Anda di halaman 1dari 12

1.

0 PENGENALAN

Fenomena tekanan emosi yang berlaku dalam bidang pendidikan pada masa kini bukanlah
perkara yang baru lagi. Hal ini telah lama diperkatakan dan dibincangkan tidak kira oleh para
pengamal media mahupun masyarakat sendiri. Tekanan emosi ini bukan sahaja berlaku
kepada warga pendidik tetapi juga berlaku kepada murid. Hal ini sememangnya
membimbangkan kerana sekolah merupakan tempat menimba ilmu dan pengetahuan.
Masalah yang berlaku ini akan menyebabkan perkembangan pendidikan terbantut dan tidak
berkualiti.

Tekanan ataupun stres merupakan reaksi fizikal dan mental emosi seseorang akibat
sesuatu situasi yang menyebabkan seseorang itu tidak mendapat keselesaan hidup (Mohd
Salleh, 1994). Stres juga boleh diertikan sebagai jenis desakan yang memberikan kesan
terhadap kehidupan seharian seseorang. Kesan daripada desakan ini sama ada baik atau
buruk bergantung kepada tindak balas yang menyebabkan stress (Mohd Azhar, 2004).

Menurut Hatta dan Mohamed (2005), mentakrifkan stress sebagai tindak balas minda
dan fizikal yang terhasil daripada permintaan mengikut sesuatu keadaan atau tempat. Stress
terjadi akibat perubahan yang berlaku di dalam tubuh dan mempunyai kaitan dengan alam
sekeliling. Nor Hanani (2007) pula menyatakan stress merangkumi tekanan, beban, konflik,
keletihan, ketegangan, panik, perasaan gemuruh, kemurungan dan hilang daya. Gejala
stress ini terhasil apabila seseorang itu berasa keperluannya melebihi daripada keupayaan
yang ada pada dirinya.

Secara kesimpulannya, tekanan emosi atau stress merupakan gangguan emosi,


proses pemikiran dan keadaan fizikal seseorang yang terganggu disebabkan menerima
sesuatu yang berada di luar kebiasaan atau kemampuan dirinya. Hal ini menyebabkan
tekanan emosi berlaku dalam diri individu tersebut.

4
Tugasan 2 : Kenal pasti langkah-langkah yang telah diambil bagi menangani gangguan emosi
dalam kalangan guru dan murid yang tidak menunjukkan keberkesanan jangka panjang.
Bahaskan langkah-langkah baharu yang lebih berkesan dengan berasaskan fakta yang relevan
bagi menangani masalah gangguan emosi dalam kalangan guru dan murid.

2.0 LANGKAH-LANGKAH YANG TELAH DIAMBIL BAGI MENANGANI GANGGUAN EMOSI


DALAM KALANGAN GURU DAN MURID YANG TIDAK MENUNJUKKAN
KEBERKESANAN JANGKA PANJANG.

Langkah-Langkah Yang Telah Diambil Bagi Menangani Gangguan Emosi Dalam


Kalangan Guru Dan Murid Yang Tidak Menunjukkan Keberkesanan Jangka Panjang.

Perubahan KBSR Pengenalan PBS Pengenalan SPS


kepada KSSR

Tujuan: Tujuan: Tujuan:


Permasal
Memudahkan tugas guru mengajar Menangani masalah sistem menangani masalah sistem
dan meningkatkan penguasaan Pendidikan Negara yang terlalu Pendidikan Negara yang terlalu
murid dalam mata pelajaran berpaksiran peperiksaan. berpaksiran peperiksaan.

- -
- Permasalahan yang timbul:
Permasalahan yang timbul: Permasalahan yang timbul:
- Guru dibebankan dengan
- Penyesuaian diri guru untuk kesibukan mengisi dan
merekodkan penilaian murid ke - Sekolah pedalaman yang tidak
menyampaikan ilmu tersebut.
dalam sistem komputer berpusat. disediakan kemudahan komputer
-
- dan jalur lebar.
- Pendokumentasian pentaksiran
yang agak teknikal dan kompleks. - - Mengambil masa yang lama untuk
memasukkan markah murid-murid - Membebankan para guru apabila
- Murid Menghadapi pelbagai dalam sistem yang didakwa terlalu terpaksa lakukan atas talian, tetapi
lembap.. tidak mempunyai connectivity
ujian sama ada ujian bulanan
mencukupi
mahupun peperiksaan penggal
Guru perlu mengemukakan
evidens yang banyak bagi murid
yang mendapat pencapaian
- Band 5 dan 6.
-

5-
Dalam bidang pendidikan, tekanan emosi dalam kalangan guru dan murid bukanlah
menjadi perkara asing lagi. Malahan, isu dan kes tekanan emosi ini telah menjadi tajuk
utama di dada-dada akhbar tempatan setiap tahun. Begitu juga dengan kajian-kajian ilmiah
yang telah dibuat oleh ahli-ahli akademik mengenai fenomena ini menunjukkan bahawa isu
ini semakin meningkatkan dan membimbangkan. Pihak kerajaan melalui Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) telah memandang serius berkaitan isu ini dan telah melaksanakan pelbagai
inisiatif bagi membendung masalah ini. Namun, keberkesanan langkah tersebut tidak
menunjukkan impak yang panjang. Justeru itu, langkah dan strategi yang baru hendaklah
dipikirkan agar masalah ini dapat diselesaikan dengan cara yang lebih efektif.

2.1 Perubahan Kurikulum

Pada tahun 2011, pihak kerajaan telah memperkenalkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) bagi menggantikan Kurikulum Baru sekolah Rendah (KBSR). Salah satu tujuan KSSR
ini diperkenalkan adalah untuk memudahkan tugas guru mengajar dan penguasaan murid
dalam mata pelajaran. Seperti yang kita sedia maklum, dalam KSSR terdapat banyak
pembaharuan yang dilakukan serta pemambahbaikan dari pelbagai aspek. Kurikulum baru ini
sudah pasti membantu guru meningkatkan penguasaan murid terhadap sesuatu topik pelajaran.
Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran dalam KSSR memudahkan guru untuk
memahami perkara spesifik tentang perkara yang patut diketahui dan dikuasai oleh murid
dalam suatu tempoh persekolahan yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Oleh itu, guru-guru akan dapat merancang strategi pengajaran dan pembelajaran dengan lebih
teratur dan berkesan mengikut standard atau kriteria yang telah ditetapkan mengikut masa yang
diperuntukkan. Murid pula dapat mengikuti pembelajaran dengan mudah kerana topik
pembelajaran yang perlu mereka kuasai telah disusun secara berperingkat dan teratur.

Namun demikian, perubahan KBSR kepada (KSSR) juga dikenalpasti menjadi rungutan
terhadap pertambahan beban tugas guru. Sungguhpun guru perlu bersikap positif dengan
langkah kerajaan untuk melaksanakan tranformasi pendidikan, namun, keputusan mendadak
kerajaan akan memberi impak kepada penyesuaian diri guru untuk menyampaikan ilmu
tersebut (Sanitah et al., 2012). Dapatan kajian oleh Tan (2012) menunjukkan bahawa
perlaksanaan KSSR merupakan salah satu rungutan guru yang berkaitan dengan beban tugas.
Berbanding dengan kurikulum sebelumnya, kurikulum baru ini menekankan kepada sistem
pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) yang berterusan sepanjang tahun semasa bagi setiap
murid meliputi pendokumentasian yang agak teknikal dan kompleks. Murid-murid juga turut

6
terbeban kerana terpaksa menghadapi pelbagai ujian sama ada ujian bulanan mahupun
peperiksaan penggal. Hal ini jelas bahawa perubahan dalam kurikulum ini tidak memberi impak
yang positif dalam menangani masalah tekanan emosi dalam kalangan guru dan murid.

2.2 Pengenalan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

Pada tahun 2011 juga, pihak kerajaan telah memperkenalkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
(PBS). Pengenalan sistem ini adalah atas dasar penambahbaikan bagi menangani masalah
sistem Pendidikan Negara yang terlalu berpaksiran peperiksaan yang disifatkan membebankan
murid. PBS merupakan salah satu komponen pentaksiran yang dikendalikan oleh pihak sekolah
dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. PBS dirancang, ditadbir, dilihat dan dilaporkan secara
terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).
Maka, dengan wujudnya sistem PBS ini, diharapkan murid-murid tidak terlalu ditekankan
dengan peperiksaan kerana tahap pencapaian mereka bukanlah diukur melalui peperiksaan
semata-mata tetapi dinilai sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

Namun demikian, pengenalan sistem PBS ini jelas memberi respon yang negatif
daripada warga pendidik dan pada 11 Februari 2014, KPM telah membuat keputusan untuk
menangguhkan PBS serta mengkaji semula pelaksanaannya. Hal ini adalah kerana guru-guru
menyatakan bahawa mereka dibebankan dengan kesibukan mengisi dan merekodkan penilaian
murid ke dalam sistem komputer berpusat yang menjadi bebanan kepada mereka. Mana
tidaknya, apabila guru-guru mula merasa terbeban dengan kerja yang semakin banyak hingga
terpaksa berjaga sampai ke subuh semata-mata untuk memasukkan markah murid-murid
dalam sistem yang didakwa terlalu lembap. Menerusi sistem ini, prestasi murid tidak lagi dinilai
melalui peperiksaan mahupun ujian sebaliknya dinilai setiap hari oleh guru dan markah perlu
dimasukkan dalam Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS). Tambahan
lagi, guru perlu mengemukakan evidens yang banyak bagi murid yang mendapat markah Band
5 dan 6 yang jelas sangat membebankan tugas guru. Oleh yang demikian, pengkajian semula
pelaksanaan PBS ini haruslah dipertimbangkan kerana sistem ini jelas tidak memberi impak
yang positif terutamanya bagi menangani isu tekanan guru dan murid.

7
2.3 Pengenalan Sistem Pengurusan Sekolah

Bagi menangani isu beban tugas guru, pihak KPM juga telah memperkenalkan Sistem
Pengurusan Sekolah (SPS) pada tahun 2009. SPS merupakan aplikasi pengurusan maklumat
di sekolah secara atas talian (online) dan berfungsi sebagai sistem yang mengautomasi dua
bidang utama di sekolah iaitu pengurusan dan pentadbiran pendidikan serta pengajaran dan
pembelajaran (PdP). Pengenalan SPS ini dapat memudahkan kerja pihak pentadbir dan guru-
guru terutamanya dalam urusan pengkeranian seperti penyimpanan rekod dan pengurusan
sistem fail. Dengan adanya SPS ini, segala maklumat berkaitan dengan pengurusan sekolah
seperti pengurusan maklumat sekolah, takwim sekolah, kehadiran murid, pengurusan disiplin
dan sebagainya mudah diuruskan dan dapat diakses pada bila-bila masa.

Hakikatnya, pengenalan SPS ini tidak menunjukkan keberkesanan jangka panjang. Hal
ini disebabkan daripada kelemahan pelaksanaan SPS itu sendiri. Antara kelemahan tersebut
ialah masih terdapat banyak sekolah terutamanya di sekolah pedalaman yang tidak disediakan
kemudahan komputer dan jalur lebar. Menurut Abdul Said Ambotang & Muhamad Hisyam Mohd
Hashim (2014), kebanyakan sekolah di pedalaman Sabah terutamanya di Gabungan Keningau
masih kekurangan peralatan seperti komputer. Selain itu, menurut Abdul Rahman (2011),
beban tugas guru bertambah disebabkan mereka banyak menjalankan tugas bercorak
perkeranian tanpa diberikan kemudahan atau kelengkapan komputer. Kelemahan ini turut
dibuktikan melalui kenyataan yang disuarakan oleh Yang Berhormat Nurul Izzah binti Anwar
dalam mesyuarat Dewan Rakyat yang bertarikh 14 November 2016. Beliau menyatakan
bahawa kerja-kerja perkeranian yang banyak yang membebankan para guru adalah bila masa
dia terpaksa lakukan atas talian, tetapi tidak mempunyai connectivity mencukupi. Tambahan
lagi, isu kekurangan kemudahan komputer dan jalur lebar ini jelas bertentangan dengan
sasaran yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu SPS digunakan di semua
sekolah menjelang penghujung tahun 2013. Jelaslah bahawa Pengenalan SPS ini mempunyai
banyak kelemahan dalam membantu mengatasi masalah tekanan dalam kalangan guru dan
tidak memberi kesan jangka panjang.

8
3.0 CADANGAN LANGKAH BAHARU YANG LEBIH BERKESAN BAGI MENANGANI
GANGGUAN EMOSI DALAM KALANGAN GURU DAN MURID.

Meningkatkan Mewujudkan
Daya Tahan Iklim Sekolah
Dalam Kalangan
Guru Yang Kondusif.

Cadangan langkah baharu


yang lebih berkesan bagi
menangani gangguan emosi
dalam kalangan guru dan
murid.

Aktiviti Bersukan
Dan Beriadah

3.1 Meningkatkan Daya Tahan Dalam Kalangan Guru

Melihat kepada trend pendidikan masa kini yang sentiasa berdepan dengan perubahan, maka
profesion perguruan masa depan akan semakin mencabar. Setiap guru haruslah mempunyai
daya tahan emosi, sosial dan spiritual yang kukuh. Menurut Taylor (2013), daya tahan
merupakan elemen penting yang diperlukan oleh setiap guru bagi memenuhi
cabaran-cabaran yang mendatang dan terus kekal proaktif dalam profesion keguruan. Justeru
itu semua pihak terutamanya Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri
dan Pejabat Pendidikan Daerah perlu mengambil inisiatif dan langkah proaktif serta berterusan
dalam merangka dan melaksanakan program-program intervensi yang diperlukan dalam usaha
memupuk dan meningkatkan daya tahan dalam kalangan guru. Sebagai contoh, program atau

9
kursus pasca perkhidmatan boleh dianjurkan untuk guru yang belum disahkan jawatan ataupun
guru yang menunjukkan gejala burnout.

Contoh program atau kursus yang boleh dianjurkan untuk meningkatkan daya tahan
guru adalah seperti usaha yang pernah dilaksanakan oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan
Kebangsaan Malaysia (NUTP) pada tahun 2006 yang bertajuk Kursus Pengurusan Stres
dalam Kerjaya Perguruan. Daripada 45 orang pemimpin NUTP yang menyertai kursus ini,
kebanyakan mereka menyatakan bahawa kursus sedemikian banyak membantu mereka dalam
pengurusan stres dan meningkatkan daya tahan guru. Justeru, penganjuran kursus sedemikian
haruslah diperluaskan lagi. Di samping itu, pihak sekolah khususnya pentadbir dan unit
bimbingan & kaunseling juga boleh mengenal pasti guru-guru yang kurang berdaya tahan
seterusnya merangka dan melaksanakan program intervensi yang dapat membantu memupuk
dan mengekalkan daya tahan mereka. Guru-guru sendiri juga perlu meningkatkan kesedaran
diri tentang tahap daya tahan mereka bagi meningkatkan profesionalisme mereka serta
kemajuan dalam bidang kerjaya sebagai pendidik

Selain daripada program dalam perkhidmatan berkenaan pengurusan tekanan guru


yang dicadangkan di atas, program pendidikan guru juga perlu dimasukkan aspek pengurusan
tekanan bagi menyediakan bakal guru berdepan dengan dunia profesion perguruan yang
semakin mencabar itu. Oleh itu, pengenalan subjek pengurusan emosi perlu diperluaskan di
seluruh instituti pengajian tinggi yang menawarkan kursus perguruan untuk memantapkan lagi
daya tahan dalam kalangan bakal guru. Secara keseluruhan, daya tahan dalam kalangan guru
masa kini merupakan satu aspek yang penting dalam memastikan prestasi guru di negara ini
berada pada tahap yang cemerlang. Guru yang berkualiti dikatakan dapat mengajar serta
mendidik anak murid menjadi insan yang cemerlang di masa hadapan.

3.2 Mewujudkan Iklim Sekolah Yang Kondusif.

Masalah tekanan emosi dalam kalangan guru dan murid juga dapat dikurangkan melalui
pewujudan iklim sekolah yang kondusif. Iklim sekolah yang kondusif bukan hanya di bilik darjah
malah persekitaran sekolah haruslah menunjukkan bahawa sekolah adalah sebuah tempat
yang boleh merangsang aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Sekolah perlu
mendapatkan pelbagai kemudahan dan peluang yang membolehkan kanak-kanak belajar
sendiri contohnya kemudahan perpustakaan, alat bantu mengajar dan komputer agar
pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Projek menaiktarafkan banyak sekolah
sekali gus dapat memberi keselesaan kepada guru dan pelajar untuk mengikuti proses

10
pengajaran dan pembelajaran. Antara perkara yang diberi tumpuan dalam projek naik taraf
ialah dari segi pembaikan dan penambahan kelas, dewan, makmal sains serta kemudahan-
kemudahan lain yang sudah uzur dan tidak boleh digunakan lagi. Menurut ucapan Menteri
Pelajaran YB Dato Seri Mahdzir Bin Khalid pada 15 April 2016:

Saya yakin dengan penumpuan kepada projek ubahsuai naik taraf ini kita akan dapat
menyediakan akses pendidikan yang lebih berkualiti terutama kepada pelajar. Malah
para pelajar dan guru juga berpeluang menikmati persekitaran pendidikan yang lebih
nyaman, tenang dan selesa.

Usaha Kementerian ini amatlah murni bagi memastikan matlamat ini benar-benar
tercapai dan menjadikan semua sekolah di negara ini lebih ceria, dinamik dan progresif serta
menepati kualiti kemudahan pendidikan yang diharapkan pada masa depan. Demikian juga
usaha ini perlu dilaksanakan di bangunan sekolah yang letaknya jauh dari bandar, menambah
peruntukan bahan mengajar seperti komputer, LCD dan sebagainya. Dengan adanya
kemudahan komputer dan jalur lebar ini, hal ini akan memudahkan lagi kerja-kerja guru
terutamanya dalam memasukkan sebarang data dan maklumat ke dalam sistem sekolah secara
atas talian (online). Tambahan lagi, di Sarawak pada Mei 2016, Perdana Menteri Malaysia,
Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberikan komputer tablet percuma kepada semua warga
pendidik di negeri itu. Perdana Menteri berkata, penyediaan gajet berkenaan adalah satu
langkah yang begitu besar kesannya dan beliau yakin proses pengajaran dan pembelajaran
(P&P) akan melonjak kepada tahap yang lebih tinggi selain membolehkan konsep pembelajaran
berlaku di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa (Berita Harian, 6 Mei 2016). Oleh itu,
inisiatif kerajaan seperti ini perlu diperluaskan di seluruh negara agar semua warga pendidik
menerima kemudahan yang sama. Ternyata bahawa melalui iklim sekolah yang kondusif serta
dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dapat mengurangkan masalah tekanan emosi dalam
kalangan guru dan murid.

3.3 Aktiviti Bersukan Dan Beriadah

Bersenam dan melakukan latihan jasmani dapat membantu manusia melupakan


tekanan yang dihadapi. Badan yang segar akan mempunyai otak yang cerdas. Dengan cara ini,
mereka yang berkenaan dengan tekanan dapat memikirkan cara yang sesuai untuk
berhadapan dengan tekanan tersebut tanpa diri mereka tersekat dalam suasana yang tertekan.
Oleh yang demikian, Pihak kementerian Pelajaran haruslah memperkasakan lagi amalan dan

11
budaya sukan di peringkat sekolah. Penglibatan setiap guru dan murid juga perlu ditingkatkan
lagi. Sebagai contoh, pihak kementerian hendaklah mewajibkan setiap guru menjadi guru
penasihat Kelab Sukan Sekolah serta aktiviti bersukan dalam kalangan guru dan murid
diwajibkan pada hari tertentu dengan jadual tertentu. Dengan aktiviti sukan sebegini juga, ia
sudah tentu dapat meningkatkan lagi hubungan antara guru-guru serta antara guru dan murid,
seterusnya menjadikan suasana sekolah menjadi lebih ceria dan harmoni. Kenyataan ini turut
disokong oleh Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat Khairy Jamaluddin yang menyatakan
bahawa, sambutan Hari Sukan Negara (HSN) di Peringkat Sekolah dapat meningkatkan
penglibatan sukan dan menjadi saluran yang dapat menjalinkan hubungan yang erat antara
para guru, murid dan semua warga sekolah. (Berita Harian 6 Oktober 2016)

Dasar 1 Murid 1 Sukan merupakan salah satu contoh langkah bijak pihak kerajaan
untuk meningkatkan penglibatan sukan dalam kalangan murid. Secara tidak langsung juga,
penglibatan wajib setiap murid dalam kegiatan sukan juga dapat mengurangkan ketegangan
emosi dalam kalangan murid yang sering ditekankan dengan pencapaian akademik sahaja.
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Pendidikan) Kementerian Pelajaran,
Datuk Sufa'at Tumin berkata, tidak timbul isu bahawa aktiviti sukan ini membebankan guru
ataupun murid kerana ia bergantung kepada pihak sekolah menyusun atur program sukan
tanpa menganggu pembelajaran murid,'' (Berita Harian, 25 Februari 2013). Oleh yang demikian,
jelaslah bahawa aktiviti riadah dan bersukan ini sangat berkesan dalam mengatasi masalah
tekanan emosi dalam kalangan guru dan murid Amalan bersukan di peringkat sekolah ini juga
perlu diperkasakan lagi kerana ia sangat sejajar dengan keperluan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang mahu melahirkan generasi murid di negara ini yang holistik, cemerlang serta
seimbang dalam pencapaian akademik dan sukan.

(1892 Patah Perkataan)

12
4.0 RUMUSAN

Profesion guru adalah salah satu daripada tugas yang sukar dan perlu kepada usaha
pengorbanan yang tinggi. Sememangnya boleh dikatakan bahawa semua bidang mampu
menyebabkan tekanan kepada individu. Tetapi tidak bermakna bahawa tekanan pada tahap
tinggi sehingga menyebabkan gangguan pada operasi pendidikan itu perlu dipandang sebagai
suatu insiden biasa. Perkara ini perlu diberi perhatian sekurangkurangnya melalui tindakan atau
pelaksanaan penyelesaian secara berperingkat.

Justeru itu, tekanan emosi yang dialami oleh guru dan murid ini perlulah ditangani
dengan segera sebelum hal ini berlarutan dengan lebih besar lagi. Semua pihak perlulah
bersama-sama berganding tangan mengembleng usaha dan tenaga bagi mengurangkan
tekanan emosi yang dialami oleh guru dan murid. Hal ini jika tidak diambil langkah segera
akan membawa satu cabaran yang besar kepada pembangunan pendidikan negara.

Isu ini perlu dipandang serius supaya bidang pendidikan yang sentiasa diperbaharui dan
dipertingkatkan mutunya ini dapat selari dengan keperluan dan kepentingan semua pihak yang
terlibat. Meningkatkan mutu pendidikan bukan bermakna perlu mengorbankan atau menuding
hanya kepada sesuatu pihak. Tetapi perlu dengan usaha serta penglibatan semua pihak dan
memenuhi kepentingan setiap pihak yang terlibat. Penyelesaian yang ditekankan perlu
merangkumi penglibatan semua pihak termasuk kementerian, sekolah dan individu guru itu
sendiri. Segalanya adalah usaha demi mempertingkat dan memartabatkan status pendidikan
Malaysia.

13
Rujukan

Abdul Manaf, A. H. (2009). Faktor-faktor tekanan dun kesannya kepada guru sekolah
Menengah kebangsaan: Satu kajian di daerah timur laut Pulau Pinang. Unpublished
Master Thesis.Kedah: UUM

Abdul Muin Sapidin (2013). Stres Guru Membimbangkan Akibat Banyak Perubahan dan
Bebanan Tugas Yang Keterlaluan NUTP. Berita Harian.

Abu Omar b Mos (1996). Punca Dan Tahap Tekanan Pengurusan Di Kalangan Pentadbiran
Sekolah Rendah. Tesis M.Ed. UM.

Azizi Yahaya. (2010). Gaya kepimpinan guru besar dan hubungannya dengan faktor-faktor
kepimpinan di sekolah penerima anugerah sekolah cemerlang di negeri Melaka. Jurnal
penyelidikan guru. ISSN 1823-5891, Jilid 5.

Faridah Karim dan Zubaidah Aman (1998). Implikasi Burnout di Kalangan Guru Terhadap
Sistem Pendidikan. Prosiding Seminar Isu-isu Pendidikan Negara. Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Fun, S., W. (2008). Faktor-faktor yang mendorong tekanan kerja (stress) di kalangan
guru-guru sjk(c): Satu kajian di tiga buah sekolah di wilayah persekutuan. Unpublished
Degree Thesis. Johor: UTM

Halim S.S & Nasir. R. (2010). Kesan Kecerdasan Emosi ke Atas Tekanan Kerja dan
Niat Berhenti Kerja Profesion Perguruan. Bangi: Universiti Kebangsaan
Malaysia.

14
Harun Arrasyid (2002). Kaedah Rawatan Mengatasi Gangguan Stres Emosi. Kuala Lumpur:
Zebra Editions Sdn. Bhd.

Mastura Mahfar, Fadilah Zaini, dan Nor Akmar Nordin., (2007). Analisis Faktor Penyebab Stres
Dikalangan Pelajar. Jurnal Kemanusiaan: Universiti Teknologi Malaysia. 9:62-72.

Mok Soon Sang (2010). Kompetensi kecerdasan emosi. Selangor: Penerbitan Mulitmedia
Sdn.Bhd.

Razak, A. M. N. (2012). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.


Dicapai pada November 10, 2013. Dari
http://www.moe.gov.my/userfiles/file/PPP/Preliminary-Blueprint-BM.pdf

See Ching Mey dan LeeSIew Siew (2005). Kemurungan Di Kalangan Pelajar ; Satu Kajian
Kes. Jurnal Pendidik dan Pendidikan .Jld.20. 113-129. USM

Tengku Mastura dan Noraime (2006). Stres Di Kalangan Guru: Satu Kajian Ke Atas Guru Di
Sekolah Menengah Kebangsaan Skudai. Projek Sarjana Muda. Universiti Teknologi
Malaysia.

Woo, S. F. (2008). Faktor-Faktor yang Mendorong Tekanan Kerja (Stress) Di


Kalangan Guru-Guru SJK(C): Satu Kajian di 3 Wilayah Persekutuan.
Skudai: Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Ijazah Sarjana Muda.

15