Anda di halaman 1dari 40

Sejarah Hari Raya Aidilfitri

SEJARAH hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah.
Baginda mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu.
Apabila Rasulullah bertanya kepada mereka apakah dua hari raya itu, mereka segera
menjawab bahawa dua hari raya yang mereka sambut itu adalah perayaan yang diwarisi
secara turun temurun daripada datuk nenek mereka.

Lalu Rasulullah menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa Islam menggantikan
dua hari raya yang kamu raikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu Hari
Raya korban atau Aidiladha dan Hari Raya Fitrah atau Aidilfitri.

Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan
keagamaan. Ini bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang
diraikan itu adalah satu ibadat.

Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapat


mengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna.

Kemenangan itu bukan saja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan minum
selama sebulan pada siang hari sepanjang Ramadan, malah kejayaan menghalang diri
daripada melakukan perkara dilarang, di mana jika dilakukan akan terbatal puasanya.
Kerana itu Allah menganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan kejayaan
daripada kemenangan itu.
Kalimat ‘fitri’ sendiri bermaksud fitrah iaitu dengan kejayaan manusia balik kepada fitrah
yang asal. Fitrah asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian manusia yang
sememangnya bersih daripada dosa dan noda.

Oleh kerana ia dikatakan sebagai perayaan keagamaan, maka cara menyambut hari raya
itu sendiri perlulah mengikut adab dan peraturan tertentu. Apabila saja diumumkan hari
raya, maka mulakanlah malamnya dengan aktiviti ibadat. Ini seperti memperbanyakkan
solat sunat, bertasbih, bertakbir dan bertahmid sebagai tanda kesyukuran.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Tabrani dari Ubadah bin Soib menyatakan
bahawa:
“Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan yang baik
dan ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada hari semua hati-hati akan
mati, iaitu hari kiamat.”

Pada pagi hari raya dimulakan dengan membersih diri, bersiap-siap untuk ke masjid
menunaikan solat sunat Aidilfitri dan seterusnya menghidupkan ukhwah dengan kunjung
mengunjung di kalangan saudara mara dan sahabat handai.

Perlu diingat Islam tidak pernah mengajar umatnya agar untuk berlebih-lebih atau
melampau batas dalam menyambut apa saja perayaan. Ini bermakna Islam menegah
umatnya melakukan pembaziran dalam menyambut hari raya seperti boros berbelanja
semata-mata untuk bergaya dengan pakaian mahal dan kuih muih terlalu banyak.

Pada zaman Rasulullah, datang seorang sahabat kepada baginda dengan berpakaian
serba baru, kata sahabat ini: "Ya Rasulullah, pada tahun ini saya tidak dapat dapat
menyambut Aidilfitri.” Lalu baginda segera bertanya: “Kenapa wahai saudaraku?” Lelaki
itu berkata: "Kerana saya tidak ada baju baru."

Rasulullah kemudian bertanya kepada beberapa sahabat lain, agar sesiapa yang
mempunyai baju baru dapat diberikan kepada lelaki tadi. Ini bermakna Islam tidak
melarang sesiapa saja untuk bergaya dengan baju baru. Tetapi pengajaran daripada
kisah tadi ialah dalam menyambut hari raya tidak semua bernasib baik dengan
mempunyai pakaian baru. Lalu, digalak sesiapa yang ingin membuat kebajikan dengan
bersedekah apa saja kepada orang yang tidak berupaya.

Konsep hari raya selalunya dikaitkan dengan pembaziran. Membelanjakan wang ringgit
untuk membeli secara berlebihan atau membeli sesuatu yang boleh membawa
kemudaratan seperti mercun dan bunga api amat salah di sisi agama. Mungkin
pembaziran ini berlaku kerana masyarakat kita hidup dalam kemewahan.

Sepatutnya rezeki yang lebih itu disumbangkan kepada saudara seagama lain yang
mungkin tidak dapat merayakan hari raya seperti kita.

Satu lagi budaya yang lazim berlaku dalam sambutan hari raya ialah pemberian duit
raya. Islam tidak melarang pemberian ini, asalkan tidak melampaui konsep
pemberiannya itu. Usahlah kita mendidik anak-anak supaya berkunjung ke rumah jiran
semata-mata dengan harapan anak akan diberi duit raya ini. Jika sebaliknya, maka
pelbagai anggapan dan prasangka buruk diberikan kepada sesiapa yang tidak
melazimkan pemberian itu. Misalnya, dikatakan kedekut, tangkai jering dan bakhil.

Menyentuh soal wang ini, satu kewajipan yang perlu ditunaikan oleh semua umat Islam
menjelang Aidilfitri ialah zakat fitrah. Wang zakat ini adalah sumbangan yang akan
diberikan kepada golongan yang tidak berupaya, miskin, fakir dan sebagainya mengikut
lapan asnaf yang ditetapkan syariat.

Jika Aidilfitri disambut dengan kegembiraan yang melampau tanpa melihat beberapa
pengisian yang disebutkan tadi, pasti tujuan asalnya jauh menyimpang. Kedatangan
Syawal sepatutnya menginsafkan Muslimin di sebalik makna kemenangan dan kejayaan
dalam sambutan Aidilfitri, kita tidak sepatutnya melupakan tuntutan agama.

Sumber: http://www.sepaku.net/sepaku-nur-addin/9754-sejarah-hari-raya.html

Hari Raya Aidilfitri


Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar

Hari Raya Aidilfitri

Nama Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Puasa,


rasmi Bahasa Arab: ‫' عيد الفطر‬Ayd al-Fiṭr
Feast of the Breaking of the Fast, Eid,
Juga
Idul Fitri, Lebaran (Indonesia),
dinamaka
Shemai Eid (Bangladesh), Ramazan
n
Bayramı (Turki)
Diraikan Umat Islam seluruh dunia, juga
oleh bukan muslim di negara Muslim
Jenis Perayaan Agama
Keutamaa Selepas berakhirnya bulan
n Ramadhan, bulan puasa
Tarikh 1 Syawal
Tarikh
21 September
2009
Tarikh
10 September
2010
Menghias, menziarahi keluarga dan
Perayaan sahabat taulan, memasang lampu
pelita
Amalan Solat
Hari Raya Aidiladha, perayaan umat
Berkaitan
Islam lain, yang disambut 70 hari
dengan
kemudian

Sebahagian dari siri berkaitan

Islam
Rukun Iman

Allah · Kitab · Malaikat · Nabi


Hari Akhirat · Qada dan Qadar
Rukun Islam
Syahadah · Solat · Puasa
Zakat · Haji
Kota Suci

Makkah · Madinah
Baitulmuqaddis
Hari Raya

Aidilfitri · Aidiladha

Hukum

Quran · Sunnah · Hadis

Sejarah

Garis Masa Sejarah Islam


Khulafa al-Rasyidin
Khalifah · Khilafah

Tokoh Islam

Nabi Muhammad s.a.w


Ahlul Bait · Sahabat Nabi

Mazhab

Ahli Sunah Waljamaah


Hanafi · Syafie
Maliki · Hanbali

Budaya Dan Masyarakat

Akademik · Haiwan · Seni


Takwim · Kanak-kanak
Demografi · Perayaan
Masjid · Dakwah · Falsafah
Sains · Wanita · Politik

Lihat juga

Kritikan · Islamofobia
Glosari

Portal Islam
p•b•s

Hari Raya Aidilfitri (b.Arab: ‫' عيد الفطر‬Ayd al-Fiṭr "perayaan fitrah") disambut pada 1
Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya
Fitrah, dan Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh
umat Islam di seluruh dunia bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat
Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun. Ia merupakan antara dua perayaan terbesar
bagi umat Islam, selain Hari Raya Korban.
Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara; iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan) ataupun
secara hisab(kiraan). Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan
bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke-10 dalam Takwim Hijrah Islam. Di Malaysia, anak
bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga waktu maghrib di
beberapa tempat strategik.

Isi kandungan
[sorok]
• 1 Zakat fitrah dan takbir
• 2 Simbol
• 3 Persiapan
• 4 Amalan lazim
• 5 Pakaian
• 6 Aidilfitri dalam Kalendar
Masihi
• 7 Festival lain
• 8 Pautan luar

[sunting] Zakat fitrah dan takbir


Perayaan Hari Raya Puasa merupakan berakhirnya tempoh untuk membayar zakat fitrah iaitu
zakat yang dikenakan kepada mereka yang masih hidup sehingga masa itu. Zakat fitrah tidak
perlu dibayar bagi mereka yang telah meninggal dunia. Kebiasaannya orang Islam juga akan
mula membayar zakat fitrah semenjak bulan puasa bermula dan zakat fitrah ini akan berhenti
dikutip apabila solat sunat Aidilfitri dimulakan.
Apabila tarikh Hari Raya telah ditentukan, umat Islam akan bertakbir dan bertahmid sambil
memuji kebesaran Allah. Tempoh bertakbir bagi Hari Raya Aidilfitri adalah antara
terbenamnya matahari(hari terakhir bulan Ramadan) sehingga solat sunat Hari Raya Aidilfitri
bermula pada pagi 1 Syawal tahun Hijrah. Hari raya disambut pada pagi hingga malam.

[sunting] Simbol

Gambar ketupat yang dianyam dari riben.


Simbol terkenal bagi perayaan Hari Raya di Malaysia ialah ketupat. Ketupat adalah juadah
istimewa yang masih dihidangkan pada hari ini. Ketupat adalah nasi yang dikukus di dalam
anyaman daun kelapa atau daun palas dan selalunya dihidangkan bersama dengan rendang.
Juadah-juadah yang lain termasuklah lemang, lontong, dodol, dan kuih raya.
Namun begitu, simbol lain yang berteraskan Islam seperti kalimah Allah dan Nabi
Muhammad, bunga-bungaan, tumbuh-tumbuhan, geometri, dan lain-lain yang tiada unsur
haram juga adalah digalakkan untuk digunakan sebagai simbol perayaan Hari Raya Aidilfitri.

[sunting] Persiapan
Di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah. Berminggu-minggu sebelum
perayaan tersebut menjelma, suasana persiapan menjelang Aidilfitri telah dirasai. Pusat-pusat
membeli-belah akan mengadakan jualan murah dan dihiasi dengan perhiasan secara besar-
besaran. Lagu-lagu raya juga akan diputarkan di radio dan di televisyen. Rancangan-
rancangan yang berkisarkan Aidilfitri akan ditayangkan. Bank, sekolah, dan premis-premis
perniagaan akan ditutup selama beberapa hari sehingga seminggu sempena Aidilfitri.
Di jalan raya utama dan lebuh raya di seluruh negara, kesesakan akan berlaku akibat
kebanjiran warga bandar yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri
bersama-sama sanak saudara dan kaum keluarga. Fenomena ini juga dikenali sebagai Balik
Kampung.

[sunting] Amalan lazim


Antara amalan yang dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah amalan berziarah. Amalan ini
adalah bertepatan dengan suruhan agama Islam itu sendiri. Pada pagi Hari Raya
Aidilfitri(selalunya sebelum dan sejurus sesudah menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri),
umat Islam yang telah kehilangan saudara-mara akan mengunjungi pusara mereka dan
menghadiahkan Surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yaasin. Kemudian mereka akan
berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Mereka akan bermaaf-maafan dan
melupakan kesilapan yang lampau. Pada asasnya, Hari Raya adalah hari untuk bergembira,
bermaaf-maafan, dan hari untuk mengeratkan tali persaudaraan di kalangan umat Islam di
samping meraikan kejayaan beribadah kepada Allah.
Amalan memberi wang kepada kanak-kanak juga amat popular pada Hari Raya. Duit raya
selalunya diberikan oleh orang dewasa kepada kanak-kanak melalui sampul duit yang
selalunya berwarna hijau dan kuning. Sampul duit raya diadaptasi daripada amalan orang
Cina yang memberi sampul merah berisi wang ataupun "Ang Pau". Pada Hari Raya, sampul
selalunya berwarna selain daripada warna merah, iaitu hijau atau kuning. Terdapat pelbagai
saiz sampul yang dikeluarkan oleh bank-bank dan syarikat-syarikat perniagaan, antaranya saiz
yang bersesuaian dengan saiz wang kertas polimer RM 5. Kadangkala amalan pemberian Duit
Raya diganti dengan pemberian hadiah-hadiah.
Sudut agama pula, malam tujuh likur sering dikaitkan dengan Lailatulqadar iaitu detik
keemasan untuk individu Muslim merebut syurga apabila malaikat dan Jibril akan turun ke
bumi untuk mengaminkan doa orang yang bersembahyang, bertasbih, bertahmid dan bertakbir
kepada Allah. Dengan itu timbullah tradisi memasang pelita bagi sebagai simbol meraikan
bulan mulia dan memudahkan membantu mereka yang berjalan ke surau atau masjid bagi
menunaikan tarawih kerana merebutkan Lailatulqadar, kerana suasana pada malam terlalu
gelap dan mungkin membahayakan keselamatan. Ini adalah kerana pada masa dahulu, tiada
kemudahan elektrik seperti hari ini.[1]
Malah diriwayatkan juga Ali k.w. mengelilingi masjid-masjid pada bulan Ramadhan dengan
membawa lampu sambil mengucapkan kata-kata yang bermaksud: "Semoga Allah s.w.t.
menerangi kubur Umar sebagaimana dia telah menerangi masjid-masjid kami." [2], dan juga
riwayat dari Umar (‫ )رضى ال عنه‬menyebutkan bahawa:
"Barangsiapa yang memberikan lampu penerang pada masjid-masjid Allah
maka Allah akan memberi pula baginya lampu penerang di dalam
kuburnya. " [3]

Rumah-rumah terbuka akan diadakan pada Hari Raya itu sendiri ataupun sepanjang bulan
Syawal. Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri selalunya akan berpanjangan sehingga sebulan, dan
kemeriahan itu akan hilang dengan sendirinya apabila semua orang pulang ke bandar setelah
cuti tamat.

[sunting] Pakaian
Baju Melayu adalah pakaian tradisi kaum Melayu yang dipakai oleh kaum lelaki di Malaysia
pada Hari Raya. Pakaian ini dilengkapi dengan songkok dan lilitan songket di bahagian
pinggang. Pakaian yang menjadi kebiasaan kaum wanita pula ialah Baju kurung dan Baju
kebaya. Setiap tahun pelbagai fesyen diperkenalkan bagi mempelbagaikan rekaan baju-baju
tradisi ini. Pada tahun 2005, pemakaian batik, songket, dan baju kebaya nyonya semakin
meningkat hasil promosi dan komersialisasi oleh Allahyarhamah Datin Seri Endon Mahmood,
isteri kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

[sunting] Aidilfitri dalam Kalendar Masihi


Tarikh Hari Raya Aidilfitri adalah sentiasa tetap dan sama mengikut kalendar Hijrah. Namun
begitu tarikhnya sentiasa berubah mengikut kalendar Masihi kerana kalendar Hijrah adalah
mengikut peredaran bulan manakala kalendar Masihi pula mengikut peredaran Bumi
mengelilingi Matahari. Oleh itu, tarikh Hari Raya adalah berbeza daripada tahun ke tahun,
dengan beza lebih kurang antara sepuluh hingga 15 hari.
Hari Raya pada tahun-tahun yang akan datang diramalkan akan jatuh pada tarikh-tarikh
berikut. Tarikh-tarikh tersebut adalah tertakluk kepada perubahan.
• 2008: 1 Oktober
• 2009: 21 September
• 2010: 10 September
• 2011: 31 Ogos
• 2012: 19 Ogos
• 2013: 8 Ogos
• 2014: 29 Julai
• 2015: 19 Julai
Hari Raya bermula pada malam sebelum tarikh-tarikh tersebut, bermula terbenamnya
matahari.

[sunting] Festival lain


Di Malaysia, terdapat populasi Cina dan India. Masing-masing menyambut perayaan
Deepavali dan Tahun Baru Cina. Kadangkala, salah satu perayaan tersebut iaitu Deepavali
dan Tahun Baru Cina sering bertembung dengan perayaan Hari Raya Aidilfitri mengikut
kalendar Masihi. Oleh sebab itu, terdapat segelintir pihak yang mengadakan sebuah 'rumah
terbuka' untuk dua perayaan sekaligus. Disebabkan situasi itu, wujudlah fenomena
"DeepaRaya" dan "KongsiRaya".
Walau bagaimanapun, mufti negeri Perak menyatakan perayaan umat Islam yang dikongsi
dengan perayaan keagamaan orang kafir yang lain seperti "DeepaRaya" dan "KongsiRaya"
serta lain-lain kerana dianggap menjurus ke arah perbuatan syirik dan ditegah sama sekali
oleh Islam. Ini berdasarkan surah Al-Kafirun yang menyebutkan amaran Allah bermaksud "
Bagimu (orang kafir) agamamu dan bagi ku agamaku"

[sunting] Pautan luar


• Cara solat hari raya
• Hari Raya Aidilfitri
• Haram merayakan perayaan orang-orang kafir. Retrieved 19 October
2009. / Replace "Haram merayakan perayaan orang-orang kafir".
Retrieved Nov. 2, 2005.
• "Malaysia feasts after the fast, but clerics disapprove". (Nov. 2, 2005). AFP.
1. ↑ Tiga perspektif berbeza malam tujuh likur
2. ↑ SOLAT TARAWIH MENGIKUT SUNNAH NABI MUHAMMAD S.A.W. YANG
SOHIH
3. ↑ SOAL MALAIKAT MUNKAR NAKIR, DAN AZAB/NIKMAT KUBUR.
Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Raya_Aidilfitri"

Kategori: Perayaan Islam | Perayaan berskala besar

Pandangan
• Rencana
• Perbincangan
• Sunting
• ▲
• Sejarah
Alatan peribadi
• Cuba Beta
• Log masuk / buka akaun
Pandu arah
• Laman Utama
• Tinjau
• Hal semasa
• Rencana rawak
Perhubungan
• Tentang Wikipedia
• Portal masyarakat
• Perubahan terkini
• Hubungi kami
• Menderma
• Bantuan
• Kedai Kopi
Cetak/eksport
• Cipta buku
• Muat turun sebagai PDF
• Versi boleh cetak
Gelintar
Top of Form

Khas:Gelintar Pergi Cari

Bottom of Form
Alatan
• Pautan ke laman ini
• Perubahan berkaitan
• Laman khas
• Pautan kekal
• Petik laman ini
Bahasa lain
• Deutsch
• English
• தமிழ்

• Laman ini diubah buat kali terakhir pada 07:50, 11 Februari 2010.
• Teks boleh didapati di bawah Creative Commons Attribution/Share-Alike
License; syarat tambahan mungkin terpakai. Lihat Terma Penggunaan
untuk perincian.
• Dasar privasi
• Perihal Wikipedia
• Penafian

• MAKNA HARI RAYA AIDILFITRI • Pages:


• ○ $About The Club$
• Posted on 19 Oct 2009 ○ Bulan Patriotik - Jalur
• Gemilang
MAKNA HARI RAYA AIDILFITRI ○ Coming Soon...
Apa itu hari raya? Pada lughah atau pada ○ ERTI KEMERDEKAAN
bahasa, raya ertinya besar atau utama. Jalan
raya ialah jalan yang besar atau utama. ○ Hari Deepavali
Pasaraya ialah pasar yang besar. Bandaraya
pula ialah bandar yang besar dan utama. ○ Hari Raya Aidilfitri
Begitu juga dengan lebuhraya dan ○ MAKNA HARI RAYA
sebagainya. Oleh itu hari raya bermaksud hari
AIDILFITRI
yang besar atau hari yang utama.
Benarkah hari raya itu hari yang besar dan ○ Senarai AJK untuk tahun
utama? Kalau benar, di manakah letak 2009/2010
kebesaran atau keutamaannya. Apakah ○ Senarai Aktiviti Kelab
hakikat hari raya yang sebenar sehingga ianya Geografi & Sejarah
dianggap sebagai hari yang besar? Kalaulah
benar hari raya itu hari yang besar, bagaimana ○ °AJK Persatuan Sejarah &
patut kita menyambutnya. Apakah yang patut Geografi ° (2008/2009)
kita buat pada hari itu? Bagaimana patut kita ○ °ੈ Perancangan Tahun 2009°
mengisinya? Adakah pada setiap hari raya
kita perlu tukar langsir, perabot dan ○ ೡ£awatan di §üⁿĢкǻı°ੈ
permaidani? Adakah setiap sempena hari ○ 《新年的传说》
raya, kita perlu beli pakaian dan kasut baru?
Kita menjamu selera dengan bermacam- ○ 中秋节的起源
macam kuih-muih dan juadah yang enak dan ○ 新年的传统习俗
lazat. Atau adakah di hari raya patut kita
• Blogroll
berseronok dan bersuka ria dengan majlis-
majlis hiburan lengkap dengan muzik, ○ WordPress.com
nyanyian, joget dan tari-menarinya. Kita ○ WordPress.org
adakan atau kita tonton pertunjukan atau
show hiburan hari raya. Atau kita bermain • Categories:
mercun, bunga api dan meriam buluh. Atau ○ 2009
adakah cukup hari raya itu disambut hanya
• Archives:
dengan bersembahyang hari raya, mengirim
kad-kad hari raya, berziarah, menjamu selera ○ March 2009
dan bermaaf-maafan. • Meta:
Bagi orang melayu, eid fitr dinamakan hari
raya puasa. Perkiraan dan kira bicara dalam ○ Login
hal ini sangat mudah. Ia dinamakan hari puasa ○ RSS
kerana ia disambut selepas bulan puasa.
○ Comments RSS
Senang dan mudah. Ini sebenarnya mudah
yang sudah terlebih. Sudah over. Cara mudah ○ Valid XHTML
memberi nama ini tidak memberi gambaran ○ XFN
atau maksud yang sebenar. Maksudnya
tersimpang dan lari dari apa yang dikehendaki ○ WP
oleh agama dan syariat. Ia menimbulkan
kekeliruan dan salah faham. Lama-kelamaan
orang Melayu terutama yang tidak mengaji
agama tidak tahu kenapa dan mengapa
mereka menyambut hari raya. Mereka juga
tidak tahu bagaimana hari raya patut
disambut. Mereka kira hari raya itu ialah hari
untuk berseronok, berpesta dan bersuka ria.
Hari untuk berbelanja, membazir dan
bermewah-mewah. Hari untuk melepaskan
geram setelah sekian lama disekat dan
dikongkong nafsu mereka. Mereka sedih
kalau tidak dapat baju raya dan kasut raya.
Sedih kalau tidak dapat tukar langsir baru,
perabot baru atau permaidani baru.
Bagi yang lebih tua, hari raya jadi hari
nostalgia dan hari melayan perasaan. Ingat
anak, ingat cucu yang tidak balik pada hari
raya. Sambutan hari raya sudah tidak lagi
menjadi suatu ibadat. Ia sudah bertukar
menjadi adat dan istiadat. Dengan open-
housenya, hari raya get-togethernya dan
berbagai-bagai lagi cara sambutan pada masa
ini. Para artis dan penghibur pula sibuk
dengan show hari raya dan album hari
rayanya.
Dalam Islam tidak ada hari raya dalam
konteks yang difahami oleh orang Melayu.
Tidak ada hari untuk tukar langsir, perabot
dan permaidani. Tidak ada hari untuk
membeli baju atau kasut baru. Tidak ada hari
untuk membazir dan bermewah-mewah.
Lebih-lebih lagi tidak ada hari untuk berhibur,
berseronok, berpesta dan bersuka ria dengan
muzik, nyanyian, joget, tari-menari, show,
album dan sebagainya. Yang ada hanyalah
hari untuk bersyukur, memuji, memuja dan
membesarkan Tuhan.
Hari raya puasa dalam Islam ialah Eid Fitr.
Eid itu maksudnya mengembalikan. Fitr itu
fitrah. Jadi Eidil Fitri itu ialah mengembalikan
fitrah manusia kepada keadaan asal
semulajadinya yang suci dan murni. Dalam
erti kata yang lain, eidil fitri bermaksud
membersih dan menyucikan fitrah. Selama
sebelas bulan dalam setahun, manusia
bergelumang dengan dunia. Selama itu
jugalah fitrah manusia dicemari, dikotori dan
dirosakkan. Fitrah manusia kian bertambah
lemah dan tidak bermaya. Dengan rahmat dan
kasih sayang Tuhan, dikurniakanNya satu
bulan dalam setahun iaitu bulan Ramadhan
untuk kita berpuasa supaya fitrah manusia
yang telah lemah itu dapat dibersihkan, disuci
dan dikuatkan semula.
Kerana kalau fitrah sudah rosak dan kotor,
manusia akan lupa Tuhan. Bila Tuhan sudah
dilupakan, jiwa manusia akan mati. Jiwa
manusia tidak boleh hidup tanpa Tuhan dan
tanpa rasa bertuhan. Manusia yang telah mati
jiwanya tidak boleh lagi berperanan sebagai
insan. Keinsanannya sudah rosak. Nafsunya
akan bermaharajalela. Dia akan terangsang
hanya dengan dunia dan akan benci akhirat.
Dia akan suka dengan apa yang Tuhan benci
dan akan benci dengan apa yang Tuhan suka.
Dia akan mengangkat nafsunya menjadi
Tuhan. Akhirnya hidupnya di dunia menjadi
punah ranah dan di akhirat nanti akan bakal
dicampakkan ke dalam neraka.
Puasa itu mampu membersih dan menguatkan
fitrah. Iaitu puasa yang ada lahir dan batinnya.
Puasa yang ada rohnya. Bukan sahaja kita
menahan diri dari makan dan minum dan
bersedap-sedap dengan isteri di siang hari;
mata kita, telinga kita dan lidah kita pun
ditahan dari melihat, mendengar dan berkata
perkara-perkara yang mungkar. Akal kita
ditahan dari memikirkan dan mengkhayalkan
perkara-perkara yang haram dan jahat. Hati
kita ditahan dari merasakan perkara-perkara
yang ditegah seperti marah, hasad dengki,
buruk sangka, berdendam dan sebagainya.
Nafsu kita dikekang dan ditahan supaya dia
tidak jahat, tidak rakus dan tidak terlalu
gilakan dunia.
Di samping puasa, ada banyak lagi amalan-
amalan lain di bulan Ramadhan untuk
membantu membersihkan lagi fitrah kita. Ada
solat terawihnya, ada membaca atau tadarrus
Qurannya, ada zakat fitrahnya dan berbagai-
bagai lagi amalan sunat yang sangat
digalakkan di bulan Ramadhan seperti
beriktikaf dan memberi makan orang yang
berbuka puasa. Di sini kita dapat lihat bahawa
fokus eidil fitri ialah pada amalan puasanya di
bulan Ramadhan dan bukan kepada hari
rayanya yang disambut pada 1 Syawal. Yang
dibesarkan ialah latihan rohaniah secara
berpuasa yang dilakukan dan bukan hari
berbukanya, iaitu hari rayanya.
Bulan Ramadhan adalah bulan berkat dan
penuh rahmat. Bulan pintu syurga dibuka dan
pintu neraka ditutup. Bulan syaitan
dibelenggu. Bulan di mana pahala amalan dan
ibadah dilipat gandakan dan doa diterima. Ia
adalah bulan maghfirah dan keampunan.
Malahan Tuhan memberi pahala terhadap
ibadah puasa tanpa hisab. Kalau dalam ibadah
lain, pahala yang Tuhan beri itu ada sukatan
dan skalanya, tetapi bagi ibadah puasa ini,
pahalanya ikut suka Tuhan. Justeru itu, 1
Syawal sebenarnya ialah hari murung dan hari
kesedihan. Hari berakhirnya bulan berkat dan
bulan rahmat. Hari berakhirnya bulan
keampunan. Hari terbuka semula pintu neraka
dan bebasnya para syaitan. Bermula pada 1
Syawal, dunia akan mula mengkeronyok dan
merobek-robek fitrah kita; mengotori,
mencemari dan merosakkannya hinggalah
tiba bulan Ramadhan yang berikutnya. Belum
tentu kita dapat temuinya kalau ajal tidak
mengizinkan. Kalau begitu, kenapakah kita
gembira sangat pada hari raya. Tidak ada apa-
apa sebenarnya yang kita hendak gembirakan.
Tidak ada apa-apa yang kita hendak sambut.
Tidak ada apa-apa keistimewaan di hari raya
kecuali kita disuruh berbuka dan diharamkan
berpuasa. Yang ada hanya berbanyak-banyak
syukur, memuji, memuja dan membesarkan
Tuhan. Kalau hari raya disambut dengan
penuh pembaziran dan kemewahan, tambahan
pula kalau dalam menyambutnya ada pula
kelalaian, maksiat dan kemungkaran, maka
pada hakikatnya, puasa kita selama sebulan
itu tidak ada makna apa-apa. Tidak ada apa-
apa kebaikan yang kita dapat. Jelas bahawa
fitrah kita masih kotor dan rosak. Jiwa kita
masih lemah kalaupun tidak mati. Kalau pada
1 Syawal pun, fitrah kita sudah lemah dan
rosak, bagaimanakah mampu kita selamat
dalam mengharung dan menghadapi dunia ini
selama sebelas bulan lagi sebelum tiba
Ramadhan akan datang. Kalau hari raya
disambut pula dengan bersuka ria, berpesta,
berhibur dan bermewah-mewah, jelas bahawa
itu adalah atas tuntutan nafsu, bukan tuntutan
fitrah. Bagaimana pula sebaik selesai kita
berusaha membersihkan fitrah, nafsu kita pula
yang mengamuk dan menguasai diri kita.
Sebagai umat Islam yang inginkan kebaikan
dunia dan akhirat, kita perlu ubah fahaman
dan pegangan kita tentang hari raya puasa ini.
Kalau boleh kita tukar istilah hari raya puasa
ini kepada istilah yang lebih tepat mengikut
kehendak agama. Kita tukar kepada hari raya
fitrah, contohnya; yang selalu juga kita
gunakan, yang bermaksud hari besar fitrah;
iaitu hari kita membesar dan mengutamakan
fitrah kita. Setelah kita benar-benar faham apa
sebenarnya erti Eidil Fitri, mungkin kita boleh
menyambutnya dengan cara yang lebih tepat
dan sesuai. Hari raya fitrah patut diisi dan
dipenuhkan dengan berzikir, bertafakur,
bersyukur, memuji, memuja dan
membesarkan Tuhan. Ia patut disambut
dengan segala kebaikan yang berpunca dan
yang didorong oleh hati atau fitrah yang
sudah suci dan bersih. Pada hari raya fitrah,
kita patut membantu dan memberi makan
fakir miskin. Merapatkan silaturrahim.
Berziarah dan memberi hadiah. Bermaaf-
maafan. Bertolong bantu. Berkasih sayang
dan sebagainya. Hari raya fitrah bukan hari
untuk memuaskan nafsu.
Oleh: Nur Fairuz

• Powered by 2Blog

Sejarah Hari Raya Aidiladha/Korban

Top of Form

Bottom of Form
Submitted by mazuki on Thursday, 4 December 20084 Comments | 1,421 views|

Share

mymalaysian.com | Register | Login | Lost Password | Beriklan Percuma


Raya Haji, Raya Korban dan Aidiladha, sememangnya mempunyai pengertian yang sama.
Bersempena dengan Raya Korban pada tahun ini sebagaimana yang kita tahu jatuh pada 08 hb
December 2009 pada tahun ini saya ingin mengucapkan:
“Selamat Hari Raya Korban/ Aidiladha kepada semua rakan-rakan blogger,rakan-rakan
forum, rakan-rakan forum terutamanya di forum wangcyber sekalian yang beragama islam.
Namun, seperti biasa dalam keghairahan balik bercuti di harap semuanya berhati-hati di
jalan raya, jangan sampai kita pula yang terkorban. Maaf Zahir Batin untuk semua
terutamanya yang mengenali saya dan juga yang mengenali secara maya(Internet)”
Mungkin ada di antara kita yang telah lupa mengenai Hari Raya Korban ini, maklumla di
negara kita Aidilfitri lebih meriah dari Aidiladha. Jika soalan bilakah tarikh Hari Raya
Aidilfitri mengikut kalendar islam saya rasa budak darjah satu pon tahu jatuh pada setiap
1Syawal.
Namun, saya kira mesti ramai yang terlupa bila pula Hari Raya Aidiladha mengikut kalendar
islam? Ai bang, garu-garu kepala nampak . Jika mengikut kalendar islam Hari Raya
Aidiladha bermula pada 10,11,12 dan 13 Zulhijjah pada setiap tahun dan disambut seluruh
dunia oleh umat islam.
Majlis korban pula hanya bermula setelah khatib selesai membaca khutbah JUMAAT
Aidiladha (Jangan lupa khutbah selepas sembahyang yea) sehingga sebelum tenggelam
matahari pada hari ke-13 Zulhijjah.
Sejarah Hari Raya Korban
Hari raya korban merupakan hari memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim yang sanggup
untuk mengorbankan anaknya(Nabi Ismail) demi tuntutan Allah Yang Maha Esa. Nabi
Ibrahim juga sinonim dengan gelaran Khalil Ullah iaitu bermaksud “Sahabat Allah“.
10 Zulhijjah juga merupakan tarikh dimana Nabi Adam dan Hawa di usir dari Syurga ke bumi
kemudiannya bertemu kembali di padang Arafah.
Sumber rujukan :: http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Raya_Aidil_Adha
p/s: Jangan lupa untuk subcribe di blog saya kerana tutorial-tutorial yang akan berguna untuk
semua saya akan sediakan di blog ini. Jadi dengan memasukkan email di sini Subscribe to
selangor2u.com by Email anda terus mendapat update/tutorial saya ke email anda. Mekasih!!!
Anda Ada Cerita Menarik? Email Kepada Kami di selangor2u@yahoogroups.com
Top of Form

Go!

Bottom of Form

• Home
• Berita

Posts filed under 'SIAPAKAH YANG LAYAK MENYAMBUT HARI


RAYA?'
SIAPAKAH YANG LAYAK BERHARI RAYA?
Allah Taala menjadikan manusia dijadikan sekali di mana kekuatannya dan kelemahannya.
Tuhan tahu bagaimana menguatkan yg lemah dan bagaimana menyuburkan yg kuat. Allah
Taala tahu di mana kebaikan mereka, dan di mana kejahatan mereka. Memang Tuhan ada
bekalkan kepada manusia benih baik ada benih jahat. Tuhan tahu dari punca apa dia baik dan
dari punca apa dia jahat. Hatilah wadahnya yg boleh menerima kebaikan dan kejahatan. Di
dalam masa setahun manusia terdedah dengan berbagai-bagai ajaran dan cabaran. Cabaran itu
seperti sekatan hidup, sibuk dengan kerja, berhadapan dengan kerenah manusia.Berlaku juga
ujian-ujian yang mendadak, kemalangan yang tidak disangka, melihat, mendengar perkara
yang merosakkan.
Ditambah lagi hasil didikan, bacaan semuanya ini memberi kesan yang negatifkepada jiwa
kebanyakan orang. Kecuali orang yang kuat dengan Tuhan, jiwanya tidak rosak dan tidak
memberi kesan. Cabaran-cabaran itu tidak merosakkan jiwa mereka, bahkan bertambah kuat
dengan Tuhan. Dengan rahmat Tuhan dan kasih sayang-Nya, Tuhan perintahkan puasa
Ramadhan dan lain-lain ibadah tambahan

Ramadhan boleh membaik pulih kejahatan dan kerosakan manusia setahun dengan hanya
sebulan. Seolah-olah Ramadhan bulan overhaul hati insan. Seperti kereta yg sudah lama
dipakai, banyak kerosakan telah berlaku terutama enjin, perlu overhaul. overhaullah caranya
membaikpulihkan kereta yang perjalanannya sudah tidak berapa betul Manusia yang sudah
rosak jiwanya, fikirannya, sikap dan tingkahlakunya dipulihkan melalui didikan Ramadhan
Didikan Ramadhan merupakan satu pakej pendidikan dia ntara satu sama lain kuat
menguatkan Siangnya puasa, sembahyang ditambah lagi dengan Tarawikh, disusul dgn
membaca Al-Quran Ditambah lagi dengan perkara-perkara sampingan, zikir, tasbih, tahmid,
salawat, tafakur digalakkan bersedekah dan pemurah, perbualan yg menambah kesedaran
Keseluruhan itu asasnya adalah mujahadah melawan nafsu menentukan didikan

Ramadhan berkesan atau tidak bekesan Didikan Ramadhan ada mujahadah, ada didikan
puasa, didikan sembahyang Ditambah lagi didikan Al-Quran dan lain-lain lagi tambahannya
Mujahadah ertinya memerlukan kekuatan jiwa, memaksa membuat yang disuruh, memaksa
meninggalkan larangan Larangan itu sama ada yg lahir mahupun yg batin kenalah tinggalkan
Mujahadah ertinya memaksa, terseksa , membencikan, menjemukan, meletihkan Kalau jiwa
tidak kuat usaha tidak dapat diteruskan, atau buat tanpa kesungguhan Kerana itulah
mujahadah perlu pemangkin yg menggalakkan, Pemangkin ialah puasa yg hati dan fikirannya
puasa, sembahyang yg dapat dihayati, didikan Al Quran yg difaham dan dijiwai Di antara
didikan sembahyang, menebalkan rasa kehambaan dan menajamkan rasa bertuhan Di antara
didikan Al Quran di sana ada khabar gembira, ada amaran, ada suri teladan juga ada
kesedaran dan keinsafan Didikan puasa rasa lemah, rasa hamba, rasa timbang rasa,
menyedarkan dan menginsafkan.
Daripada 3 pakej didikan yg utama itulah menjadikan pemangkin menguatkan jiwa,
menyuburkan jiwa, meneguhkan keyakinan Apabila jiwa kuat, jiwa subur mujahadah pun
kuat Apabila jiwa kuat dan subur hikmah Ramadhan drpd 3 pakej didikan tadi boleh
bangunkan insan Jika hikmah Ramadhan itu dapat dimiliki lahirlah manusia luarbiasa Ertinya
manusia yg dioverhaul di bulan Ramadhan mengembalikan manusia kepada fitrah sucinya
Lahirlah manusia yg luar biasa, iaitu manusia yg benar2 rasa kehambaan Manusia yg
tawadhuk sabar, redha, berkasih sayang, bertimbang rasa, pemurah, kerjasama
Malu akan jadi pakaian, tawakal menjadi perasaan, keyakinan kental Apabila sifat ini dapat
dimiliki, automatik mazmumah terbasmi Sombong, tamak, bakhil, pemarah, hasad, dendam,
gila puji, gila nama, mati Inilah dia orang yg menang dan berjaya didikan Ramadhan Selepas
Ramadham manusia itu kembali suci spt fitrahnya yg semulajadi Orang ini sahajalah yg layak
berhari raya Kerana berjaya mengembalikan kesucian fitrahnya hari raya namanya Hari raya
ertinya mengembalikan fitrah suci lagi murni Kalau fitrah yg suci murni ini kekal sepanjang
tahun, Ramadhan yg akan datang hanya memberi cahaya lagi, bukan overhaul Begitulah
didikan Ramadhan ramai org yg gagal, sedikit sgt yg berjaya
Add comment 19 September 2009
Posted by Haniffah Yusoff at 11:26 PM
Labels: Perayaan

Hambarnya Hari Raya tanpa ketupat dan lemang

Hambarnya Hari Raya tanpa ketupat dan lemang

SEPANJANG Syawal ini, selepas Aidilfitri disambut pada 20 Sept, Malaysia akan
tetap meriah dengan majlis rumah terbuka.
Pada majlis-majlis ini, yang dianjurkan sama ada di rumah kediaman, pejabat,
malahan hotel, antara yang dicari tetamu dan menjadi hidangan wajib ialah ketupat
dan lemang.
Bagi masyarakat Melayu, mereka merasakan sambutan Hari Raya mereka tidak
lengkap jika tanpa ketupat dan lemang di dalam menu.
Rendang ayam dan daging atau serunding di meja tidak akan terusik kalau tiada
ketupat dan lemang untuk dimakan bersama. Begitulah sinonimnya ketupat dan
lemang dalam perayaan Aidilfitri.
KETUPAT, LEMANG
Lemang ialah makanan daripada beras pulut yang dimasak dengan santan dan
disalut dengan daun pisang yang sudah siap diisi di dalam batang buluh.
Untuk memasukkan beras pulut dan santan itu memerlukan kepakaran bagi
memastikan isinya tidak tumpah bila buluh dibakar dan mengembang.
Membakar lemang juga memerlukan kesabaran kerana ia mengambil masa
berjam-jam lamanya kerana api tidak boleh terlalu besar dan menghanguskan
lemang, atau lemang tidak masak dengan rata, jika bara api tidak sekata.
Untuk mengeluarkan lemang yang sudah dimasak, batang buluh perlu dibelah dan
isi lemang yang panjang, dibiarkan sejuk dahulu sebelum dipotong dengan mudah.
Ketupat pula ada dua jenis - ketupat daun palas dan ketupat nasi (daun kelapa).
Kedua-dua ketupat ini memerlukan kepakaran menganyam daun kelapa atau
membungkus dan menyimpul daun palas.
BERNIAGA LEMANG DAN KETUPAT
Kepakaran yang diperlukan untuk membuat lemang dan ketupat ini dan faktor
masa, membuatkan kini, ramai yang mengambil kesempatan sepanjang sambutan
Syawal sebulan ini untuk berniaga lemang dan ketupat.
Bagi penjual lemang Salim Bakar, bulan Syawal ialah musim durian runtuh.
"Saya mula menjual lemang seminggu sebelum Hari Raya. Permintaan memang
banyak. Sepanjang bulan ini saya jangkakan dapat menjual 100 batang lemang
sehari kerana ramai yang telah membuat tempahan untuk majlis rumah terbuka
mereka," katanya.
Salim menjual lemangnya di bawah pondok kayu di Batu 5, Jalan Rawang-Batang
Berjuntai dekat sini.
Beliau menjual sebatang lemang dengan harga RM8. Kalau dikira jualan 100
batang, jumlahnya RM800 sehari.
Banyak tempat di Lembah Klang kini menjual lemang dengan harga RM10
sebatang.
Bagi bekas ahli korporat Datuk A. Ahmed, Hari Raya beliau tidak lengkap tanpa
lemang.
"Ia menjadi satu kemestian bagi orang Melayu semasa Hari Raya, umpama kuih
bakul semasa perayaan Tahun Baru Cina," katanya.
Beliau berkata lemang merupakan makanan tradisi berasal dari masyarakat
Minangkabau.
"Dan lemang atau lamang memang dikaitkan dengan identiti Negeri Sembilan,"
katanya.
HARGA MAHAL TIDAK TENTU SEDAP
Kerani sebuah syarikat swasta, Rohaya Harun berkata beliau pula amat berhati-
hati dalam membeli lemang kerana tidak mahu membawa balik lemang mentah,
lemang yang terlalu lembik atau keras dan tidak masak rata.
Biasanya beliau akan membeli di beberapa gerai yang sama hampir setiap tahun.
"Adakalanya mereka yang berniaga lemang ini bukan pakar, kerana memasaknya
sekali atau dua kali setahun, jadi lemangnya tidak dimasak betul.
"Rugi rasanya kalau lemang yang dibeli mahal, tidak dapat dimakan dengan
sempurna," katanya.
Bagi ketupat pula, mereka yang tidak pandai menganyam daun, akan memilih
untuk merebus nasi impit segera atau menanak pulut sahaja.
Namun yang bersikap sentimental dan menganggap nasi impit atau pulut tanak
tidak boleh menggantikan ketupat nasi atau ketupat palas, akan sanggup membeli
sarung ketupat di pasar, walaupun harganya agak mahal, asalkan bau segar
ketupat bersalut daun, dapat dinikmati mereka.
TIDAK RUGI BELAJAR
Bagi mereka yang tidak pandai menganyam, tidak rugi jika meluangkan masa
sedikit untuk mempelajari teknik menganyam ketupat, kerana keenakan ketupat
daun ini tidak ada tukar gantinya dengan nasi impit segera yang banyak dijual
sekarang.
Begitu juga lemang. Kalau masih ada kampung dan kawasan lapang, tidak salah
untuk mencuba membakar lemang sendiri, kerana selain dapat merasa lemang
yang sempurna masaknya, gotong-royong menyediakan dan membakar lemang
itu, dapat mengeratkan kemesraan keluarga dan jiran serta memeriahkan lagi
suasana sambutan Hari Raya.BERNAMA

Awards Showcase

Total Awards: 1

__________________
If you want something,you just go for it..
if you get it, you won..but if you don't get it,
you don't lostat least you have tried..it's never a shame to lost after trying..but it is a shame
if you lost without trying..
sit back..and thinks about my words..and you will know..that i'm not lying"
"Life is short and sweet, so make others happy and never let anyone down"

Bookmarks

• Digg

• Google

• Facebook

• Technorati

Tags

dan, hambarnya, hari, ketupat, lemang, raya, tanpa

« Previous Thread | Next Thread »

Currently Active Users Viewing This Thread: 1 (0 members and 1 guests)


(View-All) Members who have read this thread : 9
aboyz1121, headpux, jundak, lpfan182, monogha, sboyz_249, somutmerah, Ultraman

Top of Form

Thread Tools

Show Printable Version

Email this Page


Bottom of Form
Display Modes

Linear Mode

Switch to Hybrid Mode

Switch to Threaded Mode


Top of Form

Rate This Thread

Excellent

Good

Average

Bad

Terrible
guest 71481 10 1 Vote Now

Bottom of Form

Posting Rules
You may not post new
threads
You may not post replies
You may not post
attachments
You may not edit your posts
Posting Rules

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is On
Trackbacks are On
Pingbacks are On
Refbacks are On

All times are GMT +8. The time now is 08:29 PM.
Powered by vBulletin® Version 3.7.3
Copyright ©2000 - 2010, Jelsoft Enterprises Ltd.
2005 - 2010 Ehoza EnterpriseAd Management plugin by RedTyger
http://myart.wanwma.com/tag/kad-raya

Apa-apa pun, selamat hari raya Aidilfitri kepada anda semua!


wanwma.com/images/Kad%2520Raya%2...5201.jpg
Resolusi: 400 x 300

Saiz fail: 155KB

Jenis fail: jpg


AIDILFITRI/PUASA/FITRAH/LEBARAN
17 09 2009

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1 Malaysia, 1 Silam dan Salam


Aidilfitri
Syukur kehadrat Allah SWT Yang Maha Kaya, Yang Maha Pemurah lagi Maha Agung,
Selawat Ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, para sahabat dan tabiin, kaum muslimin
dan muslimat. Setelah kita menjalani IBADAH PUASA selama hampir sebulan, dengan
berpuasa bermula dari waktu solat subuh hingga waktu solat maghrib menahan lapar dan
dahaga,menahan hawa nafsu,menjaga adab dan disiplin mata,telinga,mulut,tangan,kaki dan
meninggalkan amalan yang boleh membatalkan dan makruh sepanjang berlangsungnya puasa
yang kita laksanakan setiap hari. Setiap masa setiap hari amalan yang dikerjakan oleh setiap
umat Islam ialah dengan melaksanakan perintah solat 5 waktu,terawih,membaca al-
quran,membayar zakat,bersedekah dengan mengadakan majlis berbuka puasa kepada fakir
miskin tanpa mengira latarbelakang termasuk masyarakat melayu,india,cina,
kadazandusun,bajau,suluk,bugis,cocos dan lain-lain lagi. Sebelum saya bertolak menunaikan
IBADAH UMRAH di Kota mekah, saya bersyukur kehadrat Allah SWT kerana majlis yang
saya adakan dihadiri oleh golongan yang amat memerlukan bantuan. Saya telah
menghuluruan bantuan berupa pelbagai jenis makanan harian, sumbangan wang kepada anak
yatim piatu dan lain-lain lagi.
Sebelum saya meneruskan topic tentang hari raya aidilfitri terlebih dahulu saya ingin
mengupas dan memperhalusi makna Hari Raya Aidilfitri. Mengikut tafsir dalam bahasa arab
‫‘ عيد الفطر‬Ayd al-Fiṭr “perayaan fitrah” akan disambut setiap 1 syawal bagi tahun Hijrah.
Perayaan ini sering juga di panggil dengan nama Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah dan Hari
Raya Lebaran. Perayaan ini akan di sambut oleh seluruh umat Islam di dunia sebagai tanda
berakhirnya bulan Ramadhan. Selain itu juga terdapat lagi satu perayaan yang besar bagi umat
Islam iaitu Hari Raya Korban. Penentuan bermulanya sambutan Hari Raya akan dilaksanakan
dengan cara melalui RUKYAH (melihat anak bulan) ataupun secara HISAB (kiraan). Jika
anak bulan dapat dilihat maka bermulanya bulan syawal bulan ke 10 dalam kalendar Hijrah.
ZAKAT FITRAH akan berakhir setelah tiba festival hari raya puasa khusus kepada umat
Islam yang masih hidup. Sepanjang bulan puasa pusat-pusat pembayaran zakat fitrah telah
dibuka dilokasi strategi seperti masjid,pusat membeli-belah, setiap kampung dan lain-lain
lagi. Pembayaran zakat bagi tahun ini RM 6.60 seorang. Kutipan ini akan berhenti apabila
bermulanya SOLAT SUNAT AIDILFITRI. Setelah pengumuman pada hari sabtu ini jam
lebih kurang 7.30 malam waktu silam, sabah dan keputusan tarikh Hari Raya Aidilfitri telah
ditentukan maka Umat Islam akan bertakbir dan bertahmid sambil memuji Allah SWT. Takbir
akan bermula dari terbenamnya matahari ( hari terakhir bulan Ramadhan ) sehingga SOLAT
SUNAT HARI RAYA AIDILFITRI.
AMALAN TRADISI LEBARAN Sebelum tiba Hari Raya seperti biasa pertama sekali yang
kita dapat saksikan ialah apabila perniagaan kecil-kecilan yang banyak kelihatan sehingga
banyak pilihan berupa baju melayu, baju moden, songkok, songket,baju kanak-kanak,kuih-
muih dan lain-lain lagi. Setengah bulan sebelum Raya, kita akan mendengar lagu-lagu raya
berkumandang di Radio,Televisyen ( RTM 1,2,3,Astro,Bernama,Ceria dan lain-lain siaran
lagi ). Pihak Bank, Sekolah dan premis-premis perniagaan akan ditutup selama beberapa hari
sehingga seminggu sempena Aidilfitri.
Setiap menjelang Hari Raya jalan-jalan raya utama dan lebuh raya di seluruh negara,
kesesakan akan berlaku akibat kebanjiran warga bandar yang pulang ke kampung halaman
bersama sanak-saudara dan kaum keluarga. Jika ditinjau di kawasan saya P188 Silam saya
melihat kesesakan telah bermula sejak awal jam 6.30 pagi hingga jam 9.00 pagi. Masa
tengahari pula sekitar jam 10.50 hingga jam 1.00 petang. Manakala sekitar jam 2.50 petang
hingga jam 7.00 malam kesesakan lalulintas kian terasa. Inilah yang dinamakan senario
BALIK KAMPUNG.
Ziarah merupakan amalan tradisi yang menjadi satu amalan setelah selesai menunaikan solat
Hari Raya. Selalunya sebelum dan sejurus sesudah menunaikan solat sunat Hari Raya
Aidilfitri umat Islam yang telah kehilangan saudara mara akan mengunjungi PUSARA dan
menghadiahkan SURAH AK-FATIHAH atau bacaan SURAH YAASIN. SeLepas itu, amalan
berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Amalan bermaaf-maafan nagi mengikis
kegelapan dalam kalbu. Keistemewaan Hari Raya ialah kurnia Allah dengan bergembira,
bermaaf-maafan, erat silaturrahim dan persaudaraan di kalangan Umat Islam dan bukan Islam
bagi mewujudkan PERPADUAN RAKYAT 1 MALAYSIA : RAKYAT DI DAHULUKAN,
PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.
DUIT RAYA dihulurkan oleh ibubapa/pemimpin/tuan rumah diberi kepada kanak-kanak.
Pada Hari Raya, sampul selalunya berwarna hijau dan kuning. Warna ini tidak termasuk yang
dikeluarkan oleh peniaga-peniaga atau Bank lain. Kadangkala amalan pemberian Duit Raya
diganti dengan pemberian hadiah-hadiah. Malam Tujuh Likur (malam 27 Ramadan), pelita
atau lampu minyak tanah akan dinyalakan terutamanya di kampung-kampung. Kadangkala
pelita akan digantikan dengan penggunaan lampu elektrik kerana ia lebih bersih dan praktikal,
namun keaslian sambutan Hari Raya selalunya akan berkurang dengan penggunaan ini.
Rumah-rumah terbuka akan diadakan pada Hari Raya itu sendiri ataupun sepanjang bulan
Syawal. Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri selalunya akan berpanjangan sehingga sebulan, dan
kemeriahan itu akan hilang dengan sendirinya apabila semua orang pulang ke bandar setelah
cuti tamat.
Baju Melayu adalah pakaian tradisi kaum Melayu yang dipakai oleh kaum lelaki di Malaysia
pada Hari Raya. Pakaian ini dilengkapi dengan songkok dan lilitan songket di bahagian
pinggang. Pakaian yang menjadi kebiasaan kaum wanita pula ialah Baju kurung dan Baju
kebaya. Setiap tahun pelbagai fesyen diperkenalkan bagi mempelbagaikan rekaan baju-baju
tradisi ini. Pada tahun 2005, pemakaian batik, songket, dan baju kebaya nyonya semakin
meningkat hasil promosi dan komersialisasi oleh Allahyarhamah Datin Seri Endon Mahmood,
isteri kepada Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Saya selaku Ahli Parlimen Malaysia, P188 Silam merangkap Duta Keamanan PBB bersama
isteri Puan Hajah Fatmah Binti Haji Abdul Aziz, anak-anak dan seisi keluarga serta staff P188
Silam mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, Maaf Zahir dan Batin.
Saya dengan sukacita dan penuh hormatnya menjemput Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia,
Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B. Ketua Menteri Sabah, Yang Berhormat
Dato’ Seri, Yang Berhormat, Dato’, Datin, Tuan dan Puan, Encik, Cik ke Majlis Rumah
Terbuka saya pada Hari Raya ke-3 nanti bertempat di Dewan Tun Haji Mustapha, Lahad
Datu. Silam. Sabah. Jam lebih kurang 9.50 pagi hingga 2.00 petang.
1 Malaysia : Rakyat Di dahulukan, Pencapaian Diutamakan
1 Malaysia, 1 Silam dan 1 Unity

YANG BERHORMAT TUAN HAJI SALLEH BIN HAJI KALBI,


AHLI PARLIMEN MALAYSIA, P188 SILAM merangkap
DUTA KEAMANAN ( UPF ) PBB
« RAMADAN PENYELIDIKAN UKM-PROPER P188 SILAM »

Tindakan

• RSS Komentar

• Jejak balik

Informasi
• Tarikh : September 17, 2009

• Kategori : 1

Tinggalkan komen
Klik di sini untuk batal.

Top of Form

Anda telah log masuk sebagai cikgumahfuzah. Log keluar »


Bottom of Form
WELCOME TO perwakilanmumbai.com
You can also check out our official website @
http://www.kln.gov.my/perwakilan/mumbai/event/1436

CORAT-CORET SEPANJANG BULAN SYAWAL 2009 (SAMBUTAN


HARI RAYA AIDILFITRI 2009)
HARI RAYA PERTAMA (21 SEPTEMBER 2009)
Tempat: A’la Mode, Juhu, Mumbai, India.
Waktu: 9.30 pagi – 2.00 petang.
Aktiviti: Sembahyang sunat Aidilfitri dan khutbah, jamuan makan dan karoke.
Jemputan: Semua warga Malaysian di Mumbai termasuk pelajar-pelajar Malaysia dari Krisna
Institute Of Medical Science, Karad dan juga beberapa diplomat.
Menu: Makanan utama disediakan oleh A’la Mode dan juga sumbangan pencuci mulut oleh
ahli PERWAKILAN MUMBAI secara ‘potluck’.
Klik di sini untuk melihat foto.
*
HARI RAYA PERTAMA (21 SEPTEMBER 2009)
Tempat: Kediaman Rasmi Konsul Jeneral Malaysia, En. Wan Zaidi Wan Abdullah, Bandra,
Mumbai.
Waktu: 4.30 petang – 10.30 malam.
Aktiviti: Jamuan makan dan karaoke.
Jemputan: Semua rakyat Malaysia di Mumbai, India termasuk pelajar-pelajar Malaysia dari
Krisna Institute Of Medical Science, Karad.
Menu: Nasi tomato, lodeh ketupat lemang dan mi bandung.
Klik di sini untuk melihat foto.
*
HARI RAYA KE-2(22 SEPTEMBER 2009)
Tempat: Kediaman Pn. Asiah Jaafar, Bandra, Mumbai.
Waktu: 2.30 petang – 7.00 petang.
Aktiviti: Jamuan makan.
Jemputan: Ahli-ahli PERWAKILAN MUMBAI dan keluarga
Menu: Satay, kuah kacang, nasi impit, kerutup ayam dan laksa kelantan.
*
HARI RAYA KE-4 (25 SEPTEMBER 2009)
Tempat: Kediaman Pn. Shareena Nordin, Juhu, Mumbai.
Waktu: 10.30 pagi – 3.00 petang.
Aktiviti: Jamuan makan.
Jemputan: Ahli-ahli PERWAKILAN MUMBAI sahaja.
Menu: Laksa nyonya, nasi lemak sambal sotong kering, ketupat dan rendang ayam.
Klik di sini untuk melihat foto.
*
HARI RAYA KE-4 (25 SEPTEMBER 2009)
Tempat: Kediaman Pn. Mazidah Mohammed, Bandra, Mumbai.
Waktu: 5 petang – 7.00 petang
Aktiviti: Jamuan makan.
Jemputan: Ahli keluarga konsulat sahaja.
Menu utama : Ketupat, rendang ayam, mee goreng mamak, kari ayam dan roti jala.
Klik di sini untuk melihat foto.
*
HARI RAYA KE-12 (2 OKTOBER 2009)
Tempat: Kediaman Pn. Rahfesta, Bandra, Mumbai.
Waktu: 2.30 petang – 8 malam.
Aktiviti: Jamuan makan.
Jemputan: Ahli-ahli PERWAKILAN MUMBAI dan keluarga serta kenalan rapat.
Menu: Nasi ayam, spaghetti bolognese,ketupat dan kuah kacang.
Klik di sini untuk melihat foto.
*
HARI RAYA KE-14 (4 OKTOBER 2009)
Tempat: Kediaman Pn. Julia Idaly, Navi Mumbai.
Waktu: 2.00 petang – 8.00 malam.
Aktiviti: Jamuan makan.
Jemputan: Semua rakyat Malaysia termasuk ahli-ahli PERWAKILAN MUMBAI dan
keluarga.
Menu: Mihun sup gear box, ketupat, rendang ayam.
Klik di sini untuk melihat foto.
*
HARI RAYA KE-20 (10 OKTOBER 2009)
Tempat: Kediaman Pn. Suriani Hanafi, Bandra, Mumbai.
Waktu: 2.30 petang – 7.00 petang.
Aktiviti: Jamuan makan dan penyampaian hadiah perpisahan untuk bekas ahli
PERWAKILAN MUMBAI, Pn. Kongsun Cha.
Jemputan: Ahli-ahli PERWAKILAN MUMBAI dan keluarga serta rakan kerja syarikat
Schlumberger Oil & Gas.
Menu: Nasi kerabu, rendang ayam dan ketupat.
Klik di sini untuk melihat foto.
*
HARI RAYA KE-21 (11 OKTOBER 2009)
Tempat: Kediaman Pn. Mazidah Mohammed, Bandra, Mumbai.
Aktiviti: Jamuan makan, majlis bacaan yassin, tahlil dan kenduri arwah.
Waktu: 2 petang – 7.00 petang
Jemputan: Ahli-ahli PERWAKILAN MUMBAI dan keluarga.
Menu utama : Nasi minyak, acar timun dan sumbangan lauk pauk dan pencuci mulut secara
potluck dari ahli-ahli PERWAKILAN MUMBAI.
Klik di sini untuk melihat foto.
*
HARI RAYA KE-27 (17 OKTOBER 2009)
Tempat: Kediaman Pn.Sharifah Faten Ali Albar, Juhu, Mumbai.
Waktu: 3.00 petang – 7.00 malam.
Aktiviti: Jamuan makan dan karoke.
Jemputan: Ahli-ahli PERWAKILAN MUMBAI dan keluarga serta rakan kerja syarikat
Schlumberger Oil & Gas.
Menu: Nasi briyani, lodeh, rendang dan ketupat.
Klik di sini untuk melihat foto.
~ by jimy4pmi on October 20, 2009.
Posted in Events, Gatherings, SO HAPPY TOGETHER
Leave a Reply
Click here to cancel reply.

Top of Form
2167 0

Logged in as cikgumahfuzah. Logout »

Submit Comment 2167

1265978726

Notify me of follow-up comments via email.

Notify me of new posts via email.


Bottom of Form

SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG OLEH PN. ZUHAILA ABD LATIF SELAKU
PENGERUSI PERWAKILAN MUMBAI
PERWAKILAN MUMBAI dalam usaha untuk membantu mempromosikan Malaysia
di luar Negara khususnya di Mumbai serta bagi menjalankan aktiviti-aktiviti yang
memberikan faedah dan kepentingan kepada rakyat Malaysia, dengan berbesar
hati mempersembahkan kepada anda semua Webpage Interaktif PERWAKILAN
MUMBAI.COM. Webpage ini dilancarkan bagi tujuan mempermudahkan ahli-ahli
PERWAKILAN mendapatkan maklumat terkini dan memberi ruang kepada mereka
berinteraksi menggunakan kemudahan teknologi maklumat. Saya percaya
dengan adanya webpage ini ianya akan dapat memberikan manfaat yang
berguna kepada semua ahli-ahli PERWAKILAN. Apa yang paling penting adalah
webpage ini dapat dijadikan wadah untuk kaum wanita Malaysia di Mumbai untuk
saling berhubung rapat sesama mereka dan mengambil peluang untuk
menikmati faedah-faedah daripada aktiviti-aktiviti yang dijalankan disamping
menyokong aktiviti-aktiviti rasmi kerajaan Malaysia didalam mempromosikan
imej Malaysia di Mumbai. Saya juga mengalu-alukan sumbangan idea, pendapat,
resepi, cerita, petua dan sebagainya dari semua ahli PERWAKILAN MUMBAI untuk
dimuatkan kedalam Webpage ini. Syabas dan tahniah kepada PERWAKILAN
MUMBAI atas kewujudan Webpage PERWAKILAN ini, terutamanya AJK Photografi
dan Penerbitan yang bekerja keras mewujudkan webpage ini. Semoga ianya
dapat memberikan kebaikan bersama buat kita semua. Akhirkata, saya juga
amat berharap semoga PERWAKILAN MUMBAI akan terus aktif dengan pelbagai
aktiviti terkini. Terima kasih.

Pages
• ABOUT PERWAKILAN MUMBAI
• COMMITTEE MEMBERS OF PERWAKILAN MUMBAI
○ COMMITTEE MEMBERS OF PERWAKILAN MUMBAI 2009
• MALAYSIAKU GEMILANG
○ JALUR GEMILANG – NATIONAL FLAG OF MALAYSIA
○ NEGARAKU – NATIONAL ANTHEM OF MALAYSIA
○ RUKUNEGARA – NATIONAL PRINCIPLES OF MALAYSIA
○ SENARAI PENUH ANGGOTA KABINET MALAYSIA 2009 (FULL LIST OF
MALAYSIA’S CABINET LINE-UP 2009)
• MEMBERS OF PERWAKILAN MUMBAI
○ MEMBERS OF PERWAKILAN MUMBAI 2009
• PERWAKILAN MUMBAI’S ONLINE REGISTRATION

Authors
• Administrator
• jimy4pmi
• zue4pmi

COLUMNS
• COOL STUFF
• FROM PERWAKILAN MUMBAI'S KITCHEN
• INDIA & US
○ Experience
○ Travel Journals
• INFOZONE
○ General Info
○ Malaysia
○ Mumbai & India
• JUST MY 2 CENTS' WORTH
• ON THE PERWAKILAN MUMBAI'S NOTICE BOARD
• PERWAKILAN MUMBAI'S MEETINGS
• SO HAPPY TOGETHER
○ Activities
○ Events
○ Gatherings
○ Sports
• SPECIAL HIGHLIGHTS
• WISHES & GREETINGS FROM PERWAKILAN MUMBAI

CALENDAR
October 2009

M TWT F S S

« Sep Nov »

1 2 3 4

1 1
5 6 7 8 9
0 1

1 1 1 1 1 1 1
2 3 4 5 6 7 8

1 2 2 2 2 2 2
9 0 1 2 3 4 5

2 2 2 2 3 3
6 7 8 9 0 1
Top of Form
Search

Bottom of Form

Archives
• December 2009 (12)
• November 2009 (6)
• October 2009 (12)
• September 2009 (5)
• August 2009 (13)
• June 2009 (7)
• May 2009 (23)
• April 2009 (25)
• March 2009 (22)
• February 2009 (38)
• January 2009 (4)

RECENT POSTS
• GOODBYE 2009, WELCOME 2010!
• MH MOBILE PRODUCT
• SANTA CLAUS IS COMING TO TOWN!
• PERWAKILAN MUMBAI GALA NIGHT 2009 “MALAYSIANS GO BOLLYWOOD”
DVD UP FOR GRABS
• SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM (MAAL HIJRAH) 1431
• SO LONG, FAREWELL, MRS. SURIANI HANAFI!
• PERWAKILAN MUMBAI GALA NIGHT 2009 “MALAYSIANS GO BOLLYWOOD”
• MRS. JEYA VASU & MRS. PREMAVATHE SIVANATHAN’S DEEPAVALI 2009
OPEN HOUSE
• PERWAKILAN MUMBAI ANNUAL GENERAL MEETING 2009
• MALAYSIAN GALA NIGHT 2009: MALAYSIANS GO BOLLYWOOD
• MALAYSIAN FAMILY DAY 2009 “FUN IN THE FOREST” DVDS UP FOR SALE
• PERWAKILAN MUMBAI’S COMMITTEE MEMBERS’ MEETING 5/2009
• CELEBRATION OF EID AL-ADHA 2009 @ THE RESIDENCE OF CONSUL
GENERAL OF MALAYSIA IN MUMBAI
• SALAM EID AL-ADHA 2009
• MALAYSIAN SPORTS DAY 2009

RECENT COMMENTS
• shaun on LAGAAN: ONCE UPON A TIME IN INDIA
• Administrator on EID MUBARAK 2009 CELEBRATION IN MUMBAI
• Shaifuddin Kamaruddin on EID MUBARAK 2009 CELEBRATION IN MUMBAI
• imran kadir on SENARAI PENUH ANGGOTA KABINET MALAYSIA 2009 (FULL
LIST OF MALAYSIA’S CABINET LINE-UP 2009)
• Administrator on IFTAAR & TARAWIKH PRAYER @ THE RESIDENCE OF
CONSUL GENERAL OF MALAYSIA IN MUMBAI ON 29 AUGUST 2009

Meta
• Site Admin
• Log out
• Entries RSS
• Comments RSS
• WordPress.com