Anda di halaman 1dari 11

INSTITUT PERGURUAN KOTA BHARU

LARAS BAHASA
DEFINISI LARAS BAHASA

1. Laras bahasa merujuk kepada cara atau gaya penggunaan sesuatu bahasa
menurut situasi bahasa itu digunakan dan bidang yang diperkatakan.

2. Dalam amalan berbahasa, seseorang pengguna bahasa sering memilih variasi


bahasa yang sesuai dengan situasi tertentu. Sebagai contohnya,
seseorang pengguna bahasa akan menggunakan bahasa yang rapi,
bertatasusila, dan jelas dalam situasi formal atau rasmi. Sebaliknya,
dalam situasi tidak rasmi, pengguna bahasa tersebut akan menggunakan bentuk
bahasa yang bersahaja atau bahasa tak formal.

3. Seseorang pengguna bahasa juga akan menggunakan bentuk bahasa yang


sesuai dengan bidang yang diperkatakan. Misalnya, untuk memperkatakan
bidang ekonomi, seseorang pengguna bahasa akan menggunakan kosa kata
atau ungkapan yang berkaitan dengan bidang ekonomi seperti inflasi,
penawaran, persaingan, unjuran, monopoli, pasaran, saham, indeks
komposit, Bursa Malaysia, pasaran hadapan, urns niaga, kadar
faedah, para pelabur, harga tidak berubah, dan sebagainya.

4. Dalam penggunaan bahasa, variasi bahasa pilihan yang sesuai dengan bidang
dan situasi bahasa dikenal sebagai laras bahasa. Pengetahuan tentang laras
bahasa amat penting kerana seseorang pengguna bahasa yang cekap akan
memilih laras bahasa yang sesuai dengan situasi tertentu. Penggunaan laras
bahasa yang salah menggambarkan ketidaksempurnaan penguasaan bahasa
seseorang.

5. Sebagai contohnya, seorang pengguna bahasa yang menyampaikan ucapan


rasminya dengan bahasa basahan dan bahasa pasar memperlihatkan bahawa
dirinya tidak cekap berbahasa kerana penggunaan bahasanya menyalahi hukum

1
INSTITUT PERGURUAN KOTA BHARU

dan budaya bahasa tersebut.

6. Selain itu, taraf kemajuan sesuatu bahasa juga diukur menerusi jumlah laras
yang wujud dalam bahasa berkenaan. Hal ini demikian kerana kemunculan
laras-laras bahasa barn adalah selari dengan perkembangan sosial dan
kebudayaan sesuatu masyarakat. Kemajuan dan pembaharuan dalam
bidang sains dan teknologi, politik, ekonomi, dan budaya akan memberikan
kesan kepada laras bahasa masyarakat tersebut, iaitu jumlah laras bahasa akan
bertambah Berta menjadi lebih rencam.

7. Hal ini dapat dilihat dengan membandingkan bahasa Melayu klasik dengan
bahasa Melayu moden. Laras bahasa Melayu klasik sangat terhad sementara
bahasa Melayu moden berkembang pesat dengan memiliki laras bahasa yang
banyak dan pelbagai.

8. Menurut Nik Safiah Karim, penggunaan laras bahasa yang berlainan


ditentukan oleh dua faktor utama, iaitu ciri keperihalan sesuatu peristiwa
bahasa dan ciri linguistik.

9. Ciri keperihalan dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu situasi luaran dan
situasi persekitaran.

10. Situasi luaran merujuk kepada latar belakang sosial dan kebudayaan
pengguna sesuatu bahasa. Sebagai contohnya, bahasa klasik dikaitkan
dengan suasana di istana manakala bahasa slanga dikaitkan dengan golongan
remaja yang banyak dipengaruhi oleh budaya rock.

11. Situasi persekitaran pula melibatkan aspek-aspek yang terlibat secara


langsung dalam penggunaan bahasa. Antara situasi persekitaran yang
mempengaruhi seseorang pengguna bahasa termasuklah:

(a) cara penyampaian;


(b) bahan yang diperkatakan;
(c) hubungan sosial dan peribadi antara pengguna bahasa; dan
(d) fungsi sosial perlakuan bahasa.

2
INSTITUT PERGURUAN KOTA BHARU

12 Cara penyampaian merujuk kepada bentuk perhubungan yang digunakan, iaitu


sama ada wacana itu disampaikan secara lisan ataupun tulisan. Dalam hal ini,
bahasa lisan amat berbeza daripada bahasa tulisan.

13 Dalam bahasa tulisan, terdapat pelbagai variasi, seperti teks ucapan, laporan,
rencana, karya kreatif, Wan, dan surat kiriman. Masing-masing mempunyai cara
penyampaian yang berlainan.

14 Cara penyampaian juga termasuk situasi sesuatu wacana disampaikan. Misalnya,


bahasa ucapan yang disampaikan dalam majlis formal yang dihadiri oleh orang
kenamaan tentu berbeza daripada bahasa ucapan yang digunakan dalam majlis
tidak formal yang dihadiri oleh orang biasa.

15. Bahan yang diperkatakan bermaksud isi kandungan dalam sesuatu wacana atau
secara umumnya merujuk kepada bidang yang dibicarakan. Bidang yang
diperkatakan inilah yang menentukan penggunaan kosa kata, istilah, jenis, dan
ragam ayat dalam sesuatu wacana.

16 Sebagai contoh, jika wacana itu berkaitan dengan bidang sains, maka ragam ayat
pasif banyak digunakan untuk memberikan fokus kepada perkara yang
dibicarakan. Sebaliknya, jika wacana itu ialah wacana sukan yang memaparkan
ulasan selari perlawanan bola sepak, maka ragam ayat aktif dengan jenis ayat
tunggal yang pendek banyak digunakan. Hal ini demikian supaya pendengar atau
penonton siaran secara langsung dapat memahami dan menghayati peristiwa
sukan itu dengan berkesan.

17 Hubungan sosial dan peribadi antara pengguna bahasa merujuk kepada


hubungan yang wujud antara penghasil wacana dengan penerima wacana. Jika
penerima wacana itu terdiri daripada khalayak yang rapat hubungannya dengan
penghasil wacana, maka penghasil wacana akan menggunakan bahasa yang
bersifat mesra dan tak formal. Sebaliknya, jika penerima wacana terdiri daripada

3
INSTITUT PERGURUAN KOTA BHARU

mereka yang tidak dikenali atau diketahui mempunyai kedudukan yang tinggi,
maka penghasil wacana akan menggunakan bahasa bersifat formal.

18 Fungsi sosial perlakuan bahasa pula bermaksud penggunaan bahasa itu


bertujuan untuk menghasilkan maksud atau perasaan tertentu seperti dalam hal
menyampaikan pelajaran di bilik darjah, memberikan arahan, melahirkan perasaan
march, ataupun mengijabkabulkan pasangan yang mendirikan rumah tangga
dalam upacara pernikahan. Fungsi sosial atau tujuan penggunaan bahasa yang
berbeza ini akan menyebabkan berlakunya penggunaan laras bahasa yang
berlainan.

19 Ciri-ciri linguistik yang membezakan laras-larasbahasa dapat ditinjau daripada


aspek bunyi, kosa kata, frasa, dan ayat.

20 Contoh aspek bunyi yang dapat mempengaruhi sesuatu laras bahasa adalah
seperti pada penggunaan sebutan kecik untuk perkataan kecil, pulak untuk pula,
dan ambik untuk ambil Penggunaan yang sedemikian memperlihatkan bahawa
laras bahasa yang digunakan ialah bahasa basahan.

21. Kosa kata merupakan unsur yang terpenting danmenjadi penanda laras bahasa
Sesuatu laras bahasabiasanya dikenal menerusi kosa kata yang digunakan.
Sebagai contohnya, penggunaan perkataanperkataan seperti penyerang,
pemain tengah, sayap kiri, gol, separuh masa pertama, penjaga garisan, dan
ofsaid menunjukkan bahawa laras yang dimanfaatkan ialah bahasa sukan,
khususnya dalam permainan bola sepak.

22. Selain itu, aspek kosa kata yang menentukan laras bahasa juga dapat dilihat
daripada penggunaan kata-kata pinjaman serta penggunaan unsur kolokasi.
Sebagai contoh, kata-kata pinjaman daripada bahasa Arab banyak digunakan
dalam laras agama manakala laras sains banyak menggunakan kata-kata
pinjaman daripada bahasa Inggeris

23. Daripada aspek unsur kolokasi pula, penggunaan ungkapan yang berkolokasi
dengan laras bahasa tertentu dapat dilihat dalam penggunaan ungkapan
tendangan percuma yang hadir dalam laras sukan, sajak kabur yang terdapat

4
INSTITUT PERGURUAN KOTA BHARU

dalam laras sastera, dan sebermula maka tersebutlah perkataan yang hadir
dalam laras bahasa klasik.

24. Sesuatu laras bahasa juga dapat dilihat daripada aspek ayat yang digunakan.
Dalam hal ini, aspek ayat yang terlibat termasuklah jenis, ragam, dan susunan
ayat. Sebagai contoh, laras undang-undang banyak menggunakan ayat majmuk
campuran yang penuh dengan frasa dan klausa penerang serta keterangan.
Sebaliknya, laras bahasa klasik banyak menggunakan jenis ayat majmuk yang
panjang serta berbelit-belit, ragam ayat pasif, dan susunan ayat songsang

Terdapat tokoh bahasa yang membahagikan laras kepada beberapa bahagian.


Misalnya Halliday melihat laras daripada tiga dimensi, iitu tajuk wacana, cara
penyampaian, dan gaya penyampaian.

Tiga Dimensi Laras (Halliday)

Tajuk wacana Merujuk kepada bidang yang diperkatakan


seperti biologi, perubatan, suka, enidikan,
matematik dan sebagainya.

Bidang-bidang ini menentukan kosa kata


dan istilah serta jenis ayat dan ragam ayat
yang digunakan.

JIka wacana merupaan wacana ilmiah,


maka ragam ayat pasif banyak digunakan
untuk memberikn fokus kepada perkara
yang dibincangkan.

Sebaliknya, jika wacana merupakan


ulasan selariperlawanan bola sepak ,

5
INSTITUT PERGURUAN KOTA BHARU

rragam ayat aktif dengan ayat tunggal


yang pendek-pendek banyak digunakan
supaya sesuai dengan tempo perlawanan
bola sepak berkenaan.

Cara penyampaian Sama ada wacana berkenaan


disampaiakan secara lisan atau tulisan.

Jika lisan, sama ada ia merupakan


wacana syarahan atau ucapan,
perbahasan dan khutbah atau doa?

JIka tulisan sama ada ia esei, laporan,


surat rasmi atau surat peribadi,
memorandum atau iklan?
Gaya penyampaian mengimbangi sama ada suatu ucapan
berkenaan disampaikan dalam situasi
formal atau tak formal.

Misalnya, ucapan, adakah ucapan itu


disampaiakn dalam majlis yang formal
yang dihadiri oleh orang-orang kenamaan
atau dif-dif?

JENIS-JENIS DAN CIRI-CIRI LARAS BAHASA

6
INSTITUT PERGURUAN KOTA BHARU

Laras bahasa dapat digolongkan kepada dua golongan besar, iaitu laras biasa dan
laras khusus.

Laras biasa ialah laras khusus yang digunakan untuk masyarakat umum seperti bidang
hiburan (laporan sukan, berita sukan), pengetahuan dan penerangan (syarahan,
rencana), maklumat dan pemujukan (rencana, iklan).

Laras khusus pula merujuk kepada kegunaan untuk khalayak khusus seperti ahli-ahli
atau peminat dalam bidang tertentu dan pelajar-pelajar (rencana, laporan, buku).

Pembeza utama yang membezakan antara laras biasa dengan laras khusus ialah:

kosa kata

tatabahasa

gaya

LARAS BAHASA BIASA


Laras bahasa biasa ialah laras yang tidak melibatkan
bidang tertentu. Antara cirinya termasuklah penggunaan

7
INSTITUT PERGURUAN KOTA BHARU

kosa kata dan tatabahasa yang mudah difahami, iaitu tiada


istilah teknikal dan kurang kata pinjaman. Struktur ayatnya
mudah, ringkas, dan padat.

Laras bahasa biasa terbahagi kepada dua iaitu laras bahasa formal dan laras biasa tak
formal

Gaya ayat sederhana, ringkas dan padat.

Laras bahasa biasa terbahagi kepada formal dan tak formal.

Laras Bahasa Biasa


Formal/Rasmi Tak Formal
Digunakan dalam majlis rasmi, surat Berlaku proses pengguguran dalam ayat-
kiriman dan sebagainya. ayat yang diucapkan sama ada
pengguguran subjek, predikat, atau objek.

Contoh Contoh

Muhd Syawal Wahed bin Muhammad aku PEMBELI Ikan sendiri bela, sendiri
nikahkan dikau dengan Nur Hafiza binti tangkap, sendiri jual, apa pasal banyak
Nordin dengan mas kahwinnya 22 ringgit mahal?
setengah, tunai.
PENIAGA Encik mau ingat, bela punya
ikan mau kasi makan. Sekarang, ikan
punya makan banyak mahal. Lagi, saya
bukan tangkap sendiri, saya upah orang.

LARAS BAHASA
KHUSUS

LARAS BAHASA
SAINS
LARAS BAHASA LARAS BAHASA
SUKAN AGAMA
8

PERSAMAAN
sains disampaikan secara
formal dan objektif.
INSTITUT PERGURUAN KOTA BHARU Segala maklumat yang
diberikan berdasarkan
Segala fakta yang di sampaikan dapat difahami oleh kajian
semuadan fakta.
orang

Wacana ini juga


Penyampaian setiap laras bahasa sesuai dengan keadaan semasa.
memperlihatkan
Laras bahasa agama
Memudahkan urusan dalam sesuatu bidang. penggunaan perkataan
mengandung istilah
yang tepat dengan
Laras bahasa sukan agama daripada
meninggalkan kata-kata
biasanya disampaikan bahasa Arab.
yang mubazir.
dengan gaya yang Struktur ayatnya banyak Kebanyakan kata yang
bersahaja dan jelas. dipengaruhi oleh struktur digunakan ialah kata
Selain menggunakan kata- bahasa Arab. nama manakala kata
kata umum yang senang adjektif jarang-jarang
Wacana ini digunakan digunakan. Selain itu,
difahami, wacana ini juga untuk menerangkan
diselitkan dengan kosa wacana ini juga
sebarang topik yang menggunakan kosa kata
kata berkaitan dengan ada kaitannya dengan
sukan atau bidang sukan dan formula/rumus yang
agama termasuklah berkaitan dengan bidang
tertentu seperti menang, tentang akidah, fiqah,
tewas, pertandingan, sains seperti fotosintesis,
kisah kisah Nabi dan herbivor, karnivor,
latihan, atlet, kejohanan pars sahabat, serta
terbuka, suku akhir, omnivor, tenaga kinetik,
kadangkala diselitkan gas karbon dioksida, asid
pemain perseorangan, dengan petikan
beregu wanita, pilihan karbonik, hujan asid,
daripada Al Quran dan sulfur dioksida, asid
ketiga, pusingan kedua, Hadis.
pasangan bukan pilihan, sulfurik, pH, 50 2 , 503,
dan sebagainya. Selain itu, wacana ini H2SO4, dan sebagainya.
kerap menggunakan kiss
ibarat.

PERBEZAAN

LARAS BAHASA
SAINS
LARAS BAHASA LARAS BAHASA
SUKAN AGAMA

9
"syurga" dalam bahasa
Arab disebut sebagai
Kem badminton Malaysia
INSTITUT PERGURUAN KOTA BHARU
"al-Jannah" yang
melalui hari yang buruk
bermaksud sebuah taman
pads Kejohanan Terbuka
yang indah, dipenuhi
Korea 2005 apabila Sairul contoh
dengan pelbagai nikmat
Amar Ayob menjadi satu-
dan keselesaan. Air hujan, secara semula
satunya pemain negara LARAS berasid
BAHASA
Menurut syarak, jadinya, sedikit
yang layak ke suku
"syurga" ialah sebuah SAINStindak
kerana balasnya
akhir, itu pun selepas
LARAS BAHASA LARAS BAHASA
tempat yang dipenuhi dengan gas karbon
mengalahkan rakan
SUKAN AGAMA
nikmat yang disediakan dioksida dalam
senegara, Mohd. Roslin
oleh Allah SWT. untuk atmosfera untuk
Hashim. Harapan untuk
hamba-hambaNya yang membentuk asid
melihat dua lagi wakil
beriman dan beramal karbonik. Nilai pH air
perseorangan negara,
soleh selepas mereka hujan ialah 5.6. Di negara-
Muhd. Hafiz Hashim clan
dibangkitkan semula negara maju, nilai pH air
Kuan Beng Hong berada
pada hari akhirat. Allah hujan mungkin
dalam kelompok lapan
SWT ada menjelaskan berkurangan sehingga
pemain terbaik ticlak
kewujudan syurga dalam 4.1.
kesampaian apabila
al-Quran melalui Surah Ali
kedua-duanya terkandas
Imran ayat 133 yang
di pusingan ketiga.
bermaksud:

10
INSTITUT PERGURUAN KOTA BHARU

11