Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI

Kelas : 4 Alamanda

Tarikh : 15 Ogos 2017

Subjek : Sains

Kelebihan

Pada hari ini, saya telah melaksanakan pengajaran saya dengan tajuk kekenyalan
dan kekonduksian bahan bagi pelajar kelas darjah 4 Alamanda. Berdasarkan pengajaran
pada kali ini, saya mendapati pelajar saya lebih mudah memahami konsep pengajaran
kerana dalam tajuk ini, kebanyakan bahan yang digunakan sebagai alat bantu mengajar
adalah bahan maujud. Mereka juga boleh membuat penyiasatan mereka sendiri untuk
melihat kekonduksian dan kekenyalan bahan-bahan tersebut. Disebabkan tajuk dan juga
proses penyiasatan pada kali ini agak ringkas,saya mendapati pelajar saya seronok
sepanjang proses pembelajaran.

Kekurangan

Namun begitu, walaupun proses pembelajaran dilaksanakan dengan baik, saya akur
terselitnya kekurangan saya mengajar pada ketika itu. Kerana menganggap ujikaji itu agak
senang, saya lupa untuk memberi penerangan tentang cara pengendalian alatan makmal
dengan selamat kepada mereka. Oleh itu, saya mendapati ramai pelajar saya yang tidak
mengambil langkah berhati-hati sepanjang ujikaji itu berjalan,

Penambahbaikan

Untuk peluang akan datang, saya akan pastikan bahawa pelajar saya diberi dahulu
penerangan tentang cara mengendalikan alatan makmal dan juga langkah penting untuk
menjaga keselamatan ketika berada dalam makmal supaya perkara yang tidak diingini tidak
berlaku. Saya juga akan pastikan setiap ujikaji yang akan dijalankan selepas ini didahului
oleh demonstrasi daripada saya sebagai pengajar.

Anda mungkin juga menyukai