Anda di halaman 1dari 5

1.

0 PENGENALAN

Jurnal yang ditulis oleh Abdul Wahab Ismail Gani et al.ini membincangkan penggunaan

komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bidang pendidikan dalam kalangan

guru-guru. kajian kes dijalankan di tiga buah sekolah menengah Pulau Pinang dengan

menggunakan kaedah tinjauan dan borang soal selidik yang diedarkan kepada 184

responden yang terdiri daripada guru-guru di ketiga-tiga sekolah tersebut. komputer dapat

digunakan sebagai media pembelajaran kerana komputer memiliki keistimewaan yang

tidak dimiliki oleh media pembelajaran yang lain sebelum zaman komputer. Antara

keistimewaan tersebut adalah pertama hubungan Interaktif,kedua Pengulangan dan ketiga

maklum balas dan peneguhan. Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan program

Komputer Dalam Pendidikan dengan memberi penekanan kepada empat mata pelajaran

utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik . Faktor-faktor yang

dilihat dalam kajian ini adalah faktor pengetahuan, sikap, personaliti, sifat-sifat inovasi,

sokongan organisasi dan faktor-faktor demografi seperti jantina, umur dan mata pelajaran

major yang diajar.


2.0 ISI PENTING

Teori Resapan Inovasi membincangkan dengan mendalam bagaimana sesuatu yang baru

sama ada dalam bentuk idea, teknologi, barangan atau teknik-teknik berkembang dalam

berbagai-bagai khalayak sehingga diterima dan diamalkan sepenuhnya oleh

masyarakat.Penulis telah menggunakan teori resapan ini dalam kajian mereka untuk

mendapatkan sesuatu keputusan tentang penggunaan komputer dalam pembelajaran dan

pengajaran . Hasil kajian menunjukkan bahawa lebih ramai guru wanita berbanding lelaki,

di mana bilangan responden perempuan ialah 109 orang (67.7%) manakala bilangan

responden lelaki hanya 52 orang (32.3%).

Majoriti responden iaitu 41.6% (67 orang) menyatakan bahawa faktor utama yang

mendorong mereka menggunakan komputer adalah disebabkan oleh keperluan akademik.

Seterusnya diikuti 30.4% (49 orang) didorong oleh faktor minat, 18% (29 orang) didorong

oleh faktor persekitaran, 6.2% (10 orang) didorong oleh faktor imej (berdasarkan

jadual). Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara guru lelaki dan perempuan

dari segi penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran Justeru itu, hipotesis

H1 ditolak. Kita dapat melihat faktor pengetahuan mempengaruhi penggunaan komputer

dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu lebih tinggi pengetahuan seseorang, lebih tinggi

penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran oleh itu hipotesis H4 diterima.
Selain itu, dapat disimpulkan bahawa faktor organisasi mempengaruhi penggunaan

komputer dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu sokongan organisasi yang positif

terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran mempengaruhi

penggunaannya dan bertepatan dengan pandangan Lucas (1986) yang menyatakan bahawa

sokongan daripada pihak organisasi seperti daripada pengurusan atasan dan sumber-

sumber organisasi yang mencukupi mempunyai perkaitan dengan kejayaan untuk

melaksanakan penggunaan teknologi maklumat di dalam sesebuah organisasi.

Mengikut kajian ini juga faktor ketidakrumitan mempengaruhi penggunaan komputer

dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu sikap positif terhadap ketidakrumitan komputer

dalam pengajaran dan pembelajaran mempengaruhi penggunaannya yang bertepatan

dengan laporan oleh Dataquest faktor kerumitan komputer adalah salah satu faktor yang

mempengaruhi penggunaannya di Amerika Syarikat dan hipotesis H10 diterima.


3.0 KESIMPULAN

Keseluruhan ulasan jurnal ini dapat dirumuskan bahawa faktor pengetahuan, sikap, sifat-sifat

inovasi, personaliti guru, dan sokongan organisasi amat mempengaruhi penerimaan dan

penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru-guru.

Banyak pendapat di masa hadapan mencadangkan kajian yang lebih mendalam mengenai

sikap guru terhadap sifat-sifat komputer dan faktor-faktor yang menyebabkan mengapa guru

menolak penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.Penggunaan komputer ini

suatu yang penting dalam dunia yang semakin mencabar.Oleh itu,guru tidak perlu goyah

melawan arus ini dan memperkasakan diri untuk meredah segala cabaran yang akan datang .

Guru-guru perlu bersedia menerima penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan

pembelajaran supaya dapat melahirkan generasi yang celik komputer. Hal ini bagi

melahirkan generasi yang akan datang tidak kekok dengan perkembangan teknologi yang

berlaku secara mendadak hari tanpa sempadan dan semuanya dihujung jari.
4.0 KRITIKAN JURNAL

Walaupun kajian ini menunjukkan secara keseluruhan data yang dikaji tetapi masih ada

sedikit masalah dari segi analisis crosstab antara mata pelajaran major yang diajar dan

penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.Kita dapat melihat keputusan analisis

crosstab iaitu pelajaran Sains dan Matematik mencatatkan peratusan yang paling tinggi

menggunakan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu masing-masing mencatat

peratusan sebanyak 68% (15 daripada 22 orang) dan 70% (16 daripada 23 orang).Mungkin major

selain daripada sains dan matematik ini susah untuk menggunakan komputer dalam pengajaran

mereka kerana tiada kelengkapan ict yang sesuai di sekolah.Faktor ini juga menjadi persoalan

terhadap permasalahan ini dan tidak perlu disalahkan identiti umur dan pengalaman semata –mata

tetapi perlu dilihat dari skop yang lebih luas seperti masalah sekolah yang serba kekurangan

kemudahan ict yang membantut pengajaran dan pembelajaran berkomputer.

Anda mungkin juga menyukai