Anda di halaman 1dari 1

HARMONINYA KAMPUNG SENTOSA

Kampung Sentosa pelbagai bangsa


Melayu, Asli, Cina dan India
Bersatu hati membangun negara
Kampung kami aman sentiasa.

Saling memahami antara kaum


Tiada mengata tiada sengketa
Bebas mengamal pelbagai budaya
Tanpa ada suara menista.

Bertimbang rasa sesama tetangga


Waktu sedih dan waktu gembira
Kami sentiasa bersama-sama
Tidak membenci berburuk sangka

Anak-anak ketawa riang


Bermain di padang bersama teman
Berkawan tidak memilih bangsa
Ciptaan tuhan berbagai aneka.

Nasihat ibu pesanan ayah


Hormati semua tak kira agama
Tak kira bangsa, rupa dan warna
Budi yang baik untuk semua

Kami penduduk kampung sentosa


Sayangkan negara sayangkan bangsa
Perpaduan teras kemajuan kita
Semoga aman dan terus bahagia

Anda mungkin juga menyukai