Anda di halaman 1dari 7

Assalamualaikum wbt, selamat pagi dan salam Sehati Sejiwa

Yang Bhg.Dato, Hajah Foziah binti Buang, Pengarah Pendidikan,


JPWPKL, YBhg. Dato Hj Ahmad Shalimin b.Hj Ahmad Shafie YDP
PIBG, SK TTDI 1 Yang Dihormati DSP Tuan Ahmad Mohsin bin
Ketua Polis Balai, Balai Polis TTDI, barisan pentadbir, AJK PIBG
Sesi 2016/2017, para ibu bapa dan warga guru SK TTDI (1) sekalian.
.Selamat Datang ke Mesyuarat Agung PIBG SK Taman Tun
Dr.Ismail (1) Tahun 2017 .

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada


YBhg.Dato Hajah Foziah yang sudi menerima jemputan kami untuk
hadir pada pagi ini bagi menyampaikan amanat dan seterusnya
merasmikan mesyuarat agung pibg kita kali yang ke 30. Sudah
pasti kehadiran YBhg Dato memberi impak yang besar dan cukup
bermakna kepada warga SKTTDI (1).

Kuning emas masaknya padi


Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Kehadiran YBhg Dato jadi sanjungan.

Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua ibu bapa yang
telah berusaha untuk hadir bagi menjayakan dan memaknakan
Mesyuarat Agung PIBG kita pagi ini. Sesungguhnya kehadiran
Dato, Datin , tuan-tuan dan puan-puan adalah menjadi tonggak
utama dan penting bagi membolehkan kita merangka usaha dan
cara untuk melonjakkan lagi pencapaian anak-anak dari segi
akademik mahupun koakademik serta memastikan kemenjadian
mereka sepanjang mereka berada di SKTTDI1 ini. Sebenarnya,
PIBG ini merupakan pentas dan wadah bagi pihak sekolah dan para
ibu bapa untuk berkolaborasi dalam menjayakan program yang
pelbagai demi kepentingan anak-anak kita di sekolah ini.

Saya juga tidak lupa untuk mengucapkan tahniah dan sekalung


penghargaan khas buat Jawatankuasa PIBG 2016/2017 yang
diterajui oleh YBhg Dato Hj Shalimin, para guru dan pekerja yang
bertunkus lumus dan memberi komitmen yang jitu bagi menjayakan
mesyuarat agung kali ini.
YBhg Dato, Datin, tuan-tuan dan puan-puan

Saya sebagai GB sekolah ini Mengharapkan PIBG menjadi pentas


dan wahana bagi pihak sekolah dan ibu bapauntuk berkolaborasi
dalam menjayakan program yang pelbagai demi untuk anak-anak
SKTTDI .

Malah jalinan dan jaringan hubungan ibarat isi dengan kuku serta
umpama aur dengan tebing antara ibu bapa dengan pihak sekolah
merupakan resipi atau rahsia kejayaan gemilang sesebuah
sekolah. Marilah kita sama-sama berusaha bersungguh-sungguh
menyemai dan mencanai generasi muda ini untuk menjadikan
anak-anak berpotensi membentuk kelompok remaja dan dewasa
seperti yang diaspirasikan oleh ibu bapa sendiri, pihak sekolah,
pihak komuniti setempat dan Negara. Kelak jiwa-jiwa kecil ini
diacuankan untuk tegak berdikari berhati waja sebagai pemimpin
besar hari esok.
Insya-Allah.

Semoga mesyuarat kita pada hari ini dapat berjalan dengan lancar
dan dalam suasana yang harmoni tanpa apa-apa gangguan yang
boleh menggugat perjalanan mesyuarat. Kita bermesyuarat bagi
berbincang untuk sama-sama mencari solusi terbaik dalam
meneruskan kecemerlangan sekolah ini sebagai sebuah sekolah
berprestasi tinggi.

YBhg.Dato, Datin, Tuan-tuan dan puan-puan,

Sebagai makluman tuan-tuan dan puan-puan, enrolmen guru dan


murid di SKTTDI 1 bagi tahun 2017 adalah seperti yang berikutnya:-

Guru - 80 orang ( 59 perempuan dan 21 lelaki)


Murid - 1132 orang

Bilangan keluarga 700 orang


{Data sehingga Mac 2017 }

Dengan bilangan murid yang begini, Insya-Allah, pihak sekolah


amat yakin dan percaya bahawa kerjasama antara pihak sekolah
dan PIBG SKTTDI 1 tahun 2017 akan memastikan prasarana di
sekolah ini kondusif lagi selesa untuk anak-anak SKTTDI 1.
Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada warga guru SKTTDI1
yang semestinya telah mendapat sokongan padu berterusan dan
kerjasama erat daripada ibu bapa semua, khasnya melalui PIBG,

Bagi tahun 2017, sekolah kita mempunyai 196 orang calon UPSR
dan sasaran yang mendapat 6A sekurang-kurangnya 45 orang
GPS 1.69. Sasaran pada tahun ini perlu melebihi pencapaian tahun
2016 yang mana kita ada 183 orang calon , yang mendapat 6A
seramai 17 orang serta gred purata sekolah 1.88.

Oleh yang demikian, sokongan dan sumbangan PIBG serta ibu


bapa murid sekolah ini dari segi material dan idea-idea yang bernas
amat dialu-alukan.

Langkah awal kerjasama daripada ibu bapa telah tercapai pada hari
pertemuan dengan ibu bapa tahun 6 dalam Majlis Perjumpaan dan
hari Penetapan Target yang kita adakan pada 4 Februari 2017
Ketika pertemuan ini, ibu bapa tahun 6 telah sebulat suara bersetuju
menyumbang RM400 bagi menjayakan program peningkatan
prestasi UPSR 2017. Tahniah dan syabas khasnya kepada semua
ibu bapa anak tahun 6. Dengan sumbangan dana ini, program
kecemerlangan anak-anak tahun 6 akan dapat dilaksanakan demi
lonjakan pencapaian UPSR tahun in

Dato Datin.Tuan-tuan dan puan-puan sekalian

Dalam proses pembinaan modal insan murid-murid, pelbagai


inisiatif, usaha dan program telah dilakukan oleh pihak KPM. Ini
termasuklah pelbagai transformasi pendidikan seperti program
KSSR, PBS dan yang terkini Dual Language Programme (DLP).

1. Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan sekalian, murid-murid


tahun 1 hingga 6, kini sedang mengikuti Kurikulum Standard
Sekolah Rendah(KSSR) .KSSR merupakan satu bentuk
KurikulumTransformasi yang memberi penekanan terhadap
pembentukan peribadi seimbang melalui pemikiran kritis dan kreatif
serta inovatif. Kurikulum ini dirangka berdasarkan tanda aras
antarabangsa bagi memastikan murid-murid ini memiliki kemahiran
yang diperlukan di peringkat global. Penilaian terhadap murid tahun
enam bermula pada tahun 2016 tidak lagi berdasarkan keputusan
UPSR semata-mata kerana akan digabungkan dengan pentaksiran
sekolah . pentaksiran Psikometrik dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani
dan Kokurikulum (PAJSK)

Kurikulum Transformasi Sekolah Rendah digubal berasaskan


standard kandungan dan standard pembelajaran.

Standard kandungan- Penyataan spesifik tentang perkara murid


patut ketahui dan boleh lakukan dalam tempoh persekolahan
merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Standard Pembelajaran satu penetapan kriteria atau indicator


kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap
standard kandungan.

Untuk pengetahuan ibu bapa, semakan KSSR TELAH dilaksanakan


mulai tahun 2017. Antara perubahan yang berlaku ialah:

i. Gabungan mata pelajaran Pendidikan Seni dan Pendidikan


Muzik yang dikenali sebagai Pendidikan Kesenian.
ii. Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan dikenali
sebagai Pendiikan Jasmani dan Kesihatan
iii. Pertambahan 1 masa bagi mata pelajaran SainsTahun 1
iv. Bahasa Cina dan Bahasa Tamil dimasukkan sebagai mata
pelajaran tambahan bersama Bahasa Arab

2. PBS merupakan pentaksiran Pembelajaran yang dijalankan


secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan
pencapaian murid dalam pembelajaran. Terdapat dua komponen
PBS, iaitu Komponen Akademik bagi PentaksiranSekolah dan
Pentaksiran Pusat manakala Komponen Bukan Akademik bagi
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum dan
Pentaksiran Psikometrik.Tujuan PBS dilaksanakan adalah untuk
mengurangkan peperiksaan yang juga akan memberi peluang
kepada para guru dan murid untuk menumpukan perhatian kepada
peningkatan kemahiran dan kreativiti. Kaedah pelaksanaannya
merujuk kepada Standard Pembelajaran yang menerangkan
tentang pencapaian seseorang murid yang telah dilalui dalam satu
tempoh pembelajaran melalui satu penanda aras yang dikenal pasti
serta merujuk standard yang telah ditetapkan. Murid-murid
semestinya akan dinilai secara adil dan saksama berdasarkan
keupayaan, kebolehan, bakat. Kemahiran dan potensi tanpa
dibandingkan dengan individu lain. Sebenarnya murid-murid perlu
menguasai 6 tahap penguasaan kemahiran mengikut Standard
Pembelajaran, iaitu dari Tahap Pencapaian 1 (paling asas-Tahu)
hingga Tahap Pencapaian 6 (paling tinggi berupaya menzahir idea
kreatif dan inovatif). Penguasaan Band 1 hingga Band 6 ini dinilai
bagi tahun semasabagi semua subjek yang dipelajari.
Memandangkan Transformasi Pendidikan mulai dijayakan tahun
2013 maka kita perlu melakukan anjakan paradigm untuk menerima
segala perubahan dengan minda terbuka dan lapang dada serta
keterlibatan bersepadu kita dalam kecemerlangan dan kemenjadian
anak-anak akan dirasa

Oleh yang demikian, saya mengharapkan ibu bapa pastikan anak2


hadir ke sekolah setiap hari kerana pentaksiran berasaskan sekolah
(PBS) dijalankan pada waktu pembelajaran. Kalau mereka tidak
hadir, mereka akan ketinggalan.

3. SKTTDI 1 juga telah terpilih untuk melaksanakan Dual Language


Programme (DLP) yang melibatkan murid tahun 1, 2 dan 4 dan 5.
Untuk belajar Matematik dan Sains sepenuhnya dalam Bahasa
Inggeris. Program ini melibatkan seramai 113 orang murid tahun 1
140.orang murid tahun 2, 105 Tahun 4 dan 108 tahun 5. Mereka
akan belajar mata pelajaran Sains dan Matematik dlm Bahasa
Inggeris sehingga tahun 6 . Diharapkan program ini juga mendapat
sokongan daripada ibu bapa untuk membantu anak2 ketika di
rumah, Program ini adalah pilihan kepada ibu bapa tetapi tertakluk
kepada syarat iaitu kesediaan sekolah, sumber yang mencukupi,
permohonan daripada ibu bapa dan pencapaian Bahasa
Melayu yang baik.

Kecemerlangan anak-anak sangat-sangat bergantung bukan


sahaja kepada para guru malah harus ada sokongan sepenuhnya
daripada ibu bapa. Sokongan 100%daripada ibu bapa ini menjelma
dalam pelbagai bentuk seperti sokongan spiritual, emosi, kasih
sayang,penjagaan kesihatan, pemakanan untuk fizikal dan minda
cerdas, motivasi dan yang lebih utama ialah pemantauan
berterusan terhadap aktiviti pembelajaran anak-anak semasa di
rumah. Untuk merealisaikan hasrat itu, pihak sekolah telah
memperkenalkan Program JUARA kepada semua murid tahun 6
yang memerlukan penglibatan ibu bapa untuk membantu mereka
belajar di rumah. Seandainya tuan-tuan dan puan-puan mampu
menjadi fasilitator atau pembimbing/mentor mereka ketika
mengulang kajipelajaran dan menyiapkan kerja sekolah maka itulah
yang terbaiknya. Sekiranya tidak, keberadaantuan-tuan dan puan-
puan di sisi mereka semasa mereka belajar di rumah sudah pun
memberi pengertian tersirat bahawa pelajaran mereka sangat
diutamakan oleh ibu bapa

Oleh itu, carilah ruang dan peluang untuk berada di sebelah anak-
anak setiap kali mereka menelaah dan menyiapkan tugasan
sekolah.

4. Anjakan Kesembilan Pelan Pembangunan Pndidikan Malaysia


(PPPM 2013- 2025) telah menetapkan bahawa penglibatan ibu
bapa, komuniti dan pihak swasta perlu diperluas dan diperkasakan

Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) amat dialu-alukan untuk


membantu pihak sekolah dalam aktiviti sekolah seperti sukarelawan
sukan, keceriaan kelas dan pembangunan fizikal dan sebagainya.

Sasaran peratus kehadiran murid ke sekolah ditetapkan sebanyak


95% tetapi kehadiran murid SKTTDI (1) hanya mencapai ..%
sahaja. Jadi saya berharap pada tahun 2017, tuan2 pastikanlah
anak2 hadir ke sekolah kecuali apabila mereka tidak sihat, Dan
tolong hantar awal ke sekolah.

5. Pihak sekolah prihatin dengan permintaan ibu bapa agar waktu


rehat murid tahun 5 dan 6 dipercpatkan dari jam 10.45 pagi kepada
jam 10.15 pagi. Pihak sekolah dengan kerjasama PIBG telah
membuat survey secara online dan berdasarkan survey tersebut
lebih 70% ibu bapa bersetuju supaya waktu rehat murid tahun 5 dan
6 dipercepatkan. Di sini ingin saya maklumkan bahawa pihak
sekolah bersetuju untuk mengubah waktu rehat murid tahun 5 dan
tahun 6 dan berkuatkuasa mulai 1 April 2017.

6. Pihak sekolah juga sedang menyusun program untuk


mengimarahkan surau kita melalui program Mewakafkan Surau.
Jadi di sini saya memohon ibu bapa yang sudi untuk membantu
program tersebut agar dapat meningkatkan penggunaan surau.

7. Sekolah adalah tempat untuk mendidik murid-murid berdisiplin


walaupun kami terima setelah mereka dididik oleh tuanpuan selama
5 tahun. Disiplin murid amat penting dan menjadi salah satu
daripada KPI di Kementerian Pendidikan Malaysia. Setiap
kesalahan murid akan direkodkan. Kesalahan yang paling kerap
dilakukan oleh murid-murid SKTTDI(1) ialah datang lewat. Kami
bukan sahaja melihat murid yang bermasalah sahaja tetapi murid
yang baik kami tetap hargai dan anugerahkan mereka sebagai
Murid Contoh supaya boleh menjadi aspirasi kepada murid2 yang
lain.

7. Peraturan sekolah perlu dipatuhi datang awal, Ibu bapa yang ingin
berurusan, dapatkan pas kebenaran daripada pengawal dan datang
ke pejabat untuk mendapatkan kebenaran. Jangan terus ke kelas
atau berjumpa guru2 dibilik guru. Hantar dan ambil anak di hadapan
pintu pagar sekolah sahaja.

8. Oleh itu, marilah kita bersama-sama sederap dan selangkah


menggalas amanah dan memikul tanggungjwab untuk melahirkan
anak-anak SKTTDI yang cemerlang secara menyeluruh. Kelak
mereka inilah generasi pemimpin alaf transformasi yang
diaspirasikan memacukan Negara di pentas global.

9 .Terima kasih saya ucapkan kepada YGhg Dato Pengarah,


barisan AJK PIBG yang diterajui oleh YDP Kita Dato Shalimin yang
telah bekerja keras dan memberikan kerjasama serta mempunyai
hubungan baik dengan pihak sekolah. Terima kasih kepada
kumpulan Sokongan Ibubapa (KSIB) yang sentiasa membantu
pihak sekolah dari segi material, sumbangn tenaga, dan
sebagainya.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati, Sebelum menyudahi ucapan


saya ini, sekali lagi saya merakamkan penghargaan dan ucapan terima
kasih atas kehadiran kesemua ibu bapa yang hadir pagi ini.Selamat
bermesyuarat agung PIBG Lihatlah siapa yang akan tuan puan pilih
menerajui PIBG kita sesi 2017/2018. Buatlah pilihan yang tepat kerana
PIBG bukan untuk berpolitik atau mencari popularity tetapi adalah satu
persatuan yang berbertuk sukarela yang sedia berkorban masa , tenaga
dan sebagainya demi untuk membantu sekolah mencapai kejayaan yang
cemerlang. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai