Anda di halaman 1dari 38

EDUP3033 MURID DAN PEMBELAJARAN

Tajuk 9: Pedagogi masa kini

Sinopsis

Bab ini akan menjelaskan pedagogi masa kini atau amalan pengajaran dan pembelajaran yang diterima
sebagai relevan dengan keperluan penddikan abad ke-21. Kemahiran yang ditekankan ialah kemahiran
pembelajaran dan inovasi, kemahiran Maklumat, Media dan Teknologi, serta kemahiran kehidupan dan
kerjaya. Perbincangan yang lebih mendalam adalah mengenai ciri-ciri pedagogi, kaedah dan teknik, serta
implikasi pedagogi masa kini dalam pengajaran dan pembelajaran,

9.0 Pengenalan

Konsep masa kini dalam perbincangan bab ini adalah merujuk kepada abad ke-21 yang
berlangsung dari tahun 2001 hingga 2100. Abad ini dikenali sebagai knowedge age atau
k-ekonomi yang menekankan kepada kepentingan maklumat, kreativiti dan inovasi, bagi
memenuhi permintaan perkhidmatan baru kepada masyarakat dalam negara dan global.
Pengaruh perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), globalisasi, liberalisasi
dan persaingan hebat dengan negara lain telah mendesak negara kita untuk membangun satu
sistem ekonomi yang berasaskan pengetahuan atau K-ekonomi. Mana-mana negara yang
dapat menguasai TMK dan mmempunyai kemudahan jaringan internet dianggap mempunyai
kelebihan dan sebaliknya negara-negara yang mengabaikan penguasaan kemahiran dan
aplikasi TMK akan ketinggalan dalam persaingan di peringkat global.

Perubahan dan kemunculan bentuk ekonomi baru ini sangat berkait rapat secara langsung
kepada perubahan sektor pendidikan yang bertanggungjawab untuk melahirkan masyarakat
saintifik dan prograsif, berpengetahauan tinggi dan memandang kehadapan, berkemahiran
dalam pelbagai bidang dan pengkhususan kepada hasil pengeluaran komoditi. Oleh hal yang
demikian, dedagogi masa kini didapati lebih mencabar kerana para pendidik dan seluruh institusi
pendidikan dituntut untuk melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif, boleh berfikir secara kritis
dan mampu menyelesikan masalah. Cabarannya adalah untuk menyediakan modal insan yang
dapat memiliki kemahiran abad ke-21 supaya dapat mendepani tuntutan globalisasi yang
berkembang dengan pantas. Dalam masa yang sama para pendidik juga bertanggungjawab
dalam melaksana dasar dan sistem pendidikan negara yang bertunjangkan kepada Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK); iaitu suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

Peranan guru masa kini tidak setakat menjadi pendidik, tetapi lebih kepada menjadi
fasilitator dan pakar rujuk kepada kliennya. Negara sentiasa memerlukan guru yang berkualiti,
amanah dan berintegriti dalam menyampaikan mesej kerajaan agar dapat memenuhi hasrat
FPK. Oleh itu guru- guru masa kini sewajarnya bersedia memantapkan hala tuju
masing-masing agar seiring dengan kehendak masyarakat dan negara, juga pasaran global.
Antara ciri-ciri kualiti diri yang perlu ada pada para guru masa kini ialah mereka perlu :-
faham dan menguasai kandungan kurikulum mata pelajaran yang diajar,
mahir dan berketerampilan dalam pengurusan pedagogi,
memahami perkembangan murid dan menyayangi mereka,
memahami psikologi dan keperluan pembelajaran murid,
menguasai teknik bimbingan dan kaunseling, dan
mengaplikasi teknologi terkini.

1
EDUP3033 MURID DAN PEMBELAJARAN

Budaya kerja guru pula perlu ditransformasikan ke arah suasana berdasarkan empat ciri
berikut, iaitu pembelajaran regulasi kendiri, pembangunan akademik berasaskan bukti,
membangunkan persekitaran pembelajaran kondusif dan menguasai kemahiran abad Ke-21.
Sehubungan itu, para pendidik perlu menguasai keempat-empat kategori di atas dan berusaha
mengaplikasinya dalam bentuk pengajaran dan pembelajaran (P&P) masing-masing secara
terancang dan berkesan. Keupayaan guru mengadaptasi elemen ini dijangka dapat
membentuk kualiti diri pelajar abad ke-21 yang merangkumi pelbaagi aspek seperti sentiasa
ingin tahu, sukakan ilmu, pantas berfikir secara kritis dan kreatif, bijak menyoal, boleh membuat
hubungkait, cekap menjana idea, yakin berkominukasi, boleh bekerja dengan orang lain,
mendengar dan membuat perubahan positif, berani mengambil risiko, fleksibel, tidak putus asa,
patriotik dan berakhlak terpuji.

Apakah kemahiran abad ke-21?

Kajian yang dijalankan oleh Assessment of 21st Century Skills (AT21CS) yang ditaja oleh
CISCO, INTEL dan Micosoft di 60 institusi di seluruh dunia telah mendapati bahawa kemahiran
abad ke-21 di peringkat antarabangsa merangkumi empat kategori utama iaitu:
i. Cara pemikiran - iaitu yang melibatkan berfikir secara kritis dan kreatif,
menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, serta belajar untuk belajar.
ii. Cara bekerja - iaitu menguasai kemahiran berkomunikasi dan bekerjasama.
iii. Alat untuk bekerja - iaitu memaksimukan literasi TMK.
iv. Kemahiran menangani cabaran abad ke-21 - iaitu memenuhi tanggungjawab personal
dan tanggungjawab sosial.

Sehubungan dengan ini, para guru dituntut untuk mengaplikasi dan menghayati empat
kategori utama kemahiran abad ke-21 sebagai uasha ke arah mencapai pendidikan bertaraf
dunia. Guru perlu mempunyai cara berfikir yang kreatif dan kritis, berupaya mengintegrasikan
kemahiran berfikir aras tinggi, kemahiran penyelesaian masalah, membuat keputusan dan
membuat penyesuaian (adabtibility) dengan menekankan penglibatan otak kiri dan otak kanan
dalam kebanyakan urusan. Cara kerja guru yang dikehendaki ialah menitikberatkan aktiviti
hands-on, bekerjasama, kemahiran bersosial dan komunikasi kompleks, kemahiran
penyelesaian masalah yang bukan rutin, pengurusan dan pengembangan diri dan pemikiran
bersistem. Ini adalah kemahiran asas yang diharapkan dapat menyumbang dan
memudahkan pembangunan kendiri pelajar.

9.1 Kerangka Kemahiran Pedagogi

Isu pendidikan masa kini tidak sahaja menghadapi masalah mereka yang tidak tahu
membaca atau menulis tetapi juga mereka yang tidak mahu belajar dan sukar meninggalkan
kaedah pembelajaran lama. Oleh itu kemahiran pedagogi masa kini perlu berubah supaya
menepati ciri-ciri dan keperluan pembelajaran generasi abad ke 21. Lihatlah sekeliling kita,
persekitaran pembelajaran sudah berubah. Cara pembelajaran adalah berbeza, cara berfikir dan
cara memproses maklumat pelajar abad 21 juga berbeza dengan generasi sebelumnya. Maka
para guru juga mesti membuat penyesuaian perubahan dalam pedagogi. Kerangka pedagogi
masa kini harus merangkumi aspek kurikulum, kualiti penyampaian, keberkesanan sekolah dan
ciri-ciri pelajar. Kriteria keperluan di tempat kerja seperti aspek kepimpinan, produktiviti,
pengurusan kendiri dan kerja berkumpulan juga perlu diambilkira kerana proses pembelajaran
adalah tapak untuk membentuk sumber manusia yang diperlukan dalam pasaran kerjaya dan
persekitaran kehidupan akan datang.

2
EDUP3033 MURID DAN PEMBELAJARAN

Apakah perbezaan komponen utama dalam pembelajaran abad ke-20 dengan abad ke 21?

Kaedah pembelajaran abad ke-20 dipimpin oleh guru yang memberi arahan langsung
kepada pelajar. Aras ilmu adalah ditahap pengetahuan. Pelajar belajar untuk menguasai
kandungan sukatan pelajaran dan sekadar menguasai kemahiran asas. Pembelajaran
berdasarkan teori mengikut kurikulum yang telah ditetapkan. Kaedah murid belajar secara
individu dalam persekitaran bilik darjah. Pentaksiran pula berbentuk sumatif dan pembelajaran
murid lebih kepada memenuhi keperluan sekolah. Rumusannya, pembelajaran abad ke-20
dikatakan tiada keseimbangan untuk memperkembangkan potensi murid secara optimum.

Pembelajaran abad ke-21 dirangka kepada srategi berpusatkan murid, yang menekankan
kepada kaedah kolaboratif, belajar secara berkumpulan dalam persekitaran yang lebih luas dan
melibatkan pelbagai komuniti. Pelajar dilatih untuk menguasai pelbagai kemahiran seara
praktikal dan melalui proses pemikiran aras tinggi. Kurikulumnya mencakupi kemahiran untuk
hidup secara personal dan bersosial. Konsep belajar adalah untuk kehidupan, maka sistem
pentaksirannya lebih relevan berbentuk formatif yang dapat mengukur penguasaan ilmu dan
kemahiran berhubung bidang-bidang yang diperlukan untuk kerjaya masa kini dan akan datang.
Justru itu, pembelajaran abad ke-21 menuju ke arah melahirkan modal insan yang seimbang.

Kurikulum pendidikan abad ke-21 perlu bersifat futuristik, fleksibel dan dinamik supaya
relevan dan koheran dengan senario pembangunan dan kemajuan teknologi agar modal insan
yang dihasilkan dapat menangani cabaran globalisasi, ledakan ilmu dan maklumat serta sesuai
dengan budaya dan nilai-nilai semasa. Justru itu, kurikulum pendidikan yang direncanakan harus
menyeluruh dan mampu membekalkan modal insan dengan kesediaan diri yang kukuh dari segi
intelek, rohani, jasmani dan emosi. Rajah 9.1, menggambarkan kerangka kemahiran pedagogi
dengan menekankan aspek kemahiran yang perlu dikusai untuk menghadapi cabaran
globalisasi masa depan.

Rajah 9.1: Standard Kemahiran Abad Ke-21


Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia

3
EDUP3033 MURID DAN PEMBELAJARAN

Kerangka kemahiran pedagogi masa kini berdasarkan empat tema iaitu


i. Kesederan global;
ii. Kewangan kewangan, ekonomi, perniagaan dan keusahawanan;
iii. Literasi Sivik, dan
iv. Literasi kesihatan.

Bernaung di bawah empat tema ini terkandung kemahiran-kemahiran yang diklasifikasikan


kepada tiga kategori yang memperjelas bidang tumpuan seperti berikut:

Kategori : Bidang tumpuan :


Kemahiran 1. Kemahiran Berfikir dan Penyelesaian Masalah
Pembelajaran - Pemikiran Kritikal dan Penyelesaian Masalah
dan Inovasi - Pemikiran Aras Tinggi

2. Kreativiti dan Inovasi


- Berfikir secara kreatif
- Bekerja secara kreatif dengan pihak lain
- Mengimplimentasikan inovasi

3. Komunikasi dan Kolaborasi


- Berkomunikasi dengan jelas
- Berkolaborasi dengan pihak lain secara bijak

Kemahiran 1. Literasi Maklumat


Teknologi 2. Literasi Media
Maklumat, 3. Literasi TMK
Komunikasi dan
Media
Kemahiran 1. Fleksibiliti dan Adaptasi
Kehidupan 2. Inisiatif dan Terarah Kendiri
dan Kerjaya 3. Sosial dan Silang Budaya

Dalam usaha melaksanakan pedagogi, para guru disarankan memastikan murid-muridnya


tidak setakat penguasaan pengetahuan dan kemahiran asas sahaja; tetapi lebih berusaha agar
mereka menguasai pelbagai kemahiran lain seperti :
- kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif,
- kemahiran berkomunikasi secara berkesan,
- kemahiran menikmati keindahan ciptaan dan seni,
- kemahiran membuat pilihan dan membuat keputusan,
- kemahiran mencari, menginterpretasi dan mengaplikasi maklumat,
- kemahiran bersosial dan bekerjasama dengan orang lain,
- kemahiran kepimpinan dan pengurusn.

Proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah merupakan aspek penting dalam
pelaksanaan kurikulum. Sebagai persediaan untuk menghadapi cabaran hidup masa depan,
maka pelajar berhak mendapat segala kemudahan yang disediakan untuk membantu mereka
menguasai kemahiran-kemahiran yang disarankan seperti mana kerangka pedagogi di atas.

4
EDUP3033 MURID DAN PEMBELAJARAN

9.1.1 Kemahiran pembelajaran dan inovasi

Pembelajaran adalah suatu proses interaksi antara murid, guru dan sumber belajar dalam
suatu persekitaran belajar. Proses pembelajaran melibatkan beberapa fasa iaitu, pertama;
pemerolehan ilmu dan pengetahuan contohnya melalui pembelajaran Sains kita tahu tumbuhan
membina makananya sendiri. Kedua; Proses pembelajaran juga melibatkan penguasaan
kemahiran dan tabiat contohnya kita boleh memasak sayuran hijau dengan berhati-hati untuk
mengekalkan nutriennya dan menjadikan sayuran sebagai hidangan yang perlu ada dalam
sajian kerana ia membekalkan vitamin, kalsium dan mineral untuk tubuh. Ketiga; proses
pembelajaran membentuk sikap dan kepercayaan dalam kalangan pelajar, contohnya murid
terpaksa suka makan sayur kerana percaya sayur-sayuran mampu mencantikkan kulit,
menghindarkan penyakit dan mengekalkan kesihatan tubuh. Oleh hal yang demikian,
pembelajaran adalah proses membantu pelajar agar dapat belajar dengan baik.

Dalam konteks pendidikan, pembelajaran berlaku apabila wujudnya interaksi guru yang
mengajar murid untuk menguasai isi pelajaran hingga mencapai sesuatu objektif yang
ditentukan dari aspek kognitif, dapat mempengaruhi perubahan sikap iaitu dari aspek afektif, dan
berketrampilan dari aspek psikomotor. Pembelajaran yang bermakna sangat bergantung
kepada minat dan motivasi pelajar yang tinggi terhadap pengajaran guru sebagai fasilitator yang
kreativitf. Hasil pembelajaran dapat diukur melalui perubahan sikap dan kemampuan mereka
melalui proses belajar dengan mudah.

Apakah prinsip pembelajaran yang berkesan ?

Pakar-pakar pendidikan menyarankan prinsip umum pembelajaran seperti dalam Rajah 9.2,
dapat menyumbang kepada keberkesanan sesuatu proses pembeajaran.

Prinsip umum pembelajaran

Perhatian dan motivasi keaktifan Keterlibatan secara langsung

Rajah 9.2: Prinsip umum pembelajaran

i. Perhatian dan motivasi:

Memberi perhatian dalam sesi PdP merupakan kegiatan belajar yang amat penting.
Pelajar akan mudah memberi perhatian apabila bahan pelajaran sesuai dengan keperluannya
dan ada kepentingan dalam kehidupan sehari-hari. Jika pelajar tidak mampu memberi fokus
atau perhatian dalam PdP maka perhatian mereka perlu dibangkitkan oleh guru melalui pelbagai
stimuli yang relevan dari luar. Perhatian dapat membantu pelajar mengarahkan dirinya
menyempurnakan tugas yang diterima, meneliti masalah-masalah yang akan diajukan, dan
memilih serta memberi fokus kepada masalah yang harus diselesaikan.

Disamping perhatian, motivasi juga penting dalam kegiatan belajar. Motivasi berkait rapat
dengan minat dan ia mampu menjadi tenaga pengerak untuk mengarahkan seeorang
menjayakan sesuatu aktiviti. Contohnya, pelajar yang meminati mata pelajaran Bahasa

5
EDUP3033 MURID DAN PEMBELAJARAN

Inggeris akan berasa senang dan seronok untk belajar bahasa ini. Dia akan membina sikap
positif dalam mindanya untuk belajar lebih giat lagi bagi mata pelajaran ini. Perubahan
tingkahlaku pelajar yang telah bermotivasi dapat dilihat pada kualiti penyertaannya ke arah
mencapai objektif sesuatu pelajaran seperti yang dirancang oleh guru. Murid yang berjaya
memberi perhatian dan bermotivasi akan mempamerkan minat yang bersungguh-sungguh,
memiliki rasa ingin tahu yang tinggi, aktif melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran, dan terus
menyelesaikan tugasannya. Oleh hal yang demikian, adalah menjadi kewajipan bagi guru
untuk menanamkan rasa positif dalam kalangan pelajarnya terhadap bidang yang diajarkan
dengan memberi dorongan, insentif dan pernyataan motivasi berprestasi.

ii. Keaktifan

Bedasarkan perkembangan psikologi kanak-kanak, kanak-kanak adalah insan yang aktif.


Mereka mempunyai kemahuan dan aspirasi sendiri , terdorong untuk berbuat sesuatu dan tidak
suka dipaksa belajar serta tidak suka berkongsi dengan orang lain. John Dewey menyatakan,
belajar hanya akan berhasil apabila individu itu sendiri mengalaminya. Oleh itu inisiatif untuk
belajar harus datang dari dalam diri seseorang. Pelajar yang mempunyai minda dan jiwa yang
aktif akan mengolah maklumat yang diterima dan berusaha mewujudkan transformasi serta
merencanakan sesuatu menggunakan pengetahuan yang telah diperolehnya. Hukum law of
exercice oleh Edward L.Thorndike, antara lain menyatakan bahawa belajar memerlukan
latihan-latihan kerana proses ini akan mempertingkat hubungan rangsangan dan tindak balas
tingkah laku . Pelajar yang aktif terdorong untuk melakukan aktiviti membaca, mendengar,
menulis, berbincang, membandingkan sesuatu konsep, membuat kesimpulan dan sebagainya.
Akiviti ini dilalukan secara kerap dan berulang-ulang, maka pelajar akan menjadi lebih faham,
mampu menghasilkan keputusan yang memuaskan dan dapat mengekalkan ingatan jangka
panjang. Untuk memastikan murid aktif dalam proses pembelaajran, guru berperanan sebagai
pendorong, pembimbing, pemudahcara dan pengarah kepada perancangan dan pelaksanaan
aktiviti pembelajaran.

iii. Keterlibatan secara langsung

Menurut kajian Edgar Dale (1946) yang menghasilkan Piramid Pengalaman seperti Rajah
9.2, menerangkan bahawa kaedah menyampaikan maklumat melalui simbul-simbul lisan seperti
membaca, mendengar dan melihat boleh memberi kesan untuk membina pengalaman
pembelajaran tetapi keterlibatan pelajar agak pasif. Pelajar hanya dapat ingat 10% sahaja
pelajarannya melalui kaedah pembacaan. Jika pelajar dapat menggunakan deria dengar,
ingatannya meningkat 20%. Daya ingatan ini meningkat kepada 30% jika pelajar dapat melihat
sesuatu perkara yang dipelajari secara langsung. Dale menambah, daya ingatan kita akan
meningkat kepada 50% jika kita dapat mendengar dan melihat sesuatu peristiwa atau pelajaran
itu seperti melalui aktiviti menonton filem, melawat pamiran atau melihat tunjukcara mengenai
sesuatu pelajaran. Dale kemudiannya membuktikan lagi bahawa daya ingatan pelajar boleh
mencapai 70% apabila mereka menyampaikan semula apa yang telah dipelajari melalui
perbincangan atau meluahkan kembali apa yang difahami.

Kaedah yang paling berkesan adalah apabila pelajar terlibat secara langsung dan aktif
seperti membuat amali dan membina pengalaman di lapangan. Daya ingatan pelajar boleh
dioptimakan lagi hingga 90% apabila mereka dapat membuat pembentangan secara dramatik,
atau melakukan semula pengalamannya di hadapan orang lain. Dapatan Dale ini selari dengan
apa yang disarankan oleh Confucius berhubung keberkesanan sesuatu kaedah pengajaran.
Adalah sangat penting bagi guru mengambilkira faktor penglibatan murid secara aktif apabila
memilih sesuatu kaedah pengajaran. Pelajar boleh belajar dengan berkesan apabila mereka

6
EDUP3033 MURID DAN PEMBELAJARAN

menggunakan gaya pembelajaran persepsi yang berasaskan pelbagai deria secara langsung
seperti membuat projek membuat taman mini atau terarium secara kumpulan. Mereka memilih
balang kaca, memasukkan medium seperti tanah, pasir dan batu-batu hiasan, memilih dan
menyusun pokok hiasan, serta membaja dan menyiram taman mini itu hari demi hari. Belajar
melalui pengalaman langsung sebegini memberi peluang kepada pelajar mengamati,
menghayati dan bertanggungjawab terhadap hasil pembelajarannya.

Edgar Dale
(1900 - 1985)

Rajah 9.3 : Edgar Dale dan Piramid Pengalaman

Oleh itu Piramid Pengalaman Dale ini boleh dijadikan rujukan untuk membantu para guru
lebih kreatif menentukan kaedah pengajaran dan merekabentuk sumber serta aktiviti
pembelajaran sehingga dapat memberi pengalaman sebenar kepada pelajar disamping dapat
mengekalkan ingatan jangka panjang, malah memindahkan ilmu dalam mengurus kehidupan
harian.

Setiap pelajar mempunyai kekuatan sendiri untuk mencari, mencuba dan mengembangkan
dirinya sendiri. Olehhal yang demikian, pembelajaran mereka akan lebih bermakna jika mereka
dapat mengalami sendiri apa yang dipelajari, bukan mengetahui dari maklumat yang
disampaikan oleh guru. Pelajar akan lebih proaktif jika mereka diberi peluang terlibat aktif
dalam proses belajar di sekolah. Sehubungan ini, John Dewey mengemukakan konsep
learning by doing sebagai prinsip pembelajaran yang menekankan pentingnya pelajar terlibat
secara aktif dan langsung dalam pembelajaran supaya mereka memperoleh lebih banyak
pengalaman; berbanding hanya melihat sumber pembelajaran atau mendengar ceramah.

9.1.2 Kemahiran Maklumat, Media dan Teknologi

Teknologi masa kini telah berkembang daripada automasi yang bertujuan untuk
meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sesuatu proses; menuju ke arah fasilitation iaitu
untuk melengkapkan guru dan murid dengan peralatan pembelajaran yang lebih baik dan
berkesan. Evolusi teknologi ini menyumbang kepada transformasi cara guru mengajar dan cara
murid belajar. Alat untuk bekerja pada abad ke-21 secara meluas menggunakan media digital
seperti jaringan sosial dan literasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Kesedaran
kepada teknologi dan aplikasi teknologi dalam hampir keseluruhan aktiviti kehidupan
dikenalpasti terbukti dapat mengupayakan pembangunan daya intelek, shahsiah dan hubungan
sosial seseorang.

7
EDUP3033 MURID DAN PEMBELAJARAN

Persaingan di peringkat global dalam perkembangan ilmu dan teknologi menjadi cabaran
dalam pedagogi abad ke-21. Dalam konteks pendidikan, TMK merupakan peralatan teknologi
komunikasi yang membentuk sistem rangkaian elektronik; digunakan untuk mencari,
mengumpul, menyimpan, memproses, menyalur dan menyampaikan maklumat secara pantas
dan tepat. Peranan guru sememangnya penting dalam membimbing pelajar untuk melayari
internet, mencari maklumat melalui laman sesawang, memilih perisian yang sesuai, mengumpul
dan mengurus maklumat untuk PdP, serta meningkatkan kesedaran akan persaingan dan
kehendak gobal.

Konsep pembelajaran di mana-mana institusi pendidikan masa kini tidak terhad dalam
persekitaran bilik darjah, malah menjangkau waktu dan lokasi tanpa had dan flaksibel mengikut
keselesaan guru dan pelajar. Penggunaan internet sebagai media pembelajaran berasaskan
sesawang dilaksanakan dengan menggunakan komputer dan pelbagai alat komunikasi digital
kerana konsep pembelajaran ini terbukti sesuai dan berimpak tinggi. Contohnya, pembelajaran
secara dalam talian sangat memudahkan para pengguna berkongsi maklumat dalam bentuk
data teks, imej dan suara dan teknologi ini dapat membina pengetahuan secara mudah dan
pantas. Penggunaan kaedah e-pembelajaran web 1.0 diperluaskan lagi dengan terciptanya
aplikasi web 2.0 yang menyediakan perkhidmatan seperti blog, facebook, wikis dan youtube.
Maka fasa perkembangan teknologi masa kini telah mendesak perubahan dalam pedagogi
daripada berpusatkan guru kepada berpusatkan murid berasaskan teknologi, media dan
maklumat. Sudah pasti persekitaran dan suasana pembelajaran turut berubah daripada
pembelajaran pasif kepada pembelajaran aktif.

Beberapa persoalan mungkin terlintas pada fikiran para guru, antaranya :


- Adakah guru-guru selesa dengan tuntutan pedagogi masa kini?
- Apakah implikasi perubahan pedagogi masa kini kepada para guru?
- Bagaimanakah untuk memastikan semua guru menguasai dan mengaplikasi
kemahiran pedagogi terkini?

Kemahiran komputer yang paling asas diperlukan oleh guru masa kini adalah menggunakan
perisian Microsoft Office, rangkaian dan pangkalan data. Manakala kemahiran komputer
secara spesifik adalah download dan upload fail, aturcara web, rekabentuk dan pembinaan
pangkalan data, install dan upgrade perisian, bina dan edit pangkalah data serta pemprosesan
kata. Oleh hal yang demikian, para guru perlu menguasai kemahiran menggunakan komputer
kerana kebanyakan urusan pentadbiran sama ada untuk PdP, pengurusan dan pentadbiran di
jabatan-jabatan kerajaaan mahupun di sektor swasta telah menerapkan penggunaan komputer
dengan meluas.

9.1.3 Kemahiran Kehidupan dan Kerjaya

Ilmu dan kemahiran merupakan suatu perkara yang penting dalam kehidupan manusia.
Perkembangan dan kemajuan sesuatu bangsa di dunia ini berkait rapat dengan kemajuan dan
perkembangan ilmu pengetahuan yang terdapat pada sesuatu bangsa itu sendiri. Sesuatu
bangsa yang dapat menguasai ilmu dan kemahiran terbukti dapat mengurus kehidupan dengan
baik.

a) Kemahiran Kehidupan

Mengapa ada manusia yang kita lihat amat berjaya dan bahagia hidupnya? Sebaliknya
ramai pula manusia lain yang menghadapi kegagalan dan kesengsaraan. Kejayaan dan

8
EDUP3033 MURID DAN PEMBELAJARAN

kegagalan dalam mengurus kehidupan banyak bergantung kepada kecekapan individu dalam
pelbagai kemahiran yang boleh dipasarkan.

Apakah kemahiran kehidupan yang sewajarnya kita miliki?


Untuk menghasilkan modal insan yang seimbang dan menyeluruh dari aspek jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sosial; ia memerlukan penguasaan kemahiran kehidupan yang holistik ,
merangkumi kemahiran-kemahiran seperti berikut:

i. Kemahiran Ilmu Agama

Pada dasarnya, menguasai ilmu agama, membina keyakinan dan kepercayaan kepada
agama dan mengamalkan ajaran agama adalah tunjang kepada membentuk kehidupan yang
bermoral tinggi. Ilmu agama sering dihubungkaitkan dengan hakikat untuk membentuk rohani,
intelek dan emosi setiap insan. Penekanan terhadap kepentingan dan keperluan menuntut
ilmu agama dapat memartabatkan ilmu pengetahuan dan diri orang yang berilmu itu.
Kebanyakan manusia di dunai ini mempunyai pegangan agamanya tersendiri seperti agama
Islam, Buddha, Kristian dan sebagainya. Tiada satu pun agama di dunia ini mengajar dan
menyuruh pengikutnya membuat perkara jahat seperti membunuh, menipu, berzina dan
sebagainya. Peranan agama sangat penting untuk membimbing kahidupan individu menuju
kepada hal-hal yang positif secara sihat berpandukan kepada syariat agama masing-masing.
Kefahaman dan kepatuhan seseorang terhadap agama anutannya membolehkan mereka dapat
menjalankan perintah dan menjauhi larangan Tuhannya, kerana dalam pendidikan agama telah
termaktub tentang peraturan- peraturan kehidupan dan peringatan menghindarkan diri dari
berbuat keji dan mungkar.

ii. Kemahiran Pengurusan Kewangan

Setiap orang tidak terkecuali daripada perlunya menguasai kemahiran mengurus


kewangan, sama ada untuk dirinya sendiri, dan lebih-lebih lagi kemahiran dalam mengurus
kewangan organisasi. Lazimnya, pelajar yang akan menamatkan persekolahan dan akan
memulakan kerjaya sendiri terpaksa berdikari mengurus kewangan peribadi maka mereka
amat perlu menguasai asas mengurus kos hidup sendiri. Mereka perlu memikirkan tentang
jumlah wang untuk diagihkan ke atas sewaan, makanan dan pengangkutan, kecemasan dan
simpanan atau seumpamanya dengan membuat budget yang berhemah. Kumpulan ini
memerlukan bimbingan dan nasihat mengenai cara untuk berjimat cermat mengurus sumber
kewangan yang ada supaya tidak negatif atau berhutang. Negara-negara maju seperti Great
Britain, Amerika Syarikat dan Australia telah menerapkan ilmu mengurus kewangan dalam
kalangan pelajar mereka sejak dari bangku sekolah lagi.

iii. Kemahiran Temuduga

Hampir semua individu yang telah berjaya mendapat kerja dengan sesebuah majikan telah
melalui sesi temuduga. Untuk memohon menjadi calon guru misalnya, berpuluh ribu orang
memohon untuk mengisi tawaran atau jawatan yang sama, termasuk mereka yang baru
menamatkan persekolahan, graduan dan mereka yang ingin bertukar majikan; maka peluang
untuk dipanggil menghadiri temuduga adalah tipis. Majikan pula mempunyai banyak kriteria
untuk meilih calon dalam mengisi kekosongan stafnya; dan sebaliknya mereka yang memohon
jawatan itu amat tinggi harapannya untuk diterima bekerja, tetapi sering kali kecewa. Oleh hal

9
EDUP3033 MURID DAN PEMBELAJARAN

yang demikian, para calon temuduga perlu mempersiapkan diri serta kebijaksana ketika
memohon jawatan dan melepasi proses saringan. Sehubungan itu, kemahiran temuduga amat
penting diselitkan dalam siri latihan terutama kepada pelajar yang akan menamatkan pengajian
dari sesebuah institusi agar dapat mempersiapkan diri dengan kualiti yang amat dititikberatkan
majikan ketika ditemuduga. Antara kriteria yang diambilkira oleh para majikan ialah aspek
menepati masa, tenang semasa ditemubual, beradab, mahir berkomunikasi, menguasai
kemahiran interpersonal, mampu kerja secara berkumpulan, menguasai TMK, berkeyakinan,
jujur dan berintegriti, disamping penampilan diri yang bersih, kemas dan berkarisma.

iv. Kemahiran Dwi Bahasa dan Bahasa Inggeris

Apakah punca-punca yang menyebabkan graduan kita gagal melepasi sesi temuduga?
Majikan terutamanya dalam sektor swasta memrlukan pekerja yang mampu melakukan pelbagai
tugas atau multitasking. Aspek sampingan ialah melihat kepada penguasaan Bahasa Inggeris
yang sangat diperlukan dalam sektor-sektor kritikal yang memerlukan pekerja yang mahir
berbahasa Inggeris.

v. Kemahiran Komunikasi

Komunikasi yang berkesan adalah satu aspek dalam kehidupan yang sangat diperlukan
oleh semua manusia. Kkualiti kehidupan individu juga dapat ditingkatkan dengan menambah
baik hubungan peribadi antara individu dalam kehidupan seseorang melalui komunikasi yang
berkesan. Kemahiran berkomunikasi yang diinginkan ialah seseorang dapat menerangkan
dengan jelas, yakin dan bersemangat dalam perbualan , pekerjaan , kerjaya dan dalam hidup
seharian. Keyakinan diri dan menghindari perasaan malu adalah salah satu caranya dengan
meluaskan pergaulan bagi meningkatkan lagi daya komunikasi .

Kita kerap mendengar kes kegagalan calon dalam sesuatu temuduga untuk mendapatkan
pekerjaan hanya disebabkan komunikasi yang lemah. Rata-rata calon temuduga telah gagal
menerusi 'first impression' kerana masalah berkomunikasi. Justru itu, dalam aktiviti PdP perlu
ditekankan pembinaan kemahiran berkomunikasi dengan memberi peluang seluas-luasnya
kepada semua pelajar membina dan megukuhkan kemahiran ini. Secara tidak langsung,
kecekapan dan keberkesanan belajar dapat dipertingkatkan.

vi. Kemahiran pengurusan masa

Pengurusan masa ialah kemahiran untuk menguruskan sikap dan tingkah laku kita
terhadap masa. Kita perlu membezakan antara masa jam dan masa psikologi. Kita
menetapkan matlamat, merancang dan bekerja untuk mencapai matlamat mengikut masa
kerana masa amat penting dalam kehidupan manusia. Justeru itu, setiap individu berkewajipan
menguruskan masanya dengan penuh teliti supaya setiap detik perjalanan masa dapat
dimanfaatkan. Masa adalah sesuatu yang berharga bagi setiap individu kerana masa yang telah
berlalu tidak dapat diulang lagi.

10
EDUP3033 MURID DAN PEMBELAJARAN

Jika kita gagal mengurus masa dengan teratur bukan sahaja memberi kesan negatif kepada
kehidupan peribadi tetapi juga kerjaya kita. Pengurusan masa yang baik akan membolehkan kita
hidup dengan teratur, kualiti kerja lebih berkualiti dan mempunyai masa untuk menentukan masa
depan dengan lebih baik.

vii. Kemahiran kerja berpasukan

Unsur kolaboratif menjadi suatu elemen yang ditekankan dalam pedagogi masa kini. Aktiviti
yang melibatkan kemahiran kerja berpasukan melibatkan kebolehan untuk bekerjasama dengan
orang lain daripada pelbagai latar belakang sosiobudaya untuk mencapai matlamat yang
sama.Ia juga kebolehan membina hubungan baik, berinteraksi dengan orang lain dan bekerja
secara efektif bersama rakan kumpulan untuk mencapai objektif yang sama. Kerjasama yang
mantap dalam kerja berpasukan dapat memberi sumbangan kepada perancangan yang baik dan
dapat menyumbang kepada hasil kerja yang yang berkualiti dan membina hubungan
interpersonal yang baik secara efektif.

viii. Kemahiran kepimpinan diri

Ciri-ciri kepimpinan merangkumi aspek pengurusan diri dan perhubungan dengan orang lain.
Seseorang yang memiliki kualiti kepimpinan mampu membina modal insan yang berkualiti,
berakhlak mulia, berketrampilan, berwawasan dan mampu mewujudkan kesejahteraan diri dan
kemakmuran Negara. Ilmu, kemahiran dan pengalaman yang dipelajari melibatkan proses
penerokaan, pengaplikasian, penanalisisan, penyelidikan dan penilaian melalui aktiviti
kokurikulum seperti kelab dan persatuan, sukan dan unit beruniform. Ilmu ini akan membentuk
jatidiri yang mantap, matang dan mampu menjana pemikiran yang bersifat inovatif.

b) Kemahiran Kerjaya

Pengaruh globalisasi telah mewujudkan persaingan sengit antara individu, majikan dan
negara sama ada di peringkat tempatan mahupun peringkat antarabangsa. Malaysia, sebagai
sebuah negara yang bergerak ke arah negara maju menjelang tahun 2020 telah bersedia
mengatur kedudukannya sebaris dalam arus yang memenuhi kriteria sejagat. Melalui
perkembangan ekonomi yang berorientasikan global, maka keadaan ini secara tidak langsung
menimbulkan keperluan dalam memilih pekerja yang berkemahiran dan berketerampilan dalam
kerjaya yang mereka ceburi sehingga dapat memenuhi perspektif global. Implikasinya terdapat
beberapa kemahiran yang menjadi keutamaan majikan dalam memilih pekerja yang
berkeupayaan tinggi dan menguasai kecekapan serta keberkesanan berhubung dengan jenis
pekerjaan yang ditawarkan.

Kemahiran dan kualiti individu seharusnya yang berguna kepada semua pihak dan berfungsi
dalam pelbagai skala. Pihak majikan atau industri sangat memerlukan pekerja yang
berketerampilan dalam pelbagai kemahiran yang boleh dipindahkan dari satu bidang kerja ke
satu bidang kerja lain. Yahaya Buntat (2004), mendapati antara kemahiran yang perlu dikuasai
oleh pekerja serta dianggap penting oleh majikan ialah kemahiran pengalaman dalam bidang
berkaitan, kemahiran dalam bidang Teknologi dan Komunikasi , kemahiran dalam pembelajaran
berterusan, kemahiran dalam kualiti peribadi dan kemahiran dalam penggunaan dwi bahasa.
Oleh kerana salah satu matlamat seseorang individu lepasan sekolah adalah untuk mendapat

11
EDUP3033 MURID DAN PEMBELAJARAN

kerjaya yang baik maka wajar pihak KPM menyediakan modal insan yang dapat menguasai
pelbagai kemahiran seperti yang diperlukan oleh majikan dalam proses pemilihan pekerja.

Apakah kemahiran yang menjadi keutamaan dalam kerjaya masa kini?

i. Kemahiran pengalaman dalam kerja berkaitan

Lepasan sekolah dan lepasan pusat pengajian tinggi masa kini pada umumnya menguasai
aspek pengetahuan teori tetapi masih kekurangan dalam pengalaman kerja yang berkaitan.
Para majikan pula tidak mahu mengambil pekerja yang akan menjejskan organisasi atau firma
mereka. Majikan hanya akan menggaji pekerja yang mampu memahami arahan kerja dengan
lebih berkesan, produktif, dapat melaksanakan tugas dengan cekap dan amanah serta
menjimatkan kos pembiayaan latihan ketika bekerja.

ii. Kemahiran dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Kemahiran TMK menjadi perhatian para majikan sejajar dengan perkembangan ekonomi
global. Penggunaan TMK dapat meningkatkan kecekapan pengurusan seperti mengemaskini
data dan membuat pelaporan syarikat atau organisasi yang mengutamakan kepantasan dan
ketepatan maklumat. Oleh itu pelajar yang suatu hari nanti akan menjadi tenaga pekerja penting
menguasai TMK dalam pelbagai aplikasi melalui sistem teknologi masa kini kerana kemahiran ini
membantu meningkatkan kerjaya mereka pada masa depan.

iii. Kemahiran pembelajaran secara berterusan

Kemahiran pembelajaran secara berterusan sangat diambil kira oleh majikan terutama
untuk pekerja baru dan menyesuaikan diri dalam bidang baru yang diharapkan dapat
menyumbang kepada perkembangan organisasi dan operasi serta peningkatan kendiri.
Perubahan teknologi masa kini memerlukan pekerja yang mampu mempelajari dan memahami
keperluan semasa dan akan datang. Matlamat majikan adalah untuk mendapat pekerja yang
dinamik dan suka menambah ilmu, menggunakan pengetahuan serta kemahiran baru bertujuan
memperbaiki proses pengeluaran dan meningkatkan daya saing untuk mendapat pulangan yang
baik menyokong kemajuan organisasi pada masa depan.

iv. Kemahiran dalam kualiti peribadi

Kualiti peribadi seperti pengurusan diri, interaksi sosial,etika kerja, keyakinan diri,
keupayaan bekerja secara sistematik, kerja berpasukan dan kualiti kepimpinan sering menjadi
kriteria utama dalam proses pemilihan pekerja oleh para majikan. Majikan juga inginkan
pekerja yang menguasai kemahiran mengelola kerja, kemahiran berfikir, mengurus masa, dan
teliti dalam melaksanakan tugas, bertanggungjawab berdisiplin dan bersungguh-sungguh
disamping sifat ikhlas. Majikan dapat mengesn kualiti peribadi yang dimiliki oleh calon semasa
proses temuduga atau sesi suaikenal bersama pekerja.

v. Kemahiran penggunaan Bahasa Inggeris, dwi bahasa atau pelbagai bahasa

Kemahiran berkomunikasi dalam pelbagai bahasa telah dianggkat sebagai aset kepada
seseorang. Pengaruh globalisasi dalam perkembangan ekonomi, pendidikan dan kebanyakan
urusan harian memerlukan kemahiran dalam pelbagai bahasa terutama Bahasa Inggeris kerana
Bahasa Inggeris merupakan bahasa perhubungan antarabangsa. Calon pekerja yang kurang
fasih dalam bahasa Inggeris menghadapi kelemahan dalam komunikasi dan hal ini akan

12
EDUP3033 MURID DAN PEMBELAJARAN

memberi kesan negatif kepada perkembangan organisasi. Namun masih terdapat ramai
pelajar dan calon pekerja yang tidak mahir dalam berkomunikasi dan menulis dalam bahasa
Inggeris dengan baik, dan kesannya mereka sukar untuk melepasi temuduga dan sukar
mendapat pekerjaan. Permintaan kepada pekerja yang mahir dalam bahasa lain seperti
bahasa Cina, bahasa Jepun dan lain-lain akan menjadi bonos kepada individu itu kerana dapat
menyokong majikan dan organisasi menjalin hubungan diperingkat antarabangsa.

Oleh hal yang demikian, KPM bertanggungjawab menambahbaik kualiti pendidikan dengan
membuat transformasi dalam satu rangka kerja pembelajaran yang selaras dan kolektif dikenali
sebagai Rangka Kerja Pembelajaran Abad Ke-21. Kemahiran yang diterapkan dalam
pembelajaran abad ke-21 ialah kemahiran 4c, iaitukemahiran berfikir secara kritis (critical
thinking), kemahiran pemikiran kreatif (creative thinking), kemahiran komunikasi (communication)
dan kolaboratif (collaboration). Matlamat akhir pendidikan adalah dapat melahirkan modal insan
yang seimbang dan cemerlang, untuk membolehkan individu itu bersedia melanjutkan pelajaran
atau bersedia memasuki alam pekerjaan dan dapat memenuhi permintaan para majikan yang
mahukan pekerja berkemahiran tinggi dalam pelbagai bidang. Di peringkat pelaksanaan
pendidikan, diharapkan para pendidik berjaya mengintegrasikan pelbagai kemahiran pedagogi
dalam pengajaran subjek secara bersungguh-sungguh supaya dapat merealisasikan hasrat
murni pelajar, keluarga, majikan dan negara.

9.2 Ciri-ciri pedagogi masa kini

Apakah cabaran yang dihadapi guru masa kini? Kebanyakkan guru yang ditemui
menyatakan ada cabaran yang datang dari murid dan bidang tugas guru dalam kerjaya
pendidikan di sekolah. Masih ada murid yang tidak menguasai kemahiran 3M (membaca,
menulis dan mengira), murid melanggar disiplin sekolah, benci sekolah dan benci peraturan,
murid tidak minat belajar, tidak mahu berusaha untuk belajar, murid kurang jati diri dan kurang
keyakinan diri, lemah dan bersikap negatif kepada tugasan belajar. KPM menyedari masalah
seperti ini masih berlaku dalam sistem pendidikan kita. Oleh hal yang demikian, transformasi
pedagogi masa kini sangat perlu dilakukan menjurus kepada mewujudkan suasana
pembelajaran yang positif dan meningkatkan keberhasilan melahirkan murid yang cemerlang
secara holistik.

Sebagai peneraju kecemerlangan pendidikan, guru disarankan memiliki kemahiran pedagogi


abad ke-21, kompeten dan berjiwa pendidik serta dinamik ke arah mewujudkan pendidikan
sekolah bertaraf dunia. Objektif pedagogi abad ke-21 adalah untuk :

Memberi kesedaran kepada guru tentang kepentingan mindset yang positif.


Menggalakkan menggalakkan perkembangan yang menyeluruh individu dengan
menyeimbangkan aktiviti yang serasi dengan minda.
Meningkatkan kreativiti guru dalam mengendalikan pengajaran dan pembelajaran.
Membolehkan guru mengaplikasi idea pedagogi pengajaran dan pembelajaran
secara kreatif.
Merangka plan tindakan bagi menerapkan idea pedagogi pengajaran dan
pembelajaran secara kreatif.

Apakah komponen kemahiran pedagogi yang perlu dimliki oleh paga guru masa kini?

Bidang kerjaya sebagai guru adalah bidang profesional. Atribut guru profesional yang paling
asas ialah mempunyai ilmu yang tinggi dalam bidang falsafah atau pegangan tentang

13
EDUP3033 MURID DAN PEMBELAJARAN

pengajaran yang betul. Sudah pasti para guru perlu menguasai kemahiran dan kompetensi
dalam bidang yang berkaitan. Pegangan yang mudah ialah jika kita hendak orang lain tahu
melakukan sesuatu, maka guru sendiri mestilah tahu melakukannya terlebih dahulu. Oleh itu
transformasi dalam penyampaian pendidikan abad ini menuntut pengurusan sekolah dan
guru-guru melakukan perubahan dalam empat bidang utama iaitu:
Persiapan kepimpinan
Persiapan guru
Persekitaran sekolah
Persediaan bilik darjah

Setiap insan guru digesa untuk menguasai kemahiran pedagogi yang merangkumi
kemahiran pembelajaran dan inovasi (Learning and innovation skills), kemahiran maklumat,
media dan teknologi (Information, media and technology skills) dan kemahiran hidup dan kerjaya
(Life and career skills). Persediaan untuk mengubah landskap pendidikan ke arah
mengutamakan pencapaian hasil pembelajaran atau outcome based education (OBE), menuntut
para guru memberi perhatian dan menguasai pelbagai elemen tambahan seperti berikut;
Kreativiti dan Inovasi (Creativity and Innovation)
Pemikiran kritis dan Penyelesaian Masalah (Critical Thinking and Problem Solving)
Komunikasi dan Kolaborasi (Communication and Collaboration)
Literasi Maklumat (Information Literacy)
Literasi Media (Media Literacy)
Literasi Teknologi, Maklumat dan Komunikasi (TMK) (ICT (Information,
Communications and Technology) Literacy)
Fleksibiliti dan mempunyai keupayaan menyesuaikan diri (Flexibility and
Adaptability)
Berinisiatif dan Mempunyai Haluan Diri (Initiative and Self-Direction)
Kemahiran Sosial dan Antara-Budaya (Social and Cross-Cultural Skills)
Produktiviti dan Akauntabiliti (Productivity and Accountability)
Kepimpinan dan Tanggungjawab (Leadership and Responsibility)

Kemahiran-kemahiran untuk guru seperti yang disenaraikan di atas boleh dikuasai dengan
mudah jika guru-guru memiliki ciri-ciri yang memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK). Ciri-ciri guru abad ini adalah seperti berikut;
menguasai subjek (kandungan kurikulum),
mahir dan bertrampilan dalam pedagogi (pengajaran dan pembelajaran),
memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka,
memahami psikologi pembelajaran (cognitive psychology),
menerapkan elemen seni dalam pendidikan,
memiliki kemahiran kaunseling, dan
menggunakan teknologi terkini.

Dengan menguasai kriteria-kriteria pedgogi masa kini akan menjadikan guru lebih prihatin
kepada tugas dan keperluan pelajarnya sehingga dapat merancang dan melaksanakan
pengjaran yang efektif, berseni dan menyeronokkan melalui kaedah pengajaran yang aktif
seperti inkuiri dan menekankan kreativiti.

Menyediakan pelajar yang mampu menghadapi cabaran masa depan negara melalui
pendidikan adalah menekankan inovasi dalam PdP dan memaksimumkan penglibatan pelajar
dalam aktiviti yang banyak disokong dengan teknologi serta melalui penilaian yang mengukur

14
EDUP3033 MURID DAN PEMBELAJARAN

kemahiran berfikir aras tinggi. Pengalaman pelajar ini perlu untuk mebekalkan sumber manusia
yang berkualiti tinggi agar dapat menjayakan k-ekonomi dalam persaingan pasaran global.
Oleh itu, ciri-ciri pelajar abad masa kini merangkumi pelbagai aspek iaitu;

Berupaya membuat hubung-kait Bijak menyoal


Yakin berkomunikasi Mengambil risiko
Dahagakan ilmu Ingin tahu
Menjana idea Fleksibel
Tidak berputus asa Mendengar dan membuat refleksi
Berkemahiran kritis Menguasai kemahiran literasi
Berani mencuba Mampu berfikir sendiri
Membuat inisiatif Mampu bekerja dengan orang lain
Membuat perubahan Berintegriti
Berkeperibadian tinggi Berpegang teguh kepada ajaran agama

Apa yang dapat disimpulkan mengenai pedagogi masa kini adalah ibarat mahaguru yang
melatih para doktor dan jurutera, yang menekankan 90% kepada penguasaan ilmu yang
mendalam dan menguasai kemahiran bidangnya. Para guru mesti mempunyai personaliti dan
kualiti yang terbilang berakauntabiliti kepada negara, mahir memindahkan pengalaman klinikal
untuk membina sikap dan kepercayaan yang betul kepada generasi masa hadapan.

9.2.1 Komunikasi dan Kolaborasi

Komunikasi bermaksud perhubungan. Kolaborasi bermaksud bekerja sama-sama.


Berdasarkan komunikasi yang baik akan membolehkan jalinan kerjasama untuk menjayakan
sesuatu projek atau tugasan bagi mencapai matlamat yang sama. Tujuan berkomunikasi
adalah untuk menyampaikan berita, mesej dan maklumat kepada pendengar. Dalam konteks
pendidikan, komunikasi diertikan sebagai suatu proses penyampaian dan pertukaran maklumat
antara individu kepada individu lain secara lisan atau bertulis atau bahasa badan. Komunikasi
dalam PdP boleh berlaku secara bersemuka atau atas talian dan menggunakan pelbagai media
termasuk menggunakan teknologi digitel yang membolehkan semua ahli berhubung tanpa had
masa dan lokasi. Kemahiran berkomunikasi melibatkan kemahiran pengucapan lisan, bertulis
dan mendengar serta menaakul.

Ciri-ciri komunikasi yang baik ialah menyampai dan menerima maklumat dengan jelas,
padat, berfokus, dan dapat menyesuaikan serta menyampaikan mesej kepada individu lain
dengan sopan, mesra dan hormat. Komunikasi yang berkesan pula dapat diukur apabila mesej
yang disampaikan boleh difahami dengan mudah, tepaat dan jelas oleh penerima. Keupayaan
guru yang boleh berkomunikasi dengan baik membantu mereka menyesuaikan diri dengan
pelbagai pihak seperti pengurusan atasan, rakan sejawat, pelajar, ibu bapa dan orang awam.
Hal ini kerana komunikasi memainkan peranan yang penting untuk mengeratkan hubungan
dengan klien atau sasaran pendengar dan akan memberi impak yang positif.

Kemahiran berkomunikasi tersenarai sebagai kemahiran yang amat diperlukan dalam


pedagogi abad ke-21. Kemahiran ini juga merujuk kepada kemahiran intrapersonal dan
interpersonal penting dalam proses PdP yang berkesan terutama apabila melibatkan proses
penyelesaian masalah.

15
EDUP3033 MURID DAN PEMBELAJARAN

Ciri-ciri komunikasi dalam pedagogi masa kini ialah;


Kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta bahasa-
bahasa lain.
Kebolehan menyampaikan idea dengan jelas, berkesan dan yakin.
Kebolehan mendengar yang aktif dan memberi maklum balas.
Kebolehan membuat pembentangan secara lancar, yakin dan sesuai dengan tahap
pendengar.
Kebolehan menggunakan teknologi dalam pembentangan.
Kebolehan berunding dan mencapai persetujuan.
Kebolehan berkomunikasi dengan peserta yang berlainan budaya.
Kebolehan mengembangkan kemahiran komunikasi individu lain.
Kebolehan menggunakan kemahiran bukan lisan.

Kemahiran-kemahiran ini penting untuk membentuk kerjasama dalam kalangan pelajar yang
melibatkan pertukaran dan perkongsian pemikiran atau idea untuk kepentingan bersama.

9.2.2 Literasi Teknologi, Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Literasi TMK bermaksud kebolehan membaca dan menulis serta menggunakan TMK
sebagai media untuk berinteraksi. Pelajar masakini berada dalam gelombang teknologi
maklumat yang hebat, maka setiap pelajar perlu celik komputer dan pelbagai media komunikasi
lain kerana media teknologi maklumat ini telah menjadi alat standard di dalam semua peringkat
pendidikan di negara ini. Memandangkan aplikasi TMK terbukti berupaya meningkatkan mutu
pembelajaran, maka kemahiran menggunakan TMK ini perlu dipindahkan kepada pelajar secara
bersungguh-sungguh di dalam proses PdP. Amat banyak kebaikan yang boleh dimanfaatkan
dengan menggunakan TMK jika ia digunakan untuk tujuan kebaikan kerana terdapat jutaan ilmu
dihimpunkan atas talian yang boleh diekses secara pantas dan efektif.

Penggunan multimedia seperti CD-ROM dapat membantu meningkatkan penguasaan


pelajar dalam pembelajarannya. Hal ini kerana sesebuah CD-ROM mampu menyimpan
maklumat sebanyak hampir dua puluh buah ensklopedia yang tebal dan memudahkan pelajar
berdikari mengekses maklumat sendiri. Hampir semua sekolah di Malaysia dapat dihubungkan
melalui web atau jaring menerusi aplikasi internet. Ini bermakna hampir semua pelajar negara
ini terlibat dalam global classroom yang memberi peluang mereka untuk membina hubungan
dan berkongsi tentang apa sahaja dengan pelajar di sekolah lain malah audien atas talian dari
seluruh dunia. Lima ciri terbaik apabila kita membina komunikasi secara interaktif melalui TMK
ialah sifat mobility seperti menggunakan telefon pintar, sifat connectivity (penyambungan) seperti
WiFi, sifat rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter, adanya enjin carian seperti Google
dan Yahoo, dan portal perkongsian maklumat seperti YouTube dan Wikipedia. Pendekatan
PdP masa kini banyak berasaskan projek, terutama untuk mata pelajaran Sains dan Sejarah.
Pelajar digalakkan meneroka maklumat daripada pelbagai sumber di luar bilik darjah secara
bersemuka, dan juga mendapatkan maklumat daripada media internet.

Dunia pendidikan terus berkembang dan semua orang memerlukan pemerolehan maklumat
dengan tepat, pantas dan mudah. Kebanyakkan pelajar masa kini mempunyai akaun laman
sosial sendiri seperti facebook, blog, twiteer, email dan instagram yang boleh dijadikan tapak
untuk berkomunikasi secara atas talian. Di sekolah, guru memainkan peranan utama untuk
membekalkan maklumat kepada pelajar, membimbing pelajar melayari iternet, meneroka laman
sesawang, memilih perisian yang sesuai dan memuat turun atau memuat naik maklumat secara

16
EDUP3033 MURID DAN PEMBELAJARAN

beretika.

Dengan meluasnya pendedahan literasi TMK sewajarnya pelajar mudah mengimplementasi


kaedah pembelajaran abad ini yang boleh mengekses malumat dengan lebih mudah, boleh
dicapai di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. Walaubagaimanapun, pembelajaran
berasaskan TMK masih perlu disepadukan dengan kaedah tradisional seperti pembelajaran
bersemuka di dalam bilik darjah, membuat rujukan daripada sumber buku dan melakukan latihan
praktikal, latih tubi serta hafalan bagi topik-topik tertentu.

9.2.3 Kemahiran Perfikir Aras Tinggi

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) ialah keupayaan untuk mengaplikasikan


pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan
masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. Bagi mencapai
hasrat ini, pelajar harus berfikir pada aras pemperosesan kognitif yang lebih tinggi dalam proses
PdP. Kualiti pembelajaran masa kini mahukan pelajar menguasai kemahiran berfikir seperti
mana yang termaktub pada asperasi ke dua dalam Pelan pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM 2013 -2025). Sehubungan dengan matlamat ini, pihak sekolah dan Pejabat Pendidikan
Daerah (PPD) perlu merancang aktiviti untuk meningkatkan kualiti guru, meneroka inovasi dan
kreativiti serta menggunakan pendekatan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan
Matematik).

Merujuk PPPM Bab 4, bahagian ini menghuraikan perlunya penambahbaikan dalam


kerangka pentaksiran pembelajaran murid. Benjamin Samuel Bloom (1999) mengatakan If you
want to change student learning, change assessment. Menjelang tahun 2016, struktur
pentaksiran KBAT dalam sistem pendidikan di Malaysia akan membentuk :
80% daripada soalan UPSR,
80% soalan penilaian Tingkatan 3,
75% daripada soalan untuk mata pelajaran teras SPM, dan
50% daripada soalan mata pelajaran elektif SPM.

Berdasarkan hierarki Taksonomi Bloom (1965) yang disemak semula oleh Anderson dan
Krathwohl (2001), definisi KBAT dalam konteks Kementerian Pendidikan Malaysia merujuk
kepada peringkat mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta. KBAT melibatkan
pemikiran yang lebih tinggi daripada hafazan atau menyatakan semula. Pemikiran aras tinggi
memerlukan kita melakukan sesuatu dengan fakta yang ada. Kita perlu:
memahami fakta tersebut,
membuat perkaitan antara fakta,
mengkategorikan fakta,
memanipulasinya,
menggabungkannya dalam cara baharu dan
mengaplikasinya dalam menyelesaikan masalah.

Item KBAT memerlukan pelajar menunjukkan kebolehan:

menganalisis, mensintesis dan atau menilai,


membuat kaitan antara fakta, konsep dan lain-lain,
menberi sokongan hujah,
memberi bukti untuk hujah,
memilih isi,

17
EDUP3033 MURID DAN PEMBELAJARAN

mengolah isi,
mesti ada kelancaran dan urutan yang lojik,
menghurai hujah melalui contoh,
menggunakan sumber-sumber berlainan.

Berikut ialah contoh soalan berunsur KBAT:

Terangkan apakah yang dimaksudkan dengan perbezaan individu.


Berdasarkan perbezaan individu, bincangkan sejauh manakah gaji seseorang
guru di Malaysia seharusnya bergantung kepada prestasi anak muridnya.

Garis panduan atau cadangan pembinaan item KBAT ialah:


i. Pastikan jawapan yang diharapkan tidak boleh didapati daripada buku teks, internet atau
sumber lain.
ii. Pastikan pelajar diberi peluang untuk mengeluarkan pendapat sendiri atau
menunjukkan kebolehan menganalisis/mensintesis/membuat penilaian.
iii. Libatkan lebih daripada satu aspek (bidang), seperti pelajar perlu mensintesis
(mengaitkan) kedua-dua aspek.
iv. Jika boleh, pastikan murid mengaplikasi pengetahuan kepada situasi baru atau kes
tertentu (case study).
v. Pastikan penekanan tidak terlalu berat kepada proses berfikir sehingga
mengabaikan isi kandungan dan sebaliknya.

Seorang guru perlu membantu pelajar menguasai kemahiran, pengetahuan dan nilai menjadi
individu berperwatakan mulia yang mampu membuat keputusan dan tindakan sebagai
melaksanakan tanggungjawab untuk berjaya dalam kehidupan dan kerjaya dalam abad ini.

9.2.4 Penyelesaian Masalah

Setiap orang mempunyai masalah tersendiri dalam hidupnya dan kemahiran menyelesaikan
masalah merupakan suatu keperluan untuk mengurus masalah yang timbul. Dalam konteks
pendidikan masa kini, kaedah penyelesaian masalah merupakan satu proses pengajaran dan
pembelajaran yang berasaskan pengalaman dan memerlukan pelajar berfikir secara aktif.
Pelajar dapat menjana idea yang kritis dan kreatif untuk membentuk beberapa penyelesaian
masalah secara sistematik dan tersusun, praktikal dan berkesan .

Proses penyelesaian masalah dijalankan mengikut peringkat-peringkat seperti berikut:


i. Mengenal pasti masalah.
ii. Mencari maklumat yang berkaitan dengan masalah yang diberi.
iii. Membuat hipotesis iaitu membuat ramalan.
iv. Menguji hpotesis tersebut.
v. Membuat penilaian.
vi. Membuat rumusan berdasarkan masalah yang telah diselesaikan.

Kaedah penyelesaian masalah melibatkan pelajar bergerak secara aktif dalam


kumpulan-kumpulan kecil dan menyelesaikan masalah yang diberikan secara berhati-hati (Glen
& Wilkie, 2000). Semasa pelajar melalui proses ini, mereka dapat menggerakkan minda
secara aktif dengan merangsang pemikiran kritis, analitis, logis dan rasional, dan secara
langsung dapat membantu proses pembelajaran serta dapat membina keyakinan diri. Kaedah ini

18
EDUP3033 MURID DAN PEMBELAJARAN

dapat menyediakan peluang untuk pelajar mengaplikasikan konsep, prinsip dan teori yang telah
dipelajari, walaupun dalam mod pembelajaran jarak jauh atau secara atas talian.

Apakah ciri-ciri masalah yang boleh dijadikan asas pembelajaran ini?


Kerlinger (1973), Whitney (1969), dan Trelease (1958) dalam Nazir (1988: 134-139)
mengemukakan bahwa terdapat beberapa ciri-ciri masalah yang baik, ialah:
i. Masalah yang dipilih harus mempunyai kegunaan tertentu dan dapat digunakan
untuk suatu keperluan.
ii. Masalah tersebut merupakan masalah yang sebenar dan terkini serta ada nilai
ilmiah.
iii. Masalah haruslah mempunyai suatu hubungan atau ada korelasi untuk membina
hipotesis.
iv. Masalah yang penting dan diaplikasikan ke dalam kehidupan sebenar.
v. Masalah boleh diuji dan memberi implikasi.
vi. Masalah yang dikaji tidak bertentangan dengan hukum dan adat negara.
vii. Masa dan kos untuk mengkaji masalah itu berpatutan.
viii. Masalah itu menarik dan sesuai dalam bidang atau topik pelaajran.
ix. Masalah itu mampu dikaji oleh pelajar.

9.2.5 Pembelajaran Berasaskan Projek

Pembelajaran berasaskan projek merupakan kaedah pembelajaran di mana guru


menyediakan projek untuk dilaksanakan oleh pelajar. Guru akan memberikan arahan serta
penjelasan tentang projekyang agak kompleks dan mencabar, yang perlu dilaksanakan. Murid
pula dikehendaki melaksanakan projek secara hands-on dan minds-on serta dengan
melakukan sedikit kajian.

Pembelajaran berasaskan projek adalah berfokuskan tugasan amali secara sistematik dan
terancang. Ia biasanya melibatkan kutipan serta analisis data dan menyediakan satu laporan
yang betul. Aktiviti projek boleh dijalankan secara individu atau dalam kumpulan untuk mencapai
sesuatu tujuan dan mengambil masa yang panjang serta mejangkau waktu pembelajaran formal.
Pelajar dikehendaki mengenal pasti kaedah untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan
dan seterusnya merancang keseluruhan projek. Hasil projek dipaparkan dalam bentuk laporan,
artifak atau lain-lain, dan perlu dibentangkan.

Ciri-ciri dan amalan Pembelajaran Berasaskan Projek ialah:


Projek boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan.
Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah ke tahap hasil yang
siap.
Praktikalnya mengintegrasikan pengetahuan dengan aktiviti.
Interaksi guru dan murid berupa bimbingan dan perundingan pada setiap tahap
proses.
Guru perlu menjelaskan prosedur pelaksanaan secara lengkap.
Proses ini melibatkan pengumpulan bahan, maklumat, data, memproses
maklumat dan data, dan pelaporan hasil serta refleksi kendiri.
Projek harus sesuai dengan murid dan kurikulum.
Projek yang dipilih berasaskan kemahiran, pengetahuan, pengalaman dan
kebolehan pelajar.

19
EDUP3033 MURID DAN PEMBELAJARAN

Mengapakah pembelajaran berasaskan projek penting dalam pedagogi masa kini?


Pendekatan projek dalam PdP kerana pendekatan ini dapat:

mewujudkan komunikasi positif dan perhubungan kolaboratif di kalangan pelajar


yang pelbagai,
menarik minat dan memotivasikan pelajar yang kurang menumpukan perhatian
dalam proses PdP,
menolong pelajar dalam memahami dan mengaplikasikan pengetahuan,
menolong pelajar dalam pembelajaran dan menguasai kemahiran menyelesaikan
masalah, berkomunikasi dan pengurusan kendiri,
mengintegrasikan bidang kurikulum, pengajaran bertema dan isu-isu komuniti,
menggalakkan akauntabiliti dan penentuan matlamat,
memenuhi keperluan pelajar yang mempunyai tahap pembelajaran dan gaya
pembelajaran yang berbeza.

Strategi melaksanakan pembelajaran berasaskan projek dalam PdP:

i. Memberi tugasan mengikut kurikulum.


ii. Tugasan mengambil kira keupayaan dan kemampuan pelajar.
iii. Pelajar terlibat sepenuhnya.
iv. Menentukan jadual kerja.
v. Pastikan bilangan ahli kumpulan kecil.
vi. Penilaian projek perlu mencerminkan daya usaha setiap pelajar dalam kumpulan.
vii. Guru perlu memberi bimbingan dan pemantauan sepanjang tempoh projek.
viii. Penilaian haruslah dilaksanakan sepanjang tempoh projek.
ix. Pelaksanaan dan perancangan projek haruslah berperingkat.
x. Penyediaan JPT (jadual penentu tugasan) dan PMM(Panduan Mmberi Markah).
xi. Pembentangan, penyelarasan dan pemurnian projek.
Xii. Memastikan pelajar membuat refleksi disepanjang pelaksanaan projek.

Pembelajaran berasaskan projek membolehkan pelajar berfikir secara kreatif bagaimana


menyelesaikan masalah atau bagaimana menghasilkan projek yang terbaik. Pendekatan ini
menggalakkan pelajar untuk menyoal secara mendalam, meningkatnya rasa ingin tahu,
membuat bilihan dan memberi pandangan, melibatkan audien secara terbuka dan membina
kemahiran membuat refleksi. Proses yang dilalui untuk menjayakan sesuatu projek
membolehkan pelajar menguasai konten dan kemahiran-kemahiran yang disarankan dalam
pedagogi masa kini.

9.2.6 Kreativiti dan Inovasi

Negara manakah yang paling kreatif dan inovatif di dunia? Jawapannya ialah Sweden,
Jepun, Findland dan Amerika Syarikat. Bagaimana mereka mendapat status itu? Apa yang pasti
negara-negara ini telah mengenal pasti kunci kepada kejayaan melahirkan sumber manusia
yang kreatif dan inovatif ialah pada bakat, teknologi dan toleransi. Sumber manusia yang
kreatif dan inovatif menjadi aset kepada sesebuah negara kerana negara yang lemah dalam
aspek membangunkan sumber tenaga manusianya akan terus mundur dan ketinggalan. Oleh
itu aspek kreativiti dan inovasi daripada sumber manusia merupakan elemen yang menjadi
pemangkin kepada agenda transformasi sesebuah negara ke arah negara maju; selaku negara
pencipta dan pengeluar produk, bukan sebagai pengguna sahaja. Kedua-dua elemen kreativiti

20
EDUP3033 MURID DAN PEMBELAJARAN

dan inovasi ini penting diterap dalam pendidikan untuk menyokong pembangunan modal insan
yang berkualiti. Hal ini kerana individu yang kreatif dan inovatif akan menjadikan budaya dalam
hidupnya untuk terus menghasilkan idea dan ciptaan baharu bagi manambah nilai dalam kualiti
kehidupan manusia. Justru itu, transformasi dalam sistem pendidikan kita berfokus kepada
usaha untuk mencungkil dan menggilap bakat yang ada pada sumber manusia, melonjakkan
kegemilangan teknologi dan memberi layanan kepada sumber manusianya dengan penuh
toleransi. Matlamat negara adalah melahirkan sumber manusia untuk masa hadapan yang
kreatif, boleh mencipta, produktif, dan boleh bersaing dari segi idea untuk menghasilkan
ciptaan-ciptaan baru.

Apakah maksud kreativiti?

Kreativiti ditafsirkan sebagai suatu proses berfikir yang menghasilkan idea. Sementara
kebolehan seseorang untuk menghasilkan idea baharu dan mengumpul idea adalah kebolehan
kreatif. Idea yang baharu mungkin yang mudah ataupun kompleks. Contohnya, penggunaan
kon yang membentuk lorong pada laluan tol adalah datang dari seorang pekerja biasa; pada
asalnya mungkin kurang logik tetapi dia adalah seorang yang kreatif. Dan apabila pakar
menghasilkan kon yang tegap, terang dan boleh berdiri statik, itu dianggap hasil kreativiti.

Apakah maksud inovasi?

Menurut Kamus Dewan (2007), inovasi adalah sesuatu yang baharu diperkenalkan seperti
kaedah, sistem, adat dan lain-lain. Inovasi dari Wikipedia pula ditakrifkan sebagai suatu aplikasi
penyelesaian masalah kepada yang lebih baik, yang memenuhi syarat baharu dan menepati
keperluan dalam sesuatu pasaran sedia ada. Maka, inovasi ditakrifkan sebagai pengaplikasian
kreativiti untuk penghasilan baharu berdasarkan proses penyusunan semula dengan
menggunakan unsur yang sedia ada. Hasilnya ialah sesuatu yang unik, mudah dan bernilai.
Orang yang berfikiran kreatif dan kritis menjadi peneraju kepada projek penghasilan produk
atau proses atau perkhidmatan yang lebih berkesan. Dengan menggambil contoh penggunaan
kon di lebuhraya di atas, idea asal telah diinovasikan kepada menghasilkan kon dalam pelbagai
bentuk, yang boleh disambung-sambungkan dan disusun bertingkat sehingga boleh menjadi
pembahagi lebuhraya pula. Banyak lagi contoh-contoh inovasi yang ada dipersekitaran kita,
dicipta untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Bagaimana elemen kreativiti dan inovasi dijana dalam PdP?

KPM sedar bahawa kurikulum pendidikan negara ini perlu disemak, dikaji semula dan
melakukan penambahbaikan. Salah satu usaha KPM ialah menerapkan unsur seni dalam
kesemua mata pelajaran sebagai suatu usaha untuk menarik minat pelajar belajar dengan lebih
seronok dan bermakna. Elemen seni dalam pendidikan menjurus kepada penggunaan seni
visual, seni muzik dan seni pergerakan sebagai satu pendekatan inter-disiplin dalam PdP.
Sumber dan amalan seni estetik diberi persepsi, aprisiasi dan ekspresi artistik dijadikan bahan
bantu mengajar (learning tool) untuk menghasilkan pembelajaran yang optimum dan
menyeluruh. Penghasilan kerja seni estetik ini mampu menggalakkan pemikiran kreatif dan
inovatif untuk menyelesaikan masalah melalui aktiviti penerokaan, memperoleh pengalaman
(eksperiential) dan ekspresi, serta keupayaan belajar melalui pelbagai kecerdasan.

Kerja seni perlu di jana dalam PdP dengan perancangan yang rapi. Pengajaran mata
pelajaran Sejarah yang sebelum ini dianggap membosankan kerana banyak menggunakan
kaedah membaca dan mengingat fakta, kini boleh menjadi lebih menarik dengan penerapan seni
dalam pendidikan. Contohnya, guru memberi tugasan kepada pelajar untuk menghasilkan polio

21
EDUP3033 MURID DAN PEMBELAJARAN

Sejarah tentang Peristiwa 13 Mei 1969: Suatu pengorbanan, pengajaran dan peringatan
kepada pentingnya memperkukuh perpaduan rakyat Malaysia. Tugaan ini boleh dilaksanakan
dalam pentuk rojek yang mengintegrasikan seni visual, muzik dan pergerakan bertujuan untuk
menyeimbangkan pembangunan otak kiri dan otak kanan. Projek dilaksanakan secara
berkumpulan bagi membudayakan unsur koperatif dan kolaboratif dalam proses PdP. Tugasan
ini menjurus ke arah mengaplikasi kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).

Guru digalakkan membimbing pelajar melaksanakan aktiviti projek ini. Cadangan


rancangan tindakan yang menekankan unsur kreativiti dan inovasi berhubung contoh tugasan di
atas ialah :

Meneroka : Pelajar diminta meneroka sumber-sumber sahih mengenai peristiwa


tersebut dengan menerubual tokoh-tokoh politik atau orang-orang awam yang tahu atau
terlibat dalam peristiwa itu.
Mengalami : Pelajar mengalami sendiri proses mengumpul maklumat, menyusun fakta
mengikut kronologi, menghubungkait dengan maklumat dari sumber bertulis sedia ada
dan merujuk kepada pakar sejarah untuk mendapatkan pertimbangan yang betul dan
rasional.
Mengekspresi : Pelajar dikehendaki mengekspresi maklumat dan fakta sejarah itu
dalam pelbagai bentuk karya seni seperti lukisan, nyanyian, sajak dan pergerakan.
Meningkatkan kepekaan : Pelajar peka kepada perlunya mendapat maklumat yang
betul dan sahih serta sedar akan akibat jika mengabaikan perpaduan kaum.
Meningkatkan kreativiti : Hasil projek di papar pada gaelery walk dalam pelbagai
dimensi dan untuk dikongsi kepada umum.
Meningkatkan daya imaginasi : Semua hasil seni dalam menterjemahkan fakta Sejarah
tercetus dari daya imaginasi kumpulan dengan bimbingan guru.
Mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan : Kerja-kerja
menghasilkan projek ini secara langsung dapat mengembangkan diri pelajar secara
holistik. Kejayaan dan pengiktirafan dari guru dan pentadbir serta masyarakat menambah
minat pelajar untuk terus belajar dalam suasana seronok dan merasai ilmu itu amat
bermanfaat.

Inovasi dalam pembelajaran mampu melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif, serta dapat
mengembangkan pemikiran mereka di dalam dunia pekerjaan. Sesi PdP akan menjadi lebih
menarik dan berkesan kerana untuk mencipta sesuatu inovasi pelajar perlu dilibatkan secara
berfokus.

9.2.7 Pembelajaran kontekstual

Pengajaran secara kontekstual ialah proses pengajaran guru yang mengaitkan ilmu yang
dipelajari dengan pengalaman seharian pelajar dalam kehidupan sebenar dan dirancang
mengikut konteks persekitaran pelajar. Aktiviti merancang dan memindahkan isi pelajaran
kepada pelajar berdasarkan kurikulum semasa iaitu KSSR/KBSM dan objektif pelajaran yang
telah ditentukan. Para guru disarankan berhati-hati dan kretif serta memahami latar belakang
pelajarnya semasa memilih aktiviti pembelajaran. Guru perlu cekap menggabungjalinkan isi
pelajaran berasaskan kurikulum standard semasa dengan pengalaman hidup pelajar di dalam
persekitaran sekolah dan persekitaran kehidupan sebenar mereka. Pendekatan ini akan
membantu pelajar memahami isi pelajaran dengan jelas dan mudah.

Apakah ciri-ciri pembelajaran kontekstual?

22
EDUP3033 MURID DAN PEMBELAJARAN

i. Pembelajaran dilaksanakan secara konkrit iaitu secara praktik yang melibatkan aktiviti
hands-on dan minds-on.
ii. Pelbagai kemudahan pembelajaran perlu disediakan seperti persekitaran bilik darjah yang
selesa, makmal yang lengkap dan terurus, alat bantu mengajar yang sesuai dan mencukupi.
iii. Aktiviti pembelajaran banyak mengembangkan potensi intelek, jasmani, emosi dan sosial
serta budaya pelajar.

Proses pembelajaran kontekstual berkehendak kepada keupayaan guru membimbing pelajar


untuk :
Menghubungkait aktiviti pembelajaran antara pengetahuan baru dengan pengalaman
sedia ada pelajar.
Mengalami sendiri pengalaman pembelajaran melalui kaedah inkuiri, penerokaan,
penemuan dan reka cipta.
Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi dalam proses pembelajaran
ke dalam pelbagai situasi lain.
Bekerjasama dalam menjayakan aktiviti pembelajaran melalui kerja kumpulan.
Memindahkan ilmu yang telah dikuasai ke dalam situasi baru yang lain sebagai
penyelesaian masalah kehidupan.

Ciri-ciri pembelajaran kontekstual

Pengajaran secara kontekstual menurut Hull D.(1997) dalam Rio Sumarni, mempunyai
ciri-ciri seperti berikut :
i. Guru menghubungkaitkan pengajaran dalam konteks pengalaman hidup pelajar
bagi membantu mereka memahami tujuan mempelajari sesuatu tajuk dan
menghubungkaitkan pengetahuan baru dan pra-pengetahuan pelajar.

ii. Pelajar membina pengalaman dengan mendapat pendedahan, penemuan dan


penciptaan daripada guru. Guru dikehendaki melibatkan pelajar secara aktif
dalam membuat ujikaji dan menemui idea dan fakta.

iii. Pelajar mengaplikasi maklumat yang ada untuk menyelesaikan masalah yang
mungkin dihadapi dalam alam pekerjaan pada masa akan datang. Kaedah ini
dapat meningkatkan kemahiran pelajar dalam satu-satu mata pelajaran yang
diajar.
iv. Pelajar bekerjasama dalam konteks berkongsi dan berkomunikasi antara satu
sama lain. Suasana ini menjadikan proses pengajaran lebih aktif dengan
mempelbagaikan aktiviti yang melibatkan pelajar.

v. Pemindahan pembelajaran daripada guru mealui kaedah penerokaan, pengujian


dan mencari jawapan secara kontekstual dengan cara timbal balik.

Guru akan membimbing pelajar menemui pengetahuan baru melalui persoalan-persoalan


dan dengan penggunaan media pengajaran yang berkesan. Persoalan-persoalan yang
diajukan seperti :
Adakah pelajar lepasan sekolah mempunyai persediaan yang mencukupi
untuk memasuki pasaran buruh dalam kurun ke 21?

Adakah pelajar mempunyai pengetahuan tentang pelbagai jenis karier


yang membolehkan mereka memilih karier yang diminati?

23
EDUP3033 MURID DAN PEMBELAJARAN

Impak yang ketara berdasarkan konsep pembelajaran kontekstual ialah pelajar dapat
mempelajari sesuatu yang bermakna dan berguna dalam membantu menyelesaikan masalah
sebenar. Sebagai contoh, hasil pembelajaran daripada mata pelajaran Kemahiran Hidup dapat
diaplikasi dalam banyak urusan hidup seharian. Pelajar dapat belajar melalui usaha sendiri dan
belajar bertoleransi sesama rakan kumpulan. Pelajar juga dapat membina hubungan secara
langsung dengan pelbagai kategori sumber manusia dan alam sekitar. Aspek jasmani, emosi,
rohani, intelek, shahsiah dan sosial pelajar dapat dikembangkan secara seimbang dan
menyeluruh.

9.3 Kaedah dan Teknik Pengajaran Masa Kini

Kaedah dan teknik pengajaran masa kini adalah mengarah kepada memindahkan pelbagai
kemahiran kepada pelajar yang melebihi literasi dasar 3M, iaitu membaca secara kritis, menulis
secara persussif, berfikir dan memberi pendapat secara logik serta dapat mengatasi masalah
yang kompleks. Disamping itu guru juga dituntut memindahkan ilmu mengurus maklumat,
mencari, menilai dan mengamalkan pengetahuan secara luwes.

9.3.1 Flipped Classroom

Flipped Classroom bermaksud kelas terbalik atau pengajaran terbalik. Idea ini datang
daripada Jonathan Bergman dan Aaron Sams (2007), guru yang mengajar di Woodland Park
High School, Woodland Park, CO. yang menghasilkan softwere untuk merakam bahan
pengajarannya dalam bentuk persembahan Power Point. Mereka kemudiannya memuatnaik
rakaman video kuliahnya dalam talian internet supaya pelajarnya yang ketinggalan dalam sesi
kuliah dapat mengikuti kuliahnya pada bila-bila masa. Teknik kuliah secara dalam talian itu
kemudiannya tersibar ke seluruh negara. Lalu mereka dipanggil untuk memberi taklimat
mengenai kaedah tersebut kepada guru-guru lain. Kaedah ini terus berkembang dan ramai
kalangan guru mula menggunakan video podcasts dan video atas talian untuk menyampaikan
pengajarannya di luar waktu PdP dan di luar bilik darjah. Semasa sesi interaksi bersemuka di
dalam bilik darjah, guru membimbing pelajar melakukan aktiviti kolaboratif dan membuat latihan
dalam konsep masteri.

Kaedah pengajaran flip adalah satu bentuk gabungan strategi pengajaran yang banyak
memanfaatkan penggunaan teknologi. Mula-mula pelajar mengkaji topik tertentu di rumah
menggunakan pengajaran video yang disediakan oleh guru. Kemudian di dalam kelas, pelajar
diberi aktiviti menyelesaikan masalah atau membuat kerja-kerja amali berhubung dengan isi
pelajaran yang telah mereka pelajari di rumah. Dalam bahasa yang mudah, pelajar belajar di
rumah dan buat homework di sekolah. Peranan guru sebagai tutor yang akan membantu
pelajar apabila menghadapi masalah dalam menyelesaikan tugasan, megasimilasi maklumat
dan mencipta idea-idea baru. Guru tidak perlu lagi menyampaikan pelajaran awal seperti
pembelajaran tradisional. Senario ini membolehkan guru mempunyai banyak masa di dalam
kelas yang boleh dimanfaatkan untuk aktiviti-aktiviti pengukuhan dan pengayaan dalam
pembelajaran berasaskan projek, disamping dapat memberi tumpuan kepada keperluan pelajar
secara individu.

24
EDUP3033 MURID DAN PEMBELAJARAN

Apa perbezaan kaedah PdP Plipped Classroom dengan PdP tradisional?

PdP tradisional PdP Plipped Classroom


Di sekolah : Di rumah atau di luar waktu PdP:
- Guru menyajikan pelajaran, - Guru membekalkan bahan
mengurus perbincangan kelompok pengajaran secara dalam talian.
dan membuat rumusan. - Murid menonton video, mencatat
- Semasa waktu PdP, guru berada di fakta penting dan membuat
hadapan kelas dan mengajar secara pertanyaan.
langsung dihadapan murid. - Guru dan murid boleh berinteraksi
- Guru membekalkan latihan dan secara individu dalam talian.
tugasan untuk murid selesaikan di
rumah dan akan dibincangkan pada Di sekolah:
sesi PdP berikutnya. - Guru bersama murid membahaskan
kesalahan konsep, menyelesaikan
Dirumah atau di luar waktu PdP: tugasan, membuat amali dan ujian.
- murid membuat latihan dan
penyelidikan. - Guru melaksanakan aktiviti
- guru dan murid tidak ada interaksi. bimbingan dan pengukuhan.

Model Plipped Classroom

Tiada model khusus untuk pengajaran kaedah Plipped Classroom. Struktur pembelajaran
menunjukkan murid mengikuti kuliah melalui alat perakam di luar waktu PdP, dan kemudian
disusuli dengan aktiviti latihan dan pengukuhan dalam bilik darjah secara interaksi bersemuka
bersama guru. Apa yang biasanya dilakukan oleh guru di dalam bilik darjah seperti
menyampaikan isi pelajaran, latarbelakang pengetahuan dan pengalaman hidup sebenar telah
diterima oleh murid di rumah melalui podcast, YouTube video dan pelbagai sumber dalam talian.
Apa yang biasanya dipanggil kerja rumah akan dibuat dalam bilik darjah dengan bantuan guru.

Oleh hal yang demikian, Plipped Classroom bukan setakat pembelajaran menggunakan
video atas talian atau bahan pengajaran dalam video menggantikan guru. Pelajar boleh belajar
tanpa struktur yang rigid dan mereka banyak menghabiskan masa untuk mengikuti dan
mentelaah pelajaran di atas talian. Pelajar mungkin diminta melihat beberapa rakaman kuliah
selama lima hingga tujuh minit untuk setiap satu rakman. Setiap satu rakaman diikuti dengan
kuiz atas talian untuk menguji kefahaman mereka tentang apa yang telah dipelajari secara
interaktif. Pelajar boleh mengulang tayang segmen yang kurang difahami untuk kefahaman yang
lebih jelas dan mengelakkan kekeliruan. Di dalam bilik darjah, guru akan membincangkan topik
yang telah dipelajari dan membuat pengukuhan dengan menggalakkan pelajar bekerjasama
membina dapatan baru, disamping memantau kemajuan pelajar.

Plipped Classroom mempunyai ciri-ciri seperti berikut:-

waktu interaksi guru dengan murid di dalam bilik darjah seperti biasa
ditambah lagi dengan interaksi secara atas talian di luar jadual waktu kerja,
persekitaran pembelajaran lebih luas dan tanggungjawab yang perlu
dilakukan oleh murid lebih banyak,
kaedah pembelajaran langsung dan pembelajaran konstruktivis boleh
digabungkan,

25
EDUP3033 MURID DAN PEMBELAJARAN

murid yang tidak hadir ke sekolah juga dapat mengikuti pengajaran guru,
wujud sebuah kelas yang dapat menghubungkan semua murid dalam
pembelajaran.

Bagaimana guru hendak memulakan Flipped Classroom?

1. Sediakan bahan 2. Rakamkan penerangan anda 3. Muat naik klip video


pelajaran dalam mengikut fasa perkembangan rakaman ke facebook,
bentuk power point PdP. Google Drive, Dropbox,
termasuk rajah, Bayangkan ada pelajar di hadapan anda. Skydrive, YouTube dll.
Gunakan webcam atau perisian
gambar, jadual, laman
Camtasia, udemy, Educreation dll. 4.Email video
web dan sebagainya. Tempoh sesuatu rakaman 5-7 minit. kepada pelajar.

Rajah 9.4 : Proses Plipped Classroom

Tiga kunci utama untuk mengukur kejayaan Plipped Classroom di lihat pada :
- tahap kerja rumah yang dikuasai murid
- kualiti bahan pengajaran guru
- kualiti produktiviti pembelajaran

Apakah alat untuk menyediakan bahan Plipped Classroom?

Pada dasarnya pelaksanaan Plipped Classroom memerlukan tujuh alat asas dan penting,
yang perlu dibangunkan oleh guru sebagai tapak untuk menjayakan kaedah pembelajaran maya
ini. Tujuh alat asas itu ialah Google docs, YouTubee, Teachem, The Flipped Learning Network,
Camtasia Studio, Edmodo dan Creately.

Apakah kelebihan Plipped Classroom ?

Kesan penggunaan teknologi dalam kaedah Plipped Classroom dapat mengawal


interaksi murid ke arah yang lebih positif. Mereka terpaksa menggunakan banyak
masa secara maya untuk membaca dan memahami bahan kuliah, memberi maklum
balas kepada guru dan berbincang bersama rakan sekelas. Murid juga perlu membuat
catatan sendiri dan menyediakan soalan-soalan untuk dibincangkan pada waktu interaksi
bersemuka bersama guru dan rakan di dalam bilik darjah pada esoknya.

Guru terdorong untuk menyediakan bahan-bahan pengajaran yang berkualiti dalam


bentuk video, dan mesra pengguna.

Waktu interaksi bersemuka antara guru dan murid adalah untuk mengadakan
pembelajaran hands-on, amali dan demonstrasi guru serta melakukan aktiviti berbentuk
projek yang kreatif secara individu dan berkumpulan untuk menerapkan pembelajaran
koperatif dan kolaboratif.

Apakah kaedah Flipped Classroom berkesan?

Pengajaran flip telah terbukti dapat mengurangkan kadar keciciran dalam kalangan pelajar,
dan dapat meningkatkan kualiti belajar pelajar. Namun demikian ramai orang luar berpendapat

26
EDUP3033 MURID DAN PEMBELAJARAN

pengajaran flip ini akan mengorbankan pelajar yang tidak mempunyai akses kepada internet di
luar sekolah. Dalam hal ini guur-guru dapat mengatasinya dengan membekalkan CD atau
thumb-drive yang dimuatkan dengan video bahan pengajaran guru. Bgaimana pula jika pelajar
datang ke kelas tanpa menonton video pengajaran guru? Guru tidak perlu merumitkan
keadaan pelajar. Benarkan mereka menontonya di suatu sudut atau pasangkan mereka dengan
pelajar yang telah menonton video berkaitan.

Rumusannnya, Plipped Classroom menyediakan ruang dan peluang untuk membolehkan


berlakunya sesi pembelajaran melalui pelbagai aktiviti yang guru sediakan dengan
menggunakan alat berteknologi untuk menghasilkan persekitaran pembelajaran yang lebih
berkesan.

9.3.2 Blended Learning

Blended Learning bermaksud kaedah pengajaran guru dan pembelajaran murid yang
menggabungkan amalan tradisional seperti pembelajaran bersemuka dalam bilik darjah dengan
penggunaan teknologi sebagai pengantara seperti komputer dan rangkaian internet serta media
digital. Dalam bahasa yang mudah, Blended Learning bermaksud guru menggunakan lebih
daripada satu kaedah menyampaikan pengajaran kepada pelajar. Jika guru hari ini mengajar
dengan menggunakan kaedah bersemuka di dalam bilik darjah sahaja, maka dia tidak akan
mencapai kriteria pedagogi masa kini. Hal ini kerana pengaruh perkembangan TMK telah
meluas diadaptasi dalam pegurusan pedidikan, lebih-lebih lagi dalam proses PdP.

Bagaimana idea kaedah Blended Learning dibangunkan?

Pada tahun 2005, Micheal Nelsen, Sean Fitzgerald dan Leigh Blackkall telah menghasilkan
kaedah ini untuk membantu latihan guru di Western Sydney Institute of TAFE dan Sydney
Institute of Tafe. Mereka mempromosikan alat yang percuma dan mudah untuk PdP dalam
talian. Idea mereka mendapat sambuatan dan mereka mengadakan bengkel latihan untuk
menyebarkan kaedah PdP yang menggabungkan sumber-sumber pembelajaran.

Kaedah pembelajaran Blanded Learning ini disesuaikan dalam pendidikan formal di mana
pelajar akan belajar dalam bilik darjah dan guru menyampaikan isi pelajaran secara interaksi
bersemuka menggunakan papan tulis dan digabungkan dengan penyampaian bahan sokongan
menggunakan komputer, media digital dan talian internet. Selepas waktu PdP, masa
pembelajaran pelajar dan interaksi dengan guru tiada had kerana pembelajaran boleh berlaku
menggunakan media atau atas talin. Aplikasi kaedah ini sangat memudahkan guru untuk
mengumpul data dan membuat penyesuaian pengajaran dan penilaian terhadap pelajar dan
pengajarannya. Pihak sekolah pula disaran mengadakan aktiviti untuk pelajarnya dengan
memilih sumber dan menyalurkan semula sumber-sumber pembelajaran yang sesuai dengan
kemudahan yang ada di sekolah untuk meningkatkan hasil pencapaian pelajar. Guru sentiasa
mengawal dan membimbing aktiviti pelajar dari masa ke semasa.

Apakah ciri-ciri guru Blanded Learning?

Guru yang berjaya melaksanakan kaedah Blanded Learning memiliki kualiti diri yang
inovaif iaitu suka mencipta sesuatu yang baru dan sentiasa berusaha menghasilkan yang terbaik,
koperatif iaitu boleh bekerjasama dengan rakan guru lain untuk menjayakan sesuatu projek,
tinggi daya membimbing iaitu sentiasa suka membantu dan peka kepada keperluan pelajarnya,
dan sangat analitikal dalam menghasilkan bahan sumber pembelajaran dan menyampaikan

27
EDUP3033 MURID DAN PEMBELAJARAN

pengajaran.

Model pengajaran Blanded Learning ini akan mewujudkan lima pola interaksi iaitu :
1. Interaksi pelajar dengan pelajar.
2. Interaksi pelajar dengan guru.
3. Interaksi pelajar dengan komuniti.
4. Interaksi pelajar dengan bahan pembelajaran.
5. Interaksi pelajar dengan teknologi.

Rajah 9.3, menunjukkan pola interaksi Blanded Learning yang menunjukkan sesi pembelajaran
belaku dalam dua dimensi iaitu didalam bilik darjah secara bersemuka dan diatas talian secara
maya.

Guru: Beri penyampaian,


ulasan, ujian, gred dll

Bilik darjah Teknologi:


tempat kuliah, Komputer,
INTERAKSI ATAS internet, video,
pembentangan BERSEMUKA
tugasan, maklum TALIAN multimedia
balas, ulasan dan softwere
memberi gred.
Pelajar membuat
tugasan dari video,
bekerjasama dengan
rakan dan
refleksi kendiri

Rajah 9. 5 : Pola interaksi Blanded Learning

Apabila pembelajaran bergabung ini dapat dilaksanakan sepenuhnya, semua pelajar akan
menjadi sibuk menyempurnakan tugasan dan berlumba-lumba untuk menghasilkan produktiviti
yang bermutu kerana produk mereka akan dikongsi dan dinilai diperingkat persekitaran global
secara terbuka.

Bagaimana strategi mengaplikasi Blended Learning?

Guru boleh menggunakan adegan tertentu atau isu yang berkaitan topik dalam video yang
ditayangkan untuk menggalakkan perbincangan kelas. Pelajar diberi masa 3 minit untuk
merujuk web wiki mengenai isu dan konsep yang dipaparkan. Pelajar dalam kumpulan
diminta membincangkan isu dan mengagih tugas menyelidik. Pada akhir perbincangan semua
pelajar akan mendapat tugasan untuk menyelidik isu yang difokuskan dan mengumpul maklumat.
Pada minggu berikutnya maklumat yang pelajar temui perlu dimuatnaik ke dalam blog untuk
dikongsi bersama rakan kelas. Pelajar-pelajar mengadakan perbincangn dalam talian melalui
e-mail eGroup dan komen alam weblog. Guru mendorong pelajar untuk mengemaskini wiki
setelah isu utama selesai dibincangkan. Setiap kumpulan perlu membuat persembahan dan
direkod dalam audio MP3. Dua minggu kemudian setiap persembahan kumpulan diminta muat
naik ke blog pelajar, twiter mata pelajaran dan dropbox kelas. Slaid pembentangan dan gambar
projek boleh dimuatkan untuk Flick.com. Guru membimbing murid membuat latihan
pembelajaran dalam rangkaian antarabangsa. Orang luar dan pakar dari seluruh dunia dijemput
untuk menambah komen kepada blog pelajar. Ketika wiki sedang panas, bahagian itu akan
dipindahkan ke wikipedia.org. Sementara itu, pelajar-pelajar boleh mengawasi sumbangan
sumber bahan dari produktiviti mereka. Dalam masa yang sama, pengajaran kelas boleh
berganjak kepada topik berikutnya.

28
EDUP3033 MURID DAN PEMBELAJARAN

Keberkesanan kaedah Blanded Learning sangat bergantung kepada usaha memupuk


pelajar melakukan pembelajaran melalui dan menggunakan rangkaian teknologi. Kreativit guru
menjadi tunjang dalam usaha membimbing pelajar dan mencetuskan idea-idea pembelajaran
konstruktivisem yang digabungjalin dengan teknologi yang sedia ada. Impak kepada amalan
Blended Learning ini sangat positif ke arah menarik minat murid untuk terus belajar. Persekitaran
pembelajaran dan proses PdP akan menjadi lebih aktif, penyampaian ilmu menjadi lebih pantas
dan proses pemindahan ilmu kepada pelajar menjadi lebih mudah dan limpahan ilmu itu
menjangkau ke peringkat global.

Rumusannya, penerapan TMK dalam PdP kaedah tradisional telah meluweskan sesi
pembelajaran dan interaksi murid bersama guru masih terus berlaku wlaupun di luar waktu
persekolahan melalui aplikasi pelbagai media mengikut keselesaan guru dan murid, tanpa had
masa dan lokasi. Pembelajaran bersemuka dan pembelajaran atas talian dapat
digabungjalinkan sama ada dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah.

9.3.3 Project Based Learning

Project Based Learning atau Pembelajaran Berasaskan Projek adalah pendekatan


pembelajaran melalui aktiviti pembinaan yang dijalankan oleh pelajar untuk mencapai sesuatu
tujuan. Projek pendidikan bermaksud suatu kajian atau penyiasatan yang berlanjutan mengenai
sesuatu tajuk yang diminati oleh pelajar. Ia boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan
dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh guru. Lazim pelaksnaan kaedah projek mengambil
masa yang panjang dan melangkaui waktu pembelajaran formal. Pelajar dikehendaki
mengenal pasti kaedah untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan dan seterusnya
merancang aktiviti keseluruhan projek.

Idea Project Based Learning ini dicetuskan oleh Professor William Klipatrick (1871 - 1965)
dalam M0k Soon Sang (2011), dengan pengubahsuaian daripada kaedah penyelesaian masalah
yang dikemukakan oleh John Dewey. Pendekatan projek adalah berlandskan teori
pembelajaran bahawa hasil pembelajaran murid akan menjadi lebih berkesan jika mereka
berminat dan bersedia untuk melaksanakan aktiviti pembelajaran yang dirancang dengan cara
yang menarik. Saranan aktiviti untuk menjayakan projek pembelajaran seperti belajar melalui
aktiviti permainan, kerja praktik, lawatan dan kajian luar. Dengan melakukan aktiviti sebegini,
pelajar dapat memberi tumpuan dan perhatian disamping dapat membina pengalaman sebenar
disepanjang proses menjayakan projek yang dirancang. Hasil projek, sama ada berjaya atau ada
kelemahan akan membentuk pengetahuan dan kemahiran yang berkekalan kepada pelajar.

Apakah kepentingan pendekatan projek?

Pembelajaran berasaskan projek dalam PdP dianggap penting kepada pelajar kerana
pendekatan ini dapat :-

i. Membantu pelajar membina pengalaman pembelajaran secara langsung melalui


pemerhatian, percubaan, merekod dan melapor.
ii. Mewujudkan kerjasama antara pelajar dan guru untuk mendapatkan hasil seperti yang
tercatat dalam objektif pembelajaran.
iii. Menghubungkaitkan pengalaman sedia ada pelajar dengan aktiviti projek.
iv. Melibatkan murid menjalankan kajian dalam bidang sains dan sains sosial dan dapat
memindahkan ilmu teori kepada bentuk amali disamping mengukuhkan kecekapan

29
EDUP3033 MURID DAN PEMBELAJARAN

sosial.
v. Merangsang kemahiran berfikir, penyelesian masalah, kemahiran perundingan dan
penerapan nilai dalm tindakan.
vi. Menanam minat menyelidik dan meneroka dengan inisiatif sendiri dalam pembelajaran
dan kehidupan sebenar pelajar.
vii. Menjadikan guru sebagai penjana persekitaran pembelajaran, fasilitator dan pakar
rujuk.

Prinsip Pendekatan Projek dalam PdP

Sesuatu projek yang dipilih dan akan dijalankan haruslah dapat memenuhi keperluan sukatan
pelajaran dan keperluan pelajar dari aspek :-

Pemerolehan pengetahuan dan kemahiran.


Peningkatan dan pemantapan kecekapan sosial.
Memperkukuh kecenderungan positif.
Membina pengalaman yang selari dengan pengalaman di sekolah.

Bagaimana memilih topik projek yang sesuai?

Tinjauan awal perlu dilakukan dan keputusan pemilihan projek perlu dibincangkan bersama
antara guru dan pelajar serta mendapat pandangan sumber orang yang berkaitan. Proses
memilih topik untuk pembelajaran berasaskan projek perlu dilakukan dengan teliti dan
mengambilkira beberapa aspek seperti:
Adakah projek itu dapat menarik minat murid untuk menjayakannya?
Adakah projek tersebut berkait rapat dengan dunia realiti?
Aakah pelajar mempunyai pengalaman sedia ada berhubung topik projek yang
diajar?
Adakah pelajar mampu untuk mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber?
Adakah murid mempunyai ruang dan peluang menjalankan kajian secara aktif untuk
menjawab persoalan-persoalan mereka?
Dapatkah projek itu membantu pelajar mendapat pengalaman langsung (hands on),
dan
penglaman kerjaya sebenar dalam kehidupan seharian.

30
EDUP3033 MURID DAN PEMBELAJARAN

Langkah-langkah Pelaksanaan Project Based Learning


Pelaksanaan sesuatu projek melibatkan beberapa fasa seperti berikut:

Fasa 1: mengenalpasti pengalaman dan pengetahuan sedia ada


Memulakan projek murid,
murid membentangkan kembali konsep topik yang difahami,
guru membimbing murid membina persoalan kepada
jawapan yang diharapkan melalui kajian,
guru mengedarkan surat makluman kepada ibu bapa,
ibu bapa diminta berkongsi idea berkenaan topik.

Fasa 2: guru merancang kerja lapangan dan meminta maklum balas


Membangun projek dari pakar bidang/topik berkenaan,
guru menyediakan sumber untuk murid mula meneroka
topik yang dipilih,
mengumpul maklumat, buku-buku dan bahan sebenar
berkaitan topik,
guru memberi taklimat tentang pelbagai kaedah penerokaan
kepada murid,
murid membentangkan apa yang diperolehi dan dipelajari,
membuat pameran, perbincangan kelas atau kumpulan,
dokmentasi tahap kemajuan sesuatu peringkat projek.

Fasa 3: guru menyusun atur dan memaparkan maklumat dan


Menamatkan projek pengetahuan yang telah murid pelajari dalam pelbagai
bentuk,
guru membantu murid memilih bahan untuk dikongsikan
seperti papan cerita, tunjuk cara, karya sastera dan produk
projek,
murid berkongsi pengalaman tentang projek mereka kepada
kelas atau kumpulan lain dan kepada audien yang
mengunjungi pameran projek mereka. Secara tidak
langsung murid dapat memberi ulasan dan penilaian
berkaitan keseluruhan projek.
sebagai penamat, guru boleh mengembangkan idea dan
minat murid kepada amalan yang lebih bermakna sama ada
dalam kehidupan seharian atau kajian lanjutan dalam projek
lain.
Fasa 4: Aspek ini amat penting diurus dengan kemas dan menarik
Dokumentasi projek kerana ia menjadi eviden sesuatu pembelajaran yang telah
berjaya dilakukan.
Projek boleh didokumentasi dalam pelbagai cara seperti
laporan lengkap, carta, gambar, video, hasil kerja murid,
senarai semak dan refleksi guru serta murid; disiapkan
dalam bentuk digital dan bercetak.

Jenis-jenis projek yang sesuai dicadangkan kepada pelajar sama ada untuk sekolah rendah
atau sekolah menengah ialah projek kaji selidik, projek hasil tangan dan projek lawatan. Guru
dan pelajar boleh mencadangkan projek berdasarkan tema tertentu, seperti Jom makan ikan!.
Projek sebegini boleh dilaksanakan dengan meriah jika dirancang dengan kemas dan semua
pihak yang terlibat bersedia memberi sokongan. Berikut ialah cadangan aktiviti yang boleh

31
EDUP3033 MURID DAN PEMBELAJARAN

dilaksanakan untuk projek Jom makan ikan! :

Fasa 1, Memulakan projek:

Guru membimbing pelajar membuat kaji selidik tentang jenis ikan, khasiat ikan, hasil produk
dari ikan, harga ikan di pasaran, cara penangkapan ikan, penternakan ikan dan sebagainya.
Maklumat boleh dikumpul melalui sumber bahan bacaan dan sumber manusia.

Fasa 2, Membangun projek:

Guru membimbing pelajar membuat aktiviti lawatan di lapangan seperti di pusat ternak ikan
air tawar dan ke pangkalan tempat mendaratkan tangkapan hasil laut serta ke pusat membuat
produk daripada ikan,seperti kerepek, ikan kering, baja kompos dan bahan makan ternakan lain.
Guru juga boleh menganjurkan pertandingan memasak ikan dan membina mini akuarium ikan
hiasan. Pelajar diminta membuat catatan dan rakaman gambar dan video tentang perusahaan
perikanan. Bahan ini menjadi bukti pembelajaran yang akan dibincangkan di dalam kelas.

Fasa 3, Menamatkan projek:

Guru membimbing pelajar mengurus maklumat yang diperolehi tentang ikan dalam pelbagai
demensi mengikut kreativiti masing-masing. Pelajar juga dilatih menghasilkan karya kreatif
bersumberkan maklumat dan bahan daripada ikan seperti mencipta resepi baru, lukisan,
ktaftangan, sajak dan sebagainya, dipapar dalam bentuk gelery walk. Kemuncak kepada projek
ini ialah mengadakan karnival Jom makan ikan! berbentuk pasar ria, pameran dan pertandingan
hasil kerja projek dengan mengundang ibu bapa dan ahli masyarakat menyertai dan menikmati
hasil kerja projek mereka.

Fasa 4, Dokumentasi projek:

Fasa ini melibatkan urusan mengumpul maklumat dan bahan bukti bergambar, berjadual
dan seumpamanya; disusun mengikut sub tema untuk membentuk folio atau buku skrap yang
lengkap dan menarik.

Rumusannya, pendekatan projek dalam pendidikan walaupun rumit untuk dijayakan, namun
impaknya sangat berkesan kepada murid. Implikasi pendekatan projek dalam pengajaran
dapat membantu guru melihat keberkesanan perancangan dan persediaan mengajar mereka,
seterusnya membuat penambahbaikan atau tindakan susulan di mana yang perlu. Dokumentasi
projek juga boleh menjadi suatu elmen penilaian dan menjadi bahan sumber rujukan kepada
orang lain pada masa akan datang. Pelajar yang berjaya melaksanakan sesuatu projek dengan
sempurna akan dapat mengekalkan dan memindahkan ilmu serta kemahiran yang telah dilalui
dalam kehidupan sebenar mereka dengan lebih yakin.

9.3.4 Problem Based Learning

Problem based learning atau pembelajaran berasaskan masalah adalah satu kaedah
pembelajaran yang melibatkan murid secara aktif untuk membuat keputusan atau mencapai
sasaran tertentu. Dalam konteks ini, masalah yang mampu diselesaikan oleh pelajar berbentuk
perkataan, teka-teki, kuiz atau aplikasi kemahiran matemaik dalam situasi sebenar. Kaedah ini
melibatkan aktiviti seperti simulasi, perbincangan dan eksperimen, dimana pelajar akan terlibat
secara lansung dan memainkan peranan utama dalam aktiviti pembelajaran.

32
EDUP3033 MURID DAN PEMBELAJARAN

Contoh masalah; Ainee, pelajar Tingkatan Dua dan anak sulung. Dia mempunyai seorang
adik lelaki berusia sebelas tahun dan seorang adik perempuan berusia sembilan tahun. Mereka
berpakat untuk membuat jamuan khas untuk meraikan ulang tahun perkahwinan ibu bapanya
yang ke lima belas. Masalahnya mereka tidak ada pengalaman memasak dan tidak cukup wang.
Jika anda berada ditempat Ainee, bagaimanakah anda menyelesaikan masalah ini?

Kaedah penyelesaian masalah

Kaedah penyelesaian masalah memerlukan pelajar menggunakan kemahiran, pengalaman,


prinsip atau teori yang telah mereka pelajari. Pelajar juga perlu melalui proses pemikiran kritis
dan kreatif untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Teknik PdP guru ialah membimbing
pelajar memahami dan mengenal pasti ciri-ciri masalah yang dikemukakan, mengingat semula
pengalaman lalu yang berkaitan masalah itu, memilih strategi yang sesuai dan mengaplikasi
kemahiran lalu untuk aktiviti menyelesaikan masalah.

Pengajaran yang menggunakan kaedah pembelajaran berasaskan masalah akan berkesan


jika guru dapat memahami dan mengikuti prosedur berikut:

i. Berikan soalan bermasalah sejurus selepas pelajar memperolehi ilmu pengetahuan dan
menguasai kemahiran yang berkaitan.
ii. Soalan yang dibina berdasarkan aras kebolehan, pengalaman dan pengetahuan lalu pelajar.
iii. Pada peringkat permulaan aktiviti penyelesian masalah, guru harus perjelaskan ciri-ciri atau
situasi masalah itu.
iv. Berbincang dengan pelajar tentang berbagai cara yang boleh mereka pilih untuk
menyelesaikan masalah tersebut.
v. Guru tidak perlu membuat ketetapan untuk pelajar tentang cara yang patut diikuti untuk
menyelesaikan masalah berkenaan. Beri peluang pelajar melalaui proses pemikiran
bersama rakan kumpulan atau secara individu.

Langkah-langkah penyelesaian masalah

Terdapat pelbagai proses penyelesaian masalah yang dikemukakan oleh ahli pemikir seperti
ahli Matematik bernama Polya yang mengemukan empat langkah; Beyer yang mengmukakan
lima langakh; Knippen dan Green yang mengemukakan tujuh langkah; dan Bransford dan
Stain (1984) yang mengemukakan kaedah IDEAL (I, identifying the problems; D, defining the
problem; E, exploring strategis; A, acting on ideas; dan L, looking for the effects. )
Secara umumnya, proses pelaksanaan pembelajaran berasaskan masalah melibatkan
langkah-langkah seperti berikut:

33
EDUP3033 MURID DAN PEMBELAJARAN

Bil. Langkah-langkah Aktiviti


Pembelajarn Berasaskan Pembelajarn Berasaskan Masalah
Masalah
i Kenal pasti dan fahami - Memahami dan mengenal pasti perkara-perkara
masalah penting yang terkandung dalam pernyataan
masalah.
- Pelajar perlu dapat membezakan simtom
masalah daripada masalah itu sendiri.
- Mengenal pasti masalah itu berstruktur atau tidak
berstruktur.

ii Menjelaskan masalah - Menyatakan masalah satu persatu dengan


menghurai masalah kepada komponen-komponen
kecil.
- Mempersembahkan masalah dalam bentuk
grafik.
- Beberapa persoalan boleh dinyatakan serentak
seperti :
Apakah yang perlu kita tahu?
Apakah yang masih tidak diketahui?
Apakah penyelesaian yang hendak dicari?
Apakah kekangan yang timbul?

iii Mencari alternatif - Mencerakin masalah mengikut komponen kecil


penyelesaian masalah - Mengumpul bahan-bahan atau fakta-fakta yang
berkaitan dengan penyelesaian masalah mengikut
komponen kecil itu.
- Menetapkan strategi penyelesaian masalah.
iv Menjalankan opersi - Membandingkan keadaan sekarang dengan
penyelesaian matlamat yang diinginkan.
- Proses pelaksanaan strategi dan aktiviti
penyelesaian.
v Menilai hasil - Aktiviti penilaian dan membuat rumusan
penyelesaian masalah terhadap teknik penyelesaian yang telah
digunakan dalam menyelesaikan masalah.

Rumusannya, masalah boleh dijadikan titik mula untuk melatih pelajar berfikir secara
berfokus dan mendalam serta bekerja secara sistematik. Suasana pembelajaran berasaskan
masalah mendorong pelajar untuk belajar secara serius, terlibat dengan aktiviti perbincangan
secara matang, berusaha secara kolaboratif untuk mencari dan merujuk pelbagai sumber.
Aspek yang penting ialah pelajar belajar bertanggungjawab kepada keputusan penyelesaian
sesuatu masalah yang diambil. Kaedah PdP ini sangat menyokong kepada aktiviti
pembelajaran masa kini.

9.3.5 Inquiry Based Education

Inquiry Based Education atau Pendektan berasaskan inkuiri merupakan suatu pendekatan
yang mementingkan pembelajaran melalui pengalaman. Satu daripada pendekatan pedagogi

34
EDUP3033 MURID DAN PEMBELAJARAN

abad ke-21 ialah menekankan pendekatan inkuiri penemuan yang menuntut pembelajaran
berpusatkan pelajar, sementra guru bertindak sebagai pemudahcara.

Inkuiri bermaksud mencari maklumat dengan menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena
yang berlaku. Penemuan merupakan sifat utama inkuiri. Pelajar melakukan aktiviti seperti
eksperimen untuk menyiasat sesuatu fenomena dan mencapai kesimpulan sendiri.
Pembelajaran secara penemuan berlaku apabila konsep dan prinsip utama dikaji dan ditemui
oleh pelajar sendiri dan guru membimbing murid untuk memahami konsep melalui hasil inkuiri
penemuan tersebut.

Terdapat dua jenis strategi inkuiri, iaitu:

Inkuiri terbimbing Inkuiri terbuka


- Guru diperlukan membimbing - Murid-murid tidak diberi sebarang
pelajar-pelajar menjalankan semua bimbingan. Semua proses kajian
proses kajian. dijalankan oleh murid sendiri.

- Inkuiri jenis ini sesuai digunakan pada - Inkuiri terbuka sesuai digunakan pada
peringkat sekolah rendah dan sekolah peringkat sekolah menengah atas dan
menengah rendah. peringkat lebih tinggi.

Kemahiran inkuiri sangat sesuai diterapkan dalam mata pelajaran Sains. Rajah 9.4
menunjukkan Model inkiri sains oleh John Dewey yang berlandaskan lima langkah aktiviti soal
selidik. Ia digunakan untuk mengkaji prinsip, fenomena dan ciri-ciri unsur sains bagi
menyelesaikan sesuatu masalah.

Mengenal Mencari Membuat Menguji Menilai dan


pasti maklumat hipotesis hipotesis membuat
masalah rumusan rumusan

Rajah 9.4 : Proses penyelesaian masalah

Apakah prinsip Inquiry Based Education?

i. Memilih topik kajian mengikut objektif pelajaran dan kebolehan murid.


ii. Menyediakan peralatan untuk menjalankan kajian.
iii. Memberi taklimat kepada pelajar mengenai tujuan kajian.
iv. Memastikan pelajar telah memahami langkah melaksanakan kajian.
v. Guru membimbing murid membuat kajian pada setiap peringkat.
vi. Guru ditegah memmaklukan jawapan atau kesimpulan kajian kepada pelajar.
vii. Memastikan aktiviti kajian dijalankan oleh murid sendiri.
viii. Memantau aktiviti pelajar supaya tidak menyeleweng daripada kaedah kajian.
ix. Bincangkan hasil dapatan kajian murid di dalam kelas.

Kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik dikembangkan semasa proses inkuiri penemuan
ini. Namun demikian, perlu diingat bahawa pendekatan inkuiri penemuan tidak sesuai digunakan
dalam semua situasi PdP.

35
EDUP3033 MURID DAN PEMBELAJARAN

9.4 Implikasi pedagogi masa kini dalam pengajaran dan pembelajaran

Sektor pendidikan dalam negara kita haruslah seimbang dan selari dengan perkembangan
abad ke-21. Kemajuan teknologi dan keupayaan digunakan secara optimum untuk
menghasilkan kemenjadian pelajar yang tinggi dan berkualiti. Untuk mencapai hasrat tahap
pendidikan bertaraf dunia, maka ia memerlukan perubahan dalam pedagogi guru dalam bilik
darjah. Implikasinya ialah :
Strategi pembelajaran harus berpusatkan murid, pelajar memainkan peranan penting
dan memberi keutamaan kepada minat pelajar.
Media pengajaran yang utama ialah komputer dan TMK kerana ia sangat membantu
dalam proses PdP.
Suasana pembelajaran yang aktif, di mana semua pelajar mengadakan
perbincangan bersama rakan kmpulan dan kelas.
Pembelajaran kendiri masih berfungsi dalam pelbagai aras pembelajaran.
Persekitaran bilik darjah menjadi kondusif dengan bilangan pelajar yang dikecilkan,
dan dilengkapi dengan lcd projekter.
Pelajar faham dan mematuhi arahan dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran.
Semua ahli saling hormat menghormati, berkomunikasi dengan yakin dan
menghargai pendapat orang lain.
Pelajar bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka dan digalakkan terlibat
secara aktif.
Penilaian pelajar dijalankan dengan pelbagai kaedah dan berasaskan pencapaian.
Pembelajaran kolaboratif diangkat sebagai kaedah paling berkesan dalam PdP.

Untuk bersaing di arena global, KPM melalui PPPM berusaha melaksanakan pelbagai
strategi memperkukuh mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM)
untuk melahirkan lebih ramai pakar dalam bidang itu untuk kepentingan negara. Pedagogi
masa kini berusaha mendekati pelajar dan meningkatkan minat murid melalui pendekatan
pembelajaran yang baharu, pemantapan kurikulum serta menggabungkan kemahiran berfikir
aras tinggi. Dalam pelaksanaan kurikulum item soalan yang memerlukan kemahiran aras tinggi
telah ditampah mulai peperiksaan mulai tahun 2013. Penggunaan TMK dalam bilik darjah
diluaskan lagi dan bilangan waktu mata pelajaran Sains Tulen ditambah, sebagai usaha untuk
merealisasikan dasar 60:40. Inisiatif lain ialah meningkatkan kemahiran guru untuk mengajar
kurikulum yang telah disemak semula selain meningkatkan kesedaran ibu bapa berkenaan
STEM, dan menyatakan program khusus untuk melahirkan golongan saintis. Konsep didik hibur
melalui amalan seni dalam pendidikan diperluas ke dalam semua mata pelajaran dengan
menerapkan elemen muzik, seni visual dan pergerakan kreatif untuk menzahirkan iklim
pembelajaran yang menyeronokkan.

Latihan :

1. Jelaskan kerangka kemahiran pedagogi masa kini dalam bentuk grafik peta minda.

2. Bincangkan apakah penambahbaikan yang dilakukan dalam amalan pedagogi masa kini.

3. Huraikan elemen-elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi yang dapat menghasilkan pelajar
bersifat kritis.

4. Sejahmanakah amalan pedagogi masa kini dapat menjadikan pendidikan negara bertaraf
dunia?

36
EDUP3033 MURID DAN PEMBELAJARAN

Guru perlu menyediakan bahan pengajaran untuk dikongsi secara maya. Berikut adalah
beberapa contoh alat yang dicadangkan untuk melaksanakan Plipped Classroom :

Google docs

Menyediakan
folder dan fail isi
pelajaran dan
aktiviti mengikut
Sukatan
Pelajaran dan
Rancangan
Pengajaran
Google Drive

Youtube

Teachem

http://www.teach
em.com/

The Flipped
Learning
Network
atau Jaringan
Plipped
Classroom

http://flippedclas
sroom.org/

37
EDUP3033 MURID DAN PEMBELAJARAN

Camtasia

http://www.techs
mith.com/camtas
ia.html

Edmodo Studio

http://www.
edmodo.com/ho
me#/

Creately

https://creately.c
om/app/?tempID
=gc7qvpsj1#

Webquest

http://www.zunal.
com/webquest.p
hp?w=199018

38

Anda mungkin juga menyukai