Anda di halaman 1dari 4

KERTAS CADANGAN AKTIVITI 1 MURID 1 SUKAN PPKI

PENGLIBATAN :
MURID-MURID PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)
TAJUK :
AKTIVITI SUKANEKA
ANJURAN :
SEKOLAH-SEKOLAH PPKI BAHAGIAN SERIAN, SARAWAK

1.0 PENGENALAN
Aktiviti 1 Murid 1 Sukan (1M1S) merupakan aktiviti yang memberi peluang
kepada murid-murid khas untuk melakukan aktiviti senaman bagi menjaga
kesihatan dan kecergasan diri. Selain itu, melalui aktiviti sukaneka yang
dirancang bersempena 1M1S ini, murid-murid dapat berinteraksi dengan
masyarakat luar. Aktiviti ini merupakan aktiviti yang dapat meningkatkan
keyakinan murid-murid untuk berdikari dan berani berhadapan dengan
masyarakat luar. Selain itu, aktiviti sukaneka ini juga merupakan satu aktiviti
yang dapat membina pengalaman berinteraksi dengan persekitaran dan peka
dengan perkembangan semasa.

2.0 RASIONAL
Aktiviti ini diharap bukan sahaja dapat memberikan pengalaman kepada murid-
murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) mengenai kemahiran
berinteraksi dalam kehidupan seharian malah dapat membantu murid-murid
membina keyakinan diri untuk berhadapan dengan masyarakat luar. Selain itu,
aktiviti ini juga bertujuan untuk memupuk nilai-nilai positif seperti mematuhi
arahan, bertanggungjawab, menghormati orang lain, bekerjasama dan
sebagainya. Seterusnya, selaras dengan aktiviti 1 Murid 1 Sukan, murid-murid
diharapkan agar dapat memupuk nilai menjaga kesihatan dan melakukan
amalan bersenam di dalam kehidupan seharian demi menjaga kecergasan diri.

3.0 OBJEKTIF
1. Berinteraksi sesama rakan lain khususnya dan juga masyarakat luar amnya.
2. Menanam keyakinan dan keberanian dalam diri murid-murid PPKI
3. Melatih murid-murid PPKI supaya mematuhi disiplin.
4. Membentuk sikap bertanggungjawab dan menghormati orang lain.
5. Melatih murid untuk menjaga kesihatan melalui aktiviti senaman

4.0 MATLAMAT
Matlamat aktiviti ini adalah untuk memberi peluang kepada murid-murid untuk
meningkatkan keyakinan dan keberanian untuk berinteraksi dengan masyarakat
luar. Melalui aktiviti ini, murid bukan sahaja dapat berinteraksi dengan rakan-rakan
malah berpeluang untuk bergaul dengan masyarakat di sekeliling. Selain itu, aktiviti
ini juga dapat mendorong keberanian dan semangat murid-murid serta
mengurangkan rasa malu untuk berhadapan dengan persekitaran sebenar. Di
samping itu, kemahiran motor kasar dan halus serta penerapan nilai menjaga
kesihatan dengan bersenam juga dapat dilakukan.

5.0 KUMPULAN SASARAN


Aktiviti ini melibatkan guru-guru, murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi,
Pembantu Pengurusan Murid (PPM) dan ibu bapa.

6.0 BUTIRAN PROGRAM


Tarikh : 03 Julai 2013
Hari : Rabu
Tempat : Sekolah Kebangsaan Pokok Sena
Masa : 8.30 pagi - 1.00 tengahari

7.0 JAWATANKUASA INDUK


Penasihat : En. Md. Shariff bin Mustafa
Pengerusi : Pn. Azura bt. Omar
Bendahari : Pn. Nur Farihain bt. Abd. Razak
Setiausaha : En. Muhamad Asyraf bin Muhamad Ludin
Naib setiausaha : En. Mohd Shafuan bin Zulkafli
AHLI-AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
Aktiviti : En. Muhamad Asyraf bin Muhamad Ludin
Peralatan : En. Mohd Shafuan bin Zulkafli
Persiapan Tempat : Pn. Nur Farihain bt. Abd. Razak
Makan & minum : Cik Aini Mardhiah bt. Mat Saod
Hadiah & saguhati : Pn. Ku Rosnani bt. Ku Jaafar
Dokumentasi : En. Yusri bin Mahzan

ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil Item Kuantiti Harga Jumlah
1 Alatan aktiviti
Gula-gula 2 bungkus RM 2.50
Tepung 2 bungkus RM 2.50
Straw 1 bungkus RM 2.00
Gelang getah 1 bungkus RM 2.00
Belon 1 bungkus RM 6.00
Plastik aiskrim 1 bungkus RM 2.00
Kekacang 3 bungkus RM 1.00

2 Hadiah Hamper
Hadiah pertandingan mewarna
Cenderahati 2 set 3 set 2 set RM 15.00 RM 2.00 RM 10.00 RM 30.00 RM 6.00 RM
20.00
3 Makanan
Roti + Air mineral
Nasi putih + ayam + air mineral 28 bungkus 28 bungkus RM 1.50 RM 3.50 RM 42.00
RM 98.00 Jumlah keseluruhan RM 221.00 9.0

TENTATIF PROGRAM
MASA AKTIVITI
8.30 pagi 9.00 pagi 9.15 pagi 9.20 pagi 10.00 pagi 10. 30 pagi 12.00 tengahari 1.00
tengahari Pendaftaran Senamrobik Taklimat aktiviti sukaneka Aktiviti Sukaneka
Rehat Sambungan sukaneka Penyampaian hadiah dan perasmian penutup Pulang
10.0 PENUTUP
Diharapkan agar aktiviti ini dapat dilaksanakan bersama-sama kerjasama yang
diberikan oleh semua pihak bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan. Semoga
aktiviti ini dapat dimanfaatkan oleh semua individu yang terlibat sama ada secara
langsung mahupun tidak. Saya amat mengharapkan agar kertas cadangan ini akan
mendapat pertimbangan dan kelulusan daripada pihak tuan. Kerjasama dan
pertimbangan daripada pihak tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Disediakan oleh, Disemak oleh,
Kelulusan Guru Besar Setelah menyemak kertas kerja yang dikemukakan ini,
permohonan ini * diluluskan / tidak diluluskan Catatan :

Anda mungkin juga menyukai