Anda di halaman 1dari 69

1.

0 PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Suatu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan

Islam berdasarkan Al-Quran dan al-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran,

keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah SWT yang mempunyai

tanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar dan negara

kearah mencapai kebaikan didunia dan kesejahteraan abadi di akhirat. (Bahagian

Kurikulum Standard Sekolah Rendah, 2012).

Falsafah Pendidikan ini perlu diterapkan di dalam diri seseorang muslim

dalam melahirkan individu muslim tersebut seimbang sepertimana yang dinyatakan

dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan insan yang seimbang

dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan

kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Oleh itu, matapelajaran Pendidikan

Agama Islam menjadi satu matapelajaran yang wajib diajar di sekolah-sekolah

kebangsaan kepada murid yang beragama Islam. Matapelajaran ini terbahagi

kepada empat bidang, iaitu Tilawah al-Quran, Asas Ulum Syariah, (Akidah, Sirah

dan Ibadah), Akhlak Islamiyyah dan Pelajaran Jawi.

Maksudnya: Dan tidaklah aku menciptakan Jin dan Manusia melainkan untuk

menyembah kepada-Ku (beribadah)

Melalui ayat dalam surah Adh-Dhariyat ayat ke-56 dapat kita ketahui berkaitan

ibadah adalah perkara yang wajib keatas setiap ciptaan Allah SWT dan penting bagi

kita umat manusia memberi perhatian yang sepenuhnya dalam menjaga

kesempurnaan ketika beribadah kepada Allah SWT. Justeru itu, bidang Ibadah

1
dalam matapelajaran Pendidikan Agama Islam adalah sangat penting bagi mendidik

anak murid menjaga dan mengetahui kesempurnaan dalam menjaga setiap tatacara

melakukan ibadah yang dilakukan.

Selain daripada menjaga ibadah wajib seperti Solat lima waktu, harus

diterapkan juga kepada murid berkaitan ibadah solat sunat yang diakukan semasa

perayaan-perayaan dalam Islam. Hal ini kerana, setiap rukun atau tatacara solat

sunat adalah sedikit berbeza dengan solat wajib lima waktu. Contohnya, Solat

Sunat Hari Raya Aidifitri dan Solat Sunat Hari Raya Aidiladha. Cara melaksanakan

Solat Sunat Dua Hari Raya ini peru diterapkan dan diketahui setiap muslim

disamping mengerjakan solat sunat ini adalah hukumnya sunat muakkad dan

seterusnya dapat menyempurnakan ibadah yang ditetapkan dalam Islam.

Tambahan pula, Solat Sunat Dua Hari Raya adalah salah satu standard kandungan

yang perlu diajar di sekolah-sekolah kebangsaan. Bagi meningkatkan prestasi murid

dalam matapelajaran Pendidikan Agama Islam ini, pendedahan dan perhatian yang

sepenuhnya perlu diberikan bagi memudahkan murid mempelajari dan memahami

tatacara solat sunat dua hari raya ini dan seterusnya ia dapat dilaksanakan dengan

betul dan sempurna.

2
1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Saya merupakan guru pelatihdi bawah Progam Ijazah sarjana Muda Perguruan

(PISMP) Ambilan Januari 2014 di Institut Pendidikan Guri Kampus Pendidikan

Islam, Selangor. Opsyen utama saya adalah Pendidikan Islam disepanjang latihan

perguruan ini. Pada semester kali ini saya telah menjalani praktikum di salah

sebuah sekolah di daerah Banting, Selangor.

Sekolah ini mempunyai dua sesi persekolahan, sesi pagi untuk murid Darjah

Satu, Darjah Tiga, Darjah Lima, Darjah Enam dan selebihnya adalah sesi petang.

Setiap darjah mempunyai empat kelas yang dibahagikan kepada Anggerik,

Kenanga, Seroja, Mawar dan Teratai. Kawasan sekolah berdekatan dengan

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan berada dalam

perkampungan yang majority masyarakatnya adalah orang Melayu dan beragama

Islam.

Bersyukur kepada Allah SWT kerana saya telah menjalani praktikum selama

tiga bulan dengan jayanya yang bermula 6 Februari hingga 5 Mei 2017. Sepanjang

tempoh praktikum ini saya telah diamanahkan untuk mengajar matapelajaran

Pendidikan Islam untuk kelas Darjah Enam Anggerik dan Kenanga dan juga kelas

Darjah Lima Seroja.

Pada 5 April 2017, iaitu pada hari Khamis, saya telah mengajar tajuk bidang

Ibadah Solat Sunat Dua Hari Raya untuk kelas 6 Anggerik. Bagi langkah pertama

saya meminta murid memberikan dan menceritakan pengalaman mereka ketika

hendak mendirikan solat sunat dua hari raya. Saya memilih bebrapa orang murid

untuk berkongsi pengalaman dengan rakan sekelas berkaitan pengetahuan mereka

mengenai solat sunat hari raya ini.

Semasa murid menceritakan pengalaman mereka, saya dapati murid masih

tidak mengetahui cara mengerjakan solat sunat hari raya dengan betul dan terdapat

3
beberapa rukun solat yang tidak sempurna. Oleh itu, saya memperbetulkan setiap

kesalahan yang saya dapat kenalpasti kepada murid melalui kaedah penerangan

tentang asas terlebih dahulu.

Pada langkah yang kedua pua saya memilih kaedah penerangan dengan

bantuan bahan TMK untuk menerangkan tentang hikmah-hikmah yang terdapat

dalam dalam mengerjakan solat sunat dua hari raya. Dan seterusnya saya

menjalankan aktiviti imbasan teks untuk murid dapat menyatakan perbezaan antara

solat sunat Aidilfitri dan Aidiladha untuk aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

langkah yang.

Langkah ketiga pula saya memaparkan gambar tentang cara melaksanakan

solat sunat dua hari raya. Kaedah yang saya gunakan adalah kaedah tunjuk cara

dimana saya akan melakukan demonstrasi cara melakukan solat sunat dua hari

raya berserta bacaan dan akan diikuti oleh murid. Aktiviti ini memerlukan lebihan

waktu kerana saya perlu memastikan setiap murid dapat melakukan dengan betul

sebelum saya menjalankan aktiviti yang seterusnya.

Dalam langkah yang terakhir saya menggunakan kaedah simulasi

melakukan solat sunat dua hari raya selepas aktiviti tunjuk cara dilakukan.

Keputusan yang saya dapati adalah sebahagian murid masih keliru berkaitan

dengan tatacara mengerjakan solat sunat ini dan mereka masih tidak dapat

melakukan dengan betul. Selain itu juga, terdapat murid yang merungut untuk

belajar tajuk lain kerana aktiviti sangat membosankan. Murid menyatakan mereka

lebih berminat untuk belajar secara bermain daripada belajar secara formal

walaupun saya membawa murid untuk belajar di surau yang lebih selesa.

Kesannya, terdapat segelintir murid mengambil peluang untuk bermain, tidak

memberi perhatian dan ada juga yang berbaring semasa aktiviti dijalankan.

4
Perkara ini amat membimbangkan saya kerana jika murid-murid ini tidak

didik dengan baik dan tidak menerapkan sepenuhnya untuk menjaga

kesempurnaan dalam solat, bagaimana untuk mereka menyempurnakan ibadah lain

lebih-lebih lagi solat wajib lima waktu.

Kebanyakan murid tidak menunjukan minat yang mendalam bagi

matapeajaran Pendidikan Islam kerana matapelajaran ini memerlukan kemahiran

mengingat dan menghafal. Justeru itu, murid akan merasa cepat bosan dan hilang

tumpuan dan kesannya objektif yang dirancang tidak akan tercapai. Dengan

permasalahan ini saya berusaha mencari idea bagi mengembangkan lagi minat

murid untuk mempelajari tajuk ini seterusnya mereka dapat menguasai dengan baik

berkenaan cara melaksanakan solat sunat dua hari raya dengan menggunakan

kaedah permainan yang diberi nama Cekap Minda. Saya memilih kaedah ini

kerana bersesuaian dengan minat mereka untuk belajar sambil bermain

sepertimana yang telah dinyatakan oleh murid kelas ini.

5
1.3 Refleksi Nilai Pendidikan

Menghasilkan insan yang berilmu, beriman, beramal soleh dan berakhlak mulia

dengan menjadiakn al-Quran dan al-Sunnah sebagai panduan dalam kehidupan

seharian supaya menjadi hamba Allah yang berja di dunia dan di akhirat. (Bahagian

Kurikulum Standard Sekolah Rendah, 2012)

Merujuk kepada kenyataan yang dipetik daripada matlamat Pendidikan Islam

sekolah rendah, matlamat ini merupakan tonggak utama untuk mendidik murid dan

seterusnya melahirkan seorang modal insan yang sejajar dengan kehendak

Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan insan yang seimbang dari segi

intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan keptuhan kepada

Tuhan.

Sebagai seorang guru yang bertanggungjawab dan amanah dalam mendidik

anak bangsa, menjadi satu kewajipan kepada saya untuk berusaha mencari jalan

penyelesaian kepada setiap permasalahan pembelajaran murid. Oleh itu, membina

dan mengolah pelbagai kaedah yang sedia ada perlu dilakukan bagi mengelakan

dan menyelesaikan masalah ini terus berlaku.

Pemilihan kaedah permainan merupakan kaedah kegemaran disetiap

lapisan murid disamping mampu menarik minat murid belajar dan juga melibatkan

diri dalam setiap aktiviti yang dirancangkan oleh guru di dalam kelas. Kaedah

permainan Cekap Minda ini adalah salah satu bahan membantu murid dalam

memudahkan mereka mengingat cara melaksanakan solat sunat dua hari raya

disamping dapt membantu mereka menyempurnakan cara melakukan setiap rukun

dalam solat tersebut.

Selain darpada kaedah permainan, saya juga menerapkan penggunaan

warna bagi memudahkan murid mengingat dan menghafal setiap perincian yang

diberikan disamping dapat menarik minat mereka menjalankan aktiviti yang

6
disediakan. Menurut Gardner (1993), semua kanak-kanak berpotensi berfikir secara

kreatif. Pada peringkat awal, kanak-kanak sentiasa melintasi sempadan-sempadan

norma ketika asyik bermain atau apabila tekun melakukan sesuatu aktiviti. Selain itu

juga, menurut Musa Daia (1992) daam Ahmad Mohd. Salleh (2004), permainan

merupakan satu cara melatih murid sebagai manusia dan merupakan satu teknik

yang baik untuk menjadikan pengajaran di sekolah lebih menarik dan praktis.

Kanak-kanak akan memperoleh pembeajaran yang paing berkesan sekiranya

mereka mempeajari sesuatu dengan minat, tujuan dan faedah mereka. (Nur Hanis

Mohd Hatta, 2012).

Secara kritisnya, apabila pembelajaran yang menggunakan bahan bantu

yang menarik mampu memberi kesan kepada murid untuk lebih bersemangat

belajar dan mampu melibatkan diri secara aktif serta mudah faham memereka

kepada topik pembelajaran yang diajarkan didalam kelas.

Menurut Imam al-Ghazali, beliau menekan factor pembelajaran sosial iaitu

pergaulan dengan orang-orang yang soleh sebagai salah satu daripada tiga kaedah

pembentukan akhlak yang mulia dalam diri seseorang. (Muhamad Abul Quasem,

1975). Ini adalah kerana manusia itu secara semulajadi bersifat mudah mengikuti

perbuatan orang yang berada di sekelilingnya baik yang buruk ataupun tidak. Jika

seseorang itu bergaul dengan yang baik, maka dia akan memperolehi perlakuan

yang baik, dan secara tidak lansung membawa sesuatu yang telah dipelajarinya

tanpa sedar. (M. Umaruddin, 2003)

Mengambil kira pendapat Imam al-Ghazali, dengan menggunakan kaedah

pembelajaran secara sosial, murid dapat mencapai pembentukan moda insan yang

selari dengan matlamat yang yang terdapat dalam Fasafah Pendidikan Islam itu

sendiri. Justeru itu, dengan adanya pembelajaran dengan menggunakan kaedah

Cekap Minda ini akan memberi kesan kepada permasalahan pembeajaran murid

dalam tajuk Solat Sunat Dua Hari Raya. Tambahan pula, murid-murid juga dapat
7
merasakan satu pengalaman bersaing sesama sendiri bagi mendapatkan prestasi

yang baik antara satu sama lain. Selain dari itu, murid-murid juga dapat memupuk

sifat pergaulan yang lebih baik antara mereka.

Dalam surah al-Baqarah ayat 286:







Maksudnya: Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan

kemampuannnya.

Ayat ini menjelaskan berkaitan tentang tahap kognitif setiap manusia adaah

berbeza. Sesuai dengan konsep pembelajaran juga, setiap individu dikurniakan oleh

Allah SWT dengan kemampuan dan kecerdasan minda yang berbeza. Oleh itu, bagi

memudahkan urusan individu tersebut perlulah menggunakan kaedah yang tertentu

bagi membantu diri melakukan perubahan dalam pembelajaran.

Oleh itu, saya berharap dengan menggunakan kaedah pembelajaran Cekap

Minda ini dapat membantu murid lebih berminat untuk mempelajari ilmu bidang

Ibadah ini disamping saya dapat mencapai objektif pengajaran yang telah

ditetapkan dalam tajuk ini. Disamping itu juga, saya berharap matlamat kajian ini

dapat dicapai dan direalisasikan agar murid lebih bersemangat dan sentiasa

memupuk semangat ingin belajar diiringi dengan mereka dapat beriadah dengan

lebih kamil.

8
2.0 FOKUS KAJIAN

2.1 Pemilihan Fokus Kajian

Melalui refleksi yang telah saya terangkan, saya telah mengenalpasti beberapa

masalah utama melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang lepas. Saya

telah mengenalpasti masalahmasalah ini untuk memperbaiki dan

penambahbaikan amalan pengajaran dan pembelajaran guru serta membantu murid

yang tidak dapat mengikuti pembelajaran Solat Sunat Dua Hari Raya. Selain itu,

masalah ini juga perlu ditangani dalam meningkatkan kualiti pembelajaran murid

serta meningkatkan pengetahuan sedia ada murid dalam matapelajaran

Pendidiakan Islam. Antara masalah-masalah yang dihadapi oleh murid dalam PdP

yang lepas ialah masalah dalam mengingati rukun-rukun solat sunat hari raya dan

murid juga tidak dapat membezakan jumlah mengangkat takbir serta lafaz tasbih

dalam setiap rakaat solat sunat hari raya.

Hal ini berlaku apabila guru hanya menjelaskan dengan menggunakan lebih

kaedah penerangan daripara kaedah tunjuk cara. Oeh itu murid tidak dapat

mengesan setiap pergerakan yang betul dalam rukun solat sunat hari raya ini.

Justeru itu saya mengulangi penjelasan dan penerangan semula kepada murid.

Namun, masih terdapat segelintir murid yang masih tidak dapat mengikuti dan

menjawab soalan yang saya kemukakan. Segelintir daripada mereka keliru kepada

jumlah takbir serta masih keliru lafaz takbir yang perlu dilafazkan selapas

mengangkat takbir. Apabia saya menyoal tentang pengalaman mereka mengerja

solat ini, mereka menjawab mereka melakukan hanya mengikut imam semata-mata

dan ada juga murid yang hanya mengerjakan solat sunat hari raya Aidilfitri sahaja

kerana beranggapan hari raya Aidilfitri leboh besar daripada hari raya Aidiladha.

Melalui masalah-masalah ini, saya perlu berusaha mencari idea-idea yang

dapat membantu mengatasi masalah yang saya hadapi. Walaubagaimanapun, saya

9
perlu memfokuskan kepada satu sahaja masalah dalam kajian ini. Oleh itu, saya

memfokuskan kepada masalah yang berkaitan dengan kesempurnaan dalam

mengerjakan rukun solat sunat hari raya ini supaya ia dapat dilaksanakan dengan

baik dan sempurna.

Seperti sedia maklum, hukum mengerjakan solat sunat hari raya ini adalah

hukumnya sunat muaakad. Namun begitu, rukun solat ini tidakah begitu berbeza

dengan rukun solat yang wajib lima waktu hanya dengan lafaz takbir sahaja yang

berbeza. Oleh itu, pentingnya menjaga kesempurnaan dalam mengerjakan solat ini

agar setiap Ibadah yang dikerjakan dapat diterima oleh Allah SWT.

Bidang Ibadah adalah bidang yang perlu diterapkan dalam diri murid-murid.

Hal ini kerana sebahagian daripada amalan seharian kehidupan manusia perlu

diterapkan dalam diri bagi menunjukan tindakbalas kepada sesuatu. Contohnya,

kebersihan diri adalah sangat perlu dijaga oleh kita. Oleh itu bagi menjaga diri

dengan lebih baik, terhindar daripada mendapat penyakit, kita perlu sentiasa

menjaga kebersihan diri. Begitu juga kepada setiap muslim, bagi mendapat

ganjaran pahala dan tidak dimurkai Allah SWT, kita perlu sentiasa menjaga amalan

serta akhlak hendaklah sentiasa dijaga dengan baik.

Menurut Saidah Bahrin (2012), permainan boleh digunakan pada semua

peingkat sukatan pelajaran Bahasa dan dapat melibatkan murid-murid dari sekolah

rendah kepada orang dewasa. (Hartiini Hairon, 2014)

Melalui pendapat ini,penggunaan kaedah Cekap Minda ini dapat memberi

keseronokan kepada murid untuk belajar sambilbermain. Tambahan pula permainan

yang diselangi dengan beberapa ganjaran mampu meningkatkan lagi semangat dan

ransangan murid untuk mempelajari sesuatu topik yang diajar oleh guru didalam

kelas mahupun diluar kelas. Pemilihan kaedah ini telah diteliti berdasarkan

beberapa kriteria yang saya telah kaji.

10
Kriteria yang pertama, kebolehtadbiran. Kebolehtadbiran bermaksud

penyelidik perlu mempertimbangkan perkara-perkara seperti tempoh masa

tindakan, kepakaran menyelidik, persedian untuk melaksanakan tindakan yang

kompleks atau kekangan-kekangan yang akan dihadapi dalam melaksanakan

tindakan berkaitandengan fokus kajian. (Mahamud, 2011) Kriteria ini dipilih kerana

bahan yang digunakan dalam kaedah Cekap Minda ini mudah disediakan dan

senang untuk diuruskan. Selain daripada matapelajaran Pendidikan Islam,

matapelajaran yang lain juga dapat menggunapakai kaedah ini bagi membantu

murid dalam prosen pembelajaran. Selain itu juga, kos penghasilan juga adalah

rendah dengan hanya memerlukan kertas A4 berwarna (mengikut keperluan) dan

pelekat sahaja. Aktiviti ini mempunyai ganjaran atau token yang akan diberikan

kepada murid dan terpulang kepada guru memberi ganjaran dari pelbagai jenis.

Selain itu juga, bahan yang telah digunakan boeh digunakan sebagai nota belajar

murid yang boleh diletakan diruangan info pembelajaran didaam kelas.

Kriteria kedua, kepentingan penggunaan kaedah Cekap Minda ini mampu

membantu murid mempelajari dan mengingati dengan lebih jelas dan seterusnya ia

dapat disimulasikan dengan baik oleh murid. Selain itu juga, aktiviti yang

menggunakan bahan ini dapat meningkatkan lagi minat murid mempelajari ilmu

Ibadah disamping mereka dapat mengetahui beberapa ibadah lain yang peru

diaksanakan oleh umat Islam selain daripada solat wajib lima waktu. Tambahan

pula, merujuk kepada refleksi yang saya telah saya nyatakan dimana murid-murid

ini lebih minat untuk belajar secara bermain ataupun melakukan aktiviti sambil

belajar. Justeru itu, pembelajaran dalam suasana yang kondusif dan mengikut

kehendak mereka boleh mambantu saya mencapai objektif yang hendak dicapai

bagi pengajaran tajuk Solat Sunat Hari Raya.

Kriteria yang ketiga adalah kebolehgunaan. Dengan menggunakan kaedah

Cekap Minda ini juga, proses pembelajaran yang berfokuskan murid dapat

11
dilaksanakan dimana murid akan menyelesaikan setiap aktiviti di setiap stesen yang

disediakan. Kaedah Cekap Minda ini adalah aktiviti yang dibahagikan kepada

beberapa stesen. Untuk kajian ini, saya membahagikan kepada lima stesen iaitu

stesen takbir raya, stesen lafaz niat, stesen rukun, stesen takbir dan tasbih dan

stesen tunjukcara atau simulasi. Murid perlu menyelesaikan setiap tugasan yang

terdapat pada setiap stesen sebelum bergerak ke stesen yang seterusnya

hinggalah ke stesen yang terakhir (Stesen Simulasi). Murid akan dinilai dan hasil

keja akan disemak oleh guru bagi memastikan murid mencapai objektif yang

dirancangkan. Selain daripada itu juga, dengan kaedah yang sama walaupun

dengan konsep yang berbeza seperti kaedah Cekap Minda ini boleh diubahsuai

mengikut kehendak objektif yang perlu dicapai dalam matapelajaran atau tajuk

pembelajaran yang diajar. Murid juga tidak hanya duduk dikerusi sambil mendengar

penerangan guru semata-mata di dalam kelas dengan suasana yang

membosankan. Oleh itu, dengan kaedah ini mereka dapat bergerak agar tidak

hilang fokus, bersaing secara sihat dalam pelajaran, penglibatan diri yang positif

serta meningkatkan lagi komunikasi antara rakan sekelas.

Bagi kriteria yang seterusnya ialah kawalan yang mana penggunaan bahan

Cekap Minda ini dilakukan semasa tempoh pelaksanaan dengan mengawal

tempoh masa. Pelaksanaan yang dijalankan adalah mengikut waktu pengajaran dan

pembelajaran yang sebenar dan intervensi yang telah dirancang berdasarkan

tempoh masa yang telah ditetapkan. Bagi memastikan komunikasi antara saya dan

peserta kajian memainkan peranan yang penting supaya arahan yang disampaikan

jelas dan tepat. Kesedian peserta kajian yang akan menjalankan aktiviti akan

dipastikan supaya aktiviti dapat dijalankan dengan baik dan lancar

Bagi kriteria yang terakhir ialah kriteria relevan. Penggunaan kaedah

permainan Cekap Minda ini sangat relevan kepada pihak sekolah. Hal ini kerana

penggunan kaedah permainan ini dapat digunakan di dalam bilik darjah malah boleh

12
dijalankan diluar bilik darjah disamping bahan yang dibina dapat dijadikan sebagai

nota rujukan yang boleh diletakkan di sudut kelas. Hal ini dapat dibuktikan apabila

penggunaan permainan Cekap Minda dapat dilihat melalui aktiviti simulasi dan

latihan pengukuhan yang telah dijalankan oleh guru. Selain itu, penggunaan kaedah

Cekap Minda ini juga akan memudahkan guru untuk merancang tindakkan

selanjutnya ataupun merancang aktiviti yang berlainan dengan konsep yang sama

pada tajuk pengajaran yang lain.

2.2 PENGUMPULAN DATA AWAL

2.2.1 TINJAUAN MASALAH

Menurut Chow Fook Meng dan Jaizah Mahamud (2011), tinjauan masalah dilakukan

untuk mencari bukti atau data dalam menentukan soalan yang boleh dijadikan fokus

kajian. Justeru itu, saya telah menggunakan beberapa jenis kaedah dalam

mengumpul data iaitu analisis dokumen, temu bual dan pemerhatian dalam usaha

untuk mengumpul data awal bagi kajian ini.

Saya telah memfokuskan beberapa perkara dalam mengumpul data semasa

tinjauan awal ini . Antaranya ialah :

Mengingat dan pengetahuan sedia ada murid dalam Solat Sunat Dua Hari

Raya.

Respon dan tingkah laku murid semasa melibatkan diri dalam proses PdP

Solat Sunat Dua Hari Raya di dalam kelas.

13
Jadual 1 Tinjauan Masalah

CARA
LANGKAH KUMPULAN
MENGUMPUL TUJUAN
DAN TARIKH SASARAN
DATA
Soal jawab Mengenalpasti masalah murid

Langkah 1 secara lisan 23 orang dalam mengingati konsep solat

(5 APRIL (Dijalankan murid Tahun 6 sunat dua hari raya.

2017) semasa proses Anggerik

PdP dijalankan)
Mengenalpasti murid yang
Langkah 2
Analisis mempunyai masalah dalam
(5 APRIL
dokumen mengingati konsep solat sunat
2017)
dua hari raya selepas PdP.
Mengenalpasti murid yang
Analisis
Langkah 3 10 orang mempunyai masalah dalam
Dokumen
(12 APRIL murid Tahun 6 mengingati konsep dan
(lembaran
2017) Anggerik melaksakan simulasi solat sunat
kerja)
dua hari raya.
Mengenalpasti murid yang

mempunyai masalah
Langkah 4 4 orang murid
melaksanakan simulasi sambil
(16 APRIL Pemerhatian Tahun 6
memerhatikan tingkah laku murid
2017) Anggerik
semasa melaksanakan simulasi

solat sunat dua hari raya.


Langkah 5 Temu bual 4 orang murid Mengenalpasti pengetahuan

(19 APRIL Tahun 6 sedia ada murid berkenaan

2017) Anggerik konsep solat sunat dua hari raya.


Guru-guru Mengenalpasti pendekatan dan

yang mengajar cara pengajaran yang telah

Tahun 6 digunakan oleh guru-guru yang

14
Anggerik lebih berpengalaman.

Berdasarkan kepada Jadual 1 ini, saya telah menggunakan tiga cara untuk

mengumpul data awal bagi mengetahui masalah yang dihadapi oleh murid Tahun 6

Anggerik dalam bidang ibadah tersebut. Semasa menjalankan pengumpulan data,

pertama sekali saya telah melakukan tinjauan awal iaitu soal jawab merujuk kepada

temu bual. Soal jawab ini dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran

dijalankan pada 5 April 2017 yang lalu. Saya telah mengemukakan soalan kepada

semua murid Tahun 6 Anggerik mengenai pengetahuan sedia murid tentang konsep

solat sunat dua hari raya.. Melalui hasil sesi soal jawab yang telah dijalankan, saya

mendapati bahawa kebanyakan murid masih tidak mengetahui konsep solat sunat

hari raya dengan baik. Tambahan pula, mereka juga turut mengakui bahawa mereka

hanaya mengikuti Imam samata-mata semasa mendirikan solat tersebut.

Merujuk kepada sesi PdP tersebut, saya telah menghasilkan satu jurnal

mingguan yang bertajuk Masalah murid tidak dapat melaksanakan simulasi solat.

Jurnal ini mengandungi analisis masalah dan cadangan tindakan susulan dan ianya

akan menjadi salah satu instrumen yang akan digunakan untuk mengenalpasti

masalah ini. Selain itu juga, jurnal ini juga dapat membantu saya untuk

mendapatkan gambaran awal mengenai punca masalah ini berlaku.

Saya juga telah mengenalpasti masalah ini dengan merujuk kepada

lembaran kerja murid. Hal ini kerana untuk menyokong analisis dapatan soal jawab

yang telah dijalankan pada sesi PdP yang lepas. Selain itu juga, saya juga

mendapati masalah ini timbul melalui pemerhatian terhadap tingkah laku murid

semasa guru menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Secara keseluruhan dalam

menjalankan pemerhatian ini ialah ianya berfokuskan kepada empat orang murid

yang telah dikenalpasti melalui soal jawab dan analisis dokumen sebelum ini.

15
Instrumen yang terakhir yang telah saya gunakan dalam mengenalpasti

masalah ini ialah temubual. Temu bual ini telah dijalankan secara berstruktur dan

tidak berstruktur kepada murid untuk mengenalpasti pengetahuan sedia ada murid

dalam mengingati konsep solat sunat dua hari raya.. Temu bual ini juga digunakan

untuk mengenalpasti pendekatan dan cara pengajaran yang telah digunakan oleh

guru-guru yang lebih berpengalaman mengajar di sekolah tersebut.

2.2.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH

Jadual 2 Analisis Tinjauan Masalah

LANGKAH DAN CARA KUMPULAN Masalah yang telah

TARIKH MENGUMPUL SASARAN dikenalpasti

DATA
Langkah 1 Soal jawab secara 23 orang Murid belum dapat

(5 APRIL 2017) lisan murid Tahun menyenaraikan rukun solat

(Dijalankan 6 Anggerik sunat dua hari raya dengan

semasa proses betul.

PdP dijalankan)
Langkah 2 Analisis dokumen 10 orang murid Tahun 6

(5 APRIL 2017) Anggerik tidak dapat

menyenaraikan rukun solat

hari raya mngikut tertib

yang betul.

Langkah 3 Analisis Dokumen 10 orang Murid tidak dapat

(12 APRIL 2017) (lembaran kerja) murid Tahun menjawab soalan

6 Anggerik mengenai solat sunat dua

hari raya baik dan betul.


Langkah 4 Pemerhatian 4 orang Murid banyak bertanya

(16 APRIL 2017) murid Tahun kepada guru berkaitan

16
6 Anggerik rukun solat semasa

menjawab lembaran kerja

yang telah disediakan.


Langkah 5 Temu bual 4 orang Murid masih keliru dalam

(19 APRIL 2017) murid Tahun bilangan mengangkat takbir

6 Anggerik dan nama surah pilihan

yang disunatkan.
Guru-guru Kebanyakan guru guru

yang menggunakan pendekatan

mengajar berpusatkan murid semasa

Tahun 6 proses PdP untuk

Anggerik meningkatkan

keberkesanan pengajaran.

Merujuk kepada jadual di atas, saya telah meneliti dan menganalisis bahawa

masalah utama yang telah dihadapi oleh murid Tahun 6 Anggerik ialah mengingat

konsep dan rukun melaksanakan solat sunat hari dua raya. Perkara di bawah ialah

hasil tinjauan masalah yang telah menggunakan kaedah mengumpul data di atas :

2.2.2.1 Soal Jawab

Saya telah melaksanakan sesi soal jawab secara separa kepada murid-murid Tahun

6 Anggerik untuk mengetahui sejauh mana tahap pengetahuan sedia ada mereka

berkaitan solat sunat dua hari raya tersebut. Sesi soal Jawab ini dijalankan secara

tidak langsung dalam proses PdP dijalankan di dalam kelas.

2.2.2.2 Analisis dokumen

17
Saya telah menggunakan beberapa analisis dokumen seperti jurnal refleksi guru

dan lembaran kerja murid. Saya telah menjalankan semakan ke atas lembaran kerja

yang telah diedarkan kepada murid-murid. saya mendapati murid tidak dapat

menjawab soalan mengisi tempat kosong dengan jawapan yang betul dengan

jawapan yang betul.

Rajah 1 : Analisis lembaran kerja (sebelum)

Selepas itu, saya juga telah menggunakan jurnal refleksi guru untuk kajian

ini. Catatan melalui jurnal yang bertarikh 2-6 April 2017 telah menunjukkan seramai

10 daripada 23 orang murid Tahun 6 Anggerik tidak dapat melakukan aktiviti

simulasi solat sunat hari raya dengan baik dan lancar.. Hal ini menunjukkan bahawa

kebanyakkan murid dalam kelas tersebut belum dapat menyenaraikan rukun solat

18
sunat hari raya mengikut susunan dengan baik dan lancar. Berikut merupakan

sebahagian catatan yang terdapat dalam jurnal tersebut :

Masalah ini berlaku apabila saya telah meminta murid untuk menyebut semula

rukun solat sunat hari raya selepas aktiviti penerangan guru. Saya kurang

menekankan menjawab soalan guru secara individu. Tambahan pula, saya juga

telah meminta murid untuk menayatakan semula rukun solat secara kelas dan juga

aktiviti simulasi dilakukan secara beramai-ramai tidak secara berkumpulan. Ini

memberi kesan dimana saya tidak dapat mengenalpasti murid yang tidak dapat

mengikuti pembelajaran dalam kelas secara jelas dan baik.

2.2.2.4 Pemerhatian

Melalui kaedah pemerhatian yang telah dijalankan untuk mengenalpasti tingkah laku

murid semasa mengikuti proses PdP ulum syariah dijalankan. Tingkah laku murid ini

di nilai untuk mengenalpasti masalah yang telah dihadapi oleh murid dalam bidang

Ibadah. Hasil dapatan pemerhatian tersebut, bahawa murid kerap lupa dan

mengingat rukun solat tersebut. Tambahan pula, murid juga sering bertanya kepada

guru dalam menyenaraikan rukun solat sunat hari raya di dalam lembaran kerja

yang telah disediakan oleh guru. Keadaan ini memberi gambaran awal kepada saya

mengenai murid yang tidak memberi perhatian dan mengikuti pembelajaran yang

dijalankan oleh guru.

2.2.2.5 Temu Bual

Temu bual ini telah dijalankan secara berstruktur kepada murid untuk

mengenalpasti pengetahuan sedia ada murid dalam melaksanakan solat sunat hari

raya tersebut. Temu bual ini juga digunakan kepada guru untuk mengenalpasti

pendekatan dan cara pengajaran yang kerap digunakan oleh guru-guru yang lebih

berpengalaman mengajar di sekolah tersebut. Hasil dapatan daripada temubual ini

terhadap murid ialah murid masih keliru dengan susunan atau urutan dalam solat

19
sunat hari raya tersebut. Manakala, bagi dapatan temubual untuk guru pula ialah

menunjukkan sebahagian besar guru-guru menggunakan pendekatan dan cara

pengajaran yang berpusatkan murid semasa proses PdP bagi meningkatkan

keberkesanan pengajar.

2.3 TINDAKAN

Menurut Elliot (1991) kajian tindakan merujuk kepada proses apabila guru-guru

bertindak secara kolaborasi untuk sama-sama menilai amalan mereka. [ CITATION

cho11 \l 1033 ]. Merujuk kepada pendapat ini bahawa kajian tindakan ini

memerlukan kolaborasi antara satu sama lain dalam menandangi masalah yang

ada di sekolah. Justeru itu, tujuan kajian tindakan ini juga dapat membantu guru

menangani cabaran berhubung dengan amalan pengajaran pembelajaran.

Menurut Grundy dan Kemmis (1981) menyenaraikan tiga prasyarat dalam

kajian tindakan. Prasyarat tersebut adalah mengkaji amalan sosial yang ditambah

baik melalui tindakan strategik, mengikut satu kitaran yang terdiri daripada

merancang ,bertindak , memerhati dan mereflek serta dilaksanakan oleh penyelidik

dan rakan-rakannya. (Mahamud, 2011)

Merujuk kepada ketiga-tiga prasyarat tersebut, saya telah memilih model

Stephen Kemmis (1983). Saya telah memilih model Stephen Kemmis ini kerana

model ini bersesuaian dengan kajian yang telah dijalankan oleh saya. Model ini

telah diciptakan dengan terdiri daripada empat peringkat iaitu tinjauan awal,

merancang, bertindak dan memerhati. Model ini dilaksanakan secara berulang-

ulang sehingga masalah yang dihadapi dapat diselesaikan sepenuhnya. Saya telah

menggunakan model ini dengan satu kitaran sahaja. Berikut merupakan model

Stephen Kemmis (1983).

20
RAJAH 2 : MODEL STEPHEN KEMMIS (1983)

Melalui penggunaan model Stephen Kemmis (1983), saya dapat melihat

serta merefleksi semula proses pengajaran dan pembelajaran saya yang lepas.

Semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran tersebut, saya

mendapati terdapat masalah yang telah dihadapi oleh murid dalam tajuk solat sunat

dua hari raya ini. Selepas mengenalpasti masalah melalui soal jawab, analisis

dokumen , pemerhatian dan temu bual, saya mendapati terdapat empat orang murid

yang gagal menjalankan simulasi solat dengan baik. Justeru itu, saya telah melihat

21
latar belakang mereka dan menganalisis latar belakang peserta kajian tersebut bagi

memudahkan menjalankan peringkat yang seterusnya.

Selepas meninjau masalah yang telah dihadapi, saya mendapati kelemahan

dalam pengajaran guru yang banyak menggunakan kaedah latih tubi membaca dan

mengingat secara kelas yang akan menyebabkan murid kurang memberi perhatian

dengan baik dan merasa bosan dengan aktiviti yang dijalankan oleh guru.

Tambahan pula, tempoh masa yang diberikan oleh guru juga menyebabkan murid

hanya mampu mengingat rukun solat sahaja. Justeru itu, saya telah merancang

satu bahan bantu belajar yang sesuai bagi membantu murid dalam menangani

masalah ini. Saya telah bertindak semasa proses pengajaran dan pembelajaran di

jalankan untuk mencapai objektif supaya murid dapat mengingat serta melakukan

simulasi solat tersebut. Selepas itu, saya akan cuba melihat peringkat memerhati

dengan melihat perubahan murid dalam temu bual yang telah dijalankan serta

menganalisis data. Oleh yang demikian, melalui model ini, saya dapat mengetahui

samada objektif tercapai atau tidak dengan menggunakan kitaran pertama yang kita

lakukan dan apabila tidak tercapai model ini akan diteruskan lagi dengan kitaran

yang kedua secara berulang kali dengan langkah yang sama sehinggalah masalah

ini dapat diselesaikan dengan jelas.

2.3.1 TINJAUAN AWAL

Semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran, saya telah

mengenalpasti beberapa murid yang menghadapi masalah untuk mengingati dan

melaksanakan simulasi solat sunat hari raya ini. Selepas itu, saya telah

berkolaborasi mengenai masalah ini kepada guru pembimbing saya dalam

menangani masalah ini serta berkongsi idea tentang cara pendekatan serta kaedah

yang sesuai untuk menangani masalah ini.. Melalui pendapat guru pembimbing

22
serta pembacaan dari sumber yang lain, saya telah mendapat satu idea untuk

menghasilkan satu bahan bantu belajar yang sesuai untuk menyelesaikan masalah

murid tahun 6 untuk mengingat dan melaksanakan simulasi solat sunat hari raya

dengan menggunakan kaedah permainan Cekap Minda.

2.3.2 MERANCANG

Pembelajaran bermakna yang telah diasaskan oleh Ausebel yang mana dengan

menggunakan bahan baru untuk menyampaikan isi pelajaran dengan baik. Melalui

pembelajaran ini, bahan bantu belajar merupakan faktor utama untuk

menyampaikan isi pelajaran kepada murid. Lebih-lebih lagi, menurut Robert M.

Gagne (1970) pengasas model Pemprosesan Maklumat telah mengemukakan

lapan jenis fasa dan salah satu fasa iaitu fasa yang kelima ialah mengingat kembali.

Fasa yang kelima ini ialah tindakan mencari maklumat atau pengalaman yang

disimpan di dalam stor ingatan jangka panjang. Isyarat daripada rangsangan luaran

atau motif dalaman yang menggerakkan seseorang indivividu tersebut untuk

mencuba mengingat kembali maklumat tersebut. Justeru itu, melalui model-model

tersebut, saya telah bercadang untuk menggunakan kaedah permainan Cekap

Minda ini untuk memberikan kemudahan kepada murid tahun enam mengingati

konsep dan seterusnya dapat melaksanakan simulasi solat sunat hari raya dengan

baik.

Oleh itu, saya telah menyediakan langkah-langkah bagi penyedian bahan

bantu yang akan digunakan dalam permainan Cekap Minda.

Langkah Cara-cara Catatan/Gambar


Langkah 1 Saya menyediakan bahan-bahan Kertas A4 berwarna
Plastik laminasi
yang akan digunakan bagi aktiviti

23
permainan ini.
Bahan yang dibina mestilah tahan

agar peserta yang lain dapat

menggunakan semula dengan

baik.
Menyediakan senarai tugasan

yang perlu dijalankan semasa

aktiviti ini dijalankan.


Menetapkan masa (5 minit) bagi

setiap tugasan di setiap stesen :


Stesen 1 - Takbir Raya
Langkah 2 Stesen 2 - Niat Solat
Stesen 3 - Bacaan Tasbih
Stesen 4 - Rukun Solat
Stesen 5 - Simulasi Solat
Menyediakan rubrik penilaian

pada setiap stesen.

Murid menjalankan aktiviti dengan

arahan guru.
Murid akan berpindah ke stesen

yang lain dari stesen asal pada

awal aktiviti dijalankan.


Setelah kesemua murid
Langkah 3
menyelesaikan tugasan pada

stesen 1, 2, 3 dan 4, mereka akan

dikumpulkan ke stesen 5 bagi

menjalankan simulasi solat

secara berjemaah.

24
Murid akan diedarkan oleh guru

lembaran kerja bagi membuat

Langkah 4 penilaian pencapaian murid

samada mereka mengingati

konsep solat sunat hari raya.

Bahan permainan Cekap Minda ini dibina bagi membolehkan murid dapat

bergerak, melakukan aktiviti dan tugasan dan seterusnya mereka dapat belajar dan

mengingati konsep solat sunat hari raya dengan lebih berkesan. Berikutan dengan

luahan mereka yang merasa bosan ketika belajar dan kurangnya pendedahan yang

berpusatkan murid mendorong saya menggunakan kaedah permainan bagi bidang

ibadah ini. Seterusnya, dengan menggunakan sistem token juga dapat

meningkatkan lagi minat mereka dan murid dapat terlibat secara aktif dalam setiap
25
aktiviti yang dirancang oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran

dijalankan.

Dengan penggunaan bahan ini juga banyak mendedahkan murid melakukan

secara lansung bacaan serta perlakuan dalam solat disamping mereka dapat

mengingati setiap rukun dan juga dapat menguasai konsep dalam solat sunat hari

raya. Berbanding dengan kaedah penerangan guru didalam kelas, sangat penting

bagi membolehkan murid melakukan sendiri cara melaksanakan solat ini disamping

mereka dapat menimba pengalaman melakukannya dan seterusnya dapat

mengaplikasikan dalam kehidupan sebenar mereka. Penekanan dalam menjaga

tatacara solat juga sangat penting agar mereka terdedah kepada kepentingan

menjaga kesempurnaan dalam solat.

2.3.3 BERTINDAK

Selepas saya menyiapkan perancangan yang telah saya rancang ini, saya telah

memulakan tugas saya untuk melaksanakan tindakan yang seterusnya. Saya telah

memulakan pelaksanaan tindakan ini semasa proses pengajaran dan pembelajaran

bagi mata pelajaran ibadah yang akan menerangkan tentang subtopik solat sunat

dua hari raya sahaja.

Konsep permainan Cekap Minda ini dibahagikan kepada lima stesen yang

berasingan. Lokasi yang saya pilih adalah di surau sekolah dimana ia adalah tempat

yang bersesuaian dengan tajuk pengajaran dan pembelajaran Solat Sunat Dua

Hari Raya. Stesen satu (Takbir Raya), dua (Lafaz Niat), tiga (Lafaz Tasbih) dan

empat (Rukun Solat) ditempatkan di setiap sudut hujung surau agar murid dapat

melakukan tugasan dengan selesa disamping guru dapat membuat penilaian

26
dengan lebih teratur. Stesen kelima (Simulasi Solat) pula ditempat tengah-tengah

surau agar murid dapat melaksanakan simulasi solat sunat hari raya secara

berjemaah dengan selesa.

Bahan (Kertas A4 berwarna dan dilaminasikan) yang digunakan juga

bersesuaian dengan aktiviti agar setiap murid dapat mengguna semula bahan

setelah rakan yang lain menyelesaikan aktiviti dan tugasan di setiap stesen yang

ditetapkan. Penggunaan kertas A4 berwarna adalah agar murid lebih berminat

melakukan tugasan disamping memberi sedikit cabaran pada setiap tugasan seperti

menyusun semula potongan kalimah yang diberikan.

2.3.4 MEREFLEK

Semasa saya menjalankan tindakan tersebut, saya telah membuat refleksi

mengenai kebaikan dan kelemahan menggunakan kaedah penggunaan kaedah

permainan Cekap Minda dalam langkah yang keempat. Melalui perancangan

tindakan yang telah dijalankan, saya mendapati bahawa murid merasa seronok

menggunakan kaedah permainan Cekap Minda tersebut kerana ingin

menyelesaikan tugasan yang seterusnya. Saya juga melihat murid lebih

bersemangat untuk mempelajari tajuk ini smasa menjalankan aktiviti dengan

menggunakan kaedah permainan Cekap Minda ini.

Disamping itu juga, saya mendapati murid terlihat agak tercabar dalam

menjalankan sesuatu aktiviti. Contohnya, murid perlu memberi fokus yang tinggi

bagi mendengar laungan takbir raya yang dimainkan sebelum menentukan kalimah

yang betul diletakkan pada ruangan kosongan dalam lembaran yang diberikan.

Selain itu juga, penggunaan warna yang berbeza pada setiap potongan kalimah

memberi serba sedikit cabaran dimana mereka hanya perlu fokus kepada kalimah

dan bukan pada warna. Penggunaan warna ini juga memberi kesan dima murid

27
lebih melakukan tugasan dan merasakan mereka dalam situasi bermain disamping

turut belajar mengenai tajuk Solat Sunat Dua Hari Raya dengan menggunakan

kaedah permainan Cekap Minda ini.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN

3.1 OBJEKTIF KAJIAN

3.1.1 Menghuraikan proses perlaksanaan PdP tajuk Solat Sunat Dua Hari Raya

menggunakan kaedah permainan Cekap Minda.

3.1.2 Membaiki amalan Pengajaran dan Pembelajaran guru dalam membantu

murid Tahun 6 mengingat konsep dan melaksanakan solat sunat dua hari raya

dengan menggunakan kaedah permainan CEKAP MINDA.

3.2 SOALAN KAJIAN

3.2.1 Bagaimanakah penggunaan "CEKAP MINDA dapat membantu murid Tahun

6 dalam menguasai tajuk solat sunat dua hari raya?

3.2.2 Bagaimanakah penggunaan "CEKAP MINDA" ini dapat membaiki amalan

Pengajaran dan Pembelajaran guru dalam membantu murid Tahun 6 menguasai

tajuk solat sunat dua hari raya?

28
4.0 PESERTA KAJIAN

Kajian ini melibatkan kepada empat orang peserta kajian yang terdiri daripada dua

orang lelaki dan dua orang perempuan Tahun 6 Anggerik di salah sebuah sekolah di

Daerah Banting. Lokasi sekolah ini merupakan di kawasan luar Bandar yang

mempunyai lebih kurang daripada 500 orang murid.

JADUAL 4.0 (a): PESERTA KAJIAN

CATATAN
PERKARA

4 Peserta Kajian
Bilangan Murid

2 orang Lelaki

2 orang Perempuan
Jantina

29
1. Murid tidak tahu cara menjalankan solat sunat dua hari

raya.

2. Murid tidak memberi perhatian semasa sesi PdP dijalankan

sebelum ini.
Prestasi
3. Murid tidak dapat menjalankan simulasi cara solat dengan
Akademik
baik.

4. Murid tidak dapat mengingati dan tidak mengetahui

bilangan takbir serta bacaan selawat selepas mengangkat

takbir.

Merujuk kepada jadual 4.0 (a) di atas merupakan biodata bagi peserta kajian

yang ada dalam kajian ini. Peserta kajian ini mempunyai empat orang yang diwakili

oleh dua orang lelaki dan dua orang perempuan. Kajian ini akan dijalankan di salah

sebuah sekolah di daerah Banting. Melalui bilangan perserta kajian yang dipilih

kerana ia berkaitan dengan prestasi akademik yang telah di analisis oleh guru. Saya

mendapati bahawa terdapat di dalam peserta kajian ini dapat mengingat cara solat

sunat hari raya dengan baik akan tetapi kurang mengingat dengan urutan yang

betul. Selain itu, terdapat juga murid yang tidak dapat mengingat cara solat sunat

dua hari raya ini dengan baik dan jelas . Oleh yang demikian, saya telah memilih

peserta kajian ini mengikut masalah yang telah dihadapi serta kajian yang telah

dikaji oleh guru.

JADUAL 4.0 (b): Ciri ciri unik

Ciri ciri Khusus


Peserta Intelek Sosial
Kajian

30
Mudah faham semasa guru Melibatkan diri secara aktif di

mengajar. dalam kelas.

PK1 Tidak dapat menjalankan Suka bercakap bersama

simuasi solat sunat dua hari rakan.

raya.
Tidak dapat menjawab Pasif

soalan guru dengan baik. Tidak suka bergaul bersama


PK2
Sukar mengikut arahan rakan.

guru.
Bijak di dalam kelas Tidak suka bergaul

Mudah menjawab soalan di Suka membuat kerja sendiri.


PK3
dalam kelas.

Pandai Suka bercakap

Selalu bosan ketika belajar. Suka menjadi ketua di dalam


PK4
kumpulan.

Merujuk kepada jadual 4.0 (b) iaitu ciri ciri unik bagi peserta kajian ini, saya telah

memilih peserta kajian ini kerana mereka mempunyai beberapa ciri ciri unik yang

ada dalam diri mereka dari segi sosial dan intelek. Bagi PK1 yang mana murid ini

mempunyai ciri yang unik seperti murid ini mudah faham semasa guru mengajar

dan akan tetapi murid ini sukar memberikan perhatian di dalam kelas dan suka

bercakap sesama rakan di dalam kelas semasa guru mengajar di dalam

kelas.Seterusnya ialah Pk2 yang mana murid ini telah dikesan oleh guru apabila

PK2 kurang menjawab soalan guru dengan jawapan yang betul. Tambahan pula,

Pk2 ini juga sukar mendengar arahan guru dan tidak suka bergaul di dalam kelas.

Justeru itu, murid ini lemah dalam mengingati cara solat dan tidak dapat melakukan

simulasi solat sunat ini dengan jelas.

31
Bagi PK3 pula juga telah dikenalpasti mempunyai ciri ciri unik dan kelainan

di dalam kelas yang telah diajar oleh saya. Saya mendapati bahawa PK3 ini

mempunyai ciri ciri yang unik seperti bijak di dalam kelas dan akan tetapi murid ini

kurang bergaul sesama rakan di dalam kelas. Tambahan pula, murid ini juga dapat

menjawab soalan guru dengan baik dan tepat semasa guru bertanyakan soalan di

dalam kelas walaupun suka membuat kerja lain semasa guru mengajar di dalam

kelas.

Bagi peserta kajian yang terakhir ini telah dipilih kerana kerana murid ini

mempunyai ciri ciri yang ada dalam kajian yang dijalankan oleh pengkaji. Murid

yang keempat ini mempunyai sifat yang suka bercakap di dalam kelas dan sentiasa

menjawab soalan guru dengan jawapan yang tidak jelas dan kurang tepat. Akan

tetapi, murid ini sentiasa mendapat markah yang tinggi dalam subjek ini.

Walaubagaimanapun, murid ini selalu menunjukan kebosannan ketika belajar di

dalam kelas.

Secara tuntasnya, kesemua peserta kajian ini dipilih kerana mereka mempunyai ciri

ciri yang unik dan kelainan di dalam kelas. Tambahan pula, mereka juga

mempunyai masalah yang perlu diperbaiki. Oleh yang demikian, kajian ini telah di

kaji mengikut kepada masalah yang dihadapi oleh murid ini.

32
33
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 LANGKAH-LANGKAH TINDAKAN

JADUAL 5: RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

LANGKAH ISI KANDUNGAN AKTIVITI CATATAN

1. Murid diletakan pada setiap stesen yang ditetapkan. KAEDAH:

2. Murid akan mendengar arahan guru berkaitan aktiviti Permainan


Konsep Mendirikan
yang akan dijaankan.
LANGKAH Solat Sunat Dua
3. Murid akan memulakan aktiviti dengan menyelesaikan BAHAN BANTU
3 Hari Raya
setiap tugasan yang terdapat pada stesen yang BELAJAR:

ditetapkan. Cekap Minda

34
4. Murid akan bertukar stesen setelah masa yang

diperuntukan telah tamat.

5. Murid akan dikumpulkan di stesen yang kelima bagi

menjalankan aktiviti simulasi solat secara berjemaah.

LEMBARAN 1. Murid diminta mendengar arahan guru. KAEDAH :

KERJA 2. Murid akan diedarkan lembaran kerja setiap seorang. IMLAK

3. Murid diberi masa oleh guru untuk menyiapkan


LANGKAH lembaran kerja tersebut. BAHAN BANTU
4 4. Murid akan menggunakan Cekap Minda untuk BELAJAR :

menjawab soalan di lembaran kerja tersebut. LEMBARAN KERJA

35
Merujuk kepada Jadual 5, iaitu rancangan pengajaran harian bagi kitaran ini, saya

telah menjalankan beberapa langkah yang bersesuaian dengan kajian yang ingin

saya kaji. Pada langkah yang ketiga, saya telah menggunakan kaedah permainan

dimana juga ianya langkah melaksanakan kaedah permainan Cekap Minda yang

saya bina untuk bahagian subtopik tajuk Solat Sunat Dua Hari Raya bertujuan untuk

murid dapat meningkatkan lagi ingatan mengenai konsep dan seterusnya dapat

menjalankan simulasi solat sunat hari raya ini. Murid akan menjalankan aktiviti dan

menyiapkan tugasan yang terdapat pada setiap stesen yang diaturkan oleh guru.

Setiap tugasan akan disemak oleh guru bagi memastikan murid Berjaya

menyiapkan tugasan dengan betul sebelum mereka bergerak ke stesen yang lain.

Justeru itu, saya memilih kaedah ini bagi bertujuan murid dapat mengingati

cara perlaksanaan solat sunat hari raya mengikut rukun yang dipeajari mereka.

Selain daripada itu, disetiap tugasan yang diberikan pada setiap stesen juga

bertujuan bagi memberi pengukuhan kepada murid untuk terus mengingati setiap

konsep mengerjakan solat sunat hari raya dan seterusnya mereka dapat

menjalankan aktiviti simulasi yang terletak di stesen yang kelima. Secara

relevannya, mereka mudah untuk mempelajari setiap konsep mengerjakan solat

sunat hari raya yang telah dibahagikan di setiap stesen disamping murid juga

mempunyai pengalaman dalam mengerjakan solat-solat yang lain. Kesannya,

mereka akan lebih mudah menguasai objektif pengajaran dan pembelajaran yang

telah ditetapkan iaitu, murid dapat melakukan simulasi solat dengan betul dan

sempurna.

Pada langkah keempat pula, saya telah menggunakan kaedah imlak yang

mana murid akan diberikan lembaran kerja setiap seorang. Menurut Ahmad Mohd

Salleh di dalam buku kurikulum, metodologi dan pedagogi pengajian Islam edisi

yang kedua bahawa kaedah imlak ini berlaku selepas kaedah hafalan dijalankan

dan ianya memerlukan murid-murid menulis apa yang direncanakan kepadanya.

36
Justeru itu, saya memilih kaedah imlak ini dalam menjalankan aktiviti

menjawab soalan isi tempat kosong dalam lembaran kerja yang diberikan oleh guru.

Hal ini kerana murid dapat mengingat semula konsep melaksanakan solat sunat

hari raya tersebut dengan menjawab soalan-soalan yang ada di dalam lembaran

kerja yang telah diedarkan. Tambahan pula, murid-murid dibenarkan menggunakan

bahan permainan yang telah dilaksanakan oleh mereka dalam permainan Cekap

Minda tersebut. Justeru itu juga, kerelavan bahan bantu ini juga dapat dijadikan

bahan bantu belajar murid pada masa akan datang.

Secara tuntasnya, melalui langkah-langkah ini, saya dapat mengetahui

masalah-masalah murid dalam mengingati dan melaksanakan konsep solat sunat

hari raya ini. Tambahan pula, saya juga dapat menyelesaikan masalah ini dengan

berusaha mencari idea dan langkah-langkah yang bersesuaian dalam

menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh muridmurid tahun enam ini. Disamping

itu juga, saya dapat menjalankan dan dapat melakukan penambaikan dalam amalan

pengajaran dan pembelajaran saya pada masa akan datang.

5.2 KAEDAH MENGUMPUL DATA

Kajian ini telah menggunakan tiga kaedah iaitu pemerhatian, temu bual dan analisis

dokumen. Ketiga-tiga kaedah ini digunakan untuk mengumpul data sepanjang

tempoh kajian ini dilaksanakan. Kesemua data ini telah dikumpul dan akan

dianalisis serta dipersembahkan melalui keputusan kajian.

5.2.1 PEMERHATIAN

37
Muhammad Hazman (2009) menyatakan bahawa pemerhatian merupakan satu

teknik pengutipan data dengan memerhati tingkah laku subjek kajian secara

langsung. Pemerhatian dilakukan dengan merekod butiran catatan melalui nota atau

sebagainya tentang situasi yang berlaku di dalam bilik darjah semasa sesi

pengajaran dan pembelajaran [ CITATION Sar12 \l 1033 ]

Pemerhatian ini boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu pemerhatian

berstruktur dan tidak berstruktur. Pemerhatian berstruktur merupakan pemerhatian

yang menggunakan senarai semak untuk membuat pemerhatian. Bagi pemerhatian

tidak berstruktur pula ialah pemerhatian yang menggunakan catatan nota lapangan

yang mana pemerhatian ini boleh dilakukan pada setiap masa dengan melihat

segala perlakuan dan kejadian dalam situasi yang ingin dikaji.

Justeru itu, dalam kajian ini, saya telah menjalankan pemerhatian ini semasa

menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan bahan

bantu belajar CEKAP MINDA ini. Hal ini bertujuan untuk mengenalpasti masalah-

masalah yang dihadapi oleh murid dalam mencapai objektif pembelajaran Pdp

tersebut. Selain itu juga, pemerhatian ini juga dijalankan untuk melihat kumpulan

murid yang telah disasarkan dalam mencapai objektif pembelajaran yang

menggunakan CEKAP MINDA ini. Kebanyakannya, pemerhatian ini dilaksanakan

semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan di dalam kelas dan telah

dicatat secara langsung dan tidak langsung dalam rekod guru. Berikut merupakan

jadual pemerhatian yang ingin digunakan dalam kajian ini.

38
Jadual 6 : Jadual pemerhatian

PESERTA JUMLAH

PERKARA KAJIAN SKOR

ITEM
1 2 3 4
1. Murid dapat menjalankan aktiviti simulasi dengan

betul selepas menggunakan kaedah permainan

CEKAP MINDA.
2. Murid melibatkan diri secara aktif semasa aktiviti

CEKAP MINDA tersebut dijalankan.


2. Murid dapat menjawab soalan mengenai solat sunat

hari raya dengan betul dengan menggunakan CEKAP

MINDA.
4. Murid kurang bertanyakan soalan kepada guru

mengenai latihan yang diberikan oleh guru.

JUMLAH SKOR INDIVIDU

5.2.2 TEMU BUAL

Menurut Ackroyd dan Hughes(1992) bahawa temubual ditakrifkan sebagai

pertemuan antara penyelidik dengan peserta kajian, dengan penyelidik bertanyakan

siri soalan yang relevan dengan fokus kajian Temu bual ini merupakan salah satu

cara pengumpulan data yang dapat meninjau persepsi serta tingkah laku murid

tersebut. [ CITATION Sar12 \l 1033 ]

Menurut chow Fook Meng dan Jaizah Mahamud di dalam bukunya

kajian tindakan : konsep dan Amalan dalam pengajaran bahawa secara umumnya ,

39
temubual ini boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu temu bual berstruktur,temu

bual tidak berstruktur dan temu bual separa berstruktur.

Temu bual berstruktur ini mempunyai soalan-soalan yang dikemukan

dan dirancang secara teratur supaya maklumbalas yang spesifik dapat diperoleh.

Temu bual tidak berstruktur pula ialah kebiasaannya digunakan untuk mencari

maklumat yang berkaitan dengan sesuatu fenomena dan isu. Manakala, temu bual

separa berstruktur pula dilaksanakan dengan kedua-dua jenis temu bual yang telah

dijelaskan di atas tadi.

Melalui kajian yang telah dijalankan ini, Saya telah menggunakan

dua jenis temu bual ini iaitu berstruktur dan tidak berstruktur. Temu bual yang

berstruktur , saya telah menggunakan soalan-soalan yang telah dirancang dengan

rapi supaya murid dapat menjawab dengan betul dan berstruktur. Manakala temu

bual tidak berstruktur pula, saya telah memberikan soalan berkaitan dengan aktiviti

seharian murid dan murid dapat menjawab dengan jawapan yang ringkas sahaja.

Temubual ini juga dilakukan untuk melihat tindak balas murid dalam masalah

menguasai konsep solat sunat hari raya semasa proses pengajaran dan

pembelajaran yang menggunakan CEKAP MINDA ini dan sekaligus

mengenalpasti peserta kajian yang tidak berjaya dalam mencapai objektif

pembelajaran. Borang di bawah antara soalan-soalan temu bual kepada murid dan

guru.

Rajah 3: Borang temu bual murid

40
BORANG REKOD TEMU BUAL (MURID)

NAMA: . KELAS:

1. GURU : Adakah anda berminat untuk belajar cara solat dengan

menggunakan permainan CEKAP MINDA?

MURID :___________________________________________________

__

______________________________________________________

2. GURU : Sejauh manakah penggunaan CEKAP MINDA ini dapat

membantu anda untuk menguasai cara solat ini?

MURID :___________________________________________________

___

_____________________________________________________

3. GURU : Bagaimanakah perasaan anda semasa menggunakan CEKAP

MINDA ini?

MURID :___________________________________________________

___

________________________________________________________

4. GURU : Apakah penggunaan CEKAP MINDA dapat melibatkan diri

serta menarik minat berbanding dengan cara pengajaran guru sebelum ini?

MURID :___________________________________________________

41
______

_________________________________________________________

5. GURU : Mengapakah penggunaan CEKAP MINDA ini lebih mudah

untuk belajar berbanding dengan cara pengajaran guru sebelum ini?

MURID :___________________________________________________

______

_________________________________________________________

5.2.3 ANALISIS DOKUMEN

Analisis dokumen menurut Bahagian Perancangan Penyelidikan Dasar Kementerian

Pelajaran Malaysia Pada Tahun 2008 bahawa analisis dokumen ini bermaksud

pengumpulan data melalui menganalisis dokumen yang dapat memberikan

maklumar yang relevan kepada isu dan masalah yang dikaji. Merujuk kepada

maksud analisis dokumen ini, maklumat dapat diperolehi dengan mudah dengan

adanya sumber yang boleh didapati daripada guru-guru yang kebanyakannya

mengamalkan sistem inventori yang sistematik.

Merujuk kepada kajian ini, saya telah menggunakan analisis dokumen ini

untuk mengumpul data seperti lembaran kerja, buku latihan, serta buku rekod

pencapaian akademik dan sahsiah murid. Selain itu juga, saya juga telah

menggunakan jurnal refleksi guru dan buku rancangan pengajaran harian guru

untuk mendapatkan maklumat berkenanan dengan kajian ini. Analisis dokumen ini

dijalankan untuk mendapatkan maklumat berkenanan dengan kajian ini. saya telah

42
menggunakan lembaran kerja serta jurnal refleksi guru untuk mendapatkan data

bagi kajian ini. Rajah di bawah merujuk kepada lembaran kerja bagi analisis

dokumen ini.

Rajah 4: Lembaran Kerja

5.3 CARA MENGANALISIS DATA

5.3.1 PEMERHATIAN

Bagi analisis data bagi pemerhatian ini, saya telah menggunakan pemerhatian

berstruktur yang mana untuk melihat peningkatan murid dalam kemahiran

mengingat dan melaksanakan konsep solat sunat dua hari raya. Hasil pemerhatian

ini telah dianalisis dalam jadual berikut.

43
PESERTA KAJIAN JUMLAH

PERKARA SKOR
1 2 3 4
ITEM
1. Murid dapat menjalankan aktiviti simulasi dengan

betul selepas menggunakan kaedah permainan Cekap / / / / 4/4

Minda
2. Murid melibatkan diri secara aktif semasa aktiviti

CEKAP MINDA tersebut dijalankan . / / / / 4/4


3. Murid dapat menjawab soalan mengenai konsep

solat sunat hari raya dengan betul selepas aktiviti / / / / 4/4

Cekap Minda dijalankan.


4. Murid kurang bertanyakan soalan kepada guru

mengenai latihan yang diberikan oleh guru. / / / / 4/4

JUMLAH SKOR INDIVIDU 4/4 4/4 4/4 4/4


Jadual 7: Analisis Pemerhatian

Berdasarkan kepada data pemerhatian di dalam jadual 7 ini, keempat-empat

peserta kajian telah dapat menguasai kesemua kemahiran dengan jayanya selepas

menggunakan kaedah permainan CEKAP MINDA tersebut dalam menguasai

konsep solat sunat hari raya ini. Keempat-empat peserta kajian berjaya memenuhi

aspek yang ada dalam pemerhatian tersebut.

Interpretasi Data Pemerhatian

Merujuk kepada analisis data pemerhatian yang telah dilaksanakan tadi mempunyai

perubahan yang ketara pada keempat-empat peserta kajian yang telah menjadi

sasaran pada kajian kali ini. Kesemua peserta kajian telah menunjukkan

44
peningkatan dalam mengingat dan melaksanakan simulasi solat sunat hari raya

dengan menggunakan kaedah permainan CEKAP MINDA ini.

Pada mulanya, semasa memperkenalkan permainan CEKAP MINDA ini

kepada keempat-empat peserta kajian dapat dilihat dapat menjalankan aktiviti yang

terdapat pada permainan CEKAP MINDA ini dengan baik dan teratur mengikut

arahan dan tugasan yang telah disediakan di dalam permainan CEKAP MINDA

tersebut. Mereka mudah memahami dan mengingat dengan menggunakan kaedah,

aturan permainan dan tugasan yang ada di dalam bahan bantu ini. Saya merasa

bersyukur dan seronok melihat mereka dapat mengingati dan mampu

melaksanakan simulasi solat sunat hari raya dengan baik selepas menggunakan

kaedah permainan CEKAP MINDA ini serta sekaligus dapat menjawab soalan

dengan tepat di dalam lembaran kerja yang telah diberikan oleh guru.

5.3.2 TEMU BUAL

Bagi menganalisis temu bual ini, saya telah menjalankan temu bual ini

menggunakan dua jenis temu bual iaitu temu bual berstruktur dan tidak berstruktur.

Berikut merupakan hasil temu bual bersama peserta kajian bagi pelaksanaan

kaedah permainan Cekap Minda.

Soalan 1: Adakah anda berminat untuk belajar cara solat dengan

menggunakan kaedah permainan CEKAP MINDA?

Peserta Kajian Jawapan


1 Saya berminat sangat dengan permainan ini
2 Mestilah berminat sangat ustaz
3 Sangat berminat
4 Minat sangat dengan cara ni lagi ustaz

45
Melalui analisis jawapan daripada peserta kajian ini, terdapat kesemua

peserta kajian dapat dilihat menunjukkan minat mereka dalam menguasai

kemahiran mengingat konsep solat sunat hari raya ini dengan menggunakan

CEKAP MINDA. Analisis jawapan ini membuktikan bahawa peserta kajian lebih

banyak berminat dengan menggunakan bahan bantu kaedah permainan CEKAP

MINDA untuk belajar cara solat disamping mengingatinya.

Soalan 2: sejauh manakah penggunaan Cekap Minda ini dapat membantu

anda untuk menguasai cara solat ini?

Peserta Kajian Jawapan


1 Saya dah boleh buat dan faham macam mana nak sembahyang

raya
2 Saya boleh belajar dengan cara ni dan saya dapat lawan dengan

kawan lain
3 Mudah saya faham apa yang saya belajar
4 Cara ni saya lebih senang taklah rasa bosan sangat

Merujuk kepada analisis jawapan daripada peserta kajian ini, terdapat

kesemua peserta kajian dapat dilihat merasa seronok semasa mempelajari dan

mengingati konsep solat sunat hari raya dengan menggunakan kaedah perminan

CEKAP MINDA ini. Hal ini kerana dapat dibuktikan bahawa peserta kajian dapat

melibatkan diri dengan seronok dalam aktiviti yang dijalankan oleh guru berbanding

dengan cara pengajaran sebelum ini.

Soalan 3: Bagaimanakah perasaan anda semasa menggunakan kaedah

permainan Cekap Minda ini?

Peserta Kajian Jawapan

46
1 Ya ustaz, seronok.

2 Best buat kerja tadi...


3 Suka dengan permainan tadi
4 Seronok ustaz

Bagi analisis jawapan daripada peserta kajian ini, terdapat kesemua peserta

kajian dapat dilihat memberikan jawapan yang sama. Hal ini kerana kesemua murid

menyatakan bahawa mereka dapat melibatkan diri dengan aktif selepas

menggunakan CEKAP MINDA ini. Tambahan pula, mereka tidak berkongsi bahan

bantu tersebut dan dapat bermain bersama-sama dengan rakan yang lain. Hal ini

membuktikan bahawa peserta kajian lebih berminat dengan penggunaan bahan

bantu yang mempunyai konsep yang berlaianan dan baru.

Soalan 4: Apakah penggunaan kaedah permainan CEKAP MINDA dapat

melibatkan diri serta menarik minat berbanding dengan cara pengajaran guru

sebelum ini?

Peserta Kajian Jawapan


1 Ya ustaz.

2 Oke dari sebelum nie..


3 Tak sama
4 Tak. Yang ni lagi best

Bagi analisis jawapan daripada peserta kajian ini, terdapat kesemua peserta

kajian dapat dilihat memberikan jawapan yang sama. Hal ini kerana kesemua murid

menyatakan bahawa mereka dapat melibatkan diri dengan aktif selepas

menggunakan kaedah permainan Cekap Minda ini. Tambahan pula, mereka dilihat

tekun melakukan tugasan aktiviti tersebut. Hal ini membuktikan bahawa peserta

kajian lebih berminat dengan penggunaan bahan bantu yang mempunyai konsep

yang berlaianan dan baru.

47
Soalan 5: Mengapakah penggunaan CEKAP MINDA ini lebih mudah untuk

dihafaz berbanding dengan cara pengajaran guru sebelum ini ?

Peserta Kajian Jawapan


1 Ya mudah sebab saya dapat buat sendiri
2 Saya boleh ingat semuala apa saya buat tadi
3 Ianya ada jawapan sedikit
4 Senang nak tangkap dan saya suka cara ni

Merujuk kepada analisis jawapan daripada peserta kajian bagi soalan 5 ini,

saya mendapati kesemua peserta kajian memberikan jawapan yang positif

mengenai penggunaan CEKAP MINDA ini. Hal ini kerana mereka mengatakan

bahawa bahan bantu ini sangat mudah untuk mereka mengingat konsep solat sunat

hari raya. Justeru itu, ianya membuktikan bahawa kaedah ini sangat bersesuaian

dijadikan sebagai salah satu bahan bantu yang boleh membantu murid untuk

mempelajari tentang konsep solat hari raya.

Interpretasi Data Temu Bual

Soalan temu bual di atas bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan penggunaan

CEKAP MINDA dalam mengingati konsep solat hari raya dan perlaksanaan

simulasi solat bagi peserta kajian. Hal ini kerana untuk melihat maklumbalas

peserta kajian dalam mengingati konsep dan melaksanakan simulasi solat sunat

hari raya dengan menggunakan CEKAP MINDA ini. Peserta kajian telah diberi

soalan soalan yang berkaitan dengan penggunaan CEKAP MINDA ini dapat

membantu murid dalam mengukuhkan lagi pengetahuan berkaitan konsep solat

sunat hari raya.

48
Merujuk kepada kitaran ini, peserta kajian dapat mengatakan bahawa

menggunakan CEKAP MINDA ini dapat digunakan dengan mudah dan baik untuk

pembelajaran dan mudah untuk mengingat konsep solat sunat hari raya. Justeru itu,

mereka mudah mengikuti pembelajaran konsep solat sunat hari raya dengan

menggunakan bahan bantu ini dan memberikan kemudahan kepada mereka

melaksanakan simulasi dan seterusnya dapat diaplikasikan dalam kehidupan

sebenar.

5.3.3 ANALISIS DOKUMEN

1) LEMBARAN KERJA

Analisis dokumen ini telah dijalankan semasa proses PdP yang menggunakan

bahan bantu CEKAP MINDA ini. Analisis ini telah dilaksanakan dengan

menggunakan lembaran kerja yang mana lembaran kerja ini telah dianalisis bagi

melihat peningkatan penguasaan murid berkaitan konsep solat sunat hari raya

dengan betul. Hasil analisis ini telah di nyatakan dalam jadual di bawah.

Jadual 8: Analisis Lembaran Kerja

JUMLAH SKOR
Peserta Kajian
L1 L2

PK1 6/11 11/11

PK2 5/11 11/11

PK3 6/11 11/11

PK4 7/11 11/11

Jadual 8 ini menunjukkan dapatan yang diperolehi melalui instrumen analisis

dokumen iaitu lembaran kerja, Instrumen ini dijalankan semasa permainan CEKAP

49
MINDA dijalankan kepada murid. Soalan daripada lembaran kerja ini telah dijawab

oleh peserta kajian ini merangkumi 11 tempat kosong berkaitan rukun solat sunat

hari raya.

Melalui penggunaan kaedah permainan CEKAP MINDA ini, murid telah

menggunakan kaedah permainan ini pada pertama kalinya dan mendapati kesemua

peserta kajian dapat menjawab kesemua soalan dengan tepat. Hal ini kerana

merujuk kepada hasil jumlah skor yang paling tinggi bagi kedua-dua lembaran kerja

ialah memenuhi skor dengan baik walaupun pada lembaran pertama terdapat

kesemua peserta kajian tidak dapat memenuhi skor dengan baik.

Hasil analisis daripada kedua-dua lembaran kerja (Rajah 5) yang telah

dijawab oleh peserta kajian ini, ianya memberi gambaran bahawa kebanyakan

daripada peserta kajian ini dapat menguasai dan mengingati topik konsep solat

sunat hari raya dengan baik. Merujuk kepada keputusan yang memberangsangkan

ini, saya dapat melihat bahawa kajian ini telah dapat mencapai objektif dan

menjawab soalan kajian dengan betul dan jelas.

Selain daripada itu, jika merujuk kepada rubrik penilaian (Rajah 6) yang

digunakan bagi mengukur pencapaian murid dalam setiap tugasan di stesen

semasa permainan ini dijalankan juga menunjukan bahawa kesemua peserta kajian

dapat mencapai objektif yang dikehendaki dalam kajian ini. Kesemua peserta kajian

mencapai tahap 5 (menguasai) di setiap stesen dan bermakna murid dapat

menyelesaikan setiap tugasan dengan baik.

50
Rajah 5: Contoh Lembaran Kerja

Rajah 6: Borang rubrik penilaian tugasan aktiviti.

Interpretasi Data Analisis Dokumen (Lembaran Kerja dan Borang Penilaian)

Merujuk kepada hasil dapatan serta analisis yang telah dilakukan, ternyata CEKAP

MINDA yang telah digunakan dapat membantu murid dalam meningkatkan

kemahiran mengingat konsep solat sunat hari raya ini. Selain itu juga, merujuk

51
kepada borang penilaian juga menunjukan kesemua peserta kajian dapat

menguasai kesemua topik yang terdapat di setiap aktivit pada stesen yang

disediakan guru. Kesannya, peserta kajian dapat melaksanakan aktiviti simulasi

dengan betul dan sempurna. Kesimpulan ini telah dibuat berdasarkan dengan

jawapan-jawapan peserta kajian terhadap soalan-soalan yang telah disediakan dan

juga aktiviti simulasi yang telah dijalankan.

2) JURNAL REFLEKSI

Bagi analisis dokumen ini, jurnal refleksi pengajaran merupakan salah satu bukti

sokongan yang mana jurnal ini mencatatkan peristiwa-peristiwa penting dan

menarik sepanjang kajian dilaksanakan. Berikut merupakan jurnal refleksi

pengajaran yang telah saya catat bermula dengan fokus terhadap aktiviti-aktiviti dan

perkembangan peserta kajian sepanjang kajian.

Tarikh : Ogos 2017

Aktiviti : Sesi Pdp (mengisi tempat kosong)


Alhamdulillah, semasa aktiviti menjawab soalan di dalam lembaran kerja

dijalankan, sebahagian besar murid dapat menjawab soalan dengan baik dan betul.

Saya mendapati murid lebih memahami dan berminat dengan konsep bahan bantu

ini yang mana murid lebih seronok dengan adanya elemen permainan dalam setiap

bahagian stesen untuk lebih memberikan kefahaman serta kemudahan mereka

untuk mengenal dan menguasai dan seterusnya dapat melaksanakan simulasi solat

sunat hari raya ini. Melalui pemerhatian saya, saya mendapati murid dapat ingat

konsep dan melaksanakan simulasi cara solat dengan adanya bahan bantu

"CEKAP MINDA" ini dan sekaligus dapat menjawab soalan dengan lebih teliti dan

tepat. Justeru itu, penggunaan "CEKAP MINDA" ini juga dapat membantu saya

52
untuk meningkatkan kualiti PdP kearah yang lebih membina murid yang lebih baik

dan cemerlang dalam akademik mahupun di dalam bidang ibadah.

Rajah 6.2.1: Jurnal Refleksi

Merujuk kepada rajah 6.2.1 diatas, saya mendapati peserta kajian mudah

memahami dan mengingat konsep solat sunat hari raya serta dapat melakukan

simulasi dengan baik dengan menggunakan kaedah permainan Cekap Minda

yang dirancang oleh guru. Merujuk kepada penggunaan kaedah ini, murid akan

lebih mudah mengingat dan terus memberi kesan positif kepada mereka bagi

menjalankan aktiviti simulasi solat sunat hari raya ini. Bagi setiap aktiviti yang

disediakan pada setiap stesen juga membantu murid mudah untuk mempelajari

setiap perincian dalam konsep solat hari raya serta penggunaan warna pada bahan

juga menarik minat serta memberi cabaran kepada murid untuk menyelesaikan

tugasan di setiap stesen tersebut. Selain daripada itu, dengan token yang diberikan

juga memberi kesan positif dalam menarik minat murid untuk mengikuti proses PdP

yang dijalankan oleh guru.

5.4 CARA MENYEMAK DATA

Bagi menyemak data bagi kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji ini mestilah

bersesuaian dengan jenis data yang telah dikumpul. Secara umumnya, dua kaedah

triangulasi yang telah saya gunakan dalam kajian saya iaitu triangulasi kaedah dan

triangulasi sumber. Bagi kajian ini, saya telah menghuraikan triangulasi yang telah

saya laksanakan di dalam kajian ini.

Triangulasi kaedah

53
Saya telah memilih triangulasi kaedah ini kerana triangulasi ini melibatkan

penggunaan pelbagai kaedah dalam menyelidik fenomena yang sama. Justeru itu,

triangulasi kaedah ini berfokuskan kepada empat orang sahaja peserta kajian yang

sama. Akan tetapi, kaedah yang saya gunakan dalam mengumpul data mengenai

kesemua peserta kajian ini adalah berbeza seperti pemerhatian, temu bual dan

analisis dokumen. Saya telah mendapat maklum balas yang boleh dipercayai

mengenai minat murid saya terhadap penggunaan kaedah permainan Cekap Minda

yang membanntu murid dalam mengingat konsep serta melakukan simulasi solat

sunat hari raya dengan betul. Saya telah menggunakan kaedah temu bual dan

pemerhatian yang mana menunjukkan triangulasi kaedah yang ada dalam kajian

saya. Berikut merupakan bukti sokongan yang berkaitan dengan triangulasi kaedah

ini.

54
Gambar menunjukkan PK3 menyelesaikan tugasan di Stesen

4 dengan bersungguh-sungguh dan menunjukkan minat

terhadap kaedah permainan Cekap Minda ini pada Ogos

2016.

Adakah anda berminat untuk belajar cara solat dengan menggunakan kaedah permainan Cekap Minda?

Peserta Kajian Jawapan

3 Sangat berminat

4 Minat sangat

Rajah 5.4 (a): Menunjukkan triangulasi kaedah yang digunakan dalam kajian saya

Gambar pada rajah 5.4 (a) di atas menunjukkan bahawa peserta kajian dapat

belajar tentang konsep solat sunat hari raya dengan bersungguh-sungguh dan

mendapati suka bermain dengan penggunaan kaedah permainan Cekap Minda ini.

Semasa menjalankan temu bual antara peserta kajian, saya mendapati kesemua

peserta sangat berminat dalam penggunaan kaedah permainan ini untuk

mempelajari konsep solat sunat hari raya. Hal ini kerana kaedah belajar ini sangat

55
mudah digunakan dan mempunyai tarikan yang tersendiri dengan aktiviti yang

dirancangkan dalam kaedah permainan ini.

Triangulasi sumber

Bagi triangulasi sumber pula, ianya melibatkan kepada analisis dokumen yang

mana lembaran kerja ini telah dijawab oleh peserta kajian dan disemak oleh saya

semasa internship dijalankan di sekolah tersebut. Triangulasi ini dijalankan supaya

saya dapat melihat kesahan data kajian ini dalam penggunaan kaedah permainan

Cekap Minda untuk membantu murid Tahun tiga dalam menguasai konsep solat

sunat hari raya dan sekaligus melihat jawapan murid dalam lembaran kerja tersebut.

Berikut menunjukkan Rajah 5.4 (b) triangulasi sumber yang ada dalam kajian saya.

Rajah 5.4 (b): Lembaran Kerja

56
Saya telah membuat penyemakan lembaran kerja ini bersama dengan guru

pembimbing sebagai kolaborasi antara kami. Tujuan kami menjalankan kolaborasi

ini supaya penyemakan lembaran kerja ini tidak berlaku bias antara jawapan murid

ini. Oleh yang demikian, Triangulasi sumber ini akan berlaku untuk melihat kesahan

dan kebolehpercayaan dalam kualiti kajian tindakan yang telah dijalankan oleh

saya.

57
6.0 DAPATAN KAJIAN

Bahagian ini menerangkan dapatan kajian hasil daripada analisis data yang

diperoleh melalui ketiga-tiga kaedah kajian yang telah digunakan oleh pengkaji.

Data-data yang telah dianalisis akan dihuraikan bagi menjawab soalan kajian ini.

6.1 Soalan Kajian 1

Bagaimanakah penggunaan "CEKAP MINDA" dapat membantu murid Tahun 6

dalam menguasai tajuk solat sunat dua hari raya?

Soalan kajian 1 ini telah dijawab dengan menggunakan hasil dapatan daripada

analisis data daripada ketiga-tiga kaedah iaitu pemerhatian, temu bual, dan analisis

dokumen (lembaran kerja). Analisis data yang pertama ialah pemerhatian yang

mana memaparkan kesemua peserta kajian dapat menguasai konsep solat sunat

hari raya dengan baik selepas menggunakan keadah permainan Cekap Minda ini..

Berikut merupakan borang pemerhatian bagi analisis data pemerhatian bagi

menunjukkan bahawa kesemua murid dapat menguasai konsep solat sunat hari

raya dengan bantuan penggunaan kaedah permainan Cekap Minda ini.

58
JADUAL 7: Analisis PEMERHATIAN

PESERTA KAJIAN JUMLAH

PERKARA SKOR
1 2 3 4
ITEM
1. Murid dapat menjalankan aktiviti simulasi dengan

betul selepas menggunakan kaedah permainan Cekap / / / / 4/4

Minda
3. Murid dapat menjawab soalan mengenai konsep

solat sunat hari raya dengan betul selepas aktiviti / / / / 4/4

Cekap Minda dijalankan.

Merujuk kepada temu bual pula, penggunaan kaedah permainan Cekap

Minda ini juga dapat mencapai objektif kajian. Hal ini kerana dapat dibuktikan

apabila peserta kajian dapat menguasai konsep solat sunat hari raya serta

melakukan simulasi solt dengan baik. Kesemua peserta kajian dapat memberi

maklum balas mengenai kaedah belajar ini dapat memberikan kemudahan kepada

murid untuk menguasai konsep solat hari raya serta dapat diaplikasikan dalam

aktiviti simulasi. Berikut merupakan bukti sokongan bagi kaedah temu bual ini:

Soalan 1: Adakah anda berminat untuk belajar cara solat dengan

menggunakan permainan Cekap Minda?

59
Peserta Kajian Jawapan
1 Saya berminat sangat dengan permainan ini
2 Minat sangat
3 Sangat berminat
4 Minat ustaz

Soalan 2 : Adakah penggunaan Cekap Minda ini dapat membantu anda

untuk menguasai cara solat ini?

Peserta Kajian Jawapan


1 Saya dah boleh buat dan faham cara nak

sembahyang raya ustaz


2 Saya dah boleh belajar dengan cepat dan dapat

lawan kawan saya dengan mainan ini..


3 Mudah sangat nak faham dengan cara ini
4 Kalau guna permainan ini saya tidak bosan

belajar.

Rajah 7: Dapatan Kajian Instrument Temu Bual

Persoalan kajian ini juga telah diperkukuhkan juga dengan kaedah yang

ketiga iaitu analisis dokumen yang mana lembaran kerja ini telah disemak dan

menunjukkan bahawa kesemua murid dapat menjawab soalan dalam lembaran

kerja dengan betul. Justeru itu, merujuk kepada lembaran kerja ini menunjukkan

bahawa peserta kajian dapat menguasai konsep solat sunat hari raya dengan baik

dan jelas. Berikut merupakan bukti sokongan bagi soalan kajian 1 ini:

Rajah 5 : lembaran kerja

Peningkatan penguasaan dan pembelajaran konsep solat sunat hari raya ini

dengan menggunakan kaedah permainan Cekap Minda telah dirumuskan

60
dengan peningkatan markah dalam lembaran kerja yang ditunjukkan dalam jadual

8:

Jadual 8: Dapatan Kajian Analisis Dokumen

JUMLAH SKOR
L1 L2
Peserta Kajian
PK1 6/11 11/11
PK2 5/11 11/11
PK3 6/11 11/11
PK4 7/11 11/11

6.2 Soalan Kajian 2

Bagaimanakah penggunaan Cekap Minda ini dapat membaiki amalan guru

dalam membantu murid Tahun Enam menguasai konsep Solat Sunat Dua Hari

Raya?

Soalan kajian ini telah dijawab dengan adanya analisis data daripada tiga kaedah

iaitu pemerhatian, temu bual, dan analisis dokumen (Jurnal refleksi). Saya telah

menganalisis jurnal refleksi guru iaitu daripada analisis dokumen untuk memberi

gambaran bahawa peserta kajian lebih berminat untuk melibatkan diri secara aktif di

dalam kelas semasa menggunakan kaedah permainan Cekap Minda berbanding

PdP sebelum ini yang mana banyak menggunakan kaedah penerangan, latih tubi

dan mengingat konsep solat sunat hari raya. Ianya telah memberikan perubahan

yang sangat berkesan serta memberikan tingkah laku yang positif di dalam kelas

dan saya telah mencatatkan di dalam jurnal refleksi pengajaran yang telah

dijalankan pada Ogos 2017 yang berbunyi :

Alhamdulillah, semasa aktiviti menjawab soalan di dalam lembaran kerja

dijalankan, sebahagian besar murid dapat menjawab soalan dengan baik dan betul.

Saya mendapati murid lebih memahami dan berminat dengan konsep bahan bantu
61
ini yang mana murid lebih seronok dengan adanya elemen permainan dalam setiap

bahagian stesen untuk lebih memberikan kefahaman serta kemudahan mereka

untuk mengenal dan menguasai dan seterusnya dapat melaksanakan simulasi solat

sunat hari raya ini. Melalui pemerhatian saya, saya mendapati murid dapat ingat

konsep dan melaksanakan simulasi cara solat dengan adanya bahan bantu

"CEKAP MINDA" ini dan sekaligus dapat menjawab soalan dengan lebih teliti dan

tepat. Justeru itu, penggunaan "CEKAP MINDA" ini juga dapat membantu saya

untuk meningkatkan kualiti PdP kearah yang lebih membina murid yang lebih baik

dan cemerlang dalam akademik mahupun di dalam bidang ibadah

Jurnal refleksi ini telah dicatatkan oleh saya selepas mengendalikan PdP

bidang ibadah di dalam kelas Tahun Enam Anggerik. Ianya berlaku selepas

perubahan dan penambahbaikan kaedah pengajaran dan saya mendapati peserta

kajian mudah memahami dan mengingat konsep solat ini serta dapat melakukan

aktiviti simulasi dengan baik.

Merujuk kepada temu bual bagi mengukuhkan lagi persoalan kajian ini,

dapat dilihat peserta kajian telah menyatakan bahawa penggunaan kaedah

permainan Cekap Minda ini telah menjadikan pengajaran dan pembelajaran guru

akan menjadi lebih menarik dan menyeronokkan. Hal ini kerana dengan kaedah ini

ianya boleh menarik perhatian murid untuk belajar serta bahan yang digunakan,

tugasan dalam setiap aktiviti serta penggunaan system token yang memberi kesan

positif dalam PdP saya. Penggunaan kaedah permainan Cekap Minda ini dapat

membuktikan bahawa penambah baik amalan guru dalam memberi kesan yang

positif kepada perasaan murid untuk lebih bersemangat dan aktif untuk melibatkan

diri serta minat untuk mempelajari konsep solat sunat hari raya ini. Berikut

merupakan borang temu bual yang berkaitan dengan soalan 2 :

62
Soalan 3: Bagaimanakah perasaan anda semasa menggunakan kaedah

Cekap Minda ini?

Peserta Kajian Jawapan


1 Seronok sangat sebab tak perlu buku
2 Seronok ustaz. Cara ustaz ajar tak sama yang

lain
3 Kalua boleh nak cara main je masa

belajar
4 Saya suka kelas sekarang

Soalan 4: Apakah penggunaan Cekap Minda dapat melibatkan diri serta

menarik minat berbanding dengan cara pengajaran guru sebelum ini?

Peserta Kajian Jawapan


1 Ya ustaz. Lain dan lagi best.

2 Oke dari cara cikgu yang lain ajar..


3 Tak sama Ustaz
4 Tak sama ustaz. Cara main lagi best

Soalan 5: Mengapakah penggunaan Cekap Minda ini lebih mudah untuk

belajar berbanding dengan cara pengajaran guru sebelum ini?

Peserta Kajian Jawapan


1 Ya mudah sebab saya dapat buat sendiri
2 Saya boleh ingat semula apa saya pelajari..
3 Ianya ada jawapan sedikit
4 Lebih menarik dan saya suka cara yang

berlaian

Rajah 8: Dapatan Kajian Temu Bual

63
Tambahan pula, melalui analisis pemerhatian juga dapat dibuktikan apabila

peserta kajian amat memberikan perhatian yang sepenuhnya semasa PdP berlaku

serta melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dilaksanakan oleh guru dengan

menggunakan kaedah permainan Cekap Minda ini. Selain itu juga, penggunaan

kaedah permainan ini juga boleh mendorong murid untuk lebih bersemangat untuk

mengikuti pembelajaran semasa PdP berlaku berbanding dengan amalan rutin guru

sebelum ini. Jadual 7 ini menunjukkan bukti bagi dapatan kajian analisis

pemerhatian ini.

Jadual 7: Dapatan Kajian Pemerhatian

64
PESERTA JUMLAH

PERKARA KAJIAN
SKOR ITEM

1 2 3 4

2. Murid

melibatkan
/ / / / 4/4
diri secara

aktif semasa

aktiviti

CEKAP

MINDA

tersebut

dijalankan .
4. Murid

kurang / /
/ / 4/4
bertanyakan

soalan

kepada guru

mengenai

latihan yang

diberikan

oleh guru.

65
7.0 REFLEKSI

Berdasarkan kepada refleksi PdP saya yang lalu dan tinjauan awal yang telah

dilakukan, saya telah mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid Tahun

Enam Anggerik iaitu tidak dapat menguasai konsep solat sunat dua hari raya

dengan baik. Saya berpendapat bahawa masalah ini perlu diatasi dengan segera

kerana konsep perlaksaan solat sunat ini adalah amat penting untuk dipelajari

khususnya dalam pendidikan Islam dalam bidang Ibadah.

Walaupun, mata pelajaran ini tidak akan diuji dalam Ujian Penilaian Sekolah

Rendah (UPSR), akan tetapi mata pelajaran ini akan diuji dalam peperiksaan

bulanan dan tahunan dan sekaligus dapat digunakan semasa berada di sekolah

menengah dan diamalkan di dalam kehidupan seharian mereka sebagai seorang

muslim yang ikhlas mengikuti ajaran agama Islam. Justeru itu, saya berasa

bertanggungjawab untuk membantu murid yang masih tidak dapat menguasai

konsep melaksanakan solat sunat hari raya ini.

Bagi mengatasi masalah ini juga, saya juga telah bermuhasabah terhadap

diri saya sendiri yang mana adakah cara pengajaran yang telah saya guna selama

ini tidak mampu untuk menarik minat murid untuk terlibat di dalam sesi PdP saya?

66
Apakah kaedah yang sesuai untuk membantu murid menguasai tajuk ini?

Mengapakah murid sukar untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran ini

sedangkan saya telah menggunakan kaedah yang sesuai dan betul? Apakah cara-

cara ataupun kaedah pengajaran dan bahan bantu belajar yang sesuai untuk

membantu murid ini?

Justeru itu, saya telah memperkenalkan penggunaan kaedah permainan

Cekap Minda ini dengan harapan supaya dapat membantu murid yang tidak

menguasai konsep peelaksanaan solat sunat hari raya ini. Selepas menjalani kajian

tindakan ini, ternyata penggunaan kaedah permainan ini telah terbukti sebagai

bahan bantu belajar yang berkesan dalam membantu murid menguasai konsep

Solat sunat hari raya dengan betul dan tersusun. Murid dapat menguasai konsep

solt sunat ini dan seterusnya dapat menjalankan aktiviti simulasi dengan baik.

Tambahan pula, penggunaan kaedah permainan Cekap Minda ini juga dapat

menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas dan

sekali gus dapat mengubah cara pengajaran guru dengan adanya kaedah serta

bahan bantu yang menarik minat murid di dalam kelas.

Kedua dua persoalan kajian juga telah terjawab dengan dapatan kajian

yang telah dikumpul dengan menggunakan ketiga-tiga pengumpulan data iaitu

pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen yang melibatkan jurnal refleksi dan

lembaran kerja. Dapatan kajian telah disokong antara satu sama lain dan adanya

triangulasi data antara instrumen instrumen yang telah digunakan dan

menampakkan peningkatan dalam kesahan dapatan kajian ini.

Namun begitu, bahan bantu ini perlu ditambahn baik dan diperbaiki dengan

penyesuaian dengan bahan bantu yang boleh di hands on oleh murid dan

sekaligus boleh diterokai oleh murid sendiri untuk meningkatkan lagi penguasaan,

pemahaman dan perlaksanaan solat sunat hari raya ini. Hal ini supaya murid-murid

boleh mengamalkan serta memahami sendiri ibadah-ibadah sunat yang lain ini
67
sekaligus dapat memberi pendedahan berkaitan pentingnya menjaga

kesempurnaan dalam beribadah terutama sekali menunaikan solat adalah asas bagi

seorang muslim.

8.0 CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Pelaksanaan kaedah pengajaran yang menggunakan kaedah permainan Cekap

Minda ini merupakan salah satu usaha yang telah diperkenalkan oleh guru untuk

membantu murid dalam penguasaan konsep perlaksanaan solat sunat hari raya dan

sekali gus dapat menambah baik amalan guru dalam pengajaran dan pembelajaran.

Bagi bahagian terakhir ini, saya akan menerangkan cadangan tindakan susulan

yang telah difikirkan dan bersesuaian dalam mengatasi masalah murid yang sukar

mengingat dan menguasai konsep perlaksanaan solat sunat hari raya serta

menambah baik kepada kaedah yang telah diperkenalkan. Antara cadangan

penambaikan bagi kajian yang seterusnya ialah:

I. Mengaplikasikan penggunaan "CEKAP MINDA" ini dalam tajuk pengajaran

dan pembelajaran yang seterusnya.


II. Mengintegrasikan "CEKAP MINDA" ke dalam bentuk bahan bantu elektronik

seiring dengan era teknologi maklumat pada hari ini.


Secara tuntasnya, saya sangat bersyukur kerana saya telah dapat

membantu murid-murid tahun enam ini dalam menguasai pembelajaran dan

perlaksanaan solat sunat hari raya ini. Saya sangat berharap supaya pelaksanaan

kajian tindakan ini mampu memberikan inspirasi dan tunggak utama kepada saya

untuk terus memperbaiki strategi dan kaedah pengajaran ke arah sesi PdP yang

68
lebih menarik , kreatif dan inovatif serta bersesuaian dengan pembelajaran alaf 21.

Semoga dengan adanya kajian yang telah dijalankan ini dapat dimurnikan serta

ditambah baik oleh kajian yang lebih berkesan dan sistematik.

69