Anda di halaman 1dari 13

BAB 4 KETURUNAN DAN VARIASI

Soalan Objektif

Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 4-1 Bank Soalan BPS


Tingkatan 4
1

Rajah 1

Rajah 1 di atas menunjukkan pertukaran bahan genetik pada kromosom. Proses ini berlaku di
A hati
B ginjal
C kulit
D ovari

2
sperma
(22 kromosom)

ovum zigot
(normal)

Rajah 2

Rajah 2 di atas menunjukkan persenyawaan antara satu ovum yang normal dengan satu sperma yang
mempunyai 22 kromosom. Antara berikut, yang manakah mungkin dialami oleh bayi yang
berkembang daripada zigot itu ?
A Matanya berwarna merah muda
B Kerencatan ciri-ciri seks sekunder
C Darahnya lambat membeku
D Hemoglobinnya tidak cekap membawa oksigen

3 Seekor seladang dikacuk dengan seekor lembu. Diketahui bahawa bilangan kromosom dalam sel
soma bagi seladang dan lembu masing-masing ialah 56 dan 60. Berapakah bilangan kromosom pada
sel gamet anak hasil daripada kacukan tersebut ?
A 29
B 30
C 58
D 116

4
W Kromosom tersusun di pusat sel
X Kromatid-kromatid terpisah
Y Kromosom melakukan proses penduaan
Z Kromosom menebal
Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 4-2 Bank Soalan BPS Tingkatan 4
W, X, Y, dan Z di atas menunjukkan peringkat-peringkat mitosis. Antara berikut, yang manakah
menunjukkan turutan yang betul ?
A X, W, Z, Y
B Y, Z, X, W
C W, Z, Y, X
D Z, Y, W, X

5
Ibu Ovum

X Zigot Y Bayi

Bapa Sperma

Rajah 3

Rajah 3 di atas menunjukkan peringkat-peringkat pembentukan bayi. Antara berikut, yang manakah
mewakili proses X dan Y ?

X Y
A Mitosis Meiosis
B Meiosis Mitosis
C Persenyawaan Mitosis
D Pindah silang Persenyawaan

6 Antara penyakit baka berikut, yang manakah disebabkan oleh mutasi gen ?
A Sindrom Turner
B Sindrom Klinefelter
C Mongolisme
D Hemofilia

7 Kandungan kromosom bagi seorang perempuan mongoloid ialah


A 44 + XX
B 44 + XY
C 45 + XX
D 45 + XY

8 100 ekor bari-bari betina bersayap panjang dikacukkan dengan 100 ekor bari-bari jantan bersayap
saki. Anak generasi pertama didapati semua bersayap panjang. Apabila anak bari-bari ini dikacukkan
antara satu sama lain, 100 ekor bari-bari dihasilkan dalam generasi kedua. Generasi kedua ini terdiri

Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 4-3 Bank Soalan BPS Tingkatan 4


daripada

A 100% ekor bersayap panjang


B 100% ekor bersayap saki
C 75% ekor bersayap panjang
D 75% ekor bersayap saki

9 Anak lelaki mewarisi kromosom Y daripada


A bapanya
B datuknya
C ibunya
D ibu dan bapa

10 bilangan

sifat

Rajah 4

Rajah 4 menunjukkan graf taburan normal bagi satu sifat manusia. Sifat yang paling mungkin
digambarkan oleh graf tersebut ialah
A berat badan
B warna iris
C jenis cap jari
D kumpulan darah

11

Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 4-4 Bank Soalan BPS Tingkatan 4


Rajah 5

Rajah 5 di atas menunjukkan pergerakan kromosom ke kutub-kutub yang bertentangan dalam sel.
Langkah di atas berlaku semasa proses
A mitosis
B meiosis
C persenyawaan
D pindah silang

12 Antara berikut, yang manakah tidak benar tentang mutasi ?


A Hanya berlaku pada kromosom sahaja
B Jarang berlaku
C Boleh disebabkan oleh pendedahan kepada sinar radioaktif
D Boleh mengakibatkan penyakit kanser

13 Penyakit hemofilia dan buta warna adalah disebabkan oleh


A gen resesif dalam kromosom X
B gen resesif dalam kromosom Y
C gen dominan dalam kromosom X
D gen dominan dalam kromosom Y

14
2n sel induk

n n

n n n n

sel sel sel sel


anak anak anak anak

Rajah 6

Rajah 6 di atas menunjukkan peringkat-peringkat yang terlibat di dalam proses

Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 4-5 Bank Soalan BPS Tingkatan 4


A mitosis
B meiosis
C persenyawaan
D mutasi

15 Kumpulan darah manusia merupakan sejenis variasi yang


A diperturunkan daripada bapa kepada anak
B diperturunkan daripada ibu kepada anak
C boleh dipengaruhi oleh persekitaran
D dikawal oleh pewarisan genetik sahaja

16 Antara berikut, yang manakah tidak benar tentang mitosis ?


A Sel anak mempunyai bilangan kromosom yang sama dengan sel induk
B Ia berlaku di dalam haiwan sahaja
C Ia berlaku semasa pertumbuhan zigot
D Satu sel induk menghasilkan dua sel anak

17 Antara penyakit berikut, yang manakah bukan diakibatkan oleh mutasi gen ?
A Sindrom Down
B Albino
C Anemia sel sabit
D Kanser

18 Sepasang suami isteri yang tidak buta warna melahirkan seorang anak lelaki yang buta warna. Ini
bermakna
A isteri mempunyai satu gen resesif bagi buta warna dalam sel somanya
B isteri mempunyai dua gen resesif bagi buta warna dalam sel somanya
C suami mempunyai satu gen resesif bagi buta warna dalam sel somanya
D suami mempunyai dua gen resesif bagi buta warna dalam sel somanya

19 Antara pernyataan berikut, yang manakah tidak benar tentang mitosis?


A Mitosis menghasilkan dua sel anak
B Mitosis menghasilkan sel untuk pertumbuhan
C Sel anak menyerupai sel induk
D Nukleus membahagi dua kali

20 Antara sifat berikut, yang manakah dipengaruhi oleh faktor persekitaran


A Warna kulit
B Kumpulan darah
C Jenis cap ibu jari
D Kebolehan menggulung lidah

21

Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 4-6 Bank Soalan BPS Tingkatan 4


Rajah 7

Rajah 7 di atas menunjukkan histogram bagi suatu ciri-ciri pelajar dalam satu kelas. Antara berikut,
yang manakah mungkin ciri-ciri itu ?
I Ketinggian badan
II Kepintaran otak
III Warna kulit
A I sahaja
B I dan II sahaja
C II dan III sahaja
D I, II, dan III

22 Antara berikut, yang manakah merupakan sifat-sifat resesif yang wujud pada manusia ?
I Polidaktil
II Rambut lurus
III Boleh menggulung lidah

A I sahaja
B III sahaja
C I dan II sahaja
D I, II, dan III

23 Satu pokok kacang pea putih tulen dikacuk dengan satu pokok kacang pea merah hibrid. Diketahui
bahawa gen merah adalah gen dominan. Didapati pokok kacang pea yang dihasilkan
I 50% adalah baka tulen resesif
II 25% berbunga merah
III semua pokok dengan bunga merah adalah hibrid
A III sahaja
B I dan II sahaja
C I dan III sahaja
D I, II, dan III

24 Pokok kacang jenis tinggi dikacukkan dengan pokok kacang jenis rendah. Anak-anak generasi
pertama kesemuanya bersifat tinggi. Ini bermakna
I gen untuk sifat tinggi adalah dominan
II pokok kacang jenis tinggi mempunyai dua gen dominan dalam sel somanya
III pokok kacang jenis rendah mempunyai satu gen dominan dalam sel somanya
A I sahaja
B III sahaja
C I dan II sahaja
D I, II, dan III

25 Antara berikut, yang manakah merupakan kepentingan meiosis dalam suatu spesies ?

Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 4-7 Bank Soalan BPS Tingkatan 4


I Menghasilkan variasi genetik
II Meneruskan zuriat
III Menggantikan sel-sel yang mati
A I sahaja
B III sahaja
C I dan II sahaja
D I, II, dan III

26 Antara berikut, yang manakah hasil penyelidikan genetik dalam pertanian di Malaysia ?
I Pokok getah Pohon Tunggal Teras
II Selembu
III Kelapa sawit Tenera
A I sahaja
B I dan II sahaja
C I dan III sahaja
D I, II, dan III

27 Antara berikut, yang manakah variasi selanjar yang terdapat pada manusia ?
I Lebar bahu
II Warna kulit
III Kumpulan darah
A I sahaja
B III sahaja
C I dan II sahaja
D I, II, dan III

28 Antara berikut, yang manakah menunjukkan kandungan kromosom ovum manusia ?


I 22 + X
II 22 + Y
III 22 + XY
A I sahaja
B III sahaja
C I dan II sahaja
D II dan III sahaja

29 Antara pernyataan berikut, yang manakah menerangkan pengklonan ?


I Merupakan hasil kacukan daripada dua induk
II Pokok yang mempunyai ciri-ciri yang baik dapat dipilih sebagai klon
III Melibatkan pembiakan vegetatif
A I sahaja
B III sahaja
C I dan II sahaja
D II dan III sahaja

30 Antara berikut, yang manakah akan menentukan jantina seseorang ?

Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 4-8 Bank Soalan BPS Tingkatan 4


I Kromosom seks ovum
II Kromosom seks sperma
III Bilangan kromosom seks yang diterima
A I sahaja
B II sahaja
C I dan II sahaja
D II dan III sahaja

Soalan Struktur

proses P

M N
Rajah 1

Kejadian dalam Rajah 1 di atas berlaku pada tempoh masa yang sama dalam sistem pembiakan
seorang wanita.
Embrio M dan N terbentuk.
(a) Apakah gelaran yang diberi kepada bayi-bayi yang berkembang daripada embrio M dan N ?

______________________________________________________________________________

(b) Namakan proses P.

______________________________________________________________________________

(c) Nyatakan kesemua pasangan jantina yang mungkin pada bayi-bayi yang dilahirkan.

______________________________________________________________________________

(d) (i) Jika kedua-dua ovum disenyawakan oleh kedua-dua sperma pembawa kromosom seks X,
apakah jantina kedua-dua bayi tersebut ?
_____________________________________
______________________________________

(ii) Berikan kandungan kromosom bagi kedua-dua bayi di (d)(i).

___________________________________________________________________________

[7 markah]

Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 4-9 Bank Soalan BPS Tingkatan 4


2 Suami Isteri
44 + XY 44 + XX

Proses P

22 + X 22 + Y a (i) a (ii)

a (iii) a (iv) a (v) a (vi)

Rajah 2

Rajah 2 menunjukkan penentuan seks pada manusia.


(a) Lengkapkan Rajah 2.

(b) Namakan proses P yang berlaku.

______________________________________________________________________________

(c) Berapakah kebarangkalian bagi pasangan suami isteri mendapat anak lelaki ?

______________________________________________________________________________

(d) Jika suami mengalami kecacatan hemofilia, berapakah peratusan daripada anaknya yang mungkin
menghidap penyakit yang sama ?

______________________________________________________________________________
[6 markah]

Soalan Esei

1 (a) Berikan empat perbezaan di antara mitosis dan meiosis. [4 markah]


(b) Pindah silang berlaku semasa meiosis.
(i) Lukis rajah yang sesuai untuk menggambarkan kejadian pindah silang.
(ii) Terangkan kesan kejadian pindah silang ke atas zuriat yang dihasilkan. [4markah]
(c) (i) Bagaimanakah Sindrom Down berlaku ?
(ii) Berikan satu sifat seseorang yang mempunyai Sindrom Down [2 markah]

2 (a) Dengan melukis rajah skema, terangkan bagaimana sifat buta warna diperturunkan daripada
seorang bapa yang normal dan ibu pembawa. [5 markah]
(b) Berikan dua faktor yang menyebabkan mutasi berlaku pada manusia. [2 markah]
(c) Penyelidikan genetik dalam pertanian boleh menghasilkan baka yang lebih baik. Terangkan
dengan contoh-contoh yang sesuai. [3 markah]

Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 4 - 10 Bank Soalan BPS Tingkatan 4


JAWAPAN BAB 4
Soalan Objektif

1D 2B 3A 4D 5C
6D 7C 8C 9A 10 A
11 B 12 A 13 A 14 B 15 D
16 B 17 A 18 A 19 D 20 A
21 D 22 B 23 C 24 C 25 C
26 D 27 C 28 A 29 D 30 B

Soalan Struktur

1 (a) Kembar tak seiras


(b) Mitosis
(c) Perempuan dan perempuan; lelaki dan lelaki; lelaki dan perempuan
(d) (i) Perempuan (ii) 44 + XX

2 (a) (i) 22 + Y (iv) 44 + XX


(ii) 22 + X (v) 44 + XY
(iii) 44 + XX (vi) 44 + XY

(b) Meiosis
(c) 50%
(d) 0%

Soalan Esei

1 (a)

Mitosis Meiosis
1. Satu sel induk menghasilkan dua sel Satu sel induk menghasilkan empat sel anak
anak
2. Berlaku dalam sel soma Berlaku dalam organ pembiakan
3. Sel induk membahagi sekali Sel induk membahagi dua kali
4. Bilangan kromosom sel anak sama Bilangan kromosom sel anak adalah separuh
dengan bilangan kromosom sel induk bilangan kromosom sel induk

(b) (i)

sepasang kromatid-kromatid pindah silang

Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 4 - 11 Bank Soalan BPS Tingkatan 4


kromosom bersilang, putus, telah berlaku
homolog dan bersambung
semula
(ii) Pindah silang menyebabkan kandungan genetik setiap gamet berbeza di antara satu sama
lain.Oleh itu, zuriat yang dihasilkan mempunyai variasi genetik.

(c) (i) Sindrom Down berlaku apabila zigot mempunyai 47 kromosom (kelebihan satu kromosom)
akibat daripada persenyawaan ovum yang membawa 24 kromosom (ovum yang mengalami
mutasi).
(ii) Terencat akal/Pertumbuhan terbantut/Mata serong/Anggota badan yang pendek.

2 (a) bapa normal ibu pembawa

XY
X XX
c
meiosis meiosis

c
gamet gamet
X Y X X

persenyawaan persenyawaan
c
XX XX XY X
c
Y
anak anak anak anak
perempuan perempuan lelaki lelaki
normal pembawa normal buta
warna

c
Petunjuk X : gen buta warna

Anak lelaki mempunyai kebarangkalian 50% mengalami buta warna. Anak perempuan adalah
normal tetapi mempunyai kebarangkalian 50% sebagai pembawa gen buta warna.
Terangkan berdasarkan rajah skema dan nota di atas.

(b) 1. Termakan bahan kimia berbahaya seperti dadah dan pestisid.


2. Terdedah kepada sinaran radioaktif (terutamanya sinaran gama).

(c) Penyelidikan genetik dalam pertanian menghasilkan kacukan spesies tumbuhan dan haiwan yang
mendatangkan hasil produktiviti yang lebih tinggi seperti :
1. Padi MR 106 lebih banyak hasil
2. Jagung Masmadu lebih manis, tongkol lebih besar
3. Kelapa sawit jenis Tenera lebih banyak hasil minyak
4. Ayam Leghorn lebih banyak telur
5. Biri-biri Malin-X lebih cepat matang, daging dan bulu yang berkualiti tinggi
6. Selembu lebih banyak daging, lebih cepat membiak

Penyelidikan genetik masa kini juga menghasilkan biji benih yang lebih tahan serangan penyakit

Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 4 - 12 Bank Soalan BPS Tingkatan 4


dengan memutasikan biji benih melalui sinaran radioaktif. Contohnya buah tomato (di Malaysia).

Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 4 - 13 Bank Soalan BPS Tingkatan 4

Anda mungkin juga menyukai