Anda di halaman 1dari 4

Cara membentuk kehidupan remaja

positif
Dr. muhaya

Apabila berhadapan dengan remaja bermasalah, kita suka terus menyalahkan


remaja, tanpa mengaudit diri kita sebagai ibu bapa, yang bertanggungjawab
membentuk imej diri dan keperibadian remaja tersebut. Buangkanlah konotasi
buruk kita terhadap remaja, seperti remaja bermasalah, remaja liar dan
gelaran negatif seumpamanya. Dalam membentuk kecemerlangan secara
total dalam kehidupan seseorang, Islam sangat mengutamakan
keseimbangan antara tiga elemen fitrah kejadian manusia yang utama, iaitu
fizikal, mental, dan rohani.

Seseorang yang memiliki fizikal yang sihat sudah pasti memiliki ketahanan
tubuh badan yang kuat, bersemangat, cergas dan pantas dalam
melaksanakan tanggung jawab yang diberikan serta dalam melaksanakan
pengurusan diri.

Manakala, seseorang yang memiliki mental yang sihat akan lebih bersikap
positif. Pepatah Arab menyebut, akal yang sihat terletak pada tubuh badan
yang sihat. Orang yang menjaga fizikal dan mental dalam keadaan
positif/baik, akan memperoleh kesan kehidupan yang baik juga dari segi
kerohaniannya.

Oleh sebab itu kita mesti menjaga roh kita, supaya kuat. Apabila roh kita kuat,
fizikal kita juga akan menjadi kuat. Kekuatan fizikal itu datang daripada
semangat kita yang kuat, yang lahir daripada jiwa atau roh yang kuat. Roh
boleh mengawal tenaga kita, dan roh itu berada di minda bawah sedar/minda
segar. Roh yang kuat akan memelihara mental dan jasad. Ibarat sebiji telur,
sebiji telur jika dipecahkan oleh kekuatan dari luar, maka kehidupan di
dalamnya akan berakhir. Tetapi, jika sebiji telur dipecahkan oleh kekuatan dari
dalam, maka kehidupan baharu akan lahir.

Sesungguhnya yang memberikan kesan efektif dalam kehidupan kita, adalah


95 peratus terletak pada minda bawah sedar/minda segar atau roh kita, yang
menentukan kita sama ada hidup atau mati atau pun mati sebelum sampai
masa iaitu mati jiwa.

Oleh itu yang penting kini kita pelajari bagaimana kita hendak menjaga dan
membangunkan roh kita dari segi spiritual, dalam kehidupan yang benar dan
dirahmati Allah dunia dan akhirat untuk melaksanakan tujuan hidup. Tip
melaksanakan tujuan hidup ada lima perkara yang perlu difokuskan. Pertama,
fokus kepada menjaga fizikal bertujuan mendapat fizikal yang sihat, pilih
makanan yang sihat bukan makanan yang sedap.

Kedua, fokus kepada menjaga minda, dengan cara menambahkan ilmu dan
pilih bahan bacaan dan bahan tontonan; bukan sibuk mencari berita tetapi
sibuk mencari ilmu. Ketiga, fokus kepada menjaga spiritual; tingkatkan
keimanan dan keyakinan kepada Allah.

Keempat, fokus kepada menjaga silaturahim. Setiap apa-apa yang kita


lakukan hanyalah dengan niat mencari reda Allah bukan mengharap
penghargaan manusia. Ikhlas dan berlemah lembut dengan orang,
sebagaimana kita tidak suka orang berkasar begitulah kita tidak boleh
berkasar dengan orang.

Mengurus kehidupan

Setiap masa, fikirkan apakah manfaat yang kita telah berikan kepada orang,
bukan apakah manfaat yang kita dapat daripada orang. Kelima, fokus kepada
menjaga kewangan kita; jangan membazir berbelanja untuk mencantikkan
imej luaran diri kita yang tidak kekal itu, tetapi banyakkanlah menggunakan
wang kita berbelanja untuk meningkat imej dalaman diri kita.

Oleh sebab itu betapa pentingnya ibu bapa mengajar serta mendidik anak-
anak remaja kita mengenai kemahiran hidup, iaitu tentang bagaimana kita
mengurus kehidupan? Orang yang berjaya ialah orang yang membuat
kehidupan berlaku, tanpa mengira apa pun yang berlaku pada persekitaran.
Iaitu dia memilih fikirannya dan tidak akan terjejas sama sekali fikirannya
dengan pengaruh persekitaran dan orang sekeliling.

Hal ini amat penting bagi remaja praktikkan supaya tidak tersasar daripada
fokus kehidupan. Seterusnya, remaja mesti pandai mengawal fikiran dan
menjaga emosi. Jika minda dan emosi terjaga, tindakan akan terkawal. Minda
kita boleh menapis mana yang patut kita lakukan dan mana yang tidak patut
kita lakukan. Kita perlu penapis minda dalam hidup kita untuk menilai dan
mengasingkan mana yang baik dan mana yang buruk sebelum menerimanya
dalam kehidupan kita.

Daripada segi saintifik minda ada dua lapis, iaitu minda sedar dan minda
separuh sedar/minda segar (roh/hati/kalbu kita). Minda sedar itu umpama
askar dan minda bawah sedar/minda segar ialah jeneral yang berpengaruh
dan boleh mempengaruhi serta berkuasa dan menguasai. Dalam (minda
bawah sedar/minda segar) terdapat programming software yang akan
mengarahkan tubuh (fizikal) untuk melakukan tindakan, sama ada baik atau
buruk.

Jom kita berikan imej positif kepada mereka dengan melihat remaja ini
sebagai benih-benih segar yang akan tumbuh menjadi pohon yang subur dan
rendang. Fikir-fikirkan, baja apakah yang patut kita letak sekarang ini bagi
membolehkan nanti benih itu menjadi pohon yang segar, tegak mendongak
langit.

Usahlah kita menjadi pembunuh semangat, belum pun tumbuh bercambah


benih semaian kita itu, kita sudah mengatakan pokok itu rosak. Ketika
menyiram benih semaian yang mula bercambah, hati kita meragui, bolehkah
hidup pokok ini atau lebih teruk lagi kita kata, pokok ini pasti mati.

Maka akan pasti matilah pokok itu. Kerana saya amat yakin dengan konsep
pemikiran reset minda, apa yang kita fikir, rasa dan katakan itu, umpama
doa dan harapan, maka itulah yang bakal terjadi kepada remaja kita. Hentikan
tanggapan buruk terhadap remaja! Jom jaga diri, jaga akidah, ibadah dan
akhlak.

Hakikatnya, roh kita lebih kuat daripada fizikal. Minda bawah sedar
(kalbu/hati/jiwa/roh) menentukan akhlak kita. Sebab itulah kita perlu
programkan sistem nilai yang mahu dicorakkan atau dibentuk dalam hidup
kita yang akan menjadi sifat dan tabiat hidup kita. Perwatakan kita bermula
daripada pemikiran.

Pemikiran diukur daripada perkataan yang keluar dari mulut dan tindakan kita,
iaitu tindakan terzahir yang menjadi tabiat dan karakter kita, yang akhirnya
menentukan siapa kita, sama ada seorang yang positif atau negatif. Sikap
memang sukar untuk diubah kerana dunia dalaman seseorang itu
menggambarkan dunia luarannya". Jika kita perah limau akan keluarlah jus
limau, dan kalau perah epal keluar jus epal begitulah ibaratnya.

Hidup kita kini semakin mencabar dalam zaman teknologi maklumat yang
pesat dan pantas perkembangannya. Dibandingkan pada zaman dahulu, kita
di kampung tidak banyak cabaran seperti sekarang, terutama di bandar.
Penapis itu menentukan hasil kehidupan kita. Kalau kita betulkan penapis
itu sekarang daripada rosak, tentu kita tidak bimbang lagi penapis kita itu
akan ditembusi perkara yang kita tidak mahu dalam hidup kita. Bagi membina
imej diri yang positif pastikan diri kita memiliki penapis minda yang baik dan
dapat mengawal perjalanan keluar masuk maklumat yang berbentuk positif
dan negatif ke dalam minda kita, sama ada minda sedar atau minda bawah
sedar/minda segar.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana/utama/cara-membentuk-


kehidupan-8232-remaja-positif-1.511582#ixzz4p43BVDPg
Utusan Melayu (M) Bhd