kurang upaya bertutur, Kurang motivasi
Masalah-masalah yang berkaitan dengan pemikiran : Kurang daya tumpuan dan ingatan
kesukaran membuat keputusan.
Modus (mood) : Kemurungan, Perasaan yang tidak mengembirakan, Merasa putus asa, Harga
diri yang rendah
Masalah sosial dan kerja : Pengasingan sosial, Kesukaran untuk terus bekerja, Kurang peka
terhadap penampilan diri.
JENIS SKIZOFRENIA

1) Skizofrenia Paranoid

Mempunyai kepercayaan palsu atau delusi

Ciri-cirinya adalah delusi, halusinasi, sangsi atau curiga dan suka bertengkar dengan
orang lain.

Penghidap percaya mempunyai identiti lain seperti orang kenamaan atau nabi.

1) Skizofrenia Herbefrenik

Paling serius

Ciri-cirinya adalah tarik diri sosial yang ekstrem, halusinasi, delusi, kebodohan,
ketidaksesuaian tingkah laku, ganas dan ganjil

Halusinasi dan delusi tidak teratur, berpecah-pecah dan tidak mempunyai makna
langsung

Tingkah laku pesakit tidak senonoh, tidak sopan, lucah dan kotor.

2) Skizofrenia Katatonik

Tubuh badan menjadi kaku, tidak sedarkan diri atau mengoncangkan badan yang
melampau.

Biasanya mereka akan bertindak dalam kedua-dua tindakan, berdiam diri dalam
beberapa waktu dan mengoncangkan badan atau bercakap tidak berhenti-henti pada
waktu yang lain.

Kecelaruan delusi

Kecelaruan kepercayaan

Pesakit percaya dia adalah individu tertentu dan bukan diri dia yang sebenar

Mereka percaya bahawa dia adalah utusan Tuhan dan diberi tugas untuk
menyelamatkan manusia.
FAKTOR-FAKTOR SKIZOFRENIA

1) Pendekatan Biopsikologikal

Faktor yang berkaitan dengan genetik, biokimia dan neurologi.

Genetik : Lebih cenderung mengalami skizofrenia sekiranya mempunyai ibu bapa


juga yang menghadapi skizofrenia.

Biokimia : Dopamine yang berlebihan menyebabkan aktiviti otak bertambah pesat.

Neurologi : Aktiviti otak yang luar biasa, penghidap skizofrenia mempunyai aktiviti
yang rendah pada bahagian depan lobus otak ketika memainkan tugas kognitif.

2) Pendekatan Psikodinamik

Pesakit gagal mengatasi kebergantungan ke atas keluarga mereka. Ia menyebabkan


ego mereka lemah, bertindak bodoh, bercakap secara tidak selaras dan berfikir secara
tidak rasional.

3) Pendekatan Behaviourisme

Orang yang mengalami skizofrenia diberi ganjaran apabila bertingkah laku dalam
keadaan ganjil. Seseorang yang terlibat dalam tingkah laku ganjil mendapat
penolakan sosial dan seterusnya menyumbang kepada perasaan curiga terhadap orang
lain.

4) Pendekatan Kognitif

Disebabkan oleh gangguan tumpuan dan pemikiran

Kanak-kanak yang terdedah kepada ibu bapa yang bercakap dalam keadaan atau cara
yang mengelirukan dan tidak rasional adalah lebih cenderung untuk membentuk
skizofrenia yang berkaitan dengan gangguan kognitif

5) Pendekatan Humanistik

Pesakit lari daripada realiti apabila menghadapi sesuatu yang sangat mencabar.
Pemikiran bahasa dan tingkah laku ganjil merupakan tanda-tanda pelarian daripada
realiti.
TANDA DAN GEJALA

1) Ganguan Pemikiran

Delusi : Satu kepercayaan yang kuat tetapi palsu yang tidak dapat digugat oleh
pendapat yang waras. Contohnya percaya bahawa orang lain berpakat untuk berbuat
jahat kepadanya. Percaya bahawa fikiran dan kelakuannya dikawal oleh mahkluk
halus atau keramat. Percaya bahawa ia mempunyai kuasa yang istimewa dan luar
biasa. Sukar untuk menumpukan, membentuk dan mengekalkan arus pemikiran.
Petuturan sukar difahami dan tidak berkaitan dengan soalan.

2) Gangguan Persepsi

Halusinasi : Persepsi yang salah. Contohnya mendengar suara-suara ghaib yang


bercakap kepadanya atau bercakap sesama sendiri atau membuat ulasan terhadap apa
yang dilakukannya sedangkan suara itu tidak didengari oleh orang lain.

3) Gangguan Tingkahlaku

Perangai yang pelik dan sering berubah-ubah. Kurang berupaya untuk melakukan
aktiviti harian dengan baik. Menarik diri dari berinteraksi dengan masyarakat (suka
menyendiri).

KOMPLIKASI
Sekiranya tidak dirawat ia akan berubah ke arah skizofrenia yang lebih kronik. Seseorang itu
akan hidup menyendiri di dalam dunianya sendiri, tidak menghiraukan kebersihannya (tidak
mahu mandi, tidak mahu memberus gigi dan tidak mahu menukar pakaian), tidak ada
motivasi untuk melakukan sebarang aktiviti dan tidak dapat merasakan atau meluahkan
perasaan (tiada reaksi muka).
RAWATAN
Satu penilaian yang lengkap dan diteliti oleh pakar psikiatri adalah perlu sebelum rawatan
dimulakan.
1) Rawatan Ubat Psikotropik
Merupakan rawatan utama pada masa sekarang. Ubat-ubat ini membantu mengawal
tanda-tanda penyakit skizofrenia. Ubat-ubat ini diambil sepertimana yang telah
diarahkan oleh doktor. Rawatan ini mengambil masa yang agak lama kerana
kemungkinan penyakit skizofrenia ini untuk berulang kembali adalah tinggi
terutamanya pada permulaan 2 tahun selepas mendapat penyakit.

2) Rawatan Individu
Dimana pesakit akan dibantu untuk memahami penyakit dan membantu pesakit
bersedia untuk menanganinya serta membantu dalam meningkatkan jati diri pesakit.

3) Terapi Berkelompok
Ini melibatkan satu kumpulan orang-orang yang mengalami masalah yang sama.
Contohnya pesakit-pesakit skizofrenia duduk bersama-sama membincangkan
pengalaman, masalah dan cara mereka mengatasinya. Dengan cara ini mereka dapat
belajar sesama sendiri dan saling memberi sokongan dan galakkan.

4) Pendidikan Kesihatan
Sesi belajar mengenai penyakit, jenis rawatannya, cara mengenalpasti simptom-
simptom dan langkah-langkah pencegahan supaya ianya tidak berulang kembali.

5) Terapi Keluarga
Membantu ahli-ahli keluarga menangani stress semasa hidup bersama pesakit
skizofrenia.

PEMULIHAN
Setelah tanda-tanda penyakit dapat dikawal dengan mengambil ubat secara teratur, satu
rancangan rehabilitasi yang lengkap dan komprehensif harus diatur supaya pesakit dapat
kembali berfungsi di dalam masyarakat seperti sediakala. Setiap jabatan psikiatri di setiap
hospital besar seluruh negara mempunyai unit pemulihan carakerja dengan kakitangan
terlatih. Sebahagian daripada pusat-pusat kesihatan sudah dilengkapi dengan unit pemulihan
psikososial di dalam komuniti.
KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU

SULTAN AZLAN SHAH , 31250 TANJUNG RAMBUTAN

PERAK DARUL RIDZUAN.

KURSUS DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN


TAHUN II SEMESTER II

TUGASAN KHUSUS
SKIZOFRENIA

NAMA : MUHAMMAD SYAFIQ BIN MOHD SABRI


NO I/C : 951101-01-7041
NO. MATRIK : BPP 2015-4142
KUMPULAN : 37
PENEMPATAN : HOSPITAL BAHAGIA TANJUNG RAMBUTAN
KLINIKAL : WAD KOMUNITI ZON 4
TEMPOH KLINIKAL : 06 FEBRUARI 2017 10 FEBRUARI 2017
RUJUKAN

1) www.news-medical.net/schizophrenia
2) www.nationalgeographic.co.id/jenis-jenisskizofrenia
3) Viavitae.co.id/skizofrenia-schizophrenia