Anda di halaman 1dari 5

2016

Kertas Kerja Hari Alam Sekitar

1.0 Pendahuluan
Alam Sekitar adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai harganya. Kehidupan
manusia bergantung sepenuhnya kepada sumber alam yang luas ini sebagai tempat
tinggal dan punca rezeki untuk satu kehidupan yang harmoni dan sejahtera.
Walaubagaimanapun penggunaan sumber alam secara berleluasa dan tidak teratur
telah menyebabkan pencemaran dan kerosakan alam sekitar. Penebangan hutan
yang berleluasa tanpa kawalan menyebabkan berlakunya banjir lumpur dan tanah
runtuh. Pembuangan sampah dan sisa kumbahan telah menyakiti mencemari
ekosistem sungai kita. Semua perbuatan manusia ini telah menyebabkan dunia
menjadi semakin tenat dari hari ke hari.

Dalam usaha meningkatkan tahap kesedaran masyarakat mengenai


pentingnya pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar maka pendidikan alam
sekitar perlulah diterapkan sedari awal lagi terutamanya pada peringkat umur kanak-
kanak. Sememangnya pendidikan telah diterima sebagai satu alat yang asas untuk
mengawal alam sekitar dan juga pembangunan lestari sejak dari persidangan Tbilisi
pada tahun 1977. Sekolah pula menjadi salah satu cara utama untuk menangani
masalah-masalah yang berkaitan dengan alam sekitar (Moroye, 2005) Pendidikan
(berkaitan) alam sekitar penting bagi meningkatkan kesedaran tentang dan kualiti
alam sekitar. Pendidikan Alam Sekitar membantu generasi masa hadapan untuk
mengawal kehidupan mereka dan memakmurkan masa hadapan (Perikleous, 2004).
Atas kesedaran ini, Jawatankuasa Kelab Pencinta Alam Sekitar bersama
semua warga Sekolah Kebangsaan Trusan telah mengambil inisiatif untuk
mengadakan Hari Alam Sekitar peringkat sekolah tahun 2016. Terdapat tiga program
yang telah dirancang untuk dilaksanakan pada hari tersebut. Pertama adalah
program Petani Damit dimana murid tahun 6 akan diberi tanggungjawab menanam
dan menjaga pokok pokok. Kedua adalah pertandingan Reka Cipta Bahan Kitar
Semula untuk menguji kreativiti murid - murid. Program yang ketiga adalah ceramah
Cintailah Alam Sekitar untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan warga
sekolah dan ibu bapa.

2.0 Objektif
2016
Kertas Kerja Hari Alam Sekitar

2.1 Memupuk kesedaran semua warga sekolah dan ibu bapa untuk mempraktis
amalan hijau demi menjaga kelestarian alam sekitar.
2.2 Melatih kemahiran bertani untuk murid murid supaya boleh digunakan
dalam kehidupan mereka nanti.
2.3 Memperoleh nilai, memupuk sikap yang positif, cintakan alam sekitar dan
bermotivasi untuk terlibat secara aktif dalam pemeliharaan dan pemuliharaan
alam sekitar.
2.4 Menyemai rasa dan sikap bertanggungjawab dalam diri murid murid.
2.5 Membina daya kreativiti dalam diri.

3.0 Matlamat
3.1 Melahirkan generasi masa hadapan yang cintakan alam sekitar dengan
mempraktikkan amalan kitar semula untuk mengurangkan pencemaran,
menjimatkan kos, tenaga dan menjimatkan sumber.
3.2 Memupuk rasa dan perasaan ingin berbakti kepada tanah dalam kalangan
murid murid Sekolah Kebangsaan Trusan.
3.3 Memupuk perasaan prihatin dan peka terhadap masalah alam sekitar dalam
diri semua warga sekolah dan ibu bapa.

4.0 Sasaran
Semua warga Sekolah Kebangsaan Trusan dan Ibu bapa.

5.0 Cadangan Pelaksanaan


Tarikh : 28 September / 5 Oktober 2016
Tempat : Sekolah Kebangsaan Trusan
Masa : 0700 1300

6.0 Butiran Perlaksanaan


Rujuk Lampiran A, B, dan C.
2016
Kertas Kerja Hari Alam Sekitar

7.0 Jawatankuasa
1. Penaung : En. Suliman bin Haji Yahya (Guru Besar)
2. Penasihat : Cik Siti Jaliha binti Wahap (GPK 1)
3. Pengarah : Pn. Nancy anak Opi (GPK KOKO)
4. Bendahari : En. Madini bin Masri (GPK HEM)
5. Setiausaha :
6. Penyelaras Program 1 : Ust. Mohd Amiruddin bin Seri (Kelab Pals)
Penyelaras Program 2 : Cik Doris anak Babang (Kelab Pals)
Penyelaras Program 3 : Ust. Mohd Hafizuddin bin Hairuddin (Guru B&K)
7. Persiapan Tempat :
:
:
8. Backdrop & Siaraya :
:
9. Dokumentasi :
:
10. Hadiah & Cenderahati :
:
11. MC Majlis Penutup :
12. Keselamatan & Disiplin:
:
13.
14.
15.

7.0 Tentatif Program


0700 : Kehadiran semua warga sekolah
0720 : Taklimat dan Teori penanaman pokok (murid tahun 6)
0800 : Program Petani Damit
2016
Kertas Kerja Hari Alam Sekitar

0900 : Pertandingan Reka Cipta Bahan Kitar Semula


1000 : Rehat
1030 : Ceramah Alam Sekitar
1200 : Majlis Penutupan & Penyampaian Hadiah
1300 : Jamuan & Bersurai

8.0 Anggaran Kos


Bil. Item Harga
1. Anak Pokok x 10 RM 15 RM 150
2. Bahan Rekacipta x 6 RM 30 RM 180
3. Hamper dan cenderamata RM 150
4. Air Mineral x 5 RM10 RM 50
5. Jamuan - -
Jumlah RM 530

9.0 Penutup

Kejayaan pelaksanaan program ini amatlah bergantung kepada kerjasama


dan komitmen yang tinggi daripada seluruh warga SK Trusan terutama guru dan
murid. Melalui program ini, diharap dapat melahirkan perasaan cintakan alam
sekitar di dalam diri setiap warga sekolah , menjadikan persekitaran sekolah lebih
bersih dan cantik.
2016
Kertas Kerja Hari Alam Sekitar

Semoga usaha murni ini mendapat kerjasama dan komitmen yang tinggi
daripada semua pihak untuk memastikan kejayaan program ini.

Anda mungkin juga menyukai