Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
1.Ikatan ini khas digunakan sebagai isian (infill) struktur kerangka pada tembok yang
tebalnya setengah bata atau 112.5mm. Lekapnya ialah bata.
2.Ikatan ini disusun dengan menyambungkan bata pada kepalanya. Ikatan sisi bata
mengandungi semuanya sisi bata kecuali bata kerat setengah pada hujung terhenti atau
buntu.
3.Pembinaannya bermula dengan satu lapisan bata sisi, lapisan yang kedua pula
dimulakan dengan satu bata setengah diikuti dengan bata sisi penuh dan seterusnya.
4.Tembok yang diikat dengan sisi bata tidak berkemampuan untuk menyokong berat
beban yang tinggi.
5.Oleh sebab itu, ia digunakan pada jenis binaan yang tertentu seperti tembok
sekatan, tembok landasan, semperong dan tembok-tembok dalam struktur berangka
seperti dinding dalam bangunan, dinding pembahagi (partition wall), dinding luar
(cavity wall) dan chimney stalk (tempat pembakaran), di mana tiada beban berat yang
disokong.
Ikatan Kepala Bata (Header Bond)
Tiap-tiap lapisan dalam tembok yang dibina dengan jenis ikatan ini
mengandungi kepala bata sahaja.
Sambungan mortarnya merupakan bentuk huruf V. Jenis ikatan ini sesuai
digunakan pada binaan asas atau pada tembok yang berbentuk bulat atau
melengkung.
Ikatan Inggeris (English Bond)
Ikatan Flemish
Ikatan ini mengandungi kepala bata dan sisi bata
disusun berselang seli dalam satu lapisan yang sama.
Sebiji bata penutup setengah mestilah ditempatkan
selepas kepala bata penjuru pada sudutnya mewujudkan
lekap yang seragam iaitu bata.
Sambungan tegak yang berterusan berlaku di dalam
di dalam tembok tetapi tidak kelihatan pada permukaan
tembok.
Apabila kedua-dua belah permukaan tembok
menunjukkan susunan Flemish ia dinamakan Flemish
Kembar.
Jika sebelah permukaan tembok menunjukkan
susunan Flemish dan sebelah yang lain pula menunjukkan
susunan Inggeris maka ia dinamakan Flemish Tunggal.
Ikatan ini dapat menghasilkan kedua-dua belah muka
tembok yang lebih rata dibandingkan dengan ikatan yang
lain. Oleh sebab itu, ikatan ini sesuai digunakan untuk
membina tembok yang tidak akan dilepa.
Ianya sesuai digunakan pada tembok pagar dan tembok sekatan yang tebalnya 1 bata.
Ikatan tembok ini mengandungi satu lapisan kepala bata diikuti dengan 3, 5 atau 7
lapisan sisi bata. Lekap di antara sisi bata ialah bata dan di antara sisi bata dengan
kepala bata ialah bata. Kelebihan jenis ikatan ini ialah kedua-dua belah permukaan
tembok dapat dibina dengan rata.
Ikatan Monk
Ikatan tembok ini mengandungi satu kepala bata diikuti dengan dua bata sisi yang
berselang-seli.
Ikatan Dutch
Merupakan satu perubahan daripada ikatan Inggeris. Ikatan ini mengandungi lapisan
kepala bata dan lapisan sisi bata berselang-seli, dengan tiap-tiap lapisan sisi bata itu
bermula dengan bata kerat tiga suku. Tiada bata penutup setengah digunakan dalam
ikatan ini.
Dalam ikatan ini, semua bata disusun seperti ikatan flemish tetapi secara mengiring.
Lubang yang terdapat diantara dua sisi bata dikosongkan kecuali dipenuhkan padat di
penjuru, menjadikan ia sesuai sebagai dinding beronga yang menerima beban.
Ikatan raking
Ikatan ini digunakan pada tembok tebal ataupun untuk membina panel, lantai dan
sebagainya. Dibina dengan menyusun sisi bata pada dua belah tepi tembok dan
mengisikan dalamnya dengan bata yang bercorak tulang belut, penjuru, anyaman
bakul ataupun sesiku.