Anda di halaman 1dari 9

SOALAN DAN JAWAPAN SUBJEK ORGANISASI DAN MASYARAKAT

(GMGM 2013 )

SOALAN

BAB 1. : PENGENALAN KAJIAN SOSIAL ( ORGANISASI DAN MASYARAKAT)

1. Bincangkan konsep-konsep kajian sosiologi mengikut pandangan beberapa tokoh.

1. Terdapat beberapa pandangan tokoh berhubung dengan konsep kajian Sosiologi seperti
Thompson & Hickey (2002) iaitu sosiologi adalah kajian saintifik dan sistematik dalam bidang
tingkah laku manusia, kumpulan sosial dan masyarakat.
A. Berger (1963) berpendapat bahawa sosiologi bukannya amalan tetapi adalah suatu proses
untuk memahami. Ini memerlukan pengkaji sosiologi perlu melihat sesuatu aktiviti hariannya
dalam keadaan sedikit berbeza dari orang lain.
B. Giddens (1993) mendefinisikan sosiologi sebagai kajian mengenai kehidupan sosial manusia,
kumpulan-kumpulan dan masyarakat.Kajian sosiologi membolehkan manusia memahami
bagaimana pengaruh-pengaruh sosial telah mencorakkan kehidupan mereka.

2. Nyatakan tujuan pembelajaran bidang sosiologi.

(i) Bagi memahami situasi sosial.


(ii) Penggubalan polisi.
(iii) Menilai keberkesanan sesuatu polisi.
(iv) Kesedaran sosial.
(v) Kesedaran menganai perbezaan budaya.
(vi) Panduan reformasi sosial.
(vii) Panduan dalam menyelesaikan masalah sosial.
(viii) Mekanisma perundingan dalam organisasi.

3. Nyatakan ciri-ciri organisasi.

(i) Perhubungan Sosial


(ii) Matlamat
Mempunyai matlamat yang jelas dan menjurus
Pelbagai
(iii) Formalisasi
(iv) Sempadan

4. Bincangkan pengertian organisasi secara umum.

Menurut Etzioni (1970), organisasi ialah unit sosial (manusia) yang dibina atau dirancang
semula bagi mencapai matlamat tertentu.
Homans (1950), berpendapat bahawa organisasi seolah-olah sebuah syarikat yang besar
dan rasmi samada dimiliki oleh kerajaan atau pihak persendirian dalam masyarakat
moden iaitu kecenderungan untuk wujud dalam kelompok manusia. Ia berasaskan
kepada masyarakat moden.
Robbins (1993), pula mendefinisikan organisasi sebagai koordinasi unit sosial
mengandungi dua atau lebih individu yang berfungsi secara berterusan berdasarkan asas
untuk mencapai matlamat.

5. Bincangkan pengertian organisasi dari perspektif sosiologi.

Weber melihat organisasi dari perspektif sosiologi sebagai suatu proses pencapaian matlamat
melalui usaha secara bersama (kolektif), mengkaji bagaimana integrasi kolektif wujud dan menilai
aspek penyusunan dalam organisasi (contoh hierarki).

Merton melihat organisasi dari perspektif sosiologi terbentuk untuk mencapai matlamat yang
sukar atau tidak dapat dicapai secara individu.

BAB 2. : TEORI-TEORI DARI PERSPEKTIF SOSIOLOGI

SOALAN

1. Bidang sosiologi semakin mendapat tempat dalam konteks pembelajaran di negara ini. Nyatakan
bagaimana konsep yang digunakan untuk memahami kajian sosiologi ini?
2. Masyarakat dan organisasi merupakan dua elemen penting dan saling bertindak balas antara
kedua- duanya. Apakah kepentingan perhubungan kedua-duanya?

3. Nyatakan teori-teori yang terdapat dalam Teori Evolusi.

(i) Teori Evolusi Darwin dan Wallace berdasarkan teologi dan biologi.
(ii) Teori Comte dan Spencer mengenai sejarah perkembangan manusia dan masyarakat
yang berlaku secara evolusi.
(iii) Teori Morgan berdasarkan pembinaan semula sejarah manusia berdasarkan fakta-
fakta arkeologi.

4. Nyatakan sejarah perkembangan manusia dalam Teori Evolusi Morgan.


Savagery
Barbarisme
Tamadun

5. Senaraikan unsur-unsur yang terdapat dalam Sistem Evolusi Spencer.


Tujuan kemajuan ialah untuk mencapai matlamat.
Syarat-syarat awal untuk tamadun adalah mundur dan jahil.
Punca utama kemajuan adalah pertambahan penduduk.
Mekanisma untuk kemajuan sosial muncul secara berperingkat-peringkat.

6. Bincangkan pendekatan yang terdapat dalam Teori Fungsionalisme.

Teori fungsionalisme ialah mengkaji fungsi perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan
yang menyumbang kepada penerusan masyarakat. Ia membincangkan mengenai
organisasi sosial dan menerangkan bagaimana sesuatu organisasi dikekalkan. Setiap
bahagian masyarakat mempunyai tujuan dan kehendak yang berbeza antara satu sama
lain. Berdasarkan teori fungsional struktur-struktur sosial akan menentukan perjalanan
dan kesejahteraan kelompok masyarakat berkenaan. Terdapat beberapa andaian teori
fungsionalisme:
(i) Evolusi merujuk kepada perubahan-perubahan yang berlaku dalam masyarakat melalui
proses penerimaan struktur sosial kepada pembaharuan. Proses evolusi akan
melenyapkan kriteria-kriteria struktur yang tidak diperlukan lagi oleh masyarakat.
(ii) Stabiliti merujuk kepada kriteria penilaian utama dalam melihat sesebuah masyarakat
dapat dikekalkan.
(iii) Harmoni pula disifatkan sebagai keadaan di mana semua bahagian atau struktur
masyarakat saling bekerjasama untuk mencapai matlamat.

7. Jelaskan pendekatan Teori Interaksionisme Simbolik.

Teori ini akan membincangkan peranan individu dalam sesuatu sistem sosial di mana ia
mengkaji bagaimana seseorang menginterpretasikan dan bertindak mengikut kemahuan
masing-masing dalam masyarakat. Ahli-ahli interaksionisme akan mentafsir makna
perlakuan atau aksi individu dan memperjelaskan makna-makna perlakuan manusia yang
subjektif. Perlakuan-perlakuan ini turut dikongsi secara bersama dalam masyarakat. Ahli
interaksionisme akan melihat bagaimana makna-makna subjektif itu dikongsi di kalangan
anggota masyarakat. Justeru, teori ini akan mengkaji dua asas pemerhatian yang penting.
Pertama, mengkaji makna simbolik atau makna yang tersirat secara subjektif. Kedua,
mereka melihat bagaimana makna yang simbolik itu digunakan dalam interaksi sesama
manusia.

8. Jelaskan pandangan Marx mengenai Teori Konflik.

Teori konflik yang diperkenalkan oleh Marx banyak melibatkan tafsiran-tafsiran


sosiologikal. Terdapat tiga andaian penting teori konflik iaitu
Faktor utama yang menyumbang kepada konflik adalah perubahan sosial dan bukannya
evolusi.
Asas kepada perubahan sosial adalah ditentukan oleh faktor-faktor persaingan ekonomi.
Tujuan analisis sosial adalah untuk menghasilkan kritikan sosial.

9. Jelaskan persamaan antara pendekatan Marx dan Weber dalam Teori Konflik.

Persamaan yang wujud antara Marx dan Weber ialah keduaduanya menganggap kelas sosial
sebagai faktor penting dalam menentukan kedudukan individu dalam masyarakat. Weber
dikatakan mendalami konsep Marx mengenai kuasa dan kelas.

10. Teori evolusi merupakan antara teori awal yang diperkenalkan dalam Teori Sosiologi.
Teori Evolusi sendiri merangkumi beberapa teori-teori tertentu yang membincangkan
pelbagai aspek kehidupan mengikut displin bidang masing-masing. Oleh itu, jelaskan
konsep evolusi itu sendiri?

11. Bincangkan perbezaan pendekatan antara teori-teori dalam Teori Evolusi.


BAB 3. : MANUSIA, MASYARAKAT, ORGANISASI, PENGURUSAN DAN TEMPAT
KERJA

SOALAN
1. Terangkan proses persepsi menurut pandangan Steers?

Proses menapis, memilih, menyusun dan merangsangkan interpretasi supaya ia memberi


makna kepada individu.

2. Apakah angkubah-angkubah yang menentukan sesuatu interpretasi persepsi?

Angkubah psikologikal dan sosial yang spesifik.

3. Kenyataan berikut menggambarkan contoh persepsi pembentukan sosial yang


stereotaip?

A. Manusia disamakan dengan komoditi lain.


B. Tabii manusia mengambilkira kesan sesuatu peristiwa pada masa depan
C. Pengalaman lepas manusia memberi kesan kepada persepsi
D. Cara manusia melihat diri mereka mempengaruhi cara mereka melihat sekeliling mereka.

4. Menurut pandangan ahli-ahli teori ini persepsi adalah suatu tindak balas yang ada
hubungan dengan pembelajaran.

A. Ahli teori gelagat


B. Ahli teori Gelstalt
C. Ahli teori fisiologi
D. Ahli teori Hebb

5. Kebanyakan kejayaan atau kegagalan adalah ditentukan oleh nasib. Kenyataan ini
menggambarkan

A. Kesan Halo
B. Penafian
C. Lokus kawalan dalaman
D. Lokus kawalan luaran

6. Kenapa nilai penting bagi manusia?

Penting untuk dijadikan panduan dalam tindakan.

7. Terangkan cara-cara nilai diperoleh?


Menerusi modeling atau mencontohi seseorang atau daripada sikap dalam berkomunikasi atau
sikap yang tersirat atau termaklum.

8. Apakah maksud sikap tahap interaksi primer?


Sikap yang dilalui oleh individu menerusi interaksi dirinya dan pengalaman sosial dalam
keluarganya.
9. Terangkan maksud elemen afektif dalam komponen sikap?
Emosi seseorang yang ada kaitan dengan suatu objek atau tugas.

10. Apakah cadangan yang dikemukakan oleh ahli-ahli pengurusan saintifik untuk
menangani tabii manusia yang negatif?
Oleh kerana manusia mahu wang dan tidak suka bekerja memaksimumkan bayaran upah dan
minimakan fatig di tempat kerja.

11. Apakah pendapat Chris Argyris tentang diri manusia yang kecewa?
Bertindak menentang organisasi atau tunduk kepada organisasi atau berusaha untuk
mengatasinya.

12. Apakah tanggungjawab yang paling menyenangkan dan yang tidak menyenangkan
pihak pengurusan?
Mengurus ganjaran dan mentadbir disiplin

13. Kepada kumpulan manusia manakah pihak pengurusan bertanggungjawab?


Pelanggan, pemilik stok, pekerj-pekerja dan komuniti

14. Beri definisi sosialisasi yang dikemukakan oleh Charles B. Handy?


Proses organisasi mempengaruhi individu supaya menerima nilai-nilai dan kebiasaannya.

15. Apakah risiko yang dihadapi oleh pekerja yang gagal mempelajari gelagat organisasi?
Tidak memenuhi keperluan organisasi dan dipecat.

16. Secara ringkas terangkan jenis konflik?


Konflik matlamat, konflik kognitif, konflik afektif dan konflik
kelakuan

BAB 4. : PENSTRUKTURAN DAN STRATIFIKASI SOSIAL

SOALAN

1. Nyatakan definisi lengkap strafikasi.

Strafikasi sosial boleh didefinisikan sebagai ketaksamaan sosial. Pada asasnya, strafikasi sosial
bermaksud penyusunan sebarang kelompok sosial atau masyarakat ke dalam satu hierarki dengan
kedudukan yang tidak setara dari segi kuasa, harta, penilaian sosial dan kepuasan jiwa (Melvin, 1988).
Manakala Ismail Yusuf, 2001, menyatakan strafikasi sosial, pelapisan sosial, ketaksamaan sosial
(inequality) yang juga dipanggil susun lapis masyarakat adalah membawa maksud yang sama iaitu
merujuk pada perbezaan-perbezaan yang terdapat di antara anggota masyarakat sama ada dari segi
kuasa, ekonomi, penilaian masyarakat, kepuasan jiwa dan sebagainya.

2. Beserta dengan contoh, terangkan mengenai strafikasi pekerjaan.


Pekerjaan merupakan salah satu faktor yang menyebabkan wujudnya ketaksamaan dalam
masyarakat. Sedia maklum pekerjaan menjadi sumber ekonomi utama dalam masyarakat. Setiap
manusia memerlukan perkerjaan untuk menyara hidup. Melalui pekerjaan yang pelbagai, maka
akan mewujudkan kedudukan status yang berbeza di dalam sesebuah masyarakat. Perbezaan
inilah meyebabkan wujudnya ketaksamaan.Pada zaman awal, pekerjaan mungkin hanyalah
merupakan suatu sumber ekonomi dan pendapatan dalam kehidupan. Tetapi apabila dunia kian
berkembang maju, maka masyarakat mula menyedari bahawa, pekerjaan boleh mengubah
kedudukan mereka dalam masyarakat. Keadaan ini meyebabkan persaingan pekerjaan menjadi
makin kompleks. Apatah lagi pekerjaan dilihat sebagai mengejar kedudukan dan status dalam
masyarakat. Contohnya, seorang pegawai atasan mempunyai status yang lebih tinggi daripada
seorang kerani.

3. Apakah kebaikan peranan dan fungsi dalam sesebuah organisasi


(i) Mengenal pasti tugas masing-masing.
(ii) Mengenal pasti pihak yang boleh dirujuk untuk hal-hal tertentu.
(iii) Menjalankan tugas berdasarkan peraturan dan undang-undang organisasi.

4. Terangkan maksud konflik kelas.


Konflik kelas boleh dilihat kepada dua aspek iaitu:
(i) Perebutan yang tidak disedari antara pekerja dengan kapitalis untuk mendapatkan bahagian
dalam output produktiviti, semasa kesedaran kelas belum berkembang dengan baik.
(ii) Perebutan yang disedari dan disengajakan antara kedua-dua kelas, yang berlaku apabila
pekerja sedar akan peranannya sejak dahulu lagi, lalu bertindak secara kolektif untuk
memperbaiki keadaan mereka, dan akhirnya mengambil alih hak-milik alat-alat pengeluaran.

5. Nyatakan maksud penjabatan, dan apakah kebaikannya dalam sesebuah organisasi.


Penjabatan ialah proses penyatuan pekerja dan aktiviti-aktiviti kerja di bawah penyeliaan seorang
pengurus supaya boleh diselaraskan. Pengumpulan kerja dilakukan dengan cara-cara fungsi,
produk, kawasan geografi, proses dan mengikut pelanggan. Kebaikannya ialah aktiviti yang
dilaksanakan akan mengikut fungsi sesuatu jabatan. Selain fungsi pengumpulan produk yang
sama mampu meningkatkan prestasi pengeluaran produk. Manakala kawasan geografi ditentukan
berdasarkan kelebihan yang ada pada kawasan tersebut. Proses yang sama juga akan dikumpulkan
sekali agar lebih efektif, dan seterusnya aktiviti berdasarkan pelanggan juga mampu
meningkatkan keberkesanan aktiviti sesebuah organisasi.

6. Nyatakan kepentingan organisasi Maya.


Konsep organisasi maya bertunjangkan kepada perlu memiliki satu organisasi kecil dan teras di
outsource untuk mnjalankan fungsi perniagaan yang utama kalau lebih menguntungkan untuk
disewa. Oleh itu, organisasi maya mengamalkan pemusatan yang tinggi dan hampir tiada
penjabatanan, fleksibiliti dalam menghubungi pengeluar, pengedar, pemasaran dan fungsi
perniagaan yang lain. Peranan utama pengurus dalam organisasi maya akan meluangkan masa
dalam mengkoordinasikan dan mengawal perhubungan luar.

7. Senaraikan empat sistem asas strafikasi merujuk kepada pendapat Giddens.


8. Berikan definisi ringkas perbezaan status.
9. Terangkan mengenai status mengikut tiga Kriteria utama.
10. Terangkan maksud aktiviti berdasarkan jenis pengeluaran yang membezakan individu
mengikut Karl Mark.

BAB 5: PERSEKITARAN SOSIAL DAN PERSEKITARAN ORGANISASI

SOALAN

Bincangkan aspek globalisasi dalam persekitaran organisasi.


Globalisasi dapat dikatakan sebagai negara-negara yang terpisah dan menjadi semakin rapat yang
menyebabkan hilang sempadan atau menjadi borderless. Ianya berlaku dengan pertukaran-
pertukaran sosial dan ekonomi antara negara di dunia ini. Meskipun proses ini telah lama berlaku,
namun ianya semakin pesat pada dua dekad terakhir abad ke-20 ini.
Kebanyakan negara yang mengalami proses globalisasi telah mengalami tahap pembangunan
negara yang pesat. Misalnya, berjuta-juta keluarga telah mengalami peningkatan ekonomi
daripada taraf sara diri kepada pendapatan yang lebih tetap hasil dari penyertaan dalam sektor
industri, kadar kemiskinan telah dapat dikurangkan, negara dapat meningkatkan hasil
pengeluaran untuk pasaran eksport dan halangan perdagangan dapat dikurangkan menyebabkan
perdagangan antarabangsa pesat semakin meningkat.
Perubahan ini telah melampaui sempadan ekonomi, membantu peningkatan taraf hidup,
berlakunya perubahan idea dan nilai, terdapat lebih banyak pilihan,memperkembangkan
teknologi dan jaringan penyebaran maklumat serta meningkatkan jangkaan rakyat dalam
keseluruhan aspek kehidupan.

Nyatakan bentuk-bentuk pengurusan organisasi dan silang budaya.


Bentuk-bentuk pengurusan organisasi dan silang budaya
(a) Kepimpinan
Mengikut teori kontigensi aspek kepimpinan yang berkesan bergantung kepada keadaan. Selain
itu, gaya kepimpinan yang berkesan juga bergantung kepada faktor budaya. Kepimpinan yang
berkesan adalah dipengaruhi oleh faktor nilai peribadi pemimpin dan pengikut mungkin
mempengaruhi gaya mereka dalam membuat analisis situasi dan penyelesaian sesuatu masalah.
Misalnya, pengurus Amerika dan pengurus Jepun dikatakan begitu pragmatik dan nilai peribadi
mereka menekankan kepada produktiviti, keuntungan dan pencapaian. Manakala pengurus
India pula tidak begitu pragmatik tetapi lebih moralistik dan nilai peribadi mereka lebih
menekankan kesamaan keadilan dan kebaikan ke atas seluruh pekerja.
(b) Komunikasi
Ia menjadi faktor yang kritikal apabila komunikasi dilakukan di antara dua budaya yang berlainan.
Misalnya, sesuatu bahasa perlu diterjemahkan untuk memberikan makna yang asal kepada semua
pihak. Contohnya, Syarikat Ford tersilap kerana tidak menukar nama kereta Nova keluaran
mereka apabila dieksport ke Amerika Latin kerana di sana Nova bermaksud tidak boleh
berjalan.
(c) Motivasi
Silang budaya yang wujud dalam organisasi menyebabkan seseorang individu tidak boleh
dimotivasikan dengan cara yang sama. Kebanyakan teori-teori motivasi yang diperkenalkan
adalah dari negara Barat. Tetapi nilai-nilai individu adalah berbeza mengikut budaya masing-
masing. Di Amerika Syarikat budaya individualisme yang tinggi lebih sesuai dengan
ganjaran berdasarkan prestasi individu berbanding budaya kolektivisme di mana ganjaran adalah
berasaskan kumpulan.

Bincangkan bentuk-bentuk pola perhubungan antara organisasi dan persekitaran.


Bentuk-bentuk pola perhubungan antara organisasi dan persekitaran
(a) Bahasa
Terdapat sebanyak 3000 bahasa yang digunakan di dalam dunia ini, dimana ia dituturkan oleh
sebahagian manusia dan terdapat juga bahasa yang begitu popular seperti bahasa Inggeris,
Perancis dan Cina. Bahasa ibunda yang digunakan oleh sesebuah negara akan menggambarkan
bangsanya. Bahasa juga menjadi mekanisme dalam berkomunikasi dan juga pembentuk idea-idea.
Implikasi bahasa amat luas, misalnya manusia yang berbahasa berlainan bukan sahaja
berkomunikasi secara berlainan malah berfikir dan mempunyai tanggapan terhadap realiti yang
berbeza. Contohnya, ahli perniagaan antarabangsa akan lebih efektif jika dapat menguasai bahasa
ibunda negara pelanggannya. Ini kerana ia membolehkan beliau memahami cara mereka
berkelakuan dan berfikir.
(b) Penggunaan ruang
Penggunaan ruang juga adalah berbeza antara budaya. Setiap budaya mempunyai jarak
komunikasi yang berbeza dan dianggap selesa oleh individu. Misalnya, orang Arab dan Amerika
Latin berasa selesa berada di jarak yang dekat semasa berbual berbanding dengan orang Amerika
Utara. Di Malaysia juga ruang peribadi individu adalah tidak jauh dalam perbualan dan perbualan
di antara individu yang sama jantina pada jarak yang rapat dan kadang-kala sentuhan badan
dianggap mesra.
(c) Agama
Agama mempengaruhi keseluruhan kehidupan manusia termasuk menentukan apa yang boleh
dimakan, diminum, kelakuan moral yang harus diamalkan, perkara-perkara yang tidak boleh
diamalkan dan pelbagai aspek lain dalam kehidupan seseorang individu. Oleh itu, perbezaan
agama akan membezakan antara manusia dalam sesebuah organisasi.
(d) Masa
Tanggapan masyarakat terhadap masa juga berbeza akibat dari berlakunya silang budaya. Jika
masa dilihat sebagai kitaran maka manusia akan berpandangan bahawa jika tidak dapat
melakukan sesuatu perkara pada hari ini tidak mengapa kerana boleh dilakukan pada hari esok.
Sekiranya masa dilihat sebagai garis lurus, masyarakat akan mengukur masa dengan tepat melalui
jam. Matlamat jangka panjang akan dirancang kerana waktu yang terlepas tidak akan berulang
lagi.

Nyatakan proses perubahan organisasi.


Proses perubahan organisasi
(i) Mengenal pasti halangan perubahan.
(ii) Mengenal pasti keperluan perubahan.
(iii) Diagnosis masalah.
(iv) Perancangan perubahan.
(v) Perlaksanaan perubahan.
(vi) Pemantauan perubahan.

Nyatakan bentuk-bentuk intervensi Pembangunan Organisasi.


Bentuk-bentuk intervensi pembangunan organisasi
(a) Teknik personel dan interpersonal.
(i) Pendekatan latihan bersifat eksperiman: The T-Group.
(ii) Pembentukan pasukan.
(b) Intervensi-intervensi dalam organisasi dan intergroup
(i) Program pembangunan organisasi Grid.

Nyatakan fasa-fasa yang terdapat pada gaya pengurusan Grid.


Fasa 1: Mengkaji pengurusan grid.
Fasa 2: Pembentukan kumpulan kerja.
Fasa 3: Pembangunan intergroup.
Fasa 4: Pembentukan blueprint baru kepada organisasi.
Fasa 5: Perlaksanaan blueprint.
Fasa 6: Kestabilan.

Bincangkan aspek-aspek teknologi dan perubahan dalam organisasi.


Penggunaan teknologi bukan hanya mencakupi kepada penggunaan komputer, tetapi juga alat
teknologi yang lain seperti mesin faksimili, telefon, alat visual untuk persidangan atau
perundingan, mikroprosesan dan sebagainya. Peralatan-peralatan ini dikatakan memberi kesan
yang baik dan membantu mempercepatkan kerja dan menjimatkan masa.
Perubahan dalam teknologi juga telah mendorong pembentukan program-program berasaskan
maklumat secara vitual. Misalnya, pembentukan e-government, tele-worker, e-dagang, p-
marketing, school net dan sebagainya. Selain itu, ia juga menggalakkan rangakaianrangakaian
maklumat berasaskan teknologi canggih seperti kewujudan Koridoraya Multimedia (MSC),
Bandar Pintar, Pusat Sains dan Teknologi dan lain-lain.

8.Perubahan dalam sesebuah organisasi dikatakan sering member kesan yang lebih baik
kepada pembangunan organisasi berkenaan. Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi
sesuatu perubahan.
9. Dalam intervensi pembangunan organisasi, pendekatan program T-Group sering
digunakan oleh pihak pengurus. Jelaskan prosedur-prosedur dalam program T-Group.
10. Perubahan-perubahan organisasi yang dijalankan adalah untuk menambah baik
perkhidmatan dan pengeluaran organisasi bagi memastikan pembangunan sesebuah
organisasi. Bincangkan tujuan pembangunan sesebuah organisasi.

BAB 6: ISU-ISU DALAM ORGANISASI DAN MASYARAKAT

SOALAN

1. Apakah peranan kerajaan dalam hubungan industri di Malaysia?


Majikan, peserta, penggubal undang-undang dan arbitrator.

2. Terangkan manifestasi keresahan pekerja bukan dalam bentuk perkataan?


Menjadi pertikaian terbuka, ucapan-ucapan, mesyuarat, tunjuk perasaan, perarakan dan lain-lain
sifat yang agresif untuk menyatakan perasasan.

3. Apakah kelebihan struktur rangkaian kerja?


Membolehkan organisasi mendapat banyak kecekapan yang selama ini terdapat dalam firma
besar dan membantu organisasi kecil menyertai firma besar.

4. Apakah kelebihan intranet?


Menyediakan saluran maklumat yang banyak, efisien, interaktif dan dinamik.

5. Berikan impak teknologi maklumat ke atas perubahan hidup manusia?


Meningkatkan pertumbuhan dalam e-perdagangan iaitu menjual dan membeli produk dan
perkhidmatan serta perkhidmatan pengeluaran menerusi internet.