Anda di halaman 1dari 13

TAJUK : LOGAM DAN PENGKELASANNYA

TUJUAN:

Bagi menghasilkan suatu kerja kimpal yang baik, pengimpal mestilah mempunyai pengetahuan dalam hal-hal
yang berkaitan dengan logam dan sifat-sifatnya. Dengan mempelajari sifat-sifat logam tersebut, pengimpal
dapat membuat pemilihan logam yang tepat dan menggunakan proses yang betul.

Besi dan keluli adalah dua jenis logam ferrous yang biasa digunakan oleh pengimpal. Walau bagaimana pun
pengetahuan mengenai logam-logam bukan ferrous menjadi semakin penting dan penggunaan bahan-bahan
tersebut semakin meningkat.

Kertas penerangan ini bertujuan menerangkan jenis logam ferrus dan logam bukan Ferrus dan
pengkelasannya.

PENERANGAN:

1. Definasi Logam

Logam boleh didefinasikan sebagai bahan yang mempunyai sifat-sifat seperti berikut jika dibandingkan dengan
bahan-bahan bukan logam.

i. Logam bersifat legap iaitu tidak ditembusi cahaya


ii. Berkilauan dan pembalik cahaya yang baik jika digilap
iii. Pengalir haba dan elektrik yang baik
iv. Kebolehan dibentuk pada suhu bilik
v. Kuat dan liat
vi. Lebih tumpat daripada bahan bukan logam
vii. Sangat aktif dan senang bertindak balas secara kimia dengan unsur-unsur kimia yang lain
viii. Susunan atomnya berulang-ulang dalam tiga dimensi dan membentuk struktur hablur
(crystalline structure).

Bahan-bahan yang tidak mempunyai sifat-sifat tersebut di atas, di kenali sebagai bahan bukan logam (non-
metal), contohnya kayu, batu, plastik, kaca, komposit dan seramik.

Sesetengah bahan pula dikenali sebagai separa logam (metalloid) iaitu bahan yang mempunyai sifat-sifat
separuh logam dan pada ketika tertentu bersifat seperti logam, contohnya karbon, phosphourus, sulfur dan
silikon. Metolloid ini kebiasaannya digunakan sebagai unsur panca logam (alloying elements) dalam proses
pembuatan keluli dan besi tuangan.

Bahan-bahan kejuruteran yang penting dan selalu dibincangkan, boleh dibahagikan kepada empat katogeri
yang utama, seperti rajah 1 di bawah. Kita hanya akan membincangkan mengenai bahan logam iaitu logam
berasaskan besi (ferrous metals) dan logam bukan besi (non-ferrous metals). Bahan-bahan bukan logam tidak
akan dibincang dapat kertas penerangan ini.
Muka: 2 drp 13

Bahan Kejuruteraan

Logam Plastik Seramik Komposit

Logam Logam bukan Thermoplastik Thermoset Elastomer


berasaskan besi Oxides
besi Nitrides
Carbides Reinforced
Epoxies Glasses plastik
Keluli berkarbon Phenolic Diamond Metal-matrix
Keluli tahan karat Polyimides Ceramic-
Acrylics matrix
Keluli alat Aluminum ABS
Besi tuangan Magnesium Rubber
Nylon
Copper PVC Silicones
Titanium Polyethylene Polyurethanes
Tungsten

Rajah 1 Bahan-bahan kejuruteraan logam dan bukan logam serta dengan contoh-contohnya.

2. Logam tulin (pure metal)

Jika sesuatu logam itu terbina hanya dari unsur-unsurnya sahaja, tanpa dicampur dengan unsur-unsur logam
atau bukan logam yang lain, maka logam itu adalah logam tulin. Walaupun mungkin ketulinannya tidak
mencapai 100 % disebabkan adanya bendasing-bendasing dalam logam tersebut. Logam tulin jarang
digunakan dalam kejuruteraan kerana mempunyai sifat-sifat kekuatan yang terhad, tetapi memahami sifat-
sifatnya juga penting kerana logam tulin merupakan asas kepada pembentukan panca logam (alloy metal).
Logam-logam tulin juga merupakan unsur-unsur kimia, mempunyai simbol kimia dan boleh dirujuk dalam jadual
berkala kimia ( chemistry periodic table), dimana logam-logam ini disusun mengikut nombor atomik dan sifat-
sifat kimianya.(lampiran 1)

Contoh logam tulin ialah besi (Fe), tembaga (Cu), zinc (Zn) dan lain-lain seperti yang ditunjukkan dalam jadual
1 di bawah.

Contoh penggunaan logam tulin ialah seperti Aluminum digunakan sebagai foil, emas,nickel dan chromium
sebagai penyalut (plating), timah dalam penyaduran dan tembaga sebagai dawai elektrik.
Muka: 3 drp: 13

unsur simbol Unsur simbol unsur simbol


Aluminum Al Iron Fe Silver Ag
Antimony Sb Lanthanium La Sulfur S
Boron B Lead Pb Tantalum Ta
Carbon C Magnesium Mg Tin Tn
Cadmium Cd Manganese Mn Titanium Ti
Cerium Ce Molybdenum Mo Tungsten W
Chromium Cr Nickel Ni Uranium U
Cobalt Co Niobium Nb Vanadium V
Copper Cu Phosphorus P Zinc Zn
Gold Au Silicon Si Zirconium Zr

Jadual 1 Menunjukkan beberapa contoh unsur dan simbol-simbolnya. Unsur-unsur logam ini biasanya
digunakan dalam percampuran untuk membentuk panca logam.

3. Panca logam ( alloy metal)

Sungguh pun logam tulin mempunyai sifat-sifat mekanikal yang terhad, tetapi sifat-sifat ini boleh
dipertingkatkan dengan mencampurkannya sama ada dengan bahan-bahan logam dan bukan logam yang lain.
Percampuran secara kimia ini akan membentuk panca logam (alloy metal).

Panca logam biasanya dihasilkan dengan sebatian dua atau lebih unsur-unsur (sama ada logam atau bukan
logam), dimana satu daripadanya mestilah logam . Keluli (steel) bukan logam tulin. Ianya adalah hasil sebatian
diantara besi dan karbon secara larutan pepejal (solid solution), yakni atom karbon terlarut dalam atom besi.
Keluli tahan karat (stainless steel) adalah pelarutan unsur-unsur seperti nickel, chromium dan karbon dalam
besi. Begitu juga keluli-keluli yang lain, seperti keluli alat (tool steel), keluli kelajuan tinggi (high speed steel),
high strength low alloy steel dan sebagainya diperolehi dengan mencampurkan berbagai-bagai jenis unsur
dalam besi.

Manakala bronze ialah campuran antara tembaga dan timah, brass diantara tembaga dan zink, monel diantara
nickel dan tembaga dan inconel ialah campuran nickel dan chromium.

Percampuran-percampuran ini berlaku dalam dua kaedah asas yang dikenali sebagai larutan pepejal dan
sebatian intermetallic.

Mencampurkan sesuatu unsur kimia yang lain kepada sesuatu logam tulin, akan memberi kesan yang sangat
besar terhadap sifat-sifat mekanikal dan fizikal logam tersebut sama ada logam tersebut logam ferrous atau
logam bukan ferrous. Besi yang dicampurkan dengan karbon boleh menjadikan kekuatannya meningkat berkali
ganda, pencampuran chromium dan nickel pula akan menyebabkan besi bukan sahaja kuat tetapi tahan karat.
Vanadium, molybdenum, tungsten pula boleh menjadikan keluli tahan pada suhu panas dan digunakan untuk
mata alat yang memotong pada kelaju tinggi.

Zink, silicon dan manganese contohnya, jika dicampurkan kepada aluminum akan menjadikan Aluminum
meningkat kekuatannya tetapi pada masa yang sama mungkin boleh mengurangkan sifat tahan kakisan logam
tersebut. Manakala peratusan oksigen yang kecil jika ditambah kedalam titanium tulin akan meningkatkan
kekuatannya sehingga sekali ganda.
Muka: 4 drp: 13

4. Logam berasaskan besi (ferrous metals) dan logam bukan besi (nonferrous metals)

Logam boleh dikelaskan kepada logam berasaskan besi dan logam bukan besi atau dikenali juga sebagai
logam ferrous dan logam bukan ferrous. Logam ferrous ialah logam yang mana unsur utamanya ialah besi. Ini
termasuklah semua jenis keluli dan besi tuangan. Manakala logam yang lain ialah logam bukan ferrous. Contoh
logam ferrous dan logam bukan ferrous seperti di rajah 1 di atas.

4.1 Logam Ferrous (ferrous metals)

Logam ferrous boleh dikelaskan kepada besi tulin, keluli dan besi tuangan. Walau bagaimana pun kita akan
hanya membincangkan mengenai keluli dan besi tuangan sahaja, memandangkan dua kelas logam ini banyak
digunakan dalam proses-proses pembuatan.

4.2 Keluli ( Steel )

Seperti yang dinyatakan di atas, keluli bukan logam tulin, ianya adalah campuran atau sebatian pelbagai unsur-
unsur logam dan bukan logam yang lain dengan besi. Keluli boleh dikelaskan kepada dua bahagian utama iaitu
keluli berkarbon dan keluli panca logam (alloy steel).

Keluli berkarbon ialah keluli yang mengandungi unsur-unsur seperti besi (unsur utamanya), karbon (0.03%
1.2 %), sulfur, phosphurous, silicon (0.6%) dan manganese ( tidak melebihi 1.6%). Jika keluli tersebut
mempunyai unsur-unsur yang lebih peratusannya atau unsur yang lain daripada yang disebutkan, maka keluli
tersebut boleh dikelaskan sebagai keluli panca logam.

Keluli berkarbon dan keluli panca logam adalah di antara bahan yang paling banyak digunakan dan
kegunaanya pula pelbagai. Campuran-campuran yang berbeza dan proses yang berbeza-beza yang dikenakan
keatas keluli menjadikannya sesuai untuk pelbagai kegunaan. Keluli berkarbon dan keluli panca logam juga
boleh didapati dalam bentuk-bentuk seperti plate, sheet, strip, bar, pipe, wire, dan juga boleh didapati dalam
bentuk struktur seperti U-channel, L-shapes, T-shapes dan lain-lain.

4.3 Spesifikasi Keluli

Terdapat berbagai-bagai jenis spesifikasi dan piawaian dalam mengkelaskan keluli. Pengkelasan ini biasanya
mengikut negara masing-masing. Walau bagaimana pun terdapat piawaian yang telah mantap dan diguna
pakai sebagai rujukkan dalam mengkelaskan keluli seperti AISI (American Iron and Steel Institute), SAE
(Society of Automotive engineers), ASTM (American Society for Testing and Materials), JIS (Japan Industry
Standard) dan lain-lain.

AISI mengkelaskan keluli mengikut kandungan komposisi kimia. Sistem penandaannya (designation system)
mengandungi empat digit XXXX (rujuk jadual 2). Digit pertama dan kedua menunjukkan kumpulan keluli
tersebut, contohnya 10XX ialah keluli berkarbon, 11XX keluli resulfurised, 13XX- keluli mangan 23XX- keluli
nickel dengan kandungan nickel 3.5 %, 25XX-keluli nickel dengan kandungan nickel 5.0 %, 31XX keluli
nickel-chromium dan seterusnya.

Digit ketiga dan keempat menunjukkan kandungan karbon dalam keluli tersebut. Sebagai contohnya Keluli AISI
1020, bermaksud keluli tersebut ialah keluli berkarbon dengan kandungan karbonnya ialah 0.20 %. AISI 2340
bermaksud keluli nickel dengan kandungan 3.5 % Ni didalamnya dan kandungan karbonnya 0.4 %. AISI 4340
bermaksud keluli nickel-chromium-molybdenum dengan kandungan 1.82 % Ni, 0.5 % atau 0.8 %Cr, 0.25 % Mo
dan 0.4% C.
Muka: 5 drp: 13

4.5 Keluli Berkarbon

Kandungan karbon mempunyai kesan yang besar keatas keluli. Semakin banyak kandungan karbon maka
kekuatannya, kekerasannya dan ketahan pada haus (wear resistance) semakin bertambah. Tetapi pada masa
yang sama kemuluran, keliatan dan kebolehan dikimpal (weldability) semakin berkurangan. Semakin tinggi
kandungan karbon semakin sukar keluli tersebut untuk dikimpal.

Keluli berkarbon boleh dikelaskan mengikut kandungan karbon didalamnya.

i. Keluli berkarbon rendah dikenali juga sebagai keluli lembut (mild steel), mempunyai kandungan
karbon kurang dari 0.30%. Ianya digunakan untuk menghasilkan produk yang tidak memerlukan
kekuatan yang tinggi seperti bolt, nuts, plate, sheet dan paip. Ianya logam yang paling banyak
digunakan dalam industri fabrikasi. Dalam pengkelasan AISI-SAE keluli ini termasuk dalam siri
10XX Keluli berkarbon seperti 1010, 1015, 1020, 1025,

ii. Keluli berkarbon sederhana Kandungan karbonnya sekitar 0.30 % hingga 0.60 %. Mempunyai
kekuatan yang lebih tinggi berbanding dengan keluli berkarbon rendah. Banyak digunakan dalam
komponen-komponen otomobil seperti gears, axles, connecting rods dan crankshaft, peralatan
pertanian, perlombongan, komponen-komponen mesin dan peralatan pembinaan. Dalam
pengkelasan AISI-SAE keluli ini termasuk dalam siri 10XX Keluli berkarbon seperti 1030, 1035,
1040, 1050. Keluli-keluli ini boleh dilakukan proses perawatan haba bagi meningkatkan lagi
kekuatan dan keliatannya.

iii. Keluli berkarbon tinggi kandungan karbonnya antara 0.6 % hingga 1.2 %. Biasanya digunakan
untuk komponen yang memerlukan kekuatan, kekerasan dan sifat tahan haus yang tinggi seperti
alat pemotongan, cable, wire dan spring. Komponen-komponen ini selalunya dilakukan proses
rawatan haba (heat-treatment process) untuk meningkatkan kekuatan, kekerasan dan keliatanya.
Dalam pengkelasan AISI-SAE keluli ini termasuk dalam siri 10XX Keluli berkarbon seperti 1060,
1080, 1090

iv. Keluli Resulfurised dan keluli resulfurised and rephosphorised dua jenis keluli berkarbon
yang dipertingkatkan kandungan sulfur dan kandungan phosphorousnya bagi tujuan untuk
memudahkan proses pemesinan. Kedua-dua keluli ini tidak begitu sesuai untuk kimpalan kerana
kandungan sulfur dan phosphourus yang tinggi. Dikelaskan dalam siri 11XX dan 12XX. Contohnya
1112 ialah keluli resulfurised yang mengandungi 0.12 % C.

Lain-lain kegunaan keluli berkarbon boleh dilihat dialam jadual 2 di bawah.

4.6 Keluli Panca logam (alloy steel)

Keluli panca logam ialah Keluli yang mana didalamnya dicampurkan dengan unsur-unsur tertentu bagi
mendapatkan sifat-sifat yang lebih spesifik. Selain dari unsur karbon, silicon, manganese, sulfur dan
phosphorous, unsur-unsur lain ditambah untuk menghasilkan keluli yang lebih baik sifat mekanikalnya dari segi
kekuatannya, tahan haus, tahan panas, tahan kakisan, keboleh mesinan, keboleh kimpalan, keboleh bentukan,
keboleh kerasan, sifat magnetik dan sebagainya. Unsur-unsur ditambah bergantung kepada sifat mana yang
dikehendaki. Contohnya jika keluli tersebut perlu kepada tahan karat atau kakisan, maka unsur-unsur
chromium dan nickel perlu ditambah, jika keluli perlu lebih tahan panas pada kelajuan tinggi, maka unsur
seperti vanadium, tungsten dan molybdenum diperlukan.

Keluli panca logam boleh dibahagikan kepada kelas-kelas mengikut kandungan kimianya (chemical
composition) dan kegunaannya, seperti keluli panca logam rendah (low alloy steel), keluli tahan karat (stainless
steel) dan keluli alat (tool steel). Jenis-jenis keluli berkarbon dan keluli panca logam rendah dan cara
pengkelasannya boleh dilihat dalam jadual 3, dibawah. Pengkelasan adalah mengikut AISI SAE (American
Iron and Steel Institute Society for Automotive Engineer)
Muka: 6 drp: 13

%C kegunaannya

Chain, stampings, rivets, nails, wire, pipe, welding stock, where very
.05 to .12 soft, plastic steel is needed

Very soft, tough steel; structural steels, machine parts; for case-
.10 to .20 hardened machine parts, screws

Better grade of machine and structural steel; gears, shafting, bars,


.20 to .30 bases, levers, etc.

Responds to heat treatment; connecting rods, shafting, crane hooks,


.30 to .40 machine parts, axles

.40 to .50 Crankshafts, gears, axles, shafts, and heat-treated machine parts

Low-carbon tool steel, used where a keen edge is not necessary, but
.60 to .70 where shock strength is wanted; drop hammer dies, set screws, locomotive
wheels, screw drivers

Tough and hard steel; anvil faces, band saws, hammers, wrenches,
.70 to .80 cable wires, etc.

Punches for metal, rock drills, shear blades, cold chisels, rivet sets, and
.80 to .90 many hand tools

Used for hardness and high tensile strength, springs, high tensile wire,
.90 to 1.00 knives, axes, dies for all purposes

1.00 to 1.10 Drills, taps, milling cutters, knives, etc.

Used for all tools where hardness is a prime consideration; for


1.10 to 1.20 example, ball bearings, cold-cutting dies, drills, wood-working tools,
lathe tools, etc.

1.20 to 1.30 Files, reamers, knives, tools for cutting brass and wood

1.25 to 1.40 Used where a keen cutting edge is necessary; razors, saws,
instruments, and machine parts where maximum resistance to wear is
needed; boring and finishing tools

Jadual 2 menunjukkan beberapa kegunaan keluli berkarbon mengikut kandungan karbonnya


Muka: 7 drp: 13

4.7 Keluli panca logam rendah (low alloy steel):

i. Keluli mangan (manganese steel) Keluli ini mengandungi unsur manganese yang lebih banyak
berbanding dengan keluli berkarbon iaitu 1.75 %. Pertambahan kandungan menganese akan
menjadikan keluli ini meningkat keboleh kerasannya (hardenibility) bila dilakukan proses rawatan haba.
Ini penting bila sesuatu produk itu bersaiz besar. Keluli ini dikelaskan dibawah siri AISI-SAE 13XX.

ii. Keluli Nickel (Nickel steel) Keluli jenis ini dikelaskan dibawah siri AISI-SAE 2XXX. Siri 23XX
mengandungi 3.5 % Ni dan siri 25XX mengandungi 5.0 % Ni. Unsur nickel boleh menjadikan keluli
tersebut kuat dan liat walau pun digunakan pada suhu yang sangat sejuk.

iii. Keluli nickel-chromium (Nickel-chromium steel) dikelaskan dibawah siri AISI-SAE 3XXX.
Dipecahkan dibawah 31XX, 32XX, 33XX dan 34XX mengikut kandungan nickel dan chromium.
Kombinasi dari unsur-unsur nickel dan chromium menjadikan keluli lebih liat, mulur, keras dan tahan
haus.

iv. Keluli molybdenum (molybdenum steel) dikelaskan dibawah siri 40XX dan 44 XX.
Molybdenum boleh meningkatkan keboleh kerasan keluli, kekuatan dan kekerasan pada suhu tinggi.

v. Keluli chromium-molybdenum (chromium-molybdenum steel) Siri 41XX . Meningkatkan


kekuatan, keliatan, kemuluran dan keboleh kerasan kelulidan ketahan pada suhu panas.

vi. Keluli nickel-molybdenum (nickel-molybdenum steel) Siri 46XX dan 48XX. Meningkatkan
kekuatan pada suhu sejuk dan ketahan pada suhu panas, keliatan dan kemuluran.

vii. Keluli nickel-chromium-molybdenum (nickel-chromium-molybdenum steel) Siri 43XX,


47XX, 81XX, 86XX, 87XX, 88XX, 93XX, 94XX, 97XX, 98XX. Mempunyai campuran nickel, chromium
dan molybdenum yang berbagai-bagai bagi memenuhi spesifikasi yang diperlukan.

viii. Keluli chromium (chromium steel) Siri 50XX, 51XX dan 52XX. Unsur chromium boleh
meningkatkan ketahan pada haus dan kekuatan.

ix. Keluli chromium-vanadium (chromium-vanadium steel) Siri 61XX. Kehadiran unsur vanadium
boleh meningkatkan keboleh kerasan keluli, ketahan pada suhu panas dan menghaluskan bijian.

x. Keluli tungsten-chromium (tungsten-chromium steel Siri 72XX. Tungsten boleh


meningkatkan ketahan keluli pada suhu panas.

xi. Keluli silicon-mangan (silicon-manganese steel) Siri 92XX, silicon dan manganese boleh
meningkatkan kekuatan, keliatan dan keboleh kerasan keluli dengan harga yang lebih rendah.
Muka: 8 drp: 13

Jadual 3 - Pengkelasan keluli berkarbon dan keluli alloy mengikut AISI SAE (American Iron and Steel Institute
Society of Automotive Engineers)
Muka: 9 drp: 13

4.8 Keluli Alat (tool steel)

Keluli alat merupakan keluli panca logam tinggi, kebiasaannya mengandungi kandungan karbon dan campuran
unsur-unsur yang banyak. Ianya dibuat untuk menghasilkan kekuatan yang sangat tinggi, ketahanan haus pada
suhu biasa dan suhu tinggi, keliatan yang tinggi dan tahan hentakan. Keluli alat digunakan bila mana sifat-sifat
seperti yang disebutkan di atas diperlukan. Kandungan karbonnya adalah diantara 0.8 % hingga 1.1 % dan
mengandungi unsur-unsur seperti Cr, Co, Mn, Mo, Ni, Si, W dan V . keluli alat boleh ditingkatkan kekerasannya
dengan proses perawatan haba.

Dalam sistem pengkelasan AISI, keluli alat dibahagikan kepada tujuh kumpulan seperti dalam jadual 4 di
bawah.

Jenis keluli alat Pengkelasan AISI characteristic

High speed steel M Molybdenum base


T Tungsten base

Hot work tool steel H1 H19 Chromium base


H20 H39 Tungsten base
H40 H 59 Molybdenum base

Cold work tool steel D High carbon, high Cr


A Air hardening
O Oil hardening

Shock resisting tool steel S

Mould steel P

Special purpose tool steel L Low alloy


F Carbon-tungsten

Water hardening tool steel W Water hardening

Jadual 4 Pengkelasan keluli alat

i. High speed tool steel (HSS) merupakan keluli alat yang paling tinggi campurannya. Terdapat
dalam dua siri iaitu siri M (berasaskan molybdenum) dan siri T (berasaskan tungsten). Keluli ini
boleh tahan dan dapat mengekalkan ketajamannya pada suhu tinggi sehingga 540 C.
Digunakan untuk membuat mata alat yang digunakan dalam proses pemotongan pada kelajuan
tinggi seperti drills, reamers, taps, milling cutters, punches, blanking dies, piercing dies, press
forming dies and cutting tools.

ii. Hot work tool steel dibuat untuk kegunaan pada suhu tinggi. Mempunyai keliatan yang tinggi,
ketahanan haus, tahan tekanan dan tahan panas dan dapat mengekalkan sifat-sifat ini sehingga
suhu 540 C. digunakan untuk membuat extrusion dies, casting dies, forging dies, dan lain-lain
dies untuk kerja-kerja panas.

iii. Cold work tool steel Digunakan untuk kerja-kerja sejuk seperti rolling dies , drawing dies,
shearing cutters, punches dan trimming dies. Dikelaskan dalam tiga siri iaitu D,A dan O mengikut
kandungan kimia dan kaedah rawatan yang yang dilakukan.
Code no. A08-1-02-LE1-IS1c Muka: 10 drp: 13

iv. Shock resisting tool steel mengadungi kandungan karbon diantara 0.4 % hingga 0.6 % dengan
unsur-unsur campauran lain seperti Mn, Si, W dan Mo menjadikan keluli ini mempunyai kekuatan
yang tinggi, keliatan yang tinggi dan kemuluran yang tinggi. Keluli ini direka untuk menjadikan
ianya tahan daya hentakan berulang-ulang. Dikelaskan dalam siri S. Sesuai untuk membuat tukul,
pahat, forging hammers, hot punching,hot shearing dan lain-lain komponen mesin yang terdedah
kepada daya-daya hentakan.

v. Mould steel mengandungi chromium dan nickel sebagai unsur campuran, kandungan karbonnya
rendah ke sederhana. Dikelaskan dalam siri P. Digunakan untuk membuat berbagai jenis acuan
seperti acuan plastik dan getah.

vi. Special purpose tool steel dikelaskan dalam dua siri iaitu L dan F. Siri L mengandungi antara
0.5 % 1.0 % karbon, Cr dan V menjadikannya mempunyai keboleh kerasan yang tinggi dan
keliatannya hampir menyamai keliatan keluli siri S. Digunaka untuk komponen-komponen mesin
seperti arbors, chucks, cams dan collets. Manakala siri F mengadungi 0.45 5 hingga 1.0 % C, 0.8
% Mn, 0.5 Si, 0.95 % Cr, 0.2 5 V dan 0.25 % Mo. Mempunyai permukaan yang sangat licin dan
sangat tahan calar setelah dilakukan rawatan haba. Digunakan untuk burnishing tools, tube-
drawing, wire drawing, cold extrusion dies dan brass cutting tools.

vii. Water hardening tool steel - Dikelaskan dalam siri W. keluli alat yang paling murah dan paling
banyak digunakan. Kandungan karbonnya antara 0.6 % hingga 1.0 % dengan campuran lain sama
ada chromium atau vanadium. Digunakan untuk membuat cold header dies, cutlery, embossing
dies, hammers dan juga alat pemotong kayu.

TOOL STEELS
Group Properties and Characteristics Common Use

Group W Tough core and hard and wear resistant Cutlery, forging dies, and hammers
Surface

Group 0 ar resistant to moderate temperatures Dies and punches


Minimum distortion and cracking on
Group A Quenching Dies, punches, and forming rolls

Group D High hardness and excellent wear resistance Long run dies and brick molds

Group S Excellent toughness and high-strength Chisels, rivet sets, and structural applications

Group L High toughness and good strength Arbors, cams, and chucks

Group F Tough core, hard surface, and gall resistant Burnishing tools and tube-drawing
Low hardness and low resistance to work
Group P Hardening Dies and molds

Group H Good resistance to softening at elevated High stressed components and high
temperatures and good toughness temperature extrusion dies

Group T High hardenability, high hardness Cutting tools and high-temperature structural
components

Group M High hardenability, high hardness Cutting tools

Jadual 5, di bawah menunjukkan kumpulan-kumpulan keluli alat, sifat, karakteristiknya dan kegunaannya.

Jadual 5 Sifat,karakteristik dan kegunaan bagi keluli alat


Muka: 11 drp: 13

4.9 Keluli Tahan Karat (stainless steel)


Dikenali kerana sifatnya yang tahan karat, kekuatan yang tinggi, kemuluran dan kandungan chromium yang
tinggi. Kelemahannya ialah kerana harganya yang sangat mahal berbanding keluli berkarbon biasa. Ianya
menjadi tahan karat kerana bila didedahkan pada udara, unsur chromium didalamnya akan bertindak balas
dengan oksigen untuk membentuk satu lapisan nipis-keras chromium oksida. Lapisan ini akan melindungi keluli
tersebut daripada pengkaratan. Jika lapisan chromium oksida ini tercalar atau digosok maka lapisan lain akan
terbentuk dengan segera. Untuk menjadikan keluli tahan karat, kandungan chromium yang diperlukan mestilah
melebihi 10 %. Kebanyakkan keluli tahan karat mengandungi chromium diantara 12 % hingga 30 %. Jika
kandungan chromium melebihi 30 %, keluli tersebut menjadi sukar dibentuk dan tidak praktikal.

Selain daripada chromium dan karbon unsur-unsur lain yang dicampurkan kedalam keluli tahan karat ialah
nickel, molybdenum, tembaga, titanium, silicon, manganese, niobium, aluminum, nitrogen dan sulfur. Karbon
diperlukan untuk meningkatkan kekerasan keluli tetapi pada amnya kandungan karbon dalam keluli ini lebih
rendah berbanding dengan keluli berkarbon kerana karbon mudah untuk bertindak balas dengan chromium
untuk membentuk chromium karbida dan ini boleh mengurangkan unsur chromium dan ini boleh
mengurangkan sifat tahan karat keluli ini. Chromium karbida juga boleh menjadi punca berlakunya kakisan
galvanik (galvanic corrosion).

Keluli tahan karat boleh dikelaskan dalam lima kumpulan:

i. Keluli tahan karat austenitik ( austenitic stailess steel) siri 200 dan 300, mengandungi karbon,
chromium, nickel dan manganese, tak bermagnet, ketahan karatnya paling baik berbanding kelas
yang lain, kekuatan pada suhu tinggi dan keliatan yang baik pada suhu rendah, senang dikimpal
dan dibentuk. Tidak dapat dikeraskan melalui rawatan haba, tapi menjadi semakin keras semasa
proses kerja sejuk dikenakan keatasnya. Kelemahannya ialah mudah mengalami stress-corrosion
crackng berbanding kelas yang lain. Kegunaannya seperti peralatan dapur, pemasangan dan
binaan, komponen kenderaan, komponen heat-exchanger, dan peralatan loji-loji kimia. Mengikut
sistem penandaan AISI, keluli ini termasuk dalam siri 200 dan 300, contohnya 201, 202, 302, 304,
308, 309, 316. kadang-kadang terdapat huruf tertentu dihujungnya seperti 304N, 304H, 304L, 304F
yang mana menunjukkan unsur-unsur tertentu dimasukkan untuk mendapat sifat yang khas bagi
keluli tersebut. N menunjukkan nitrogen ditambah untuk menghaluskan bijian dan meningkatkan
kekuatan, H bermaksud high carbon bagi meningkatkan rintangan kepada rayapan logam (metal
creep), F menunjukkan unsur-unsur sulfur dan phosphourus dimasukkan untuk pemesinan yang
baik, Se menunjukkan unsur selenium dimasukkan bagi mendapatkan permukaan yang licin
apabila dimesin. dan L ialah low carbon untuk meningkatkan lagi rintangan karat terutamanya
selepas dikimpal.

ii. Keluli tahan karat ferritik ( ferritic stainless steel) keluli ini mengadungi chromium yang tinggi
sehingga 27 %. Sifat magnetiknya kuat dan mempunyai rintangan karat dan rintangan kepada
pengelupasan (scaling) pada suhu yang tinggi, tetapi kemulurannya (ductility) lebih rendah
berbanding keluli tahan karat austenitik. Tak boleh dikeraskan dengan rawatan haba tetapi akan
mengeras jika dilakukan kerja sejuk ( hardened by cold working). Kekuatannya rendah jika
dibandingkan dengan kelas yang lain (hanya tinggi sedikit daripada keluli berkarbon). Digunakan
untuk komponen-komponen bukan struktur seperti peralatan dapur dan otomobil. Termasuk dalam
siri ini ialah seperti 430, 409, 429, 434, 442, 446, 405, 436, 430F dan 430F Se kelemahannya ia
akan mengalami kerapuhan jika terdedah pada suhu tinggi.

iii. Keluli tahan karat martensitik kebanyakkan siri ini tidak mengandungi nickel, bermagnetik dan
boleh dikeraskan dengan rawatan haba. Mempunyai kekuatan, kekerasan dan rintangan fatik yang
tinggi. Kemuluran yang baik tetapi sifat tahan karatnya lebih rendah jika dibandingkan dengan
kelas yang lain kerana kandungan chromiumnya rendah ( kurang dari 18 %). Contoh kegunaannya
ialah alat pemotongan, alat-alat pembedahan, instruments, injap dan springs. Temasuk dalam siri
ini ialah jenis berkarbon rendah ( < 0.15 %) seperti 410, 403, 416, 420, 422, 420F, 416 Se.
berkarbon tinggi (> 0.15 %) 440, 440A, 440B dan 440C. dan nickel bearing group seperti 414 dan
431. 440C ialah gred yang mempunyai kandungan karbon yang paling banyak dan kekuatan serta
kekersannya adalah yang paling tinggi berbanding keluli tahan karat yang lain.
Muka: 12 drp: 13

iv. Precipitation hardening stainless steel (PH) Keluli ini mengandungi Cr, Ni, Cu, Al, Ti, dan Mo.
Mempunyai rintangan karat dan kemuluran yang baik dan kekuatan pada suhu tinggi. Kegunaan
utamanya ialah untuk komponen-komponen aircraft dan aerospace. Dikelaskan dalam sir 600, 630
dan 631.

v. Duplex stainless steel - Mempunyai campuran diantara austenitik dan ferritik. Kekuatan yang
tinggi, rintangan karat yang tinggi dalam semua persekitaran dan rintangan kepada stress-
corrosion cracking yang lebih baik daripada keluli tahan karat austenitik. Mempunyai kandungan
70% Fe, 20 - 25 % Cr, 4 7 % Ni, dan 2 4 % Mo. Kegunaanya seperti komponen loji rawatan air
dan heat-exchanger.
Muka: 13 drp: 13

SOALAN :

1. Terangkan apakah yang dimaksudkan bahan berlogam dan bahan bukan logam

2. Nyatakan sifat-sifat bagi logam

3. Namakan 10 jenis logam tulin

4. Apakah yang dimaksudkan dengan pancalogam (alloy steels)

5. Namakan 10 jenis pancalogam

RUJUKAN :

- B.J. Moniz(1994), Metallurgy 2nd Edition, American Technical Publishers, Inc.


Homewood, Illinois 60430, ISBN 0-8269-3509-5, muka surat 177 179, 229-240, 253-270.

- Serope Kalpakjian, Steven R. Schm (2001) Manufacturing Enginering And Technology,


4th Edition, id, Prentice Hall Inc. ISBN , muka surat 145-155

Anda mungkin juga menyukai