Anda di halaman 1dari 1

Tilawah Al-Quran Tajuk 5 : Menunaikan Kewajipan Solat Jumaat

Ayat Hafazan dan Ayat Pemahaman: Ayat 9 11 Surah al-Jumuah :

Maksudnya: Hai orang-orang beriman, apabila diseru untuk menunaikan solat Jumaat, Maka
bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. yang demikian itu lebih
baik bagimu jika kamu Mengetahui (9). Apabila Telah ditunaikan solat, Maka bertebaranlah
kamu di muka bumi; dan carilah rezeki Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu
beruntung (10). Dan apabila mereka melihat perniagaan atau permainan, mereka bergegas
untuk menuju kepadanya dan mereka tinggalkan kamu sedang berdiri (berkhutbah).
Katakanlah: "Apa yang di sisi Allah lebih baik daripada permainan dan perniagaan", dan Allah
sebaik-baik pemberi rezeki (11)

Pengertian kalimah :
Solat Jumaat ialah solat dua rakaat yang dilakukan pada hari Jumaat dalam
waktu Zuhur.

Perintah Allah SWT yang terdapat di dalam ayat di atas :


i. Segera menunaikan solat Jumaat.
ii. Sentiasa mengingati Allah SWT.
iii. Meninggalkan urusan jual beli setelah masuk waktu solat Jumaat.
iv. Mencari kurniaan Allah SWT di muka bumi.

Sebab dituntut segera menunaikan solat Jumaat :


i. Dapat pahala saf depan.
ii. Dapat mendengar nasihat melalui khutbah.
iii. Dapat berzikir dan melakukan amalan sunat.
iv. Dapat beriktikaf dalam masjid.

Hikmah tuntutan bekerja selepas solat Jumaat :


i. Membuktikan bahawa Islam tidak mengabaikan urusan dunia.
ii. Untuk keseimbangan dunia dan akhirat.
iii. Lebih bersemangat bekerja selepas selesai menunaikan solat Jumaat.
iv. Menunjukkan Islam menyuruh umatnya melakukan keseimbangan
antara tuntutan dunia dengan tuntutan akhirat.

Kepentingan solat Jumaat dalam pembangunan umat :


i. Mengeratkan hubungan silatulrahim.
ii. Para jemaah akan mendapat teguran dan nasihat.
iii. Gejala sosial dapat dibanteras.
iv. Membentuk akhlak mulia dan berdisiplin.
v. Mendidik umat Islam supaya mencintai dan mendekati masjid.

Anda mungkin juga menyukai