Anda di halaman 1dari 3

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

MATA PELAJARAN Dunia Sains Dan Teknologi KELAS 2 Bijaksana


TARIKH / HARI 15 Ogos 2017 MASA 1120-1220
TEMA Sains Fizikal TAJUK Terang dan Gelap

STANDARD 4.1 Menganalisis Keadaan terang dan gelap


KANDUNGAN 4.2 Mengaplikasi pengetahuan tentang pembentukan bayang-bayang
STANDARD 4.1.3 Menerangkan bagaimana bayang-bayang dihasilkan melalui aktiviti.
PEMBELAJARAN 4.1.5 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMk, penulisan atau lisan.
OBJEKTIF
Di akhir PdPmurid-murid boleh :
PEMBELAJARAN
Menyatakan bagaimana bayang-bayang terhasil
Melakar bayang-bayang berdasarkan pemerhatian

KRITERIA KEJAYAAN Murid dapat :


Menyatakan bayang-bayang terbentuk di belakang objek yang
menghalang cahaya.
Melakar 2 bayang-bayang dari aktiviti.

AKTIVITI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN (PdP)


Set Induksi 1. Guru meminta murid memejam mata dan meminta murid menghayati
cerita guru yang bertajuk Anjing dengan bayang-bayangnya
2. Kemudian, guru meminta murid membuka mata apabila cerita tersebut
selesai diperdengarkan dan guru bersoaljawab dengan murid tentang
cerita tersebut.
Contoh soalan :
(a) Apakah sebabnya tulang itu terjatuh ke dalam air?
3. Murid akan memberi pelbagai jawapan kepada guru.
4. Berdasarkan jawapan yang diberikan oleh murid, guru mengaitkan
pelajaran pada hari ini.
Pencetusan Idea ROUND ROBIN
1. Murid diminta duduk dalam kumpulan untuk melakukan aktiviti
bagaimana bayang-bayang dihasilkan.
2. Kemudian, murid mencatat pemerhatian iaitu melakar bayang-bayang
yang terbentuk dalam kumpulan mereka.
3. Setiap kumpulan diberi objek yang berlainan. Apabila selesai melakukan
aktiviti, wakil setiap kumpulan untuk membentang iaitu menunjukkan hasil
kumpulan mereka.
LAIN-LAIN
1. Murid diminta keluar dari bilik darjah dan mencari kawasan yang boleh
menerima cahaya matahari secara terus untuk melihat bayang-bayang
mereka sendiri.
2. Murid diminta membuat pelbagai aksi di kawasan yang mendapat
cahaya matahari.

Penstrukturan KLIP VIDEO


Semula Idea
1. Seterusnya,Guru menayangkan satu klip video yang menunjukkan
bayang-bayang terbentuk apabila cahaya dihalangkan

PERSEMBAHAN
1. Guru memperkembangkan pengetahuan murid dengan menerangkan
bagaimana bayang-bayang dihasilkan dengan menggunakan
1
powerpoint.
2. Kemudian, guru memilih seorang murid untuk menyuluh dinding berwarna
putih menggunakan sebuah lampu suluh.
3. Seorang murild lain diminta meletakkan tangan mereka di hadapan lampu
suluh tersebut untuk menghasilkan bayang-bayang pada dinding.
4. Guru menyoal murid berkaitan dengan kedudukan bayang-bayang yang
terbentuk sama ada di hadapan atau di belakang tangan mereka.
5. Guru membimbing murid membuat kesimpulan bahawa bayang-bayang
terbentuk di belakang objek yang menghalang cahaya.

Aplikasi Idea ROUND ROBIN


1. Guru menunjukkan satu contoh kepada murid tentang cara mencipta
permainan bayang-bayang dengan menggunakan bentuk tangan.
2. Murid berbincang di dalam kumpulan untuk mencipta permainan bayang-
bayang dengan menggunakan bentuk tangan.
3. Kumpulan yang lain akan meneka apakah bayang-bayang yang terhasil.
LAIN-LAIN.
1. Murid membuat lembaran kerja yang diberikan oleh guru.
2. Kemudian, berbincang jawapan bersama guru.
Penutup NYANYI
1. Guru membimbing murid menyanyikan lagu yang bertajuk Kembar
Gelap.
KUIZ
2. Guru akan bertanya soalan secara lisan kepada murid, siapa murid yang
paling cepat angkat tangan dia yang akan jawab soalan yang tersebut.
3. Murid yang dapat menjawab soalan tersebut dengan betul guru akan
memberi hadiah kepadanya.
BAHAN BANTU Buku Teks Internet Radio/TV Spesimen
BELAJAR (BBB) Modul Projektor Radas Gambar /
Powerpoint Model Buku Cerita Carta
Lain-lain
ELEMEN MERENTAS Kreativiti & Bahasa Sains & Teknologi Keusahawanan
KURIKULUM (EMK) Inovasi Patriotisme TMK Nilai Murni
Pendidikan
Alam Sekitar
KBAT / i-THINK Peta Bulatan Peta Dakap Peta Buih Peta Pokok
Peta Buih Peta Alir Berganda Peta Titi
Peta Pelbagai Alir
PENILAIAN Lembaran Pemerhatian Lisan Tugasan
PENGAJARAN & Kerja Kuiz Drama Projek
PEMBELAJARAN Hasil Kerja

REFLEKSI

2
3