Anda di halaman 1dari 1

Pemerah Susu dan Belanganya

Selamat petang kepada para pengadil dan hadirin sekalian. Saya


_______________ dari kelas ____ akan menyampaikan cerita bertajuk
Pemerah Susu dan Belanganya.

Seorang gadis pemerah susu telah memerah susu dari beberapa ekor
kambing dan berjalan pulang dari ladang, dengan sebelanga susu yang
dijunjungnya di atas kepalanya. Semasa berjalan, dia berfikir dan
membayang masa depannya.
Dia berfikir sambil menghibur diri, susu yang saya perah ini sangat
baik mutunya. Susu ini dapat menghasilkan banyak krim. Saya akan
membuat mentega yang banyak daripada krim itu. Saya boleh menjualnya
di pasar.
Dengan wang yang diuntung nanti, saya akan membeli banyak telur
dan menetasnya. Pemandangan indahnya apabila telur-telur tersebut telah
menetas dan ladangku akan dipenuhi dengan ayam-ayam muda yang sihat.
Kemudian, saya akan menjualnya, dengan wang tersebut saya akan
membeli baju-baju yang cantik untuk dipakai ke pesta. Semua pemuda
tegap akan melihat ke arahku. Mereka akan datang dan menari dengan
saya!
Ketika dia sedang memikirkan perkara-perkara yang indah, dia
menganggukkan kepalanya dengan bangga. Tanpa disedari, belanga yang
dijunjung atas kepalanya jatuh ke tanah, dan semua susu yang telah
diperah tumpah ke tanah. Dengan itu hilanglah semua angan-angannya
tentang mentega, telur, ayam, baju baru beserta kebanggaannya.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai