Anda di halaman 1dari 2

AYAT BIASA / AYAT SONGSANG

Ayat-ayat dalam bahasa melayu boleh disusun dengan dua cara, susunan biasa dan susunan
songsang.
Ayat-ayat biasa terbentuk daripada susunan biasa, manakala ayat songsang terbentuk
daripada susunan songsang.
Ayat biasa dan songsang mempunyai makna yang sama. Ayat-ayat itu hanyalah berbeza dari
segi penekanannya.
Untuk membezakan ayat biasa daripada ayat songsang, kita mestilah mengkaji susunan
subjek dan predikat dalam sesuatu ayat itu.
Ayat biasa mempunyai susunan predikat yang mendahului subjeknya.
Susunan ayat biasa dan ayat songsang dapat dilihat seperti di bawah :
1

AYAT BIASA ----> SUBJEK + PREDIKAT

AYAT SONGSANG -----> PREDIKAT + SUBJEK

Contoh :
Ayat Penyata

AYAT BIASA AYAT SONGSANG


SUBJEK PREDIKAT SUBJEK PREDIKAT
Penduduk Kampung A sangat peramah Sangat peramah penduduk Kampung A
Kakak saya seorang guru Seorang guru kakak saya
Itu pokok durian Pokok durianlah itu
Kata penegas lah yang terdapat dalam ayat songsang di atas bertujuan memberi penekanan kepada predikat dalam
ayat penyata.

Ayat Tanya

AYAT BIASA AYAT SONGSANG


SUBJEK PREDIKAT SUBJEK PREDIKAT
Anaknya sedang buat apa? Sedang buat apa anaknya?
Mereka hendak ke mana? Hendak ke mana mereka?
Hadiah ini untuk siapa? Untuk siapakah hadiah ini?
Kata penegas kah yang terdapat dalam ayat songsang di atas bertujuan memberi penekanan kepada predikat
dalam ayat Tanya.

Ayat Pasif

AYAT BIASA AYAT SONGSANG


SUBJEK PREDIKAT SUBJEK PREDIKAT
Bilik-bilik itu Sudah saya bersihkan. Sudah saya sapu bilik-bilik itu
Masjid itu dibina oleh datuk saya. Dibina oleh datuk saya masjid itu
Baju-bajunya belum bergosok. Belum bergosok baju-bajunya

Contoh-contoh di atas menunjukkan bahawa ayat songsang boleh dibentuk daripada ayat biasa.
Ayat-ayat songsang boleh dibentuk daripada ayat biasa dengan dua cara iaitu :
a) Pendepanan Seluruh Predikat
Dalam proses ini, seluruh predikat di dalam ayat biasa dibawa ke hadapan mendahului subjek. Unsur-unsur predikat dalam
ayat-ayat songsang dipindahkan ke hadapan mendahului subjek untuk memberikan penegasan kepadanya. Dengan lain
perkataan, bahagian yang dibawa ke hadapan itu menjadi tumpuan dalam ayat songsang.

Contoh :
AYAT BIASA AYAT SONGSANG
Baju dan seluar saya belum bergosok. Belum bergosok baju dan seluar saya.
Pelajar perempuan itu sangat rajin. Sangat rajin pelajar perempuan itu.
Pekerja-pekerja kilang itu sudah pulang Sudah pulang pekerja-pekerja kilang itu?
Masih belum sampai kerani pejabat itu?
Kerani pejabat itu masih belum sampai. Terletak berhampiran dengan sebuah
Rumah saya terletak berhampiran dengan kedai buku rumah saya.
sebuah kedai buku.
(b) Pendepanan Sebahagian daripada Predikat
Dalam proses ini, sebahagian daripada predikat di dalam ayat biasa dibawakan ke hadapan mendahului subjek.
Terdapat tiga bahagian dalam predikat yang dapat didepankan dalam proses ini :
( a ) Pendepanan frasa kerja
( b ) Pendepanan frasa adjektif
( c ) Pendepanan frasa sendi nama

AYAT BIASA AYAT SONGSANG


(a) Pendepanan Frasa Kerja
Atan bekerja pada tiap-tiap hari. Bekerja Atan pada tiap-tiap hari.
Dia menulis surat di bilik. Menulis surat dia di bilik.
Budak kecil itu sedang menangis. Sedang menangis budak kecil itu.

(b) Pendepanan Frasa Adjektif


Dia terkejut apabila mendengar berita itu. Terkejut dia apabila mendengar berita itu.
Kamal sedang sakit tenat di hospital. Sedang sakit tenat Kamal di hospital.
Bangunan itu masih teguh lagi walaupun dibina Masih teguh lagi bangunan itu walaupun di bina
suku abad dahulu. suku abad dahulu.

(c) Pendepanan Frasa Sendi Nama


Karim pergi ke perpustakaan untuk Ke perpustakaan Karim pergi
mengulangkaji pelajarannya. untuk mengulangkaji pelajarannya.
Soke Lee di Pulau Pinang pada masa ini. Di Pulau Pinang Soke Lee pada masa ini.
Dia memotong kek itu dengan sebilah pisau.
Dengan sebilah pisau dia memotong kek itu.

Anda mungkin juga menyukai