Keenakan rasa ranggup dan segar dari isi kacang panjang sama ada ketika
mentah atau selepas dimasak menjadikan tanaman ini sering menjadi pilihan
pengguna. Malah kanak kanak dan golongan remaja juga sangat menggemari
tanaman yang berasal dari keluarga Fabaceae. Ahli botani telah menamakan kacang
panjang dengan nama sainstifik iaitu Vigna sesquapedalis L. Sayuran ini boleh
dijumpai dijual di mana mana pasar harian, kedai runcit dan pasaraya dalam keadaan
mentah dan segar dengan harga disekitar RM 2.00 hingga RM4.00 sekilogram
bergantung kepada musim /cuacadan kawasan pemasaran.
Berikut merupakan kandungan nutrisi (unsur dan mineral) yang terkandung didalam
100g sampel kacang panjang
Khasiat yang terkandung di dalam kacang panjang dikatakan dapat
memelihara kesihatan jantung manusia kerana kandungan Vitamin K. Vitamin K yang
terkandung di dalam kacang panjang ini berfungsi meneraskan bahagian pembuluh
darah sehingga darah mengalir dengan lancar. Dalam erti kata lain, Vitamin K ini
membantuproses pergerakan darah dengan melancarkannya (tiada gangguan atau
sekatan dari mana mana unsur). Kandungan Vitamin B dari sayur kacang panjang
juga menjadikan tubuh badan lebih segar dan sihat.
Cara Penanaman
Penyediaan kawasan
Pertama, kacang panjang merah sesuai ditanam di kawasan yang bersaliran baik,
tanah tidak terlalu berair, dan pH tanah antara 5.5 dan 6.5. Batas berukuran satu meter
lebar dan panjang mengikut keluasan kawasan. Gaul dan gemburkan tanah bersama
kompos dan baja organik (tahi ayam). Jarak penanaman yang disyorkan ialah antara
50 dan 60 sentimeter (sm) antara pokok dan antara baris. Kayu junjung 5 dan 6.5 kaki
(tinggi) dan trilles perlu disediakan juga kerana kacang panjang merah adalah jenis
tanaman memanjat. Batas sebaiknya ditutup dengan plastik silver shine sebagai
sungkupan untuk kawalan rumpai dan kekalkan kelembapan tanah.
Penanaman
Penanaman boleh dibuat melalui biji benih. Dua kaedah penanaman sama ada
semaian atau tanam terus. Biji benih akan pula bercambah pada hari kedua selepas
ditanam, dan boleh mula dipindahkan pada hari ke lapan hingga kesepuluh. Bagi
kaedah tanam terus, dua atau tiga biji benih akan ditanam dalam satu lubang. Pada
hari kelapan, jika terdapat lebih daripada satu anak pokok yang tumbuh kerja
penjarangan perlu dilakukan. Tinggalkan satu sahaja anak pokok yang paling sihat
dalam setiap lubang tanaman.
Penjagaan
Pengairan
Pengairan perlu diberi dua kali sehari pagi dan petang kecuali hari hujan. Sebaiknya,
sumber air yang digunakan adalah air yang bersih tanpa klorin. Cara pengairan
bergantung pada pengusaha sama ada secara manual atau menggunakan sistem
pengairan renjis atau titis.
Pembajaan
Pembajaan kali pertama akan diberikan pada minggu kedua selepas menanam
dengan kadar 50 gram (g) per pokok. Baja kali kedua, pada minggu keempat sebanyak
50 hingga 80g setiap pokok. Baja kali ketiga, pada minggu ketujuh sebanyak 80 hingga
100g per pokok. Baja yang digunakan mestilah baja organik sama ada baja yang dibeli
atau baja buatan sendiri. Jika baja dari kilang, ikut kadar yang telah disyorkan. Ini
kerana ada sesetengah baja dalam bentuk larutan pekat dan perlu dicairkan terlebih
dahulu sebelum digunakan. Bagi yang membuat baja organik sendiri, baja boleh
disembur seminggu sekali untuk pertumbuhan pokok yang baik.
Kawalan rumpai
Bagi kacang panjang merah, serangan ulat pengorek buah adalah masalah utama.
Sembur racun organik buatan sendiri atau yang dibeli bermula pada minggu kelima
selepas menanam. Pada minggu tersebut bunga telah berkembang dan buah muda
akan muncul. Lalat buah akan mula berkeliaran di kawasan penanaman untuk bertelur.
Sembur racun seminggu sekali. Pemantauan yang teliti dan kerap sangat penting
untuk mengawal serangan perosak dan penyakit. Ada juga masalah penyakit mati
rosot yang disebabkan saliran kawasan yang teruk. Tanah yang berair tidak sesuai
untuk tanaman kacang panjang merah. Ulat pelombong daun boleh diatasi dengan
menyembur racun organik cili padi, lada hitam dan juga sabun pada daun yang terkena
serangan.
Pemungutan hasil
Hasil boleh mula dituai selepas 45 hingga 60 hari ditanam. Kacang panjang yang
matang biasanya bersaiz antara 25 dan 45 cm panjang. Kutip hasil setiap dua atau
tiga kali hari sekali. Pengeluaran hasil akan berterusan selama sebulan, bergantung
pada kesuburan pokok.
Pada minggu pertama iaitu selepas tujuh hari, tanaman kacang panjang adalah 12cm
dan jumlah daun adala 2 helai /1 batang. Minggu kedua menjadi 30cm, jumlah daun
menjadi 9 helai/3 batang. Minggu ketiga adalah 67cm tinggi pokok dan 25 helai/9
batang. Minggu keempat iaitu mencapai ketinggian 94cm, 38 helai/11 batang jumlah
daun.
Manakala, bagi tanaman kacang panjang yang tidak sempurna adalah dalam rajah
dibawah.
Umur Ketinggian
Jumlah daun
NO Tanaman tanaman
Seterusnya merupakan data pemungutan hasil tanaman kacang panjang setiap 3 hari
selepas 65 hari selpas tanam(hst). Hasil tanaman pertama pada 65 hst adalah
sebanyak 2 auns. Hasil tanaman kedua iaitu pada 68 hst adalah seberat 4.2auns.
Manakala tanaman ketiga pada 71 hst adalah 9.7 auns. Tanaman keempat adalah 1.7
kg pada 74 hst.
Anggaran belanjawan
Penulis jurnal telah membuat anggaran belanjawan tetapi amaun tersebut adalah
dalam Rupiah (IDR). Anggaran tersebut telah ditunjukkan dalam lampiran. Pada 1
September 2017, 1 Ringgit Malaysia (MYR) adalah selaras dengan 3,119.50 IDR dan
sebaliknya 1 IDR mempunyai sama nilai dengan 0.000320559MYR. Jadi, jumlah
belanjawan secara kasarnya adalah 119.970MYR pada hari laporan projek dianalisis.
Kesimpulan
Berdasarkan perbincangan dan pemungutan hasil, sudah terang lagi bersuluh bahawa
cara penanaman kacang panjang perlu diberi dua kali pengaliran sehari pagi dan
petang kecuali hari hujan. Sebaiknya, sumber air yang digunakan adalah air yang
bersih tanpa klorin. Bagi mendapatkan hasil yang memuaskan, hasil boleh mula dituai
selepas 45 hingga 60 hari ditanam. Biasanya, kacang panjang yang matang bersaiz
antara 25 dan 45 sm panjang. Kutip hasil juga boleh dilaksanakan setiap dua atau tiga
kali hari sekali. Pengeluaran hasil akan berterusan selama sebulan, bergantung pada
kesuburan pokok.