Anda di halaman 1dari 16

Jun 11, '10 3:35 AM

Empayar Teratai
for everyone
Slideshow
Sila lawat http://kedahcybersyburi.blogspot.com/

http://asalusulorangmelayu.wordpress.com/2010/06/13/bunga-teratai-melayu/
Lambang-lambang teratai di kota-kota Nusantara habis dibuang dan dikikis oleh kerajaan British
dan tentera-tentera Thai. Yang ada sekarang ialah kota-kota yang terlepas pandang dan belum
dibuang oleh musuh-musuh Allah ini, antaranya ialah Kota Senjaya, Kota Kuala Muda dan lain-
lain. Teratai dalam bahasa Melayu Siam ialah Tera : tempat duduk, Tai : tempat mati,
maksudnya ialah bumi tempat kita duduk ini ialah tempat kita akan mati. Jika tuan-tuan dan
puan-puan pernah pergi ke Madinah tuan/puan akan dapati lambang bunga teratai bukan sahaja
ada dibangunan Balai Nobat Kedah malah ada juga disana iaitu di atas Mihrab Imam dan di
Mimbar Khutbah Jumaat di dalam Raudhah Masjid Nabawi di Madinah, Saudi Arabia. Yang
mana sebelum ini kita ditipu oleh musuh-musuh Allah yang lambang ini hanya layak untuk wat-
wat Siam-Thai padahal NABI MUHAMMAD S.A.W pernah menceritakan yang ARASH
ALLAH S.W.T TERLETAK DI ATAS AIR YANG LUAS SEPERTI LAUTAN yang mana
mafhum hadis ini memberitahu ATAS AIR ITU PENUH DENGAN BUNGA-BUNGA
TERATAI.

http://asalusulorangmelayu.wordpress.com/2010/06/13/bunga-teratai-melayu/ Bunga Teratai


(Nymphaea famili Nymphaeaceae) sering dikelirukan dengan bunga Seroja.Seroja memiliki
tangkai bunga tegak dan bunganya tidak mengapung di permukaan air, sebagaimana pada
teratai.Pada zaman dulu, orang memang sering mencampuradukkan antara tanaman genus
Nelumbo seperti seroja dengan genus Nymphaea (teratai). Pada bunga jenis Nelumbo, bunga
terdapat di atas permukaan air (tidak mengapung), kelopak berwarna merah (teratai berwarna
putih hingga kuning), daun berbentuk lingkaran penuh dan rimpangnya biasa digunakan.Jika
Seroja amat rapat dalam menerangkan pencerahan dan kebijaksanaan dalam agama
Buddha,apabila umat Melayu menerima Islam,bunga Teratai menjadi ganti menerangkan
falsafah yang kompleks.

Bunga Teratai menjadi perlambangan kepada ajaran Islam dan konsep ketuhanan sebagaimana
kajian seorang pengkaji, Abdullah Bin Mohemed (lahir 1931) tentang konsep bunga Teratai di
Alam Melayu:

Bagi tingkat ketuhanan tangkai adalah adalah lambang Zat Allah yang kuat berpegang kepada
sekuntum bunga. Zat Allah yang dimaksudkan ialah Zat Allah yang berada pada Tingkat al-
Ahadiyah. Bila terjadi perdampaan di antara dua sifat Jamal dan Jalal maka lahirlah seketul
kudup bunga teratai, Ketika ini tangkai itu menjadi ghaib dan wujudnya bersama kudup.

Kudup adalah melambangkan Hakikat Muhammadiyah yang mula-mula lahir dalam alam
hakikat, sebelum lahirnya hakikat-hakikat segala sesuatu. Sebagaimana pada diri Hakikat
Muhammdiyah terhimpun hakikat-hakikat segala sesuatu, begitu juga pada kudup yang kuncup
itu terhimpun segala kelopak, stamen, rahim bunga, stigma dan lain-lain.Selepas segala kelopak
berkembang, segala stamen terbuka dan segala-galanya wujud beberapa banyak, menjadi
sekuntum bunga yang berkembang. Bunga yang berkembang dari hakikat-hakikat segala sesuatu

1
yang terkeluar dari diri Hakikat Muhammadiyah.

Bagi lambang kejadian alam dalam tingkat kealaman, menurut Abdullah, zat Tuhan kepada
tangkai adalah sifat alam kejadian, apabila berlakunya kejadian maka lahirlah kudup bunga
teratai. Ketika itu tangkai akan ghaib dan wujud bersama kudup. Kudup adalah melambangkan
manusia atau alam kecil yang mula kelahiran sebelum lahirnya alam besar. Bagi tingkat
kealaman ini Kudup bunga adalah sebagi lambang Nur Muhammad. Sementara Sekuntum
bunga teratai yang berkembang adalah sebagai lambang alam besar. Setiap kelopak bunga itu
adalah melambangkan tiap-tiap peribadi makhluk.

Abdullah juga dalam kajian falsafah Teratai menyatakan bahawa bunga teratai adalah lambang
kejadian alam dan lambang bentuknya adalah suatu amalan tradisi yang lama dalam masyarakat
Melayu. Penggunaan motif atau bunga teratai digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi.
Menurut beliau sejak zaman raja Ahmad bentuk bunga teratai digunakan dalam upacara tradisi
dan mempunyai makna-makna tertentu

2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16

Anda mungkin juga menyukai