Anda di halaman 1dari 2

KRONOLOGI GEMPA BUMI GUNUNG KINABALU

Dari Puncak sampai turun (Timpohon Gate).

5.50 pagi: Pendaki sampai ke puncak gunung yang diberi nama Low's
Peak of Mount Kinabalu dengan ketinggian 4,096 meter.
selepas bergambar dan menikmati keindahan matahari
terbit , pendaki diarahkan untuk segera turun. (Malim gunung
tidak membenarkan pendaki duduk lama di puncak kerana
pendaki perlu sampai ke Laban rata (tempat penginapan)
sebelum pukul 10 pagi.
7.10 pagi: Gegaran yang pertama dirasai oleh pendaki. Goncangan
kuat menyebabkan pendaki cemas dan berlarian turun.
Malim gunung mengarahkan semua pendaki yang masih
berada di gunung untuk berkumpul di kawasan yang rata.
Sementara pendaki yang telah turun lebih awal tidak
diketahui status mereka.
8.40 pagi: Gegaran susulan dirasai. Pendaki yang masih terkandas di
atas gunung menunggu arahan daripada pegawai atasan
untuk turun daripada gunung. Namun keadaan masih tidak
selamat kerana tidak ada jalan untuk turun lagi. (Jalan
musnah ditimpa batu-batu besar yang jatuh daripada
gunung).
2.20 Pegawai keselamatan cuba untuk memberikan bantuan
petang: menggunakan helikopter namun tidak berjaya kerana kabus
yang tebal dan menghalang helikopter untuk mendarat di
gunung. Pendaki tidak putus-putus berdoa agar mereka
semua dalam keadaan selamat.
3.30 Pendaki diarahkan untuk turun. Semasa turun daripada
petang: gunung, kelihatan debu dan batu-batu yang berguguran di
laluan bawah Sayat-sayat (Laluan ke laban rata). Malim
gunung terpaksa membuat jalan yang baharu kerana jalan
yang sepatutnya dilalui telah ditutupi batu dan pokok-pokok
renek. Kelihatan beberapa mayat pendaki berkelimpangan
dan tidak dapat diselamatkan lagi. Semasa dalam perjalanan
turun, gegaran susulan masih lagi berlaku. Pendaki hanya
mampu berdoa agar tidak ada lagi batu-batuan yang jatuh
dari atas gunung.
7.00 Pendaki sampai di laban rata (tempat penginapan) lalu
petang: bergegas untuk mengambil barang daripada bilik. Kemudian
Pendaki beratur mengikut kumpulan untuk mengira bilangan
ahli. Jika ahli kumpulan mencukupi, pendaki akan
memulakan perjalanan turun hingga ke pintu masuk
timpohon.
11.45 Pendaki sampai di pintu masuk timpohon. Kelihatan polis,
malam: ambulans, wartawan dan ahli keluarga pendaki menunggu
ketibaan pendaki. Pendaki yang pengsan dan cedera di
hantar ke hospital.

Anda mungkin juga menyukai