Anda di halaman 1dari 5

TEMA 1 : KELUARGA BAHAGIA

1. Menyebut kosa kata yang terdapat dalam gambar.


2. Bercerita tentang gambar.
a) pak cik
b) ayah
c) ibu
d) mak cik
e) abang
f) datuk
g) nenek
h) kakak
i) sepupu
j) adik

UNIT 1 : SAYA DAN KELUARGA

1. Mendengar , memahami dan menyebut teks dengan betul.


a) Hai, saya Ai Ling !
Saya berumur lapan tahun.
b) Saya tinggal di Taman Nuri.
Hobi saya membaca buku cerita.
c) Saya murid Tahun Dua Kristal.
Saya belajar di SJK(C) Taman Cempaka.
d) Ini ibu dan ayah.
Ini abang, kakak dan adik.
Saya anak yang ketiga.
e) Ibu saya bernama Min Suan.
Ibu suri rumah.
Ibu pandai memasak kuih cakoi dan gulai ikan kaloi.
Saya selalu menolong ibu memasak.
f) Ayah saya bernama Kim Seng.
Beliau pegawai tentera.
Beliau bekerja di Pulau Pinang.
Ayah suka makan bersama-sama keluarga.
Beliau periang.
g) Saya ada abang, kakak dan adik.
Nama abang Bing Lee.
Nama kakak saya Ai Fang.
Nama adik saya Wei Soon.
Kami sentiasa membantu ibu dan ayah.
2. Kata Nama Am : Bercerita tentang keluarga menggunakan Kata Nama Am hidup
manusia dengan betul.
a) Apakah yang sedang datuk buat ? Datuk sedang membuat pagar
b) Datuk saya bernama Kim Hock.
Datuk bekerja sebagai tukang kayu.
Saya suka melihat datuk bertukang.
Datuk juga bekerja sebagai pekebun sayur dan penternak itik.
c) Wah, cantiknya bunga ini !
d) Nenek saya bernama Poh Leng.
Nenek bekerja sebagai penjual pokok bunga.
Saya selalu menolong nenek menyiram pokok bunga.
Nenek juga bekerja sebagai tukang jahit.
3. Menaip dan mencetak kata nama am hidup manusia menggunakan perisian komputer.
4. Menulis perkataan dan frasa yang mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong, vokal
berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan betul dan kemas.
5. Melakarkan rajah pohon keluarga Mak Cik Su Ting berdasarkan teks yang dibaca.
Saya mempunyai ibu saudara.
Saya memanggilnya Mak Cik Su Ting.
Beliau penjual hasil kraf tangan.
Suaminya bernama Kin Chong.
Beliau bapa saudara saya.
Beliau bekerja sebagai kontraktor.
Mak cik dan ayah saya adik-beradik.
Ayah ialah anak sulung, mak cik pula anak bongsu.
Pak cik dan mak cik saya ada sepasang anak kembar.
Anak mereka bernama Bing Nian dan Jia Kee.
Mereka ialah sepupu saya.
Saya suka bermain dengan mereka.
Saya sayang akan mereka.
6. Menyebut seni kata lagu Saya Sayang Keluarga secara didik hibur.
Ayahku hendak pergi kerja.
Ibuku hantar ke kereta.
Datuk dan nenek di depan rumah.
Saya dan adik ke sekolah.

Ayahku pulang dengan riang.


Ayah belikan kami hadiah.
Datuk dan nenek pun gembira.
Adik dan saya sayang semua.
7. Berbual tentang pekerjaan ibu bapa dengan menggunakan frasa yang terdapat dalam
seni kata lagu secara bertatasusila.
8. Nilai murni
a) kasih sayang
b) hormat-menghormati
c) baik hati
d) kerajinan
e) hemah tinggi

UNIT 2 : RIANG RIA DI TAMAN TEMA AIR

1. Memberikan respons terhadap ayat perintah yang diberikan dalam situasi yang
berlainan.
2. Menyebut perkataan lain yang mengandungi digraf.
a) Sila beratur.
b) Dilarang membuang sampah di merata-rata.
c) Dilarang mandi di dalam tandas.
d) Kanak-kanak dilarang mandi di kolam orang dewasa.
3. Membaca dan memahami ayat yang telah ditulis dengan sebutan yang betul.
a) Ai Ling dan Ai Fang memakai baju mandi.
Ayah melambaikan tangan kepada mereka.
Bing Lee dan Wing Soon seronok bergurau.
Makanan terhidang di atas meja.
Ibu makan buah limau madu dan kuih tebaloi.
Nenek pula sedang makan kuih cakoi.
Burung-burung pula berkicau riang di dahan pokok.
4. Menulis ayat lain yang mengandungi diftong seperti yang dibaca oleh guru.
5. Pengalaman bercuti bersama-sama dengan keluarga
6. Kata Nama Khas
a) Ai Ling dan Ai Fang mengemas pakaian.
b) Puan Min Suan membuka pintu lalu masuk ke dalam rumah.
c) Bing Lee membantu Cikgu Remi mengangkat pelampung sambil mendengar muzik.
d) Wei Soon tertidur di atas sofa. Dia tertidur kerana letih.
7. Menulis ayat majmuk dengan betul dan kemas
8. Nilai murni :
a) hemah tinggi
b) hormat-menghormati
c) bertanggungjawab
d) kasih sayang
e) baik hati
f) kerajinan
UNIT 3 : GAMBAR KELUARGA

1. Menulis ayat majmuk berdasarkan soalan bercapah.


2. Mendengar dan memberikan respons terhadap soalan bercapah. ?
a) Apakah makanan yang dihidangkan ketika menymabut ulang tahun kelahiran ?
b) Bilakah datuk dan nenek mengambil gambar tersebut ?
c) Mengapakah ayah Ai Ling menyimpan gambar keluarga mereka ?
d) Bagaimanakah cara menyimpan gambar dengan baik ?
3. Membawa gambar keluarga dan ceritakannya kepada kelas.
4. Membaca teks dengan betul. Menulis ayat majmuk dengan betul dan kemas.
a) Abang dan adik Ai Ling suka memelihara kura-kura.
Kura-kura boleh berenang di dalam air atau berjalan di darat.
b) Ai Ling dan kakaknya suka membaca buku. Ai Ling suka membaca tetapi kakaknya
suka membaca majalah. Mereka berdua ulat buku.
c) Ibu dan ayah suka menanam pokok bunga. Pokok bunga itu mencantikkan halaman
rumah mereka. Ai Ling membantu ibunya sambil bernyanyi. Kakak Ai Ling
mengambil gambar mereka.
5. Menyebut Kata Nama Am hidup manusia yang terdapat dalam teks.
6. Berbual tentang hobi keluarga dengen menggunakan kata nama am hidup manusia.
7. Menulis ayat majmuk yang lain yang diberikan oleh guru dengan betul dan tulisan yang
kemas.
8. Bercerita tentang aktiviti mereka pada masa lapang.
9. Membaca teks dengan sebutan yang betul.
10. Mengenal pasti dan memabca ayat majmuk yang terdapat dalam teks.
a) Ibu bercerita tentang Tahun Baharu Cina yang lepas kepada Ai Ling sambil melihat
gambar.
Abang dan kakak menolong ibu mengemas rumah sebelum menyambut Tahun
Baharu Cina.
Pada petang Tahun Baharu Cina, keluarga kita makan besar sambil berbual-bual.
Adik menerima angpau daripada datuk lalu mengucapkan terima kasih. Ayah
memberikan angpau kepada Ai Fang dan anak buahnya juga.
Simpulan Bahasa : anak buah = anak saudara
11. Mendengar dan memahami pesanan yang dibaca oleh guru dan memberikan respons
secara lisan terhadap pesanan berdasarkan gambar.
a) Ai Ling, jangan lupa susun gambar kamu di dalam album mengikut urutan cerita.
Kemudian, simpan album itu di atas rak atau di dalam laci.
b) Baiklah, ibu.
Saya ______
Kemudian, ______
12. Membaca dan memahami ayat majmuk daripada bahan bacaan lain dengan sebutan
yang betul.
13. Permainan Telefon Rosak ( menyampaikan maklumat secara berbisik daripada
seorang kepada seorang yang lain) untuk menyampaikan pesanan.
14. Meneliti gambar dan mengujarkan ayat dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang
betul secara didik hibur.
15. Membina dan menulis perkataan serta frasa dengan cara yang betul dan kemas
berdasarkan gambar.
Ai Ling menunjukkan gambar percutian keluarganya ke taman lebah kepada Kavita dan
Anisa. Dengarlah cerita Ai Ling.
Di taman tersebut, saya dapati ada tiga kumpulan lebah. Ada lebah ratu, lebah pekerja
dan lebah jantan.
Tugas lebah ratu hanya bertelur. Eh, jangan terkejut! Lebah ratu mampu
bertelur dua ribu biji sehari. Tahukah kamu tugas lebah jantan ? Lebah jantan menjaga
sarang. Lebah pekerja pula mengumpulkan manisan bunga. Manisan bunga dibawa ke
dalam sarang untuk dijadikan madu. Ibu saya banyak membeli madu ketika bercuti di
situ. Madu baik untuk kesihatan, kata ibu.
16. Bercerita tentang aktiviti bersama-sama dengan anggota keluarga melalui penceritaan
secara didik hibur.
17. Mencari maklumat tentang kebaikan madu.
18. Nilai murni :
a) kasih sayang
b) bertanggungjawab
c) kerajinan
d) kerjasama
e) hormat-menghormati
f) baik hati

Anda mungkin juga menyukai