Anda di halaman 1dari 93

Watak dan Perwatakan dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu)

Sultan Muhamad Syah ( Raja Kecil Besar )

LATAR BELAKANG WATAK PERWATAKAN

Nama asal : Raja Kecil Besar Seorang pemerintah yang adil mendorong
kedatangan pedagang ke Melaka (hlm 79-80)
Anakanda kepada : Raden Tengah Seorang yang baik dan menghormati tetamu
Bertanggungjawab terhadap kemajuan dan
Berkahwin dengan : i anak Tun Perpatih kemantapan Melaka
Permuka Berjajar Adil

ii- Tun ratna wati


iii- Anak Raja Pekan

Berputerakan : i- Raja Kecil Lambang Raja


Mahkota
ii- Raja Kassim
iii- Raja Ibrahim

1
Sultan Muzaffar Syah ( Raja Kassim )

PERWATAKAN

mempunyai perangai yang baik,adil, pemurah dan


saksama terhadap rakyat
memperantikkan undang-undang terhadap menteri
supaya tidak melanggar peraturan
sanggup berkorban semata-mata mahu melihat Melaka
LATAR BELAKANG WATAK terus berada dalam keadaan aman
bersifat tegas dan tidak mahu tunduk di bawah
Nama asal : Raja Kassim pemerintahan Siam
Cthnya : apabila Siam meminta Melaka menyembah
Anakanda kepada : Sultan Muhamad Siam.
Syah seorang sultan yang menghormati dan menghargai
jasa orang lain
Cthnya : Tun Perak dilantik menjadi menteri dan
Berkahwin dengan : i anak
akhirnya sebagai Bendahaa kerana jasanya kepada
Bendahara
Melaka
Seri Amar
Sultan yang mempunyai sikap pilih kasih
Diraja Raden
Cthnya ; walaupun Seri Wak Raja Bendahara, namun
Anum
baginda lebih suka mendengar cakap Seri Nara Diraja
ii- Tun Kudu
7.Banyak meminta nasihat dari Seri Nara Diraja Tun
Ali
Berputerakan : i- Raja Abdullah Mempunyai sifat Pengasih khususnya terhadap
keluarga
Pernah disingkirkan oleh Raja Rekan Patuh pada janji.
Bijak/berpandangan jauh Melihat peselisihan faham
Menyamar menjadi nelayan semasa antara Tun Ali dengan Tun Perak tidak
dalam pelarian menguntungkan Melaka lantaran itu baginda cuba
mendamaikan antara keduanya.

2
Sultan Mansur Syah (Raja Abdullah)

PERWATAKAN
LATAR BELAKANG WATAK
seorang yang baik parasnya, adil dan
Nama asal : Raja Abdullah pemurah
merupakan sultan yang gemar meluaskan jajahan
Anakanda kepada : Sultan Muzaffar takluknya baginda
Syah seorang sultan yang berdaulat
Cth : bila baginda menyambahkan Raja China, Raja
Berkahwin dengan : i . Tun Putih China mendapat sakit kedal akibat tulah Sultan
ii . Puteri Onang Mansur Syah
Sari seorang sultan yang bertanggunjawab terhadap negeri
iii . Raden Galuh Melaka
Cendera Cth : baginda menyurah laksamana Hang Tuah
Kirana menghalang tindakan Semerluki yang cuba
iv . Puteri Hang memusnahkan jajahan Melaka
Liu mempunyai rasa kemanusian dan sanggup membantu
rakan atau kalangan raja di negeri lain
berpandangan jauh - mentadbir Melaka dengan
Berputerakan : i- Raden Kelang
berusaha menjalin perhubungan dengan kuasa-kuasa
ii- Paduka Hamimat
besar seperti China, Majapahit dan Siam.
Mempunyai sikap terbuka dan mahu mengakui
kesilapan.
Membuat kesilapan besar apabila terburu-buru
menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Hang Tuah
menyebabkan Hang Jebat bangkit memberontak.
Menjalankan dasar perluasan kuasa.
Bijak - merajakan Raja Muhamad di Pahang
peristiwa sepak raja
Mementingkan ilmu/cinta akan ilmu menggalakkan
rakyat menguasai pelbagai ilmu (hlm 106)- Belajar
kitab Duril-mazlum daripada Maulana Abu Bakar
Beriman
Berilmu- belajar ilmu agama
Tegas/tetap pendirian

3
Sultan Alaud-Din Riayat Syah ( Raja Ahmad )

PERWATAKAN

LATAR BELAKANG WATAK 1. seorang yang gagah perkasa/berani


membenteras kecurian
Nama asal : Raja Ahmad 2. sultan yang adil kerana
mengembalikan harta curi yang
Anakanda kepada : Sultan Mansur Syah dijumpainya
3. sultan yang bertanggungjawab
Berkahwin dengan : i seorang anak raja terhadap masa depan dan keamanan
ii- Tun Naja Melaka
4. seorang yang bertanggungjawab
Cth : menyuruh pahlawan-pahlawan
Berputera-puterikan : i- Raja Menawar
baginda membantu menghalang
ii- Raja Zainal
tindakan orang Haru yang
iii- Raja Hitam
merosakkan jajahan Melaka
iv- Raja Muhamad
5. baginda juga seorang sultan yang
v- Raja Fatimah
menghormati tetamu
6. tegas pendirian
Cth: menitahkan Laksamana
selesaikan masalah yang terjadi di
Siak setelah Tun Jana Pakibul
membunuh orang tanpa
memberitahu ke Melaka terlebih
dahulu.
7. digambarkan sultan yang berdiplomasi
dan berpandangan jauh.
Cth : menerima pendapat bendahara
paduka Raja agar tidak menyerang
Pahang.

4
Sultan Mahmud Syah ( Raja Mamad )

LATAR BELAKANG WATAK PERWATAKAN

Nama asal : Raja Mamad seorang yang pendendam


seorang yang buas nafsu dan sukakan
Anakanda kepada : Sultan Alaud-Din perempuan
Riayat Syah Cth : membunuh keluarga Tun Mutahir
kerana inginkan Tun Fatimah yang pada itu
Berkahwin dengan : i anak Sultan telah berkahwin dengan Tun Ali
Muhamad sultan yang mementingkan diri
Syah bersifat zalim
ii- Tun Teja Cth : semasa memerintah Melaka,
iii-Tun melakukan pembunuhan ke atas Seri Bija
Fatimah Diraja, Tun Ali Sandang dan keluarga Tun
Mutahir adalah di luar batas kemanusiaan.
mempunyai sikap pilih kasih
Berputera: i- Raja Ahmad sultan yang bongkak
Cth : tindakan baginda yang menghendaki
Puteri Gunung Ledang sebagai permaisuri
baginda kerana baginda inginkan kelainan
daripada raja-raja Melaka yang lain
berguru dengan Maulana Yusuf yang
datang dari Arab dan menyuruh
anakandanya, Sultan Ahmad mengikut
jejaknya.

5
LATAR BELAKANG WATAK

Gelaran : Bendahara Paduka Raja


Anak kepada ; Seri Wak Raja
Saudara kepada : I- Tun Kudu
ii- Tun Perpatih Putih
Tugas : menjadi penghulu bagi orang-orang di
Kelang.

Bendahara Paduka Raja (Tun


PERWATAKAN
Perak)
Bendahara Paduka Raja
( Tun Perak ) 1. Petah bercakap
Cth : mematahkan tuduhan dan kata-kata
Seri Amerta iaitu Bentera Melaka
2. Bijaksana/ bijak bertindak
Cth : membuat muslihat sehingga tentera
Siam berundur pulang
3. Mempunyai pengaruh besar di Melaka
4. Menjadi penasihat sultan dalam hal-hal
pentadbiran dan pendapat beliau diikuti
sultan
5. Seorang yang rendah diri
6. Taat/setia terhadap sultan tidak berbelah
bagi
7. Memiliki sifat tegas
8. Pandai meramal apa yg berlaku pd masa
hadapan
Cth : meramal Tun Mutahir akan menjadi
Orang Besar suatu ketika nanti tetapi tidak
kekal lama.
9. Pakar strategik
10. Bertanggungjawab
11. Amanah
12. Berilmu
13. Merendah diri/tidak besarkan diri/tidak
bermegah-megah

6
LATAR BELAKANG WATAK

1. Anak kepada Bendahara Seri Nara Diraja


Tun Ali.
2. Berdarah campuran India kerana datuknya,
Mani Purindam berasal dari India.
3. Bapa saudara kepada Sultan Mahmud Syah
4. Anak saudara kepada Tun Perak
5. Pernah memegang jawatan temenggung

Bendahara Seri Maharaja


Tun Mutahir

PERWATAKAN
Menitikberatkan kebersihan. (hlm 207)
Dihormati oleh pedagang luar dan musuh (hlm
245)
Mempunyai kedudukan yang lebih tinggi
berbanding bendahara-bendahara yang lain.
Tegas dalam melaksanakan tugas.
Kebolehan yang luarbiasa dalam perniagaan
Kaya
Seorang yang pemurah
Taat dan setia kepada raja
Degil dan tidak mudah dinasihati
Mudah mempercayai orang

7
Watak dan perwatakan dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur

EN. MUHAMMAD MAHANI

1. Bijak mengurus 1. Hormat menghormati


Bertindak pantas merebut peluang perniagaan dan
menewaskan lawan secepat mungkin. Mahani amat menghomati kedua-dua ibu
2. Berani bapanya. Dia menerima keputusan ayah dan
Mengambil risiko / berusaha merebut peluang ibunya untuk menerima pinangan Rahim.
perniagaan tanpa mengira kesusahan yang bakal Mahani juga amat menghormati Encik
ditempuhinya. Muhammad semasa berada di pejabat.
3. Berkarisma
Tokoh yang ada daya penarik , proaktif, karismatik 2. Prihatin
serta tidak menghiraukan apa jua risiko yang perlu
dihadapi demi mengisi cita-cita unggulnya sebagai Mahani sangat prihatin akan nasib
tokoh perniagaan Melayu yang berjaya dan disegani penduduk kampung Pulai apabila Syarikat
bangsa asing. Lombong LembahTualang hendak
4. Berwawasan dibangunkan memikirkan nasib dan
Beliau tidak mahu bangsanya diperlekehkan oleh kesusahan penduduk.
bangsa asing yang diketahuinya masih tertinggal
dalam dunia perniagaan.Kejituan idea dan 3. Berbudi bahasa
pandangannya dalam menangani dunia perniagaan
Firma serba Dagang Internasional. Mahani memilki budi bahasa yang baik
5. Gigih sehinggakan Cik Puan Tipah berhasrat
Meluaskan empayar perniagaannya di mana-mana untuk menjadikan sebagai menantu.
sahaja ada peluang sesuai dengan pelaksanaan
Dasar Ekonomi Baru yang mahukan penyertaan 4. Kasih sayang
orang Melayu sebanyak mungkin dalam dunia
Mahani bukan sahaja menyayangi ibu dan
perniagaan.
bapanya malah dia turut menyayangi
6 Bertanggungjawab
Rahim. Walaupun mereka jauh terpisah dan
Memberi pendidikan tinggi kepada anaknya dan
jarang berhubung, namun kasih sayang
meneruskan legasi perniagaan keluarga.
akhirnya menyatukan mereka dengan ikatan
7 Merendah diri
pertunangan.
En. Muhammad masih bersikap merendah diri
dengan YB Muhd. Yusof dengan mengatakan
5. Bersopan santun
penglibatannya dalam dunia perniagaan masih lagi
seperti dalam hutan rimba. Mahani bingkas bangun semasa bermain
8 Tenang/sabar piano untuk bersalam dan mencium tangan
En. Muhammad tenang/sabar dalam menghadapi Cik Puan Tipah
cabaran dalam menguruskan Syarikat Lombong
Lembah Tualang. Ketenangan dan kesabarannya 6 Setia
jelas apabila dia dapat menerima secara rasional
tuduhan yang dilemparkan kepadanya oleh pemuda 7. Taat kepada perintah Allah
berjubah dan Jamaluddin yang menuduhnya dengan
pelbagai tuduhan yang menyakitkan hati. 8. Rajin
8 Simpati
En. Muhammad bersimpati dengan nasib penduduk
Kampung Pulai yang masih lagi miskin dan dia
berjanji untuk memberi pertolongan supaya mereka
mendapat bantuan dan kemudahan pindah ke
rancangan FELDA.

8
RAHIM LEBAI MAARUP
1. Berpandangan jauh. 1 Sanggup berkorban.
Walaupun Rahim belajar di London dan Sanggup mewakafkan tanah pusakanya untuk
berjaya memperolehi ijazah dalam bidang kepentingan agama Islam.
pengurusan dagang, namun beliau berhasrat 2 Bertanggungjawab
untuk kembali ke tanah air bagi Giat menjalankan gerakan dakwah kepada generasi
mencurahkan baktinya, dimana dia sanggup muda Kampung Tualang
bekerja dengan Syarikat Lombong Lembah 3 Bertaqwa/beriman
Tualang asalkan ayahnya bersetuju dengan Sentiasa mengerjakan soalat berjemaah di surau
rancangan Lebai Maarup berhubung dengan 4 Patuh kepada hukum agama
tanah wakaf di Kampung Pulai. 5 Pemaaf
2. Amanah 6 Tabah
Rahim memikul amanah ayahnya dengan 7 Redha
sebaik mungkin untuk mencapai kejayaan
yang diimpikan. Sewaktu berada di London
Rahim tidak leka dengan pengaruh budaya
barat. Rahim akhirnya erjaya menamatkan
pengajiannya dengan memperolehi Ijazah
Sarjanaa Muda Pengurusan Dagang.
3. Bijaksana
Pendidikan yang diperolehi oleh Rahim
sewaktu beliau belajar di London, telah
menjadikannya seorang yang mempunyai
ilmu pengetahuan yang luas dan bijaksana.
Dengan ilmu pengetahuan yang dimiliki,
beliau mampu berfikir dan bertindak dalam
menyelesaikan sesuatu masalah. Dengan
ilmu yang ada padanya, maka ia menentang
hasrat ayahnya untuk membuka lombong
bijih di Lembah Tualang kerana pada
pandangannya kegiatan perlombongan
boleh membawa kesan erjaya kepada
penduduk erjaya.
4. Merendah diri
Biarpun memiliki ilmu yang tinggi dan
dalam kalangan keluarga yang berada,
beliau tidak sombong dan bangga diri.
Beliau sanggup mendengar dan menerima
cadangn Sudin serta Lebai Maarup yang
hendak mewakafkan tanah untuk
kepentingan penduduk kampong.
5. Bertanggungjawab
Sikap bertanggungjawab Rahim dapat
dilihat apabila beliau sanggup menentang
cadangan ayahnya untuk menjalankan
kegiatan perlombongan di Kampung Pulai.
Rahim cuba membela nasib penduduk
Kampung Pulai yang mungkin akan
kehilangan tanah jika cadangan En.
Muhammad untuk membuka Syarikat
Lombong Lembah Tualang menjadi
kenyataan.

9
6. Berani
Rahim berani menyuarakan pendapat dan
pandangannya tentang sesuatu perkara yang
dianggapnya tidak wajar. Sikap Rahim ini
dapat dilihat dengan jelas apabila ia
mengkritik dan menentang sikap ayahnya
yang dirasakan lebih mengutamakan
keuntungan semata-mata berbanding
dengan nasib yang akan menimpa
penduduk Kampung Pulai apabila ayahnya
ingin membuka Syarikat Lombong Lembah
Tualang.

7. Gigih
Selepas menamatkan pengajian di peringkat
menengah, En. Muhammad telah
menghantar Rahim belajar di London
dalam bidang pengurusan dagang. Berkat
kegigihan, akhirnya beliau erjaya
memperolehi ijazah sarjana muda
pengurusan dagang dari sebuah university
terkemuka di London.

10
1.0 PEMBANGUNAN INSAN

Konsep Pembangunan Konsep Insan


Perihal membangun, proses
membangun(mencapai kemajuan, perkembangan Makhluk yang dicipta oleh Allah SWTyang
dsb)usaha atau kegiatan membangunkan tidak terlepas daripada kealpaan, insan juga
(memajukan dan mengembangkan) ditakrifkan sebagai manusia.

(Kamus Dewan edisi keempat


hlm. 93)
. modal insan yang baik pertama, insan yang
bertaqwa yang mengikut ajaran dan
perintahNya serta meninggalkan segala yang
pembangunan merupakan proses berbagai-
ditegah. Kedua, insan yang mempunyai
bagai dimensi yang melibatkan perubahan
hubungan baik sesama manusia tanpa
terhadap struktur masyarakat, sikap, dan
institusi yang juga melibatkan pertumbuhan mengira agama, ketuturunan dan warna kulit.
ekonomi, pengurangan kadar ketidakadilan dan
penghapusan kemiskinan.

Pembangunan juga harus menngizinkan mereka


bergerak meninggalkan keadaan dan suasana
yang sukar dan kurang memuaskan kehidupan
yang dianggap lebih baik dari segi material dan
rohaniah

11
Kesimpulan Pembangunan Insan
1.1 KEAGAMAAN
Insan ataumerujuk
Keagamaan modal insan
kepadamerujuk
perihal kepada manusiayang
agama/hal-hal yangberkaitan
dianggapdengan
sebagaiagama
aset paling
sama penting dan berharga
ada berbentuk niat,
yang perlu dibangunkan secara
lafaaz, perbuatan, atau sebagainya. berterusan ke arah melahirkan tenaga kerja yang berkualiti dan mampu
menghasilkan produk yang berkualiti dan meningkatkan produktiviti sesebuah organisasi dan negara.
Nilai agama merujuk kepada sifat ketinggian agama Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW.

Kehidupan beragama merujuk kepada perihal hidup yang mematuhi ajaran agama, taat agama, beribadat.
Mengikut Zainal Abidin
Pembangunan Borhan
insan juga dalam
boleh artikel beliau
dilakukan Peradaban
melalui dan Jatiyang
gerakan dakwah Diri bertujuan
Melayu (atas talian),
menyeru dan
kehidupan beragama bukan sekadar perilaku yang ritualistik sahaja, tetapi menuntut interaksi
mengajak manusia kepada ALLAH s.w.t . Ini bertepatan dengan ajaran Islam tentang tanggungjawab yang amat
mendalam
umat iniantara
padamakhluk dengan
mengerjakan Khalik.sebagaimana
dakwah Suatu tuntutn yang habluminallah,yang
ALLAH menyatu:Kamu
berfirman yang bermaksud antara adalah
yang
ritualistik dengan
sebaik-baik umatketaqwaan dan keimanan,
yang dilahirkan untuk juga interaksi
manusia , kamuperilaku dan tuturkata
mengajak yang hablumminannas
untuk mengerjakan kebaikan dan
sesama
kamu manusia.
menegah daripada mengerjakan kejahatan.

Nilai Islam Kehidupan Beragama

Nota:
Nilai
Islam
dan
kehidupan beragama yang dinyatakan di atas hanya
sebahagian daripada konsep. Pelbagai nilai Islam dan kehidupan beragama boleh diperoleh dalam teks
Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dan novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur.

1.1.1 Antara nilai agama yang mungkin terdapat dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dan
Saudagar Besar dari Kuala Lumpur ialah ialah:

Taubat. Amanah

12
Takut akan Allah (khauf). Sanggup berkorban
Zahid / zuhud. Pemaaf
Sabar. Bertaqwa
Mensyukuri nikmat. dll
Ikhlas.
Tawakkal.
Kasih kepada Allah taala.
Redha akan qada (Ketetapan / keputusan) Allah taala.
ingatkan mati.

1.1.2 Antara aspek kehidupan beragama yang mungkin terdapat dalam Sulalatus Salatin (Sejarah
Melayu) dan Saudagar Besar dari Kuala Lumpur ialah:

Membaca Al Quran Menuntut ilmu agama


Berdakwah Mengajarkan ilmu.
Sambutan dan perayaan Berdoa.
Bersedekah. Berkhatan/berkhatam
Berpuasa, Mengucap
Perkahwinan
Taat guru/memuliakan alim ulama
Menegakkan pemerintahan yang adil
Sembahyang
Meninggalkan dan menunaikan wasiat

1.1.3 Aspek keagamaan berdasarkan watak Maulana Abu Bakar dalam Sulalatus Salatin (Sejarah
Melayu) yang membentuk pembangunan insan.

1. Asas ketuhanan (Ilmu ketuhanan/tasawuf/suluk/tauhid) sifat-sifat tuhan yakni bahasa zat, bahasa
sifat dan bahasa afal yang diketahui oleh Maulana Abu Bakar (Berdasarkan kitab Duril mazlum.
2. Belajar agama Sultan Mansur Syah dan Kadi Yusuf belajar agama daripada Maulana Abu Bakar.
3. Mengaajar agama Maulana Abu Bakar mengajar agama kepada Sultan Mansur Syah, Kadi Yusuf
dan para pembesar Melaka.
4. Kewalian (wali Allah) orang yang mempunyai makam yang tinggi (cahaya menerangi tubuh
Maulana Abu Bakar)
5. Berdakwah- Maulana Abu Bakar dari Mekkah ke Melaka
6. Kitab agama Kitab Duril mazlum karangan Abu Ishak guru kepada Maulana Abu Bakar.
7. Persoalan isi syurga dan isi neraka dibangkitkan oleh Sultan Mansur Syah kepada Maulana Abu
Bakar.

1.1.4 Nilai keagamaan yang membawa kepada pembangunan insan berdasarkan novel Saudagar Besar
dari Kuala Lumpur.

13
1. Sanggup berkorban insan yang sanggup berkorban demi/kepentingan agama dipertahankan.
Lebai Maarup sanggup mewakafkan tanah pusakanya untuk kepentingan agama Islam. Tanah pusaka Lebai
Maarup dicadangkan tapak surau untuk penduduk Kampong Tualang.
2. Bertanggungjawab mengembangkan agama Islam insan yang menjalankan gerakan dakwah.
Lebai Maarup giat menjalankan gerakan dakwah kepada generasi muda Kampung Tualang. Ramai
golongan muda dating ke surau untuk solat berjemaah.
3. Bertaqwa/beriman - - insan yang kuat pegangan dan kepatuhan ajaran Islam/melaksanakan
hukum/ajaran Islam. Walaupun sudah kaya/moden masyrakat bandar yang teguh kepada ajaran Islam
seperti datang ke surau sembahyang berjemaah. Tan Sri Syed Aris dan Isteri Syarifah Muinah sentiasa
soalat berjemaah di rumahnya.
4. Patuh kepada hukum agama melaksanakan pembahagian harta pusaka mengikut ajaran
Islam/mengikut hukum faraid. Peguam keluarga Datuk Indera dengan dibantu tuan kadi Wilayah Tualang
diamanahkan untuk membuat pembahagian harta pusaka Datuk Indera secara faraid. Semua ahli keluarga
Encik Muhammad dan Orang Kaya Datuk Indera Mahmud mendapat bahagian masing-masing mengikut
hukum faraid yang ditetapkan.
5. Pemaaf Insan yang mempunyai nilai keimanan yang tinggi akan memaafkan orang lain. Lebai
Maarup mempunyai tahap keimanan yang agak tinggi apabila beliau memaafkan Mat Akil.

1.1.5 Pembangunan insan dari aspek keagamaan seperti yang tergambar dalam teks Sulalatus Salatin
(Sejarah Melayu)

1. Asas ketuhanan (Ilmu ketuhanan/tasawuf/suluk/tauhid) sifat-sifat tuhan yakni bahasa zat, bahasa
sifat dan bahasa afal yang diketahui oleh Maulana Abu Bakar (Berdasarkan kitab Duril mazlum.
2. Cinta agama/Belajar agama Sultan Mansur Syah dan Kadi Yusuf belajar agama daripada
Maulana Abu Bakar. Sultan Mahmud Syah belajar agama dengan Maulana Sadar Jahan. Bertanya satu
masalah agama ke Pasai (hlm 247)
3. Mengajar agama Maulana Abu Bakar mengajar agama kepada Sultan Mansur Syah, Kadi Yusuf
dan para pembesar Melaka.
4. Kewalian (wali Allah) orang yang mempunyai makam yang tinggi (cahaya menerangi tubuh
Maulana Abu Bakar)
5. Berdakwah- Maulana Abu Bakar dari Mekkah ke Melaka (hlm 56)
6. Kitab agama Kitab Duril mazlum karangan Abu Ishak guru kepada Maulana Abu Bakar.
7. Persoalan isi syurga dan isi neraka dibangkitkan oleh Sultan Mansur Syah kepada Maulana Abu
Bakar.
8. Tahu hukum hakam/peraturan/undang Islam Wasiat Sultan Mansur Syah (hlm 170 dosa dan
pahala, haram dan halal)
9. Solat/kepentingan solat Membuka Melaka (hlm 71) Kedatangan Islam Ke Melaka- Syed Abdul
Aziz (hlm 73) Pembukaan Pasai Sheikh Ismail dan Fakir Muhammad
10. Amanah/jujur Sultan Alaud-Din Riayat Syah
11. Adil Sultan Alaud-Din Riayat Syah, Sultan Mansur
12. Sabar Sultan Mansur
13. Akhlak terpuji/beriman/bertaqwa/pekerti yang baik/zuhud/merendah diri Fakir Muhammad,
Sultan Mansur Syah, Sultan Mahmud Syah(Sultan Membuang Kerajaan-hlm 266)
14. Ukhuwah/Silaturrahim/perpaduan Tun Perak dengan Tun Ali satu cara mengelak pecah belah
(hlm 92)
15. Baca Al-Quran/belajar Al-Quran Fakir Muhammad (Mula kedatangan ke Alam Melayu
hlm 57)
16. Taat kepada pemimpin selagi tidak bercanggah dengan ajran Islam
17. Memuliakan/menghormati alim ulamak/guru agama
1.1.6 Aspek keagamaan berdasarkan novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur sebagai tonggak
pembangunan sahsiah.

14
Taqwa. Adalah sifat yang paling penting dalam diri orang yang beriman. Takut kepada Allah dan harap
kepada rahmatnya. Takut melakukan dosa kerana akan menyebabkan azab Neraka. Harap pada rahmat
Allah dan dapat masuk syurga. Tuan Guru Sheikh Syed Salim tidak membenarkan Syarifah Naimah dan
syarifah Muinah bergaul bebas dengan Syed Aris kerana mereka bukan mahram (hlm. 30).

Redha akan qada (Ketetapan / keputusan) Allah taala. Tidak marah-marah kepada orang yang
menganiaya. Sanggup memberikan kemaafan dan terima nasib malang dengan redha. Lebai maarup redha
dengan peristiwa buruk yang menimpanya. Dia menjemput orang kampong ke balairaya untuk menyatakan
sikapnya yang tidak berdendam dan tidak akan melakukan pembalasan terhadap dengan orang yang
memukulnya (Mat Akil).(hlm. 311).

Sabar. Lebai maarup bersabar bila dipukul oleh kawan-kawan Mat Akil. Dia tidak mahu menuntut keadilan
dari pihak berkuasa. Dia mahu kes dia dipukul dimatikan saja, tidak ada umpat mengumpat dan huru-hara
dalam kampung (hlm. 311)..

Bersyukur. Berterima kasih kepada Allah setelah menerima pertolonagan Allah. Sudin bersyukur kepada
Allah kerana dia tidak meninggal dunia setelah dipukul oleh mat Akil (109). En Muhammad bersyukur
kerana Syarikat perlombongan Berjaya ditubuhkan. Dia bersembahyang tahajud dan berzikir kepada
Allah. YB Mohd Yusuf dan En Muhammad bersyukur kepada Allah kerana rancangan pindahkan
penduduk ke FELDA dilihat akan Berjaya (260). Sudin meminta penduduk Kampung Pulai bersyukur
kepada Allah kerana mempunyai pemimpin seperti YB Mohd Yusuf dan En Muhammad yang baik hati
(hlm. 328).

Pemurah dan tidak bakhil. En Muhammad menyumbang 10 ribu ringgit untuk kenduri 3 hari 3 malam
meraikan perlantikan Penghulu Mahmud sebagai Datuk Indera (hlm. 171). Sekali lagi dia menyumbangkan
seekur kambing untuk dikendurikan sempena pengumuman YB Mohd Yusuf dan pegawai FELDA di
masjid (hlm 171). En Muhammad juga mengumumkan untuk member saguhati kepada penduduk yang
tidak bertanah dan menumpang di tanah keluarganya, sekiranya mereka mahu pindah ke FELDA.

Tawadhu dan menghormati yang lebih tua. Anak saudara En Muhammad yang bernama Muhamad Alif bin
abdul Karim, seorang yang bekerja sebagai pensyarah di Universiti Malaya dan berkelulusan sarjana
ekonomi dari London school of economics, merendahkan dirinya kepada En Muhammad dan memanggil
En Muhammad sebagai Pak Su (hlm. 338).

Amanah. Menjalankan tanggungjawab sebagai hamba Allah termasuklah menuntut ilmu agama dan
mengajarkannya. Menjalankan dakwah mengajak manusia bertaqwa kepada Allah. Lebai Maarup
menegaskan dia berusaha untuk berdakwah mengajak manusia kepada Allah. Mengajar budak-budak
mengaji al-Quran (hlm 311).

Fatanah / Bijaksana. Menyusun strategi untuk selesaikan masalah. En Muhammad menyusun pelbagai
strategi untuk menjayakan projek perlombongan di Kampun Tualang. Penduduk akan dipindahkan ke
rancangan FELDA. Tanah penduduk akan dibayar dengan harga yang tinggi. Penduduk tidak bertanah
diberikan saguhati. Sudin diambil bekerja dengan Syarikat perlombongan Lembah Tualang. Imam Saad
akan dijadikan Imam di Pekan Kuala. Tuk Empat Dahlan dijadikan penghulu Pekan Tualang. Imam Pekan
Tualang dipindahkan ke Pekan Kuala dan Imam Pekan Kuala diminta bersara awal. Untuk memujuk Imam
Pekan Kuala bersara, Sani diambil bekerja dengan YB Mohd Yusuf.

Mohon kemaafan. Untuk memohon kemaafan dari orang lain adalah berat bagi mereka yang tidak
beriman. Begitu juga untuk memberikan kemaafan kepada orang lain. Mahani memohon maaf dari Datuk

15
Tan kerana tidak membuat persiapan yang sepatutnya bagi menyambut kedatangan Datuk Tan ke
pejabatnya (hlm. 1).

Menuntut ilmu agama dan mengajarkannya. Syed Salim al-Makky belajar ilmu agama di Mekah. Bila
pulang dia pulang menjadi guru agama di istana (hlm. 28) . Tok guru haji Ismail pula menjadi guru agama
yang disegani di Kampung Pulai. Imam Saad dan Pak Salim berguru kepadanya (Hlm 87). Imam Saad kini
menjadi imam dan bertanggungjawab mengajar mengaji kepada budak-udak kampung (93). Lebai Marup
pula belajar ilmu agama di Tanjung karang dan pulang ke kampong Pulai untuk mengajar ilmu agama di
sana pula (hlm 310).

Mendirikan solat. Mendirikan solat fardhu dan juga solat sunat. Lebai Maarup, Imam Saad, Bilal Endut
dan Kemat Jerangkung adalah orang yang rajin mendirikan solat berjemaah termasuklah solat subuh (hlm.
307). En Muhammad juga rajin mendirikan solat tahajud kepada Allah, contohnya pada malam penubuhan
Syarikat Perlombongan Lembah Tualang (hlm. 260)

Berdoa. Memohon bantuan daripada Allah supaya masalah hidup dapat diselesaikan. Selain berzikir, En
Muhammad juga berdoa kepada Allah supaya cita-citanya untuk melaksanakan projek perlombongan akan
berjaya (hlm. 260).

Sedekah. Menjamu makan termasuk dari amalan sedekah atau menginfaqkan harta yang disukai Allah.
En Muhammad termasuk dalam golongan orang yang suka bersedekah. Dia menyumbang 10 ribu ringgit
untuk mengadakan jamuan bagi meraikan perlantikan Penghulu Mahmud sebagai Orang Kaya Indera (hlm.
171). Dia mengadakan kenduri meraikan pernikahan Sudin dengan gayah di rumahnya (hlm. 140). Syed
Aris juga mengadakan kenduri sempena pertunangan Mahani dengan Rahim (hlm. 208).

Mewakafkan harta. Memberikan harta untuk kegunaan orang ramai. Imam Saad mewakafkan tanahnya di
Kampung Pulai untuk dibina surau (hlm. 256). Lebai maarup juga mahu mewakafkan tanahnya seluas 2
ekar kepada syarikat perlombongan Lembah Tualang bagi pembinaan kompleks pekerja termasuklah
pembinaan surau (hlm. 360).

Bertunang, berkahwin dan mengadakan walimatul urus. Dalam Islam majlis pertunagan, perkahwinan dan
jamuan walimatul urus sebaiknya dibuat secara sederhana sahaja. Tidak perlu secara besar-besaran yang
biasanya melibatkan pembaziran. Mahani meminta ibubapanya mengadakan majlis pertunangannya
dengan Rahim dibuat secara sederhana saja, jangan besar-besaran untuk elak pembaziran (hlm.hlm. 208 )
Majlis perkahwinan Sudin dengan Gayah juga dibuat secara sederhana dan tidak melibatkan persandingan
(hlm. 140).

Menziarahi orang sakit. Melawat orang sakit atau orang yang ditimpa musibah adalah dianjurkan dalam
Islam. Semasa Sudin terlantar di rumah sakit setelah dipukl oleh Mat Akil, YB Mohd Yusuf telah dating
melawatnya (hlm. 105). Sudin pula diminta oleh En Muhammad supaya menziarahi Lebai maarup di
hospital (hlm. 327). En Muhammad sendiri juga telah datang menziarahi Lebai maarup yang dipukul oleh
kawan-kawan Mat Akil (hlm. 341).

Berzikir atau mengingati Allah. Bertasbih, tahmid, tahlil dan takbir kepada Allah . Termasuklah juga
beristighfar dan berselawat kepada rasulullah s.a.w.. En Muhammad bangun bersolat tahajud, berzikir dan
bersyukur kepada Allah pada malam penubuhan Syarikat Perlombongan Lembah Tualang. Dia merasakan
dirinya dekat dengan tuhan. (hlm. 260).

Menunaikan hutang. Setiap hutang wajib dibayar. Memberi hutang dan membayar hutang adalah
merupakan ibadat kerana menolong orang yang berada dalam kesempitan. Sudin telah meminta En

16
Muhammad memberikan hutang kepada Sani sebanyak 9000 ringgit. En Muhammad minta Sani
mencagarkan geran tanah ataupun mendapatkan jaminan dari YB Mohd Yusuff (hlm. 191). Mat Akil pula
membayar hutang kepada kawannya yang bernama Man tetapi tak cukup 10 ringgit dan dia minta
dihalalkan (hlm. 278).

Berbakti dan menunaikan hak orang tua. Bila ibubapa telah tua dan uzur, anak hendaklah
bertanggungjawab menjaga orang tua itu sebagaimana mereka dulu menjaga kita di waktu kita kecil. Sudin
telah membawa diri kerana kecewa ibubapanya tidak mahu meminang Gayah. Setelah 15 tahun dia
kembali semula ke rumah ibubapanya kerana menginsafi bahawa ibubapanya telah tua dan perlu dibantu
(hlm. 94).

Taat kepada ibubapa. Anak tidak boleh derhaka kepada ibubapa. Suruhan mereka hendaklah dipatuhi.
Larangan mereka hendaklah dijauhi. Tidak taat kepada ibubapa menyebabkan anak menjadi derhaka.
Syarifah Muinah mematuhi suruhan ayahnya, Syed Salim supaya kahwin dengan abang iparnya sendiri,
Syed Aris selepas kakaknya meninggal dunia. Arahan itu dipatuhi walaupun dia terasa amat berat (hlm.
29).

Amar makruh Nahi Mungkar. Menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Tugas ini amat
berat tetapi sangat besar ganjaran pahalanya di sisi Allah. Lebai Maarup meminta penjelasan dari En
Muhammad apakah benar ingin membina hotel di jeram Medang. Pembinaan hotel itu akan mengundang
angkara judi, arak dan zina. Kalau boleh dia tidak mahu semua maksiat itu berlaku di Kampung Pulai
(hlm. 261).

Menolong orang yang kesusahan. Sifat tolong-menolong atau membantu orang yang kesusahan adalah
sifat yang terpuji. Orang yang menerima bantuan akan sentiasa terkenang budi orang yang sanggup
menolong. Pertolongan itu sangat perlu terutama kepada orang miskin dari kalangan kaum keluarga dan
jiran tetangga dekat. En Muhammad berhasrat mahu menolong orang kampungnya yang miskin. YB Mohd
Yusuf juga sentiasa bekerja untuk menolong orang kampung. Mereka berdua berbincang untuk membantu
penduduk yang miskin itu (hlm. 69).

Mencari rezeki yang halal dan baik. Tidak baik mencari rezeki yang tidak halal ataupun dengan cara yang
tidak baik. Pada mulanya Syed Aris tidak membenarkan Mahani menjadi setiausaha tetapi akhirnya dia
membenarkan Mahani menjadi setiausaha tetapi di pejabat En Muhammad sahaja. Dia bimbang Mahani
akan terjebak dalam angkara dosa (hlm. 79).

LATIHAN

17
1. Nilai Islam merupakan tonggak pembangunan sahsiah. Bincangkan pernyataan tersebut dalam
konteks pembangunan insan berdasarkan novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur [25]

2. Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

sebermula ,maka tersebutlah pada zaman Rasul Allah sallallahu alaihi wa salam, baginda
bersabda pada segala sahabat: Pada akhir zaman kelak, ada sebuah negeri di bawah angin, Semudra
namanya; maka apabila kamu dengar khabarnya negeri Semudra itu, maka segeralah kamu pergi ke negeri
itu, bawa isi negeri Semudra itu masuk Islam, kerana dalam negeri itu banyak wali Allah akan jadi; tetapi
ada pula seorang fakir di negeri Mutabari namanya, ialah kamu bawa serta kamu, setelah berapa lamanya
kemudian daripada sabda nabi sallallahu alaihi wa salam, maka terdengarlah kepada segala negeri,
datang ke Mekah pun kedengaran nama negeri Semudra itu. Syarif di Mekah menyuruh sebuah kapal
membawa segala perkakasan kerajaan seraya disuruhnya singgah ke negeri Mutabari; adapun nama
nakhoda kapal Sheikh Ismail itu

(Dipetik daripada A. Samad Ahmad [peny.] 2003.


Sulalatus Salatin Sejarah Melayu (Edisi Pelajar).
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
halaman 55)

(a) Nyatakan hal yang berkaitan Islam sebagaimana yang tergambar dalam petikan di atas. [5]
(b) Berdasarkan watak fakir dalam petikan di atas, ulaskan kehidupan beragama sebagai tonggak
pembangunan insan. [20]

Cadangan jawapan

(a) Hal yang berkaitan dengan Islam ialah;


1. Rasul Allah sallaalaihi wa salam - Orang yang dipilih oleh Allah SWT untuk menyampaikan
ajaran Islam
2. Wali Allah - Orang yang diberi kelebihan oleh Allah.
3. Fakir - Seseorang yang tidak mementingkan hal keduniaan. Kehidupannya tertumpu pada akhirat
semata-mata.
4. Mekah - iaitu kota suci umat Islam.
5. Sabda Pesanan Rasul Allah sallaalaihi wa salam
6. Dakwah menyebar dan menyampaikan ajaran Islam
7. Sahabat Rasul Allah sallaalaihi wa salam

(b) Kehidupan beragama sebagai tonggak pembangunan insan.


1. Berdakwah/menyebarkan ajaran Islam
Fakir menyebarkan/menyampaikan Islam bukan sahaja di negeri Semundra, malah Fakir berjaya
menyebarkan ajaran Islam di Fansuri,Lamiri dan Haru.
2. Menyuruh membaca al-Quran.
Setiap tempat yang disingahi oleh Fakir Muhammad, maka beliau menyuruh orang membaca al-
Quran
3. Mengislamkan masyarakat.
Fakir telah mengislamkan masyarakat/rakyat di negeri yang disinggahinya seperti negeri
Semundra, Fansuri, Lamiri dan Haru. Beliau juga telah mengislamkan Mereh Silu apabila sampai
ke negeri Semudra.
4. Bersifat merendah diri.
Sultan Muhammad sanggup merendah diri untuk menjadi fakir semata-mata menunaikan amanat
Rasul Allah dan cintanya akan Islam.
5. Taat kepada perintah Rasul.

18
Sharif Mekah dan Fakir Muhammad patuh pada perintah Nabi untuk mengislamkan isi negeri
Semundra..
6. Dedikasi dalam pekerjaan.
Fakir sanggup berkorban masa dan tenaga semata-mata untuk menyebarkan ajaran Islam ke Alam
Melayu. Beliau meninggalkan takhta dan negara untuk mengajar agama di Semundra sebagai
menyahut perintah Rasul.

3. Berdasarkan wasiat Sultan Mansur Syah kepada Raja Ahmad dalam teks Sulalatus Salatin
(Sejarah Melayu), huraikan aspek keagamaan yang terkandung dalam wasiat tersebut yang dapat
dimanfaatkan dalam kehidupan anda. [25]

Cadangan jawapan

Pengenalan
1. Keagamaan merujuk kepada perihal agama/hal-hal yang berkaitan dengan agama sama ada
berbentuk niat, lafaz, perbuatan, atau sebagainya.
2. Isi yang akan dibincangkan.

B. Isi

1. Kehidupan di dunia tidak akan kekal.


Segala sesuatu yang hidup di dunia ini tidak akan kekal buat selama-lamanya, sama ada ianya
manusia, binatang atau tumbuh-tumbuhan. Semuanya akan mati. Yang kekal hanya Allah jua.

2. Iman yang sempurna/kesempurnaan iman.


Setiap manusia harus beriman terhadap Allah s.w.t dan sentiasa melakukan amal salih.

3. Pekerti yang baik.


Seseorang yang mempunyai budi pekerti yang baik akan dikenang/disebut orang selama-lamanya.
Orang yang mempunyai pekerti yang baik juga akan disenangi dan disayangi oleh sesesiapa saja.

4. Berlaku adil.
Seseorang raja atau pemerintah yang hebat ialah yang mampu berlaku adil terhadap rakyatnya atau
orang di bawahnya.

5. Amanah.
Seseorang raja ditegah sama sekali mengambil hak milik orang lain sesuka hati. Perbuatan tersebut
akan menyebabkan berlakunya penganiayaan. Allah s.w.t. juga tidak akan mengampuni orang yang
mengambil hak orang lain kecuali dengan izin tuannya.

6. Perihatin.
Raja atau pemerintah mestilah bersedia membantu rakyatnya yang menghadapi kesukaran. Raja
atau pemerintah juga perlu menyiasat setiap dakwaan yang melibatkan rakyatnya dengan sebaik-
baiknya dan seterusnya menghakiminya dengan seadil-adilnya, yakni, tanpa pilih kasih.

Penutup
Menyimpulkan apa yang dibincangkan atau mengemukakan pandangan/saranan/rumusan/pendirian

STPM P2/2013

19
2. Pengarang Saudagar Besar dari Kuala Lumpur memuatkan nilai keagamaan dalam usaha
mendidik insan dalam novelnya. Bincangkan penyataan tersebut. [25]
_________________________________________________________________________________

Cadangan jawapan

Pengenalan [3]

Nilai bolehlah ditakrifkan sebagai sifat ketinggian yang merangkumi pemikiran, agama dan sebagainya.
Manakala keagamaan pula bermaksud perihal yang berkaitan dengan agama. Di antara nilai-nilai agama
seperti sanggup berkorban, beriman, bertangungjawab dan sebagainya.

Isi [20]
Antara nilai Islam yang mampu mendidik insan berdasarkan novel Saudagar Besar dari Kuala
Lumpur ialah sanggup berkorban demi agama/kepentingan agama dipertahankan/wakafkan harta/sedekah.
Kesanggupan berkorban demi agama merupakan kesediaan seseorang individu melakukan sesuatu dengan
rela hati tanpa mengharapkan sebarang ganjaran. Apa yang dilakukan adalah semata-mata mencari
keredhan Allah serta mengharapkan pembalasan dari Allah jua. Sifat ini akan menjadikan seseorang itu
redha atas segala ketentuanNya, sabar, tawakal dan dekat kepada Allah, tanpa mengharapkan sesuatu
ganjaran di dunia ini. Jika seseorang itu mementingkan diri dan harta dunia dengan meletakkan material
lebih penting dari agama sudah tentu dia akan menjadi seorang yang sangat bakhil.Sifat bakhil merupakan
sifat yang amat dimurkai oleh Allah. Lebai Maarup misalnya, sanggup mewakafkan tanah pusakanya
untuk keperluan masyarakat Kampung Pulai mendirikan surau. Sesungguhnya pengorbanan Lebai Maarup
adalah kerana kecintaannya terhadap agama Islam sebagaimana yang dinyatakannya kepada Encik
Muhammad. Pengorbanan yang dilakukan oleh Lebai Maarup menjadikannya seorang yang penyabar,
pemurah, redha dan dekat dengan Allah. Jelaslah kesanggupan berkorban demi agama mampu membentuk
seseorang individu lebih bersifat zuhud tidak pentingkan diri sendiri.

1.2 ILMU

Konsep ilmu

Rahmah Ahmad Osman dalam , Kedudukan Ilmu Dalam Kesusasteraan: Teori & Praktis menyatakan
secra tidak langsung, dapat difahami bahawa ilmu adalah sesuatu yang bertentangan dengan kejahilan

20
secara mutlak. Apa jua bentuk kejahilan, yang biasanya wujud tanpa asas yang kukuh, fakta yang jelas,
sumber yang boleh dipercayai, akan membuatkan diri jauh dari ilmu lebih-lebih lagi cabang ilmu yang
didapati langsung daripada sumber utama bagi umat Islam iaitu al-Quran dan Hadith.

Mengikut Rahmah Osman lagi, konsep ilmu dalam Islam adalah konsep yang menyeluruh dan bersepadu.
Secara dasarnya, keseluruhan konsep ilmu Islam bukan sahaja terhad kepada ilmu yang diturunkan kepada
para Nabi dan Rasul, tetapi juga kepada manusia lainnya melalui beberapa cara seperti pemahaman wahyu,
pemerhatian terhadap alam semesta, pengkajian sejarah, inovasi dan pengalaman hidup manusia itu
sendiri.

Mengikut Syed Muhammad Naquib al-Attas dalam bukunya Tinjuan Ringkas Peri Ilmu dan Pandangan
Alam, Ilmu adalah suatu gerak daya memperoleh pengetahuan dan merujuk kepada suatu sifat yang berada
pada sesuatu (insan) yang hidup, yang membolehkan diri yang mengetahui itu mengetahuai yang
diketahui.

Jelaslah, ilmu ialah pengetahuan tentang sesuatu bidang/disiplin yang disusun secara bersistem menurut
metod tertentu yang dapat digunakan untuk menerangkan/merungkaikan gejala/fenomena tertentu. Ilmu
mampu mengangkat kedudukan seseorang individu sama ada darjat, pangkat ataupun statusnya pada
pandangan masyarakat .

21
Ilmu dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) sekadar contoh

22
ILMU
BATIN
Ilmu dalam Novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur sekadar contoh

ILMU
ILMU
AGAMA
PERTANIAN

ILMU ILMU
GAJAH JENIS ILMU TASAWUF
ILMU
AGAMA

ILMU
ILMU ILMU
FIRASAT
PERLOMBONGAN KEPAHLAWANAN
PERNIAGAAN
ILMU
JENIS ILMU
KUDA

ILMU ILMU
KESETIAUSAHAAN KEPAHLAWANAN
ILMU
HIKMAT
ILMU
PENGURUSAN

23
LATIHAN

1. Ilmu penting dalam kehidupan setiap insan. Dengan menggunakan contoh watak daripada
Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) huraikan kepentingan ilmu dalam konteks pembangunan insan di
Melaka. [25]

Cadangan jawapan

Pengenalan [3]

1. Konsep ilmu - Ilmu merujuk kepada pengetahuan dalam perkara dunia, akhirat, zahir, batin, dan
sebagainya. Ilmu juga merujuk kepada pengetahuan tentang sesuatu bidang/disiplin yang disusun secara
bersistem menurut metod yang tertentu yang dapat digunakan untuk menerangkan/merungkaikan
gejala/fenomena tertentu

2. Isi yang akan dibincangkan

Isi [20]

1. Agama
Sultan Muhammad syah belajar agama dengan Maulana Abdul Aziz, begitu juga dengan Sultan
Mansur Syah belajar ilmu agama dengan Kadi Yusof dan Maulana Abu Bakar.

2. Ilmu gajah
Sultan Mansur Syah menyuruh segala anak tuan-tuan berguru ilmu gajah dengan Maharaja Dewa
Sura.

3. Ilmu kuda
Sultan Mansur Syah menggalakkan rakyatnya mempelajari pelbagai ilmu termasuk ilmu kuda
dengan sanggup membiayainya.

4. Ilmu firasat/nujum/amalan
Bendahara Paduka Raja memerintahkan pahlawan-pahlawannya mengejar Maharaja Dewa Sura
yang melarikan diri. Seri Bija Diraja tidak tergesa-gesa seperti orang lain kerana dengan ilmu
firasat yang ada padanya dia tahu musuhnya itu tidak akan terlepas dari tangannya.

5. Ilmu kepahlawanan
Sultan Mansur Syah menggalakkan rakyatnya mempelajari pelbagai ilmu termasuk ilmu kuda
dengan sanggup membiayainya.

6. Tasawuf
Maulana Abu Bakar telah membawa kitab Duril Mazlum karangan Maulana Abu Ishak ke
Melaka. Ianya merupakan kitab tasawuf.

Penutup [2]

Penilaian/pandangan/rumusan/kesimpulan/cadangan

24
STPM Ulangan 2013

2. Keris Mas melalui novelnya bertajuk Saudagar Besar dari Kuala Lumpur ada menekankan
pembangunan insan melalui ilmu pengetahuan. Bincangkan bagaimana ilmu pengetahuan diaplikasikan
dalam pembangunan insan. [25]

Cadangan jawapan:

Pengenalan[3]

1. Ilmu merujuk kepada pengetahuan dalam perkara dunia, akhirat, zahir, batin dan sebagainya.
Ilmunya juga merupakan pengetahuan tentang sesuatu bidang/disiplin yang disusun secara bersistem
menurut metode yang tertentu. Ilmu dapat digunakan untuk menerangkan /merungkaikan gejala/fenomena
tertentu.

2. Menyenaraikan kelima-lima isi penting yang hendak dikemukakan.

Isi [20]

Ilmu perdagangan penting dan dapat diaplikasikan dalam pembangunan insan. Ilmu perdagangan
akan melahirkan ahli perniagaan yang dinamik dan berjaya dalam mengharungi dunia perdagangan dan
perniagaan yang serba mungkin. Ilmu perdagangan juga akan melahirkan seseorang yang faham dan arif
tentang sepak terajang dunia perniagaan. Penguasaan terhadap ilmu perdagangan juga akan melahirkan
seorang ahli perniagaan yang mampu bersaing sama ada diperingkat tempatan atau antarabangsa yang
akhirnya membawa kepada pembangunan insan. Kedangkalan tentang selok belok perdagangan dan
perniagaan akan meletakkan seseorang ahli perniagaan itu dalam kerugian, atau ketinggalan berbanding
dengan orang yang mempunyai ilmu perdangangan. Encik Muhammad misalnya, mempunyai ilmu
perdagangan yang cukup mantap dan luas. Hal ini diakui sendiri oleh Datuk Tan, yakni rakan kongsi Encik
Muhammad. Keyakinan Datuk Tan terhadap Encik Muhammad menyebabkan Datuk Tan menaruh harapan
yang tinggi terhadap keupayaan Encik Muhammad memenuhi kontrak membekalkan lada hitan ke Jerman.
Selain itu juga, Encik Muhammad juga menyediakan anaknya Rahim dengan ilmu perdagangan. Encik
Muhammad telah menghantar Rahim belajar di England dalam jurusan Pengurusan Dagang. Dengan ilmu
yang dimiliki oleh Rahim, diharapkan Rahim dapat menguruskan Syarikat Lombong Lembah Tualang
dengan jayanya. Jelaslah di sini bahawa ilmu perdagangan mampu menyediakan seseorang itu peluang
untuk berjaya dan membangun.
Ilmu agama penting dalam pembangunan diri insan. Ilmu agama yang diperolehi akan menjadikan
seseorang insan itu lebih bertaqwa, redha, dan berakhlak mulia. Dengan mendalami ilmu agama juga,
seseorang itu akan lebih dekat dengan Allah, tahu akan halal haram sesuatu perkara, dan sentiasa
mengamalkan yang makruf serta menjauhi yang mungkar. Sebaliknya, jika seseorang itu dalam keadaan
jahil/cetek pengetahuan agamanya, maka sudah tentu akan mendorongnya melakukan sesuatu yang
mungkar dan bertentangan dengan hukum tabii manusia. Orang yang jahil juga adalah orang yang rosak
akhlaknya. Ilmu agama yang dimiliki oleh Lebai Maarup dalam novel SBDKL telah menjadikannya insan
yang berakhlak mulia, redha dengan ketentaun Allah dan sentiasa menjaga hubungan sesama manusia.
Akhlak mulia yang terjelma hasil dari ilmu agama yang ada padanya terserlah apabila Lebai Maarup
sanggup mewakafkan tanah pusaka miliknya untuk didirikan surau demi kemaslahatan penduduk Kg Pulai.
Keadaan ini jauh bezanya dengan Mat Akil. Mat Akil tidak memiliki ilmu agama, lantaran itu didapati Mat
Akil bukanlah seorang berakhlak mulia. Ini dapat dilihat apaabila beliau memberaki katil pengantin-Sudin,
memukul Lebai Maarup, menyebarkan fitnah terhadap Lebai Maarup dan sebagainya. Jelaslah di sini
bahawa ilmu agama yang diaplikasikan dalam kehidupan akan membentuk peribadi yang mulia.

25
1.3 JATI DIRI

Konsep

Jati diri merupakan keperibadian unik, utuh dan istimewa dari segi adat, bahasa, budaya dan agama yang
menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu atau bangsa. Mengikut Zainal Abidin Borhan
dalam makalahnya Peradaban dan Jati Diri Melayu (atas talian) menyatakan bahawa Jati diri Melayu itu
ada jiwa dan rohnya. Kemelayuan bukan sahaja dilihat dari sudut siratan yang bertali kepada asal-usul
sejarah, bahasa, budaya, agama dan wilayah. Penerokaan selanjutnya ialah menyelusuri aspek dalaman
atau batiniah Melayu.

Setia

Patriotik Berani

Amanah Berwawasan
Jati Diri

Jujur Gigih

Bijaksana Berdikari

Bertanggungjawab

26
LATIHAN

1. Jati diri merupakan tonggak pembangunan sahsiah. Berdasarkan jati diri Sultan Mahmud Syah
dalam Sulalatus Salatin (sejarah Melayu), sejauh manakah jati diri boleh membawa kepada pembangunan
sahsiah. [25]

Cadangan jawapan

Pengenalan [ 3 ]

1. Konsep jati diri-Jati diri merupakan keperibadian unik, utuh dan istimewa dari segi adat, bahasa,
budaya dan agama yang menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu atau bangsa.
2. Latar belakang watak Sultan Mahmud Syah.
3. Isi yang akan dibincangkan

Isi [ 20]

1. Mementingkan pendidikan/ilmu pengetahuan


Contoh :Belajar Maklumat dengan Maulana Yusuf, memberi galakan dan didikan agama kepada
puteranya dan pembesar belajar agama, hantar utusan ke Pasai bertanya masalah agama.

2. Menghormati guru/merendah diri


Contoh :Sanggup membahasakan diri sebagai fakir Mahmud semata-mata ingin menuntut ilmu
dengan Maulana Yusuf

3. Berwawasan/berpandangan jauh
Contoh :Menitahkan Paduka Tuan menyerang Manjong dan Seri Maharaja menyerang Kelantan-
meluaskan tanah jajahan dan mengukuhkan pemerintahan.
Hubungan diplomatik hantar Hang Nadim ke Benua Keling, bantu Pahang menentang
Legor,bersahabat dengan Pasai

4. Penyelamat dan pelindung


Contoh :Membantu Pahang menentang Legor

5. Pemurah
Contoh :Memberi anugerah kepada mereka yang berjasa-anugerah persalinan

6. Tabah/gigih
Contoh: Setelah kejatuhan Melaka di tangan Peringgi, Sultan Mahmud Syah masih lagi berusaha
melancarkan serangan ke atas Peringgi di Melaka dengan mengarahkan Hang Nadim, Sri Udani,
Tun Umar dan lain-lainnya merampas semula Melaka di samping

Nota:
Calon dikehendaki menilai sesuatu faktor, perkara, atau hal dalam sesuatu proses atau fenomena
berbanding dengan fak,tor, perkara, atau hal yang lain

Penutup[ 2 ]
Menyimpulkan apa yang dibincangkan atau mengemukakan pandangan/saranan/rumusan/pendirian

27
2. Watak-watak wanita dalam teks Sulalatus Salatin (sejarah Melayu) ada memperlihatkan jati diri.
Huraikan sifat jati diri yang terdapat pada watak-watak wanita dalam teks Sulalatus Salatin (sejarah
Melayu) yang membawa kepada pembangunan insan. [25]

Cadangan jawapan
Pengenalan [ 3 ]
1. Konsep jati diri-Jati diri merupakan keperibadian unik, utuh dan istimewa dari segi adat, bahasa,
budaya dan agama yang menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu atau bangsa.
2. Latar belakang watak wanita dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) seperti Tun Kudu, Tun
Teja, Tun Fatimah dan sebagainya.
2. Isi yang akan dibincangkan
B. Isi [ 20]
1. Tabah
Tun Fatimah merupakan seorang wanita yang amat tabah. Ketabaahan Tun Fatimah terserlah
apabila beliau terpaksa berhadapan dengan tragedi pembunuhan ayah, suami, adik dan bapa
mertuanya. Kesedihan Tun Fatimah bukan alang kepalang, tetapi beliau tetap tabah menghadapi
pembunuhan keluarga yang cukup tragis.

2. Tidak mementingkan harta dan kedudukan.


Tun Fatimah bukanlah wanita yang mementingkan harta dan kedudukan. Walaupun sudah menjadi
permaisuri Sultan Mahmud Syah, beliau tetap berdukacita mengenang ayah, suami, adik, dan ayah
mertuanya.

3. Bijaksana
Kebijaksanaan Tun Fatimah dapat dilihat apabila beliau sedar Raja Ahmad akan menjadi penganti
Sultan dan anaknya tiada peluang menjadi sultan. Oleh kerana itu, setiap kali hamil, digugurkan.
Tindakannya amat menyedihkan Sultan Mahmud Syah, sehingga baginda bertanya Tun Fatimah
kenapa berbuat demikian. Tun Fatimah mengatakan tiada gunanya ia beranak kalau anak itu tidak
menjadi raja. Akhirnya Sultan Mahmud berjanji jika lahir nanti anak laki-laki akan dijadikan raja.

4. Sanggup berkorban.
Sifat ini boleh dilihat dalam watak Tun Kudu. Tun Kudu terpaksa berkorban apabila diceraikan
oleh Sultan Muzaffar Syah demi untuk menyelesai perbalahan dua pembesarnya. Tun Kudu telah
dijadikan alat untuk mencapai perdamaian antara Tun Perak dan Seri Nara Diraja Tun Ali. Sebagai
wanita, pengorbanan yang dipaksakan itu amat menyeksa perasaannya, tetapi tetap tabah
menghadapinya.

5. Setia
Walaupun pada peringkat awal Tun Fatimah dilihat amat mendendami Sultan Mahmud Syah,
tetapi akhirnya Tun Fatimah setia dan kekal bersama Sultan Mahmud Syah sehingga ke akhir
hayatnya. Kesetian Tun Fatimah terbukti apabila beliau dikatakan ikut berpindah-randah dari satu
tempat ke satu tempat bersama-sama baginda Sultan sebagai orang pelarian setelah Melaka
dialahkan oleh Peringgi.

6. Tegas
Tun Fatimah digambarkan sebagai wanita yang keras hati dan tegas. Selepas mengharungi tragedi
yang menyedihkan, Tun Fatimah telah berkahwin dengan Sultan Mahmud Syah. Beliau bertindak
berani dengan mengugurkan kandungannya apabila mendapati dirinya hamil. Tun Fatimah
bertindak sedemikian berulang kali sebagai manifestasi penentangan dan rasa benci terhadap
Sultan Mahmud Syah. Ketegasan Tun Fatimah akhirnya terlerai apabila Sultan Mahmud berjanji
jika lahir nanti anak laki-laki akan dijadikan raja.
Penutup[ 2 ]
Penilaian/pandangan/rumusan/kesimpulan/cadangan

28
3. Jati diri merupakan asas penting dalam pembangunan insan. Berdasarkan watak Rahim dalam
novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur, bincangkan pernyataan tersebut dalam konteks pembangunan
insan. [25]

Cadangan jawapan

Pengenalan [ 3 ]

1. Konsep jati diri-Jati diri merupakan keperibadian unik, utuh dan istimewa dari segi adat, bahasa,
budaya dan agama yang menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu atau bangsa.
2. Latar belakang watak Rahim.
3. Isi yang akan dibincangkan

Isi [ 20]

1. Berpandangan jauh.
Walaupun Rahim belajar di London dan berjaya memperolehi ijazah dalam bidang pengurusan
dagang, namun beliau berhasrat untuk kembali ke tanah air bagi mencurahkan baktinya, dimana
dia sanggup bekerja dengan Syarikat Lombong Lembah Tualang asalkan ayahnya bersetuju
dengan rancangan Lebai Maarup berhubung dengan tanah wakaf di Kampung Pulai.
2. Amanah
Rahim memikul amanah ayahnya dengan sebaik mungkin untuk mencapai kejayaan yang
diimpikan. Sewaktu berada di London Rahim tidak leka dengan pengaruh budaya barat. Rahim
akhirnya berjaya menamatkan pengajiannya dengan memperolehi Ijazah Sarjanaa Muda
Pengurusan Dagang.

3. Bijaksana
Pendidikan yang diperolehi oleh Rahim sewaktu beliau belajar di London, telah menjadikannya
seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dan bijaksana. Dengan ilmu pengetahuan
yang dimiliki, beliau mampu berfikir dan bertindak dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
Dengan ilmu yang ada padanya, maka ia menentang hasrat ayahnya untuk membuka lombong
bijih di Lembah Tualang kerana pada pandangannya kegiatan perlombongan boleh membawa
kesan negatif kepada penduduk kampung.

4. Merendah diri
Biarpun memiliki ilmu yang tinggi dan dalam kalangan keluarga yang berada, beliau tidak
sombong dan bangga diri. Beliau sanggup mendengar dan menerima cadangn Sudin serta Lebai
Maarup yang hendak mewakafkan tanah untuk kepentingan penduduk kampong.

5. Bertanggungjawab
Sikap bertanggungjawab Rahim dapat dilihat apabila beliau sanggup menentang cadangan
ayahnya untuk menjalankan kegiatan perlombongan di Kampung Pulai. Rahim cuba membela
nasib penduduk Kampung Pulai yang mungkin akan kehilangan tanah jika cadangan En.
Muhammad untuk membuka Syarikat Lombong Lembah Tualang menjadi kenyataan.

6. Berani
Rahim berani menyuarakan pendapat dan pandangannya tentang sesuatu perkara yang
dianggapnya tidak wajar. Sikap Rahim ini dapat dilihat dengan jelas apabila ia mengkritik dan
menentang sikap ayahnya yang dirasakan lebih mengutamakan keuntungan semata-mata
berbanding dengan nasib yang akan menimpa penduduk Kampung Pulai apabila ayahnya ingin
membuka Syarikat Lombong Lembah Tualang.

29
7. Gigih
Selepas menamatkan pengajian di peringkat menengah, En. Muhammad telah menghantar Rahim
belajar di London dalam bidang pengurusan dagang. Berkat kegigihan, akhirnya beliau berjaya
memperolehi ijazah sarjana muda pengurusan dagang dari sebuah university terkemuka di London.

C. Penutup[ 2 ]
Penilaian/pandangan/rumusan/kesimpulan/cadangan

30
1.4 KEMANUSIAAN

KONSEP

Nilai kemanusiaan - Nilai-nilai yang tegak berdasarkan penghormatan terhadap hak-hak asasi dan
kemuliaan manusia. Baik kebebasan dan kemerdekaannya, nama baik.

Perihal manusia atau sifat-sifat manusia yang baik yang dapat membangunkan seseorang insan menjadi
individu yang unggul.

1.4.1 Nilai-nilai kemanusiaan merangkumi nilai

Nota: Nilai kemanusiaan yang dinyatakan di atas hanya sebahagian sahaja . Pelbagai Nilai kemanusiaan
boleh diperoleh dalam teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dan novel Saudagar Besar dari Kuala
Lumpur.

31
1.4.2 Antara contoh nilai kemanusiaan yang terdapat dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dan
novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur

NILAI KEMANUSIAAN

SULALATUS SALATIN SAUDAGAR BESAR DARI KL

Setia- Tun Perak setia kepada raja walau Gigih- En. Muhammad memajukan
anaknya dibunuh oleh Raja Muhammad perniagaan

Amanah Tun Perak menjaga Tun Tahir dan Bertimbang rasa Penghulu Mahmud
Tun Mutahir setelah kematian ayahnya membenarkan penduduk kampong
dengan penuh amanah menumpang di tanah miliknya.

Bertanggungjawab Sultan Alaud-Din


Bersyukur En Muhammad menunaikan
Riayat menyamar pada waktu malam utk
solat syukur sebagai tanda ia bersyukur
memastikan keamanaan dalam negeri.

Bijaksana Tun Bijaya Sura cepat menaksir


perbuatan orang Majapahit yang bertujuan
Sopan santun Mahani bersikap sopan
menghina raja Melaka
santun sewaktu mengunjungi Cik Puan Tipah
di rumahnya (hlm 25)

Insaf Sultan Malikut Tahir menyesal


kerana menjatuhkan hukuman buang negeri
kepada Sultan Malikl-Mansur dan Amanah En Muhammad membahagikan
membunuh Sidi Asma Yaumid-Din. harta dengan adil mengikut hukum faraid.

Tabah Tun Perak tidak berkecil hati apabila


haknya menjadi Bendahara Melaka dinafikan
apabila Seri Nara Diraja Tun Ali dilantik Redha Lebai Maarup redha apabila dipukul
menjadi Bendahara. dengan tidak membuat laporan polis.

Sanggup berkorban Hang Tuah sanggup


mempertahankan maruah raja Melaka
sewaktu berada di Majapahit Pemurah Lebai Maarup mewakafkan tanah
miliknya untuk didirikan surau di Kg. Pulai.

Berbakti kepada raja Tun Perak dan Hang


Tuah menjaga Sultan Mahmud yang sakit.
Pemaaf Lebai Maarup memaafkan En
Muhammad yang menghinanya.

Adil - Sultan Mansur Syah menjatuhkan


hukuman ke atas Raja Muhammad kerana
membunuh Tun Besar.
32
LATIHAN

1. Nilai kemanusiaan merupakan asas penting dalam pembangunan insan. Berdasarkan watak
Encik Muhammad dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur, bincangkan pernyataan tersebut
dalam konteks pembangunan diri anda. [25]

Cadangan jawapan

Pengenalan [3]

1. Nilai kemanusiaan - Nilai-nilai yang tegak berdasarkan penghormatan terhadap hak-hak asasi dan
kemuliaan manusia. Baik kebebasan dan kemerdekaannya, nama baik.

2. Perihal manusia atau sifat-sifat manusia yang baik yang dapat membangunkan seseorang insan
menjadi individu yang unggul.

3. Isi yang akan dibincangkan

Isi [20]

1. Bijak mengurus
Bertindak pantas merebut peluang perniagaan dan menewaskan lawan secepat mungkin.

2. Berani
Mengambil risiko / berusaha merebut peluang perniagaan tanpa mengira kesusahan yang bakal
ditempuhinya.

3. Berkarisma
Tokoh yang ada daya penarik , proaktif, karismatik serta tidak menghiraukan apa jua risiko yang
perlu dihadapi demi mengisi cita-cita unggulnya sebagai tokoh perniagaan Melayu yang berjaya
dan disegani bangsa asing.

4. Berwawasan
Beliau tidak mahu bangsanya diperlekehkan oleh bangsa asing yang diketahuinya masih tertinggal
dalam dunia perniagaan.Kejituan idea dan pandangannya dalam menangani dunia perniagaan
Firma serba Dagang Internasional.

5. Gigih
Meluaskan empayar perniagaannya di mana-mana sahaja ada peluang sesuai dengan pelaksanaan
Dasar Ekonomi Baru yang mahukan penyertaan orang Melayu sebanyak mungkin dalam dunia
perniagaan.

6 Bertanggungjawab
Memberi pendidikan tinggi kepada anaknya dan meneruskan legasi perniagaan keluarga.

Penutup [2 markah]
Penilaian/pandangan/rumusan/kesimpulan/cadangan

33
2. Watak-watak wanita dalam teks Sulalatus Salatin (sejarah Melayu) ada memperlihatkan nilai
kemanusiaan. Huraikan nilai kemanusiaan yang terdapat pada watak-watak wanita dalam teks Sulalatus
Salatin (sejarah Melayu) yang membawa kepada pembangunan insan. [25]

Cadangan jawapan

Pengenalan [ 3 ]

1. Nilai kemanusiaan - Nilai-nilai yang tegak berdasarkan penghormatan terhadap hak-hak asasi dan
kemuliaan manusia. Baik kebebasan dan kemerdekaannya, nama baik.

2. Perihal manusia atau sifat-sifat manusia yang baik yang dapat membangunkan seseorang insan
menjadi individu yang unggul.

3. Isi yang akan dibincangkan

Isi [ 20]

1. Tabah
Tun Fatimah merupakan seorang wanita yang amat tabah. Ketabaahan Tun Fatimah terserlah
apabila beliau terpaksa berhadapan dengan tragedi pembunuhan ayah, suami, adik dan bapa
mertuanya. Kesedihan Tun Fatimah bukan alang kepalang, tetapi beliau tetap tabah menghadapi
pembunuhan keluarga yang cukup tragis.

2. Tidak mementingkan harta dan kedudukan.


Tun Fatimah bukanlah wanita yang mementingkan harta dan kedudukan. Walaupun sudah menjadi
permaisuri Sultan Mahmud Syah, beliau tetap berdukacita mengenang ayah, suami, adik, dan ayah
mertuanya.

3. Bijaksana
Kebijaksanaan Tun Fatimah dapat dilihat apabila beliau sedar Raja Ahmad akan menjadi penganti
Sultan dan anaknya tiada peluang menjadi sultan. Oleh kerana itu, setiap kali hamil, digugurkan.
Tindakannya amat menyedihkan Sultan Mahmud Syah, sehingga baginda bertanya Tun Fatimah
kenapa berbuat demikian. Tun Fatimah mengatakan tiada gunanya ia beranak kalau anak itu tidak
menjadi raja. Akhirnya Sultan Mahmud berjanji jika lahir nanti anak laki-laki akan dijadikan raja.

4. Sanggup berkorban.
Sifat ini boleh dilihat dalam watak Tun Kudu. Tun Kudu terpaksa berkorban apabila diceraikan
oleh Sultan Muzaffar Syah demi untuk menyelesai perbalahan dua pembesarnya. Tun Kudu telah
dijadikan alat untuk mencapai perdamaian antara Tun Perak dan Seri Nara Diraja Tun Ali. Sebagai
wanita, pengorbanan yang dipaksakan itu amat menyeksa perasaannya, tetapi tetap tabah
menghadapinya.

5. Setia
Walaupun pada peringkat awal Tun Fatimah dilihat amat mendendami Sultan Mahmud Syah,
tetapi akhirnya Tun Fatimah setia dan kekal bersama Sultan Mahmud Syah sehingga ke akhir
hayatnya. Kesetian Tun Fatimah terbukti apabila beliau dikatakan ikut berpindah-randah dari satu
tempat ke satu tempat bersama-sama baginda Sultan sebagai orang pelarian setelah Melaka
dialahkan oleh Peringgi.

34
6. Tegas
Tun Fatimah digambarkan sebagai wanita yang keras hati dan tegas. Selepas mengharungi tragedi
yang menyedihkan, Tun Fatimah telah berkahwin dengan Sultan Mahmud Syah. Beliau bertindak
berani dengan mengugurkan kandungannya apabila mendapati dirinya hamil. Tun Fatimah
bertindak sedemikian berulang kali sebagai manifestasi penentangan dan rasa benci terhadap
Sultan Mahmud Syah. Ketegasan Tun Fatimah akhirnya terlerai apabila Sultan Mahmud berjanji
jika lahir nanti anak laki-laki akan dijadikan raja.

Penutup[ 2 ]
Penilaian/pandangan/rumusan/kesimpulan/cadangan

35
3. Nilai kemanusiaan merupakan asas penting dalam pembangunan insan. Berdasarkan watak
Rahim dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur, bincangkan pernyataan tersebut dalam konteks
pembangunan diri anda sebagai generasi muda. [25]

Cadangan jawapan

Pengenalan [ 3 ]
1. Nilai kemanusiaan - Nilai-nilai yang tegak berdasarkan penghormatan terhadap hak-hak asasi dan
kemuliaan manusia. Baik kebebasan dan kemerdekaannya, nama baik.
2. Perihal manusia atau sifat-sifat manusia yang baik yang dapat membangunkan seseorang insan
menjadi individu yang unggul.
3. Isi yang akan dibincangkan

Isi [ 20]
1. Berpandangan jauh.
Walaupun Rahim belajar di London dan berjaya memperolehi ijazah dalam bidang pengurusan
dagang, namun beliau berhasrat untuk kembali ke tanah air bagi mencurahkan baktinya, dimana
dia sanggup bekerja dengan Syarikat Lombong Lembah Tualang asalkan ayahnya bersetuju
dengan rancangan Lebai Maarup berhubung dengan tanah wakaf di Kampung Pulai.
2. Amanah
Rahim memikul amanah ayahnya dengan sebaik mungkin untuk mencapai kejayaan yang
diimpikan. Sewaktu berada di London Rahim tidak leka dengan pengaruh budaya barat. Rahim
akhirnya berjaya menamatkan pengajiannya dengan memperolehi Ijazah Sarjanaa Muda
Pengurusan Dagang.
3. Bijaksana
Pendidikan yang diperolehi oleh Rahim sewaktu beliau belajar di London, telah menjadikannya
seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dan bijaksana. Dengan ilmu pengetahuan
yang dimiliki, beliau mampu berfikir dan bertindak dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
Dengan ilmu yang ada padanya, maka ia menentang hasrat ayahnya untuk membuka lombong
bijih di Lembah Tualang kerana pada pandangannya kegiatan perlombongan boleh membawa
kesan negatif kepada penduduk kampung.
4. Merendah diri
Biarpun memiliki ilmu yang tinggi dan dalam kalangan keluarga yang berada, beliau tidak
sombong dan bangga diri. Beliau sanggup mendengar dan menerima cadangn Sudin serta Lebai
Maarup yang hendak mewakafkan tanah untuk kepentingan penduduk kampong.
5. Bertanggungjawab
Sikap bertanggungjawab Rahim dapat dilihat apabila beliau sanggup menentang cadangan
ayahnya untuk menjalankan kegiatan perlombongan di Kampung Pulai. Rahim cuba membela
nasib penduduk Kampung Pulai yang mungkin akan kehilangan tanah jika cadangan En.
Muhammad untuk membuka Syarikat Lombong Lembah Tualang menjadi kenyataan.
6. Berani
Rahim berani menyuarakan pendapat dan pandangannya tentang sesuatu perkara yang
dianggapnya tidak wajar. Sikap Rahim ini dapat dilihat dengan jelas apabila ia mengkritik dan
menentang sikap ayahnya yang dirasakan lebih mengutamakan keuntungan semata-mata
berbanding dengan nasib yang akan menimpa penduduk Kampung Pulai apabila ayahnya ingin
membuka Syarikat Lombong Lembah Tualang.
7. Gigih
Selepas menamatkan pengajian di peringkat menengah, En. Muhammad telah menghantar Rahim
belajar di London dalam bidang pengurusan dagang. Berkat kegigihan, akhirnya beliau berjaya
memperolehi ijazah sarjana muda pengurusan dagang dari sebuah university terkemuka di London.

Penutup[ 2 ]
Penilaian/pandangan/rumusan/kesimpulan/cadangan

36
3. Baca petikan di bawah ini dan jawab soalan yang mengikutinya.
Maka baginda memandang kepada muka anakanda baginda, Raja Mamad, maka titah baginda,
Hei anakku, adapun engkau hendaklah banyak-banyak sabar, dan ampunmu akan segala hamba
sahayamu, dan baik-baik memelihara akan dia, kerana firman Allah Taala Innallahu maas sabirin, yakni
bahawa Allah Taala serta pada segala yang sabar. Dan jikalau datang kepada dua pekerjaan, suatu
pekerjaan Allah, dan suatu pekerjaan Dunia, maka dahulukan olehmu pekerjaan Allah daripada pekerjaan
dunia. Hendaklah engkau sangat-sangat menyerahkan dirimu kepada hadrat Allah Taala yang akan
memeliharakan kamu, kerana wa man yatawakkal alaallah. Dan segala anak Melayu bagaimanapun
besar dosanya, jangan olehmu diaifi dia, dan sampai kepada hukum syarak dosanya derhaka, bunuhlah;
kerana segala Melayu itu ketanahanmu, seperti kata Arab Al-abdi tinul-maulahu, yang hamba itu tanah
tuhannya. Jikalau engkau bunuh ia tiada dengan dosanya, bahawa kerajaanmu binasa. Hei anakku,
hendaklah engkau turut dan engkau ingatkan wasiatku ini, dan kaukerjakan, supaya berkat diberi Allah
subha nahu wa taala.
(Dipetik daripada A. Samad Ahmad [peny.] 2003.
Sulalatus Salatin Sejarah Melayu (Edisi Pelajar). Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 186 - 187)

Nilai kemanusiaan dapat membentuk pembangunan insan. Berdasarkan petikan di atas bincangkan
pernyataan tersebut [25]
Cadangan jawapan
Pengenalan [3]
1. Nilai kemanusiaan - Nilai-nilai yang tegak berdasarkan penghormatan terhadap hak-hak asasi dan
kemuliaan manusia. Baik kebebasan dan kemerdekaannya, nama baik.
2. Perihal manusia atau sifat-sifat manusia yang baik yang dapat membangunkan seseorang insan
menjadi individu yang unggul.
3. Isi yang akan dibincangkan

Isi [20]
1. Sabar
Setelah kejatuhan Melaka di tangan Peringgi, Sultan Mahmud Syah masih lagi berusaha
melancarkan serangan ke atas Peringgi di Melaka dengan mengarahkan Hang Nadim, Sri Udani,
Tun Umar dan lain-lainnya merampas semula Melaka.
2. Pemaaf
Insan yang mempunyai nilai keimanan akan memaafkan kesalahan dan kesilapan orang lain.
Sultan Mahmud Syah tidak memaafkan kesalahan Tun Mutahir, sebaliknya menyimpan perasaan
dendam terhadap Tun Mutahir. Kerana dendam akhirnya Tun Mutahir dibunuh.
3. Bertanggungjawab
Bertanggungjawab terhadap negara, rakyat, keluarga dan anak buah. Tun Perak menjaga Tun Tahir
dan Tun Mutahir dengan baik. Tun Perak juga memastikan Melaka terselamat dari serangan
musuh.
4. Tawakal/Berserah kepada Allah
Berserah kepada Allah setelah berusaha, percaya dengan sepenuh hati kepada Allah semasa berada
dalam kesusahan atau penderitaan. Setelah Melaka diserang oleh Peringgi, Sultan Mahmud Syah
telah berusaha sedaya mungkin untuk mempertahankannya kerana katanya istiadat raja-raja itu,
negeri alah rajanya mati. (hlm 280), namun tidak mampu. Akhirnya Sultan Mahmud Syah hanya
berserah kepada Allah agar hulubalang Melayu syahid melawan Peringgi setelah bagindaa dibawa
lari oleh Seri Nara Diraja.
5. Adil
Seseorang raja atau pemerintah yang hebat ialah yang mampu berlaku adil terhadap rakyatnya atau
orang di bawahnya.

Penutup [2 markah]
Penilaian/pandangan/rumusan/kesimpulan/cadangan

37
4. Nilai kemanusiaan merupakan suatu aspek penting untuk pembangunan insan. Bincangkan
pernyataan tersebut berdasarkan watak Encik Muhammad dalam novel Saudagar Besar dari Kuala
Lumpur. [25]
Cadangan jawapan

Pengenalan [3]

1. Nilai kemanusiaan - Nilai-nilai yang tegak berdasarkan penghormatan terhadap hak-hak asasi dan
kemuliaan manusia. Baik kebebasan dan kemerdekaannya, nama baik.
2. Perihal manusia atau sifat-sifat manusia yang baik yang dapat membangunkan seseorang insan
menjadi individu yang unggul.
3. Isi yang akan dibincangkan

Isi [20]
1. Bijak
Bertindak pantas merebut peluang perniagaan dan menewaskan lawan secepat mungkin.

2. Berani
Mengambil risiko / berusaha merebut peluang perniagaan tanpa mengira kesusahan yang bakal
ditempuhinya.

3. Berkarisma
Tokoh yang ada daya penarik , proaktif, karismatik serta tidak menghiraukan apa jua risiko yang
perlu dihadapi demi mengisi cita-cita unggulnya sebagai tokoh perniagaan Melayu yang berjaya
dan disegani bangsa asing.

4. Berwawasan
Beliau tidak mahu bangsanya diperlekehkan oleh bangsa asing yang diketahuinya masih tertinggal
dalam dunia perniagaan.Kejituan idea dan pandangannya dalam menangani dunia perniagaan
Firma serba Dagang Internasional.

5. Gigih
Meluaskan empayar perniagaannya di mana-mana sahaja ada peluang sesuai dengan pelaksanaan
Dasar Ekonomi Baru yang mahukan penyertaan orang Melayu sebanyak mungkin dalam dunia
perniagaan.

6 Merendah diri
En. Muhammad masih bersikap merendah diri dengan YB Muhd. Yusof dengan mengatakan
penglibatannya dalam dunia perniagaan masih lagi seperti dalam hutan rimba.

7. Tenang/sabar
En. Muhammad tenang/sabar dalam menghadapi cabaran dalam menguruskan Syarikat Lombong
Lembah Tualang. Ketenangan dan kesabarannya jelas apabila dia dapat menerima secara rasional
tuduhan yang dilemparkan kepadanya oleh pemuda berjubah dan Jamaluddin yang menuduhnya
dengan pelbagai tuduhan yang menyakitkan hati.

8. Simpati
En. Muhammad bersimpati dengan nasib penduduk Kampung Pulai yang masih lagi miskin dan
dia berjanji untuk memberi pertolongan supaya mereka mendapat bantuan dan kemudahan pindah
ke rancangan FELDA.

Penutup [2 markah]
Penilaian/pandangan/rumusan/kesimpulan/cadangan

38
5. Berdasarkan gambaran dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur, nilai kemanusiaan yang
terdapat pada watak Mahani dapat dijadikan panduan dalam kehidupan anda. Bincangkan. [25]

Cadangan jawapan

Pengenalan [3]
1. Maksud nilai kemanusiaan perihal manusia atau sifat-sfat manusia baik yang dapat
membangunkan seseorang menjadi individu unggul.
2. Latar belakang watak Mahani
3. Menyenaraikan isi-isi penting.

Isi [20]
1. Hormat menghormati

Mahani amat menghomati kedua-dua ibu bapanya. Dia menerima keputusan ayah dan ibunya
untuk menerima pinangan Rahim. Mahani juga amat menghormati Encik Muhammad semasa
berada di pejabat.

2. Prihatin

Mahani sangat prihatin akan nasib penduduk kampung Pulai apabila Syarikat Lombong
LembahTualang hendak dibangunkan memikirkan nasib dan kesusahan penduduk.

3. Berbudi bahasa

Mahani memilki budi bahasa yang baik sehinggakan Cik Puan Tipah berhasrat untuk menjadikan
sebagai menantu.

4. Kasih sayang

Mahani bukan sahaja menyayangi ibu dan bapanya malah dia turut menyayangi Rahim. Walaupun
mereka jauh terpisah dan jarang berhubung, namun kasih sayang akhirnya menyatukan mereka
dengan ikatan pertunangan.

5. Bersopan santun

Mahani bingkas bangun semasa bermain piano untuk bersalam dan mencium tangan Cik Puan
Tipah

6 Setia

7. Taat kepada perintah Allah

8. Rajin

Penutup [2m]
Membuat hasil rumusan hasil dari perbincangan di atas.

39
40
2.0 PEMBANGUNAN MASYARAKAT

2.1 PENDIDIKAN
2.1.1 KONSEP PENDIDIKAN

Pendidikan merujuk kepada perihal mendidik/didikan/latihan/ajaran atau proses membentuk manusia


secara menyeluruh dan seimbang; atau tujuan pendidikan secara umum seperti memperkembangkan
potensi intelek, fizikal, emosi, dan rohani manusia ke arah tahap kesempurnaan.

Frederick J. pendidikan merupakan suatu proses atau kegiatan yang diarahkan untuk mengubah
Mc Donald kebiasaan (behaviour) manusia.

pendidikan ialah suatu proses untuk membentuk individu yang berakhlak mulia.
Plato tujuan pendidikan ialah memberikan setiap warganegara peluang untuk mencapai
kebahagiaan hidup.

pendidikan adalah proses membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang.


Atan Long

41
2.1.2 KEPENTINGAN PENDIDIKAN

Matlamat Pendidikan Negara bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki serta
menghayati ciri-ciri berikut;

kepentingan pendidikan dalam konteks pembangunan masyarakat kini.

42
2.1.3 KEPENTINGAN PENDIDIKAN BERDASARKAN NOVEL SAUDAGAR BESAR DARI
KUALA LUMPUR DAN SLALATUS SALATIN (SEJARAH MELAYU)

1. Mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum/majmuk


-Rahim, Robert dan Mahani belajar di sekolah yang sama
-Seri Rama (India Muslim), Tun Mai Ulat Bulu, Sultan Mahmud Syah belajar agama dengan
Maulana Sadar Jahan (Arab)

2. Membentuk masyarakat yang perihatin


- Pendidikan yang diterima oleh Lebai Maarup dan Rahim menjadikannya anggota masyarakat
yang perihatin terhadap persekitarannya.
- Pendidikan agama yang diperolehi oleh Sultan Mansur Syah, Sultan Alaud-Din, Tun Mutahir dll
menjadikan mereka pentadbir/pemerintah/anggota masyarakat yang perihatin terhadap
permasalahan rakyat jelata/masyarakat Melaka.

3. Membentuk masyarakat yang berakhlak mulia


- Pendidikan yang di terima oleh Lebai Maarup, Imam Saat, Mahani, Rahim menjadikan mereka
sebagai anggota masyarakat yang mempunyai budi pekerti yang mulia.
- Sultan Muhammad(Fakir Muhammad), Sultan Mansur Syah, Sultan Mahmud Syah (?), Raja
Ahmad dll mempunyai akhlak dan budi pekerti yang tinggi.

4. Melahirkan masyarakat yang berpendidikan agama


- Pendidikan yang diterima oleh Lebai Maarup, Imam Saat (belajar di Tanjung Karang), Murid
Lebai Maarup dan Imam Saat menjadikan mereka anggota masyarakat yang mempunyai
pengetahuan agama yang tinggi.
- Sultan Mansur Syah, pembesar Melaka, Kadi Yusuf (belajar dengan Maulana Abu Bakar kitab
Duril-mazlum- hlm 157) Sultan Mahmud (Belajar Kitab Maklumat dengan Maulana Yusuf
hlm 201), Sultan Mahmud, Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir, Seri Rama, Tun Mai Ulat Bulu,
dan Raja Ahmad (mendapat pendidikan agama dengan Maulana Sadar Jahan), Sultan Ahmad Syah
(belajar tasauf dengan Makhdum Sadar Jahan hlm 266), Sultan Ahmad Syah juga belajar ilmu
tauhid dengan Makhdum Sadar Jahan (hlm 268), menjadikan mereka anggota
masyarakat/golongan yang berpendidikan agama.
5. Melahirkan masyarakat yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang tinggi
- En. Muhammad (belajar di England hlm 11), Robert (Ijazah Kejuruteraan Lombong, hlm 16),
Rahim (Ijazah Pengurusan Dagang - 193), Mahani (kesetiausahan hlm 79), Jahid (sekolah
menengah-SPM, hlm 22), Lebai Maarup, Imam Saat dll memberi mereka peluang untuk
mendapatkan pekerjaan yang lebih baik. Ilmu yang diperolehi melalui pendidikan juga dapat
digunakan untuk memajukan masyarakat/membentuk akhlak masyarakat.
- Sultan Mansur Syah menitahkan segala Anak Tuan-tuan belajar ilmu gajah dengan Maharaja
Dewa Sura. Baginda juga menggalakkan segala Anak Tuan-tuan/rakyat Melaka belajar/mencari
ilmu seperti ilmu kuda, ilmu bermain pelbagai senjata, dan ilmu hulubalang. Baginda sanggup
membiayai/mengeluarkan belanja kepada sesiapa yang belajar ilmu berkenaan (hlm 106), Ilmu
yang diperolehi melalui pendidikan dapat digunakan untuk memajukan masyarakat/membentuk
akhlak masyarakat/merubah status masyarakat.

6. Melahirkan masyarakat yang seimbang dan bersepadu antara dunia dan akhirat
- Rahim belajar di England, tapi dia tetap mempunyai pegangan agama yang kukuh tidak
terpengaruh dengan budaya barat.

43
7. Mengubah status sosial masyarakat
- En. Muhammad usahawan/saudagar yang berjaya-pada peringkat awal menjadi pekerja tetapi
akhirnya menjadi rakan kongsi dan memiliki syarikat sendiri Syarikat Lombong Lembah
Tualang. Lebai Maarup dikagumi masyarakat kampung Pulai kerana ketinggian ilmu agamanya.

- Maharaja Dewa Sura asalnya Raja Indera Pura tetapi di tawan/tangkap oleh Seri Bija Diraja (hlm
96 100) akhirnya dibebaskan dan dijadikan gembala gajah kerana mempunyai ilmu gajah.

8. Melahirkan masyarakat yang berdaya saing.


- En. Muhammad mampu bersaing dengan bangsa lain dalam perdagangan dan perniagaan.

9. Melahirkan masyarakat yang utuh jati diri.


- Rahim dan Robert tidak mudah terpengaruh dengan budaya barat sewaktu mereka belajar di
England. Begitu juga dengan Lebai Maarup.

- Sultan Mansur Syah, Raja Ahmad, Sultan Ahmad Syah dan Tun Mutahir mempunyai kekuatan
jati diri.

44
LATIHAN

1. Pendidikan penting untuk membentuk akhlak masyarakat. Berdasarkan novel Saudagar Besar
dari Kuala Lumpur, bincangkan pernyataan tersebut dalam konteks pembangunan masyarakat. [25]

Cadangan jawapan

Pengenalan [3]

1. Pendidikan merujuk kepada perihal mendidik/didikan/latihan/ajaran atau proses membentuk


manusia secara menyeluruh dan seimbang; atau tujuan pendidikan secara umum seperti
memperkembangkan potensi intelek, fizikal, emosi, dan rohani manusia ke arah tahap kesempurnaan.

2. Akhlak merujuk kepada kebaikan atau ketinggian budi pekerti, kelakuan, dan tabiat

3. Mengemukakan isi yang akan dibincangkan.

Isi [20]

1. Jahat kepada baik Lebai Maarup pada peringkat awal merupakan seorang yang agak nakal
namun setelah mendapat pendidikan agama Lebai Maarup telah berubah.

2. Jahil kepada berilmu Sebelum menerima pendidikan agama Lebai Maarup bukanlah seorang
yang mempunyai ilmu agama yang tinggi, tetapi setelah mendapat pendidikan agama beliau
memiliki ilmu yang tinggi dan mampu berkongsi dengan anggota masyarakat.

3. Tidak berkemahiran menjadi lebih mahir Mahani belajar kesetiaushaan

4. Tidak cekap menjadi lebih cekap Mahani belajar kesetiaushaan

5. Pemarah kepada penyabar/penyayang Imam Saat terhadap Sudin (hlm 101)

6. Bermusuh/berdendam menjadi berbaik-baik Imam Saat dengan arwah Yaakob ayah Gayah
pernah berdendam kerana tanah. Apabila Sudin dan Gayah kahwin wujud hubungan kekeluargaan.
Pendidikan agama yang diterima oleh Imam Saat telah menjadikannya seorang yang sedar tentang
duduk perkara sebenarnya. (hlm 102 -103)

7. Kurang matang menjadi lebih matang Rahim dan Robert yang mendapat pendidikan di England
telah mematangkan mereka berdua.

8. Berfikiran sempit kepada berfikiran terbuka Rahim dan Robert .

Penutup [2 markah]
Penilaian/pandangan/rumusan/kesimpulan/cadangan

45
2. Pendidikan penting untuk membentuk akhlak masyarakat. Berdasarkan teks Sulalatus Salatin
(Sejarah Melayu), bincangkan pernyataan tersebut dalam konteks pembangunan masyarakat . [25]
Cadangan jawapan

Pengenalan [3]

1. Pendidikan merujuk kepada perihal mendidik/didikan/latihan/ajaran atau proses membentuk


manusia secara menyeluruh dan seimbang; atau tujuan pendidikan secara umum seperti
memperkembangkan potensi intelek, fizikal, emosi, dan rohani manusia ke arah tahap kesempurnaan.

2. Akhlak merujuk kepada kebaikan atau ketinggian budi pekerti, kelakuan, dan tabiat seseorang atau
masyarakat.

3. Mengemukakan isi yang akan dibincangkan.

Isi [20]
1. Zalim kepada insaf/menyesal - Sultan Mahmud Syah (hlm. 259)

2. Jahil kepada berilmu/zuhud Fakir Muhammad (hlm 56) Sultan Abdul Jamal (hlm 234)Sultan
Mahmud Syah

3. Pemarah/zalim kepada pengasih Sultan Mahmud mengasihani Tun Fatimah (hlm 264)

4. Pedendam kepada menginsafi segala kesilapan - Sultan Mahmud (hlm 259 dan 264) sangat
menyesal kerana membunuh Bendaahara Seri Maharaja. Lantaran itu baginda turun tahta dan
digantikan dengan Raja Ahmad. Setelah turun tahta, baginda ke Kayu Ara di Hulu Melaka

5. Angkuh/membesarkan diri (hlm 251) kepada redha Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir (hlm
257)

6. Kurang/cetek ilmu kepada lebih berilmu Kadi Yusuf belajar dengan Maulana Abu Bakar.(hlm
158)

7. Angkuh kepada rendah diri Sultan Mahmud mengelarkan dirinya sebagai fakir Mahmud sewaktu
baginda hendak belajar kitab Maklumat dengan Maulana Yusuf (hlm 202)

8. Gelap hati kepada terang hati Maulana Abu Bakar menyatakan bahawa Sultan Mansur syah
sangat terang hati/mudah menerima ilmu sewaktu baginda belajar kitab Duril-mazlum

Penutup [2 markah]
Penilaian/pandangan/rumusan/kesimpulan/cadangan

46
2.2 SOSIAL
2.2.1 BUDAYA

KONSEP BUDAYA

1. rangkuman segala aspek hidup manusia , baik dalam bentuk fikiran, kepercayaan , perlakuan
ataupun penghasilan dalam sesuatu masyarakat yang diterima oleh sebahagian besar anggotanya dan
mewarisinya turun-temurun. Dengan perkataan lain kebudayaan termasuklah bentuk sosial, politik, adat
dan istiadat serta ekonomi sesebuah masyarakat.(Haron Daud, Sejarah Melayu, satu kajian daripada
aspek Pensejarahan Budaya , DBP, 1989, hlm. 8)

2. Kamus Dewan edisi keempat (2007) mendefinisikan budaya sebagai tamadun, peradaban,
kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir ,berkelakuan dan sebagainya). Tegasnya budaya boleh
didefinisikan sebagai suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem
sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam , sikap, nilai dsbnya yang
diwarisi oleh sesuatu masyarakat atau bangsa.

2.2.1.1 HUBUNGAN KONSEP BUDAYA DENGAN KONSEP ADAT ISTIADAT

Adat dan istiadat. Dalam konteks ini adat dan istiadat adalah dua hal yang berbeza. Adat lebih
merupakan undang-undang dan peraturan (larangan) negeri, manakala istiadat lebih melibatkan
kepada upacara seperti perkahwinan, kematian dan pertabalan.(Haron Daud, Sejarah Melayu, satu
kajian daripada aspek Pensejarahan Budaya , DBP, 1989, hlm. 18)dalam konteks masyarakat Melayu
perkataan adat dalam penggunaan harian misalnya boleh sahaja diertikan sebagai cara yang sudah
menjadi kebiasaan(Haron Daud, Sejarah Melayu, satu kajian daripada aspek Pensejarahan Budaya ,
DBP, 1989, hlm. 141)

Mengikut M.B. Hookerdalam masyarakat Melayu, antaranya adat meliputi budi bahasa atau
tatatertib, perlakuan yang wajar, sesuatu keadaan yang lazim dan undang-undang (Haron Daud, Sejarah
Melayu, satu kajian daripada aspek Pensejarahan Budaya , DBP, 1989, hlm. 141). Mengikut Haron Daud
lagi, apabila menyebut adat istiadat, ia membawa dua maksud iaitu berbagai adat dan upacara
termasuk peraturan perlaksanaannya. Sehubungan dengan itu, berbeza dengan undang-undang, istiadat
boleh dikatakan tidak melibatkan hukuman atau denda tertentu.

Dari segi etimologi, perkataan adat adalah berasal daripada bahasa Arab, iaitu addah yang
membawa maksud kebiasaan. Apabila dipakai dalam kosa kata Melayu adat merujuk kepada satu cara
hidup atau cara manusia mengatur kehidupan mereka. Walaupun begitu, hampir semua masyarakat
Nusantara, sama ada yang menerima pengaruh Islam atau pun tidak, telah memadukan konsep ini dalam
erti yang hampir sama dalam kebudayaan mereka. Dalam masyarakat Melayu tradisi, konsep adat

47
memancarkan hubungan yang mendalam lagi bermakna antara sesama manusia dan dengan alam
sekitarnya, termasuk alam tabii (nature), alam sosial dan alam ghaib. Setiap perhubungan itu diucapkan
sebagai adat, diberi bentuk tegas dan khusus melalui sikap, perbuatan dan acara (Zanial Kling, 1996:2).

Adat memberi takrif kepada seluruh kompleks hubungan itu sama ada dalam erti kewujudan
sesuatu, menjadi asas ukuran baik-buruk, menjadi peraturan hidup masyarakat, mahupun tata cara
perbuatan individu dan penubuhan serta perjalanaan sesuatu kelompok institusi.(Zainal Abidin Borhan,
2003:1). Mengikut Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu (atas talian) adat, peraturan yang
sudah diamalkan turun-temurun dalam sesuatu masyarakat sehingga menjadi hukum yang harus dipatuhi.
Kedatangan Islam ke Alam Melayu membawa konsep ini dengan makna yang lebih luas dan mendalam
sehingga merangkumi keseluruhan cara hidup yang kini ditakrifkan sebagai kebudayaan, undang-undang,
sistem masyarakat, upacara, dan segala kebiasaan yang sering dilakukan, seperti cara makan atau cara
duduk. Adat sebagai kelakuan dan kebiasaan yang betul seperti menghormati orang yang lebih tua dengan
menggunakan istilah panggilan pangkat kelahiran atau kekeluargaan. Adat juga sebagai segala perlakuan
upacara yang seringkali disebut sebagai adat istiadat. Dalam bentuk ini, adat termasuklah dalam
lingkungan bidang kepercayaan dan perlakuan agama, serta magis. Adat dengan erti susunan masyarakat
dan segala lembaga kemasyarakatannya, seperti sistem kekeluargaan, sistem politik mahupun sistem
ekonomi, seperti pemilikan tanah dan pembahagian harta. Institusi kekeluargaan yang lazim dilaksanakan
pelbagai masyarakat ialah adat masyarakat itu. Ada masyarakat yang biasa mengamalkan sistem
kekeluargaan matrilokal dan ada yang neolokal. Demikian juga, ada masyarakat yang membahagikan harta
serta pemilikan harta secara faraid dan ada yang secara sama rata.

Mengikut Zainal Abidin Borhan dalam makalah beliau Adat Istiadat Dalam Sulalat al-Salatin
(2013:2),.. adat memancarkan kesan hubungan yang amat mendalam lagi bermakna, antara manusia
dengan alam sekeliling, alam tabii, alam ghaib, dan sebagainya. Setiap hubungan diungkapkan sebagai
adat, yang dapat dilihat di dalam perlakuan, sikap, tindakan dan upacara. Adat juga merupakan struktur
yang menghubungkan seluruh kehidupan manusia Melayu yang menegaskan sifat dan ciri keperibadian,
kedudukan dan harakat serta darjat, identiti dan jati diri manusia, peristiwa dan upacara, tata kelakuan dan
tata cara, pendekatan dan kaedah, yang berlaku sepanjang kehidupan manusia.

Mengikut Yusoff Iskandar dan Abd. Rahman Kaeh, dalam Sejarah Melayu: Satu Perbincangan
Kritis Dari Pelbagai Bidang menyatakan bahawa perkataan adat adalah istilah yang dikutip daripada
bahasa Arab. Pada asasnya, adat bererti kebiasaan, tetapi kini pengertiannya lebih luas, merangkumi,
semua kesusilaan dan kebiasaan masyarakat disemua lapangan hidupjuga semua peraturan tingkahlaku
apa pun jua Berdasarkan pengertian tersebut, dapatlah disimpulkan bahawa adat merupakan segala
peraturan serta hukuman yang diwujudkan di dalam satu-satu sistem masyarakat yang bertujuan untuk
membendung perlaakuan-perlakuan dan memupuk nilai-nilai kemanusiaan anggota masyarakatnya.
Umumnya adat adalah peraturan hidup manusia. Mengikut Yusoff Iskandar dan Abd. Rahman Kaeh lagi,

48
adat istiadat pula adalah merupakan kata majmuk kepada perkataan adat. Sedangkan adat istidat ini
dapat didifinsikan sebgai sesuatu perlakuan anggota masyarakat di dalam satu kelompok, wilayah/negeri.
Ia lebih merupakan kebiasaan yang digemari dan diiktiraf oleh masyarakat.

Akhirnya mengikut pandangan Norhayati Ab. Rahman dalam makalah beliau Adat dan Adat
Istiadat Dalam Sastera Sejarah Sebagai Peneguhan Kepada Ketuanan dan Kekuasaan Raja Melayu
(2009:2) menyatakan bahawa adat istiadat dapat dibahagikan kepada dua bahagian. Pertama adat istiadat
yang berhubung dengan upacara dalam kitaran kehidupan manusia bermula dari detik awal kelaahiran
sehinggalah ke titik ahkir, iaitu kematian. Setiap tahap dalam kitaran tersebut dilalui atau disambut dengan
pelbagai upacara atau istiadat seperti adat orang bersalin, adat orang muda, adat orang berlaki bini, adat
orang meninggal dan sebagainya. Adat istiadat tersebut dipraktik oleh golongan rakyat dan golongan raja.
Kedua, adat istiadaat yang melambangkan kuasa (authority) yang hanya dipraktikkan oleh golongan raja
atau istana. Misalnya adat istiadat semasa menyambut kelahiran, atau adat istiadat membaca siri salasilah
raja-raja Melayu, adat istiadat perkahwinan, adat istiadat pertabalan, adat istiadat semasa kemangkatan dan
sebagainya. Satu perkara yang amat perlu disedari bahawa adat itu dinamik. Adat boleh berubah, tetapi
setiap perubahan itu hendaklah dipermuafakatkan. Adat istiadat, hukum adat, adat yang teradat adalah
ciptaan manusia, melainkan hukum Allah. Hukum alam juga berubah, lantaran tabii alam yang semula jadi.
(2013:3)

Berdasarkan pandangan dan pendapat sarjana di atas, budaya dan adat istiadat mempunyai
pertalian/hubungan yang sangat rapat dan saling melengkapi antara satu sama lain. Lantaran itu, dalam
konteks pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Kesusasteraan Melayu komunikatif STPM, guru
dan pelajar harus membataskan konsep budaya pada bahagian Pembangunan Masyarakat dalam ruang
lingkup adat istiadat yang merangkumi segala aspek hidup manusia , baik dalam bentuk fikiran,
kepercayaan , perlakuan ataupun penghasilan dalam sesuatu masyarakat yang diterima oleh sebahagian
besar anggotanya dan mewarisinya turun-temurun. Ianya juga merangkumi sistem masyarakat, upacara,
dan segala kebiasaan yang sering dilakukan, seperti cara makan atau cara duduk. Adat sebagai kelakuan
dan kebiasaan yang betul seperti menghormati orang yang lebih tua dengan menggunakan istilah panggilan
pangkat kelahiran atau kekeluargaan. Adat juga sebagai segala perlakuan upacara yang seringkali disebut
sebagai adat istiadat. Dalam bentuk ini, adat termasuklah dalam lingkungan bidang kepercayaan dan
perlakuan agama, serta magis.

Adat dengan erti susunan masyarakat dan segala lembaga kemasyarakatannya, seperti sistem
kekeluargaan, sistem politik mahupun sistem ekonomi, seperti pemilikan tanah dan pembahagian harta.
Institusi kekeluargaan yang lazim dilaksanakan pelbagai masyarakat ialah adat masyarakat itu. Manakala
adat yang difahami/membawa maksud undang-undang, peraturan dan larangan harus diletakkan

49
pada bahagian Pembangunan Negara berdasarkan Sukatan Pelajaran bagi mata pelajaran Kesusasteraan
Melayu Komunikatif.

BUDAYA DALAM SULALATUS SALATIN (SEJARAH MELAYU) dan SAUDAGAR BESAR DARI
KUALA LUMPUR

BUDAYA

SAUDAGAR BESAR DARI KUALA


SULALATUS SALATIN LUMPUR

50
Perkahwinan -
Pangilan pangkat
kelahiran/kekeluargaan -

Bertindik dan berkhatan - Perkahwinan -

Kematian/pengebumian -

Hormat orang tua -

Pelantikan dan pertabalan raja -

Kunjung mengunjung/ziarah
menziarahi -
Permainan -

Makanan -
Permandian -

Adat menuntut ilmu -


Adat menuntut ilmu -

Menyambut kelahiran bayi -


Berniaga kecil-kecilan dalam kalangan
orang Melayu -

Pakaian -

Kemukakan contoh yang sesuai dengan menyatakan halaman berdasarkan teks Sulalatus Salatin (Sejarah
Melayu) dan novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpu
LATIHAN

1. Jelaskan budaya yang terdapat dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur yang masih
menjadi amalan masyarakat kini dalam konteks pembangunan masyarakat [25]

2. Bincangkan kepentingan budaya yang dipaparkan dalam teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu)
kepada pembangunan masyarakat [25]

51
2.2.2 PERPADUAN

KONSEP PERPADUAN KAUM

1. Elemen merujuk kepada sesuatu yang menjadi bahagian dalam sesuatu keseluruhan unsur (Kamus
Dewan edisi keempat)

2. Perpaduan bermaksud perihal berpadu (bergabung menjadi satu, sepakat, dll (Kamus Dewan edisi
keempat)

3. Perpaduan rakyat dapat diertikan sebagai rakyat berganding bahu untuk melakukan sesuatu dan
sentiasa menyelesaikan masalah secara musyawarah.

4. Elemen perpaduan merujuk kepada sesuatu yang menjadi sebahagian dalam perpaduan antara
kaum

1. Perpaduan juga dapat diertikan sebagai hubungan yang erat bersifat toleransi yang diwujudkan secara
sengaja antara kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas
(Rosli b. Abdul Manaf dalam Haron Daud, 1989)

Rumusan daripada konsep perpaduan:

1. Perpaduan masyarakat adalah sifat dan perlakuan yang diamalkan secara bersama dalam sebuah
kelompok manusia yang ramai yang menggambarkan mereka bersatu.

2. Aspek perpaduan perlu dilihat dari sudut masyarakat majmuk

3. Masyarakat majmuk berdasarkan Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dilihat dari aspek keturunan
Melayu, keturunan India Muslim, keturunan Arab dan Cina. Sementara dari novel Saudagar Besar dari
Kuala Lumpur pula dilihat daripada masyarakat perpaduan antara Melayu dan Cina.

52
NOTA : Elemen yang dinyatakan di atasELEMEN
adalah sebahagian sahaja. Terdapat elemen-elemen lain yang boleh
2 (AKTIVITI)
dibincangkan.

53
LATIHAN
1. Perpaduan mampu membangunkan sesebuah masyarakat. Bincang elemen pemantapan perpaduan
di Melaka sebagaimana yang digambarkan dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). [25]

Cadangan jawapan
Pengenalan [3]
1. Perpaduan bermaksud perihal berpadu (bergabung menjadi satu, sepakat, dll (Kamus Dewan edisi
keempat)
2. Perpaduan rakyat dapat diertikan sebagai rakyat berganding bahu untuk melakukan sesuatu dan
sentiasa menyelesaikan masalah secara musyawarah.
3. Elemen perpaduan merujuk kepada sesuatu yang menjadi sebahagian dalam perpaduan antara
kaum
4. Perpaduan juga dapat diertikan sebagai hubungan yang erat bersifat toleransi yang diwujudkan
secara sengaja antara kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan
ikhlas

Isi [20]
1. Hormat menghormati dalam kalangan masyarakat majmuk.

Masyarakat di Melaka seperti Melayu, Keling (Tamil-Muslim), Cina, Arab, Arab-Parsi dan
sebagaainya hidup dalam keadaan harmoni kerana mereka saling hormat menghormati antara satu
sama lain.
2. Bekerjasama dalam mempertahankan kedaulatan Melaka.

Masyarakat pelbagai kaum telah bersama-sama mempaetahankan kedaulatan Melaka. Contohnya


Saidi Arab yang berkuturunan telah membantu Melaka semasa pemerintahan Sultan Muzaffah
Syah dari serangan Siam dibawah pimpinan Awi Dicu. Begitu juga Mia Razul yang berkuturunan
Tamil-Muslim telah membantu Melaka menentang Haru.
3. Perkongsian kuasa dalam politik/pentadbiran.
Perpaduan dalam kalangan masyarakat boleh terjelma melalui perkongsian kuasa dalam politik
dan pentadbiran. Contohnya terdapat pelbagai etnik/kaum yang bersama-sama mentadbir Melaka.
Mani Purindan keturunan Tamil-Muslim telah didudukkan setara dengan menteri sewaktu
pemerintahan Sultan Muhammad Syah. Tun Ali yang bergelar Seri Nara Diraja adalah anak Mani
Purindam telah dilantik menjadi bendahara Melaka. Begitu juga Sultan Muzaffar Syah (Raja
Kassim) yang berkuturanan Tamil-Muslim dilantik menjadi Sultan. Raja Mandeliar dilantik
menjadi syahbandar Kadi Yussuf keturunan Arab dilantik menjadi kadi.
4. Perkahwinan campur.
Perpaduan dalam kalangan masyarakat di Melaka terjalin melalui perkahwinan antara kaum
Melayu dengan Tamil-Muslim, Arab, Arab-Parsi, Cina dan sebagainya. Melalui perkahwinan akan
lahirlah rasa kasih sayang, hormat-menghormati, tolak ansur dan sebagainya, yang akhirnya
mendorong kepada pemantapan perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk. Contohnya Seri
Nara Diraja Tun Ali (Tamil Muslim) telah berkahwin dengan Tun Kudu (Melayu) telah meredakan
perselisihan faham antara Seri Nara Diraja Tun Ali dengan Tun Perak.
5. Penyebaran dakwah dan Ilmu.
Perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk boleh terjelma melalui aktiviti dakwah dan
penyebaran ilmu dalam kalangan masyarakat majmuk. Contohnya, wujudnya hubungan yang erat
antara orang-orang Arab dengan komuniti lain di Melaka melalui kerja dakwah dan penyebaran
ilmu. Orang-orang Arab ini rata-ratanya terdiri daripada alim ulama dan pedagang yang secara
tidak langsung telah menjalankan aktiviti dakwah dan mengajar ilmu agama dalam kalangan
masyarakat Melaka yang pelbagai kaum itu. Maulana Sadar Jahan misalnya menjadi guru kepada
Tun Mai Ulat Bulu, Seri Rama, dan Sultan Mahmud.

Penutup [2]
Rumusan/ Cadangan/ Ulasan/ Pandangan/ Pendirian dan lain-lain yang berkaitan.

54
2. Baca petikan di bawah dengan teliti dan jawab soalan yang mengikutinya:
Encik Muhammad beruntung mendapat seorang saudagar berjiwa besar seperti Datuk Tan yang
sentiasa dapat memisahkan antara dagang dengan politik dan perasaan perkauman. Dia mencuba
menyakinkan Tan Sri Syed Aris bahawa sokongan Datuk Tan terhadap projek lada hitamyang
dikemukakannya itu bukanlah sokongan yang sama seperti yang diberikan oleh Tauke Lim. Jika Tan Sri
Syed Aris curiga atas sokongan Tauke Lim itu kerana tujuan memelihara kepentingan saudagar-saudagar
Cina dalam lapangan lada hitam, maka sokongan Datuk Tan semata-matakerana dia yakin bahawa projek
itu akan menguntungkan syarikat.
(Dipetik daripada Keris Mas 2006. Saudagar
Besar dari Kuala Lumpur,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka, halaman 60-61)

Bedasarkan petikan di atas, bincangkan bagaimana bidang ekonomi berfungsi sebagai elemen pemantapan
perpaduan antara kaum dalam konteks pembangunan sesebuah masyarakat. [25]
Cadangan jawapan

Pendahuluan [3]
Konsep perpaduan
Ringkasan cadangan isi

Isi [20]
1. Perkongsian ekuiti/saham dalam syarikat antara orang Melayu dan Cina. Perpaduan dalam
kalangan masyarakat berbilang kaum boleh terjelma melalui kegiatan ekonomi yang dijalankan, khususnya
melalui perkongsian saham dalam sesebuah syarikat. Perkongsian saham/ekuiti dalam syarikat terjelma
kerana wujudnya sikap saling mempercayai antara satu sama lain. Sikap saling mempercayai antara satu
sama lain dalam perniagaaan mampu mewujudkan hubungan kaum yang erat dan harmoni sifatnya.
Persefahaman antara kaum dalam menguruskan perniagaan bukan saja mendatangkan keuntungan, malah
ia juga akan menglahirkan sebuah masyarakat yang harmoni, saling menyangi, hormat menghormati antara
satu sama lain dan sebagainya. Keadaan ini jelas dapat dilihat dalam novel Saudagar Besar dari Kuala
Lumpur. En. Muhammad mempunyai 60% saham dalam syarikat Firma Serba Dagang Internasional.
Syarikat Firma Serba Dagang Internasional adalah sebuah syarikat perkongsian antara Datuk Tan dengan
En. Muhammad.

2. Orang kanan/individu penting dalam syarikat lada hitam


Cth: rakan kongsi dalam syarikat Firma Serba Dagang Internasional

3. Usahasama dalam perlombongan


Cth: Berpadu tenaga dalam syarikat Lombong Lembah Tualang

4. Sebagai pekerja syarikat


Cth: i) En Muhammad sebagai Pengarah Urusan syarikat Tan Enterprise
ii) Mary pernah bekerja sebagai setiausaha En. Muhammad

5. Kerjasama En Chan (Chan Builders) dengan Datuk Mahmud


Cth: Cadangan pelaksanaan projek perumahan di kampung Pulai

6. Saling percaya menpercayai dalam perniagaan


Datuk Tan percaya dan yakin dengan kemampuan En. Muhammad menguruskan syarikat mereka.

Penutup: [2]

Penilaian/pandangan/rumusan/kesimpulan/cadangan

55
2.2.3 MOBILITI

KONSEP STRATAFIKASI SOSIAL DAN MOBILITI SOSIAL

Mobiliti sosial mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan stratifikasi sosial. Dengan
wujudnya stratafikasi sosial, maka akan lahirlah mobiliti sosial. Oleh yang demikian untuk memahami
konsep mobiliti sosial dalam konteks Sukatan Pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif, guru dan
pelajar harus mengetahui dan memahami konsep stratafikasi sosial terlebih dahulu. Perbezaan individu
atau kelompok masyarakat telah menyebabkan munculnya satu hieraki yang terdiri dari lapisan atau strata
yang berlainan kedudukannya yang disebut sebagai stratifikasi sosial. Stratifikasi sosial melibatkan satu
sistem nilai yang dikenakan ke atas sesuatu masyarakat dan menghasilkan satu hieraki sosial yang
menegak sifatnya. Setiap hieraki membawa satu nilai yang berbeza antara satu sama lain. (Sohaimi Abdul
aziz, 1992:12).

Dalam kajian sosiologi Barat, stratifikasi sosial yang berasaskan teori Karl Marx amat memberi
penekanan kepada aspek ekonomi atau penguasaan ekonomi untuk membezakan antara satu kelas sosial
dengan kelas sosial yang lain (kelas borjuis kapitalis dan berkuasa serta mempunyai punca-punca
pengeluaran, dan kelas proletar(marhain) tidak berada, tiada kuasa, tertindas). Selain daripada Marx,
seorang lagi tokoh yang banyak memperkatakan tentang stratifikasi sosial ialah Weber. Apa yang
membezakan antara Marx dan Weber ialah, Marx memberi penekanan kepada kelas dengan mengaitkan
organisasi ekonomi dan politik, manakala Weber hanya membataskan konsep kelas kepada ruang lingkup
ekonomi sahaja (1992:14). Selain daripada kelas, Weber menjadikan status dan parti (kuasa) sebagai kayu
ukur dalam menentukan sesuatu stratifikasi sosial. Status bagi Weber berada dalam lingkungan sosial,
manakala kelas berada dalam lingkungan ekonomi.

Mengikut Sohaimi Abdul Aziz (1992), beliau menyatakan bahawa konsep status mengikut Weber
ialah penghormatan masyarakat berdasarkan nilai yang dipersetujui bersama. Setiap status sosial itu
dilihat dari segi superiority (yang lebih tinggi) atau inferiority (yang lebih rendah). Justeru setiap status
sosial diberikan penilaian dan disusun dalam satu hieraki. Weber juga menyatakan bahawa parti (kuasa)
juga penentu kepada kedudukan sosial individu atau kelompok masyarakat.Ting Chew Peh pula
menyatakan secara kasar, status sosial boleh dikelompokkan kepada dua jenis, iaitu status warisan dan
status perolehan. Status warisan adalah status yang diperturunkan daripada satu generasi kepada satu
generasi, seperti keturunan, bangsa, ataupun ras. Status perolehan tidak mempunyai kaitan dengan
keturunan seseorang. Ia ditentukan oleh kebolehan, daya usaha, dan pengetahuan seseorang individu.

Berdasarkan sosiologi Barat, piramid stratafikasi sosial Barat ditentukan oleh kelas dan status
sosial yang membawa nilai kebendaan. Individu atau masyarakat yang berharta dan berprestij diletakkan
dalam strata sosial yang tinggi. Justeru itu, individu atau kelompok masyarakat yang ingin mengalami
mobiliti sosial hanya mendapatkan faktor-faktor yang memancarkan nilai kebendaan, seperti kekayaan,
pekerjaan, dan pendidikan sekular. Sosiologi Islam amat jauh bezanya dengan sosiologi Barat dalam
menentukan stratifikasi sosial individu atau kelompok masyarakat. Asas penetapan sosiologi Islam dalam
menentukan stratifikasi sosial ialah al-Quran (surah Al Hujrat: 13) dan Sunnah Nabi. Berdasarkan al-Quran
dan Sunnah, aspek ketaqwaan individu atau kelompok masyarakat sebagai kriteria utama bagi
menentukan kedudukan individu itu di sisi Allah. Kriteria yang sama telah digunakan oleh masyarakat
Islam dalam menentukan kedudukan sosial individu atau kelompok masyarakat.( Sohaimi Abdul Aziz,
1992:19)

56
Ali Syariati menyatakan manusia tidak dibezakan antara satu sama lain berdasarkan kelas sosial,
dan menurut Alia Syariati lagi dalam sosiologi Islam masyarakat atau (al nas) adalah masyarakat tanpa
kelas(1992:19)Ketiadaan kelas sosial dalam sosiologi Islam tidak bermakna bahawa sosiologi Islam tidak
memperlihatkan masyarakat itu berstratifikasi. Sosioligi Islam masih memperlihatkan yang masyarakat
Islam mempunyai stratifikasi sosial, tetapi dengan menggunakan nilai yang berbeza. Nilai yang
digunakan dalam sosiologi Islam sebagai kayu ukur untuk menentukan stratifikasi sosial ialah
ketaqwaan individu atau kelompok masyarakat pada Allah. Ketaqwaan itu dilihat daripada
tingkahlakunya. Individu yang bertaqwa diletakkan dalam lapisan atau strata yang tinggi tanpa mengira
kelas sosialnya sama ada dia kaya, miskin, ataupun seorang hamba. Yang diambil kira ialah ketaqwaannya
pada Allah.(1992:21). Dalam konteks mata pelajaran KMK, lihat stratifikasi sosial yang gambarkan oleh
Haron Daud (1989:53) seperti rajah 1 di bawah sebagai contoh;

Diraja

Bangsawan

Rakyat

Hamba

Rajah 1: Lapisan Masyarakat Mengikut Golongan dalam


Sulalatus Salatin(Sejarah Melayu)

57
Rajah 2: Lapisan Masyarakat Mengikut Golongan dalam Saudagar Besar dari Kuala Lumpur

Berdasarkan konsep startafikasi yang dinyatakan di atas, maka di sini akan dinyatakan pula
beberapa panndangan berkaitan mobiliti sosial. Ting Chew Peh menjelaskan mobiliti sosial merupakan
satu proses perubahan individu atau kelompok dari satu lapisan sosial kepada lapisan sosial yang lain
atau satu kedudukan kepada satu kedudukan baru dalam dalam lapisan yang sama. Mobiliti boleh
berlaku dalam dua bentuk iaitu menegak (vertical) dan mendatar (horizontal). Mobiliti menegak sama ada
ke atas atau ke bawah, melibatkan perubahan status seseorang daripada satu golongan ke golongan
masyarakat yang lain. Manakala mobiliti mendatar hanya melibatkan perubahan kedudukan seseorang
dalam golongan atau kelasnya saja. (Haron Daud, 1989: 62)

Menurut Ting Chew Peh lagi, mobiliti sisial biasanya ditinjau dalam hubungan pekerjaan, kerana
(i)pekerjaan berkait rapat dengan faktor-faktor penting yang menentukan kedudukan dan status sosial,
seperti pendapatan, pola penggunaan, pekerjaan dan gaya hidup, (ii) pekerjaan merupakan satu kategori
penting untuk membahagikan dan menentukan kedudukan tinggi rendah anggota sesuatu masyarakat.
(1992: 23) Menurut Haron Daud pula, dalam masyarakat Melayu Tradisional mobiliti sosial berlaku ke
atas seseorang individu sama ada melalui perkahwinan, tawanan perang, kekayaan atau bakti. (1989: 62)

Konsep mobiliti sosial juga merujuk kepada proses seseorang watak/individu berubah atau
bergerak posisi atau kedudukan mereka daripada satu tahap ke tahap yang lain sama ada secara menurun
atau menaik dalam sesebuah masyarakat. Perubahan kedudukan dalam masyarakat ini boleh jadi berlaku
disebabkan oleh perubahan dari segi pendidikan, pangkat, kekayaan, perubahan status hubungan
kekeluargaan, penglibatan dalam politik, kegiatan bermoral dan tidak bermoral, kesalahan jenayah dan
sebagainya.

Seperti yang disarankan oleh al-Quran bahawa individu yang paling mulia di sisi Allah ialah
individu yang bertaqwa. Oleh itu, sosiologi Islam yang bertolak daripada konsep yang sama dalam
menentukan kedudukan sosial seseorang. Ketaqwaan menjadi satu kriteria penting untuk meletakkan
individu itu pada kedudukan sosial yang tinggi. Pendidikan keagamaan adalah sesuatu yang mempunyai
prestij dan usaha untuk mencapainya akan dapat mempertingkatkan status social mereka. Oleh itu
golongan yang arif tentang agama Islam seperti para ulama, ahli sufi, tuk guru dan imam mendapat
kedudukan sosial yang tinggi dalam masyarakat Islam kerana mereka dipercayai mempunyai tahap
ketaqwaan yang tinggi. (1992:24)

58
Rumusannya mobiliti sosial berlaku ke atas seseorang individu atau kelompok masyarakat
antaranya melalui:

Mobiliti mendatar berlaku ke atas watak-watak di bawah:

Tun Perak
Hang Tuah
Tun Mutahir
En. Muhammad
Datuk Tan dan lain-lain

Tun Perak (perubahan jawatan/pangkat melalui baktinya terhadap Melaka)

Mobiliti menegak berlaku ke atas watak-watak di bawah:

Badang

59
Tun Fatimah
Tun Teja
Raja Mandeliar
Maulana Yusof
Kadi Munawar
Khoja Baba
Bendahara Tun Ahmad (Pahang) dan lain-lain

Badang (perubahan kedudukan melalui kekuatan dan baktinya terhadap Singapura)

HULUBALANG

SADIM SANI

HAMBA

NOTA: Mobiliti dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dan Saudagar Besar dari Kuala
Lumpur di atas adalah sekadar cadangan. Guru digalakkan menyenarai fakta lain yang wujud
dalam kedua-dua teks.

LATIHAN

1. Kedudukan ahli masyarakat dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) bukanlah statik kerana
berlakunya mobiliti sosial. Bincangkan mobiliti sosial secara menegak pada watak-watak yang berkaitan
dalam konteks pembangunan masyarakat pada zaman tersebut. [25]

2. Mobiliti sosial jelas tergambar dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). Berikan ulasan anda
tentang mobiliti sosial sebagaimana yang digambarkan Sulalatus Salatin (sejarah Melayu) dalam konteks
pembangunan masyarakat. [25]

60
Cadangan jawapan
Pengenalan.[3]
1. Mobiliti sosial merupakan satu proses perubahan individu atau kelompok dari satu lapisan sosial
kepada lapisan sosial yang lain atau satu kedudukan kepada satu kedudukan baru dalam
dalam lapisan yang sama.
2. Mobiliti boleh berlaku dalam dua bentuk iaitu menegak (vertical) dan mendatar (horizontal).
Mobiliti menegak sama ada ke atas atau ke bawah, melibatkan perubahan status seseorang
daripada satu golongan ke golongan masyarakat yang lain. Manakala mobiliti mendatar hanya
melibatkan perubahan kedudukan seseorang dalam golongan atau kelasnya saja.
3. Perubahan kedudukan dalam masyarakat ini boleh jadi berlaku disebabkan oleh perubahan dari
segi pendidikan, pangkat, kekayaan, perubahan status hubungan kekeluargaan, penglibatan dalam
politik, kegiatan bermoral dan tidak bermoral, kesalahan jenayah dan sebagainya.
Isi [20]
1. Mobiliti sosial berlaku ke atas seseorang individu sama ada melalui:
- Perkahwinan - Keturunan
- Tawanan perang - Kemahiran
- Pendidikan/Ilmu - Kekayaan
- Bakti/jasa - Jawatan
- Kekuatan fizikal - Pengaruh dll
2. Mobiliti mendatar:
- Tun Perak
- Hang Tuah
- Tun Mutahir
Cth: Tun Perak ( perubahan jawatan/pangkat melalui baktinya terhadap Melaka) daripada
Penghulu Kelang Bentara Perdana Menteri Bendahara Melaka
3. Mobiliti menegak ke atas:
-Tun Teja
-Tun Fatimah
-Badang
-Raja Mandeliar
-Maulana Yusof
-Kadi Munawar
-Khoja Baba
-Bendahara Tun Ahmad Pahang
4. Mobiliti menegak ke bawah:

-Sultan Malikul Tahir


-Sultan Muhammad Syah
-Maharaja Dewa Sura
-Tun Kudu
-Tun Ali

Penutup [2]
Rumusan/ Cadangan/ Ulasan/ Pandangan/ Pendirian dan lain-lain yang berkaitan.

3. Bincang mobiliti sosial dalam konteks pembangunan masyarakat berdasarkan novel Saudagar
Besar dari Kuala Lumpur

MOBILITI HURAIAN CONTOH

Miskin - kaya

61
Bujang - kahwin

Jahil alim

Kurang ilmu berilmu

Tidak berakhlak
berakhlak

Tidak berpengalaman
berpengelaman

Mundur maju

4. Bincang mobiliti sosial dalam konteks pembangunan masyarakat berdasarkan teks Sulalatus
Salatin (Sejarah Melayu)

MOBILITI HURAIAN CONTOH

62
Raja - raja

Raja - rakyat

Raja - hamba

Hamba rakyat -
bangsawan

Bangsawan -
bangsawan

Bangsawan diraja

Diraja - bangsawan

STPM UP2 2016

3. Dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) terdapat mobiliti sosial untuk pembangunan
masyarakat.
(a) Jelaskan bentuk mobiliti sosial. [9]
(b) Bincangkan pernyataan tersebut dalam konteks pembangunan masyarakat Melayu. [16]

63
Cadangan jawapan

(a) Bentuk mobiliti sosial.

1 Mobiliti mendatar perubahan status/lapis yang setara Tun Perak, Tun Mutahir
2 Mobiliti menegak keatas perubahan status/lapis bawah ke atas Tun Fatimah, Tun Teja,
Tun Kudu, Badang dll
3 Mobiliti menegak ke bawah perubahan status/lapis dari atas ke bawah Tun Kudu,
Maharaja Dewa Sura.

(b) Dalam konteks pembangunan masyarakat.

1 Perpaduan/keharmonian
Diraja Tun Kudu (menegak ke bawah) diraja bangsawan

2 Keupayaan/kemahiran aspek pentadbiran


Bangsawan Tun Mutahir (mendatar) Temenggung Bendahara
Tun Perak (mendatar) Penghulu Kelang Bentara Perdana Menteri
Bendahara

3 Mengangkat kehidupan rakyat jasa pengiktirafan/anugerah


Rakyat Khoja Baba (menegak ke atas) membantu tentera Melaka menewaskan Kampar
dianugerahkan
gelaran Khoja dan Tun
Saiyid Ahmad (menegak ke atas) - Daripada seorang nakhoda beliau dijadikan
bentara bergelar
Syah Andika Menteri oleh Sultan Mahmud Syah kerana membantu Tun Biajid
melarikan Tun Teja

4 Menggunakan peluang yang ada untuk mengubah nasib


Hamba Badang (menegak ke atas) hamba bangsawan

5 Meningkatkan taraf kehidupan/perubahan

6 Meningkatkan ilmu/kemahiran

4 Jelaskan mobiliti sosial dalam konteks pembangunan masyarakat yang terdapat dalam novel
Saudagar Besar dari Kuala Lumpur. [25]

Cadangan Jawapan

Pengenalan [3]
1. Mobiliti sosial merupakan satu proses perubahan individu atau kelompok dari satu lapisan sosial
kepada lapisan sosial yang lain atau satu kedudukan kepada satu kedudukan baru dalam
dalam lapisan yang sama.

64
2. Mobiliti boleh berlaku dalam dua bentuk iaitu menegak (vertical) dan mendatar (horizontal).
Mobiliti menegak sama ada ke atas atau ke bawah, melibatkan perubahan status seseorang
daripada satu golongan ke golongan masyarakat yang lain. Manakala mobiliti mendatar hanya
melibatkan perubahan kedudukan seseorang dalam golongan atau kelasnya saja.
3. Perubahan kedudukan dalam masyarakat ini boleh jadi berlaku disebabkan oleh perubahan dari
segi pendidikan, pangkat, kekayaan, perubahan status hubungan kekeluargaan, penglibatan dalam
politik, kegiatan bermoral dan tidak bermoral, kesalahan jenayah dan sebagainya.

Isi [20]
1. Mobiliti sosial dari aspek pendidikan/ilmu pengetahuan En. Muhammad, Lebai Maarup dan
Mahani.
2. Mobiliti sosial dari aspek kerjasama perniagaan/perdagangan En. Muhammad dengan Datuk
Tan.
3. Mobiliti sosial dari segi pekerjaan Sudin
4. Mobiliti sosial dari segi jawatan Penghulu Mahmud Orang Kaya Indera, Tuk Empat Dahalan
Penghulu
5. Mobiliti sosial dari segi penglibatan kaum wanita dalam perniagaan Cik Puan Tipah
6. Mobiliti sosial dari segi politik YB Mohd Yusoff dari pengusaha kilang papan kepada wakil
rakyat.
7. Mobiliti sosial dari segi keagamaan dan keimanan Lebai Maarup
8. Mobiliti sosial dari segi perkahwinan Sudin sebelum berkahwin dengan Gayah merupakan kaki
judi, tetapi selepas berkahwin sikapnya mula berubah.

Nota: Huraian hendaklah dikaitkan dengan pembangunan masyarakat

Penutup [2]
Saranan/cadangan/harapan/rumusan/penilaian

2.2.4 SUSUN LAPIS MASYARAKAT

KONSEP SUSUN LAPIS MASYARAKAT

Susun lapis masyarakat merujuk kepada lapisan dalam masyarakat yang juga merujuk kepada
struktur sosial

65
Struktur sosial adalah merujuk kepada sifat organisasi masyarakat yang terbina daripada semua
komponen atau set sosial di mana setiap komponen itu berfungsi sehingga membolehkan
masyarakat tersebut terus wujud (Haron Daud; 1989)

Susun lapis juga bermaksud pembahagian sesuatu kepada beberapa peringkat kelas, golongan, lapisan
dsb susun lapis sosial (Kamus Dewan edisi keempat; 2007)

2.2.4.1 Susun lapis masyarakat dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu)

Susun Lapis masyarakat dalam teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu)

GOLONGAN DIRAJA GOLONGAN PEMBESAR/BANGSAWAN

1. Raja Mempunyai hubungan yang rapat dengan raja


2. Permaisuri raja 1. Bendahara
3. Anak-anak raja 2. Perdana Menteri
4. Kerabat diraja 3. Penghulu Bendahari
4. Temenggung
5. Laksamana
6. Syahbandar
7. Pembesar-pembesar yang lain
8. Keluarga Mereka yang di atas

RAKYAT HAMBA

Golongan Menengah 1. Hamba Raja/budak raja/biduanda


1. Peniaga 2. Hamba berhutang orang berhutang
2. Pedagang 3. Hamba abdi kekal sebagai hamba sampai

66
3. Saudagar bila-bila termasuk keluarga kecuali
4. Ulamak/Tokoh agama dimerdekakan oleh tuannya
5. Tukang-tukang mahir
6. Biaperi (saudagar/pedagang) hlm 254
7. Golongan kiwi

Rakyat biasa
1. Buruh
2. Petani
3. Nelayan
4. Tukang

Masyarakat Melayu tradisional sebagai sebuah organisasi masyarakat mempunyai struktur sosialnya
sendiri. Segala set sosial termasuk pola tingkah laku, peranan, sistem kemasyarakatan dan komponen-
komponen yang lain yang membentuk organisasi itu melibatkan semua golongan masyarakat. Lapisan
yang terdiri daripada golongan diraja, bangsawan atau pembesar, rakyat biasa dan hamba (Haron Daud,
1989:53). Setiap golongan dalam lapisan sosial ini mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-
masing dalam pembangunan masyarakat dan negara.

2.2.4.2 Peranan Setiap Lapisan Sosial dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu)

GOLONGAN PERANAN

Pemerintah mempunyai kuasa mutlak


Menjadi lambang perpaduan rakyat
Mengetuai hubungan diplomatik
Raja Ketua agama dan adat istiadat
Mengetuai angkatan tentera
Melantik pembesar negeri
Ketua Hakim

Bendahara
Penasihat raja
Menteri utama
Bangsawan/pembesar Ketua turus angkatan perang
Hakim
Pemangku raja
Melantik dan memilih bakal raja/raja

GOLONGAN PERANAN

Penghulu Bendahari
Pemungut hasil/ufti
Ketua segala bendahari penjaga harta dalam perbendaharaan
Ketua urusetia di istana
Protokol di istana

67
Ketua segala syahbandar
Menyimpan daftar hamba raja
Memegang kepala usungan sebelah kanan
Bangsawan/pembesar Temenggung
Ketua polis dan penjara mengawal keselamatan dalam negeri
Penguasa Bandar dan kota
Hakim di darat
Mengepalai gajah
Syahbandar
Mengurus pedagang
Bertanggungjawab ke atas pelabuhan dan kuala
Memungut cukai pelabuhan/pedagang
Laksamana
Bertanggungjawab menjaga negeri daripada ancaman luar baik
dari laut atau di darat mengawal perairan negara
Memikul pedang kerajaan di kelekan balai istiadat
Apabila raja bergajah Laksamana duduk di belakang gajah
memikul pedang kerajaan
Pengawal peribadi raja
Mengetuai utusan

2.2.4.3 Susun lapis masyarakat dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur

Susun Lapis masyarakat dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur
Struktur Sosial Dalam Saudagar Besar dari Kuala Lumpur

Raja Duli Yang Maha Mulia Sultan Pembesar/pentadbir


Orang Kaya Indera (Penghulu Mahmud
Pegawai Daerah
Yang Berhormat Wakil Rakyat

68
Pengerusi JKK

Golongan Menengah Penduduk Kampung


Kumpulan ahli perniagaan elit Melayu En Imam
Muhammad, Tan Sri Syed Aris Guru agama
Kumpulan peniaga dan usahawan Cina- Kakitangan syarikat/awam
Datuk Tan Chong Seng, Tauke Chan Peniaga
Pekebun
Bilal
Masyarakat kampong
Dll

LATIHAN

1. Huraikan peranan golongan diraja dalam susun lapis masyarakat Melayu berdasarkan teks
Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dalam konteks pembangunan masyarakat.

2. Jelaskan susun lapis masyarakat berdasarkan novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur dan
huraikan peranan setiap lapisan masyarakat tersebut dalam konteks pembangunan masyarakat kini [25]

2.2.5 CINTA AKAN ALAM SEKITAR

KONSEP CINTA AKAN ALAM SEKITAR

Bermaksud perasaan atau berperasaan sangat sayang atau cintakan (cinta akan) kepada segala yang ada di
langit dan di bumi (bumi, binatang-binatang, tumbuh tumbuhan, sungai, hutan rimba dll) yang berada di
sekeliling kita. (Kamus Dewan edisi keempat; 2007) Perasaan atau berperasaan sangat sayang atau
cintakan alam sekitar:

69
LATIHAN

1. Cadangkan usaha memupuk rasa cinta akan alam sekitar di Kampung Pulai berdasarkan novel
Saudagar Besar dari Kuala Lumpur [25]
STPM P2 2016
3. Rasa cinta akan alam sekitar telah wujud dalam masyarakat Melayu tradisional. Jelaskan
pernyataan tersebut berdasarkan teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) [25]
Cadangan jawapan

Pendahuluan [3]
Alam sekitar merupakan segala benda hidup, dan bukan hidup yang wujud secara semulajadi di
permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar termasuklah tumbuh-tumbuhan, haiwan,
batu-batan, sungai dan sebagainya, serta fenomena semuljadi yang berlaku.
Menyenaraikan isi yang akan dibincangkan
Isi [20]
Mengkagumi keindahan pantai/pasir yang memutih dipantai Seri Teri Buana dan pengikutnya
kagum melihat pantai yang memutih dalam perjalanannya ke Singapura/Temasik
Mengkagumi pokok Melaka/tumbuh-tumbuhan Raja Iskandar Syah bersandar pada pokok
Melaka merasa kagum lalu menamakan tempat berbenaan sempena pokok Melaka.
Menghargai haiwan/ternakan Semut Besar Merah Silu
Menghayati suasana tanah tinggi Muka bumi/busut Merah Silu
Mengkagumi keindahan gunung ganang Gunung Ledang Tun Mamat kagum dengan flora dan
fauna yang terdapat disepanjang perjalanannya meminang Puteri Gunung Ledang.
Menghargai hasil tani Wan Empuk dan Wan Malini
Keindahan negara Inderapura meendorong Sultan Mansur Syah menyerang dan menakluki
Inderapura
Menghargai hutan

Penutup [2]
Menyatakan harapan/saranan/pandangan/kesimpulan

70
3.0 PEMBANGUNAN NEGARA
3.1 POLITIK

Mengikut Harold Lasswell politik bererti sesiapa yang beroleh sesuatu (kuasa) mengikut masa dan
caranya. Berdasarkan pengertian tersebut politik menekankan kepada kepentingan kuasa. Kuasa itu pula
ada kaitan dengan pemerintahan. (Haron Daud, 1989: 87). Mengikut Kamus Dewan, politik bermaksud
segala sesuatu berkenaan pemerintahan sesebuah negara atau hubungannya dengan negara lain.
Berdasarkan pernyataan di atas, politik bolehlah dikatakan sebagai orang(pemerintah) atau organisasi yang
berkuasa dalam hal-hal yang berkaitan dengan pemerintahan.

3.1.1 KEPEMIMPINAN

1. Kepemimpinan merujuk kepada keupayaan (kebolehan, pencapaian, dsb) sebagai pemimpin, daya
(tindak-tanduk, kecekapan, dsb) seseorang pemimpin (Kamus Dewan Edisi Keempat; 2007)

2. Gaya merujuk kepada sikap, kesukaan, ketaksukaan dan cara berkelakuan yang menjadi ciri
seseorang.

3. Gaya kepemimpinan merujuk kepada sikap, cara berkelakuan, kebolehan, pencapaian, tindak
tanduk, kecekapan dan sebagainya yang menjadi ciri seseorang itu sebagai pemimpin.

Cadangan gaya kepemimpinan dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu):

71
Cadangan gaya kepemimpinan dalam Saudagar Besar dari Kuala Lumpur :

LATIHAN

72
1. Huraikan gaya kepemimpinan Sultan Mansur Syah dan Sultan Alaud-Din Riayat Syah dalam
Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dengan mengemukakan contoh yang berkaitan.

KEPEMIMPINAN

Sultan Mansur Syah Sultan Alaud-Din Riayat


Syah

Bijaksana Perancang yang strategik

Berwawasan Bijak bertindak

Adil dalam pemerintahan Tegas

Berilmu Cekap

Tegas Berani

Bersikap terbuka Adil

Beriman Bertanggungjawab

Bertanggungjawab Amanah

Berwawasan
Berkarisma

73
2. Huraikan gaya kepemimpinan En Muhammad dan Yang Berhormat Muhd Yusof dalam novel
Saudagar Besar dari Kuala Lumpur dengan mengemukakan contoh yang berkaitan.

KEPEMIMPINAN

En. Muhammad Yang Berhormat


Muhd Yusuf

Berfikiran dinamik Kuat bekerja

Rajin Pandai menarik perhatian

Bertanggungjawab Perihatin

Cekal/tabah Bijak berpolitik

Beriman

Berilmu

Amanah

Berpandangan jauh

Berani

74
3. Pemimpin yang mempunyai sifat keberanian mampu membangunkan negara dalam bidang
ekonomi. Sejauhmanakah sifat keberanian seseorang pemimpin mampu membangunkan sesebuah negara
dalam bidang ekonomi dengan mengambil contoh watak Encik Muhammad dalam novel Saudagar Besar
Dari Kuala Lumpur [25]

A. Pengenalan [ 3 ]
1. Konsep sifat keberanian
2. Isi perbincangan

B. Isi [ 20
1. Berani meneroka peniagaan ke peringkat antarabangsa.
Contohnya, En.Muhammad berani meneroka peniagaan antarabangsa dengan mengadakan
perjanjian perniagaan dengan syarikat dari Frankfrut, Jerman bagi mengeksport lada hitam.

2. Berani menubuhkan syarikat, agensi atau institusi yang dapat memacu perkembangan ekonomi
negara
Contohnya, En. Muhammad menubuhkan Syarikat Lombong Lembah Tualang bagi menyambung
warisan keluarganya di samping dia melihat ada potensi besar dalam perusahaan perlombongan di
Wilayah Tualang khususnya di Kampung Pulai walaupun beliau berhadapan dengan halangan.

3. Berani membuat keputusan


Contohnya, En.Muhammad telah menggunakan YB Muhd. Yusof bagi mendapat tempat di
rancangan FELDA bagi penduduk Kampung Pulai. Walaupun En.Muhammad sedia maklum
bahawa penempatan ke rancangan tersebut pasti mendatangkan penentangan daripada mereka
yang sudah selesa, namun beliau sanggup menghadapinya bagi menjayakan misi peniagaan
perlombongan yang dicita-citakannya.

4. Berani meneroka bidang baru yang berdaya saing dalam bidang ekonomi
En.Muhammad berani meneroka peniagaan antarabangsa dengan mengadakan perjanjian
perniagaan dengan syarikat dari Frankfrut, Jerman bagi mengeksport lada hitam, membuka ladang
orkid dsbnya

5. Berani mengambil risiko


Contohnya, En.Muhammad berani mengambil risiko dengan bersetuju membekalkan lada hitam ke
Jerman sebanyak 800-1000 tan dalam tempoh tujuh tahun sedangkan sebelum ini En. Muhammad
melalui syarikatnya, hanya mengeksport 50 tan lada hitam setahun.

6. Berani berkerjasama dalam perniagaan dengan kaum/bangsa lain.


Contohnya, En. Muhammad berkerjasa dengan Dato Tan dan Syarikat Jerman dalam bidang
perniagaan.

C. Penutup[ 2 ]
Menyimpulkan apa yang dibincangkan atau mengemukakan pandangan/saranan/rumusan/pendirian

75
4. Berdasarkan teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) , nilaikan kepemimpinan Sultan Mahmud
Syah sebagai pemerintah Kesultanan Melayu Melaka. [25]
Cadangan jawapan
Pengenalan [3]
1. Latar belakang Sultan Mahmud Syah
2. Konsep kepemimpinan
3. Isi yang dibincangkan
Isi [20]
Keburukan
1 Mementingkan hawa nafsu/gemar berfoya-foya
Contoh :Hubungan sulit dengan isteri Tun Biajid,melanggan Tun Dewi,peminangan Puteri
Gunung Ledang,keinginan memperisteri Tun Fatimah.
2 Menganiyai rakyat
Contoh: Peminangan Puteri Gunung Ledang
3 Bertindak kejam,terburu-buru kerana mempercayai fitnah
Contoh :Menjatuhkan hukuman bunuh kepada Bendahara Seri Maharaja,Tun Ali dan anggota
keluarga Bendahara.
4 Pilih kasih/diskriminasi
Contoh :Menurut kemahuan pembesar-pembesar yang dikasihinya (Seri Wak Raja, Tun
Umar,Hang Isa Pantas, Hang Hussain Cengang)
5 Cemburu dan iri hati
Contoh :Pembunuhan Raja Zainal
6 Dendam
Contoh :Dendam kepada Seri Bija Diraja atas penolakan pelantikan baginda, dendam ke atas Tun
Mutahir.
7 Pemboros dan suka membazir
Contoh :Memberikan pelbagai hadiah kepada mereka yang disayangi
8 Mementingkan diri sendiri
Contoh :Mengerahkan rakyat memenuhi impian peminangan Puteri Gunung Ledang.

Kebaikan
1 Mementingkan pendidikan/ilmu pengetahuan
Contoh :Belajar kitab maklumat dengan Maulana Yusuf,memberi galakan dan didikan agama
kepada puteranya dan pembesar belajar agama, hantar utusan ke Pasai bertanya masalah agama.
2 Menghormati guru/merendah diri
Contoh :Sanggup menggunakan fakir Mahmud semata-mata menuntut ilmu
3 Berwawasan/berpandangan jauh
Contoh :Menitahkan Paduka Tuan menyerang Manjong dan Seri Maharaja menyerang Kelantan-
meluaskan tanah jajahan dan mengukuhkan pemerintahan.
Hubungan diplomatik hantar Hang Nadim ke Benua Keling, bantu Pahang menentang
Legor,bersahabat dengan Pasai
4 Penyelamat dan pelindung
Contoh :Membantu Pahang menentang Legor
5 Pemurah
Contoh :Memberi anugerah kepada mereka yang berjasa-anugerah persalinan

C. Penutup [2]

Penilaian/pandangan/rumusan/kesimpulan

76
3.1.2 NASIONALISME

1. Merujuk kepada perasaan cintakan bangsa dan negara sendiri yang mendalam.(Kamus Dewan
Edisi Keempat, 2007)

2. Ianya juga merujuk kepada perasaan kebangsaan dan semangat cintakan tanah air. Biasanya
bermatlamatkan untuk membebaskan tanah air dari belenggu penjajahan serta berusaha untuk membentuk
satu identiti kebangsaan yang bercirikan politik dan budaya tempatan.

3. Perasaan dan sikap yang menunjukkan cinta yang mendalam terhadap bangsa, negara; di sini
termasuk budaya, bahasa, adat istiadat, pegangan keagamaan, seterusnya jati diri, identiti dan segala jalur
dan warna yang terjalin dalam sejarah ketamadunan bangsa: Bangsa Melayu dan Tamadun Melayu (Harun
Mat Piah Sulalatus Salatin: Testemen Keperkasaan Nasionalisme Melayu Kertas Kerja Seminar 400
tahun Sulalatus Salatin)

4. Nasionalisme merupakan satu fenomena sejagat, yang mengiktiraf hak setiap bangsa didunia untuk
menubuhkan negaranya yang tersendiri, memindahkan kedaulatan kepada rakyat, serta menuntut kesetiaan
ulung individu disalurkan kepada negara-bangsa. (R. Suntharalingam dan Abdul Rahman Haji Ismail,
Nasionalisme Satu Tinjauan Sejarah, 1985:15)

Unsur Nasionalisme

Sayang akan negara


Sanggup berkorban untuk raja dan negara
Setia kepada raja/pemimpin
Memartabatkan kedaulatan raja dan negara
Sanggup berjuang mempertahankan raja dan negara
Mempertahankan kedaulatan negara
Memelihara keselamatan negara
Memajukan negara
Menghormati raja/pemimpin dll
Berani menentang musuh negara
Berkhidmat dengan penuh tanggungjawab
Patuh kepada undang-undang dan peraturan negara
Menegakkan keadilan
Menjaga nama baik raja dan negara
Memajukan negara

LATIHAN

1. Jelaskan kepentingan nasionalisme kepada pembangunan negara berdasarkan watak-watak yang


menjadi utusan Melaka ke Majapahit, Siam, China, Pasai, dan Brunei dalam Sulalatus Salatin (Sejarah
Melayu) [25]

2. Huraikan kepentingan nasionalisme kepada pembangunan negara berdasarkan watak-watak


Bendahara Melaka dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) [25]

3. Huraikan kepentingan nasionalisme kepada pembangunan negara berdasarkan watak-watak dalam


novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur [25]

77
4. Bincangkan semangat nasionalisme Tun Perak yang telah berjaya membangunkan negeri Melaka
berdasarkan Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). [25]

5. Nasionalisme merupakan asas penting dalam pembangunan sesebuah negara. Berdasarkan


pernyataan tersebut nilaikan nasionalisme yang dipaparkan menerusi watak Encik Muhammad dalam
novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur. [25]

Cadangan jawapan

Pengenalan [3]
1. Nasionalisme merujuk kepada perasaan cintakan bangsa dan negara yang mendalam; pergerakan
untuk mencapai kebebasan politik daripada kuasa asing/luar; dan semangat kebangsaan
2. Perasaan dan sikap yang menunjukkan cinta yang mendalam terhadap bangsa, negar; disini
termasuk budaya, bahasa, adat istiadat, pegangan keagamaan, seterusnya jati diri, identity dan
segala jalur dan warna yang terjalin dalam sejarah ketamadunan bangsa; bangsa Melayu dan
Tamadun Melayu.
3. Latara belakang Encik Muhammad

B. Isi [20]
1. Berbangga dengan tanah tumpah
Bertuah kerana memiliki tanah yang boleh dimajukan dan dibangunkan untuk dapat menjana
sumber ekonomi. Encik Muhammad memaklumkan kepada abangnya yang mereka sangat bertuah
kerana Jeram Medang terletak dalam tanah milik mereka. Dia mencadangkan agar kawasan
tersebut dibangunkan bagi pelancongan yang boleh menjana ekonomi setempat. (hlm.39)

2. Membangunkan ekonomi penduduk kampung


Sentimen kasih sayang terhadap kampung halaman sendiri telah mendorong Encik Muhammad
berusaha dengan gigih untuk memajukan ekonomi penduduk Kampung Pulai. Menerusi
usahasamanya dengan YB Mohd.Yusof beliau berusaha untuk menempatkan semula penduduk
Kampung Pulai yang rata-rata masih miskin di penempatan Rancangan FELDA.

3. Menabur bakti
Kecintaan terhadap negara dan lambang-lambang negara akan mendorong seseorang yang
mempunyai semangat nasionalisme untuk menyumbang . Encik Muhammad menyumbang sepuluh
ribu ringgit ringgit bagi membiayai sambutan hari puja usia sultan di Wilayah Tualang.
Sumbangan ini dihulur kerana Encik Muhammad mengerti akan kepentingan menabur bakti dalam
menjelaskan semangat nasionalisme.

4. Kerjasama dalam perniagaan


Bagi membangunkan negara, semangat nasionalisme akan mengukuhkan lagi jalinan kerjasama
khasnya dalam bidang perniagaan. Datuk Tan dan Encik Muhammad yang menyedari peri
pentingnya perkongsian dalam dunia dagang antara orang Melayu dan Cina telah berusaha
mengukuhkan lagi kerjasama antara mereka menerusi Syarikat Lombong Lembah Tualang

5. Menghormati lambang negara


Nasionalisme adalah sentimen di kalangan penghuni sesuatu wilayah itu menggunakan lambang-
lambang tertentu sebagai tanda menghormati dan menyayangi negara. Encik Muhammad sanggup
membiayai majlis sambutan keberangkatan Sultan ke kampung Pulai sebagai bukti
penghormatannya pada institusi beraja bagi mezahirkan semangat cintakan negara.

6. Rasa bertanggungjawab membantu

78
Semangat nasionalisme juga akan memupuk rasa tanggungjawab untuk membantu mereka yang
dalam kesusahan. Encik Muhammad rasa bertanggungjawab membantu penduduk Kampung Pulai
yang akan berpindah ke rancangan Felda dengan menyediakan kemudahan untuk berpindah .
Penutup [2]
Penilaian/pandangan/rumusan/kesimpulan/cadangan
3.1.3 PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG

1. Peraturan merujuk kepada segala yang telah ditetapkan dan tidak melibatkan hukuman iaitu aturan
negeri dan istiadat (upacara). Peraturan dalam masyarakat Melayu tradisional lebih di kenali sebagai
istiadat

2. Undang-undang merujuk kepada suatu peraturan yang digubal dan dipatuhi serta melibatkan
hukuman. Undang-undang dalam masyarakat Melayu tradisional lebih dikenali sebagai adat atau undang-
undang adat. Adat ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu undang-undang dan larangan Diraja.

PERATURAN DAN
UNDANG-UNDANG
(ISTIADAT DAN ADAT)
DALAM SULALATUS SALATIN(SEJARAH MELAYU)

ISTIADAT ADAT

ATURAN NEGERI ISTIADAT UNDANG-UNDANG LARANGAN DIRAJA

79
Undang-undang, aturan negeri dan larangan diraja dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu)

UNDANG-UNDANG LARANGAN DIRAJA


(melibatkan hukuman) (melibatkan hukuman0

1. Derhaka 1. Memakai kain kuning

2. Menggunakan hak raja tanpa 2. Membuat rumah dengan


izin, seperti mengambil gundik bentuk tertentu
raja

3. Merancang untuk merampas 3. Membuat perahu dengan


kuasa kelengkapan tertentu

4. Membunuh tanpa izin raja 4. Memakai perhiasan emas

5. Tidak menghadap raja pada 5. Memakai keris tertentu


hari-hari tertentu

6. Biadap kepada raja atau 6. Menggunakan payung putih


wakilnya dan kuning

7. Mencuri

8. Mengambil harta / barang


orang lain yang tercicir

9. Membuat fitnah

10. Mengambil isteri orang

ATURAN NEGERI
(tidak melibatkan hukuman)

1. Negeri kalah raja mati

2. Perlantikan raja mengikut


keturunan.

3. Susunan tempat duduk semasa


menjunjung duli

4. Peraturan menghadap raja

5. Mengarak sejadah ke masjid

80
6. Peraturan semasa raja berangkat

7. Aturan pengurniaan gelaran

Peraturan dan undang-undang dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur

Peraturan di pejabat
Peraturan menjadi saksi di balai polis saksi kena beri keterangan
Peraturan/syarat kemasukan ke tanah rancangan FELDA
Pelantihan Orang Kaya Wilayah Sungai Tualang
Undang-undang Jenayah peristiwa Lebai Maarup dipukul oleh Mat Akil
Kesalahan menjalankan aktiviti haram
Kesalahan merosakkan lading orkid
Hukum faraid

81
LATIHAN
1. Dengan memberi contoh yang sesuai, bincangkan peraturan dan undang-undang yang terdapat
dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur. [25]

2. Berdasarkan teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), sejauh manakah undang-undang penting
dalam pembangunan Melaka. [25]
Cadangan jawapan
Pengenalan [3]
1. Undang-undang merupakan suatu peraturan atau keseluruhan peraturan yang digubal (dibuat) oleh
kerajaan dan mesti dipatuhi oleh masyarakat yang berkenaan.
2. Undang-undang melibatkan hukuman
3. Dalam konteks masyarakat tradisional undang-undang lebih dikenali sebagai adat. Adat meliputi
undang-undang dan larangan-larangan Diraja yang melibatkan hukuman ke atas pelanggar-
pelanggarnya (Haron Daud: 1989)
4. Seperti derhaka, menggunakan hak raja tanpa izin, merancang untuk merampas kuas,. membunuh
tanpa izin raja, dan membuat fitnah.
Isi [20]
1. Derhaka
Penderhakaan boleh dimaksudkan sebagai orang yang tidak mengikut perintah raja atau melakukan
sebarang perbuatan dan tindakan yang menyinggung atau mencabar hak dan kedudukan raja. Hukuman
bagi orang menderhaka ialah bunuh. Undang-undang ini untuk menjamin keutuhan sesebuah kerajaan atau
Negara. Contohnya Sang Rajuna Tapa, Tuan Jana Khatib dan Tun Mutahir dihukum bunuh kerana
dianggap menderhaka dan boleh mengugat kesetabilan Negara.
2. Menggunakan hak raja tanpa izin.
Rakyat dilarang mengguna atau memakai sesuatu kepunyaan raja seperti isteri dan gundik baginda.
Contohnya Tuan Jana Khatib telah dihukum bunuh kerana dianggap telah menderhaka kerana disyaki cuba
menawan isteri Paduka Seri Maharaja.
3. Merancang untuk merampas kuasa.
Undang-undang juga telah menetapkan bahawa rakyat atau pembesar tidak boleh merampas kuasa. Sesiapa
yang cuba merampas kuasa atau cuba menggulingkan raja akan dikenakan hukuman bunuh. Undang-
undang ini adalah untuk menjamin keutuhan sesebuah kerajaan atau Negara. Pelaksanaan undang-undang
ini mendorong rakyat taat dan patuh kepada raja dan dapat mengelakkan berlakunya rampasan kuasa.
Keadaan Negara juga akan menjadi lebih aman dan dapat membangun sebagaimana yang diharapkan.
Bendehara Seri Maharaja telah dijatuhkan hukuman bunuh oleh Sultan Mahmud Syah kerana telah difitnah
oleh Raja Mendeliar.
4. Membunuh tanpa izin raja.
Perbuatan membunuh tanpa izin dan pengetahuan raja, khususnya raja Melaka adalah menjadi satu
kesalahan yang berat. Hukuman yang dikenakan bagi sesiapa yang membunuh tanpa izin raja akan
dihukum bunuh. Undang-undang ini bertujuan untuk mengekakalkan keamanaan dalam negara.
Pelaksanaan undang-undang ini tergambar pada peristiwa pembunuhan Telanai Terengganu oleh Seri Akar
Raja atas arahan Sultan Muhammad, Pahang. Pembunuhan ini menyebabkan Sultan Alauddin Riayat Syah
murka. Baginda telah menghantar Hang Tuah ke Pahang untuk menyelesaikan masalah tersebut. Akhirnya
sepupu Seri Akar Raja dibunuh sebagai hukuman kerana membunuh Telanai Terengganu tanpa
memberitahu raja Melaka.
5. Membuat fitnah.
Perbuatan memfitnah merupakan satu kesalahan yang boleh dihukum bunuh jika didapati bersalah.
Membuat fitnah boleh meruntuhkan sesebuah kerajaan atau negara. Ianya juga boleh memporak
perandakan negara. Bendahara Seri Maharaja yang tidak bersalah telah dibunuh kerana telah difitnah oleh

82
Kitul dan Raja Mandeliar. Akhirnya Kitul dan Raja Mandeliar telah dihukum bunuh kerana telah
memfitnah Bendahara.

Penutup [2]
Penilaian/pandangan/rumusan/kesimpulan
3.2 EKONOMI

1. Ekonomi merupakan Ilmu berkaitan pengeluaran, pengagihan, penggunaan barang-barang, dan


perkhidmatan (Kamus Dewan Edisi Keempat :2007)
2. Ekonomi menurut Haron Daud (1989), ekonomi merupakan segala kegiatan untuk mendapatkan hasil
bagi keperluan hidup mereka sama ada dalam bentuk makanan atau barangan lain
3. Pertanian merujuk kepada perihal bertani (tanam-tanaman); perusahaan bercucuk tanam

EKONOMI

SARA DIRI PERDAGANGAN

Perhumaan padi huma Import barangan

Bercucuk tanam Eksport barangan

Berkebun/dusun Percukaian

Perikanan Perkapalan

Penternakan Perkhidmatan

Memungut hasil hutan Melaka sebagai Pelabuhan

Menyadap kelapa

Memburu binatang

83
Aktiviti ekonomi dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dan novel Saudagar Besar dari Kuala
Lumpur

EKONOMI@

Sulalatus Salatin Saudagar Besar dari


(Sejarah Melayu) Kuala Lumpur

Perhumaan padi huma Lada hitam

Bercucuk tanam Menanaman orkid

Berkebun/dusun Menanam getah

Menagkap ikan Menanam kelapa

Menternak binatang - kerbau Menanam padi

Memungut hasil hutan Mengusahakan dusun

Menyadap kelapa Menangkap ikan

Memburu binatang Berniaga runcit/kedai makan

Berniaga Makanan - kuih Mengeksport dan mengimport

Percukaian Menanam kelapa sawit

Perkhidmatan perkapalan Memungut hasil hutan

Kilang papan

Membina rumah/perumahan

84
STPM P2 2015

6. Berdasarkan novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur, bincangkan saranan untuk memajukan
ekonomi yang memberi sumbangan kepada pembangunan negara. [25]

Cadangan jawapan

Memperluaskan kerjasama dalam bidang ekonomi kerjasama En. Muhammad dan Datuk Tan
dalam perniagaan lada hitam dan perlombongan bijih timah.

Meluaskan pasaran ke luar negara En Muhammad mengeksport lada hitam selain daripada
Jerman.

Mempelbagaikan/memperbanyakkan jenis (produk) perniagaan En. Muhammad ada


perancangan untuk mendapatkan tanah untuk kegiatan perlombongan. Beliau juga bercadang
menjadikan Jeram Medang sebagai tempat pelancongan.

Melibatkan lebih banyak jaringan keluarga dalam perniagaan.

Meneroka bidang ekonomi baru.

Melaksanakan kajian atau R&D dalam sektor ekonomi yang berdaya maju.

Menghasilkan produk lain berasaskan sumber/bahan sedia ada.

Menggunakan teknologi terkini dalam aktiviti ekonomi yang diceburi

3.2.1 PERTANIAN

Pertanian ialah pengeluaran makanan dan barangan melalui perladangan, penternakan, perikanan dan
perhutanan. Ia merupakan perkembangan utama yang membawa kepada kebangkitan tamadun, dengan
penanaman dan penternakan mewujudkan lebihan makanan dan seterusnya membolehkan pembangunan
masyarakat dan negara berkembang maju. Pertanian merangkumi pelbagai bidang dan teknik, termasuk
cara meluaskan tanah, untuk bercucuk tanam. Penanaman tanaman di tanah suai tani dan penternakan
haiwan di kawasan ragut merupakan asas pertanian.

LATIHAN
1. Pertanian merupakan aktiviti ekonomi yang mampu menjana pendapatan sesebuan negara.
Huraikan pernyataan tersebut dalam konteks pembangunan negara berdasarkan novel Saudagar Besar
dari Kuala Lumpur. [25]

2. Pertanian merupakan aktiviti ekonomi yang mampu menjana pendapatan sesebuan negara.
Huraikan pernyataan tersebut dalam konteks pembangunan Melaka berdasarkan teks Sulalatus Salatin
(Sejarah Melayu). [25]

3. Kemukakan cadangan untuk mengembangkan sektor pertanian berdasarkan novel Saudagar Besar
dari Kuala Lumpur dalam konteks pembangunan negara. [25]

4. Kemukakan cadangan untuk memajukan kegiatan pertanian berdasarkan teks Sulalatus Salatin
(Sejarah Melayu) dalam konteks pembangunan Melaka. [25]

85
3.2.2 USAHAWAN

1. Orang mengusahakan sesuatu perusahaan, pengusaha (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007)

2. Usahawan ialah individu yang kedudukannya adalah antara pembekal dan pengguna.

3. Usahawan juga boleh didifinisikan sebagai individu yang mengendalikan projek pengeluaran
berskala besar

4. Usahawan ialah orang yang sentiasa bergerak, bijak mencari peluang baru, sentiasa membawa
perubahan dan modal, sumber dan usaha dalam keadaan yang baru dan yang lebih inovatif. Usahawan
dikatakan tidak mempunyai masa rehat yang cukup dan berkemampuan menghadapi sebarang
kemungkinan.

5. Usahawan ialah orang yang berpandangan luas dalam sesuatu perniagaan. Beliau sentiasa
meninjau dan mencari peluang-peluang perniagaan. Usahawan mempunyai keistimewaan yang
membolehkannya mewujudkan peluang pelaburan dan mengenal pasti projek yang dianggap
menguntungkan.

6. Seorang usahawan ialah individu yang mempunyai daya motivasi yang tinggi, sifat-sifat berdikari,
bertanggungjawab dan sering bertindak sebagai pemimpin. Sifat-sifat ini melaambangkan tahap dorongan
dalaman yang tinggi, yang juga dirumuskan sebagai sifat-sifat dominan bagi mereka yang mempunyai
daya saing yang tinggi.

3.2.2.3 KEUSHAWANAN

1. Keusahawanan merujuk kepada (segala-gala) yang berkaitan dengan usahawan atau kegiatan dan
kemahiran usahawan. (Kamus Dewan Edisi Keempat; 2007)

2. Keusahawanan ialah proses menghasilkan sesuatu yang baru dari segi nilai dengan
memperuntukkan masa dan tumpuan serta tenaga dalam bentuk kewangan dan kepuasan diri serta
kebebasan.

3. Keusahawanan sebagai satu tindakan kreatif manusia membangunkan sesuatu yang bernilai
daripada tiada suatu apa pun. Keushawanan lebih kepada memburu peluang tanpa menghirau sumber yang
dimiliki dan ia juga memerlukan kesanggupan untuk mengambil risiko yang telah sedia ada.

Kriteria-kriteria seorang usahawan:

Mencari peluang perniagaan tanpa penat lelah


Tidak mengharapkan kejayaan dalam sekelip mata
Seorang yang mempunyai kemahiran pengurusan strategik dan perancangan stratigik.
Menginsafi dan bersedia mengambil iktibar daripada setiap perlakuan mereka.
Menyedari kepentingan sumbangan kepada masyarakat dan negara
Bersedia meletakkan kepentingan masyarakat mengatasi kepentingan peribadi
Mempunyai komitmen yang tinggi untuk mencapai kemajuan yang berterusan
Berkeyakinan tinggi
Memiliki kerajinan dan ketekunan

86
Berani menghadapi risiko
Bersifat inovatif
Bersifat kreatif
Boleh mengurus
Bertanggungjawab
Berpandangan jauh/berwawasan
Bijak merebut peluang
Mengusahakan perniagaan yang akan membawa kebaikan kepada dirinya dan orang
ramai.
Dapat memenuhi keperluan orang ramai.
Sedia membuat pembaharuan untuk meningkatkan daya pengeluaran.
Mengambil risiko yang telah dipertimbangkan.

Bidang Keusahawanan yang boleh menyumbang kepada pembangunan negara.

Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) - berdasarkan keperluan masyarakat zaman berkenaan


Perusahaan membuat makanan membuat kuih
Perusahaan membuat keris menempa keris dan membuat sarung keris.
Perusahaan membuat pakaian membuat corak kain, menyulam, menjahit.
Menternak haiwan memproses ternakan dan menjual daging.
Perniagaan di kalangan penduduk Melaka.

Saudagar Besar dari Kuala Lumpur berdasarkan isu dan keperluan penduduk yang terdapat dalam novel
Lombong bijih - menjadikan jongkong timah.
Kebun orkid (4-5 ekar) membungkus dan memasarkan
Ladang lada hitam mengilang dahulu hasil lada hitam.
Ladang getah memproses hasil getah..
Menjual makanan memproses makanan.
Kawasan pelancungan
Projek perumahan
Kilang papan
Peruncitan

ELEMEN 1 (AKTIVITI)

Aktiviti 1 Sulalatus Salatin(Sejarah Melayu)

Isu perbincangan ialah :


Terdapat aktiviti keusahawanan sebagaimana yang berlaku dalam negeri Singapura, ada seorang yang telah
menjadi kaya raya kerana membuat bikang (halaman 67). Cadangkan aktiviti keusahawanan lain
berdasarkan Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dalam konteks pembangunan negara.

Aktiviti 2 Saudagar Besar dari Kuala Lumpur

Isu perbincangan ialah :


Terdapat aktiviti keusahawanan sebagaimana yang dilakukan oleh Encik Muhammad dalam perniagaan
lada hitam dan mengeksport ke Jerman. Cadangkan aktiviti keusahawanan lain yang berdasarkan
Saudagar Besar dari Kuala Lumpur dalam konteks pembangunan negara.

87
ELEMEN 2 (LATIHAN)

1. Jelaskan konsep usahawan [5]

2. Huraikan lima bidang keusahawanan yang boleh dicadangkan berdasarkan Sulalatus Salatin
(Sejarah Melayu) dalam konteks pembangunan negara. [20]

3. Keusahawanan penting dalam pembangunan negara. Bincangkan penyataan tersebut dengan


mengemukakan contoh yang sesuai daripada Saudagar Besar dari Kuala Lumpur. [25]

88
3.2.3 PERDAGANGAN

1. Perdagangan merujuk kepada perihal berdagang, urusan berniaga, perniagaan (biasanya antara negara-
negara)

2. Kegiatan perdagangan mementingkan keuntungan dan pengumpulan harta melalui proses penukaran
barangan atau jual beli serta pembayaran-pembayaran lain (Haron Daud:1989)

KEGIATAN
PERDAGANGAN

Sulalatus Salatin (Sejarah Saudagar Besar dari Kuala


Melayu)@ Lumpur

Peranan golongan pemerintah

Melaka sebagai pelabuhan

Pusat perdagangan rempah dll

Melaka tumpuan pedagang

Penglibatan masyarakat

Perkapalan

Percukaian

Perkhidmatan

89
LATIHAN

1. Berdasarkan novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur jelaskan kepentingan kegiatan
perdagangan dalam memacu perkembangan negara kini. [25]

2. Kegiatan perdagangan merupakan sektor ekonomi yang penting dalam pembangunan sesebuah
negara. Berdasarkan teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), berikan ulasan anda terhadap kepentingan
kegiatan perdagangan dalam konteks pembangunan Melaka. [25]

3. Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

Maka segala dagang bawah dan dagang atas angin sekaliannya datang ke Melaka, terlalulah ramainya
Bandar Melaka pada zaman itu. Maka oleh segala dagang Arab dinamainya Malakat, yakni perhimpunan
segala dagang, dari banyak pelbagai jenis dagang ada di sana:

[Dipetik daripada A. Samad Ahmad (peny.)


Sulalatus Salatin Sejarah Melayu[edisi pelajar], Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,halaman 80]

(a) Huraikan hasil dagangan yang diperdagangkan di Melaka . [9]


(b) Jelaskan sumbangan aktiviti perdagangan kepada pertumbuhan ekonomi dalam konteks
pembangunan Melaka. [16]

Cadangan jawapan

(a) Hasil dagangan

1. Rempah ratus
2. Logam- emas, perak,timah
3. Pakaian/kain
4. Tembikar
5. Sutera
6. Minyak wangi

(b) Sumbangan aktiviti perdagangan

1. Aktiviti perdagangan menyumbang kepada pendapatan Melaka.

Kegiatan ekonomi perdagangan mementingkan keuntungan dan pengumpulan harta melalui proses
penukaran barangan atau jual beli serta pembayaran-pembayaran lain .Pendapatan Melaka juga meningkat
hasil daripada kutipan cukai.

2. Dapat memenuhi keperluan hidup sama ada dalam bentuk barangan ataupun perkhidmatan melalui
tukar beli barangan.
Melaka menjadi pusat perdagangan memerlukan barangan yang banyak melalui kegiatan import-dapat
memenuhi keperluan mereka. Contoh pakaian,rempah ratus,minyak wangi dll

3. Melaka muncul sebagai bandar pelabuhan entrepot yang terkenal

90
Melaka menjadi tempat persinggahan dan tumpuan pedagang-pedagang asing untuk terus berdagang di
Melaka -bandar pertukaran barang-barang dagangan utama dunia.

4. Kerajaan Melaka telah muncul sebagai satu kuasa besar dan kuat di Selat Melaka.
Melaka sebagai sebuah destinasi perdagangan yang berkembang maju.Kemajuan Melaka dalam
perdagangan telah dapat memperkenalkan Melaka kepada negara luar.

5. Aktiviti perdagangan telah menjadikan Melaka sebagai pusat penyebaran Islam dan
perkembangan ilmu.
Golongan Arab yang datang berniaga di Melaka telah berjaya mengembangkan agama Islam.

6. Meningkatkan kualiti kehidupan dan kemajuan ekonomi masyarakat Melayu.


Perkembangan aktiviti perdagangan dapat menyumbang kepada tahap kualiti kehidupan dan kemajuan
ekonomi masyarakat Melayu pada masa itu yang berada dalam keadaan stabil.

91
4. Aktiviti perdagangan memberi sumbangan yang besar kepada pertumbuhan ekonomi Melaka.
Berdasarkan teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), bincangkan pernyataan tersebut dalam konteks
pembangunan Melaka. [25]

Cadangn jawapan

Pendahuluan [3]

1. Perdagangan merujuk kepada perihal berdagang, urusan berniaga, perniagaan (biasanya antara negara-
negara)

2. Kegiatan perdagangan mementingkan keuntungan dan pengumpulan harta melalui proses penukaran
barangan atau jual beli serta pembayaran-pembayaran lain (Haron Daud:1989)

Isi [20]

1. Kemunculan Melaka sebagai Bandar pelabuhan dagang Kemakmuran Melaka menjadi tumpuan
pedagang dari seluruh pelusuk dunia. Kebanyakan pedagang terdiri daripada pedagang Arab dan
Gujerat/India. Kedudukan Melaka bertambah penting apabila menjadi pusat pelabuhan dagang
yang mengumpulkan rempah dari kepulauan Melayu. Pada zaman pemerintahan Raja Kecil
Besar/Sultan Muhammad Syah di dapati ramai pedagang Arab tertumpu di Melaka. (hlm 80)

2. Menjadi tumpuan pedagang asing untuk terus berdagang Melaka pada masa pemerintahan Sultan
Mansur Syah disifatkan sebagai sebuah pelabuhan kosmopolitan. Pedagang dari segenap pelusuk
dunia bertumpu di Melaka untuk berdagang. Antaranya termasuklah pedagang dari China, Ryukyu,
Arab dan Parsi. Mereka membawa barang dagngan seperti kain, sutera, dan tembikar untuk
didagangkan di Melaka. Kedatangan para pedagang ini juga adalah untuk mendapatkan barang
dagangan seperti rempah, bijih timah, gaharu dan sebagainya untuk dibawa pulang ke negara
masing-masing.

3. Percukaian Kedatangan para pedagang ke Melaka menguntungkan Melaka kerana selain dari
meningkatkan kegiatan perdagangan, mereka juga dikenakan bayaran pengurusan dan cukai.
Bayaran berkenaan dibuat secara tunai atau pemberian hadiah kepada raja dan pembesar.

4. Perkapalan Kegiatan perdagangan amat berkait rapat dengan perkapalan. Melaka sebagai
pelabuhan yang unggul menyediakan perkhidmatan perkapalan kepada pedagang. Pemilik kapal
biasanya menyediakan ruang di atas kapal mereka untuk disewa. Oleh yang demikian maka
wujudlah golongan kiwi, yakni golongan saudagar yang menyewa ruang atau mempunyai petak
khas di atas kapal untuk meletakkan barang-barang dagangan mereka.

5. Peranan golongan pemerintah golongan pemerintah memainkan peranan yang amat penting
dalam memajukan kegiatan perdagangan di Melaka. Sultan Alaud-Din Riayat Syah menjaga
keamanan dan keselamatan dalam negeri Melaka demi kemakmuran Melaka yang menjadi
tumpuan para pedagang. Begitu juga pada masa pemerintahan Sultan Mahmud Syah, kecekapan
Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir mentadbir segala dagang memesatkan lagi perdagangan
Melaka. Sikap dan kecekapan Bendahara menjadi sebutan para pedagang. (hlm 206)

6. Penglibatan masyarakat tempatan -

Penutup [2]
Penilaian/pandangan/rumusan/kesimpulan/cadangan

92
93

Anda mungkin juga menyukai