Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
0 PENDAHULUAN
1
Menurut Abd. Rahim (2000), menyatakan bahawa Malaysia sebagai pusat
kecemerlangan pendidikan memerlukan satu rombakan baharu dalam dasar
pendidikan tinggi khususnya dari segi liberalisasi, pendemokrasian dan
reformasi pendidikan tinggi. Justeru, guru hari ini perlu menguasai konsep
pengajaran berbantukan komputer agar pemahaman yang mantap terhadap
konsep tersebut dapat memberi kesan kepada mutu pengajaran dan
pembelajaran guru. Ini disebabkan terdapat pelbagai pemahaman terhadap
konsep yang diberikan oleh guru-guru pada hari ini. Tiga komponen utama
yang perlu ada di dalam pengajaran bahasa berbantukan komputer iaitu
komputer, bahasa dan pembelajaran (Finkbeiner, 2001). Guru pada peringkat
awal perlu memahami konsep dan prosedur pelaksanaan pengajaran
menggunakan komputer agar memberikan kesan yang optimum kepada
pelajar. Penggunaan komputer dalam pengajaran bahasa ada dilakukan oleh
guru Bahasa Melayu. Namun, penggunaan yang tidak menyeluruh dari segi
keperluan perlu diberikan perhatian. Contohnya, penggunaan komputer
dalam kemahiran menulis menggunakan aplikasi perisisan Microsoft Word
sepatutnya diberikan perhatian kerana penggunaan komputer mampu
membantu pelajar dalam menyusun organisasi teks serta dapat memudahkan
penyuntingan dilakukan. Bagi memastikan keberkesanan pengajaran, bahan
bantu yang digunakan perlulah dapat membantu guru menyampaikan
pengajaran dengan lebih berkesan (Yahya Othman, 2007). Kesan
penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
juga didapati positif dengan kebanyakan sampel menyatakan demikian.
Antaranya ialah penggunaan komputer dapat memupuk minat yang
mendalam terhadap penguasaan Bahasa Melayu.
Dalam hal ini, perancangan dan persediaan pihak pentadbir sekolah dalam
menyediakan guru-guru agar benar-benar menguasai kemahiran tersebut
perlu dilakukan secara professional. Masalah dalam penggunaan komputer
perlu dihadapi dengan memberikan penekanan kepada penggunaan ICT
dalam pengajaran sebagaimana yang ditekankan oleh Kementerian
Pelajaran. Sukatan pelajaran Bahasa Melayu perlu dirujuk untuk melihat
keperluan menggunakan komputer dalam pengajaran. Selain itu, penekanan
pengajaran secara integrasi dalam mata pelajaran yang lain juga mampu
untuk membantu pelajar mahir dalam sesuatu tajuk (Hokanson & Hooper,
2004).
Menurut Fox (2003), teori ini disebut oleh Cotton, J. (1995), selepas Taylor
1980, menyatakan bahawa komputer bertindak sebagai tutor, tutee dan alat.
Komputer merupakan tutor dalam teori behaviorisme yang dikemukakan oleh
Skinner yang membantu pembentukan program ILS (Integrated Learning
Systems). Sebagai contohnya, penggunaan perisian Microsoft Power Point
dalam subjek sains di dalam kelas, kebanyakkan murid seronok dan mudah
menerima pembelajaran dengan berbantukan teknologi. Selain itu, komputer
juga merupakan tutee dimana dapat membantu murid-murid dalam
penggunaan komputer secara lebih efektif. Manakala menurut Teori
Konstruktivisme, komputer dapat membantu murid-murid bukan sahaja celik
komputer, tetapi boleh membantu murid-murid dalam menguasai subjek yang
lain. Dalam konteks ini, pengajaran berbantukan komputer dengan
menggunakan aplikasi Microsoft Word, Power Point dan Excel semasa
proses pengajaran berlangsung di dalam kelas dianggap sebagai scaffolding
yang membolehkan murid-murid berkemahiran, membentuk idea dan
memahami maklumat yang sukar difahami secara tuntas.
Dasawarsa, terdapat pelbagai perisian yang digunakan pada hari ini untuk
membangunkan persembahan elektronik untuk dijadikan bahan bantu
mengajar kepada murid-murid. Antaranya adalah Microsoft Powerpoint.
Merujuk kepada Shaifol (2004), penggunaan media unsur animasi, grafik,
audio, video dan teks dalam satu persembahan pengajaran akan
membuatkan sesuatu persembahan elektronik atau multimedia tersebut
menjadi lebih menarik minat murid, dapat memberi motivasi kepada murid-
murid dan juga guru dan mudah difahami oleh semua kelompok di sekolah.
Persembahan Microsoft Powerpoint dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas dijalankan menerusi paparan slaid demi slaid
menjadikan persembahan multimedia boleh digunakan sebagai pelantar
dalam membuat gerakkan animasi tanpa rendering. Pada kebiasaannya,
persembahan elektronik ini biasanya digunakan sebagai preview di peringkat
awal sebelum animasi disusun. Tujuan gerakkan animasi ini adalah bagi
menilai gerakkan tanpa menggunakan proses rendering yang mengambil
masa yang lama.
Bagi menunjukkan perbezaan antara dua objek, warna yang kontra bagi
membezakan antara unsur dengan latar belakang paparan bagi membezakan
dua item yang berlainan. Perbezaan font, objek besar dan kecil, garis halus
dengan kasar, tekstur licin dengan kasar, unsur mendatar dengan menegak,
garis berjauhan dengan berdekatan dan grafik kecil dan besar.
Setiap item yang diletakkan dalam muka perisian harus seimbang dengan
muka perisisan agar kelihatan menarik.
Grafik dan animasi perlu ringkas dan dapat merangsang pengguna untuk
memahami maksud yang hendak disampaikan. Dengan kata lain, ianya dapat
memudahkan penerokaan dan merangsang pemikiran. Pemikiran yang dipilih
perlulah ringkas, bersesuaian dengan pengguna dan mudah difahami.
Item yang digunakan dalam muka perisian harus dikumpulkan pada satu
kawasan. Item-item yang berkaitan dilihat sebagai satu kumpulan dan tidak
terpisah-pisah.
v) Emphasis (Penekanan)
Microsoft Excel juga dikenali sebagai Excel Workbook dengan file extension
.xls. Setiap workbook terdiri daripada hamparan kerja elektronik yang
dikenali sebagai Excel Worksheet. Bilangan hamparan atau worksheet
boelhd itambah dan setiap worksheet yang diaktifkan dengan cara menekan
tab worksheet berkenaan yang terdapat di bahagian bawah kiri paparan di
skrin. Hamparan atau worksheet Microsoft Excel merupakan seperti sehelai
kertas elektronik yang terbina bersama sebatang pensel, pemadam dan
mesin kira.
Perisian multimedia telah membuka jalan baru dalam bidang pendidikan. Ciri-
ciri perisian Multimedia yang lebih mesra, tidak jemu, tidak penat, dan tidak
sakit hati menjadikan ia sangat sesuai bagi para pelajar terutamanya bagi
pelajar-pelajar yang kurang cerdas. Contohnya, strategi latih tubi di mana
beberapa percubaan perlu dilakukan oleh pelajar. Pembelajaran
menggunakan multmedia dapat memberikan tindak balas serta-merta kepada
pelajar. Secara tidak langsung ia dapat memberi peneguhan yang sangat
positif.
iii) Membantu Imaginasi Terhadap Perkara Abstrak
Dalam konteks pendidikan pada hari ini, guru perlu didedahkan kepada idea
baharu dan peluang dalam kerjaya profesion keguruan mereka seperti
menghadiri kursus ICT jangka pendek. Pihak sekolah juga perlu mengambil
inisiatif memajukan profesion keguruan dalam konteks penggunaan ICT
dalam pendidikan agar guru-guru yang berkhidmat di sekolah menerima
transformasi dan kemajuan dalam kerjaya profesion keguruan.
11
Kaedah pengajaran tradisional chalk and talk perlu diubah untuk disesuaikan
dengan kaedah mengajar menggunakan peralatan ICT seperti menggunakan
projektor LCD, komputer dan persembahan PowerPoint. Teknologi maklumat
menyediakan peluang kepada golongan guru sekolah rendah untuk
mempelajari sesuatu perkara dan kaedah baru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
12
3.0 KESIMPULAN
Pendidikan hari ini tidak lagi hanya mengugnakan kapur tetapi lebih
kepada teknologi multimedia yang mampu meningkatkan kreativiti dan
inovasi guru. Pendidikan tidak lagi hanya berada di bilik darjah semata-mata
tetapi guru dan murid boleh melangkah keluar bagi melihat pengajaran dan
pembelajaran yang serba baharu. Berdasarkan kepada Kementerian
Pendidikan Malaysia dalam bukunya Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
2006 menyatakan bahawa Misi Nasional dan Rancangan Malaysia ke
Sembilan telah menetapkan Pembagunan Minda insane kelas pertam sebagai
salah satu teras utama ke arah mencapai Wawasan 2020. Sistem pendidkan
dan kurikulum skeolah telah menerapkan teknologi dan maklumat ini dan
berusaha maju serta memupuk minat di samping memupuk minat dan
mengukuhkan lagi sikap positif dalam kalangan murid dan pelajar serta
pendidik terhadap perkembangan teknologi maklumat ini. Teknologi dan
perisian komputer ini bukan sahaja membantu dalam pengurusan dan
pentadbiran, tetapi memberi nilai tambah yang sangat berguna dalam proses
pengajaran dan pembelajaran secara total.
13