Anda di halaman 1dari 11

1

BMW3032
WACANA AKADEMIK BAHASA MELAYU

TAJUK :

PENGANTARABANGSAAN BAHASA MELAYU

NAMA PELAJAR : NAZREE BIN MUNIR

NO. MATRIK : D20141067419

KUMPULAN :U

HARI MASA KULIAH : KHAMIS

NAMA PENGAJAR : PUAN DIANA JUMADI

TARIKH PENGHANTARAN : 25 NOVEMBER 2014


2

PENGANTARABANGSAAN BAHASA MELAYU

NAZREE BIN MUNIR


Universiti Pendidikan Sultan Idris
d067419@siswa.upsi.edu.my

1.0 Pengenalan

Kedudukan dan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa dunia atau bahasa

antarabangsa memang telah menjadi fakta dalam sejarah perkembangan dan

kebangkitan tamadun Melayu, sejak zaman Sriwijaya pada abad ke-7 Masihi dan

memuncak dalam zaman Kesultanan Melayu, dalam tempoh beberapa ratus tahun.

Namun demikian, dengan kesan penjajahan yang memadamkan sebahagian

kegemilangan bahasa Melayu, upaya menggemilangkan semula bahasa Melayu

sebagai bahasa dunia memerlukan perancangan yang rapi dan berkesan, meskipun

memerlukan tempoh yang panjang dan beransur-ansur.

Kajian ini menunjukkan situasi semasa perkembangan bahasa Melayu yang

mempunyai potensi besar sebagai bahasa dunia, walaupun belum tampak dominan

dalam beberapa konsep, seperti ekonomi dan diplomasi pada peringkat antarabangsa.

Perkembangan bahasa Melayu yang merentasi buana secara langsung berkaitan

dengan bidang pendidikan bahasa, khususnya strategi pengajaran bahasa Melayu

kepada penutur asing. Secara nyata, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa

antarabangsa benar-benar menyerlah dalam zaman bahasa Melayu klasik pada

sekitar abad ke-15 dan beberapa abad berikutnya. Pada masa ini bahasa Melayu
3

belum sampai ke tahap bahasa antarabangsa yang dominan sebagaimana halnya

dengan bahasa Inggeris yang telah menjadi bahasa ibunda atau bahasa pertama.

Lebih 45% penduduk 10 buah negara di dunia seperti United Kingdom, Ireland,

Australia, New Zealand, Barbados, Jamaica, Trinidad, Amerika Syarikat, Kanada

dan Guyana (Fishman et al.1977), menjadi bahasa rasmi atau bahasa kedua di

Botswana, Cameroon, Fiji, Gambia, Ghana, India, Lesotho, Liberia, Malawai, Malta,

Mauritius, Namibia, Nauru, Nigeria, Filipina, Zimbabwe, Sierra Leone, Singapura,

Afrika Selatan, Swaziland, Tanzania, Tonga, Uganda, Saomoa Barat dan Zambia

(Richards 1991).

Dengan kedudukannya sebagai bahasa dunia yang dominan dan kini

dipercayai antara bahasa dunia yang berperanan besar dalam proses globalisasi,

perbincangan tentang pengajaran bahasa Inggeris kepada penutur asing menjadi tema

yang mendapat perhatian besar sehingga perbincangan tentang pengajaran bahasa

Melayu kepada penutur asing mungkin dianggap oleh sesetengah orang sebagai

kurang relevan. Namun bahasa Melayu mempunyai kedudukannya sendiri dalam

perkembangan bahasa-bahasa utama dunia sehingga memang ada keperluan

pengajarannya kepada penutur asing meskipun tidak seluas keperluan pengajaran

bahasa Inggeris.

2.0 Usaha untuk mengantarabangsakan bahasa Melayu

Semangat untuk mengantarabangsakan bahasa Melayu kini sebenarnya merupakan

kesinambungan suatu sejarah gemilang bahasa Melayu yang telah terbina. Upaya

yang dilaksanakan kini sebenarnya lebih merupakan salah satu upaya meningkatkan

taraf antarabangsa yang telah dicapai oleh bahasa Melayu, untuk memenuhi
4

keperluan perkembangan zaman. Hal ini selaras dengan kenyataan bahawa

keantarabangsaan bahasa Melayu kini jika dibandingkan dengan

keantarabangsaannya pada zaman gemilang tamadun Melayu sebelum datangnya

penjajah masih jauh daripada yang kita dambakan. Meskipun bahasa Melayu telah

tersebar dan dipelajari di mana-mana bahagian di dunia ini, dan dengan demikian

melayakkannya bertaraf antarabangsa, namun peranannya sebagai wahana kehidupan

moden dalam kalangan masyarakat antarabangsa masih agak samar. Bahasa Melayu

dalam era ini belum dapat dilihat sebagai bahasa perdagangan, bahasa ekonomi,

bahasa ilmu dan bahasa teknologi di peringkat antarabangsa. Pengajaran bahasa

Melayu kepada penutur asing mudah-mudahan dapat beransur-ansur meningkatkan

peranan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa.

3.0 Usaha mengantarabangsakan bahasa Melayu di beberapa benua negara

Upaya perancangan dan pengembangan bahasa Melayu ke peringkat serantau dan

antarabangsa yang dikongsi wawasan pelaksanaannya oleh Dewan Bahasa dan

Pustaka (DPB) Malaysia semasa pimpinan Dato Haji A. Aziz Deraman, DBP

Brunei di bawah pimpinan Dato Paduka Haji Alidin bin Haji Othman dan Pusat

Bahasa Indonesia yang diketuai oleh Dr Hassan Alwi, telah dilakukan dengan

jayanya. Kerjasama ketiga-tiga institusi dengan pelbagai pihak, kerajaan dan agensi-

agensi lain yang berkaitan, maka telah timbul suatu keyakinan dan komitmen bahawa

bahasa Melayu mampu dibangun dan dikembangkan menjadi bahasa yang

berwibawa sama ada di peringkat nasional, serantau mahupun antarabangsa.

Pusat pengajian Melayu yang pertama telah ditubuhkan di Leiden, Belanda

pada tahun 1876, dan sehingga kini pusat itu telah diiktiraf sebagai pusat utama bagi
5

kajian budaya Melayu di peringkat antarabangsa. Kemudian pada akhir tahun 1992,

kerajaan Malaysia telah memulakan langkah penubuhan Kursi Pengajian Melayu

iaitu di Eropah dengan ditempatkan seseorang yang bertaraf Profesor di Universiti

Leiden. Penubuhan Kursi itu bukan sahaja diharap akan mempertingkatkan kajian

sastera Melayu di Eropah, bahkan turut mengembangkan bahasa, budaya Melayu dan

promosi pengetahuan pelbagai bidang tentang Malaysia khasnya dan Dunia Melayu

atau rantau itu amnya.

Usaha pengembangan bahasa dan sastera Melayu di dunia seharusnya terus

dipertingkatkan, manakala pusat-pusat pengajian Melayu yang sedia ada terus

diperkukuhkan melalui program kerjasama kebahasaan, kesusasteraan, penerbitan

dan persuratan. Pada tahun 1995, Kursi Pengajian Melayu telah ditubuhkan di

Universiti Victoria, Wellington, New Zealand. Jika ditambahkan lagi Kursi-Kursi

Pengajian Melayu di mana-mana negara lain yang strategik, tentu manfaatnya akan

menjadi lebih besar kepada pengajian akademik dan penyelidikan tentang peradaban

berbahasa Melayu. Kerajaan Malaysia telah juga menubuhkan Kursi Pengajian

Melayu di di Universiti Pengajian Asing Beijing (BFSU), China. Seorang Profesor

telah ditempatkan di sana pada awal tahun 2008 yang lalu. Kajian kesesuaian patut

juga dibuat bagi meneruskan usaha yang sama di Korea Selatan, Jepun, Australia,

Jerman, Perancis, United Kingdom, Rusia dan di beberapa negara lain di Asia-

Pasifik, Amerika dan Eropah atau ditubuh berkonsepkan wilayah. Banyak negara

asing itu berminat untuk mempelajari bahasa Melayu. Mereka cuma harus akur dan

mematuhi dasar atau prinsip-prinsip penubuhannya dengan dorongan, inisiatif dan

menentukan sumber dana pembiayaannya secara bersama.

Kursi Pengajian Melayu boleh menjadi pusat kecemerlangan akademik yang

akan merangsangkan minat para pengkaji, sarjana, pakar dan cendekiawan yang
6

berminat dalam bidang sosiologi, antropologi, bahasa, sastera dan budaya Melayu

atau Dunia Melayu secara keseluruhannya. Ada bukti-bukti menunjukkan bahawa

melalui peranan Kursi ini seperti pengalaman di Leiden, kesedaran yang lebih

meluas dan mendalam akan lebih terserlah di kalangan masyarakat antarabangsa

tentang peri pentingnya serta besarnya manfaat menjalin dan melestarikan

persefahaman budaya serta mengakrabkan kerjasama antara Dunia Melayu dengan

rantau Eropah. Suasana dan aspirasi ketamadunan antara dunia Melayu dengan

dunia luar boleh pula mewujudkan hubungan yang lebih adil antara rantau Melayu

dengan Barat. Senario ini akan turut mencetuskan iklim sosioekonomi dan

sosiopolitik yang lebih kondusif. Perkembangan bahasa, sastera dan budaya Melayu

ke peringkat antarabangsa akan lebih jelas arahnya.

3.1 Usaha mengantarabangsakan bahasa Melayu melalui kerjasama negara.

Rangkaian kerja institusional antara negara memang sangat munasabah dan forum-

forum kerjasama yang diwujudkan misalnya Majlis Bahasa Brunei Darussalam-

Indonesia-Malaysia (MABBIM), Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA), Majlis

Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM) dan Forum Kerjasama Penerbitan Serantau

(FOKEPS), Mesyuarat Kerjasama Kebahasaan dan Persuratan (MEKKAP) kawasan

segi tiga Asia Tenggara, boleh menjadi wahana penyebaran bahan pengajian dan

kajian di institusi-instusi asing tadi.

Usaha mempertingkatkan kajian dan pengajian sastera Melayu, maka

program penelitian dan pengukuhan kesusasteraan Melayu tradisional dan moden

perlu sentiasa dilakukan. Usaha-usaha memperkenalkan kesusasteraan Melayu ke

peringkat serantau dan antarabangsa telah pun dipergiatkan atau disokong oleh
7

pelbagai institusi seperti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Malaysia dan Brunei,

Pusat Bahasa Indonesia dan beberapa institusi pengajian tinggi serantau melalui

program seminar, pertemuan, dialog, persidangan penulis, pengucapan puisi,

disamping program sastera atau Minggu Sastera Melayu di luar negara. Prof. Dr.

Farid M. Onn (2007) menyatakan

Penelitian dan penyelidikan dapat menjadi wadah dan saluran yang


merealisasikan dan mempercepat projek-projek penyelidikan yang telah
dirancang oleh DPB Malaysia, DPB Brunei Darussalam dan Pusat
Bahasa Indonesia. Ini dapat diselaraskan dan kita dapat
menggandingkan tenaga kerja secara bersepadu dengan tidak berlaku
duplikasi, tidak ada pertindihan yang keterlaluan dan kita dapat
memanfaatkan tenaga tiga negara... (hlm.106)

Kerjasama akrab DBP dengan organisasi gerakan sastera dan pertubuhan bukan

Kerajaan (NGO), terutama Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia

(GAPENA) di Malaysia atau ASTERAWANI di Brunei semestinya ditingkatkan

lagi. Agensi seperti DBP memerlukan prasarana organisasi rakyat yang tidak

bercorak rasmi bagi merakyatkan program kebahasaan dan kesusasteraannya.

Maknanya sebagai badan ilmu, DBP mesti meneruskan tradisi perjuangan rakyat

yang melahirkan dirinya ke dunia selain menjadi badan yang mendukungi fungsi

kerajaan semata-mata. Untuk itu agensi rasmi sepertinya dan organisasi massa perlu

berbimbing tangan membina jaringan baru yang diperluaskan dan kerjasama

kerantauan perludieratkan.

3.2 Usaha mengantarabangsakan bahasa Melayu melalui politik

Dalam tujuan komunikasi politik dunia, bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa

besar dunia patut diketengahkan sebagai salah satu bahasa Persidangan Pertubuhan
8

Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Ada banyak bahasa lain digunakan oleh pemimpin

setiap kali berucap di PBB, meskipun tidak mendapat status bahasa rasmi. Sesuatu

yang tidak boleh diabaikan adalah bidang penterjemahan. Penterjemahan lebih

banyak karya agung dalam bahasa Melayu dan karya-karya pilihan yang dihasilkan

oleh pengarang dan sasterawan tersohor dari dunia berbahasa Melayu ke bahasa-

bahasa utama dunia wajar diberikan perhatian serius.

Di Malaysia karya-karya Kris Mas, Shahnon Ahmad, A. Samad Said, Usman

Awang, Arena Wati, Muhamad Haji Salleh, Nordin Hassan, Abdullah Hussain, S.

Othman Kelantan, Khadijah Hashim, Zaharah Nawawi, Ahmad Kamal Abdullah

(Kemala), Anwar Ridhwan, Siti Zainon Ismail, Azizi Haji Abdullah, Fatimah Busu,

Dharmawijaya dan Baha Zain misalnya, dapat membantu memperkenalkan sastera

Melayu ke peringkat antarabangsa. Demikian juga karya-karya penulis besar

Indonesia dan mana- mana yang terbaik dari Brunei serta Singapura harus

diketengahkan di rantau sendiri dan dipromosikan ke peringkat antarabangsa melalui

bermacam wahana dan wacana (A. Aziz: 2010).

Dunia Melayu ada mengimpikan Hadiah Nobel dalam abad ke-21 ini, maka

usaha penterjemahan karya sastera berbahasa Melayu harus diberikan keutamaan

tinggi. Cabarannya sangat besar kerana kita harus bersaing merebut pasaran di dunia

antarabangsa. Karya-karya yang akan diterjemahkan itu bukan sahaja karya yang luar

biasa, tetapi mutu penterjemahannya dibuat secara baik sekali. Promosinya lebih

sistematik dan agresif, termasuk usaha memperluas sebaran karya, diperkenalkan dan

dikaji di pelbagai pusat pengajian Melayu antarabangsa yang sedia ada itu.

Sesungguhnya dunia menyedari tidak kecilnya akan sumbangan peradaban berbahasa

Melayu terhadap peradaban dunia. Mereka ada kesedaran sejarah dan mengetahuinya

melalui kajian silam atau semasa yang ternyata telah terbukti kedudukannya.
9

Program-program antarabangsa dari segi pengajaran dan pembelajaran bahasa

Melayu dan sastera Melayu menunjukkan telah muncul kefahaman dan pengertian

yang lebih mendalam tentang bahasa, sastera dan budaya rumpun Melayu sehingga

segala prasangka dapat diperbetulkan dan membuka ruang kajian positif tentang

kebangkitan dan kemajuan bangsa serumpun Melayu.

4.0 Langkah persediaan yang perlu dilakukan untuk mengantarabangsakan

bahasa Melayu.

Langkah dan persediaan yang dimaksudkan ialah bahawa negara-negara berbahasa

Melayu, khususnya Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam perlu mempunyai

persediaan yang insentif dan berterusan untuk menggerakkan program pengajaran

bahasa Melayu kepada penutur asing secara bekerjasama dan menjadikannya agenda

negara-negara berbahasa Melayu. Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM)

perlu diaktifkan terus dengan dukungan semua negara berbahasa Melayu, meskipun

inisiatif pembentukannya diupayakan oleh Malaysia. Peruntukan dana bersama perlu

ada untuk segala program kebahasaan dan persuratan Melayu di peringkat

antarabangsa. Sebagai contoh, apabila diadakan Minggu Bahasa dan Persuratan

Melayu, semua negara berbahasa Melayu perlu ikut serta untuk menjayakannya.

Dengan perkataan lain, perlu ada perancangan bersama dalam kalangan

negara-negara berbahasa Melayu untuk menyediakan kurikukulum, menyarankan

kaedah, penyusunan bahan dan ujian tara bagi program bahasa Melayu. Bahasa

Inggeris mengembangkan bahasa mereka melalui British Council, bahasa Perancis

pula melalui Alliance Francaie. Manakala bahasa Jerman pula melalui Institut

Goethe. Oleh itu, bahasa Melayu juga perlu ada badan yang diberi amanah untuk
10

mengajarkan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa. Dengan paduan dan

kerjasama antara negara-negara berbahasa Melayu pasti akan menjadikan gagasan itu

berkembang dengan baik. Oleh hal yang demikian, persaingan atas nama negara pasti

tidak akan berlaku lagi sebaliknya akan mewujudkan satu kolaborasi yang

menguntungkan bahasa Melayu dan negara-negara berbahasa Melayu.

5.0 Kesimpulan

Dengan agak meluasnya perhatian terhadap bahasa Melayu di pusat-pusat pengajian

sedunia, maka memang amat relevan dibincangkan isu-isu yang berkaitan dengan

pengajaran bahasa Melayu kepada penutur asing. Meskipun matlamatnya masih lebih

tertumpu pada minat ilmiah dan kebudayaan, dengan sedikit ruang kepada peluang

pekerjaan, perlu ada juga perancangan yang rapi untuk memudahkan pengantaraan

bahasa Melayu kepada penutur asing itu mencapai kesan yang berhasil. Majlis

Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM) yang telah memperlihatkan kejayaan

membina rangkaian kerjasama sedunia dalam pengembangan bahasa Melayu perlu

dihidupakan semula.

Secara ringkasnya, tanggunjawab kitalah untuk mempertahankan dan

mengembalikan kegemilangan bahasa Melayu. Di samping memperkukuhkan

kedudukan dan kedaulatan bahasa Melayu di peringkat kebangsaan, usaha

mengembangkan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa juga perlu dijadikan

agenda yang berterusan. Jika kita hendak menyaksikan kejayaan bahasa Melayu

merentas dunia sebagaimana Kerajaan Inggeris mengembangkan bahasa Inggeris

melalui British Council, kita juga perlu ada usaha untuk mengembangkan bahasa

Melayu menggunakan wasilah yang terbaik.


11

6.0 Bibiliografi

Abdullah Hassan (Ed.). 1999. Perancangan Bahasa di Asia Tenggara. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Sariyan. 2006. Warna dan Suasana Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Sariyan. 2007. Keunggulan Bahasa, Persuratan dan Tamadun Melayu.

Ucap Utama Kolokium Pasca-Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ke-7,

anjuran Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG), GAPENA,

Persatuan Penulis Pulau Pinang dan Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah

Utara (27 Mac 2007) di Dewan Seri Pinang, Pulau Pinang. Terbit dalam

Jurnal Persatuan Linguistik Malaysia 2007.

Awang Sariyan. (2009). Mencari Makna Diri Melayu: Renungan untuk Bangsaku.

Kuala Lumpur: Persatuan Linguistik Malaysia.

Asmah Haji Omar dan Raja Masittah dengan Prof. Dr. Haji Farid M. Onn. (2007).

Dewan Bahasa dan Pustaka. Perbualan Lisan

GAPENA dan Dewan Bahasa dan Pustaka. Kumpulan Kertas Kerja Kongres Bahasa

dan Persuratan Melayu Ke-7. (2006).

Raja Masitah Raja Arifin. (2010). Tokoh Pembinaan Bahasa Melayu Serantau 35

Tahun MABBIM. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Anda mungkin juga menyukai