Anda di halaman 1dari 33

Asas Fotografi Digital

versi 0.6

Tarikh kemaskini terakhir : 25 June 2008

Nota disediakan oleh Adhadi Mohd.

http://www.adhadimohd.com/training

 Laman 1 
 
Terima kasih kerana memuat turun Nota Asas Fotografi Digital.

Nota ini adalah untuk edaran secara percuma. Anda dialu-alukan untuk menggunakan
nota ini untuk sebarang tujuan pembelajaran samada secara percuma atau berbayar.
Bagaimanapun, anda tidak dibenarkan membuang sebarang kredit atau link di dalam
nota ini.

Sekiranya terdapat sebarang ralat atau perubahan, sila emailkan


kepada training@adhadimohd.com untuk dikongsikan semula.

Semoga anda mendapat faedah dari nota ini, dan selamat maju jaya.

Terima kasih.

Adhadi Mohd
Photographer
http://www.adhadimohd.com

 Laman 2 
 
isi kandungan
1. Pengenalan 
2. Peralatan Fotografi Digital 
3. Dedahan / Exposure 
4. Histogram 
5. White Balance 
6. Fokus 
7. Kualiti & Format Gambar 
8. Penggunaan Flash 
9. Teknik‐teknik Fotografi 
10. Asas Komposisi 
11. Warna 
12. Pencahayaan 

 Laman 3 
 
1.0 Pengenalan
Perkara-perkara yang perlu di pelajari di dalam dunia fotografi:

Komposisi Asas

Di dalam komposisi asas, ada beberapa perkara yang perlu di ketahui seperti
teknik framing, kedudukan subjek utama, penjagaan latarbelakang supaya
kemas dan menarik, penggunaan warna di dalam gambar, konsep
keseimbangan antara elemen dan juga lain-lain perkara berkaitan dengan
penceritaan sesebuah gambar.

Pemilihan lensa

Penggunaan lens yang betul akan mempengaruhi bagaimana rupa sesebuah


gambar yang terhasil. Setiap lens juga mempunyai tugas dan kualiti yang
berlainan. Untuk mengambil gambar portrait, lens yang sesuai adalah lens
telefoto. Untuk tugasan fotojurnalisme, lens ultra wide banyak digunakan.

Penggunaan ISO

ISO merupakan kadar sensitivity sensor cahaya di dalam kamera. Ia hampir


sama dengan ASA di dalam dunia kamera filem. Kebanyakan kamera digital
mempunyai ISO dari serendah 50 hingga 3200. DSLR untuk professional boleh
mencapai iso 6400 dan 25600.

ISO rendah, seperti 50, 100, 200, biasanya di gunakan dalam suasana yang
terang dan mempunyai pencahayaan yang cukup. ISO 400 ke atas biasanya di
gunakan di dalam rumah atau pada waktu gelap.

Teknik Digital Darkroom

Teknik digital darkroom adalah proses penyuntingan imej menggunakan perisian


computer seperti photoshop, paint shop pro, gimp dan banyak lagi. Antara
proses yang biasa di lakukan adalah mencerahkan gambar, cropping, dodging
dan burning, sharpening, pembetulan contrast, pembetulan warna dan white
balance, penyuntingan kesan-kesan khas dan sebagainya.

Retouching

Proses retouching adalah proses pengubahsuaian gambar seperti


menghilangkan jerawat, membaikpulih gambar lama dan sebagainya.

Gambar Hitam Putih / Monochrome

Gambar hitam putih dapat dihasilkan terus dari sesetengah kamera atau dengan
menggunakan teknik digital darkroom. Proses ini amat mudah di dalam dunia
digital.

 Laman 4 
 
Filters

Terdapat beberapa filter yang diperlukan didalam dunia digital. Filter yang paling
penting adalah UV filter. Filter UV akan mengurangkan haze di dalam gambar
dan boleh menjaga lens dari tercalar, dimasuki debu, kelembapan dan juga
kotoran. Filter yang penting lagi juga adalah Circular Polarizer filter. Filter itu
boleh membantu mendapatkan langit yang biru dan boleh menghilangkan
baying-bayang di dalam air.

Close-up filter boleh membantu mengurangkan jarak focusing dan membantu


kita mengambil gambar secara macro.

Focal Length / Bukaan pandangan

Focal length pada lens memberikan petunjuk kepada sudut bukaan sesebuah
lens dan saiz gambar relative kepada objek. Focal length biasa di tandakan di
dalam millimeter atau mm.

Perisian pengurusan Imej (workflow)

Perisian pengurusan imej adalah seperti: Adobe Lightroom, PhaseOne


CaptureOne, ACDSEE, Adobe Bridge, Microsoft Expression Media 2, DXO dan
sebagainya.

 Laman 5 
 
2.0 Peralatan Fotografi Digital

Kategori Kamera Digital SLR

1. Pro
2. Semi pro
3. Prosumer
4. Hobyist

Format-format Sensor Kamera DSLR


Format sensor kamera DSLR ada beberapa jenis. Setiap format hanya sesuai digunakan
dengan lensa-lensa tertentu dan adakalanya penggunaan lensa yang bukan direka untuk format
itu, akan memberikan perubahan dari segi keluasan sudut pandangan, Depth of field dan
pelbagai factor lain.

Format kamera juga mempengaruhi kualiti gambar yang terhasil dari segi jumlah data dan
sensitivity kepada cahaya.

Format seperti full frame memberikan kualiti gambar terbaik dan warna yang lebih cantik
walaupun pada ISO yang sangat tinggi.

Full frame

Digital full frame DSLR ada kamera yang mengunakan sensor bersaiz seperti filem
35mm. Apabila lensa yang direka untuk kamera 35mm diletakkan pada kamera full
frame, sudut pandangan lensa tersebut adalah sama dengan sudut pandangan apabila
lensa tersebut diletakkan pada kamera 35mm.

Contoh kamera DSLR full frame adalah seperti:

• Nikon D3
• Canon 1Ds
• Canon 1Ds Mark II
• 1Ds Mark III
• Canon EOS 5D
• Contax N Digital

 Laman 6 
 
• Kodak SLRn, SLRc, DCS Pro 14n

Cropped format

Terdapat beberapa jenis cropped format. Cropped format adalah saiz sensor kamera
digital yang lebih kecil daripada full frame.

APS-C

Kebanyakan DSLR dari kategori untuk semi pro dan prosumer menggunakan format
jenis ini. Biasanya crop factor untuk APS-c adalah 1.5 untuk Nikon, dan 1.6 untuk canon.

Lensa yang sesuai untuk kamera yang menggunakan sensor APS-c adalah lens dari
jenis:

Canon EF, EFS

Nikkor AI, AIS, AF, AF-S, DX, N

Sistem Four Third

Lensa
Jenis-jenis Lensa

Terdapat 4 jenis lens.

Normal lens : mempunyai bukaan 50o sudut pandangan. Contoh normal lens adalah
50mm f1.8.

Macro lens : mempunyai bukaan 25o sudut pandangan. Selalu digunakan untuk close
up sesuatu gambar.

Wide angle lens : mempunyai bukaan lebih besar dari 60o sudut pandangan. Banyak di
gunakan dalam architecture dan photojournalism.

Telefoto lens : mempunyai bukaan yang lebih kecil daripada lensa normal, atau focal
length lebih besar dari 50mm. Di gunakan untuk merakam gambar dari jarak jauh.

Contoh telephoto (zoom) lens adalah AFS Nikkor 70-200 VR f2.8

Zoom lens : zoom lens merujuk kepada lens yang mempunyai pelbagai focal length.
Sebagai contoh 70-200mm atau 18-70mm

Prime lens : merujuk kepada lens yang mempunyai 1 focal length/sudut pandangan
saja.Sebagai contoh 50mm 1.8.

 Laman 7 
 
Sigma 10-20mm Ultra wide lens & telephoto zoom AFS Nikkor 70-200 VR f2.8

Contoh-contoh lensa mengikut kategori dan hasil gambar dari lensa tersebut :

Kategori Lensa Contoh Gambar

Ultra wide  Nikkor 10.5mm f/2.8G ED 
–  fish eye  AF DX Fisheye 

Selain ini: 

Tokina 10‐17mm 

 
 
 
Pandangan membengkok. Perpektif latarbelakang yang 
luas. 
 
Kesesuaian penggunaan : Bangunan, landscape, aksi, 
kanak‐kanak, perkahwinan, acara‐acara tidak rasmi, 
portrait kreatif. 

Ultra Wide  Nikkor AF‐S 14‐24mm 
f/2.8G ED 
 
Selain lens ini: 
Nikkor AF‐S 12‐24mm f4 
ED DX 
 
Sigma 10‐20mm  
   
Tokina 12‐24mm   Perspektif latang belakang yang luas.  

 Laman 8 
 
 
Kesesuaian penggunaan : Bangunan, landscape, group 
photo, perkahwinan dan photojournalism. 

Standard  Nikkor 18‐55mm f/3.5‐
Zoom   5.6G ED II AF‐S DX Zoom 
Kit lens   
Selain lens ini, 
Tamron 17‐50mm f2.8 
Canon 17‐55 mm 

 
Latarbelakang yang luas dan boleh ditukar kepada 
standard zoom  
 
Kesesuaian penggunaan : semua jenis fotografi 

Standard  Noctilux 50mm f/1.0 
(tiada   
zoom)  Lain‐lain 
Nikkor 50mm 1.4 & 1.8 
Nikkor 35mm  
 

 
perspektif latarbelakang yang biasa. 
 
Kesesuaian penggunaan : semua jenis fotografi terutama 
yang mementingkan kurangnya pembengkokan perspektif 
(distortion) 

Telefoto  Canon 85mm f1.2L 
(tiada 
zoom) 

 
Perspektif latarbelakang yang kecil. 
 
Kesesuaian penggunaan : portrait 

 Laman 9 
 
Telefoto  Nikkor 70‐200mm f/2.8G 
Zoom  ED‐IF AF‐S VR

 
 
Kesesuaian penggunaan : fotografi untuk jarak jauh, 
portrait 
 

Sumber gambar :www.pbase.com

Kaitan panjang Fokal dengan Bokeh

Menggunakan fokal length yang panjang akan menjadikan latarbelakang lebih samar dan
besar.

30mm f2.8 80mm f2.8

Panjang Fokal

 Laman 10 
 
Lanskap pada 18mm,  kotak putih menandakan 1/5 dari tinggi dan lebar asas 

Lanskap yang sama pada 90mm, fokal 5x lebih panjang  seperti yang ditandakan pada kotak putih diatas.

Panjang fokal dan perspektif.  

Sekiranya 2 gambar diambil pada jarak yang sama pada kepanjangan fokal yang lain, maka 
gambar dari focal length panjang akan kelihatan seperti terpotong dari gambar dari focal length 
yang satu lagi.  

Sebagai contoh, untuk mendapatkan portrait tubuh sepenuhnya, anda boleh menggunakan 
wide angle atau telephoto. Bagaimanapun dengan telephoto anda perlu bergerak lebih ke 
belakang, Gambar akan kelihatan sama tetapi perspektif akan jadi berbeza. 

 Laman 11 
 
Berikut adalah perbezaan pada perspektif apabila kita mengunakan 3 jenis focal length untuk 
mendapatkan satu gambar yang serupa. 

 Laman 12 
 
Kad Memori
Kad memori digunakan untuk menyimpan data gambar. Antara yang biasa digunakan adalah
compact flash dan secure digital.

Kad memori mempunyai kualiti ketahanan dan kelajuan yang berbeza.

Antara kad memori yang baik adalah dari jenis Sandisk Ultra, Sandisk Extreme dan Lexas pro.

Kelajuan pada memori kad terbahagi kepada dua, iaitu kelajuan menulis dan membaca data.
Kad memori professional mampu membaca dan menulis data dari 20mb per saat. Kelajuan
memori kad adalah penting sekiranya kita memerlukan kamera yang boleh merakam gambar
dengan pantas terutamanya untuk mode burst.

Pada waktu ini, Kad memori jenis professional seperti Sandisk Extreme III 4GB boleh diperolehi
sekitar RM200 sahaja.

 Laman 13 
 
3.0 Dedahan / Exposure

Eksposure adalah jumlah cahaya yang diterima oleh filem atau sensor di dalam
kamera dan di kawal oleh lens diaphragm atau aperture. Eksposure di kawal
dengan mengawal bukaan aperture, berapa lama ia di buka iaitu shutter speed,
dan kawalan ISO.

Kelajuan Shutter
Kelajuan shutter boleh dikatakan sebagai setting dedahan kera membuka shutter dengan 2 kali 
lebih besar akan memberikan dedahan yang lebih banyak dalam 1 julat (1 stop). Kelajuan 
shutter yang tinggi seperti 1/1000 akan menghentikan subjek yang bergerak Kelajuan yang 
rendah seperti 1/10 akan merakam pergerakan objek dengan samar (blur).  

 
Shutter yang laju seperti 1/2000 diperlukan untuk menghentikan titisan air seperti diatas. 
Cahaya yang cukup diperlukan supaya gambar tidak menjadi gelap. 

  
Shutter yang rendah seperti 4 saat boleh menjadikan pergerakan air nampak lembut. 
Tripod diperlukan untuk mengelakkan gegaran. 

Kelajuan shutter merujuk kepada tempoh bukaan aperture. Biasanya di kenali sebagai
1/60, 1/200. Tempoh ini di kira dalam unit saat. Shutter yang di buka dengan lama akan

 Laman 14 
 
membenarkan lebih banyak cahaya masuk. Kelajuaan shutter akan mempengaruhi
gambar yang kita ambil dari segi dedahan cahaya dan juga masalah blurry.

Shutter yang perlahan, contohnya 1/15 mungkin akan menyebabkan gambar samar
kerana tangan yang bergoyang. Untuk mengambil gambar static, shutter 1/50 -1/100
biasanya adalah minimum yang di perlukan sekiranya kita memegang gambar
menggunakan tangan. Bagaimanapun ini tertakluk kepada teknik dan kekuatan tangan
jurugambar.

Ada kalanya shutter speed perlahan di gunakan untuk merakam gambar pergerakan.

Kelajuan shutter yang rendah boleh memberikan kesan pergerakan pada buih belon.

APERTURE

Aperture adalah “pintu” yang membenarkan cahaya masuk dan jatuh ke atas sensor
kamera digital.

“Pintu” yang terbuka lebih besar akan membenarkan cahaya masuk lebih banyak. Pintu
yang terbuka kecil, memerlukan dedahan yang lebih lama.

Saiz aperture akan mempengaruhi bagaimana bentuk focus kepada subject utama.
Sebagai contoh, dengan menggunakan saiz f2, subject akan menjadi lebih tajam dan
background akan menjadi sangat samar atau di panggil bokeh. Bokeh merujuk kepada
kualiti kesamaran yang terhasil.

Terdapat cadangan dari dunia fotografi iaitu saiz aperture f2.8 ke f8 sesuai digunakan
untuk portrait. Saiz 8 dan ke atas sesuai untuk landscape. Bagaimanapun ini cuma satu

 Laman 15 
 
cadangan bukan kemestian. Ada jurufoto yang memilih untuk menggunakan aperture
f11 untuk mengambil gambar portrait.

Aperture dikenali sebagai f-number.

Aperture mengikut julat bukaan 1-stop

f1.0 > f1.4 > f2.0 > f2.8 > f4 > f5.6 > f8 > f11 > f16 > f22 > f32

f-32 . Bokeh kurang kemas f-5. Bokeh yang terhasil lebih bersih dan
kemas.

Kesan f-number pada kualiti bokeh.

Pemilihan aperture mengikut ketajaman optimum

Kadangkala, apabila sumber cahaya tidak menjadi masalah, jurugambar boleh memilih
bukaan aperture mengikut ketajaman optimum lensa mereka.

Kebanyakan pakar optic mencadangkan bagi kebanyakkan lens, aperture yang optimum
adalah 2 stop dari bukaan aperture terluas. Sebagai contoh:

Untuk lens 50mm f1.8, aperture yang mempunyai ketajaman optimum adalah pada f3.5
atau f4.

Untuk lens 70-200 f2.8, aperture yang mempunyai ketajaman optimum adalah f5.6.
Bagaimanapun kualiti optic lensa 70-200 f2.8 adalah sangat baik sehingga pada bukaan
f2.8 sekalipun, anda kurang dapat melihat perbezaan kualiti optic pada lensa ini pada
pelbagai bukaan aperture.

 Laman 16 
 
ISO
ISO adalah penting untuk menentukan tahap kepekaan sensor kepada cahaya. ISO
rendah akan menyebabkan sensor kurang peka kepada cahaya dan kita akan
memerlukan aperture yang lebih besar dan kelajuan shutter yang lebih lama.

ISO (hampir) tidak memberikan kesan kepada gambar, hanya jika ISO terlalu tinggi,
bergantung kepada jenis kamera, akan menyebabkan gambar banyak noise dan
kehilangan details.

Sebagai asas, anda perlu mengambil gambar menggunakan ISO yang terendah yang
memberikan kelajuan shutter dan ketajaman (dof) yang anda perlukan. Sekiranya anda
perlukan lebih ketajaman (d0f) tetapi tidak mahu mengurangkan kelajuan shutter, maka
anda perlu menaikkan ISO dan mengurangkan aperture.

Sekiranya gambar anda dirosakkan oleh masalah blur kerana kelajuan shutter yang
rendah, anda perlu menaikkan sensitivity walaupun akan menyebabkan noise. Ini
kerana gambar yang mempunyai noise yang tinggi tetap boleh difahami oleh mata
berbanding gambar yang terlalu blur.

Gambar yang mempunyai noise yang tinggi boleh dikurangkan photoshop plugin seperti
noiseninja.

ISO biasa terdiri daripada (mengikut DSLR semi pro, tidak termasuk Canon 1ds mark
111, Nikon D3 atau hasselblad) :

ISO Kesesuaian Hasil

100-200 Waktu tengah hari terik dan Gambar pada iso ini akan menghasilkan
cukup kekuatan cahaya seperti warna, contrast yang paling optimum.
di dalam studio.

400 Waktu mendung, dibawah Gambar masih lagi mempunyai warna


litupan. yang baik dan noise pada jumlah minima

800 Waktu di dalam rumah Gambar mempunyai warna sedikit pudar


dan noise banyak kelihatan.

1600 Waktu malam dan kurang Gambar mempunyai warna tetapi kurang
bercahaya menarik, noise lebih banyak kelihatan
dan contrast gambar mula pudar.

3200-6400 Waktu yang gelap dan tidak Gambar sesuai di ambil menggunakan
bercahaya. black & white mode.

 Laman 17 
 
Depth Of Field
Depth of field atau dikenali sebagai DOF merujuk kepada kawasan dari jarak terdekat
focus lensa menjadi tajam, sehingga jarak terjauh ketajaman itu mula pudar.

DOF dipengaruhi oleh bukaan pandangan (focal length), jarak subjek dengan lensa,
crop factor dan bukaan aperture.

Jenis Dedahan (Exposure Modes)


1. Programmed AutoExposure
Di dalam mode ini, kamera akan memilih nilai aperture (f-stop) yang sesuai dan
kemudian memilih kelajuan shutter speed yang sesuai. Sesetengah kamera DSLR akan
turut menukar color mode supaya sesuai dengan gambar yang ingin di ambil.

Contohnya, mode landscape akan memberikan nilai aperture yang besar (f8, f16)
supaya keseluruhan gambar akan menjadi sharp.

Mode macro akan menyebabkan kamera memilih nilai aperture yang kecil (f1.8, f2.8)
supaya hanya subjek dapat di focus dengan jelas.

2. Semi Programmed AutoExposure


Kebanyakan kamera DSLR dan prosumer mempunyai mode Aperture priority dan
Shutter Priority. Kedua mode ini boleh memudahkan kerja jurugambar untuk
menghasilkan gambar yang lebih kreatif tanpa perlu risau masalah-masalah exposure.

Gunakan aperture priority untuk mengawal ketajaman gambar dan mengawal DOF.
Gunakan shutter priority untuk mendapatkan pergerakan atau memastikan tiada blur
akibat pergerakan.

3. Manual Exposure
Manual exposure membolehkan seseorang jurugambar mengawal sepenuhnya dedahan
cahaya yang diperlukan. Seorang jurugambar mahir mampu mengetahui exposure yang
diperlukan berdasarkan gambar yang beliau inginkan.

METERING

 Laman 18 
 
Metering adalah suatu kaedah pengiraan untuk mendapatkan nilai dedahan atau
exposure value (ev) .

Matrix/Evaluative metering merupakan kaedah mengira dedahan yang optimum


berdasarkan zon-zon di atas sensor. Dalam keadaan cahaya biasa dan sekata, matrix
metering tiada masalah untuk mendapatkan nilai dedahan yang betul. Metering ini juga
dikenali sebagai multi-zone metering, honeycomb atau segment metering..

Partial metering adalah kaedah mengira dedahan berdasarkan kawasan lebih besar
dari spot metering, iaitu 10-15% dari viewfinder.

Center weighted metering adalah kaedah mengira dedahan berdasarkan satu bulatan
di tengah sensor. Center weighted bagus digunakan untuk subject seperti potret kepala.

Spot metering adalah kaedah mengira dedahan berdasarkan kawasan yang amat kecil
didalam viewfinder, iaitu 1-5% sahaja. Kebanyakan kamera membenarkan spot metering
hanya ditengah tetapi kamera yang lebih canggih membenarkan spot metering pada titik
focus. Spot metering adalah amat tepat kerana tidak dipengaruhi oleh kawasan lain
didalam viewfinder.

Contoh penggunaan spot metering adalah sewaktu merakam gambar bulan penuh. Oleh
kerana persekitaran yang gelap, gambar akan menjadi terlalu terang. Bagaimanapun
dengan spot metering, camera akan mendapatkan exposure pada bulan saja.

Panduan Sunny 16

Dedahan yang diperlukan oleh kamera dalam cuaca terang pada waktu tengahhari,
tidak jauh berbeza dari dedahan yang diperlukan di setiap pelusuk dunia pada waktu
yang sama. Terdapat satu panduan untuk mengagak dedahan yang betul pada waktu
tengahhari tanpa menggunakan light meter.

Untuk mengambil gambar pada waktu tengahhari, tetapkan aperture pada f-16. Dan
kelajuan shutter pada nombor yang hampir sama dengan nilai ISO.

Sebagai contoh:

Aperture ISO Kelajuan Shutter


f-16 100 1/100 ~1/125

f-16 200 1/200 ~1/250

f-16 400 1/400 ~1/500

f-16 800 1/800 ~1/1000

 Laman 19 
 
Menilai dedahan yang diperlukan untuk waktu lain

Berdasarkan panduan sunny 16, kita boleh mengubah aperture untuk mengawal
dedahan pada waktu kecerahan yang berlainan

Bukaan
Tahap Cahaya Cara mengetahui
Aperture
Sedikit mendung Ada bayang-bayang dan bucunya lembut. f11

Mendung biasa Masih ada bayang-bayang tetapi agak f8


samar-samar dan bucu hampir sangat
lembut.
Sangat mendung Tiada bayang-bayang F5.6

Tip-tip untuk mengawal Exposure

1. Kecerahan/kegelapan latarbelakang akan mempengaruhi keseluruhan exposure


gambar, berhati2 dengan latar belakang yang terlalu gelap atau cerah. Sebaiknya
latarbelakang perlu gelap sedikit dari subject utama atau cerah sedikit sahaja.
2. Apabila mengambil gambar subject yang gelap, lihat kawasan terang yang akan menjadi
overexpose.
3. Gunakan fill flash apabila tone latarbelakang terlalu tinggi berbanding tone subject untuk
mengelakkan silhouette.
4. Eksperimen dengan backlighting dan silhouette. Silhoutte di ambil untuk menerangkan
shape sesuatu subject, kadangkala silhouette boleh di gunakan untuk menerangkan
perbuatan sesuatu subject tanpa menunjukkan siapa subject.
5. Gambar terbaik tidak semestinya ‘sempurna’ dari segi exposure. Jurugambar yang baik
mampu menjadikan gambar mengikut kecerahan/kegelapan yang beliau inginkan.

 Laman 20 
 
4.0 Histogram
Di  dalam  sesebuah  gambar,  biasanya  jurugambar  digital  akan  mengecam  tone  sesebuah  gambar  pada 
tiga bahagian, iaitu Shadow, Midtone & Highlight. 

Gambar 1: Contoh gambarajah histogram imej dan bahagian pengecaman. 

Gambar 2: menunjukkan kaitan antara Histogram dengan imej. Kawasan bertanda kuning menunjukkan 
shadow. Kawasan merah adalah highlight. Kawasan yang tidak bertanda adalah midtones. 

   

 Laman 21 
 
5.0 White Balance

Setiap gambar mempunyai suhu warna. Suhu yang rendah akan menyebabkan warna gambar menjadi 
kemerahan dan suhu yang tinggi akan menyebabkan gambar menjadi kebiruan. 

Di  dalam  gambar  yang  mempunyai  rujukan  warna  putih,  biasanya  white  balance  kurang  menjadi 
masalah.  Bagaimanapun,  sekiranya  tidak  sebarang  rujukan,  anda  boleh  menukar  white  balance  secara 
manual .  

Color Temperature  Light Source 
1000‐2000 K    Cahaya Lilin 
2500‐3500 K    Lampu Tungsten 
3000‐4000 K    Sunrise/Sunset  
4000‐5000 K    Lampu Fluorescent 
5000‐5500 K    Flash 
5000‐6500 K    Tengahhari  dengan  langit  tidak  berawan 
(matahari tegak dikepala) 
6500‐8000 K    Sedikit mendung 
9000‐10000 K    Dibawah lindungan atau sangat mendung

 Laman 22 
 
6.0 Fokus
Kebanyakan kamera mempunyai auto focus. Bagaimanapun kadangkala, auto focus ini tidak
berfungsi dengan baik dan perlu sedikit adjustment atau bertukar kepada manual focus. Antara
perkara yang menghalang auto focus berfungsi adalah:

1. Subject terlalu gelap . Untuk masalah gelap, manual focus adalah cara terbaik.
2. tiada contrast. Kaedah mencari kawasan bercontrast dan recompose di perlukan.
3. Habuk atau kabus di depan lensa. Tukar manual focus atau bersihkan lens.
4. Terlalu dekat. Gunakan close up filter.
5. Subject bergerak terlalu laju. Tukar kepada continous focus

 Laman 23 
 
7.0 Kualiti & Format Gambar

Resolusi Gambar

Imej resolusi merujuk kepada jumlah pixel yang digunakan oleh kamera anda sewaktu
menghasilkan gambar. Kamera anda berkemungkinan memberikan tiga atau empat pilihan
resolusi, setiap satunya memberikan jumlah pixel yang berlainan.

Impak jumlah pixel di dalam gambar adalah berkaitan dengan kualiti gambar sewaktu cetakan.
Semakin besar jumlah pixel di dalam gambar anda, semakin besar kemungkinan gambar anda
dicetak bersaiz besar tanpa hilang kualiti gambar.

Semakin besar pixel juga akan menyebabkan saiz gambar semakin besar. Gambar yang besar
memakan jumlah ruang simpanan yang lebih besar. Saiz yang terlalu besar juga akan
menyebabkan proses di dalam perisian editing akan menjadi lebih lambat.

Untuk cetakan, resolusi yang baik adalah 200 hingga 300 dpi atau dot per inch.

Untuk paparan di skrin, saiz yang optimum adalah dari 640 lebar ke 1280 pixel lebar.

Saiz minimum yang sesuai untuk setiap saiz cetakan

Saiz cetakan Pixel* Megapixel


3R – 31/2 x 5 in 700x1000 <1
4R – 4x6 in 800x1200 1
5R – 5x7 1000x1400 1.5
8R - 8x10 1600x2000 3.2
11R - 11x14 2200x2800 6
*jangkaan cetakan pada 200dpi

Compression

Compression adalah proses memampatkan fail gambar untuk mengurangkan saiz. Di dalam
format JPEG, compression akan mengurangkan kualiti gambar. DI dalam kamera, pilihan ini
biasanya di panggil sebagai Picture Quality dan pilihan yang adalah seperti HIGH, FINE,
NORMAL, BASIC.

Compression yang terlalu besar, seperti pilihan basic, akan menyebabkan kualiti gambar
berkurangan dan kadangkala menyebabkan terlihat ‘artifak’.

Format Fail Gambar


kebiasaannya DSLR akan menawarkan tiga format fail

JPEG.
Singkatan untuk Joint Photographic Experts Group, kumpulan yang mencipta format ini. JPEG
adalah format yang baik untuk gambar biasa kerana bersaiz kecil dan diterima oleh
kebanyakkan software, pencetak, operating system dan web browser. Jpeg mudah di hantar
kemana-mana menggunakan internet, telefon bimbit dan juga memory card.

 Laman 24 
 
TIFF
Tagged Image File Format. Tiff adalah format yang digunakan oleh para syarikat pencetak dan
publication. Bersaiz besar, berbanding JPEG, boleh mencapai 5-10 kali ganda saiznya.
Mempunyai kualiti gambar yang paling baik dan boleh diterima banyak pencetak

RAW
Format yang tidak diproses didalam kamera, walaupun sharpening atau noise reduction.
Menyimpan segala data yang dirakam. Perlu diproses menggunakan perisian/plugin yang
vendor spesifik. Kemudian perlu di export ke JPEG atau TIFF untuk tujuan printing.

 Laman 25 
 
8.0 Penggunaan Flash

Antara teknik-teknik penggunaan flash

• Auto flash
• Fill flash
• Red Eye flash
• Slow-sync flash
• Rear curtain flash

 Laman 26 
 
9.0 Teknik-teknik Fotografi

Portrait

Merakam sesuatu subjek, samada sepenuhnya, separuh bahagian atau bahagian tertentu.

‐ Portrait adalah sesuatu yang di rancang. Snapshot adalah peluang, tidak di rancang
dan menceritakan detik yang berlaku. Snapshot bukan portrait tetapi portrait boleh
jadi suatu snapshot.
‐ Mempelajari teknik portrait dengan mendalam boleh membantu untuk mengambil
snapshot dan casual portrait dengan baik.
‐ Casual portrait bertujuan untuk merakam ekspresi atau aksi yang menunjukkan
karakter seseorang.
‐ Pemahaman tentang sumber cahaya dan peralatan fotografi boleh membantu untuk
mengambil gambar portrait dengan baik.
‐ Model terbaik adalah diri sendiri.

Kesesuaian Lensa

‐ Casual portrait elok di ambil menggunakan lensa telephoto yang lebih dari 100mm
untuk mengelakkan distortion dan huge dof.
‐ Pada camera 1.5 dan 1.6 crop, lensa 85mm ke atas adalah yang paling sesuai.
‐ Penggunaan f2.8 ke bawah akan memberikan kesan 3D yang sangat baik.
‐ Lensa telephoto lebih panjang seperti 200mm mampu menjarakkan anda dari
subject dan mengurangkan gangguan kepada subjek, subjek akan kelihatan lebih
asli dan selesa.
‐ Lensa super telephoto seperti 400mm hingga 600mm tidak sesuai untuk portrait
kerana akan menyebabkan kehilangan contour pada muka. Sebagai contoh hidung
akan kelihatan pada permukaan yang sama dengan telinga.
‐ Lensa ultra wide akan menyebab distortion pada bentuk badan subjek. Sekiranya
anda terpaksa menggunakan lens ultra wide untuk portrait, cuba letakkan subjek
pada kedudukan tengah sahaja. Kedudukan lain seperti titik rule of third akan
menyebabkan subjek amat distorted.

Komposisi portrait

‐ Headshot, dari atas data hingga ke atas. Sangat kurang background. Pastikan
hidung tidak memotong facial line.

 Laman 27 
 
‐ Partial body shot. Selalunya akan ada elemen line dan shape, samada di cipta oleh
lengan atau limpahan cahaya. Pastikan semua elemen ini membawa mata pelihat
kepada titik interest. Juga akan ada secondary area of interest.

‐ Full body portrait. Selalunya akan include secondary area of interest. Sebagai
contoh tangan dan lengan. Pastikan secondary element ini berada dalam kawasan
rule of third atau golden mean. Pastikan ia tidak keluar dari frame.

‐ Environmental. Pastikan background tidak serabut. Gunakan natural elemen seperti


pokok dan daun sebagai frame. Jaga contrast background supaya compliment
subject. Background yang mempunyai tonal yang lebih rendah adalah lebih baik.
Avoid merging.

Portrait Berkumpulan

‐ Kadangkala 2 orang subject lebih menarik sekiranya dijadikan seperti satu elemen
dan di letakkan di titik rule of third.

Macro
Merakam gambar objek kecil dengan menggunakan peralatan yang boleh
membesarkan saiz objek didalam gambar. Peralatan yang mungkin digunakan
adalah lensa macro, close up filter atau kanta pembesar.

Landskap
Merakam gambar pemandangan dan persekitaran.

Kanak-kanak
Merakam portrait kanak-kanak. Memerlukan cahaya yang mencukupi atau flash dan
lens yang pantas.

Sport
Merakam aktiviti yang pantas berlalu. Lensa telephoto dan teknik panning banyak
digunakan.

Candid
Merakam sesuatu gambar aksi/detik bersejarah tanpa disedari oleh subjek.

 Laman 28 
 
10.0 Asas
A Kom
mposisi

¾ Titik punca tarikan

Subjek utama
u
Hampir semua gamb bar memerlukan sekuran
ng-
kurangnyya satu subje
ek utama sebagai sumber
cerita uta
ama sesebuaah gambar.

Foregrouund / latarhadapan dan n Background /


latarbela
akang
Latarhadaapan bermaaksud satu ka
awasan didaalam
gambar yang
y berada di hadapan subject utama.

Latar bela
akang pula berada
b dibelakang subje
ect
utama.

Gambar contoh
c ini mempunyai
m la
atarhadapan
n,
subject utama dan latar belakang
g.

¾ Peletakan
n subjek

Rule of th
hird

Di da
alam panduan ini, cub
ba bahagika
an gambar anda
kepad
da 9 kotak dengan me
embuat 4 ga
arisan sepe
erti di
bawah
h. Titik peng
glihatan (foccal point) ya
ang lebih din
namik
adalah di titik perttemuan anta
ara setiap ga
aris.

gunaan rule of third di dalam portrait. Subjek uta


Pengg ama
gambar ini adalah
h mata.

 Laman 29 
 
Satu lagi co gunaan rule of third
ontoh pengg

Golden Mean
M / Gold
den Ratio / Divine
D Proportion

¾ Kekemas
san latarbelakang

Latarbela
akang ringk
kas
Latarbelakang yang baik tidak mengandu ungi elemenn-
elemen ya enting dan tiidak diperlukkan. Seorang
ang tidak pe
jurugambar yang baik harus mengetahuii bagaimana
mendapatkan suduut terbaikk bagi memperoleh hi
latarbelakkang yang baik.
b Sebaga ai contoh daalam gambaar
di sebela ah, dengan n mengguna akan sudutt pandanga an
tinggi, lata
arbelakang yang dipero olehi adalah rumput hija
au
yang kem mas dan men narik.

 Laman 30 
 
dkan focus
Menghad

ermakna hanya subjek yang


Menghadkan focus be y penting
g dalam foto
ograf kelihata
an
sharp didalam gamba
ar dan eleme
en yang kura
ang penting akan menjaadi samar.
Sebagai contoh:
c

Kaedah ini boleh dicapa ai dengan


mengawal aperture,
a bia
asanya yang g
paling luas seperti f2.8 atau f1.4.

¾ Keseimbang
K gan

Kita boleh me
K enjadikan ko
omposisi leb
bih menarik
dengan me encipta keseimbangan n didalam
gambar.

Sebagai
S contoh, gambar disebelah,
dibahagikan oleh pem misah diago onal pada
bahagian tengah, mencip
pta satu keseimbangan
untuk kedua subject.
s

Tips Pan
ntas Untuk Mengawal komposisi
k

• Pastikan ada
P a subjek uta
ama yang mampu
m men njadi stopping power untuk
u mata yang
m
melihat.
• P
Pastikan latarbelakang ya
ang baik, tid d melengkkapkan subject utama.
dak serabut dan
• P
Pastikan kommposisi adala
ah seringkas yang mun ngkin. Elakkaan dari mem
masukkan se emua
elemen yang wujud didep pan anda.
• K
Komposisi ya
ang paling ku
uat adalah yang
y mampu u menyampa aikan mesej paling cepa
at dan
je
elas.
• P
Pelajari gamb bar orang la
ain dan kenalpasti garissan dan ben ntuk2 yang menjadi building
block gambarr tersebut.

 Laman 31 
 
• Tanya diri anda apakah yang membuatkan anda tertarik pada sesuatu pemandangan,
adakah ketinggian sebuah bangunan, bentuk bunga, wajah yang jelita, pastikan
komposisi anda memperlihatkan perkara tersebut dengan jelas.
• Cropping, apabila framing portrait manusia, elakkan memotong pada sendi seperti lutut
atau siku. Terutama pada subjek utama.
• Nombor ganjil selalunya lebih menarik dalam komposisi gambar dari nombor bulat.
Bentuk segitiga lebih menarik dari segi empat.
• Belajar dari gambar orang lain tetapi elakkan persamaan dengan gambar orang lain.
• Ambil seberapa banyak gambar dan pilih gambar yang mempunyai komposisi terbaik di
computer.

11.0 Warna

Mengawal warna

1. Mahirkan diri dengan white balance. Eksperimen dengan white balance yang berlainan.
2. Contrast warna yang tinggi di dalam gambar boleh di capai dengan menjalin 2 warna
yang berlainan kecerahan dan jenis warna. Contohnya kuning berlawanan dengan biru,
hijau dengan magenta, merah dengan biru muda.
3. Gunakan Vivid mode pada camera untuk mendapat warna yang paling menarik.
4. Portrait mode pada camera akan memastikan warna kulit adalah se asli yang mungkin.
5. Gunakan polarizer untuk menaikkan saturation dan contrast.

 Laman 32 
 
12.0 P
Pencaha
ayaan

Tip-tip menggunaka
m an cahaya persekitara
an

1. A
Ambil gamba ar pada wakttu awal pagi dan petang kerana cahaya waktu ittu paling me enarik
2. Gunakan
G uk menambah kecerah
refflector untu han pada wajah,
w elakkkan guna flash
se
eberapa mungkin.
3. Silhouttes
S adalah untuk menunjukkan
m n bentuk sessuatu subjecct.
4. Kurangkan
K keekuatan flassh apabila mengambil
m gambar pada a waktu teng gahhari. Fill flash
adalah untuk k menguran ngkan shado ow tetapi bukan
b meng ghilangkannyya sama sekali.
S
Sesuatu benttuk akan keh hilangan benntuk sekiranyya tiada conntrast.
5. Elakkan
E flare
e/kilauan matahari atau u lampu ya ang kuat un ntuk menge elakkan massalah
ku
urang contra ast, atau maasukkan flare
e untuk kesa an artistic.
6. Warna
W semullajadi adalah h paling men
narik dan satturated pada a waktu lang git berawan.
7. Apabila
A meng gambil gammbar sewaktu u berkabus, naikkan exxposure untuk mendapa atkan
ke
ecerahan se emula.
8. Pada
P waktu gelap,
g gunakkan night portrait mode atau
a rear curtain flash.

Gabungan fllare/kilauan
G n matahari, rear curtain
n
f
flash dan ke
elajuan shuttter yang peerlahan bole
eh
m
memberikan hasil yang menarik.
m

Shooting mo
S ode : Manual
A
Aperture : f/2
25
S
Shutter spee ed : 1/30
F
Flash : TTL-Bl, -0.7EV, Rear
R Curtain
n Flash

 Laman 33