Anda di halaman 1dari 8

SMK KUBANG ROTAN,

06250 ALOR SETAR


KEDAH DARUL AMAN

RINGKASAN PROJEK

2014
UBAHSUAI SEPENUHNYA
KELAS PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN
KELAS BIASA KEPADA KELAS PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
BERMASALAH PEMBELAJARAN

RINGKASAN PROJEK UBAHSUAI SEPENUHNYA


KELAS PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN
KELAS BIASA KEPADA KELAS PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
BERMASALAH PEMBELAJARAN
SMK KUBANG ROTAN,
06250 ALOR SETAR KEDAH DARUL AMAN

Mengubahsuai sepenuhnya kelas Pendidikan Khas dengan ruang yang lengkap seperti

bilik pembelajaran, bilik guru, dapur, bilik air / mandi serta tandas Orang Kurang Upaya,

bilik pengurusan diri, bilik rehat serta stesen-stesen pembelajaran dengan ciri-ciri

keselamatan. Menyediakan peralatan-peralatan infrastruktur dan pembelajaran yang

lengkap dan bersesuaian serta memenuhi keperluan murid .

1. LATAR BELAKANG PROJEK


Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Bermasalah Pembelajaran SMK

Kubang Rotan, mula dibuka pada awal tahun 2008 dengan sebuah bilik darjah biasa

yang berkeluasa 3 bay dijadikan kelas Pendidikan Khas. Tahun demi tahun jumlah

murid bertambah sehingga kini mencapai 33 orang murid bersama dengan 5 orang

guru dan 2 orang pembantu pengurusan murid. Kelas ini tidak mengikut justifikasi

sebagai sebuah kelas yang digunakan untuk murid-murid kurang upaya. Program ini

merupakan satu-satunya program yang menyediakan aktiviti pembelajaran kepada

murid-murid kurang upaya dan jumlah murid akan bertambah pada setiap tahun.

Memandangkan keluasan bilik yang ada sekarang tidak dapat menampung jumlah

yang ada, adalah menjadi harapan kami agar pihak Jabatan Pelajaran Negeri Kedah

mengubahsuai sepenuhnya mengikut justifikasi kelas Pendidikan Khas.


Sekolah ini merupakan satu-satunya sekolah yang menyediakan program

Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Bermasalah Pembelajaran. Memandangkan


kedudukannya terletak di antara Kuala Kedah dan Gunung, sekolah ini menjadi

pilihan waris murid-murid kurang upaya dari pelbagai kawasan yang berdekatan.

Menyediakan infrastruktur yang lengkap dan kondusif bagi menyediakan murid

berkembang dari segi jasmani, emosi rohani, intelek dan sosial (JERIS) merupakan

matlamat program ini. Adalah diharapkan dengan bantuan daripada Kementerian

Pelajaran Malaysia dapat direalisasikan dengan jayanya.

2. BIODATA
Nama : Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Rotan
Daerah : Kota Setar
Status : Luar bandar
Bil. Guru :5
Bil. PPM :2
Bil. Murid : 33
Bil. Bilik Darjah :1
Sesi Persekolahan : Satu Sesi
Kawasan Parlimen : Kuala Kedah
Kawasan DUN : Kubang Rotan

3. OBJEKTIF PROJEK
3.1 Mengubahsuai sepenuhnya kelas biasa kepada kelas Pendidikan Khas

Integrasi Bermasalah Pembelajaran yang lengkap, kondusif dan mempunyai

ciri-ciri keselamatan serta mempunyai ruang-ruang yang lengkap seperti :


3.1.1 Ruang dapur
3.1.2 Ruang tamu
3.1.3 Bilik Pengurusan Diri
3.1.4 Bilik mandi dan tandas OKU
3.1.5 Bilikbilik pembelajaran
3.1.6 Bilik guru
3.1.7 Stesen-stesen pembelajaran

4. KOMPONEN PROJEK
4.1 Mengubahsuai sepenuhnya kelas Pendidikan Khas
4.1.1 Mengubahsuai sepenuhnya kelas Pendidikan Khas yang mengandungi

ruang dapur, ruang tamu, bilik pengurusan diri, bilik mandi dan tandas

yang mempunyai ciri-ciri Orang Kurang Upaya (OKU), dua kelas untuk

aktiviti pembelajaran, sebuah bilik guru dan ruang-ruang stesen

pembelajaran yang lengkap dengan peralatan yang bersesuaian,

kondusif dan mempunyai ciri-ciri keselamatan yang baik.


4.2 Keperluan-keperluan Lain
4.2.1 Memohon 2 set computer yang lengkap, LCD dan skrin untuk

digunakan semasa aktiviti pembelajaran.


5. ANGGARAN KOS
5.1 Perincian anggaran kos bagi mengubahsuai kelas sepenuhnya serta
peralatan-peralatan yang digunakan.
BI ITEM JUSFIKASI ANGGARAN KOS
L ( RM )
Mengubahsuai sepenuhnya kelas
Pendidikan Khas yang lengkap
dengan ruangan berhawa dingin serta
peralatan dan mempunyai ciri-ciri
keselamatan yang terjamin dari segi
pintu (sliding cermin gelap),
tingkap(sliding bercermin gelap) serta
bergrill dan lantai yang berjubin .
1. Ruang Dapur
Menyediakan ruang dapur yang
lengkap dengan cirri-ciri keselamatan,
mempunyai saluran udara(asap-ekzos
fan) dan berkabinet.
2. Ruang Tamu
Menyediakan ruang tamu yang
lengkap dengan perabut RM160,000.00
1. Bangunan
3. Bilik Pengurusan Diri
Menyediakan ruang pengurusan diri
yang lengkap dengan kelengkapan
set bilik tidur.

4. Bilik mandi dan tandas mesra


OKU
Menyediakan 2 buah bilik mandi untuk
lelaki dan perempuan serta 1 buah
tandas duduk dan 1 tandas cangkung
yang bercirikan OKU yang lengkap
.
5. Bilikbilik pembelajaran
Menyediakan 4 kelas pembelajaran
untuk sesi pembelajaran yang lengkap
..
6. Bilik guru
Menyediakan sebuah bilik guru yang
dengan peralatan serta perabot.

7. Lain-lain.
- berpagar

2. Pendawaian Menyediakan sistem pendawaian


Elektrik yang yang selamat dan lengkap
dengan ciri-ciri keselamatan.
- Satu sub DB (21 fius)
- Plug ( 16 unit) RM 20,000.00
- Lampu (24 unit)
- Kipas ( 5 unit)
- Penghawa dingin ( 2 unit)
3. Perabot dan Menyediakan perabot yang solid serta
Peralatan peralatan elektrik yang tahan lama
Elektrik
Cadangan perabot dan peralatan
elektrik :
. sofa, televisyenLCD pemain DVD
serta permaindani.
. set bilik tidur.
- kerusi dan meja untuk guru dan
murid, RM30,000.00
- papan kenyataan,
- papan putih
- perabot yang menyimpan peralatan
pembelajaran
- perabot yang boleh menyimpan fail-
fail serta dokumen murid .
- dapur masak,
- kabinet,
- meja makan,
- peralatan elektronik seperti mesin
pengisar, periuk nasi, cerek,
pembakar roti, water heater serta
pinggan mangkuk dan peralatan
untuk memasak.
- 2 komputer dan 1 pencetak

JUMLAH KESELURUHAN RM210,000.00

5. OUTPUT DAN FAEDAH YANG DIJANGKA DARIPADA PROJEK

5.2 Dapat menyediakan ruang belajar yang selesa dan kondusif kepada murid.
5.3 Dapat meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan

bersistem dan lebih berkesan.


5.4 Dapat meningkatkan prestasi murid dengan adanya peralatan yang

mencukupi dan memenuhi keperluan murid.


6. JUSTIFIKASI PROJEK
6.1 Projek ini dapat memperkasakan Program Pendidikan Khas Integrasi selaras

dengan Transformasi Pendidikan Negara.


6.2 Program yang dijalankan ini merupakan program yang dijalankan di sekolah-

sekolah integrasi kepada murid-murid yang mempunyai masalah

pembelajaran yang bertujuan agar dapat menyediakan murid dari aspek

jasmani, emosi, rohani, intelek dan social (JERIS) mereka.


6.3 Penyediaan tempat yang lebih selesa dan peralatan yang mencukupi akan

dapat memberi keyakinan kepada murid untuk belajar.


7. PENUTUP

Diharap kertas cadangan ini dapat memenuhi kriteria-kriteria untuk mengubahsuai

sepenuhnya kelas Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran di sekolah

ini.

Sekian.

Disediakan oleh:, Disemak dan disahkan oleh,


( MOHD NAJMI BIN ABD KARIM ) (SHARIF BIN BAHARI)
Penyelaras Pengetua
Program Pend. Khas Integrasi SMK Kubang Rotan
SMK Kubang Rotan

Anda mungkin juga menyukai