Anda di halaman 1dari 9

1.0 TUGASAN 1 : PENULISAN AKADEMIK.

1.1 Konsep Pendidikan Awal Kanak-kanak.


Pendidikan Awal kanak-kanak merupakan pendidikan yang dijalankan secara
formal dan merangkumi kanak-kanak yang berumur 0 hingga 8 tahun. Lingkungan
umur 0 hingga 8 tahun bermaksud ianya merangkumi kanak-kanak yang berumur 2
hingga 4 tahun, 4 hingga 6 tahun dan yang akhir sekali ialah 7 hingga 8 tahun.
Mengikut The National Association for The Education of Young Children
(NAEYC) atau Pertubuhan Kebangsaan bagi Pendidikan Kanak-Kanak Muda,
pendidikan awal kanak-kanak merujuk kepada segala program pendidikan yang
memberi layanan, asuhan dan bimbingan kepada kanak-kanak dari lahir hingga ke
umur lapan tahun.
Matlamat pendidikan awal ini adalah bertujuan untuk memperkembangkan
potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan
bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui
persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang
menyeronokkan, kreatif dan bermakna.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah Pendidikan di Malaysia adalah suatu
usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Penyataan ini menerangkan bahawa penekanan dari
aspek Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial (JERIS) sejak awal lagi dapat
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat
dan negara.
1.2 Membincangan pembelajaran Matematik Awal dalam Pakk.
Matematik awal bertujuan membekalkan pengalaman awal matematik kepada
kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun. Pengalaman matematik awal adalah penting
kerana ianya merupakan asas untuk membantu murid menjalani kehidupan seharian
dengan lebih sistematik dan memudahkan murid memahami konsep matematik yang
lebih tinggi. Matematik ini juga sesuatu yang berlaku dalam kehidupan harian dan
sangat dekat dengan kanak-kanak. Sebagai contoh semasa kanak-kanak ke kedai
untuk membeli alat tulis, proses pembayaran alat tulis tersebut melibatkan
matematik, mengira berapa banyak alat tulis yang perlu dibeli juga matematik.
Berdasarkan panduan Kognitif Kanak-Kanak Prasekolah, urutan perkembangan
pembelajaran Matematik melalui tiga tahap iaitu tahap konkrit, gambar dan
seterusnya tahap simbol. Tahap-tahap ini adalah bersesuaian atau selaras dengan
teori perkembangan kognitif Bruner yang mempunyai tiga peringkat iaitu enaktif,
ikonik dan simbolik. Jean Piaget (1952) juga menyatakan bahawa aktiviti dan
permainan yang menarik mampu memberi pemahaman matematik yang lebih
berkesan kepada kanak-kanak. Sebagai contoh, pembelajaran berkaitan nombor
biasanya berlaku melalui pengalaman, interaksi sosial, masa, bahasa dan
kefahaman (Rosazizi & Nani, 2004).
Bagi mengelakkan kanak-kanak tidak mendapat pengalaman hendaklah seorang
guru memberikan atau menggunakan ketiga-tiga tahap yang diwawarkan oleh tokoh
Bruner dalam perkembangan kognitif iaitu tahap konkrit, gambar dan simbol.
Sepatutnya kanak-kanak diberikan asas dan pengalaman pranombor yang baik
sebagai satu persediaan yang kukuh bagi pembelajaran matematik di peringkat yang
lebih sukar atau yang lebih tinggi.
Pengenalan bagi konsep nombor dalam kalangan kanak-kanak juga memainkan
peranan penting dalam menguasai pembelajaran matematik prasekolah. Oleh sebab
itu ianya merupakan satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak sejak di
prasekolah lagi. Sekiranya konsep nombor ini tidak ditekankan sejak awal-awal lagi,
kanak-kanak tidak akan dapat mengaitkan nombor dengan keadaan sebenar dan
objek-objek sekeliling (Rohani et, 2004).
Fitrah kejadian manusia pada peringkat kanak-kanak iaitu kanak-kanak suka
bermain dan kanak-kanak hanya tahu bermain sahaja. Sebagai seorang guru yang
mempunyai pengetahuan tersebut hendaklah menyesuaikan strategik P&P dengan
tahap perkembangan kognitif kanak-kanak atau fitrah seorang kanak-kanak yang
suka bermain. Maksudnya, aktiviti P&P yang guru laksanakan lebih kepada satu
permainan yang objektifnya ialah murid-murid dapat pembelajaran matematik secara
tidak langsung atau murid-murid mungkin tidak tahu semasa P&P tersebut dijalankan
mereka belajar subjek matematik. Frobel (1805) menyatakan bahawa proses
pembelajaran yang paling berkesan adalah sesuatu yang berlaku dalam keadaan
yang menggembirakan. Ini kerana bermain adalah suatu aktiviti yang menjadi pilihan
bagi kanak-kanak dan ianya menggembirakan kanak-kanak.
Akhir sekali, strategik atau kaedah yang guru gunakan di dalam bilik darjah bagi
pembelajaran matematik awal adalah amat penting bagi memudahkan kanak-kanak
memahami isi pembelajaran yang seterusnya. Contohnya ialah penggunaan sistem
pembelajaran konsep nombor ini dapat dijadikan panduan dan manfaat kepada
pelbagai pihak terutamanya kanak-kanak prasekolah dalam meransangkan minat
dan perasaan ingin tahu dalam mempelajari topik konsep nombor.
kesimpulannya, komponen kognitif ini bukan sahaja mempengaruhi pemahaman
terhadap pembelajaran matematik malahan subjek-subjek yang lain, maka seorang
guru kanak-kanak perlulah menggunakan pelbagai jenis bahan yang mudah didapati
di sekeliling kanak-kanak bagi meningkatkan perkembangan kognitif mereka
sekaligus meningkatkan pemahaman kanak-kanak terhadap pembelajaran
matematik awal.
2.0 TUGASAN 2 : PERANCANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN MATEMATIK AWAL.

Rancangan Pengajaran Slot

Kelas : Prasekolah Anggerik.

Bilangan Murid : 25 Orang Murid.

Tarikh : 16.08.2017.

Hari : Rabu.

Masa : 09:10am-10:10am ( 60 minit ).

Tajuk : Haiwan Liar.

Pendekatan : Bertema.

Tunjang Utama : Tunjang Sains dan Teknologi ( Matematik Awal ).

Standard Kandungan : MA 2.1 Memahami nombor 1 hingga 10.

Standard Pembelajaran : MA 2.1.1 Menyebut nombor 1 hingga 10 mengikut urutan.

Kesepaduan Tunjang : Tunjang Komunikasi ( BM ).

Objektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid


dapat :

i. Mengira nombor 1 hingga nombor 10 mengikut urutan


yang betul.

Pengetahuan sedia ada : Murid-murid pernah membilang nombor 1 hingga 10


sebelum ini.

Penerapan nilai : Toleransi, Kerjasama.

Kemahiran Berfikir : Menjana idea, Menganalisis.

Bahan Bantu Mengajar : Kad Gambar, Kad Angka, Mounting Board.

Fokus MI : Logikal ( Matematik ), Linguistik.

Kosa Kata : Gajah, Rusa dan Haiwan.


Langkah-langkah Pengajaran dan Pembelajaran :

Langkah/ Isi Pelajaran Aktiviti P&P Catatan/ABM


Masa
Set Induksi Guru menunjukkan KBKK : Menjana
Menunjukkan
(5 minit) beberapa keping kad idea, mengelas
kad gambar dan
gambar dan kad MI : Linguistik
kad nombor.
nombor. BBM : kad gambar
Murid memerhatikan dan kad nombor.
kad gambar dan kad Kaedah : kelas
nombor tersebut
Penerapan nilai :
dengan penuh
yakin
perhatian.
Guru menunjukkan KBKK : Menaakul,
Langkah 1 Mengira jumlah
(10 minit) kad gambar dan mengelas
objek yang
mengira jumlah yang MI : Linguistik
terdapat dalam
terdapat di dalam kad BBM : kad gambar,
kad gambar.
tersebut. kad nombor
Guru mengulangi Kaedah ; kumpulan
aktiviti yang sama Penerapan nilai :
dengan kad gambar patuh arahan,
yang berlainan.
Murid mengira jumlah
objek yang terdapat di
dalam kad gambar
tersebut.
Murid mengira jumlah
kad gambar yang
ditunjukkan oleh guru.

Langkah 2 Guru membahagikan KBKK: Mengenal


Murid
(20 minit) murid kepada 5 pasti,
melakukan
kumpulan. mengelas,menaakul
aktiviti Cari dan
Padan Guru menerangkan MI: Linguistik,
cara aktiviti dijalankan. ruang, kinestetik
Guru akan
BBM: kad gambar,
membahagikan setiap
kad nombor,
kumpulan sampul
mounting board
surat yang
mengandungi kad Kaedah: kumpulan
nombor-nombor. Penerapan Nilai:
Setiap kumpulan
bekerjasama
dikehendaki untuk
mencari kad gambar
yang mempunyai
bilangan nombor yang
sama.
Kemudian, lekatkan
kad gambar dan
nombor yang
berkenaan di atas
mounting board.

Langkah 3 Penilaian. Guru memberikan MI : Linguistik dan


Lembaran kerja. lembaran kerja kepada Kaedah : Kelas
(20 minit)
Manila kad. murid. Penerapan nilai :
Guru menunjukkan patuh arahan
demonstrasi cara-cara
menjawab soalan
yang terdapat di dalam
lembaran kerja.
Murid-murid yang
telah siap menjawab
kesemua soalan
dibenarkan membantu
rakan-rakannya yang
lain.
Jawapan disemak
bersama-sama
dengan memilih
beberapa orang murid
kehadapan dan
menuliskan jawapan
yang mereka jawap
dalam lembaran kerja.

Penutup Rumusan P&P Murid yang dipilih


pada hari ini. menerangkan apakah
( 5 minit )
yang telah dia pelajari
pada hari ini dengan
rakan-rakannya.
Guru membuat
rumusan keseluruhan
dan meminta semua
murid mengimbas
kembali pembelajaran
pada hari ini sebelum
ke pembelajaran yang
seterusnya.

Refleksi :
3.0 TUGASAN 3 : Pembinaan instrumen berkaitan dengan matematik awal dalam Pakk.
3.1 Pengenalan Pembinaan Instrumen.

Pembinaan instrumen merupakan salah satu dalam aspek pentaksiran prasekolah


dimana terdapat aspek-aspek lain lagi sebagai contoh merancang, melaksanakan
pentaksiran, merekod, menyimpan, menganalisis maklumat dan melaporkan data dan
maklumat yang telah dianalisis dan dikaji secara terperinci dan mendalam.

Di dalam pentaksiran prasekolah, instrumen berada di langkah yang kedua iaitu


selepas langkah merancang pelan tindakan untuk mengumpul data dengan
menggunakan beberapa kaedah dan kaedah tersebut dipanggil instrumen.

3.2 Pembinaan instrumen berdasarkan kaitan matematik awal dalam Pakk.

Terdapat beberapa aspek yang penting dalam pembinaan instrumen yang perlu
diambil kira oleh seorang guru atau pengkaji. Contohnya, aspek yang perlu diambil kira
dan diberi perhatian ialah daripada aspek tahap umur, tunjang-tunjang dalam Dokumen
KSPK dan konstruk yang dinilai serta tahap prestasi yang ditentukan untuk sampel
pengkaji hendaklah bersesuian dengan tahap perkembangan kognitif yang dimiliki oleh
sampel/kanak-kanak yang dikaji dan di dalam pemerhatian seorang pengkaji atau guru
kelas.

Pembinaan instrumen yang tepat dan bersesuaian dengan seseorang kanak-kanak


adalah seorang pengkaji atau guru perlulah mengambil berat beberapa aspek penting
atau sebagai panduan untuk membina instrumen pentaksiran. Aspek-aspek penting
yang dimaksudkan ialah pengkaji atau guru mestilah mengambil kira daripada aspek
Konstruk, Standard Kandungan, Standard Pembelajaran, dan Standard Prestasi yang
bersesuaian dengan kanak-kanak supaya kanak-kanak mempunyai peluang untuk
memberi respon yang diharapkan oleh pengkaji. Mengambil kira aspek murid dan
persekitaran juga penting untuk pengkaji membina instrumen pentaksiran kerana contoh
atau penggunaan bahan-bahan yang berdekatan kanak-kanak akan mempermudahkan
lagi pemahaman serta secara tidak langsung ianya dapat meningkat perkembangan
kognitif dalam diri kanak-kanak.
Awal Matematik membekalkan pengalaman awal matematik kepada kanak-kanak ini.
Pengalaman ini termasuk konsep pranombor, nombor, operasi nombor yang mudah,
nilai wang, konsep waktu, bentuk dan ruang. Konsep matematik ini dipelajari pada masa
yang khas dan juga disepadukan ke dalam semua aktiviti pembelajaran bertema
menggunakan kaedah yang menyeronokkan.

Bagi menentukan kaedah pentaksiran atau instrumen, guru juga perlu merujuk ke
pada masa kini dan bagi memastikan amalan pentaksiran yang dilaksanakan adalah
mematuhi standard yang sebenarnya. Terdapat lima standard pentaksiran yang
kebiasaannya pengkaji gunakan dalam pembinaan instrumen. Pertama sekali ialah
pentaksiran hendaklah dijalankan secara konsisten dengan tujuan pentaksiran. Kedua
ialah pentaksiran haruslah dijalankan ke atas pengetahuan, kemahiran dan sikap yang
dirangkumi dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Ketiga pula ialah
pentaksiran dijalankan sepanjang masa dan keempat ialah kaedah pentaksiran perlulah
sah dan sahih, sesuai dengan perkembangan kanak-kanak dan berasaskan kaedah
saintifik. Akhir sekali ialah hasil daripada pentaksiran akan digunakan untuk merancang
tindakan susulan demi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran dan untuk
membantu pengajaran yang berikutnya.

Anda mungkin juga menyukai