Anda di halaman 1dari 10

SJKT LADANG SUNGAI SALAK

NAMA : ___________________________ TAHUN : 4 CAMBRIDGE


BAHAGIAN A
(20 markah)
Soalan 1 hingga 13
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1. _______ Tun Adi Kesuma dari Majapahit, jawab pedagang itu.
A Patik B Hamba
C Aku D Beta

2. Ayah saya bekerja sebagai mekanik. _____ akan pulang ke rumah pada lewat petang.
A Dia B Hamba
C Aku D Mereka

3. Puan Lim _________ minuman ke dalam cawan untuk dihidangkan kepada tetamu.
A menjirus B merenjis
C mencurah D menuang

4. Perlawanan badminton akan berlangsung di ________ sekolah.


A kantin B makmal
C gelanggang D bilik

5. Puan Suraya membawa anaknya ke _______ kerana anaknya demam.


A gereja B klinik
C kuil D sekolah

6. Cikgu Soo seorang yang rajin. ______ telah menerima anugerah Tokoh Guru pada tahun ini.
A Dia B Baginda
C Beliau D Nya

7. Kereta mewah yang terletak di depan rumah Aznan ______lah model yang terbaru.
A situ B ini
C sini D itu

8. Pejabat Puan Siti terletak di ______?


A siapa B mana
C bila D apa

9. Pengemis itu tidur di _______ sahaja.


A mana-mana B apa-apa
C bila-bila D sesiapa

10. Murid-murid sedang bergotong-royong __________ bilik darjah mereka.


A menggosok B mengelap
C membersihkan D menyusun

11. Herina _________ bukunya dengan segulung kertas yang cantik.


A mengikat B membalut
C menyimpan D memasukkan
12. Budak perempuan itu ________ apabila ternampak seekor lipas.
A bersorak B memanggil
C meratap D menjerit

13. Pak Salleh _______ air kotor itu ke dalam longkang.


A menyiram B membaling
C mencurah D menjirus

Soalan 14 hingga 16
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.

14. Pencapaian cemerlang Ah Foo bukan sahaja


menggembirakan ibu bapanya tetapi juga guru-gurunya.
A Selain ibu bapanya, pencapaian cemerlang Ah Foo turut menggembirakan guru-gurunya.
B Ah Foo berusaha bersungguh-sungguh menggembirakan hati ibu bapa dan guru-guru dengan
kejayaannya.
C Ibu bapa dan guru-guru berasa amat gembira sekiranya Ah Foo berjaya.
D Ah Foo telah berjaya menggembirakan hati ibu bapa dan guru-gurunya.

15. Kakak mengambil buah rambutan itu dari kebun jiran kami.
A Buah rambutan kakak itu diambil dari kebun jiran kami.
B Kebun buah rambutan jiran kami itu diambil oleh kakak.
C Buah rambutan itu diambil oleh kakak dari kebun jiran kami.
D Jiran kami diambil dari kebun buah rambutan itu oleh kakak.

16. Pak Ayub mencangkul tanah itu bersama anaknya.


A Tanah anaknya itu dicangkul oleh Pak Ayub.
B Anaknya mencangkul bersama tanah Pak Ayub itu.
C Tanah itu dicangkul oleh Pak Ayub bersama anaknya.
D Anaknya dicangkul oleh tanah itu bersama Pak Ayub.
Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

17. 19. P
e
r
m
a
i
n
a
n

catur sama dengan permainan dam dari segi . . .


Apakah yang dimaksudkan dengan permainan
A bilangan buah catur.
catur?
B darjat dan kedudukan.
A Permainan berbentuk pertempuran C jumlah petak papan catur.
B Permainan yang berdarjat D sejenis permainan tradisional.
C Permainan orang India
D Permainan bangsawan

18. Bagaimanakah corak pergerakan buah catur 20. Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.
dalam permainan catur? A Permainan ini diperkenalkan dari
A Pergerakan mengikut darjat benua India dari tahun 1400.
B Pergerakan melawan arus B Permainan ini mencaerminkan
C Pergerakan menyilang kedudukan seseorang pemain.
D Pergerakan bebas C Permainan catur memerlukan 64
buah catur.
D Pemain catur dikenali sebagai
caturangga.

BAHAGIAN B
(30 markah)
Soalan 21
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang diberi.

berpakaian menyayangi mengucapkan kesatuan

kesopanan kesejahteraan kehormatan kesihatan


Maruah ialah __________________________ diri yang ada pada seseorang. Maruah berkait rapat

dengan __________________________ dalam pertuturan, tingkah laku dan

_______________________________. Apabila kita ____________________________ diri sendiri, kita

akan sentiasa menjaga diri, maruah keluarga, masyarakat dan negara.

( 4 markah )

Soalan 22
a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.
Ayat tanya :
______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

Jawapan : Kain songket itu mahal harganya kerana tenunannya sangat cantik dan halus.
( 2 markah )
b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.

_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
( 2 markah )
c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.


___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
( 2 markah )

Soalan 23
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Sejarah kesultanan Melaka bermula dengan kedatangan Parameswara. Parameswara


merupakan seorang raja Temasek yang berketurunan diraja Srivijaya. Baginda telah menubuhkan
kerajaan Melaka pada 1402.
Nama Melaka diambil sempena nama pohon tempat Parameswara berteduh. Pada ketika
itu, satu perkara telah berlaku di mana seekor kancil putih telah menendang anjing-anjing raja.
Apabila melihat kejadian itu, Parameswara merasa kagum lalu baginda memerintahkan supaya
kawasan tersebut dibuka dan dinamakan sebagai negeri Melaka. Kesultanan ini memerintah
Melaka selama 110 tahun sehingga ditewaskan oleh pihak Portugis pada tahun 1511.
Dipetik dan diubahsuai daripada Wikipedia

a. Parameswara merupakan seorang ________________________________.


( 1 markah )

b. Mengapakah kawasan itu dinamakan sebagai negeri Melaka?


____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
( 2 markah )
c. Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah diberikan sebagai
contoh.

Sejarah kesultanan Melaka


bermula dengan kedatangan
Parameswara.

Negeri Melaka telah Betul


ditewaskan oleh Portugis pada
tahun 1511.

Salah
Anjing-anjing raja telah
ditendang oleh seekor lembu.

Melaka telah ditubuhkan pada


tahun 1402.

( 2 markah )
Soalan 24
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pendorong Kejayaan

Keluarga Encik Dharmaraj dan Puan Sunita ialah contoh keluarga yang berjaya. Kedua-
dua anak mereka ialah lulusan dalam bidang perubatan. Anak ketiga mereka pula sedang belajar
di sebuah kolej kejuruteraan.
Mohan menjadikan sifat gigih bapanya sebagai teladan untuk berjaya, bapanya gigih
belajar secara sambilan di universiti. Mohan juga menjadikan sifat rajin abang-abangnya, Kumar,
Rajesh dan Ravi sebagai pendorong kejayaan.
Bagi Mohan, kemiskinan keluarganya pada masa lalu menjadikannya bersemangat untuk
belajar bersungguh-sungguh. Usaha bapa dan abang-abang Mohan itu seperti berakit-rakit ke
hulu, berenang-renang ke tepian.

a. Apakah nama ayah dan ibu Mohan?


____________________________________________________________________________
( 1 markah )
b. Siapakah yang dijadikan ikon pendorong kejayaan Mohan?
____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

( 2 markah )
c. Mengapakah Encik Dharmaraj belajar pada usia tua?
____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

( 2 markah )

d. Lengkapkan peribahasa ini, kemudian berikan maksudnya.


Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian . . .
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
( 3 markah )
Soalan 25
Baca lirik lagu di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Ayuh Kawan
Ayuh kawan-kawan
Kita sama-sama
Tunjuk prihatin
Harmoni terjalin
Amal hemah tinggi
Hulur jasa bakti
Berterima kasih
Orang yang berbudi
Ayuh kawan
Kita sama-sama
Tunjuk sikap sopan
Jalin perpaduan
Usah penting diri
Junjung nilai murni
Hidup dihormati
Sejiwa sehati
Kawan yang kusayang
Marilah berdendang
Pupuk kasih sayang
Hidup akan gemilang

a. Perkataan dendang dalam lirik lagu boleh juga digantikan dengan perkataan
__________________________________________________________________________
( 1 markah )
b. Apakah maksud rangkap kedua lirik lagu di atas?
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
( 2 markah )
c. Tandakan ( / ) bagi pernyataan yang betul dan ( x ) bagi pernyataan yang salah berdasarkan lirik lagu di
atas.
Mesti pentingkan diri sendiri

Kita perlu membalas jasa dan mengucapkan terima kasih


kepada orang yang telah membantu kita.
( 1 markah )

d. Bagaimanakah cara untuk menunjukkan rasa prihatin kepada orang lain? Terangkan.
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
( 3 markah )

Anda mungkin juga menyukai