Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
1.0 Pendahuluan
Pendengaran adalah salah satu nikmat yang sangat berharga yang dikurniakan tuhan untuk
keperluan manusia. Ianya membolehkan manusia mendengar dan memberi tindakbalas
kepada persekitaran. Walaubagaimanapun bukan semua manusia dilahirkan sempurna. Ada
manusia yang dilahirkan dengan pendengaran yang bermasalah. Penampilan sebahagian
mereka yang kelihatan sama seperti orang yang boleh mendengar, menyebabkan kita
tersalah anggap kepada golongan ini. Terdapat juga manusia yang dilahirkan normal,
namun kerana beberapa sebab seperti terkena penyakit, kemalangan di bahagian telinga
dan terdedah kepada bunyi yang terlalu kuat, menyebabkan mereka mengalami masalah
pendengaran.
Ketidakupayaan mendengar bunyi persekitaran akan memberi kesan terhadap fungsi dan
kualiti hidup seseorang. Pendengaran memainkan peranan penting untuk seseorang
menguasai pertuturan. Sebab itulah, kebanyakan orang yang bermasalah pendengaran
akan mengalami masalah pertuturan. Ini disebabkan mereka tidak menerima rangsangan
dari pendengaran yang akan mendorong mereka untuk bertutur. Hal ini menyebabkan
mereka mempunyai masalah di dalam berkomunikasi.
1
Sumbangan Teknologi Komunikasi Terhadap Golongan Bermasalah Pendengaran Di Malaysia
Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008, OKU termasuklah mereka yang mempunyai
kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi
dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam
masyarakat.
Asmah Hj Omar (1986);pekak ialah individu yangg lahir dengan kecacatan pada deria
pendengaran yang tidak dapat mengenal bunyi bahasa, tidak dapat mendengar perbualan
orang lain dan tidak dapat mengalami serta menghayati pemikiran dan budaya melalui
bahasa.
Chua Tee Tee (1992);kanak-kanak pekak sebagai individu yang rosak pendengaran dalam
banyak keadaan, seperti ia mempunyai pendengaran separa, perkara ini ialah luar biasa
kerana memang dia tidak dapat bertindak ke arah bunyi disekeliling.
Daripada definisi yang diberikan oleh pakar-pakar diatas, dapatlah kita simpulkan bahawa
orang yang mengalami masalah pendengaran mempunyai masalah untuk memberi
tindakbalas kepada persekitaran mereka kerana mereka kurang/tidak boleh mendengar.
Keadaan ini akan menyebabkan mereka tidak dapat mengenal bunyi seterusnya tidak dapat
mengalami dan menghayati pemikiran melalui bahasa.
Apabila disebut perkataan pekak, kita akan mengandaikan seseorang itu langsung tidak
boleh mendengar walau bunyi yang kuat sekalipun. Tetapi, penbincangan didalam masalah
pendengaran merangkumi semua tahap masalah pendengaran dari masalah pendengaran
yang minimum hingga masalah pendengaran yang sangat teruk. Kebanyakan individu yang
bermaslah pendengaran bukanlah tidak mendengar langsung tetapi pendengaran mereka
terhad kepada frekuensi bunyi tertentu sahaja.
2
Sumbangan Teknologi Komunikasi Terhadap Golongan Bermasalah Pendengaran Di Malaysia
JKM juga telah mengkelaskan masalah pendengaran kepada empat tahap seperti dibawah:-
Sederhana 30 - < 60 dB
Jadual 1.1 di atas menunjukkan tahap masalah pendengaran yang dikelaskan oleh Jabatan
Kebajikan Masyarakat. Gambar 1.1 disebelahnya menunjukkan contoh bunyi mengikut
kekuatan decibel.
3
Sumbangan Teknologi Komunikasi Terhadap Golongan Bermasalah Pendengaran Di Malaysia
Kanak-kanak yang boleh mendengar dibawah 15dB dikira tidak mengalami masalah
pendengaran. Orang dewasa yang mempunyai pendengaran normal pula boleh mendengar
dengan baik dibawah 20dB.
2.2.2 Tahap Ringan (>15dB hingga 30dB, kanak-kanak dan 20 - < 30 dB, dewasa)
Golongan ini sudah tidak dapat mendengar sebanyak 10-30%. Biasanya mereka tidak
mengendahkan masalah ini kerana tidak sedar mereka dalam masalah. Biasanya, individu
ini tidak mendengar bunyi-bunyi yang perlahan seperti bisikan, air yang mengalir dan bunyi
daun-daun bergeseran. Bagi dewasa, mereka akan mengalami kesukaran memahami
pertuturan di dalam keadaan bising atau dalam suasana ramai orang yang bercakap
serentak. Bayi dan kanak-kanak pula, masalah lambat bercakap atau pertuturan pelat akan
berlaku.
Golongan ini sudah tidak dapat mendengar 40- 50%. Masalah utama mereka adalah untuk
memahami percakapan dalam keadaan bising. Ini adalah kerana kebanyakan nada
pertuturan harian manusia berada dalam lingkungan 40-70dB. Tetapi, golongan tidak
mengalami apa-apa masalah jika mendengar pertuturan dalam keadaan senyap dan
suasana tidak bising. Mereka juga akan cenderung untuk menaikkan volume televisyen atau
radio kerana berasa tidak puas untuk mendengar. Selain itu, mereka juga akan meminta
mengulang kembali soalan semasa berkomunikasi dengan orang lain. Kesan kepada kanak-
kanak pula mereka akan lambat bercakap dan pelat.
Golongan ini sudah tidak mendengar sehingga 70-80%. Mereka tidak dapat mendengar
bunyi pertuturan walaupun dalam suasana senyap. Keadaan ini memaksa orang sekeliling
meninggikan suara untuk berkomunikasi dengan mereka. Golongan ini hanya mendengar
bunyi-bunyi kuat sahaja seperti deringan telefon, kapal terbang dan lori. Kesan terhadap
bayi dan kanak-kanak adalah mereka tidak boleh bercakap.
Golongan ini tidak dapat mendengar sehingga 90% dan hanya bergantung pada 10% baki
pendengaran sahaja. Mereka hanya dapat mendengar bunyi-bunyi yang sangat kuat sahaja
seperti bunyi siren, drill dan kapal terbang. Kesan terhadap kanak-kanak adalah mereka
tidak boleh bercakap.
4
Sumbangan Teknologi Komunikasi Terhadap Golongan Bermasalah Pendengaran Di Malaysia
Jadual 1.2 dibawah adalah statistik pendaftaran orang kurang upaya di Malaysia mengikut
jenis. Terdapat seramai 37,729 orang mendaftar sebagai cacat pendengaran pada tahun
2009 dan jumlah ini meningkat kepada 39,824 pada tahun 2010. Penulis percaya jumlah
sebenar golongan yang mempunyai masalah pendengaran di Malaysia mungkin lebih besar
dari jumlah ini memandangkan bukan semua individu mahu mendaftarkan diri mereka
sebagai cacat atau golongan ini kurang terdedah kepada maklumat berkaitan.
2009-2010
Menurut Kamus dewan edisi ke-empat, teknologi ditakrifkan sebagai aktiviti atau kajian yang
menggunakan pengetahuan sains untuk tujuan praktis dalam industri pertanian, perubatan,
perniagaan dll. Ianya juga merupakan kaedah atau proses menangani sesuatu masalah
teknikal. Manakala kamus ini mentakrifkan komunikasi sebagai perhubungan (secara
langsung atau dengan perantaraan surat, radio, telefon dll)
Jadi, dapat difahami disini bahawa teknologi komunikasi dalam masalah pendengaran
bermaksud kajian yang menggunakan pengetahuan sains bertujuan untuk digunakan
sebagai penyelesai masalah dalam perhubungan bagi golongan bermasalah pendengaran.
5
Sumbangan Teknologi Komunikasi Terhadap Golongan Bermasalah Pendengaran Di Malaysia
Terdapat beberapa teknologi yang telah dan sedang digunakan oleh golongan bermasalah
pendengaran di Malaysia. Antaranya adalah seperti berikut:-
Alat ini dicipta pada abad ke-17. Pada waktu itu, alat ini berbentuk seperti 'walkman' atau
cangkuk besar di belakang telinga. Ia kelihatan besar dan tidak bergaya. Ia menguatkan
hampir kesemua bunyi (termasuk bunyi persekitaran yang tidak diperlukan), menggunakan
teknologi analog serta tidak selesa untuk dipakai.
Perkembangan teknologi menjadikan alat ini lebih kecil, selesa dan berfungsi dengan lebih
baik. Audiologis perlu membuat penilaian menyeluruh bagi memastikan spesifikasi alat
bantu pendengaran bersesuaian dengan tahap masalah pendengaran.
Alat bantu pendengaran kebiasaannya diimport dari negara luar dan terdapat dalam
pelbagai jenama contohnya seperti Phonak, Oticon, Bernafon, Unitron, Starkey, Widex,
Hansaton dan Siemens. Pengguna dinasihatkan menggunakannya dengan sekerap yang
mungkin bagi tujuan adaptasi dan melakukan latihan mendengar dan menggunakan strategi
dalam berkomunikasi untuk memaksimumkan manfaatnya.
6
Sumbangan Teknologi Komunikasi Terhadap Golongan Bermasalah Pendengaran Di Malaysia
Pacakan koklea
Bagi mereka yang mengalami masalah pendengaran
sensorineural yang sangat kritikal pada kedua-dua telinga.
Ada 2 bahagian iaitu
Dalaman, (dipasang dibawah kulit kepala) yang terdiri dari
elektrod, penerima, magnet perangkai yang ditanam
dibelakang telinga
Luaran, yang terdiri dari pemprosesan pertuturan, set
kepala dan aksesori
7
Sumbangan Teknologi Komunikasi Terhadap Golongan Bermasalah Pendengaran Di Malaysia
Perisian komputer
Merupakan perisian suara dan 8omput yang mampu menukarkan percakapan dan
bunyi kepada grafik menarik. Ia mampu meningkatkan keberkesanan terapi bertutur dan
ucapan untuk mereka yang menghadapi masalah bertutur dan juga pendengaran.
Personal communicator
Ianya merupakan program latihan pertuturan yang direka untuk individu yang mempunyai
masalah pertuturan. Ianya terdiri dari 7 alat yang membantu pengguna mengawal suara
bermula dengan kepekaan terhadap bunyi yang mudah. Program ini menyediakan
tindakbalas visual dan Audio untuk membantu pengguna mengetahui dan mengamalkan
kawalan kelantangan, kekuatan, dan kawalan nafas bagi bunyian.
Penggunaan telefon
8
Sumbangan Teknologi Komunikasi Terhadap Golongan Bermasalah Pendengaran Di Malaysia
Selain daripada itu penciptaan komputer, mesin faks, telefon bimbit dan penggunaan sms
juga menyumbang kepada perkembangan komunikasi di kalangan golongan bermasalah
pendegaran.
Bahasa isyarat
Kamus dewan Bahasa edisi keempat mentakrifkan bahasa isyarat sebagai cara
berkomunikasi yang tidak menggunakan ucapan atau tulisan (sebagaimana yang lazim
dalam sesuatu bahasa) tetapi menggunakan gerak isyarat anggota badan.
Bahasa isyarat ialah bahasa yang digunakan oleh golongan bermasalah pendengaran untuk
berkomunikasi secara visual antara satu sama lain. Komunikasi disampaikan dengan
menggunakan pergerakan tangan, badan dan mimik muka. Individu penerima pula
menggunakan deria penglihatan untuk menerima dan memahami maksud isyarat tersebut.
Menurut Asmah Haji Omar (1986), isyarat-isyarat yang dihasilkan oleh orang pekak
merupakan keperluan minimum mereka untuk berhubung. Oleh yang demikian didapati
unsur-unsur persekitaran banyak mempengaruhi pembentukan bahasa isyarat orang
bermasalah pendengaran antaranya pergerakan benda, saiz benda, sifat benda, kelainan
dan keistimewaan benda, lakon kembali dan perbuatan berdasarkan budaya.
Terdapat berbagai-bagai alat yang terhasil dari perkembangan teknologi untuk kegunaan
golongan bermasalah pendengaran. Ianya merupakan sumbangan yang amat berharga
bukan sahaja kepada individu itu sendiri, malahan memberi manfaat kepada kerajaan dan
pembangunan ekonomi negara tersebut.
9
Sumbangan Teknologi Komunikasi Terhadap Golongan Bermasalah Pendengaran Di Malaysia
Teknologi komunikasi telah memberi kesan dalam banyak aspek di Malaysia, golongan
bermasalah pendengaran tidak terkecuali dari mendapat manfaat darinya. Ianya bukan
sahaja membantu golongan ini, malah sumbangannya melangkau kepada sistem pendidikan
negara, pembangunan ekonomi rakyat, dan pembangunan sosial negara. Disini dihuraikan
lebih lanjut berkenaan sumbangan teknologi komunikasi terhadap golongan bermasalah
pendengaran di Malaysia.
Pembangunan pendidikan
Terdapat dua asas pendekatan yang digunakan dalam pengajaran murid bermasalah
pendengaran iaitu pendekatan verbal-auditori dan pendekatan lisan. Pendekatan verbal-
auditori ialah latihan yang dilaksanakan dengan latihan bahasa, persembahan pertuturan
dan bacaan bibir. Semua aktiviti memerlukan sesuatu yang interaktif, bermakna, bersifat
intrinsik, adaptasi dan mengikut perkembangan serta strategi yang diperlukan oleh golongan
ini. Pendekatan lisan pula Pendekatan lisan mementingkan latihan pendengaran dan
bacaan gerak bibir. Alat bantuan pendengaran perlu digunakan untuk tujuan ini.
10
Sumbangan Teknologi Komunikasi Terhadap Golongan Bermasalah Pendengaran Di Malaysia
Pembangunan masyarakat
Kemudahan alat ganti orang kurang upaya. Kerajaan mengecualian duti impot dan cukai
jualan ke atas semua peralatan direka khas untuk kegunaan orang kurang upaya.
Kerajaan membantu golongan ini untuk mendapatkan pekerjaan disektor awam dan swasta
melalui dasar-dasar yang digubalnya.
Kerajaan telah membuka peluang pekerjaan kepada OKU dalam sektor awam melalui Dasar
Satu Peratus Peluang Pekerjaan berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil.10/1988 dan
dipertingkatkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil 3 / 2008 iaitu yang mula dikuatkuasakan
pada 1 April 2008. Bagi Sektor Swasta, Jawatankuasa Penggalakan Pengajian Orang Cacat
Di Sektor Swasta telah ditubuhkan dalam tahun 1990 di bawah Jabatan Tenaga Kerja
Semenanjung Malaysia telah mewujudkan Kod Amalan Penggajian Orang Kurang Upaya di
Sektor Swasta.
Menurut kajian yang dibuat oleh Ron Southwick, golongan bermasalah pendengaran ini
cenderung untuk berada dalam komuniti mereka sahaja. Ini disebabkan kerana golongan
mendengar sukar untuk memahami mereka. Keadaan ini merujuk kepada proses
komunikasi yang memerlukan penerima berupaya mengenkod mesej yang disampaikan
oleh sumber. Kemajuan bidang sains dan teknologi telah mengurangkan jurang ini dengan
penciptaan alatan yang berupaya membantu golongan bermasalah pendengaran. Walaupun
kebanyakan alatan ini tidak dapat memulihkan masalah pendengaran mereka, ianya
membantu mereka berkomunilasi dengan lebih baik.
11
Sumbangan Teknologi Komunikasi Terhadap Golongan Bermasalah Pendengaran Di Malaysia
4.0 Kesimpulan
Komunikasi adalah aktiviti yang dilakukan setiap hari oleh manusia bagi mendapatkan
keperluan dan bertukar maklumat. Kemahiran berkomunikasi membolehkan manusia
menyampai dan menerima maklumat bagi berbagai tujuan seperti berkasih sayang, belajar
untuk ilmu, mengetahui perkembangan persekitaran dalam dan luar negara dan sebagainya.
Golongan bermasalah pendengaran tida terkecuali dari keperluan ini. Sungguhpun golongan
ini mempunyai kelainan di dalam cara berkomunikasi, matlamatnya adalah sama seperti
orang lain. Dengan kemajuan teknologi, berbagai peralatan dan teknologi telah dibangunkan
melalui kajian sains dalam membantu golongan bermasalah pendengaran berkomunikasi
dengan dunia sebenar. Sebagai masyarakat yang menggunakan bahasa minoriti (bahasa
isyarat) mereka berpeluang berinteraksi dengan golongan lain, mendapatkan pendidikan
yang lebih tinggi dan seterusnya mendapatkan pekerjaan untuk menyara diri dan keluarga.
Diharapkan dengan semua teknologi yang dibangunkan ini, golongan bermasalah
pendengaran dapat memanfaatkan sepenuhnya dari penggunaan alatan dan perisian
tersebut. Semuanya ini adalah untuk kelangsungan dan meningkatkan kualiti hidup mereka
kearah yang lebih baik.
12
Sumbangan Teknologi Komunikasi Terhadap Golongan Bermasalah Pendengaran Di Malaysia
Rujukan
Mohd Zuri Ghani & Aznan Che Ahmad, (2011) Pengantar Pendidikan Khas. P. Pinang,
Malaysia. Universiti Sains Malaysia
Hospital Kuala Penyu, Alat Bantu Pendengaran: Antara Mitos & Fakta, Sabah.
http://hspkpyu.moh.gov.my/infosihat.item.91/alat-bantu-pendengaran-antara-mitos-
fakta.html dicapai pada 15 Mac 2017
Joan, C. P., Emeliana Elias & Mohd Sofi Nasri, Perkembangan Kurikulum Pendidikan Khas
Teknik dan Vokasional.
Safani Bari, Manisah Mohd Ali, Norani Mohd Salleh & Aliza Alias,
13
Sumbangan Teknologi Komunikasi Terhadap Golongan Bermasalah Pendengaran Di Malaysia
Lampiran
14