Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA PUAY CHAI

47300 PETALING JAYA, SELANGOR

KERTAS KERJA

PROJEK MENGHIAS SUDUT PANITIA BAHASA INGGERIS

PROGRAM INTERNSHIP IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM

TARIKH / HARI:

12- 23 OKTOBER 2015

TEMPAT:

SUDUT BAHASA INGGERIS


SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA PUAY CHAI
47300, PETALING JAYA, SELANGOR.

ANJURAN:

PELAJAR IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM


DENGAN KERJASAMA PANITIA BAHASA INGGERIS
SudutBahasaInggeris

1.0 PENGENALAN

Sudut Bahasa Inggeris merupakan kemudahan yang disediakan di sekolah samaada


sekolah rendah mahupun sekolah menengah sebagai sumber tambahan untuk murid
mendapatkan bahan dalam Bahasa Inggeris. Kepelbagaian bahan dan penghasilan sudut
Bahasa Inggeris yang kodusif bergantung kepada kepada kepelbagaian idea yang
disumbangkan oleh guru-guru dalam panitia Bahasa Inggeris. Penyediaan sudut Bahasa
Inggeris yang kondusif dan ceria mampu menarik minat murid-murid untuk menyemai rasa
cinta terhadap Bahasa Inggeris dan juga meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris
mereka. Pemilihan bahan yang sesuai dalam penyediaan sudut Bahasa Inggeris bagi
memastikan sudut yang disediakan dapat dimanfaatkan semaksima mungkin dalam
membantu penguasaan kemahiran berbahasa Inggeris. Dalam usaha panitia Bahasa Inggeris
untuk mewujudkan sudut Bahasa Inggeris yang menarik, penguruan panitia yang sistematik
juga akan melancarkan lagi usaha panitia dalam memperkukuh kemahiran berbahasa
Inggeris dalam kalangan murid.-murid serta menambah ilmu dan pengetahuan murid-murid.

2.0 RASIONAL

Projek ini diadakan atas dasar rasional untuk memberi satu perspektif baru kepada
murid-murid dalam meningkatkan kemahiran mereka dalam berbahasa Inggeris terutamanya
dalam kemahiran membaca. Dalam usaha itu, penyediaan sudut Bahasa Inggeris yang
menarik diharap dapat menarik minat murid-murid untuk datang ke sudut yang disediakan
dan membaca bahan-bahan yang disediakan. Bahan dan maklumat yang disediakan di sudut
Bahasa Inggeris juga akan disesuaikan mengikut keupayaan dan tahap berbahasa Inggeris
murid-murid di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Puay Chai.

2015
SudutBahasaInggeris

3.0 OBJEKTIF

Antara objektif penganjuran Projek Menghias Sudut Bahasa Inggeris 2015:

3.1 Untuk meningkatkan minat dan semangat murid mempelajari Bahasa Inggeris.
3.2 Untuk mewujudkan suasana pembelajaran Bahasa Inggeris yang lebih menarik.
3.3 Untuk memenuhi keperluan tuntutan program Internship bagi pelajar Institut
Pendidikan Guru (IPG) Kampus Temenggong Ibrahim.

4.0 TARIKH / MASA / TEMPAT

Tarikh Mula : 12 Oktober 2015

Masa : 1.15 tengah hari- 6.00 petang,

Tempat : Sudut Bahasa Inggeris Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Puay Chai

5.0 KUMPULAN SASARAN / PESERTA

Kumpulan sasaran untuk Projek Menghias Sudut Bahasa Inggeris 2015:

Guru Pelatih IPGKTI

6.0 STRUKTUR ORGANISASI

6.1 Ahli Jawatankuasa Pelaksana

PENASIHAT:
En. Chia Kei Song
Guru Besar

PENGERUSI :
En. Chong Gee Seng
Guru Penolong Kanan

NAIB PENGERUSI :
Pn. Ng Hooi Ling
Guru Kanan Kurikulum

MENTOR:
Pn. Maizun binti Harun
Guru Bahasa Inggeris

2015
SudutBahasaInggeris

SETIAUSAHA:
Cik Siti Aishah binti Kamaruddin

BENDAHARI:
Leonard Wong Zhen Hao

7.0 TENTATIF PROJEK

7.1 Projek akan dijalankan bermula daripada 12 Oktober sehingga 23 Oktober 2015
mengikut kesesuaian masa guru pelatih.

*Tentatif projek boleh ditukar oleh guru mengikut kehendak dan keadaan semasa

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil. Item Kuantiti Kos (RM) Jumlah Kos (RM)

1 Kertas A4 Berwarna 1 Rim RM 5.00 RM 5.00

2 Gam 1 botol RM 1.00 RM 1.00

3 Gunting 6 bilah RM 1.00 RM 6.00

4 Kertas A4 Jenama Double A 1 Rim RM 10.00 RM 10.00

5 Kos Printer 30 Keping RM 0.20 RM 5.00

6 Kos Laminate 20 Keping RM 0.30 RM 5.00

7 Kertas berwarna 20 Keping RM 0.20 RM 4.00

JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN RM 36.00

Ulasan Kewangan:
______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

2015
SudutBahasaInggeris

9.0 PENUTUP

Kesimpulannya, usaha penambahbaikan Sudut Bahasa Inggeris 2015 ini akan menjadi usaha
berterusan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid dan guru-guru Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina Puay Chai tentang kepentingan dan keperluan Bahasa Inggeris untuk masa
hadapan dan semestinya menjadi sebuah komitmen jitu warga sekolah untuk meningkatkan
prestasi murid-murid dalam penguasaan Bahasa Inggeris.

10.0 PENGESAHAN

Disediakan oleh,

.......................................................................

(SITI AISHAH BINTI KAMARUDDIN)


Setiausaha Projek Sudut Bahasa Inggeris 2015,
Pelajar IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor.

Disemak oleh,

......................................................................

(PN. MAIZUN BINTI HARUN)


Mentor Projek Sudut Bahasa Inggeris 2015,
Guru Bahasa Inggeris Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Puay Chai, Petaling Jaya, Selangor.

2015
SudutBahasaInggeris

Diluluskan oleh,

......................................................

(EN. CHIA KEI SONG)


Penasihat Projek Sudut Bahasa Inggeris,
Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Puay Chai, Petaling Jaya, Selangor.

2015

Anda mungkin juga menyukai