Anda di halaman 1dari 7

1

PENGENALAN

Kaunseling adalah satu profesion yang jelas dan nyata. Ia berkaitan dengan kebajikan,
pembangunan, dan membantu orang yang kurang berfungsi. Ini adalah berdasarkan prinsip dan
definisi yang berkembang pada awal hingga kini. Menurut Governing Council of the American
Counseling Association (ACA), praktis profesion kaunseling adalah berkait dengan kesihatan
mental, psikologikal, dan prinsip pembangunan manusia melalui kognitif, intervensi, strategi
menyediakan kebajikan, pertumbuhan personal atau pembangunan dalam pekerjaan dan juga
patologi. Pertama sekali, kaunseling adalah interaksi di antara kaunselor dengan pelajar
berdasarkan perhubungan mesra dan kepercayaan. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
hanya boleh diberi kepada pelajar yang sudi rela menerimanya dan tidak boleh dipaksa,
termasuk memilih tempat perbincangan. Sesi kaunseling hanya boleh dijalankan di antara
kaunselor dan kliennya di dalam bilik yang disediakan khas. Bimbingan dan kaunseling harus
diuruskan mengikut etikanya, demi memelihara hak pelajar. Segala maklumat pelajar adalah
dianggap sulit dan hanya boleh didedahkan kepada pihak yang bersama membantunya sahaja.
Pada masa yang sama, bimbingan dan kaunseling hendaklah dijalankan dalam situasi
bersendirian di antara kaunselor dan pelajar sahaja. Segala perkara yang dibincangkan
haruslah dirahsiakan. Tindakan susulan juga hendaklah dirancangkan selepas proses
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling agar memastikan masalah yang dihadapi, sama ada
akademik ataupun emosi-sosial, tidak akan timbul semula.
Seterusnya, perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling hanya boleh diuruskan oleh
kaunselor yang bertauliah atau guru bimbingan yang terlatih, iaitu orang yang mahir serta
berupaya membimbing klien dirinya menyelesaikan masalah akademik ataupun masalah
peribadi. Sebagai kesimpulan, bimbingan wujud untuk menolong individu memahami
kepelbagaian, kedalaman, pengalaman-pengalaman peribadi, peluang-peluang yang ada serta
pilihan-pilihan lain bagi mereka mengenal bertindak berdasarkan kekuatan-kekuatan dan
sumber-sumber peribadi mereka. Manakala, kaunseling merupakan pertolongan yang
profesional yang bertujuan membantu individu memahami diri sendiri dan alam sekelilingnya.

1
2

SOALAN 1

Berdasarkan pengalaman saya menjalani latihan praktikum terdapat masalah tingkah


laku dalam kalangan pelajar. Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk
kepada sebarang tingkah laku pelajar yang boleh menjejaskan kelicinan ataupun berkesanan
pengajaran dan pembelajaran, khususnya di dalam bilik darjah. Sesungguhnya, memang sudah
menjadi lumrah alam bahawa murid-murid yang diajar oleh seseorang guru mempunyai tahap
pencapaian yang berbeza-beza. Dari segi pemerhatian dan pengalaman, ramai murid yang
lemah dalam pelajaran atau tidak dapat mengekalkan kecemerlangan akademik. Bagi seorang
guru, mereka pasti tidak dapat mengelak daripada bertemu dengan masalah ini, seperti saya
juga, terdapat berbagai ragam murid di dalam sebuah kelas samada tingkah laku bermasalah
dalam mata pelajaran minor atau major.
Di sekolah saya juga terdapat seorang murid yang bernama Tanush Raj (nama
ditukar)yang berada di tahun 2. Murid ini suka mengganggu rakan semasa belajar dan tidak
duduk diam dalam kelas.Menurut Mok Soon Sang (2003), tingkah laku disruptif merupakan
tingkah laku yang mengganggu dan membahayakan orang lain seperti hiperaktif, kelakuan
nakal, bising, bergerak sesuka hati, ketawa kuat dan agresif sama ada secara lisan atau fizikal.
Manakala Kerr & Nelson (1998) dalam Nora Mislan (2007) pula menyatakan perlakuan disruptif
sebagai apa sahaja perlakuan yang mengganggu proses pembelajaran yang sedang
berlangsung di dalam bilik darjah. Cara-cara tingkah laku disruptif ini termasuklah untuk
mendapat perhatian tidak kira positif atau negatif, mengelak dari melakukan tugasan,
berkelakuan agresif dan kasar. Tiwi Kamidin (2004) menjelaskan bahawa individu yang
mempunyai tingkah laku disruptif akan sentiasa mengganggu dan menjejaskan kelicinan
perjalanan pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, Tanush Raj (nama ditukar) juga adalah seorang murid yang sederhana dalam
pelajarannya. Rakan-rakan sekelas sering terganggu dengan tingkah laku murid ini. Tingkah
laku ini boleh dikatakan tingkah laku disruptif. Tingkah laku disruptif ini sentiasa mengganggu
murid lain semasa pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di dalam kelas. Melalui hasil
kajian, saya telah mengetahui bahawa persekitaraan rumah murid tersebut juga agar kurang
kondusif. Maka, sebagai seorang guru saya cuba mengenalpasti masalah murid tersebut
melalui temu bual dengan murid tersebut dan juga guru-guru. Melalui temu bual dengan murid
tersebut saya dikenalpasti masalah tingkah laku murid tersebut wujud daripada keluarganya.
Saya difahamkan murid berkelakuan begini disebabkan murid berseorangan di rumah.Ibu bapa
akan balik malam disebabkan kerja. Murid ini tinggal bersama nenek.Murid ini berseorangan

2
3

dan , apabila murid datang ke sekolah dan berjumpa dengan kawan-kawan murid tersebut tidak
dapat mengawal dirinya untuk duduk diam.

Jadi untuk membantu murid ini bagi mengatasi masalahnya saya melaksanakan satu
sesi kaunseling individu.

Jika saya seorang kaunselor, bagi mengatasi masalah murid ini, saya akan merujuk teori
REBT iaitu teori Terapi Rasional Emotif Behavioral. Teori yang dipelopori oleh Albert Ellis
(1913), ini menerangkan tentang bagaimana masalah emosi dan neurotik adalah ditimbulkan
dari tiga sumber utama iaitu sumber pemikiran, emosi dan behavioral terutamanya pemikiran
kognitif yang memainkan peranan penting dalam pengekalan gangguan psikologikal. Saya
menggunakan teori ini kerana masalah murid ini adalah berkaitan dengan tingkah laku murid itu
sendiri. Hal ini kerana pendapat tokoh bagi teori ini adalah menekankan tentang perkaitan gerak
balas individu dengan ransangan adalah suatu proses pembelajaran, demi membentuk sesuatu
tingkah laku yang baru. Dalam hal murid ini, kami ingin membentuk satu tingkah laku yang baru
iaitu tingkah laku yang positif .

Pada masa yang sama saya bercadang ingin membuang atau mengurangkan tingkah
laku negatif yang ditonjolkan oleh murid ini dengan menggantikannya dengan tingkah laku yang
baik atau positif. Menurut Ellis, manusia bertanggungjawab atas perasaan gangguan yang
ditimbulkan oleh mereka sendiri, sama ada di bawah keadaan sedar atau tidak sedar. Maka
murid mempunyai sumber dan keazaman yang perlu untuk membawa perubahan yang sihat
selamalamanya. Berdasarkan pandangan Albert Ellis (1913), ini kami telah merangka satu sesi
kaunseling bagi membantu murid ini dalam mengawal tingkah lakunya. Hal ini kerana matlamat
teori ini adalah bertujuan membantu klien memperkembangkan pemikiran rasional dan logikal
melalui galakan mereka memikir dan memahami pemikiran tidak rasional yang diwarisi masa
dahulu adalah punca utama yang membawa masalah psikologikal masa kini. Klien dibimbing
untuk melihat dan menganalisis peristiwa emosi yang dialami.

REBT ialah satu terapi yang berbentuk didactic kognitive dan berorientasikan tindakan.
Ia menekankan peranan fikiran dan sistem pemikiran sebagai punca masalah peribadi. ( Dia
percaya manusia bermasalah dan bersifat negatif kerana dia fikir mengarut dan fikir benda yang
tak patut) Falsafah Asa Manusia cenderung dipengaruhi oleh pemikiran yang salah. Contohnya
ialah seperti Dia fikir kemudian dia terpengaruh dengan apa yang fikirkan. Kalau aku jawab
soalan cikgu ni kemudian salah malu lah aku nanti, kawan-kawan tentu akan ketawakan aku).
Hal ini akan menyebabkan gangguan emosi dan tingkahlaku berlaku. Pemikiran sangat

3
4

menentukan perasaan dan tindakan. Terapi ini berorientasikan pemikiran dan tingkahlaku. Ia
menekankan peranan berfikir, membuat keputusan, menyoal, bertindak dan kembali membuat
keputusan. REBT ialah satu model psiko-pendidikan. Ia menekankan terapi sebagai satu
proses pembelajaran mendapatkan kemahiran-kemahiran baru dan cara-cara baru untuk
berfikir dan mendapatkan cara-cara yang lebih efektif. Konsep Utama Masalah-masalah tingkah
laku mungkin berpunca daripada zaman kanak-kanak lagi. Sistem pemikiran individu ialah
punca utama kecelaruan. Dialog dalaman mempengaruhi tingkah laku seseorang Klien
menerokai tanggapan yang salah dalam diri. Jika saya seorang kaunselor saya, akan membuat
membuat sesi temu bual dengan klien terlebih dahulu. ( lampiran 1) .

Oleh yang demikian, saya akan menggunakan terapi muzik untuk murid tersebut.Terapi
muzik dapat menenangkan jiwa kanak-kanak yang menghadapi masalah seperti murid ini. Ini
kerana kanak-kanak yang sedang menghadapi kecelaruan mengenai personaliti diri
mereka.Melalui muzik, kesihatan mental dan fizikal dapat dipertingkatkan.Terapi muzik juga
merupakan satu terapi yang boleh bersifat umum.Ini kerana muzik adalah sesuatu yang mudah
untuk diterima oleh organ pendengaran kita dan seterusnya disalur kebahagian yang
memproses emosi.

Murid yang mengalami masalah seperti ini, digalakkan untuk menggunakan terapi
muzik pasif kerana di dalam terapi inilah mereka terpaksa belajar untuk mengawal diri mereka,
Terapi muzik pasif juga sedikit sebanyak mengawal serta mengurangkan kadar pergerakkan
kanak-kanak. Melalui terapi ini juga, murid tersebut akan mendapat faedah seperti ketenangan
yang sempurna untuk diri. Ketenangan tersebut mampu untuk mengimbangi keadaan hormon
murid tersebut yang mungkin sebelum ini mengalami gangguan. Sekali gus, dapat menjadikan
diri lebih rasional. Tidak dinafikan, ada juga aktiviti yang boleh dilakukan untuk kanak-kanak
hiperaktif ini jika ingin menggunakan terapi muzik aktif.

Contoh aktiviti pengajaran subjek matematik yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak
bermasalah ini ialah meniru cara gamelan dimainkan. Cara ini tidak memerlukan bahan yang
sebenar cukup sekadar menggunakan barangan tiruan seperti kapur untuk menggantikan
pemukul gamelan. Masa yang diperlukan sekitar 50 minit.Tempoh masa 50 minit boleh dikira
agak lama tetapi dengan aturan aktiviti yang sesuai mampu untuk melegakan murid tersebut.
Contoh prosedur yang boleh dilakukan ialah guru memanggil empat orang murid dan
melibatkan murid tersebut juga untuk bermain gamelan dan menyuruh murid yang lain beratur
sambil memegang bahu kawannya. Murid juga di minta untuk berdiri melihat rakannya yang

4
5

bermain gamelan. Apabila murid tersebut melihat rakannya melibatkan diri bersama rakan
sekelas yang lain. Murid akan terleka ketika melihat rakannya bermain alat muzik tersebut
kerana disitulah permulaan minat tercetus dan rasa ingin mencuba akan semakin kuat.

Guru-guru boleh memanfaatkan sesi tersebut dengan menulis nombor di atas gamelan
sebagai contoh dan meminta pelajar untuk mengetuk gamelan mengikut bilangan yang di
tulis.Ini sedikit sebanyak mampu untuk di terapkan sebagai terapi muzik di dalam kelas dan
kesempatan yang ada haruslah digunakan oleh guru yang mengajar untuk menarik minat murid
tersebut yang mengalami masalah hiperaktif kerana mereka tidak boleh diabaikan. Jika
diabaikan adalah amat sukar untuk memupuk minat mereka untuk belajar semula kerana minda
murid akan menolak untuk belajar kerana menganggap belajar adalah sesuatu yang
membosankan. Penelitian oleh tokoh bernama Frances Rauscher , menyatakan bahawa terapi
muzik mampu untuk meningkatkan tahap kecerdasan kanak-kanak. Oleh disebabkan itu, terapi
muzik amat berguna untuk menutup kelemahan kanak-kanak hiperaktif yang paling ketara
dapat dilihat ialah pencapaian akademik yang berada di tahap rendah berbanding rakan yang
sebaya dengannya.

Selain itu saya akan meggunakan teknik modifikasi bagi menangani masalah ini.Kaedah
yang digunakan perlu dipelbagaikan kerana kelemahan murid pun berbeza-beza.Sering kali
saya juga mendengar bahawa guru-guru akan melabel murid-murid tersebut dengan berbagai-
bagai label atau panggilan yang negatif. Perkara ini perlulah dielakkan jika kita benar-benar
hendak membantu murid yang kurang kemahiran ini. Semasa guru mengajar di kelas,guru mula
bertanya beberapa soalan kepada murid tentang topik pengajaran pada hari tersebut secara
mudah dan lisan .Dengan ini, murid tersebut minat untuk menjawab soalan-soalan yang di
utarakan oleh guru.

Secara tersiratnya ,guru juga dapat mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran
pada hari tersebut dengan baik. Guru tersebut telah memberikan peneguhan positif iaitu,
memberi ganjaran menyiapkan kerja rumah yang diberi. Contohnya seperti : baik, bagus,
tahniah syabas dan lain-lain lagi. Bukanlah setiap kali siap kerja sekolah, diberi ganjaran, tetapi
guru menyediakan rekod prestasi murid, murid yang paling banyak menyiapkan kerja sekolah
akan diberi ganjaran seperti memberi star kepada murid. Cara ini juga boleh menjadi bukti atas
kesalahan yang murid lakukan.

5
6

Tingkah laku bermasalah tidak boleh memandang remeh. Hal ini kerana ia akan
menjejaskan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Setelah suatu tingkah laku
bermasalah dikenalpasti, guru seharusnya menggunakan teknik modifikasi tingkah laku yang
sesuai untuk menangani masalah tersebut. Pengajaran dan pembelajaran akan dijalankan
dengan lancar apabila tingkah laku bermasalah diselesaikan. Guru juga dikehendaki
menunjukkan amalan nilai-nilai murni atau teladan sebagai contoh kepada murid-murid.
Pandangan dan kajian dari tokoh-tokoh juga boleh dijadikan sebagai panduan oleh pihak
sekolah bagi merancang strategi-strategi untuk meningkatkan keberkesanan mengatasi tingkah
laku bermasalah di kalangan murid-murid.

6
7