Anda di halaman 1dari 4

Laporan Minggu Kitar Semula Peringkat Sekolah Bagi Sesi 2015

Kitar semula boleh ditafsirkan sebagai memproses barang-barang lama

untuk dijadikan barang-barang baharu. Murid-murid harus mengamalkan kitar semula

dapat mengasing dan mengenal pasti jenis sampah mengikut tong kitar semula. Mereka

juga perlu mempunyai kesedaran untuk mengekalkan kehijauan bumi ini. Kehijauan

ini termasuk fauna atau hidupan lain selain flora atau tumbuhan. Oleh itu, pihak sekolah

telah mengadakan minggu kitar semula pada bulan Mac 2015 yang lepas, pelbagai

aktiviti telah dijalankan untuk memberi kesedaran kepada murid malah warga sekolah

tentang kepentingan kitar semula.

Minggu kitar semula diadakan selama empat hari, pada hari pertama dimulakan

dengan perasmian minggu kitar semula oleh En. Zaidil Bin Ismail, Guru Besar Sk

Bekenu. Taklimat tentang aktiviti yang dijalankan pada minggu ini turut diberikan

kepada murid-murid. Antaranya ialah pengumpulan barang kitar semula mengikut

kelas, pertandingan Reka Cipta bahan terpakai serta ceramah yang bertajuk

kepentingan Kitar Semula. Tarikh akhir penyertaan bagi setiap aktiviti adalah pada hari

Khamis. Selain itu, setiap kelas juga dibekalkan dengan tiga keping plastik sampah

yang telah di label kertas, kaca dan tin serta plastik untuk diletakkan di belakang setiap

kelas.

Pada hari kedua dan ketiga, guru-guru yang telah ditugaskan akan memantau

keadaan bilik darjah yang telah dibekalkan plastik sampah. Murid-murid juga diberikan

galakan dan semangat untuk mengumpul sebanyak mungkin bahan kitar semula. Pada
hari penamat minggu kitar semula, satu ceramah telah diberikan kepada murid-murid

bagi memberikan pendedahan kepada mereka tentang kepentingan kitar semula dan

menjaga alam sekitar. Tambahan lagi, pertandingan Reka Cipta bahan terpakai turut

berlangsung dengan meriah, melalui pertandingan ini bakat serta idea kreatif murid

dapat dicungkil dengan sepenuhnya menggunakan bahan kitar semula yang mereka

telah kumpul selama empat hari.

Pelbagai barangan reka cipta baharu yang telah dihasilkan oleh murid mengikut

daya kreativiti mereka sendiri. Aktiviti terakhir ialah penutupan minggu kitar semula bagi

sesi 2015, minggu kitar semula ini akan menjadi salah satu program rancangan

tahunan sekolah.
Laporan Kotak Kitar Semula

Kotak kitar semula dibuat sebagai salah satu alternatif kepada tong kitar semula.

Kotak ini dilabel dengan kertas berwarna biru mewakili kertas, coklat untuk kaca dan

jingga bagi tin aluminium, tin keluli dan plastik. Kotak ini diletakkan berhampiran dengan

tempat duduk ibu bapa yang menunggu murid bagi memberikan pendedahan kepada

ibu bapa murid tentang kepentingan bahan kitar semula dalam kehidupan.

Taklimat telah diberikan kepada murid dan warga sekolah tentang kepentingan

kotak kitar semula ini. Melalui kotak kitar semula ini, dapat mengurangkan penggunaan

sumber dan menjimatkan sumber hutan dan tenaga dalam penghasilan sesuatu produk.

Bahan-bahan kitar semula yang dikumpul di dalam kotak ini dapat digunakan oleh guru

sebagai sumber dalam proses pengajaran dan pembelajaran kepada murid-murid.

Contohnya, penghasilan bekas alat tulis, pasu bunga, barangan hiasan dinding di

dalam kelas dan sebagainya.


Laporan ECO-WALK 2015

Program Eco-Walk bagi sesi 2015 dijalankan pada hari Rabu bermula pukul 6.45

pagi hingga 07.05 pagi. Semua murid akan berkumpul di tapak perhimpunan,

pengawas bertugas akan mengawal tempat dan kelas yang telah diagihkan untuk

melancarkan perjalanan aktiviti ini. Setiap kelas ditugaskan membersihkan kawasan

seperti persekitaran luar bilik darjah, surau, prasekolah, padang, makmal komputer,

taman mini dan laluan pejalan kaki. Aktiviti ini dijalankan bagi mengurangkan sampah-

sarap yang berada di sekitar sekolah dan mencegah tempat pembiakan nyamuk Aedes

di kawasan sekolah.

Di samping itu, pihak sekolah juga telah mengehadkan penggunaan tong

sampah hitam dalam kawasan sekolah bagi mendidik murid agar sentiasa menjaga

kebersihan. Tambahan lagi, pihak sekolah turut menyediakan bakul sampah di dalam

setiap kelas bagi mengelakkan murid membuang sampah di merata tempat. Melalui

aktiviti ini, murid turut diperkenalkan dengan bahan-bahan yang dapat dikitar semula

dan meletakkan bahan-bahan tersebut ke dalam kotak kitar semula yang telah

disediakan.

Anda mungkin juga menyukai